Anda di halaman 1dari 70

`CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah. Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotongroyong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang. Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku. Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseriseri. Cogan kata ada menyatakan , sekolahku syurgaku. Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar. Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah. Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang

Posted: November 20, 2010 by twoohiok in Uncategorized

2 Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, negara kita telah pesat membangun dan bangunan yang mencakar langit telah didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun demikian, pembangunan kerohanian tidak mengalami transformasi yang ketara secara anjakan paradigma. Untuk merealisasikan wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia, kerajaan perlu menjanakan pembangunan kerohanian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui cerucuk kepimpinan di negara kita. Dalam konteks ini, modal insan yang cemerlang memerlukan ciri-ciri yang unik, iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis, berbadan sihat serta memiliki kepimpinan. William J. Siegel berkata, Manusia tidak meracang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu merancangkan tindakantindakan yang efektif untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk mencambahkan insan yang cemerlang, ibu bapa memainkan peranan yang prioriti. Menurut Hadis, anak dibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya. Lantaran itu, ibu bapa yang bertanggungjawab dan memiliki ilmu keibubapaan berupaya mencanai insan yang gemilang. Terlebih dahulu, ibu bapa perlu menitikberatkan pencapaian akademik anak mereka. Selain menemani anak mereka mengulang kaji dan membuat latihan, ibu bapa juga perlu menjadi role model atau suri teladan kepada anak mereka dalam amalan membaca kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebung. Banyak membaca luasnya ilmunya. Ibu bapa tidak patut lokek atau kedekut untuk memberikan pujian kepada anak atas sesuatu kejayaan. Hal ini dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk mendaki lereng yang penuh dengan onak dan duri hingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Hal ini selaras dengan kata-kata El Leseur, Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan. Tegasnya ibu bapa perlu berusaha membimbing anak mereka ke arah kecemerlangan akademik. Bagaimanapun, kecemerlangan akademik atau intelek tidak akan membawa sebarang makna jika tidak dilengkapi dengan sahsiah yang mulia. Ternyata, banyak golongan yang terdidik turut melibatkan diri dalam pelbagai jenayah kolar putih atau gejala sosial terutamanya pengagihan dadah dan kegiatan maksiat bagai melukut di tepi gantang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka menerima ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab suci. Golongan muda perlu memiliki keimanan yang teguh untuk menjauhi segala godaan dan nafsu. Pemuda dan pemudi yang berbudi bahasa, bertanggungjawab dan berjati diri dapat melahirkan masyarakat sakinat yang diidam-idamkan. Dengan kata lain, ibu bapa hendak membentuk anak remaja yang berakhlak mulia untuk melahirkan masyarakat penyayang menjelang wawasan 2020. Untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan. Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan yang kreatif dan kritis. Sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi dan keluar dari kepompong yang tradisi dan statik. Dalam dunia ICT, pendapatan Google, Facebook dan Microsoft telah mengatasi pendapatan negara kita. Produk yang dijual oleh mereka ialah kreativiti dan ilmu mereka. Hal ini telah membuktikan bahawa ilmu yang dimiliki tidak akan berguna jika tidak dicampuri dengan imaginasi yang berani dan praktikal yang berterusan.

Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka. Pertandingan reka cipta robotik, laman web dan fesyen serta lain-lain lagi perlu diadakan . Secara tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku teks sahaja tetapi perlu bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan idea yang kreatif dan kritis. Di samping itu, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memastikan generasi muda kita memiliki badan yang sihat dan cergas. Pihak sekolah perlu memberikan ilmu pengetahuan tentang caracara menjaga kesihatan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Pendidikan Jasmani di sekolah perlu dititikberatkan. Kementerian Pelajaran telah menetap setiap pelajar perlu bergiat dalam satu sukan. Hal ini merupakan tindakan yang bijaksana. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka senantiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan pemakanan seimbang seperti kriteria dalam piramid makanan. Sehubungan dengan itu, putera dan puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu dapat menjauhi penyakit kronik dan penyakit berjangkit. Badan cergas otak cerdas. Fizikal yang sihat akan membentuk semangat kental dan waja diri untuk menghadapi pancaroba dalam gelombang globalisasi. Natijahnya, ibu bapa dan pihak sekolah perlu menitikberatkan kesihatan dan kekuatan fizikal anak muda kita. Sementelahan, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa . Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa? Tidak lain tidak bukan pemimpin yang berketerampilan perlu bersikap disiplin, tanggungjawab, amanah, dapat bekerjasama, berinteraksi dan bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya berucap di khalayak ramai. Dalam situasi ini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Setiap pelajar perlu diberikan peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan kokurikulum dan pasukan beruniform. Menurut kata-kata mutiara, Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan anda. Justeru itu, guru sebagai penasihat harus membimbing pelajar untuk menjadi pemimpin tanpa banyak campur tangan. Seperti peribahasa, bumi mana tidak ditimpa hujan, pelajar yang bersalah atau bersilap perlu diberi peluang untuk membaiki diri mereka sehingga meminimumkan kelemahan mereka. Kepimpinan seseorang insan akan berputik setelah dibimbing, diasak, dilatih dan diberi peluang. Hakikatnya, sekolah merupakan medan yang kondusif untuk membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan. Kesimpulan, bak kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, golongan muda perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang cemerlang. Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang terpenting untuk mencapai aspirasi tersebut. Adakah pada tahun 2057, negara kita telah memiliki saintis yang memperoleh hadiah Nobel? Adakah negara kita akan memiliki usahawan seperti Bill Gates? Adakah negara kita akan memiliki olahragawan yang akan memiliki pingat emas dalam Sukan Olimpik? Hasrat tersebut akan tercapai jika masyarakat kita mengalami anjakan paradigma dari segi pembangunan kerohanian untuk melahirkan model insan yang cemerlang seperti tema Hari kebangsaan, 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Langkah-langkah untuk menangani kenaikan harga barang keperluan


Posted: August 16, 2010 by twoohiok in Uncategorized

8 Langkah-langkah untuk menangani kenaikan harga barang keperluan

Dasawarsa ini, kenaikan harga barang keperluan atau gejala inflasi sering menghantui kehidupan rakyat jelata, terutamanya golongan yang miskin bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Isu barangan keperluan mengalami kenaikan harga sentiasa dipaparkan pada dada akhbar dan menjadi pokok perbincangan di warung kopi hingga sidang parlimen. Inflasi telah menjadi rakyat kita hidup melarat. Bagaimanakah rakyat kita dapat melepaskan diri daripada kemelut sosioekonomi ini? Seperti pepatah, Di mana cendawan tumbuh, di situ tembilang teratah . Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu seia sekata mencari akal untuk menangani masalah kenaikan harga barang keperluan. Pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang keperluan ialah Kempen Berhemat. Kata orang tua-tua, Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis dan cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit. Amalan berjimat cermat merupakan tabiat yang terpuji. Amalan membesarkan kerak nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri sendiri. Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu. Rakyat kita digesa supaya bersahaja dan sederhana tanpa boros terutamanya pada musim perayaan. Sebagai contoh, telur, daging ayam, tepung menghadapi kekurangan di pasaran gara-gara pengguna membeli secara berlebihan sehingga membazir dan tidak dapat dihabiskan. Jika setiap rakyat dapat berhemat dengan tabiat cicir dipungut, hilang dicari dalam setiap pembelian dan tidak membeli secara berlebihan, nescaya inflasi dapat diminimumkan kerana bekalan tidak mengalami kekurangan berbanding dengan permintaan di pasaran.

Dalam konteks ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna harus menganjurkan Kempen Beli Barangan Malaysia. Langkah ini amat mustahak untuk memulihkan masalah inflasi. Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan keperluan asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import. Walhal, harga barangan tempatan lebih berpatutan kerana kos pengangkutan lebih murah. Contoh, rakyat kita seyogianya makan buah-buahan dan sayur-mayur tempatan yang lebih segar dan berkhasiat daripada barangan import. Seperti peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jika semua rakyat dapat bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan bersemangat patriotik, kempen tersebut berupaya meningkatkan peniagaan dalam negara. Senarionya, petani, peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana kita turut memperoleh manfaatnya. Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata wang asing. Inflasi turut diredakan. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang ampuh untuk membendung inflasi. Demi mencegah penyelewengan peniaga yang tamak haloba, pegawai yang terlibat tidak patut bertindak sambil lewa atau bena tak bena sahaja. Misalnya pemantauan atau serbuan hanya dijalankan secara bermusim sahaja. Lebih-lebih lagi kegiatan rasuah meruwatkan situasi ini. Tanpa tindakan undang-undang yang ketat, peniaga akan bertindak bermaharajalela dengan meningkatkan harga barangan jualan tanpa belas kasihan. Rentetan daripada itu, kompaun dan hukuman penjara mandatori harus dijatuhkan dengan semaksimumnya terhadap peniaga yang licik. Pemantauan yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua premis perniagaan dan pasar malam. Masyarakat kita perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti Rakan Cop untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga . Hukuman yang ketat dan tindakan pegawai yang bersih, cekap dan amanah pasti dapat mengekang peniaga yang ingin menangguk di air keruh. Orang ramai juga diseru supaya menanam sayur-sayuran di halaman rumah masing-masing. Sebenarnya, cadangan ini pernah dipraktikkan pada 1970-an dengan rancangan Buku Hijau. Ketika dilanda inflasi, khalayak ramai diseru supaya menjalankan penanaman di halaman rumah. Contohnya, hidroponik diperkenalkan kepada masyarakat bandar untuk menanam sayursayuran di halaman rumah. Orang ramai tidak patut memandang enteng terhadap hal ini kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Kita boleh menanam sayur-sayuran sebagai hobi untuk mengisi masa senggang. Selain menjamin kesihatan fizikal dan mental, kita dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli sayur-mayur organik tanpa racun serangga. Tindakan ini bagai serampang dua mata. Alangkah baiknya, kita dapat memperoleh cili,

tomato, bawang hijau, serai, ulam-ulaman yang segar-bugar dari pasu bunga di halaman rumah kita. Dengan kata lain, penanaman sayur-sayuran di rumah turut menyumbang ke arah inflasi sifar. Bagaimanapun, kerajaan kita memerlukan perancangan yang bersepadu untuk menangani inflasi di negara kita. Sebagai cerucuk kepimpinan negara, anggota kabinet harus menentukan segala polisi kerajaan dilaksanakan dengan berkesan tanpa menimbulkan inflasi. Pemimpin dan para pegawai awam yang terlibat harus memantapkan defisit pendapatan negara, meningkatkan produktiviti masyarakat kita, menjamin kestabilan mata wang Malaysia, menaikkan kadar faedah simpanan, mengawal kenaikan gaji secara rasional serta memastikan pengagihan barangan keperluan di dalam negara. Hal ini dapat mengelakkan pengaliran mata wang yang terlalu banyak di dalam pasaran tempatan sehingga berlakunya inflasi. Sebarang tindakan kerajaan akan memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat jelata. Kita tidak tergamak melihat golongan miskin dibebankan lagi dengan inflasi kerana berapa berat mata memandang, lebih berat lagi bahu memikul. Kerajaan harus sentiasa bertindak bijaksana seperti peribahasa, menarik rambut di dalam tepung. Sebelum memansuhkan subsidi terhadap bahan keperluan asas, kerajaan patut membuat kaji selidik dan analisis tentang kesannya terhadap indeks inflasi di negara kita. Tuntasnya, pihak kerajaan dan Persatuan Pengguna harus berkomitmen untuk menangani masalah inflasi di negara kita. Semua pihak tidak patut bersikap melepaskan batuk di tangga. Bayangkan masih banyak rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan terpaksa menghadapi inflasi. Jangan biarkan cogan kata, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai slogan sahaja. Lantarannya, kita perlu berganding bahu dan bersinergi untuk menoktahi inflasi di negara kita.

Punca-punca kenaikan harga barang (Inflasi)


Posted: August 16, 2010 by twoohiok in Uncategorized

Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi, iaitu kenaikan harga barang secara holistik. Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata, terutama golongan yang berpendapat rendah yang terpaksa hidup bagai kain basah kering di pinggang. Duri dalam daging ini perlu dicabut dalam masyarakat kita sebelum parah, rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara harus menjadi iktibar di negara kita. Sebelum mengatur langkah untuk menangani masalah ini, biarlah pihak berkuasa menyusuri punca-punca kenaikan harga barang di negara kita. Kata orang tua-tua, ada asap, ada api. Setiap kemusykilan pasti ada pangkal pokoknya. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi ialah kenaikan harga minyak. Tidak dapat dinafikan bahawa harga minyak petroleum telah naik secara drastik di pasaran antarabangsa, sehingga pernah mencecah US $144 setong pada tahun 2007. Hal ini memangkinkan kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel yang telah disubsidikan oleh kerajaan itu ke negara jiran kita. Lantaran kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak petrol dan diesel untuk mengurangkan beban kewangan. Penyeludup yang tamak telah menyebabkan rakyat jelata mengalami penderitaan. Hal ini sama dengan peribahasa, orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah. Kenaikan minyak yang sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan. Walhasilnya, harga semua barangan turut naik dengan serentak. Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan. Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit. Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar

negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal. Tambahan pula, kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini. Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah terjunam. Peniaga negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing. Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar. Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu, kita tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum.

Lebih-lebih lagi, ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang. Demi meragut keuntungan yang lumayan, terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan. Mereka enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu. Hal ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang. Kita semua sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan tercetusnya inflasi. Sehubungan dengan itu, pengguna kita juga perlu bertanggungjawab dalam konteks ini. Rakyat Malaysia tidak memiliki kesedaran tentang ilmu kepenggunaan. Mereka sering membelibelah dengan berdasarkan nafsu dan bukan berpaksikan keperluan. Sebagai contohnya, ketika musim perayaan, penduduk Malaysia sering membeli barangan secara berlebihan sehingga berboros kerana tidak dapat menghabiskannya. Tamsilnya, mereka sering merebut daging ayam dan telur. Mereka membuat kuih-muih dan juadah dengan terlalu banyak. Apabila permintaan di pasaran lebih banyak daripada bekalan, harga barang naik secara drastik lagi. Siapakah yang menjadi mangsa? Tepuk dada tanya selera. Kenapa perayaan tidak boleh diraikan secara sederhana? Bukankah hubungan yang intim sekeluarga lebih penting daripada menyediakan makanan yang melambak? Ingatlah peribahasa, Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Untuk melepaskan diri daripada belenggu inflasi, pihak kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana seperti menarik rambut di dalam tepung untuk menangani masalah ini daripada terus menular. Kerjasama pihak pengguna, peniaga dan prihatin pihak berkuasa amat signifikan untuk meminimumkan inflasi

sehingga mencapai inflasi sifar. Hal ini memang selaras dengan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Cara anda mencegah penyakit H1N1


Posted: August 8, 2010 by twoohiok in Uncategorized

2 Soalan: Penyakit H1N1 yang melanda negara kita telah menyebabkan banyak warganegara kita menghadapi kematian. Sebagai insan yang prihatin, apakan peranan atau tindakan anda untuk mencegah penyakit ini? Pada bulan April 2009, penyakit H1N1 yang juga terkenal sebagai influenza A telah merebak dari Mexico ke seluruh dunia. Sesungguhnya penyakit ini merupakan selesema babi yang lazimnya berjangkit dalam tubuh badan binatang ini. Penyakit ini telah mengalami perubahan genetik sehingga mula menjangkiti badan manusia. Ternyata penyakit ini bukan sahaja menggugat kesihatan manusia sejagat malah menyebabkan banyak nyawa melayang di seluruh dunia. Setakat awal bulan Ogos 2010, sebanyak 11,500 orang penduduk Malaysia telah menghidap penyakit ini dan sebanyak 91 orang telah menemui ajal di negara kita. Penyakit ini telah mengancam sosioekonomi negara kita, terutamanya sektor pelancongan dan perkhidmatan. Sebagai insan yang bertanggungjawab, saya perlu mengetahui cara-cara yang berkesan untuk mencegah penyakit ini. Untuk mencegah penyakit ini, terlebih dahulu saya perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat yang lengkap tentang penyakit ini. Hal ini demikian kerana pengetahuan dan maklumat yang betul dapat membantu saya untuk menjauhi penyakit tersebut, terutamanya informasi tentang punca berlakunya penyakit , simptomnya dan cara-cara untuk mencegahnya. Seperti peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sehubungan dengan itu saya akan berusaha memperoleh maklumat tersebut daripada pelbagai wahana, seperti televisyen, Internet, dan Kempen Anti-H1N1 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan kata lain, setiap insan perlu memiliki pengetahuan sebelum bertindak untuk mencegah penyakit yang membawa maut ini. Amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran merupakan inisiatif yang prioriti kepada setiap individu untuk mencegah penyakit berjangkit, termasuklah wabak H1N1. Rentetan daripada itu,

saya perlu sentiasa memastikan fizikal saya sentiasa bersih. Kata orang tua-tua, Kebersihan merupakan satu keimanan. Saya akan sentiasa mencuci tangan dengan cara yang betul dan menggunakan sabun antibakteria, terutamanya balik dari luar. Selain itu saya akan memastikan persekitaran rumah saya bersih. Dalam konteks ini, saya akan mengadakan gotong-royong di rumah. Setiap anggota keluarga saya akan bekerjasama bagai hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk menjalankan pembersihan, tamsilnya mencuci tandas, mengelap lantai dan meja. Kegiatan sedemikian bukan sahaja dapat mengintimkan silaturahim sekeluarga tetapi juga dapat mencelikkan kesedaran sekeluarga tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Amalan menjaga kebersihan merupakan tindakan berjaga-jaga untuk menghadapi semua jenis penyakit berjangkit. Tindakan menerima suntikan vaksin juga merupakan cara pencegahan yang bijaksana. Kita harus sedar bahawa golongan yang berisiko tinggi harus disuntik vaksin sebagai tindakan berjagajaga. Antaranya, golongan yang berisiko tinggi ialah golongan tua, kanak-kanak, berpenyakit asma, ibu yang berbadan dua dan sebagainya. Jika saya sering menghadapi penyakit asma atau sistem pernafasan yang bermasalah, saya harus menerima suntikan vaksin di hospital atau klinik yang berdekatan. Hal ini dapat mencegah saya daripada penyakit H1N1 yang dapat membawa maut kepada hayat saya. Bagaimanapun vaksin yang sedia ada belum lagi menjamin keselamatan yang seratus peratus dan barang kali terdapat kesan sampingan. Di samping itu, saya harus memakai topeng mulut (penutup mulut dan hidung) sebagai tindakan pencegahan. Ketika demam dan batuk, sebagai insan yang bertanggungjawab, saya harus memakai topeng mulut agar tidak menyebarkan bakteria atau wabak kepada keluarga dan rakan saya. Pada masa yang sama, saya perlu sentiasa memakai topeng mulut seandainya ada orang yang sentiasa batuk di sekeliling saya. Ketika berada di tempat tumpuan khalayak ramai, bertopeng mulut adalah amalan yang terbaik untuk menjauhkan diri daripada pelbagai wabak. Sebagai contohnya, setelah dilanda penyakit SARS, penduduk Hong Kong sentiasa bertopeng mulut di tempat awam seperti di MRT dan pasar raya. Hakikatnya mereka berjaya meminimumkan kadar kematian ketika dilanda penyakit Wabak H1N1. Oleh itu, saya juga akan menasihati ahli keluarga dan rakan saya yang sedang demam atau berbatuk supaya memakai topeng mulut sebagai tanggungjawab mereka untuk meminimumkan penyakit ini. Hal ini selaras dengan peribahasa, cegah sebelum parah. Pada masa yang sama, saya perlu senantiasa mengamati simptom influenza A yang mungkin berlaku pada diri sendiri atau orang lain. Simptom wabak ini ialah demam hingga 38 C, batuk, bersin dan berhingus . Jika saya mendapati bahawa saya terdapat simptom tersebut, saya segera mendapat rawatan dari hospital atau klinik yang berdekatan. Selain banyak minum air dan mengambil ubat yang ditetapkan , saya perlu mengkuarantin diri sekurang-kurangnya 7 hari. Jika keluarga saya atau kenalan saya yang baru balik dari negara yang sedang dilanda penyakit tersebut, saya pasti akan memujuknya supaya mengkuarantin diri di rumah beberapa hari untuk berehat walaupun belum dikesan ada simptom tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa wabak dapat disebar secara global kerana sistem penerbangan yang canggih sekarang. Ingatlah seruan Kementerian Kesihatan, pencegahan wabak merupakan tanggungjawab kita bersama. Jika kita semua dapat berjaga-jaga dan sanggup mengkuarantin diri ketika terdapat simptom wabak tersebut, H1N1 tidak akan berleluasa secara drastik.

Secara tuntasnya, jika setiap individu dapat memikul tanggungjawab untuk mencegah penyakit H1N1, saya pasti bahawa penyakit ini dapat dibendung sehingga mencapai kadar sifar. Pihak Kementerian Kesihatan dan kabinet kerajaan harus sentiasa bertindak bijaksana bagai menarik rambut dalam tepung terhadap penyakit berjangkit. Tindakan sediakan payung sebelum hujan harus dilakukan oleh para pegawai kesihatan untuk menghadapi sebarang penyakit berjangkit. Segenap lapisan masyarakat juga perlu dididik dan dinasihati supaya mempunyai kesedaran untuk mencegah semua jenis penyakit. Bak cogan kata, Rakyat Sihat, Negara Maju.

Kepentingan Pengangkutan Awam Kepada Negara Kita


Posted: November 20, 2010 by twoohiok in Uncategorized

Kepentingan Pengangkutan Awam Kepada Negara Kita Dalam Bajet Tahun 2011, Perdana Menteri memangku Menteri Kewangan telah membentangkan bahawa Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) akan dibina bermula pada tahun hadapan dan dijangka akan siap sebelum tahun 2020. Belanja untuk membina sistem MRT dianggar akan mencecah RM 40 bilion. Senario ini memanifestasikan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di negara kita. Setakat ini hanya kira-kira 32% pengguna jalan raya tempatan menggunakan pengangkutan awam manakala di negara maju seperti Jepun dan negara-negara Eropah lebih daripada 70% pengguna jalan raya ialah penumpang pengangkutan awam. Dalam konteks ini, pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi penduduk bandar-bandar besar di dunia. Untuk mencapai negara maju, semua pihak perlu sedar akan kepentingan pengangkutan awam kepada negara kita. Kita sedia maklum bahawa salah satu kemaslahatan pengangkutan awam adalah dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. Kesesakan lalu lintas merupakan duri dalam daging dan mimpi ngeri kepada penduduk bandar. Ketika pergi ke atau balik dari pejabat, mereka terpaksa berjam-jam di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Sehubungan dengan itu, peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dapat menarik lebih banyak penumpang sehingga penggunaan kenderaan sendiri akan berkurangan di jalan raya. Secara tidak langsung, kesesakan lalu lintas dapat diminimumkan. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa perlu menetap lintasan khas sebagai laluan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Alat pengangkutan awam yang tidak mengalami kesesakan lalu lintas dapat menarik pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. Walhasilnya, pembangunan dalam sistem pengangkutan awam di tanah air dapat membendung kesesakan lalu lintas yang semakin kronik. Selain itu, pengangkutan awam yang bermutu turut memperkasakan industri pelancongan. Di rantau Asia Tenggara ini, industri pelancongan negara kita masih ketinggalan berbanding dengan negara Thailand dan Singapura. Salah satu sebab ialah pengangkutan awam di Bangkok dan Singapura sangat canggih dan memudahkan pelancong ke sesuatu destinasi. Sebaliknya sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur masih belum mencapai taraf negara maju. Di Hong Kong, Singapura dan Taiwan, penumpang hanya perlu membeli sekeping Kad Penumpang untuk menaiki MRT, bas malah Feri. Sistem pengangkutan yang canggih, selesa, mesra , bersih dan selamat dapat memberikan imej yang baik kepada pelancong ke negara kita. Malangnya, bas ekspres dan bas persiaran di negara kita sering terlibat dalam kemalangan yang dahsyat. Tambahan pula, sesetengah pemandu teks yang biadab dan meminta tambang yang berlebihan akan menjejaskan industri pelancongan di negara kita. Tegasnya, pengusaha pengangkutan jalan raya tanah air kita perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dapat mendorong industri pelancongan negara kita. Lebih-lebih lagi, sistem pengangkutan awam yang baik dapat menjanakan pembangunan ekonomi negara. Tanpa disedari bahawa pengangkutan awam yang berkualiti dapat meningkatkan produktiviti negara. Hal ini demikian kerana pekerja dapat sampai di pejabat atau kilang tanpa lewat dengan adanya sistem pengangkutan yang menepati jadual waktu. Saban hari banyak orang lewat ke medan kerja kerana mengalami kesesakan lalu lintas. Hal ini merupakan satu pembaziran kerana para pekerja telah letih dan penat setelah tiba di tempat kerja. Jika negara kita memiliki sistem pengangkutan yang canggih terutamanya MRT, LRT, Komuter dan sebagainya, pekerja kita dapat sampai di destinasi tempat kerja dengan cepat dan tepat pada masa. Nescaya, mereka lebih bersemangat dan memiliki daya produktiviti yang lebih tinggi. Daya pengeluaran yang tinggi dapat memangkinkan pembangunan ekonomi negara supaya

negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Gara-garanya, pengangkutan awam yang canggih berkait rapat dengan produktiviti negara . Tambahan pula, pembangunan sistem pengangkutan awam dapat meminimumkan pencemaran udara di negara kita. Beberapa dasawarsa ini, kualiti udara negara kita semakin merosot sehingga negara kita dilanda jerebu. Salah satu faktor utama adalah kenderaan di jalan raya semakin banyak. Atas promosi pengeluar automobil dan syarikat kewangan, rakyat suka memiliki kenderaan sendiri. Mereka tidak suka menggunakan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat kita perlu dicelikkan supaya menyedari bahawa menaiki pengangkutan awam merupakan tindakan mesra alam. Jika orang ramai menggunakan perkhidmatan bas, LRT dan sebagainya, kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan sehingga asap yang mengandungi toksik dapat dikurangkan terutama karbon monoksida, sulfur dioksida dan lain-lain lagi. Ternyata, pengangkutan awam yang canggih lebih mesra alam, khasnya MRT yang akan dibina. Natijahnya, orang ramai perlu digalakkan supaya menaiki pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti alam sekitar kita. Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh, pengangkutan awam yang berkualiti merupakan elemen yang penting untuk menjamin pembangunan negara kita. Sehubungan itu pihak berkuasa dan pengusaha pengangkutan awam perlu bersinergi bagai aur dengan tebing untuk memartabatkan mutu pengangkutan awam di tanah air kita. Sistem pengangkutan yang canggih dapat menjanakan pembangunan negara kita ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Karangan Rencana: Peranan Guru Dalam Pembanungan Negara


Posted: May 5, 2010 by twoohiok in Uncategorized

8 Soalan Karangan: Bersempena dengan Hari Guru, anda ingin menulis satu rencana tentang peranan guru dalam pembangunan Negara. Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara Oleh : Aristotle Tan Saban tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu Hari Guru di tanah air kita. Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, Guru Pembina Negara Bangsa. Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis. Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju. Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang. Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan

berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara. Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna. Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat. Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid. Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata adalah demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari Guru.

PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL


Posted: February 19, 2010 by twoohiok in Uncategorized

21 Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Tampaknya, masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja. Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak yang mulia sehingga berjaya. Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lainlain lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang. Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah

terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif. Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga. Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan Keluargaku, syurgaku, dan Semakin hari semakin sayang patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.

Peranan Anak untuk Membahagiakan Keluarga

Posted: November 20, 2010 by twoohiok in Uncategorized

0 Peranan Anank untuk Membahagiakan Keluarga Soalan : Setiap ahli keluarga memainkan perananan masing-masing untuk menjamin kebahagiaan keluarga. Selain ibu bapa, setiap anak perlu memikul tanggungjawab untuk membahagiakan keluarga. Bincangkan peranan anak untuk membahagiakan institusi kekeluargaan. Setelah mendepani gelombang globalisasi yang penuh dengan ranjua dan onak duri, hubungan institusi kekeluargaan semakin renggang. Hal ini turut mencetuskan pelbagai sindram sosial yang bagai duri dalam daging masyarakat kita, terutamanya penganiayaan kanak-kanak, lari dari rumah, mat rempit, penagihan dadah dan lain-lain lagi. Dalam konteks ini, ibu bapa sering diberikan amanah yang berat untuk memperkukuh ikatan institusi kekeluargaan. Bagiamanapun, bertepuk sebelah tidak akan berbunyi. Anak yang masih kecil juga perlu memikul tanggungjawab untuk menjamin kebahagiaan keluarga. Hal ini seiring dengan kata-kata mutiara, Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan. Lantaran itu, anak yang kecil juga perlu dicelikkan peranan mereka dengan mengubah sikap mereka untuk menjayakan program keluargaku, syurgaku. Salah satu peranan yang prioriti anak untuk menjamin kebahagiaan keluarga adalah bersahsiah mulia dan berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana tingkah laku anak yang sopan dapat melegakan ibu bapa yang menghadapi pelbagai persaingan dalam kerjaya mereka. Hal ini selaras dengan peribahasa, yang merah itu saga, yang kurik itu kundi, yang baik itu bahasa, yang indah itu budi. Sehubungan dengan itu, setiap anak perlu sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan berhemah tinggi untuk melayani ibu bapa mereka. Kita tidak patut bertengkar dengan adik-beradik sehingga merisaukan orang tua kita. Sebagai jantung hati ibu bapa, anak hendaklah bersalam kepada orang tua dan mesti meminta kebenaran daripada mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Kata-kata hikmat harus sentiasa tertanam dalam bibir anak, seperti terima kasih, maafkan saya, bolehkah saya, tolong dan lain-lain lagi. Segala penat lelah ibu bapa akan reda ketika menghadapi anak mereka yang berperangai murni . Tegasnya, tingkah laku anak yang berjati diri dan berbudi bahasa dapat meningkatkan keharmonian dalam rumah. Selain itu, anak perlu mendukung tanggungjawab untuk meringankan beban ibu bapa dengan melakukan kerja rumah tangga. Pada alaf baru yang sentiasa berkompetitif, kebanyakan ibu telah bekerja di luar di samping memainkan peranan sebagai suri rumah tangga. Senario ini menyebabkan mereka sentiasa menghadapi lambakan kerja yang tidak pernah habis. Sebagai anak yang bertimbang rasa, kita juga patut melakukan kerja-kerja rumah tangga untuk meringankan beban ibu yang disayangi. Sebagai contoh, kita boleh menyapu rantai, mencuci baju dan kasut sekolah , mengelap tingkap, mencuci kereta malah memasak. Semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga. Bagaimanapun, kebanyakan remaja sekarang meremehkan kerja rumah tangga malah keadaan bilik mereka berselerakan. Ibu bapa yang penat dan sibuk dengan kerja rumah tangga pasti tidak mungkin dapat menaruh kasih sayang kepada anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Dengan kata lain, anak yang sanggaup melakukan kerja-kerka rumah tangga dapat meningkatkan kualiti kesejahteraan keluarga. Seterusnya, anak yang bertanggungjawab hendaklah berdisiplin dan menjauhi kegiatan yang negatif. Sejak kebelakangan ini, ibu bapa sentiasa gelisah dan risau akan anak mereka yang terlibat dalam pelbagai kemelut sosial, tamsilnya gengsterime, vandalisme, melepak, mat rempit, merokok bahkan menagih dadah. Silaturahim ibu bapa dengan anak semakin tegang dan tidak

mesra lagi ketika ibu bapa asyik menegur perbuatan anak mereka yang tidak sihat. Sebelum senario ini terjadi, anak yang terdidik perlu ada kesedaran diri dan membuat pertimbangan yang sewajarnya. Golongan remaja dan belia harus memiliki keimanan sebagai pedoman bagai jauhari yang mengenal manikam. Ajakan syaitan dan bisikan iblis harus dijauhi dengan mendalamkan ajaran agama. Ketika menghadapi sesuatu dilema, anak perlu meminta nasihat daripada ibu bapa atau adik-beradik mereka. Seandainya anak dapat mengamalkan prinsip yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, mereka pasti dapat melepaskan diri daripada kepompong sindrom sosial. Perselisihan dalam keluarga pasti dapat diminimumkan. Natijahnya, anak yang berdisiplin dapat memastikan keamanan keluarga mereka. Di samping itu, salah satu peranan anak adalah menghargai jasa ibu bapa mereka. Nilai kesyukuran perlu ada pada setiap insan. Kata orang yang bijak pandai, orang yang bersyukur ialah manusia yang bahagia kerana dapat menikmati segala kurniaan-Nya. Rentetan daripada itu, setiap anak perlu menghargai segala nikmat yang diperoleh. Mereka perlu mengenang jasa ibu bapa seperti peribahasa, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Untuk berterima kasih kepada ibu bapa yang mengasuh, membimbing dan mendidik kita, sebagai anak, kita harus taat dan hormat kepada mereka. Ketika hari jadi ibu bapa, anak boleh membuat kad hari jadi kepada mereka. Anak boleh membeli hadiah kepada ibu bapa dengan wang saku. Kad yang berharga satu dua ringgit itu membawa makna yang tidak ternilai kepada penerima kerana anak itu sedar akan kesusahan dan pengorbanan ibu bapa mereka. Ketika Hari Bapa atau Hari Ibu, adik-beradik boleh menyediakan hidangan yang disukai oleh ibu bapa untuk mengambil hati mereka. Natijahnya, anak perlu menghargai jasa ibu bapa mereka dan berusaha membahagiakan mereka. Sementelahan, anak berkewajipan untuk belajar dangan bersungguh-sungguh. Anak yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan dapat mengharumkan nama keluarga. Ibu bapa akan berasa bahagia dan berpuas hati ketika anak mereka mencapai kejayaan dalam pelajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa senario ini merupakan impian setiap ibu bapa. Mereka bekerja keras untuk menyekolahkan anak mereka supaya anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Sebagai pelajar, anak perlu memikul tanggungjawab tersebut dengan belajar bersungguh-sungguh, ibarat genggam bara api, biarlah sampai jadi arang. Kepandaian atau kecerdikan setiap orang adalah berbeza tetapi usaha tangga kejayaan. Jika setiap anak dapat menelaah pelajaran dengan tekun dan teliti, pelajaran mereka pasti dapat menuju ke arah kegemilangan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Segala usaha yang pahit dapat melahirkan buah yang manis. Kecemerlangan anak dalam pelajaran turut membantu mereka memperoleh biasiswa sehingga meringankan beban ibu bapa untuk menanggung kos pendidikan anak. Dengan kata lain, anak perlu belajar dengan tekun untuk mengharumkan nama keluarga. Secara tuntasnya, anak memainkan peranan yang penting untuk membahagiakan keluarga mereka. Anak yang bersopan, bertanggungjawab, berdisiplin, rajin dan menghargai jasa ibu bpa dapat mencambahkan keluarga yang sakinat. Walau bagaimanapun, setiap anggota keluarga perlu bermuafakat seperti peribasasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang utuh dan sejahtera. Atas persefahaman dan kerjasama setiap anggota keluarga, progaram Keluargaku, syurgaku dan Semakin Hari Semakin Sayang baru dapat direalisasikan.

Cara-cara mengelakkan berlakunya banjir

Posted: November 22, 2010 by twoohiok in Uncategorized

Pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007, banjir telah menenggelami bandar Kota Tinggi dan Batu Pahat di Johor. Sebanyak 100,000 orang mangsa terpaksa berpindah ke pusat pemulihan mangsa banjir. Pada bulan Oktober tahun ini, banjir telah menyebabkan sebanyak 18 orang mati lemas di negeri Kedah dan menyebabkan kerugian yang berjuta-juta ringgit. Banjir bukan sahaja memusnahkan harta benda, infrastruktur, hasil pertanian dan penternakan, malah meragut nyawa manusia. Lebih-lebih lagi malapetaka ini turut menyebabkan inflasi dan menjejaskan ekonomi negara. Selain faktor cuaca, kejadian banjir turut berkait rapat dengan perbuatan manusia yang tamak haloba dan tidak menjaga alam sekitar kita. Bak kata peribahasa, di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh semua pihak perlu bersinergi bagai aur dengan tebing untuk mengaturkan usaha-usaha yang efektif untuk mengelakkan berlakunya banjir. Untuk membendung berlakunya musibah ini, terlebih dahulu kerajaan harus mempertahankan hutan belantara yang sedia ada. Kita sedia maklum bahawa hutan merupakan kawasan tadahan air semula jadi. Air hujan yang lebat akan diserapkan ke dalam perut bumi kita melalui akar tumbuh-tumbuhan. Dengan kata lain, hutan merupakan span semula jadi yang dapat menerima air hujan yang lebat dan terus membekalkan air yang bersih melalui mata air ke sungai pada musim kemarau. Fungsi hutan tersebut telah ditakdirkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Sehubungan dengan itu, kerajaan harus menggubal akta untuk melestarikan hutan rimba kita agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Penguatkuasaan undang-undang harus dilaksanakan agar menjatuhkan hukuman yang maksimum terhadap mereka yang sanggup melakukan pembalakan haram. Natijahnya, usaha memelihara dan memulihara hutan berupaya untuk membendung banjir. Bukan itu sahaja, sistem saliran di negara kita perlu diperbaik sebelum ketibaan musim tengkujuh. Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan sistem saliran di negara kita dibina sejak zaman dahulu terutamanya di kawasan bandar. Lantaran itu, kebanyakan longkang dan parit sempit sahaja dan tidak dapat memuat kapasiti air hujan yang lebat. Tambahan pula kebanyakan permukaan bumi di bandar telah disimen dan ditarkan sehingga air hujan terus mengalir ke longkang atau yang parit yang sedia ada. Lebih-lebih lagi sungai kita semakin cetek akibat hakisan tanah kerana penerokaan hutan dan sampah yang tersumbat. Dalam konteks ini, kerajaan setempat dan Jabatan Kerja Raya perlu membina longkang dan parit yang konkrit di samping mendalamkan sungai. Para pekerja majlis perbandaran perlu sentiasa membersihkan sampah yang terdapat di longkang, parit dan sungai. Seperti peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, pihak berkenaan perlu berkomitmen untuk melaksanakan tugas tersebut. Tidak gunanya pihak-pihak terlibat saling mendakwa setelah nasi menjadi bubuh. Lantas, kerajaan perlu menaik taraf sistem saliran di negara kita daripada berlakunya banjir kilat. Di samping itu, media massa memainkan peranan yang signifikan untuk mencelikkan masyarakat kita supaya memiliki kesedaran sivik terhadap alam sekeliling kita. Hal ini demikian kerana khalayak ramai perlu diingatkan supaya tidak membuat sampah ke dalam parit dan sungai kita, terutamanya penghuni rumah setinggan di sepanjang tebing sungai. Media massa perlu

mengadakan kempen kesedaran supaya masyarakat kita tidak membuang sampah di merata-rata dan mencintai sungai kita. Iklan, dokumentari, rencana dan forum perlu diadakan untuk membuat propaganda supaya kempen ini dapat menyuntik nilai cintai alam sekeliling kita kepada orang ramai. Walhasilnya, media massa perlu menyedarkan masyarakat kita supaya tidak membuang sampah ke dalam sistem saliran kita. Sementelahan, perancangan yang teratur dan mesra alam perlu dilaksanakan untuk memajukan sesuatu kawasan. Sejak kebebangan ini, banyak kawasan paya, lembah dan kawasan rendah telah dieksploitasi sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Pemaju yang leka meraih keuntungan tidak mempertimbangkan implikasi pembangunan tersebut. Padahal, kawasan paya yang kelihatan kotor dan lembap itu berfungsi sebagai bendung alam yang dapat menakung air hujan yang berlebihan. Sebaliknya banyak kawasan lembah, tasik dan sungai telah ditambak. Untuk mengelakkan berlakunya banjir, kawasan hutan paya, lembah dan tasik harus dikekalkan. Sebarang pembangunan di kawasan tersebut perlu dilarang sama sekali. Jabatan Alam Sekitar perlu memikul tanggungjawab tersebut untuk memastikan setiap projek pembangunan perlu mesra alam dan tidak mencanai bentuk muka bumi dengan sesuka hati sehingga mengundang malapetaka, iaitu banjir. Oleh itu, pembangunan yang terancang dapat menolak bencana alam kelak. Secara tuntasnya, banjir merupakan bencana alam yang tidak dapat dielakkan tetapi risiko atau kerugian akibat banjir dapat diminimumkan jika semua pihak bahu-membahu untuk menanganinya. Sikap melepaskan batuk di tangga tidak wajar diamalkan oleh pihak berkuasa. Bak kata peribahasa, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, kita perlu mencintai alam sekitar daripada menyesal setelah menerima padahnya.

Cara-cara untuk menjaga keselamatan kanak-kanak


Posted: November 20, 2010 by twoohiok in Uncategorized

0 Soalan: Sejak Kebelakangan ini, kehilangan kanak-kanak dan jenayah yang berkaitan dengan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sehingga membimbangkan masyarakat kita. Bincangkan cara-cara yang berkesan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.

Pada era pascamerdeka ini, kes jenayah dan penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sehingga menjadi topik hangat dalam media massa. Kes adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia 10 tahun. Budak yang malang itu telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh oleh binatang yang betopeng manusia. . Kes adik Sharlinie dan adik Asmawi yang masih belum ditemui. Kes-kes tersebut turut diperkatakan dari warung kopi hingga persidangan parlimen. Kes-kes jenayah kanak-kanak telah menggusarkan ibu bapa yang mempunyai anak yang seusia dengan kanak-kanak tersebut. Untuk mengelakkan lebih banyak kanak-kanak menjadi mangsa kepada manusia yang yang kedangkalan kemanusiaan, pelbagai langkah yang efisien patut dilaksanakan untuk melindungi anak kita supaya mereka dapat hidup dalam dunia yang aman, harmoni dan bahagia. Untuk menangani masalah ini daripada terus menjalar, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan untuk menyelamatkan cahaya mata yang dianugerahkan oleh Tuhan. Dalam konteks ini, ibu bapa harus sentiasa memastikan bahawa anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamanya di pasar malam, pasar raya dan pusat beli belah. Kebanyakan kes kehilangan anak adalah berada di lokasi yang penuh dengan orang ramai, terutama ketika jualan murah diadakan kerana ibu bapa sibuk membeli belah. Ibu bapa perlu mengajar anak mereka serba sedikit pendidikan seks, iaitu bahagian aurat badan mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun terdapat gula-gula yang enak. Dalam masa yang sama, ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan anak mereka tidak berseorangan sama ada di rumah atau di luar rumah. Contohnya adik Nurin Jazlin membeli sesuatu di pasar malam sehingga tidak pulang untuk selama-lamanya. Tegasnya ibu bapa perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak kecil mereka. Selain itu, media massa perlu mendukung kewajipan untuk mencelikkan masyarakat kita supaya peka terhadap isu ini. Media massa terutamanya media elektronik mempunyai pengaruh yang kuat sekali terhadap masyarakat kita. Dalam situasi ini, pihak televisyen dan akhbar perlu menyiarkan rencana atau rancangan yang berkaitan supaya masyarakat kita, khasnya pengusaha tabika dan ibu bapa mengambil tindakan yang drastik untuk mengelakkan anak buah mereka daripada menjadi mangsa kepada manusia yang berjiwa binatang buas. Siaran daripada media massa dapat segera memancing perhatian dan kerjasama daripada masyrakat untuk menghulurkan bantuan bersama-sama demi menyelamatkan budak yang hilang atau kena culik. Dalam masa yang sama, media elektronik patut menyekat rancangan ganas yang dapat mempengaruhi orang ramai sehingga menbangkitkan nafsu yang dikutuk oleh Tuhan. Bahan lucah yang berkaitan dengan seksual kanak-kanak harus dilarang sama sekali sama ada dalam

cakare padat digital cetak rompak ataupun dalam internet. Adegan keganasan akan terserap ke dalam jiwa yang kedangkalan keimanan. Senarionya, unsur keganasan akan diterjemahkan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Natijahnya, semua media perlu menghalang rancangan yang berunsur ganas dan berusaha menginsafkan masyarakat kita untuk menyelamatkan kanak-kanak kita daripada menjadi mangsa. Sementelahan itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan alternatif yang ampuh untuk membanteras gejala tersebut. Hal ini demikian kerana hukuman yang ketat berupaya memperingatkan orang ramai supaya tidak menganiaya kanak-kanak kita. Mereka yang mencabuli, memperkosa, menculik dan mendera kank-kanak perlu dijatuhi hukuman yang berat, seperti hukuman penjara mandatori, human sebat malar-malar hukuman gantung sampai hati. Hukuman yang maksimum dapat menyebabkan golongan yang sering mendampingi syaitan itu berasa serik untuk melakukan kesalahan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak polis juga perlu membuat siasat dengan cepat dan segera. Sindiket perdagangan manusia harus dibendung dengan segera. Alangkah malangnya, terdapat kanak-kanak yang diculik ke negeri Thai dan Indonesia telah dicacatkan untuk menjadi pengemis . Oleh itu, pihak penguat kuasa perlu melaksanakan tugas mereka dengan komitmen supaya nyawa anak yang comel tidak diragut oleh manusia yang tidak waras. Natijahnya, anak merupakan kurniaan Tuhan yang akan membawa kebahagiaan dan hiburan kepada keluarga. Anak juga akan mewarnai masyarakat, nusa dan bangsa kita . Seisi masyarakat kita bertanggungjawab untuk melindungi mereka supaya membesar dengan aman dan sentosa. Janganlah kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual menjadi fobia kepada ibu bapa tentang keselamatan anak mereka. Jangan terhantuk baru tengadah. Semua pihak yang terlibat tidak patut melepaskan batuk di atas tangga dan berusaha dengan gigih untuk melindungi hak kanak-kanak.

Karangan -Pencemaran Sungai


Posted: October 7, 2009 by twoohiok in Uncategorized

26 Sungai merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan baik oleh manusia. Jelaskan pendapat anda tentang sebab-sebab sungai tercemar dan kepentingan sungai dalam kehidupan. Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai sungai di Pahang telah teruk dicemar. Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama dunia. Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti Cintailah Sungai Kita tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran sungai? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat, pencemaran sungai dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka. Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai. Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan kehidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008

jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilangkilang besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan diri sendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi kepentingan bersama. Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuhtumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali. Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang lain di persada dunia. Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Peribahasa ini mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya. Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan

sungai agar tidak terjadi fenomena sudah terhantuk baru tengadah. Marilah kita bersamasama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. Cintailah Sungai Kita.

Halaman 11103/1BahasaMelayuKertas 12006 JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006 BAHASA MELAYU Kertas 1 KARANGAN CONTOH Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 2KARANGAN CONTOH : BAHAGIAN BKARANGAN CONTOH 1Peranan Wanita Dalam Melahirkan Generasi Yang Berkualiti Oleh: Hassan bin MohamedKita sering mendengar slogan yang berbunyi Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara . Kita juga sering mendengar kata -kata bahawa seseorang lelaki yangberjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikansokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakan Tangan yang menghayun buaian itu, boleh menggoncang dunia . Demikianlah, kaum wanita itu dilihat seba gaigolongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkanwibawa dan karisma yang tersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupukdan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan.Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkanperbicangan selanjutnya. Rangkai kata peranan wanita dapat didefinisikan sebagai suatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada kitamelihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataan

melahirkan

pula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripadasesuatu tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai kata generasi yang berkualiti

merujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagaiaspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek dan jati diri. Secarakeseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, perananatau tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yangberwibawa dalam semua hal yang menyentuh bidang kehidupan.Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yangterbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasihsayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di negara kita ini bagaimana kaum ibumemperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidangakademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dantunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. NurAmalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun2004 membuktkian kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan kemampuanwanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerah Ibu Mithali yan gdisediakan oleh kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dansabar mendidik anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan yangmembanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan ibuberbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yangketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidakada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering mendengar kata-kata

kasih ibu membawa ke syurga dan syurga itu di bawah tapak kaki ibu . Kita juga dapat melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlangmenerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbuktikaum wanita telah memainkan peranan seiiring dengan kaum lelaki dalam membentukwarganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspeksebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanitamampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkat

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 3 Pusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu berjaya mendidik anak-anak diperingkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula jadi. Kaum wanita juga setandingkemampuannya dengan kaum lelaki dalam mendidik pelajar-pelajar di peringkatsekolah menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat perananwanita dalam memupuk generasi yang berkualiti dalam kerjaya yang lain

sepertibidang kejururawatan. Usaha mereka dalam memberikan rawatan dan ketabahanmereka dalam melayani pesakit dapat melahirkan generasi yang sihat dan ceria.Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga, kita boleh melihatnya menerusikepemimpinan mereka yang berkesan sebagai ketua atau pemimpin bagi sesebuahorganisasi. Generasi yang menjadi pekerja di bawah pengawasan dan jagaan merekaboleh menjadi insan yang berkualiti melalui tindakan dan amalan Kepemimpinan Melalui Teladan . Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang memastikan untuk melantik 30% daripada jawatan yang berperanan dalam menentukan dasarnegara terdiri daripada kaum wanita. Kita berbanggga mempunyai seorang GabenorBank Negara yang terdiri daripada serang wanita. Hasil kepemimpinan Tan Sri Dr. ZetiAkhtar Aziz misalnya, telah melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakannegara kita pernah menerima anugerah pengurusan kewangan di peringkatantarabangsa. Dalam menyahut seruan Malaysia Boleh misalnya, kita berbangga dengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang berjaya menjadi wanitapertama di Asia merentasi Kutub Selatan secara solo. Kejayaan, kegigihan danketabahan beliau akan dapat memberikan suntikan semangat kepada generasi mudauntuk mencuba sesuatu yang mencabar fizikal dan minda.Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat membuktikanbahawa kejayaan seorang suaminya bermula daripada peranan isterinya. Justeru, biasadisebutkan bahawa setiap kali seseorang suami itu terserlah kejayaannya,sesungguhnya kejayaan itu bermula daripada peranan isteri yang berada dibelakangnya. Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor MahathirMohamad berjaya memimpin negara sehingga negara disegani di persadaantarabangsa kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita pertamaMalaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali. Dorongan, kasih sayang, kesedaran, ilmudan layanan mesra isteri memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada suami untukmenumpukan tugas dengan penuh dedikasi. Golongan suami yang juga merupakansuatu kumpulan generasi dalam negara kita, sudah pasti dapat memainkan peranandalam

memberikan impak yang positif kepada kemajuan negara.Di samping itu, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam melahirkangenerasi yang cemerlang menerusi peranan mereka dalam kerja-kerja kebajikan. Kitadapat melihat imej kaum wanita yang terpuji dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikandan berbentuk sukarela. Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan BukanKerajaan (NGO) seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang sentiasameyumbangkan bakti dan tenaga dapat memberikan inspirasi kepada generasi mudakhususnya, agar terdidik ke arah kehidupan yang berkualiti.Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan dalam melahirkangenerasi yang berkualiti. Kita meyakini bahawa kerjasama yang erat antara kaum lelakidengan kaum wanita di negara kita ini, akan dapat melahirkan generasi yangcemerlang, gemilang dan terbilang, insyaAllah.

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 4KARANGAN CONTOH 2 Baru-baru ini beberapa kawasan di negara kita telah dilanda banjir kilat. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan tersebut.Berikan cadangan anda tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengatasi banjir kilat. Sejak belakangan ini, beberapa kawasan di negara kita sering dilanda banjirkilat. Kalau dahulu banjir hanya berlaku di kawasan rendah yang berhampiran dengansungai atau di kawasan persisiran pantai tetapi kini banjir kilat mula menjengah bandar-bandar besar. Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, antara kawasan yangsering dilanda banjir kilat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, dan yang terbaru dibandar raya Shah Alam. Satu hakikat yang perlu diterima adalah banjir kilatmengundang penderitaan dan kepayahan yang bukan sedikit kepada penduduk yangterlibat. Justeru, usaha-usaha wajar dilakukan agar fenomena banjir kilat ini tidakberterusan.Proses urbanisasi berlaku dengan pantas. Hutan diteroka dan bukit digondolkanuntuk dijadikan sebagai tapak pembangunan. Kawasan perumahan dan kilang-kilangtumbuh bagai

cendawan tumbuh selepas hujan . Walau bagaimanapun, pihak pemajuseakan-akan alpa untuk menyediakan sistem perparitan yang sempurna. Oleh itu, pihakberkuasa wajar menyediakan peraturan yang lebih ketat dan pemantauan yang lebihkerap apabila sesuatu kawasan itu hendak dibangunkan. Pastikan pihak pemajumenyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan. Denganadanya sistem perparitan yang baik, air dapat mengalir dengan lancar ke sungai-sungaidan seterusnya ke laut. Pemaju yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yangditetapkan hendaklah diambil tindakan undang-undang. Sesungguhnya, mencegah lebihbaik daripada mengatasi.Selain itu, terdapat sesetengah kilang dan ladang ternakan sengaja dibinaberhampiran dengan sungai. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka membuangsisa buangan termasuk sisa toksik ke sungai. Hasil buangan tersebut bukan sahajamencemarkan sungai malah mendapan sisa tersebut akan menyebabkan sungaimenjadi cetek. Akibatnya, air sungai akan melimpah setiap kali hujan lebat yang turuntanpa henti untuk tempoh yang lama. Oleh yang demikian, pihak pengusaha kilang danpenternak yang terbabit perlu lebih bertanggungjawab. Sikap mementingkankeuntungan dan kesenangan diri harus dikikis. Mereka sepatutnya membuang sisakilang dan sampah sarap di tempat pelupusan yang ditetapkan, bukannya disalirkan kesungai. Sekiranya sikap tidak bertanggungjawab ini masih berterusan, tindakanmenamatkan operasi kilang atau ladang ternakan tersebut hendaklah diambil.Pembangunan di kawasan tanah tinggi kerap kali menjadi punca berlakunyapemendapan di dasar sungai yang menyebabkan sungai menjadi cetek. Pihak JabatanPengairan dan Saliran seharusnya peka dengan kejadian seperti ini. Sebaik sahajagejala ini dikesan, tindakan mendalamkan semula sungai wajar dilakukan, janganlahsudah terhantuk baru mengadah. Dalam masa yang sama, sampah sarap yangmenghalang pengaliran air juga hendaklah dibersihkan. Di samping itu, akta yangmenghalang pembangunan di kawasan bukit yang berhampiran dengan tempat

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 5 kediaman hendaklah dikuatkuasakan. Jika tidak, penduduk-penduduk yang tinggal dikaki bukit terutamanya yang berhampiran dengan sungai akan terdedah kepada banjirkilat.Sebaik sahaja banjir kilat berlaku di Shah Alam, beberapa cadangan telahdikemukakan untuk mengatasi banjir kilat. Antara cadangan yang dikemukakan adalahdengan membina benteng atau tebatan banjir. Pembinaan benteng dan tebatan banjirakan menghalang air sungai daripada melimpahi kawasan sekitarnya. Penduduk-penduduk di kawasan rendah juga akan dipindahkan manakala jalan raya yang kerapdilanda banjir kilat akan dinaiktarafkan. Kerajaan Selangor melalui Menteri BesarnyaDato Seri Mohamad Khir b. Toyo telah memohon peruntukan kepada kerajaan pusatuntuk melaksanakan cadangan tersebut. Walaupun kos melaksanakan cadangan itumenelan belanja jutaan ringgit namun atas nama kemanusiaan, setinggi mana punkosnya cadangan tersebut perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan berlakunyatragedi kemanusiaan yang lebih dahsyat.Sistem amaran banjir kilat juga perlu disediakan. Sebagaimana tsunami, banjirkilat juga boleh mengancam nyawa manusia selain merosakkan harta benda sertamemusnahkan dokumen penting yang lain. Sistem amaran banjir ini boleh dipasang ditempat-tempat atau kawasan yang berpotensi untuk dilanda banjir kilat. Alat penggeratersebut akan mengeluarkan isyarat apabila paras air menghampiri indeks yangditetapkan. Dengan adanya sistem amaran tersebut, penduduk boleh mengambiltindakan segera untuk menyelamatkan nyawa serta barang berharga.Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menanganibanjir kilat bukanlah satu kerja yang mudah, tidak semudah yang dijangkakan. Namun,komitmen dan penggemblengan tenaga semua pihak dalam melaksanakan usaha-usaha seperti yang dinyatakan di atas penting untuk menangani masalah banjir kilat.Kita berharap dengan adanya bantuan segera yang diberikan, keresahan pendudukyang menjelma akibat berlakunya banjir kilat akan dapat dihapuskan. Tegasnya,masalah banjir kilat ini perlu diatasi segera agar hasrat mewujudkan negara majumenjelang 2020 dapat direalisasikan.

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 6KARANGAN CONTOH 3 Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei yang dianjurkan oleh sebuah akhbar tempatan. Tajuk esei yang anda pilih ialah Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara .Tulis esei itu selengkapnya. Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara Oleh : Zaiton Bt OthmanMedia massa yang terdiri daripada media elektronik dan media cetak memainkanperanan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Media massamenyalurkan pelbagai maklumat yang dapat mempengaruhi masyarakat pembaca.Tanpa adanya media, rakyat sesebuah negara tidak mendapat sebarang pengetahuanterutama tentang isu global dan kehidupan mereka umpama katak di bawahtempurung . Malaysia kini sedang berusaha menjayakan projek multimedianya denganserius untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Soalannya, apakah perananmedia massa dalam pembangunan negara?Satu daripada peranan media massa ialah sebagai sumber maklumat yang amatpenting kepada masyarakat. Media massa boleh dijadikan alat yang berpengaruh dalambidang pendidikan, penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan ekonomi dansukan serta dapat membantu proses minat membaca. Melalui media, orang ramaimemperoleh pengetahuan mengenai apa-apa jua yang berlaku di dalam dan di luarnegara. Sebagai contoh, bagi seseorang ahli perniagaan, maklumat terkini tentangbidang perniagaan akan dapat membantu ahli perniagaan tersebut untuk membuatperancangan syarikat dan menyusun strategi serta dapat mengelakkan syarikatdaripada mengalami kerugian. Maklumat tentang bidang ilmu pengetahuan

pula dapatmendedahkan masyarakat kepada pemikiran baru dan membuka minda seseorang.Pepatah menyatakan membaca kunci pengetahuan . Rakyat seperti ini akan dapatmembantu proses pembangunan negara dengan cepat.Selain itu, media massa turut berperanan sebagai agen pembangunan danperpaduan negara. Melalui media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adatresam pelbagai etnik dapat disebarkan. Sebagai contoh, melalui aktiviti kebudayaanseperti tarian, lagu dan cara hidup sama ada masyarakat tempatan atau masyarakatasing, seseorang itu dapat menyelami dan memahami unsur kebudayaan sesuatukaum. Secara tidak langsung, media massa terutamanya media cetak dapat menyemaisemangat perpaduan dalam jiwa masyarakat berbilang kaum. Semangat bersatu padudan saling menghormati dapat mewujudkan keharmonian masyarakat. Keadaan inidapat mengelakkan tercetusnya peristiwa 13 Mei yang menggugat perpaduan kaum.Apabila semangat perpaduan dapat disemarakkan sudah pasti akan membantu prosespembangunan negara supaya berjalan dengan lancar.Di samping itu, media turut berperanan sebagai alat yang menghubungkankerajaan dengan rakyat. Hubungan yang baik antara pemerintah dengan rakyatnyaperlu diwujudkan untuk memudahkan pembangunan. Umpamanya, media massa bolehmenyiarkan dasar-dasar kerajaan seperti menjelaskan Rancangan Malaysia Ke-9 dansebagainya supaya rakyat dapat memahami dan menerima serta bersikap terbuka

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 7 terhadap dasar-dasar pembangunan negara. Sesebuah kerajaan memerlukan sokonganrakyatnya dalam segala langkah dan program yang dijalankan. Rakyat pula memerlukankerajaan yang cekap dan telus dalam melaksanakan proses

pembangunan. Melaluimedia massa, rakyat boleh memberikan reaksi dengan mengemukakan pandanganmereka. Dengan ini, pertukaran maklumat wujud antara kerajaan dengan rakyat.Seterusnya, media massa turut berperanan membantu sesebuah syarikatberkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana media dapat mengiklankan sesuatuproduk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat dan memperkenalkan barangan dipasaran yang dapat melariskan jualan. Sebagai contoh, sesebuah syarikat akanmenggunakan ruangan iklan untuk mendapatkan pekerja dan mempromosikanbarangan keluaran syarikatnya. Dalam era globalisasi ini, terdapat perniagaan yangdijalankan melalui internet iaitu salah satu bentuk media. Produk sesebuah syarikatakan dapat menembusi pasaran global dan sudah pasti syarikat dapat berkembangdengan pesat dan memberikan sumbangan kepada proses pembangunan negara.Selain itu, media massa turut menjana peluang pekerjaan dalam kalangan rakyatMalaysia. Hal ini demikian kerana bidang media merupakan satu bidang yang luas.Oleh itu, bidang tersebut memerlukan banyak pekerja. Tenaga kerja yang bolehditawarkan adalah yang berkaitan dengan bidang kewartawanan, pentadbiran,penyuntingan, penulisan, pengurusan, pengiklanan dan sebagainya. Produk yangterhasil pula perlu dijual dan tindakan ini memerlukan tenaga kerja dalam bidangpemasaran. Menerusi media elektronik pula, pembuatan peralatannya memerlukanpekerja yang banyak dengan kepakaran yang tertentu. Tenaga mahir dalam bidangpengiklanan juga begitu banyak. Secara tidak langsung masalah pengangguran dalamnegara dapat dikurangkan.Media massa turut berperanan sebagai sumber hiburan. Menerusi media cetak,ruangan berunsur hiburan seperti kartun, berita sukan, cerpen, berita tentang artis dansebagainya dapat menghiburkan masyarakat. Rancangan hiburan dan muzik yangdisiarkan menerusi radio dan televisyen juga boleh mengurangkan ketegangan.Menerusi multi media seperti komputer dan internet, kanak-kanak dapat bermainpermainan komputer sambil mendengar muzik. Sumber-sumber tersebut dapatmenenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan di samping memberikan hiburan.Kesimpulannya, media massa sememangnya memainkan peranan pentingdalam proses pembangunan negara. Oleh itu, media seharusnya diberi kebebasandalam melaksanakan fungsinya secara objektif dan telus. Dengan ini diharapkan tiadapihak yang mengambil kesempatan pada keistimewaan yang dimiliki oleh media untukdijadikan alat propaganda bagi mempengaruhi sesuatu pihak yang lain. Tegasnya,media massa berperanan membantu sesebuah masyarakat untuk mencapai kemajuan.

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 8KARANGAN CONTOH 4 Pengekalan bangunan bersejarah harus diberikan perhatian yang serius di Malaysia kerana bangunan bersejarah mempunyai nilai budaya dan nilai keseniannya yang tersendiri. Selain itu, bangunan-bangunan ini mencirikan identiti negara dan merakamkan sejarah penting negara.Berikan pendapat anda tentang kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah ini. Di negara kita, banyak terdapat bangunan bersejarah yang masih kukuh dansering menarik perhatian sama ada para pelancong dari dalam atau luar negara.Bangunan-bangunan bersejarah ini perlu dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan, taklekang dek panas untuk menjadi tatapan generasi yang akan datang. Kebanyakanbangunan bersejarah merupakan tinggalan sejak zaman penjajah. Antara bangunanbersejarah yang sering menjadi kunjungan pelancong ialah Kota A Famosa danbangunan Satadsyus di Melaka, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, danKota Belanda di Pulau Pangkor. Bangunan-bangunan ini bukan sahaja mempunyainilainilai budaya dan keseniannya yang tersendiri malah merakamkan sejarah pentingnegara. Justeru, pengekalan bangunan bersejarah sememangnya penting di Malaysia.Satu daripada kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah di negara inikerana bangunan tersebut mempunyai nilai seni dan estetika. Bangunanbangunan inibiasanya mempunyai nilai seni bina yang halus dan bercorakkan budaya bangsa.Sebagai contohnya, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional adalah cantikdan harmoni. Dari sini, kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsakita pada masa silam. Ukiran pada dinding batu dan kayu dalam bangunan bersejarahmemaparkan corak budaya masa silam. Hal ini membolehkan kita menghayatikeistimewaan budaya kita.Selain itu, pengekalan bangunan bersejarah juga membolehkan kita mempelajaridan mendalami sejarah negara pada masa lampau melalui bangunan-bangunanbersejarah. Lawatan ke sesebuah bangunan bersejarah membolehkan kita menyaksikankesan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di situ. Sebagai contohnya, lawatan keKota A Formosa di Melaka membolehkan kita membayangkan peperangan danpertumpahan darah ketika rakyat Melaka menentang Portugis. Kita juga akan lebihmemahami fakta sejarah jika kita dapat melihat kesan peninggalannya. Dalam konteksini, pelajar akan lebih berminat terhadap pembelajaran sejarah negara.

Sesungguhnya,cara pembelajaran secara kontekstual ini amat berkesan.Di samping itu, bangunan-bangunan bersejarah juga perlu dikekalkan keranamempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Hal ini demikian kerana bangunan-bangunanbersejarah ini dapat menjadi tarikan kepada pelancong tempatan atau pun pelancongasing. Misalnya, Kota Cornwallis di Pulau Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad diKuala Lumpur, dan Rumah Puteri Meninjau di Sabah sering menjadi tumpuan parapelancong. Secara tidak langsung keadaan ini dapat membantu perkembangan industripelancongan melalui pengaliran masuk wang asing ke negara ini.

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 9 Bangunan-bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman.Kejayaan sesebuah filem banyak bergantung pada latar tempatnya. Untuk membuatfilem berunsur sejarah, lokasi penggambarannya sudah pasti di sekitar bangunanbangunan bersejarah. Filem berkenaan akan menjadi lebih realistik dan menarik jikabangunan bersejarah yang sebenar digunakan. Hal ini dibuktikan oleh syarikatsyarikatperfileman asing yang banyak mengadakan penggambaran di Malaysia. Contohnya,filem Police Story III oleh Jacky Chan yang membuat penggambaran di Kuala Lumpurdengan berlatarbelakangkan Bangunan Mahkamah dan Stesen Kereta Api KualaLumpur. Melalui filem-filem ini, Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia. Hal inimembuktikan kepentingan bangunan bersejarah kepada kita.Bangunan bersejarah juga banyak memberikan pengajaran kepada kita.Bangunan bersejarah akan mengingatkan kita tentang peristiwa masa lampau. Sebagaicontohnya, bangunan zaman pemerintahan Jepun mengingatkan kita tentangpenderitaan hidup rakyat semasa peperangan. Rakyat juga akan menyedari pahitmaung yang dialami sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan. Hal ini akanmenjadikan kita lebih menghargai keamanan dan kebebasan yang kita nikmati selamaini. Selain itu, kita juga akan sentiasa berwaspada agar kesilapan silam tidak akanberulang

lagi.Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa bangunanbangunan bersejarah merupakan sebahagian daripada warisan sejarah yang tidakternilai harganya. Oleh itu, bangunan bersejarah haruslah dikekalkan untukpenghayatan dan kepentingan generasi akan datang. Dengan ini diharapkan usaha-usaha memulihara bangunan bersejarah dilaksanakan secara berterusan agar negaradapat menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negara ini.

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 10 KARANGAN CONTOH 5 Anda telah membaca sebuah novel karya seorang penulis terkenal. Novel tersebut amat istimewa bagi anda. Anda ingin membuat ulasan tentang novel tersebut.Ulas keistimewaan novel tersebut. Judul Novel : Badai SemalamPengarang : Khadijah HashimPenerbit : K Publishing Sdn. Bhd. Tebal : 198 muka suratHarga : RM6.00Pengulas : Zaiton bt. OthmanNovel Badai Semalam

dihasilkan oleh seorang penulis wanita yang cukupproduktif dan tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu Khadijah Hashim. Genreatau cabang penulisan beliau meliputi penulisan cerpen, novel dan yang terkini, beliau juga menulis buku tentang pantun. Fokus utama hasil karya beliau adalah tentang kisahwanita. Novel-novel lain yang turut dihasilkan oleh beliau ialah Mira Edora , Bila Dan Dimana dan Senator Adila . Novel Badai Semalam pernah diterjemahkan dalam bahasaInggeris dan dipasarkan di pasaran antarabangsa dengan judul The Storm ofYesterday . Selain itu, novel Badai Semalam

pernah dijadikan teks sastera Tingkatan 4dan 5 pada awal 1970-an dan 1980-an. Novel ini telah diulang cetak beberapa kali danmasih laris di pasaran hingga kini.Novel Badai Semalam mengisahkan kehidupan gadis remaja, Mazni yangtinggal bersama-sama ibunya yang uzur di rumah Encik Haris. Ibu Mazni iaitu MakBibah, merupakan bekas orang gaji kepada keluarga Encik Haris dan Cik Rohana.Mazni yang kini sedang belajar dalam Tingkatan enam dalam aliran sains, akanmenduduki peperiksaan Higher School Certificate (H.S.C) terpaksa berhenti sekolahuntuk bekerja. Mazni memerlukan wang untuk mengubati penyakit ibunya. Maznibersahabat baik dengan Zaki, seorang pelajar bidang perubatan di Universiti Singapura.Suatu hari, anak Encik Haris iaitu Karim terlibat dalam kemalangan jalan raya dandimasukkan ke hospital. Semasa terlantar di hospital, tiada kawan yang datangmenziarahinya dan keadaan ini menyebabkan Karim insaf atas perbuatannya yang sukaberfoya-foya. Hanya Mazni yang sering mengunjunginya sewaktu terlantar di hospital.Dalam diam-diam terbit perasaan cinta di hati Karim terhadap Mazni, yang begitu luhurhatinya. Mazni terpaksa mengorbankan cintanya terhadap Zaki dan menerima cintaKarim yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Cik Rohana membantah hubunganMazni dan Karim tetapi akur dengan kehendak anak terunanya.Pada hari perkahwinan Karim dan Mazni, rakan-rakan Cik Rohana telahmemfitnah Mazni dengan mengatakan bahawa Mazni telah pun berbadan dua. IbuMazni yang percaya akan fitnah tersebut telah meninggal dunia kerana terlalu sedih.Walau pun sudah berumah tangga, Mazni yang masih bersedih kerana kematian ibunya,meneruskan pelajarannya melalui kelas malam. Setelah berpindah ke rumah sendiri,Karim mula berubah perangai dan mengamalkan sikap berfoya-foya kembali. Akhirnya,terjadi satu pertengkaran antara Mazni dengan Karim kerana Karim berasa cemburu

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 11 apabila Mazni selalu keluar berjumpa dengan Dr. Zaki di Hospital Johor Bahru. Karimmenampar Mazni sehingga pengsan. Selepas itu, Karim menyesali perbuatannya tetapinasi sudah menjadi bubur. Mazni dimasukkan ke hospital. Semasa berada di hospital,Mazni gembira apabila diberitahu bahawa dia telah berjaya dalam peperiksaan H.S.C.Namun Mazni tidak dapat memaafkan Karim dan meminta Karim melepaskannya.Karim yang begitu kecewa dengan Mazni akhirnya terbunuh dalam kemalangan keranaterlanggar pokok dan memandu ketika mabuk. Apabila Mazni pulih sepenuhnya, diabertekad ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti di Kuala Lumpur. Zaki kecewadengan keputusan Mazni dan mengharapkan Mazni menyambung pelajarannya diUniversiti Singapura.Novel Badai Semalam mengemukakan tema tentang ketabahan seorang wanitadalam menghadapi likuliku hidup sehingga berjaya mencapai cita-citanya. Hal ini jelasdipaparkan oleh pengarang menerusi watak Mazni. Mazni seorang wanita yang tidakmudah putus asa dalam mengharungi cabaran dan halangan sehingga berjayamencapai citacitanya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti.Selain tema di atas, terdapat beberapa persoalan yang menarik dalam novel ini.Persoalan percintaan berlandaskan kesucian hati turut dipaparkan. Contohnya, Mazniyang bersahabat baik dengan Zaki saling mencintai antara satu sama lain tetapipercintaan mereka terhalang apabila Mazni berkahwin dengan Karim. Pengarang jugamenyentuh persoalan kritikan sosial iaitu sikap golongan atasan yang terlalumementingkan status sosial dan memandang rendah golongan bawahan. Contohnya,Cik Rohana yang terlalu angkuh pada mulanya tidak sanggup bermenantukan Mazniiaitu anak orang gajinya tetapi dia insaf apabila disedarkan oleh suaminya, Encik Haris.Selain itu, jalan cerita Badai Semalam

begitu menarik dan plotnya di luardugaan pembaca. Peristiwa dalam novel Badai Semalam disusun secara kronologi.Dalam bahagian eksposisi, pengarang menggambarkan suasana tempat Mazni belajardan Mazni digambarkan tergesa-gesa pulang ke rumah untuk menjenguk ibunya yangsakit. Plot novel berkembang dengan konflik yang dihadapi oleh Mazni seperti terpaksaberhenti sekolah untuk bekerja kerana menjaga ibu yang sakit, terpaksa mengorbankancita-cita dan berkahwin dengan Karim, serta menghadapi tekanan perasaan apabilaibunya meninggal dunia. Plot cerita bertambah menarik apabila sampai ke klimakscerita apabila Mazni ditampar oleh suaminya sehingga pengsan dan dimasukkan kehospital. Plot masuk ke tahap peleraian apabila Mazni yang sudah berjaya dalampeperiksaan H.S.C. dan baru saja kematian suaminya, Karim mengambil keputusanyang tegas untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur danmenolak cinta Zaki.Di samping itu, pengarang turut memaparkan watak-watak yang berkesan dalamnovel ini. Mazni digambarkan memiliki ciri-ciri kewanitaan timur yang sejati. Diaseorang yang bersopan santun dan lemah lembut. Buktinya, kelembutan dankesopanannya telah menyebabkan Karim anak tuan rumahnya jatuh cinta kepadanyasehingga mereka berkahwin. Selain itu, Mazni juga seorang wanita yang gigih.Contohnya, walaupun telah berkahwin, Mazni masih meneruskan pelajaran di kelasmalam sehingga berjaya dalam peperiksaan H.S.C. dan melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan. Mazni juga tabah dalam menghadapi cabaran hidup. Diameneruskan kehidupan selepas ibunya meninggal akibat mendengar fitnah tentangnyadan masih meneruskan kelas malamnya walaupun ditentang oleh ibu mertuanya, CikRohana. Selepas kematian suaminya, dia bertekad meninggalkan Tanjung Puteri untuk

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 12 meneruskan pengajiannya di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Watak pembantudalam novel turut menghidupkan jalan cerita. Karim, suami Mazni ialah seorang yangsuka berfoya-foya dan sering tiada di rumah. Cik Rohana pula, digambarkan sukamemandang rendah kepada orang gajinya dan mendengar hasutan orang. Contohnya,Cik Rohana menentang perkahwinan anaknya, Karim dengan Mazni anak bekas oranggajinya. Dia juga turut mempercayai hasutan jiran bahawa Mazni telah mengandungsemasa berkahwin dengan Karim. Watak Zaki pula digambarkan sebagai seorang yanggigih. Walaupun keluarganya miskin, tetapi dia berjaya meneruskan cita-citanyamenjadi doktor.Pelbagai pengajaran dapat ditemui dalam novel ini. Pengajaran tersebut dapatdijadikan teladan oleh para pembaca. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladandan yang buruk dijadikan sempadan . Antara pengajarannya ialah setiap manusiahendaklah memiliki sikap tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan hidup.Contohnya, Mazni yang tabah menempuh pelbagai kesusahan termasuk menghadapikematian ibu dan suami, akhirnya berjaya mencapai cita-citanya melanjutkan pelajaranke universiti. Selain itu, kita juga jangan terlalu memandang rendah terhadap orang lain.Contohnya, Cik Rohana yang memandang rendah tehadap Mazni, akhirnya menyesaliperbuatannya apabila anaknya, Karim meninggal dunia dalam kemalangan. Novel initurut mengajar pembaca supaya jangan suka mengumpat dan menyebarkan fitnahkerana perbuatan itu dapat menjejaskan kebahagiaan rumah tangga orang lain.Contohnya, jiran Cik Rohana yang menyebarkan fitnah tentang Mazni dan Karimsepatutnya bertanggungjawab atas kematian ibu Mazni yang begitu sedih apabilamendengar fitnah tentang anaknya. Dalam novel ini juga, pembaca dinasihati supayamenjauhi arak kerana perbuatan meminum arak, bukan saja merupakan dosa besar,malah turut memberikan kesan buruk kepada peminum. Contohnya, Karim akhirnyameninggal dunia kerana kemalangan jalan raya akibat memandu dalam keadaanmabuk.Dalam novel ini juga terdapat tiga jenis latar, iaitu latar tempat, latar masa danlatar masyarakat. Latar tempat dalam novel ini ialah di Tanjung Puteri, Johor Bharu. Disinilah Mazni dilahirkan dan dibesarkan sehingga berumah tangga dengan Karim.Selain itu, terdapat latar di rumah Encik Haris dan Cik Rohana, tempat Mazni dan ibunyamenumpang teduh. Latar tempat yang lain ialah hospital iaitu tempat Karim menerimarawatan dan Mazni turut berada di hospital selepas ditampar oleh Karim. Latar masanovel ini pula, adalah pada dekad 70-an, Hal ini terbukti kerana Mazni mengambilpeperiksaan H.S.C. tetapi sekarang telah digantikan dengan STPM. Terdapat juga latarmasa pada waktu petang iaitu ketika

Mazni mengunjungi Karim di hospital setiap hariselama 3 bulan. Selain itu, terdapat juga latar masa pada waktu malam iaitu sewaktuMazni meneruskan pelajarannya di kelas malam selepas berumah tangga. Latarmasyarakat dalam novel ini pula ialah masyarakat kelas atasan dan kelas bawahan.Masyarakat kelas atasan digambarkan menerusi keluarga Encik Haris dan Cik Rohana,orang kaya yang disegani di Tanjung Puteri. Masyarakat bawahan pula digambarkanmenerusi watak Mazni dan ibunya Mak Bibah yang merupakan orang gaji kepadakeluarga Encik Haris dan menumpang tinggal di rumah itu walaupun Mak Bibah tidaklagi bekerja.Kesimpulannya, novel Badai Semalam ini harus dibaca oleh semua remajakerana keistimewaannya. Dengan menghayati novel ini, pembaca akan mendapatgambaran tentang kegigihan seorang wanita dalam menempuh kehidupan yang penuh

SULIT 1103/1

[Lihat sebelah1103/1

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 13 cabaran dan sanggup berkorban untuk membahagiakan orang lain. Nilai danpengajaran dalam novel ini dapat dijadikan teladan oleh para pembaca agarmenghargai jasa ibu bapa dan giigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

Spm > Bahasa Melayu > Karangan Contoh Bm Kertas 1 Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document Report this document? Please tell us reason(s) for reporting this document

Top of Form Spam or junk Porn adult content Hateful or offensive If you are the copyright owner of this document and want to report it, please follow these directions to submit a copyright infringement notice. Report Cancel Bottom of Form This is a private document. Info and Rating Reads: 171,365 Uploaded: 10/18/2008 Category: Uncategorized. Rated: 26 Ratings() Copyright: Attribution Non-commercial

api_user_11797_na... Share & Embed Related Documents PreviousNext

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

p.

More from this user PreviousNext

1 p.

1 p.

32 p.

7 p.

8 p.

7 p.

15 p.

14 p.

13 p.

14 p.

12 p.

15 p.

1 p.

11 p.

1 p.

2 p.

1 p.

2 p.

12 p.

10 p.

1 p.

22 p.

13 p.

13 p.

11 p.

Recent Readcasters

Add a Comment Top of Form

Submit share: Characters: 400 Bottom of Form

Rahimah Baderileft a comment ayoyo 07 / 23 / 2011 Reply Report

Ashraaf Shahaimileft a comment isi padat..bagus kalau dijadikan sebagai rujukan.. 07 / 09 / 2011

Reply Report

Peace Cutebabyleft a comment wau!!!..krngan yg hbt...blh bt sbgai rjukan... 06 / 27 / 2011 Reply Report

Sebastian Tohleft a comment wah 06 / 18 / 2011 Reply Report

Farah Hanimleft a comment hbt dan byk ilmu yeah..................................................... 06 / 14 / 2011 Reply Report Show More

Print this document High Quality Open the downloaded document, and select print from the file menu (PDF reader required). Download and Print Add this document to your Collections This is a private document, so it may only be added to private collections. + Create a New Collection Top of Form Name:

Description: Collection Type: public locked: only you can add to this collection, but others can view it public moderated: others can add to this collection, but you approve or reject additions private: only you can add to this collection, and only you will be able to view it Save collection Bottom of Form Cancel

Finished? Back to Document Upload a Document Top of Form

Search Documents

Bottom of Form Follow Us! scribd.com/scribd twitter.com/scribd facebook.com/scribd About Press Blog Partners Scribd 101 Web Stuff Scribd Store Support FAQ Developers / API Jobs Terms Copyright Privacy Copyright 2011 Scribd Inc. Language:

English Choose the language in which you want to experience Scribd: English Espaol Portugus (Brasil)

Anda mungkin juga menyukai