Pembelajaran Terbeza
Pembelajaran Terbeza
Pembelajaran Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta kemampuan
pembelajaran. Dalam sesuatu PDPC adalah perlu untuk pembelajaran terbeza ini berlaku supaya murid
dapat mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran Terbeza mengambil kira 3 aspek iaitu melalui
kandungan, proses dan hasil. Ia dizahirkan melalui RPH sehinggalah kepada PdPc.
3 aspek dalam pembelajaran terbeza adalah:
Kandungan
Proses
Hasil
Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah apabila kandungan yang diberikan berbeza mengikut
tahap murid. Contohnya.
Kemahiran: Murid boleh mencari isi penting berdasarkan petikan yang diberi.
1. Murid pandai/sederhana diberikan teks biodata Datuk Lee Chong Wei. Teksnya lebih panjang serta
banyak info yang diberikan (3 perenggan).
2. Murid lemah pula diberikan biodata Datuk Lee Chong Wei yang lebih ringkas (2 perenggan).
Pembelajaran terbeza dari segi proses pula adalah murid melakukan aktiviti yang sama tetapi melalui
proses yang berbeza.
1. Murid pandai/sederhana mencari isi penting dengan aktiviti think pair share.
2. Murid lemah pula mencari isi penting dengan menggariskan isi-isi penting.
Pembelajaran terbeza dari segi produk pula memerlukan murid berlainan menghasilkan produk yang
berlainan.
1. Murid pandai/sederhana membuat peta minda atau rumusan untuk menerangkan isi-isi penting.
2. Murid lemah membuat jadual senarai isi penting.
* Adalah perlu diingat, pembelajaran terbeza tidak membezakan kemahiran murid pandai/sederhana dengan
yang lemah. Kemahiran tetap sama yang berbeza ialah kandungan, proses ataupun hasil. Untuk hasil, ia
boleh berada dalam bentuk sesuatu itu dihasilkan atau pun bilangan. Contohnya, murid pandai/sederhana
hasilkan 5 isi penting sementara murid lemah cuma 3 isi penting.