Anda di halaman 1dari 7

1

Kuliah 2: BAB 2
PEMERIHALAN DATA
Objektif:
Di akhir bab ini adalah diharapkan para pelajar akan dapat
1. mengenal beberapa cara memperihalkan data cara bergambar
2. mengetahui cara memperihalkan data cara numerik
3. mentakrif, mengira dan mentafsir setiap sukatan kecenderungan
memusat, serakan dan persentil ke p bagi setiap kategori data
4. membina dan mentafsir histogram, poligon kekerapan , ogif, plot kotak
dan plot dahan dan daun bagi satu set data yang diberikan.
Ciri-ciri yang terdapat pada satu set data boleh diperihalkan cara bergraf
atau bergambar dan juga cara numerik, ia itu dengan mengira beberapa
kuantiti tertentu menggunakan cerapan yang terkandung dalam set data
tersebut.
2.1 PEMERIHALAN DATA CARA BERGRAF
Data boleh dikumpulkan melalui berbagai cara, di antaranya ialah:
1. tinjauan (surveys)
2. temuduga (interviews)
3. soal selidek ( questionaires)
4. ujikaji (experiments)
5. pemerhatian langsung (direct observations)
Setelah data dikumpulkan, data tadi perlu diringkaskan supaya interpretasi
bermakna boleh dilakukan. Langkah pertama dlam membentangkan data
yang diperolehi ialah menggambarkannya. Di antara cara-cara data
boleh digambarkan ialah menggunakan
1. carta pai (pie chart)
2. carta turus (bar chart)
3. piktogram (pictogram)
4. plot dahan-dan-daun (stem-and-leaf plot)
5. rajah dot (dot diagram)
6. plot kotak (box plot)
7. histogram (histogram)
8. poligon kekerapan (frequency histogram)
9. ogif (ogive)
2
Rajah 2.1.1 Carta turus Rajah 2.1.2 Carta pai
15% 25%
12%
48%
Rajah 2.1.3 Histogram dan poligon kekerapan
Rajah 2.1.4 Rajah dahan dan daun Rajah 2.1.5 Plot kotak
12 1 3 4 7
13 0 4 5 6 7 7
14 2 5 6 6 8 9 9 +
15 0 3 5 5 6
16 3 4 4 5
17 2 2 4
Rajah 2.1.6 Piktogram
JOHOR
PENANG
SELANGOR
PERAK
PERLIS
KEDAH
Mewakili 1000 orang petani berbangsa INDIA
2.2 PEMERIHALAN DATA CARA NUMERIK
Lazimnya data yang akan dianalisis boleh dimasukkan ke dalam salah satu
dari kategori berikut:
A. Data mentah yang disenaraikan satu persatu
3
B. Data berkekerapan yang tidak dikelaskan
C. Data berkekerapan yang dikelaskan
Bagi setiap kategori, rumus yang digunakan untuk mengira nilai ukuran
yang akan digunakan berbeza sedikit di antara satu dengan yang lain.
2.2.1 PEMERIHALAN NUMERIK DATA MENTAH YANG
DISENARAIKAN SATU PERSATU
Di antara ukuran yang memerihalkan data secara mumerik ialah sukatan
kecenderungan memusat dan sukatan serakan. Sukatan kecenderungan
memusat yang akan diperkenalkan di sini ialah min, median, mod dan
persentil ke-p, manakala sukatan serakan pula ialah julat, varians dan
sisihan piawai.
Andaikan set cerapan bagi pembolehubah rawak X dari satu sampel
bersaiz n ialah {x
1
, x
2
, x
3
, .., x
n
}.
Maka
1. purata atau min sampel ialah

n
x x x
x
n
x
n
n
i
i
+ + +

... 1
2 1
1
Purata atau min sampel adalah satu sukatan kecenderungan memusat.
Sukatan kecenderungan memusat pada dasarnya adalah satu titik yang
mana cerapan yang lain gemar berlegar hampir kepadanya. Ia juga boleh
jadi titik yang menandakan kedudukan pertengahan satu set data.
Sukatan kecenderungan memusat yang lain ialah
2. Mod, iaitu cerapan yang paling kerap timbul dalam set data.
3. Median, yang cara kasarnya, ialah nilai cerapan yang menjadi
penengah set data setelah semua cerapan dalam set data tersebut
disusun secara menaik.
Penengah set data boleh ditakrifkan sebagai satu nilai di mana 50%
cerapan bernilai kurang daripadanya dan 50% lagi cerapan bernilai lebih
daripadanya.
Secara aritmetik median satu set data ditentukan mengikut langkah-
langkah berikut:
1. Susunkan data cara menaik,
4

) ( ) 3 ( ) 2 ( ) 1 (
..........
n
x x x x < < < <
di mana
) (i
x ialah cerapan di kedudukan ke I setelah semua cerapan
disusunkan.
2. Kirakan median,
) (m
x , seperti berikut:

)
2
1
(
+ n
x , sekiranya n ganjil

) (m
x '
) (
2
1
) 1
2
( )
2
( +
+
n n
x x , sekiranya n genap
Contoh 2.2.1 Tentukan min, median dan mod bagi sampel yang terdiri
dari cerapan berikut: 8, 5, 2, 5, 7, 5, 1.
Penyelesaian:
Minnya ialah ) 1 5 7 5 2 5 8 (
7
1
+ + + + + +

x

714 . 4
7
33

Oleh kerana n=7 adalah ganjil maka median ialah



)
2
1 7
(
) ( +
x x
m

) 4 (
x
Data yang disusun ialah 1, 2, 5, 5, 5, 7, 8. Maka median ialah 5.
Mod bagi set data ini ialah 5 juga kerana 5 timbul paling kerap, iaitu 3
kali.
Peringatan: Min dan median adalah unik bagi satu set data tetapi mod
tidak unik. Sekiranya semua cerapan berlainan nilai maka mod tidak
wujud.
Sukatan serakan pada amnya memperihalkan bagaimana titik data atau
cerapan dalam set data tertebar.
3. Varians sesuatu sampel boleh dikira menggunakan rumus berikut:
5

n
i
i
x x
n
s
1
2 2
) (
1
1
atau

,
`

.
|

n
x
x
n
s
n
i
i
n
i
i
1
2
1
2 2
) (
1
1
atau

,
`

.
|

2
1
2 2
1
1
x n x
n
s
n
i
i
di mana

x ialah min sampel dan n ialah saiz sampel.


Varians sampel adalah satu kuantiti yang mengukur purata serakan
cerapan dari minnya. Sukatan serakan data yang lain ialah
5. sisihan piawai, s, iaitu
2
s s , dan
6. julat, iaitu perbezaan di antara cerapan yang terbesar dan yang
terkecil.
Jika ditulis dalam sebutan
) (i
x , maka
julat =
) 1 ( ) (
x x
n

Contoh 2.2.2 Bagi dua set data yang diberikan, tentukan yang mana lebih
terserak jauh dari min masing-masing.
Set A: 2, 4, 6, 8, 10
Set B: 4, 5, 6, 7, 8
Penyelesaian:
Min set A ialah 6

A x dan min set B ialah 6

B x
Untuk membandingkan serakan di antara set A dan B kita perlukan nilai
varians atau sisihan piawai masing-masing. Menggunakan rumus

,
`

.
|

2
1
2 2
1
1
x n x
n
s
n
i
i
maka
( ) 10 6 )( 5 ( ) 10 8 6 4 2 (
4
1
) 2 2 2 2 2 2 2
+ + + +
A
s
( )
4
10
) 6 )( 5 ( ) 8 7 6 5 4 (
4
1
2 2 2 2 2 2 2
+ + + +
B
s
Oleh itu kita dapati
2
A
s lebih besar dari
2
B
s , begitu juga
2
A
s lebih besar dari
6
2
B
s . Maka bolehlah kita tafsirkan bahawa secara purata cerapan dalam set
A terserak lebih jauh dari minnya dari cerapan dalam set B.
LATIHAN
1. Nyatakan
a) tiga sukatan kecenderungan memusat dan takrifkan setiap satunya.
b) tiga sukatan serakan dan takrifkan setiap satunya.
2. Bagi set nilai markah yang diberikan di bawah ini kirakan
a) min, mod dan median
b) julat, varians dan sisihan piawai
{71, 72, 71, 65, 60, 63, 75, 76, 73, 71, 66, 69, 84, 48, 71}
7

Anda mungkin juga menyukai