Anda di halaman 1dari 4

TAUHID AL-KHOSSAH Sambungan Dari Bicara Sebelem ini: Perbezaaan Penghayatan Tauhid -------------------------------------------------------------------------------Dan (orang-orang yang beriman kepada

Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kep ada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.(Surah Yusof :106) Menyentuh tentang Tauhid Al-Khowas atau Al-Khossah itu, maka bolehlah dijelaska n bahawa ia adalah suatu jenis Tauhid yang terhasil secara zauqi di tengah-tenga h Tajribah Al-Sufiyyah. Dalam perkataan lain zauqi atau kecapan terhadap pelbag ai pengertian Tauhid diperolehi secara langsung hasil daripada pengertian terseb ut tertajalli di dalam hati(Qalbu) seorang Sufi. Ia merupakan suatu "hal" di ma na seseorang Sufi yang mengalaminya menjadi tenggelam dan fana daripada dirinya sendiri dan daripada segala sesuatu selain daripada Allah. Oleh itu apa yang te rsyuhud kepadanya cumalah Allah sahaja. Kesedaran dan perasaannya dilimpahi den gan Qudrah Ilahi yang termanifestasi pada setiap benda; dengan Iradah Ilahi yan g melaksana segala sesuatu; juga dengan perbuatan Ilahi yang muncul kesannya pa da setiap gerak dan diamnya dalam persada wujud ini. Inilah wajah kefahaman Ahli Sufi berkenaan Tauhid, pengertian Tauhid di sisi me reka yang tidak bisa ditanggapi kebanyakan manusia awam, kerana kefahaman merek a adalah berdasarkan penghayatan jiwa yang berjelira dengan Hakikat Tauhid; mem perkayakan pengalaman keruhanian mereka sehinggakan membuahkan Makrifat yang keh alusannya sukar difahami oleh pandangan biasa yang tumpul. Inilah apa yang dikatakan oleh Al-Tahanawi bahawa orang yang mengalami Tauhid je nis ini melihat setiap zat, pelbagai sifat dan pelbagai perbuatan, adalah teng gelam hapus dalam pancaran cahaya Zat Allah, pelbagai Sifat KesempurnaanNya dan PerbuatanNya. Di samping pemuka-pemuka Sufi yang ada, Ulama Sufi yang banyak memperkatakan da n menghayati Tauhid jenis ini ialah Al-Junaid Al-Bagdadi. Beliau didapati telah membuat penganalisisan yang cukup menarik dengan merujuk kepada asal-usul Al-Na fs Al-Insaniyyah dan persekitarannya. Al-Junaid dalam hubungan ini ada mengatak an; ".....daripada jenis Tauhid Al-Khossah, maka seseorang yang wujud tanpa kemahua n berdiri di hadapan Allah[dalam keadaan] keduanya; seorang yang tadbiran Alla h menjadi berlangsung ke atas dirinya, iaitu Allah dalam QudrahNya menentukanny a. Dan dia menjadi tenggelam dalam lautan kesatuan Allah, benar-benar fana' da ripada dirinya dan daripada seruan Allah kepadanya serta daripada jawapannya kep ada Allah; iaitu merupakan satu pengrealisasian yang sejati terhadap Wahdaniyya h Allah dalam kehampirannya yang sejati dengan Allah. Lalu kesedaran dan aksiny a menjadi hilang kerana Allah melaksanakan di dalam dirinya apa yang diKehendaki olehNya. Ilmu tentang hal yang demikian diperolehi apabila telah kembalilah se seorang hamba dari akhir ke awalnya; supaya ianya menjadi sebagaimana semula; iaitu sebelum ia menjadi seperti sekarang. Dalil dalam hal ini ialah firman All ah; "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan Zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi ter hadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanya-Nya): "Bukankah A ku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab, "Benar ... ." (Surah al-A 'raf 7:172) Maka siapa dan bagaimana keadaan semula sebelum terjadi (seperti sekarang)?. Ap akah ada siapa yang memberi jawapan selain daripada ruh-ruh yang suci tulen bers

ih selaras dengan Qudrah dan mashi 'ah sama seperti semula sebelum ianya wujud ( seperti sekarang). Inilah matlamat merealisasikan Tauhid terhadap Allah, di man a orang yang mengalami menjadi hilang keindividuannya. (Al-Junaid, Rasa'il, hlm 56-57) Nyatalah bahawa penganalisisan konsep Tauhid seperti mana yang dijelaskan oleh A l-Junaid di atas adalah dihubungkan secara jelas dengan aspek asal usul Al-Nafs atau Al-Ruh Al-Insanniyyah. Realisasi Tauhid menjadi terlaksana bilamana hamba kembali semula ke taraf wujudnya yang awal sebelum ia wujud sebagai sekarang. P emerihalan dalam hal ini melibatkan pembicaraan satu konsep menarik yang dihurai kan oleh Al-Junaid bersandarkan kepada firman Allah dalam Al-Quran: "Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam(turun-temurun) d ari (tulang) belakang mereka, dan dijadikan mereka saksi terhadap diri mereka s endiri(sambil Dia bertanya dengan firmanNya); "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mere ka semua menjawab , "Benar(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi", Yang d emikian supaya kamu tidak berkata pada hari Akhirat kelak, "Sesungguhnya kami a dalah lalai(tidak diberi peringatan) tentang (Hakikat Tauhid) ini" Mengenal ayat di atas, Al-Junaid menjelaskan bahwa Tuhan menceritakan perihal Di a bercakap dengan insan dalam suatu tempoh dimana insan masih belum sebagai seka rang. Kewujudan dalam tempoh tersebut adalah tidak sama dengan kewujudan sebaga i makhluk Tuhan seperti sekarang. Itu cumalah kewujudan yang diketahui dan dise dari oleh Tuhan sahaja, yang sifatnya tidak terikat dengan masa. Oleh itu, men urut Al-Junaid, kewujudan insan adalah berlaku dalam dua jenis: Pertama; Kewujudan yang bersifat suci, iaitu sebelum insan didatangkan ke alam semesta ini. Wujudnya insan dalam tahap tersebut adalah penuh dengan kesucian dan kekudusan, berhubung secara langsung dengan Allah tanpa apa-apa hijab; ker ana hijab menjadi terhasil oleh wujudnya hubungan dengan alam benda dan menjadi sibuk oleh kehendak-kehendak kejasadan dan syahwat. Oleh itu, dalam keadaan de mikian nufus/arwah insan mengikrarkan dengan pastinya Keesaan Allah ketika dikh itabkan kepada mereka menerusi "Alastu birabikum"; kerana nufus/arwah tersebut tidak pun melihat apa-apa dalam wujud, selain daripada Allah yang melakukan se suatu, Yang Menghendaki dan Yang Memiliki Kuasa, lalu ia fana' dan hilang wujud dirinya sendiri. Kedua. Wujud insan dalam alam semesta yang diciptakan ini. Kewujudan ini adala h bersama jasad, yang dengannya menghasilkan kelupaan pada "persetiaan" awalnya oleh wujudnya hijab serta penguasaan syahwat. Ternyata bahawa unsur pendekatan yang dilihat oleh al-Junaid serta sufi-sufi lai n adalah terjadi pada peringkat insan masih berada di dalam arwah/nufus, di man a persoalan tentang Ketauhidan Allah dijawab dengan jitu dan pasti dengan sebena r-benar pengenalan(makrifat). Bagaimanapun, apabila insan telah diwujudkan seb agai manusia yang sekaligus terdiri daripada jasad dan ruh, maka "persetiaan" awal itu menjadi semakin kabur. Ia dikaburi oleh kehendak syahwat dan tuntutan jasad. Lalu untuk mendapatkan kembali taraf Ketauhidan awal tersebut, perlulah insan bergerak semula ke arah keadaan awalnya sebagaimana sebelum ia diwujudkan dalam bentuk sekarang. Bagaimanapun pengembalian sempurna ke taraf awal sebagaimana sebelum wujudnya in san seperti sekarang, adalah tidak mungkin selagi hubungan di antara ruh dan ja sad terus-terusan ada. Pembebasan ruh daripada ikatan dan tautan jasad dalam ka dar kekuasaan insan mestilah diusahakan supaya terjadi. Hal ini, menurut Al-Ju naid mestilah berlangsung menerusi Suluk Al-Thoriqah Al-Sufiah dan ketundukan se rta penyerahan diri secara mutlak kepada Allah, yang melibatkan kegiatan-kegiat an riadah al-nafs dan pembersihannya serta pengekangan diri daripada kehendak-ke hendak syahwat. Hasil daripada kegiatan tersebut, mengikut Al-Junaid, seseora ng hamba akan menjadi individu yang tidak memiliki kehendak, dan dirinya diurus

oleh Allah mengikut kehendakNya. Sedang diri hamba itu sendiri telah tenggelam di dalam lautan Tauhid; fana' daripada dirinya sendiri dan daripada seruan mak hluk lain sejauh yang berhubung dengan urusan keduniaannya. Hal ini semua terja di disebabkan syuhudnya terarah secara tajam ke arah pelbagai hakikat kewujudan dan Keesaan Allah dalam suatu kedudukan yang benar-benar hampir denganNya. Keti ka itulah, sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Junaid, kesedaran hamba tentang diri dan aksinya menjadi hilang kerana Allah, menerusi IradahNya, dan menguasa i perbuatan hamba tersebut. Lalu kembalilah, pada ketika itu, pengakhiran seo rang hamba ke tahap awalnya, sebagaimana ianya masih belum wujud seperti sekara ng. Di situlah terlaksananya pengrealisasian sejati terhadap konsep Tauhid yang hakikatnya tidak boleh dicapai oleh akal, tetapi termanisfestasi secara langsu ng ke dalam Al-Qalb. Sebenarnya, daripada penganalisisan sebagaimana di atas memperlihatkan bahawa pengrealisasian terhadap konsepTauhid, adalah sama dengan al-Fana al-Sufi dalam Ilmu Tasauf; iaitu al-Fana al-Sufi tersebut adalah merupakan suatu hal di mana kesan-kesan Iradat, sakhsiyah, kesedaran tentang Zat serta setiap apa yang buk an al-Haq semuanya terselindung dan tidak dapat dilihat oleh sufi yang mengalama inya. Sejauh yang dapat dilihat dan dirasakan oleh sufi yang mengalaminya terse but cumalah kewujudan al-Haq bersama Perbuatan dan IradahNya. Atau dalam kata l ain al-Fana itu merupakan satu hal kejiwaan dalam mana hubungan insan dengan ala m dan diri menjadi hapus dan hilang lenyap. Dalam suasana tesebut insan menjadi baqa dalam wujud syuhudi yang berakhir di dalamnya segala sesuatu yang lain da ripada al-Haq. Contoh yang paling baik berhubung dengan al-Fana ini ialah apa yang terjadi dan dialami oleh seorang tokoh sufi abad ketiga hijrah, Abu Yazid Al-Bustomin. Bel iau menggambarkan pengalaman mikraj keruhaniannya yang dilambangkan menerusi iba dat "Haji". Beliau dalam hubungan ini mengatakan; "Aku naik Haji kali pertama maka aku telah Kaabah; Dan aku naik Haji kali kedua, maka aku telah lihat Kaabah dan TuanNya; Seterusnya aku naik Haji kali ketiga di mana aku tidak melihat sama ada Kaabah a taupun TuanNya". Sebenarnya Haji di sini dilambangkan kepada perjalanan keruhanian menuju Tuhan. Dalam Haji peringkat pertama Abu Yazid melihat Kaabah, yakui alam semesta dan m enanggapinya dalam suatu tanggapan yang bersifat hissi(perasaan) Dalam Haji peringkat kedua beliau melihat Kaabah dan pemilik Kaabah dalam suatu tanggapan "penduaan" yang bersifat akal serta memperbezakan kedua-duanya, yang pada hakikatnya adalah perbezaan antara Tuhan dan alam semesta. Kemudian dalam Haji peringkat ketiga, menerusi Qalbu dan Syuhud, Abu Yazid men anggapi "segala" dalam suasana yang tidak dibezakan lagi antara Kaabah dengan pe milik Kaabah. Dan di peringkat fana atau juga al-Tauhid di mana, dalam suasana tersebut lenyaplah daripada diri hamba kesan-kesan al-kathrah(banyak/pelbagai) yang bersifat akal dan hissi. Seterusnya dalam usaha untuk melihat beberapa contoh lain daripada sudut pandang an para sufi terhadap unsur Tauhid dan dihayati oleh mereka, maka di bawah ini sebahagian daripada sudut pendangan tersebut; Abu Said Ahmad ibn Isa Al-Khoraaz ada mengatakan; "Maqam awal bagi orang yang memperolehi dan merealisasikan Ilmu Tauhid ialah Fan a Qalbunya daripada menyebut perkara-perkara yang selain daripada Allah, dan (h atinya) ditumpukan khusus kepada Allah Taala". Golongan Arif yang lain pula ada mengatakan; "Adapun Tauhid itu ialah sesuatu yang boleh membutakan pemandangan, menghairank an orang yang berakal serta mendasyatkan seorang yang teguh pendirian". Pendapat ini telah diulas oleh Al-Thusi sebagaimana berikut;

"......kerana orang yang merealisasikan Tauhid tersebut menerusi Qalbunya akan Kebesaran dan Kehebatan Allah yang melahirkan kedasyatan dan kehairanan kepada a kal, kecuali orang yang Qalbunya telah benar-benar diteguhkan oleh Allah". Al-Syibli mengatakan; "Tahukah engkau mengapa Tauhid engkau menjadi tidak sah?" Lelaki itu menjawab; "Tidak" Al-Syibli berkata lagi; "Kerana engkau menuntutnya dengan diri engkau" Dan inilah hakikat sebenar apa yang dicatatkan oleh Afifi; "Orang yang percay a berasaskan pandangan fikirannya adalah terhijab daripada hakikat Tauhid....... kerana pada sudut pandangan golongan sufi Keesaan Ilahi tidak akan tersyuhud sel ama mana seorang itu masih melihat dirinya sebagai ada". Dengan penjelasan dan perbincangan di atas, jika difahami dengan serius, maka dapatlah dikatakan bahawa kesempurnaan dalam Mentauhidkan Allah dari sudut panda ngan Ahli Sufi bukanlah cuma Mengesakan menerusi peribadatan semata-mata, malah lebih daripada itu mesti pula diEsakan menerusi perbuatan, kudrat, iradah ser ta pengurusan tadbir. Hal ini semua bermaksud; bahawa Allah itu satu dengan pengertian tiada yang disembah selain dariNya [Laa Ma'bud Bihaqqi illaLlah]; dan Allah juga satu dalam pengertian bahawa golongan sufi dalam syuhud mereka ti dakpun melihat selain daripadaNya yang Melakukan segala sesuatu, Yang Berkuasa, Yang Menghendaki, dan Yang Mentadbirkan segala sesuatu atau dengan lebih hampir lagi Tiada Yang Maujud Melainkan Allah.[Laa Maujud Biha qqi illaLlah] Dalam rangka untuk mempertingkatkan prestasi kehampiran dan kedekatan dengan All at iaitu suatu dimensi yang banyak terabai dalam tempoh sekarang, maka barangka li tidak salahnya kalau kita secara serius merenung pendekatan yang digunakan ol eh Ahli Sufi yang memang terkenal sebagai kalangan yang benar-benar hampir denga n Allah. Bila taraf kehampiran dan kedekatan diri dengan Allah dapat dicapai, maka sebagaimana yang diberitahu oleh tradisi Islam sendiri, tentunya banyak se kali masalah peribadi atau masalah kemasyarakatan....akan dapat diselesaikan. K emudian kalau dilihat dari perspektif Tauhid secara khusus, maka sudah pasti se orang yang menyedari dan melihat Allah sahaja yang benar-benar Wujud, yang bena r-benar Berkuasa, yang benar-benar Mentadbir segala dan Melakukan segala, aka n memandang mudah dan remeh kepada apa-apa pun juga yang selain daripada Allah; akan tidak ada ketakutan yang bukan-bukan; akan tidak membentuk bayang-bayang untuk ditakuti. Dan tentunya barangkali peribadi-peribadi yang sedemikian dapat diwujudkan oleh sesebuah masyarakat, maka masyarakat berkenaan akan dapat manf aat yang besar daripadanya, sebagaimana yang telah dilakukan oleh para Sahabah, para Syuhada dan para Sholihin yang Siddiq. Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kep ada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.(Surah Yusof :106) Allahu A'lam

Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dal am ilmu ini. Semoga Allah memberi Taufik dan HidayahNya Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar