Anda di halaman 1dari 7

PELAN PEMBINAAN Sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan terlebih dahulu hendaklah dikenalpasti pelan pembinaan.

Ini adalah supaya kerja-kerja pembinaan Sesebuah bangunan atau pun umah betul-betul dilakukan di dalam pelan tapak yang di cadangkan dan tidak memasuki ke dalam lot tanah yang lain. Disamping itu, satu set pelan lengkap yang menunjukkan butiran pada lantai. Dan bumbung serta pelan keratan bahagian-bahagian yang tertentu.tujuannya antara lain ialah untuk mengemas dan melincinkan proses pembangunan sesuatu kawasan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam pelan induk sesuatu kawasan. UKUR DALAM PEMBINAAN Dalam kerja ukur biasa,pengukuran dan pengupulan segala maklumat dibuat dilapangan.kemudian pemprosesan dan persembahan dibuat. Sebaliknya dalam ukur memacang tanda, contohnya kerja pemcangan piket-piket tengah lengkung,kedudukan piket-piket dikira dan di pindahkan ke tempat cadangan atau pembinaan. Kerja memancang tanda mempunyai kaitan dengan ukur kawalan (ufuk dan pugak) selain itu kerja-kerja menentukan sempadan ini di mulakan dengan mencari batu batu sempadan yang ditanam berpandukan kepada pelan-pelan tanah/ tapak yang telah disahkan. Kerja menyukat tanah perlu dilakukan ke atas batu-batu sempadan untuk memastikan keluasan sebenar sesebuah lot tanah itu sama seperti yang terdapat di dalam pelan.

BINAAN SEMENTARA Kerja permulaan ialah kerja-kerja awalan yang dilakukan untuk memberikan segala bentuk kemudah dan keselamatan di tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan sebenar dilakukan termasuklah menyediakan: a) b) c) d) e) f) g) pejabat dan tempat tinggal sementara bekalan air untuk kerja bekalan kuasa elektrik untuk kerja jalan-jalan sementara(access road) kemudahan telefon papan-papan tanda lindungan sementara (hoarding atau pagar dawai dan sebagainya)

Lalauan sementara Untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran bahan-bahan peralatan dan sebagainya ke tapak bina. Jalan-jalan sementara hendaklah dibina. Laluan ini dibina di atas tapak yang telah dikenalpasti sebagai jalan utama menuju ke bangunan tersebut. Jalan sementara Diperlukan utk membawa masuk @ keluar bahan-bahan. Saling menghubungkan antara laluan masuk,kawasan simpadan dan tempat aktiviti pembinan. Keperluanya sama seperti laluan masuk.mempunyai keupayaan menggalas beban kenderaan yang berat. Pejabat tapak Projek yang besar memerlukan pejabat tapak bagi maksud pengurusan pembinaan. Pejabat tapak di gunakan oleh kakitangan pengurusan konktraktor dab perundingan. Dibina berdekatan dengan laluan masuk Mudah. Stok simpadan Untuk menyimpan bahan dan peralatan yang perlu di beri perlindungan Cuaca. Contohnya simen,cat,kerja besi, untuk tingkap dan pintu ,papan lembut dan lain-lain.kedudukan stor ini perlu lebih hampir kepada tempat kerja. Mempunyai ciri keselamatan

Kantin Berhampiran dengan tempat kerja. Menjimatkan masa perjalanan untuk mencari tempat makan dan minum. Kemudahan Asas Bekalan air Bagi mendapat paip sementara, kontraktor perlu kelulusan daripada jabatan bekalan air dengan menjelaskan bayaran pendahuluan pada kadar yang ditetapkan sebelum bekalan air disediakan Lampu dan kuasa untuk kerja. Bekalan kuasa atau elektrik merupakan suatu perkara yang perlu di adakan di tapak bina. Kegunaan kuasa ini adalah untuk mengendalikan peralatanperalatan mesin dan juga memasang lampu pada waktu malam bagi tujuan keselamatan. Tanpa bekalan elektrik peralatan-peralatan kuasa dan mesin Tidak dapat digunakan yang mana akan menjejaskan kemudahan ini. Perbelanjan-perbelanjan berikut hendaklah diambil kira : a) b) c) d) e) bayaran yang di kenakan oleh TNB kos pendawaian dan pelan kuasa di tapak bina kos lampu kos transformer untuk menyalurkan bekalan kuasa yang sesuai. Kos membuka atau menanggalkan kelengkapan elektrik setelah projek siap dan memindahkan kelengkapan itu ke tempat lain. Sekiranya tidak dapat bekalan elektrik di kawasan tapak bina, perbelanjan menggunkan generator dan sebagainya perlu di ambil kira.

Kemudahan Telefon Kemudahan telefon penting untuk melancarkan kerja-kerja permbinaan.segala urusan termasuklah membeli bahan-bahan,peralatan dan sebagainya dapat di uruskan dengan lebih cepat. Urusan untuk mendapatan Bekalan telefon sementara boleh dibuat dengan cara berhubugan dengan pihak telekom. Bayaran pendahuluan dan bayaran pemasangan dikenakan pada kadar yang tertentu.

Kerja Tanah Pembersihan tapak. Sebelum kerja-kerja pembinaan dapat di jalankan,tapak mestilah dikenalpasti, sempandannya ditentukan dan kawasannya dibersihkan.selain itu kerja menanda kedudukan bangunan di kenal merancang tanda tapak. Langkah berjaga-jaga haruslah diambil untuk melindungi utiliti bawah tanah dan utiliti atas kepala yang sedia ada (jika ada) terutamanya kabel elektik untuk mengelakkan apa-apa kemalangan yang tak sepatutnya berlaku semasa kerja pembersihan tapak jika penempatan semula perkhidmatan tersebut Kerja pengorekan tanah Kerja pengorekan tanah adalah bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan di lakukan. Oleh itu sebarang pengorekan tanah adalah pentig Supaya apabila pengorekan nanti betul mengikut pelan yang ditetapkan. Setting out(memancang tanda) Sesebuah bangunan apabila didirikan mestilah benar-benar terletak diatas kedudukan yang ditetapkan di dalam pelan yang telah luluskan. Jarak-jarak sempadan-sempadan sisi, belakang dan dari garisan bangunan mestilah diukur dengan tepat.perkara-perkara yang dititikberatkan semasa memacang tanda bangunan ialah seperti mendapatkan bentuk mengikut pelan,kedudukan parit-parit atau lubang-lubang untuk asas, garis-garis luar.dan dalam tembok-tembok kedudukan, simpang atau tembok-tembok sekat dan sebagainya. Pembinaan Asas Bahagian yang pling penting bagi sesebuah bangunan adalah asas atau Building foundation.pembinaan bangunan bermula asas yang terletak paling bawah diatas tanah yang menanggungnya. Asas mengandungi struktur yang terletak di bawah tanah.struktur ini termasuklah cerucuk (filling) dan penapak (base). Pembinaan asas Memerlukan bahan binaan yang kuat untuk menampung beban di atas.

Fungis Asas 1) mengagihkan bebanan yang ditanggung ke seluruh tapak bangunan 2) mengelakkan daripada bangunan tengelam(sinking) disebakan oleh hakisan atau gerakkan tanah 3) menambahkan kestabilan bangunan

Rangka Bangunan Rangka bangunan adalah sesuatu rangka yang dalamnya ada berapa-berapa strukur yang menguatkan lagi sesuatu rangka bangunan.kompoen Yang membentukkan untuk menjadi sebuah bangunan adalah dari kerangka bumbung, rasuk,tiang papak dan asas atau pun penapak.

PENHARGAAN
Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah,EN.WAN ABDULLAH kerana telah banyak membantu dan berkat tunjuk ajar beliau akan sentiasa dikenang. Dorongan dan suntikan semangat yang diberikan beliau amat berguna dimasa akan datang. Jutaan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan kerana telah banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada nukilan-nukilan karya lepas yang banyak membantu dalam menyumbangkan maklumat-maklumat penting. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dan semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada sesiapa yang merujuknya.

KESIMPULAN

Setelah lengkapnya tugasan ALIRAN PEMBINAAN SEBUAH RUMAH ini dapatlah saya mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang kerja-kerja yang berkaitan dengan PENRUSAN PEMBINAAN. sebelum ini saya hanya tahu serba ringkas sahaja. Kini saya dapat tahu dengan lebih detail lagi bagi keseluruhan yang berkaitan dengan kerja-kerja PENGURUSAN PEMBINAAN.

Anda mungkin juga menyukai