Anda di halaman 1dari 14

1.

0 KONSEP TAUHID Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Taala (SWT) semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan. Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beritiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi. 2.0 TAUHID RUBUBIYYAH Pengertian kalimah Rabb ialah Tuan, Pemilik, Pencipta, Penguasa, Pendidik, Pengasuh, Penjaga dan Penguatkuasa Yang Mutlak. Allah itu bersifat mutlak.Manusia, jika dia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifatnya itu sementara. Segala sesuatu di alam ini kepunyaan Allah Subhanahuwataala. Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan). Hanya Allah Subhanahuwataala sebagai Rabb al-'Alamin (Rabb sekelian alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya, mendapat kehidupan daripada-Nya dan berharap kepada-Nya. Allah Subhanahuwataala, Dialah Maha Berkuasa, Mencipta, Menghidup dan Mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika Allah Subhanahuwataala mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, tiada siapa yang mampu menghalang atau menolaknya. Jika Allah Subhanahuwataala mahu memberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, tiada siapa dapat menghalang atau mencegahnya. Oleh itu hanya Allah Subhanahuwataala sahaja yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat.

Firman Allah Subhanahuwataala yang bermaksud: "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu." ( Surah Al-An'am: 17) Dengan mengenali Allah Subhanahuwataala sepertimana yang dijelaskan di atas, maka timbullah kesan tauhid kepada hati seseorang. Dia hanya takut kepada Allah Subhanahuwataala, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada Allah Subhanahuwataala. Firman Allah Subhanahuwataala di dalam sebuah hadith Al-Qudsi: "Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya. Oleh itu mintalah hidayah daripada-Ku." "Hai manusia, kamu semua lapar, kecuali mereka yang aku berikan makan, oleh itu mintalah rezeki daripada-Ku." "Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Oleh itu mohonlah pakaian daripada-Ku." Berhajatkan sesuatu adalah sifat semua makhluk. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lain berhajatkan kepada Allah Subhanahuwataala. Oleh itu semua makhluk bersifat fakir. Allah Subhanahuwataala Maha Kaya. Dia tidak berhajat kepada sesuatu. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangka terhadap Allah Subhanahuwataala.Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud: "Hai manusia, kamulah (hamba-hamba) yang fakir yang berkehendakkan kepada Allah, dan Allah, Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji." ( Surah Fathir: 15) .Fakir adalah sifat yang zati bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Kaya adalah sifat yang zati bagi al-Khaliq (Pencipta). Manusia juga sangat lemah di hadapan Allah Subhanahuwataala. Sehubungan dengan ini Allah Subhanahuwataala berfirman: dan manusia dijadikan bersifat lemah (Surah An-Nisa: 28)

3.0 TAUHID ULUHIYYAH Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. Tujuan asas Allah Subhanahuwataala mengutuskan para rasul ialah menyeru kepada hakikat Tauhid al-Uluhiyyah. Firman-firman Allah Subhanahuwataala ini membuktikan hal tersebut: "Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada ilah melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku." (Surah Al-Anbiya': 25) "Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara umat itu ada orangorang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi ini dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) " (Surah An-Nahl: 36) "Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada ilah melainkan Dia. Maka mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya? " (Surah Al-Mu'minun: 23) "Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum 'Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada ilah bagi kamu selain dari-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya." ( Surah Al 'Araf: 65) Maksud ilah dalam ayat-ayat di atas ialah sesuatu yang disembah, ditaati dan diperhambakan diri. Ilah yang sebenarnya ialah Allah Subhanahuwataala. Pengertian ilah seperti inilah yang seharusnya difahami dari syahadah Pada hakikatnya Islam (sebagai satu sistem hidup yang sempurna) adalah merupakan

manhaj ubudiyyah atau tatacara untuk manusia menyembah, mentaati dan memperhambakan diri kepada Allah Subhanahuwataala dalam semua aspek kehidupan. Menyembah atau beribadah kepada Allah Subhanahuwataala dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah Subhanahuwataala dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya kepada-Nya. Seseorang hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah Subhanahuwataala apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raga kepada-Nya, bertawakkal kepada-Nya, berpegang teguh kepada ajaran-ajaran-Nya, berpaut kepada ketentuan-Nya, meminta (mengharap) serta memulang (menyerah) sesuatu hanya kepada-Nya, mengingati-Nya, melaksanakan segala syariat-Nya dan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredhai-Nya. 'Ubudiyyah yang semakin bertambah.Pengertian 'ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah Subhanahuwataala akan bertambah sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabila semakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia itu terlalu fakir di hadapan Allah Subhanahuwataala. Manusia sentiasa bergantung dan berhajat kepada-Nya. Manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan-Nya walaupun sekelip mata. Allah telah menggambarkan di dalam al-Qur'an keadaan para rasul-Nya yang mulia dengan sifat-sifat 'ubudiyyah di peringkat yang tinggi. Allah telah melukiskan rasa 'ubudiyyah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pada malam sewaktu wahyu diturunkan, ketika baginda berda'wah dan semasa baginda mengalami peristiwa Isra' dan Mi'raj. "Dan ketika berdiri hamba-Nya (Muhammad) untuk menyembah-Nya (beribadat), hampir saja jin-jin itu mendesak-desak mengerumuninya." ( Surah Al-Jin: 19) "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari alMasjidil Haram ke al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." ( Surah al Isra : 1 )

4.0 HUBUNGAN ANTARA TAUHID RUBUBIYAH DAN TAUHID ULUHIYYAH Tauhid Rububiyyah akan melahirkan keimanan kepada tauhid Uluhiyyah. Tauhid Uluhiyyah pula mengesakan Allah dalam pengabdian berbentuk amal perbuatan dan tingkah laku para hamba dan amal perbuatan ini membezakan di antara muslim dan bukan muslim. Al Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy agar mengakui Tauhid al Rububiyyah. Apabila mereka menerima Tauhid al Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan yang menghubungkan mereka dengan tauhid al Uluhiyyah. Firman Allah SWT :

1.0 DUA KALIMAH SYAHADAH

Pengertian Syahadah (laailaaha illallah): Manusia mengakui dengan lisan dan hatinya bahwa tidak ada yang berhak disembah selain Allah , dan sesembahan-sesembahan selain Dia , maka ketuhanannya adalah batil dan ibadahnya juga batil. Kalimah syahadah tersebut mengandungi nafi (meniadakan/menolak) dan itsbat (menetapkan). (Laa ilaaha), ertinya menolak semua yang disembah selain Allah , (Illallah) adalah menetapkan ibadah kepada Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam menyembah-Nya, seperti tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kerajaan-Nya. Pengertian syahadah (Muhammad Rasulullah): Taat kepada Nabi dalam perintahnya, membenarkan beritanya, menjauhi yangdilarangnya, dan dia tidak menyembah Alah kecuali dengan cara yang disyari'atkannya.

5.0.1 TUNTUTAN SYAHADAH Tuntutan dua kalimah syahadah boleh dibahagikan kepada dua iaitu 1. Tuntutan Secara Khusus 2. Tuntutan Secara Umum Tuntutan syahadah wajib kepada semua umat Islam. Kepentingan syahadat (ahamiyah syahadah) perlu didedahkan kepada umum agar dapat betul-betul memahami syahadah secara konsep dan aplikasinya. Syahadah penting, kerana dengan bersyahadah seseorang boleh menyebutkan dirinya sebagai muslim, syahadah sebagai pintu bagi masuknya seseorang kedalam Islam. Kefahaman seorang muslim dapat melakukan perubahan-perubahan individu, keluarga ataupun masyarakat. Dalam sejarah para nabi dan rasul, syahadah sebagai kalimah yang diperjuangkan dan kalimah inilah yang menggerakkan dakwah nabi dan rasul. Dengan syahadah tentunya setiap muslim akan mendapatkan banyak pahala dan ganjaran yang besar dari Allah SWT. Majoriti umat Islam memahami syahadah hanya sebagai ikrar sahaja. Apabila mereka tahu bahawa syahadah juga mengandungi erti sumpah dan janji, serta tahu bahawa akibat janji dan sumpah maka mereka akan benar-benar mengamalkan Islam dan beriman. Iman sebagai dasar dan juga hasil dari penyataan syahadah yang betul. Iman merupakan penyataan yang keluar dari mulut, juga diyakini oleh hati dan diamalkan oleh perbuatan sebagai pengertian yang sebenarnya dari iman. TUNTUTAN SECARA KHUSUS i. Mesti Reda Selain mengakui bahawa Allah SWT adalah tuhan kita, kita mesti reda dengan ketentuan Allah SWT. Ada manusia dimuka bumi ini percaya akan adanya tuhan yang menciptakan langit dan bumi akan tetapi mereka tidak reda bahawa Allah sebagai tuhan. Manakala, orang kafir percaya bahawa adany tuhan yang mentadbir alam tatapi tidak reda bahawa Allah sebagai tuhan mereka. Mereka mencari Tiuhan yang lain.

ii.

Takut pada Allah Rasa takut (khauf) merupakan sifat kejiwaan dan kecenderungan fitri yang bersemayam di dalam hati manusia dan memiliki peranan yang penting dalam kehidupan kejiwaan manusia. a sebenarnya perlu dimulai dengan menanamkan rasa Khauf atau takut sebagaimana firman Allah swt : Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan penuh rasa takut (khauf) dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (QS As Sajdah : 16) Perkataan khauf yang bererti takut telah disentuh di dalam Al Quran sebanyak 134 kali dan perkataan yang sinonim dengannya iaitu Khasysyah yang juga bererti takut terdapat sebanyak 84 kali. Allah swt menjadikan kehidupan di dunia ini ibarat medan ujian yang mesti ditempuh oleh manusia.

iii.

Menerima syariat Allah SWT sepenuhnya SYARIAT lah yang menjadi kayu ukuran dan piawai untuk menilai sejauh mana benar sesuatu amalan, sejauh mana kebenaran sesuatu keprcayaan, sejauhmana kebenaran sesuatu amal perbuatan, perkataan dan sebagainya. Inilah neraca yang perlu digunakan oleh umat Islam dalam menempuh kehidupan di dunia menuju ke negara akhirat yang kekal abadi. Syariat inilah yang menjadi titik tolak dalam kita mengatur setiap langkahlangkah menyelusuri perjalanan ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika Syariat diabaikan, walau pun kita mengaku pandai, kita mengaku hamba Allah, walau kita mengaku pejuang Islam, walau kita mengaku ahli tarikat, mengaku ahli hakikat dan ahli makrifat, mengaku waliyullah dan sebagainya, pengakuan kita hanyalah sia-sia. Tiada nilai disisi Allah SWT.

iv.

Bersyukur kepada Allah Kita perlu bersyukur kepada Allah di atas nikmat-nikmat yang diberi. Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah milik Allah dan demikian jugalah segala apa yang kita miliki. Oleh itu adalah

menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang kita terima. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya. Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia. v. Mengikut dan mengamalkan sunnah Nabi Kita sebagai umat islam oerlu mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dan berhakimkan kepadanya dalam setiap urusan hidup didunia ini. TUNTUTAN SECARA UMUM Tuntutan ini terdiri daripada empat bahagian iaitu, akidah, syariat, akhlak dan juga ibadat. Apabila kita mengamalkan syahadah dan diasaskan denganiman yang konsisten dan istiqamah, maka beberapa hasil akan dirasakan seperti keberanian, ketenangan dan optimis menjalani kehidupan. Kemudian Allah akan memberikan kebahagiaan kepada kita di dunia dan akhirat. Akidah merupakan kepercayaan yang mantap kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitabkitab suci-Nya, para Rasul-Nya, hari Akhir, qadar yang baik dan yang buruk, serta seluruh muatan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah. Istilah aqidah di dalam istilah umum dipakai untuk menyebut keputusan pikiran yang mantap, benar maupun salah. Jika keputusan fikiran yang mantap itu benar, maka itulah yang disebut aqidah yang benar, seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esa-an Allah. Istilah aqidah juga digunakan untuk menyebut kepercayaan yang mantap dan keputusan tegas yang tidak bisa dihinggapi kebimbangan. Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan, Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh

sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Dari segi akhlak pula, umai Islam perlu mengetahui bahawa syahadat yang diucapkan juga menuntut supaya berakhlak dengan akhlak Islamiah yang sama ada dlam urusan hubungandenganAllah SWT, hubungan sesame manusia atau hubungan dnganmakhluk lain. Oleh itu, seorang muslim yang mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah dan tidak menjaga tatatertibnya, maka dia dianggap tidak brakhlak terhadap Allah SWT. Begitu juga dengan kehidupan seharian seperti tidak menutup aurat, tidak menjaga kebersihan, tidak menjaga kesopanan dan sebagainya. Dari konteks ibadat pula, umat Islam perlu menjaga ibadat yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Dengan ibadat yang dilakukan, dapat mencerminkan sejauh mana manusia mentaati perintah Allah SWT. Umat Islam dituntut menunaikan Rukun Islam. "Sebaik-baik manusia itu dapat memberi manfaat kepada manusia lain" 5.0.2 KALIMAH SYAHADAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Syahadah( ) seperti yang disebutkan dan kita ketahui bahawa ia bererti satu

pengakuan dan ucapan yang sebenar-benarnya percaya terhadap keesaan tuhan yang Maha Esa iaitu Allah S.W.T dan pengakuan yang sebenar-benarnya bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Terdapat pendapat lain yang mengatakan dari segi bahasa bermaksud penyaksian, manakala dari segi istilah syarak bermaksud penyaksian bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah. Apabila kita mengamalkan syahadah dan diasaskan denganiman yang konsisten dan istiqamah, maka beberapa hasil akan dirasakan seperti keberanian, ketenangan dan optimis menjalani kehidupan. Kemudian Allah akan memberikan kebahagiaan kepada kita di dunia dan akhirat. Islam adalah nama sebuah agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammads.a.w. Makna Islam itu sendiri digambarkan oleh Nabi Muhammad saw dalam banyaksabda baginda. Imam al-Nawawi dalam Kitab hadis-nya yang terkenal, al-Arbain al-

Pada hadis ketiga juga disebutkan, bahwasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Isla m ditegakkan di atas lima perkara iaitu bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah danMuhammad adalah utusan Allah, mewajibkan solat, menunaikan zakat, melaksanakanhaji ke Baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadhan. (HR Bukhari dan Muslim). Menurut aqidah Islam,syahadah merupakan satu bentuk perjanjian antara kita dan Allah S.W.T.Jika diteliti dalam kehidupan kita sebagai manusia, sememangnya kepercayaan amat penting sesama manusia.Contoh termudah ialah antara suami isteri, sekiranya antaramereka mempunyai kepercayaan yang kukuh maka rumahtangga yang dibina akan berkekalan, sebaliknya jika tiada persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain maka rumahtangga yang dibina akan retak dan berlaku perpecahan keluarga. Seperti konsep syahadah dalam kehidupan, sebagai seorang hamba Allah S.W.T kita seharusnya berpegang teguh pada perkara ini. Hubungan sesama manusia harus dijaga maka seharusnya hubungan antara Allah juga harus dijaga. Bagaimana untuk menjaga hubungan dengan Allah? Melalui amalan dan penghayatan terhadap Agama Islam,maka hubungan manusia dengan Allah S.W.T dapat ditingkatkan. Dan sekiranya kita menuruti dan mempercayai kerasulan Nabi Muhammad, terdapatpelbagai implikasi dan kesan beriman sebenar-benarnya kepada kerasulan NabiMuhammad s.a.w. Beriman dengan Nabi Muhammad SAW bererti mengimani secaramutlak, tuntas dan sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan olehbaginda adalah datangnya dari Allah SWT. Beriman dengan Rasulullah tidak bolehsama sekali dengan cara mempercayai dan mengambil sebahagian dan meninggalkansebahagian dari ajarannya. Sikap yang sebegini bukanlah merupakan keimanan yangmutlak terhadap kenabian Rasulullah SAW. Al Quran banyak menyatakan dalil-daliltentang kesan keimanan kepada nabi Muhammad SAW.

2.0 AMALAN YANG BOLEH MENINGKAT DAN MENGEMUKAKAN AMALAN SESEORANG Terdapat banyak amalan ytang boleh meningkatkan dan juga mengukukuhkan amalan seseorang itu, antaranya; 1. Membaca dan tadabbur(merenung atau memikirkan isi)al-Quranul Karim. Sesiapa yang membaca,mentadabbur dan memerhatikan isi kandungan alQuran akan mendapatkan ilmu pengetahuan yang menjadikan imannya kuat dan bertambah kuat. Allah SWT mengabarkan tentang orang-orang mukmin yang berbuat demikian Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah,akan gementarlah hati-hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya maka bertambahlah iman mereka dan kepada Rabb mereka bertawakal.(surah al-Anfal) 2. Mengenal Asmaul Husna dan sifat-sifat Allah SWT yang terdapat di dalam alQuran dan as-sunnah yang menunjukkan kesempurnaan Allah SWT secara mutlak dari pelbagai sudut.Apabila seseorang hamba itu mengetahui Rabbnya dengan pengetahuan yang hakiki,kemudian selamat dari jalan-jalan orang yang menyimpang,sesungguhnya ia telah diberikan taufik dan hidayah dalam meningkatkan iman mereka.Mana-mana hamba yang mengenal Allah dengan jalan yang benar,dia termasuk dalam orang yang paling kuat imannya dan ketaatannya,kuat takutnya dan muqrobahnya kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hambaNya adalah ulama.Al Imam Ibnu Katsir juga menjelaskan Sesungguhnya insan yang benar-benar takut pada Allah adalah insan yang benar-benar mengenali Allah SWT.

3. Memerhatikan siroh atau perjalanan hidup Rasullah SAW,yakni dengan mengamati,memperhatikan dan mempelajari siroh beliau dan sifat-sifatnya yang baik serta perangainya yang mulia. Al Imam Ibnu Qoyyim Rahimullah menjelaskan Dari sini kalian mengetahui sangat pentingnya hamba untuk mengenal Rasul dan apa yang dibawanya, dan membenarkan pada apa yang beliau kabarkan serta mentaati apa yang beliau perintahkan. Karena tidak ada jalan kebahagiaan dan keberuntungan di dunia dan di akhirat kecuali dengan tuntunannya. Tidak ada jalan untuk mengetahui baik dan buruk secara mendetail kecuali darinya.Maka kalau seseorang memperhatikan sifat dan akhlak Rasulullah SAW dalam Al Quran dan Al Hadits, niscaya dia akan mendapatkan manfaat dengannya, yakni ketaatannya kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam menjadi kuat, dan bertambah cintanya kepada beliau. Itu adalah tanda bertambahnya keimanan yang mewariskan mutabaah dan amalan sholih 4. Mengamalkan kebaikan-kabaikan agama islam.Ketahuilah sesungguhnya ajaran islam itu semunya baik,paling benar akidahnya,paling terpuji akhlaknya dan paling adil hukum-hukumnya.Dari pandangan inilah Allah SWT menghiasi keimanan di hati hambanya dan membuatnya cinta kepada keimanan sebagaimana Allah memenuhi cinta-Nya kepada pilihan-Nya,yakni Nabi Muhammad SAW.Maka iman dihati sesorang hamba itu adalah yang paling indah.Oleh sebab itulah seseorang hamba itu dapat merasakan manisnya iman yang ada dihatinya,sehingga dia akan menghiasi hatinya dengan hakikat keimanan dan menghiasi tubuh badannya dengan amalan-amalan yang soleh. 5. Membaca sirah atau perjalan hidup Salafush Shalih.Salafush Shalih

bermaksudpara sahabat Rasullah SAW

dan orang-orang yang mengikuti

mereka dengan baik.Dengan hanya melihat keadaan mereka,maka iman seseorang hamba itu akan kuat dan timbul rasa ingin menyerupai mereka dalam segala hal.

7.0 KEPENTINGAN SOLAH BERJEMAAH DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL Solat jemaah bermaksud solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie. Hal ini telah menjelaskan bahawa pentingnya solat berjamaah Banyak kepentinagn yang boleh didapati apabila melakukan solat berjamaah, tidak kira sama ada pada individu atau suatu kumpulan. Dalam aspek sosial, solat berjamah dapat membantu seseorang bebas dari masalah sosial. Dengan solat berjamaah maka terjalinnya rasa kasih sayang antara sesama umat Islam. Hal ini kerana, dengan perjumpaan antara satu dengan yang lain dan juga dengan berlakunya saling bersalaman di antara mereka tentu akan menyuburkan rasa kasih sayang dan perasaan mengambil berat di antara satu sama lain.Sebagai contoh, jika seseorang itu melakukan kesilapan,yang dapat menimbulkan fitnah, teguran yang sebaik mungkin dapat menyedarkan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial yang menular. Firman Allah S.W.T

.18 :

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orangorang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. at-Taubah : 18

Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut. (Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah) Surah Al 'Ankabuut ayat 45 tafsirnya : "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar". Sembahyang berjemaah di surau dan masjid boleh mengeratkan persaudaraan dan silaturahim sesama Islam dalam sesuatu kawasan. Sesetengah ulama berpendapat sembahyang berjemaah adalah lambang perpaduan, kemesraan dan kekuatan umat Islam. Umat Islam bersatu, melupakan fahaman politik, melupakan warna kulit, melupakan kedudukan dan pangkat dalam masyarakat, merendah diri dengan tulus ikhlas bersama-sama menghadap Allah. Sebagaimana diterangkan bahawa banyak kelebihan dan keistimewaan sembahyang berjemaah. Antaranya ialah orang yang sembahyang berjemaah mendapat dua puluh tujuh darjat daripada orang sembahyang bersendirian.Selain itu, orang yang sembahyang berjemaah diangkat darjat daripada mendapat rahmat, diampunkan dosa serta didoakan malaikat.Disamping itu,dengan mendengar tazkirah selepas solat,kita dapat menginsafi diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik.