Anda di halaman 1dari 7

Imbangan Aktiviti ini sangat mencabar kepada murid-murid yang cuba melakukannya.

Semasa melakukan sesuatu aktiviti imbangan, seseorang peserta perlu memepertimbangkan faktor- faktor mekanikal yang mempengaruhi imbangan kedudukan badanya. Selain membantu murid-murid membina kekuatan dan keyakinan diri, latihan dalam aktiviti imbangan dapat menambahkan lagi pengetahuan dan pemahaman mereka tentang kedudukan pusat gravity dan perhubungannya dengan bentuk badan peserta dalam mencapai satu kedudukan atau poster yang seimbang.

Imbangan Dekam Dalam latihan ini murid perlu menseimbang badannya dengan kedua-dua belah tangan yang bertapak di atas lantai di bawah badannya. Untuk memcapai imbangan itu, peserta perlu menggunakan sikunya untuk menanggung sebahagian daripada berat badannya.

Teknik 1. Lakukan dekam 2. Letakkan tapak tangan di atas tilam di bawah paras lutut 3. Condongkan badan ke hadapan dan bengkokan tangan 4. Rehatkan lutut di bahagian dalam di atas siku

Butiran mengajar 1. Anggaran keluasan tangan mestilah lebih kurang sama dengan keluasan bidang bahu 2. Berat badan peserta hendaklah di tanggung oleh tapak tangan semasa membuat imbangan

3. Jangan tegangkan leher semasa membuat imbangan. Aktiviti bukan lokomotor ini boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Perseorangan Susuli aktiviti imbangan dengan gulingan depan, dirian tangan, atau lejam kuda

Berpasangan Lakukan imbangan dekam sambil menghadap rakan anda. Lakukan dengan serentak dan berulang-ulang. Pergerakan ini juga boleh dilakukan sambil membelangkangi rakan atau disisi rakan.

Berkumpulan Bahagikan peserta ke dalam kumpulan kecil dan lakukan aktiviti ini dalam bentuk bulatan, sederet, bentuk v dan sebagainya.

Imbangan Harimau Imbangan ini juga dikenali sebagai imbangan siku. Peserta menseimbangkan badannya atas kedua-dua lengan depan yang terletak di atas lantai di hadapannya.

Teknik 1. Rendahkan badan dan letakkan lengan depan di atas tilam dan lantai. Hujung tangan menunjuk ke hadapan. Sebelah kaki melutut dan kaki sebelah lagi di panjangkan ke belakang.

2. Hayunkan kaki belakang ke atas sambil memgerakkan belakang pinggang ke hadapan. 3. Naikkan sebelah kaki lagi sehingga kedua-dua belah kaki lurus dan tegak. Dongakkan kepala 4. Imbangankan badan dalam kedudukan ini selama beberapa saat. Untuk berdiri semula, turunkan sebelah kaki terlebih dahulu.

Imbangan V ( duduk V ) Dalam aktiviti ini, murid menggunakan bahagian punggungnya sebagai tapak sokongan semasa badannya berada dalam bentuk V. Kedua-dua belah tangan boleh diluruskan atau mendepa di sisi kepala.

Teknik 1. Duduk belunjur di atas lantai. 2. Tangan lurus di belakang badan 3. Condongkan badan ke belakang dan naikkan kaki ke atas. 4. Lepaskan sokongan tangan dan mendepa. Imbangi badan dalam 3 saat. 5. Turunkan kaki dan sokong tangan dengan tangan semula. 6. Ulangi pergerakan ini beberapa kali

Front Walk Over Sebelum seseorang murid mencuba latihan ini, dia sepatutnya telah menguasai kemahiran dirian tangan. Ini adalah penting kerana pergerakkan yang pertama dalam front over adalah dirian tangan yang tegak.

Teknik 1. Luruskan tangan ke atas. Angkat kaki kiri dan rendahkan badan ke hadapan. Bengkokan kaki kiri apabila hujung kaki tersebut mencecah lantai. Tekan kedua dua belah tapak tangan di atas lantai. 2. Hayun kaki tangan secara lurus ke atas dan gerakan kaki tersebut perlahanlahan ke belakang. Selepas itu, susuri dengan kaki kiri. 3. Naikkan kaki kiri secara perlahan-lahan mengikut hala kaki kanan. Dalam latihan ini, murid dapat merasakan dia berada di lakuan dirian tangan dengan kakinya terbuka luas buat beberapa ketika. 4. Apabila kaki kana menapak semula, tangan peserta mestilah membuat suatu tolakan untuk membantu dirinya berdiri semula. Penyokong yang memberi bantuan hendaklah menggunakan sebelah tangannya untuk memegang bahagian atas lengan murid dan sebelah lagi menyokong bahagian belakang murid.

Imbangan Bahu Dalam aktiviti ini seseorang murid itu menggunakan bahagian bahunya untuk meninbangi badannya.

Teknik 1. Duduk belunjur dan luruskan tangan ke hadapan. 2. Buaikan badan ke belakang dan hayun kaki ke atas. 3. Tangan menapak, ( menekan di atas lantai ) 4. Tegakan badan dan imbangkan badan selama 3 saat. 5. Turunkan kaki dan balik ke pergerakan duduk melunjur

Imbangan Skala Skala adalah satu gaya yang memerlukan muridnya menimbangi badan di atas sebelah kaki sementara kaki yang sebelah lagi dipanjangkan ke arah yang tertentu mengikut jenis skala yang ditunjukan. Aktiviti imbangan ini adalah mencabar dan murid boleh memcubanya semasa latihan senam lantai atau aktiviti yang lebih mirip kepada pergerakkan asas.

Teknik 1. Berjalan 3 langkah dan terus ke kedudukan skala, tukar kepada dirian tangan dan akhiri rangkaian ini dengan membuat gulingan depan. 2. Mulakan dengan lakuan skala, tukar kepada roda kereta dan balik ke lakuan skala yang sama atau yang lain bentuknya. 3. Jalan 3 langkah diatas bangku gimnastik, pusing dan menghadap ke tempat mulaan sambil melakukan imbangan skala. 4. Berlari sambil memegang gelung rotan dan lambungkan gelung rotan tersebit lalu sambut dengan sebelah tangan. Akhiri dengan 1 gaya skala.

Dirian Kepala Dalam aktiviti ini murid cuba menseimbang badannya dengan menggunakan kedua-dua belah tapak tangan dan dahi untuk menyokong berat badannya.

Teknik . 1. Lakukan dekam dan lekatkan tangan di atas tilam. 2. Cecahkan dahi di atas tilam yang berada di bahagian hadapan tangan. Kepala dan kedua-dua belah tapak tangan hendaklah berada seperti dalam bentuk segi tiga. 3. Naikkan kedua-dua belah kaki perlahan-lahan 4. Luruskan kaki dan imbangkan badan buat beberapa saat.

Dirian Kepala Dalam aktiviti ini murid cuba menimbangi badanya dengan menggunakan kedua-dua belah tapak tangan dan dahi untuk menyokong berat badannya.

Teknik 1. Lakukan dekam dan letakkan tangan di atas tilam. 2. Ccecahkan dahi di atas tilam yang berada di bahagian hadapan tangan. Kepala dan tapak tangan hendaklah berada seperti bentuk segi tiga. 3. Naikkan kedua-dua belah kaki perlahan-lahan. 4. Luruskan kaki dan imbangkan badan buat beberapa saat.

Dirian Tangan Aktiviti ini ialah salah satu daripada kemahiran asas yang penting dalam aktiviti menghambur.

Teknik 1. Berdiri dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan dan kedua-dua belah tangan dibiarkan lurus ke sisi. 2. Hayun sebelah kaki ke atas sambil menaikkan kedua-dua belah tangan dan halakan tapak tangan ke hadapan. 3. Turunkan kaki yang telah dihayunkan tadi dan condongkan badan ke bawah. 4. Tangan digunakan untuk menyokong ke atas tilam sambil kaki belakang di hayunkan lurus ke atas dan diikuti kaki lain. 5. Apabila kedua-dua belah kaki telah lurus di atas kepala, Peserta hendaklah menimbangi badannya dengan baik.