Anda di halaman 1dari 12

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Potensi Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)


Dalam Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Menyelesaikan
Masalah Dan Cabaran Pelaksanaannya
(The Potential of Problem-Based Learning Approaches (PBM) in
Improving Learning Skills in Solving Problems and its
Implementation Challenges)

Jennifer Anak Andrew Tiga Paet1*, Khairul Azhar Jamaludin1


1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p112332@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 September 2022 | Published: 1 October 2022

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.18
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Aktiviti pembelajaran pada peringkat sekolah didapati masih lagi bercorak
konvensional dan kurang melibatkan peranan pelajar dalam akitiviti perbincangan. Salah satu
pendekatan pembelajaran berkonsepkan pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para
guru dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih efektif ialah pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Tujuan kajian ini adalah untuk melihat potensi
pendekatan PBM dalam meningkatkan kemahiran kecekapan pembelajaran menangani
permasalahan dan mengenal pasti kekuatan pendekatan PBM dalam meningkatkan motivasi
pelajar. Ringkasnya, pelaksanaan PBM melibatkan tiga fasa yang terdiri daripada tujuh
langkah iaitu langkah satu adalah pembentukan kumpulan, langkah dua adalah mengenal
pasti masalah, langkah tiga adalah menjana idea, langkah empat adalah isu pembelajaran,
langkah lima merupakan pembelajaran terarah kendiri, langkah enam adalah sintesis dan
aplikasi dan langkah tujuh adalah refleksi kendiri. Kepentingan kajian ini adalah dapat
meningkatkan motivasi pelajar dalam proses penjanaan idea dan pembuatan keputusan dalam
aktiviti berkumpulan. Implikasi kajian menunjukkan PBM boleh meningkatkan kemahiran
berfikir secara kritis, pembelajaran terarah kendiri (PTK), kemahiran komunikasi, kemahiran
gerak kerja dalam kumpulan, kemahiran teknologi, dan kemahiran insaniah dalam kalangan
pelajar. Cabaran pelaksanaan PBM adalah kekangan batasan masa aktiviti pembelajaran dan
masalah sikap pelajar. Oleh itu, kekerapan penggunaan pendekatan PBM dalam kalangan
pelajar perlu dipertingkatkan dalam aktiviti pembelajaran semua matapelajaran di sekolah.

Kata kunci: pendekatan, Pembelajaran Berasaskan Masalah, aktiviti pembelajaran

Abstract: Learning activities at the school level were found to be still conventional and less
involved in the role of students in discussion activities. One of the learning approaches with
the concept of self -learning to facilitate teachers and students through a more effective
learning process is the Problem Based Learning (PBM) approach. The purpose of this study is
to see the importance of PBM approach in improving learning efficiency skills to deal with
problems and identify the strengths of PBM approach in improving student motivation. In
short, the implementation of PBM involves three phases consisting of seven steps, namely step
one is group formation, step two is problem identification, step three is generating ideas, step
four is learning issues, step five is self -directed learning, step six is synthesis and application

204
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

and step seven is self -reflection. The importance of this study is to increase student motivation
in the process of generating ideas and decision making in group activities. Implications of the
study show that PBM can improve critical thinking skills, self -directed learning (PTK),
communication skills, group work skills, technology skills, and soft skills among students.
Therefore, the frequency of use of PBM approach among students needs to be increased in the
learning activities of all subjects in school.

Keywords: approach, Problem Based Learning, learning activities


___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Pendidikan abad ke-21 memberi penekanan kepada pembangunan modal insan yang boleh
menilai kemunasabahan sesuatu idea serta kepandaian dalam kemahiran penyelesaian masalah,
pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi serta mampu bersaing pada
peringkat global. Malah setiap orang mempunyai kaedah belajar yang berbeza - beza.
Keperibadian pelajar yang tinggi perlu dipupuk dari peringkat awal seiring dengan
perkembangan semasa dalam sektor pendidikan. (Silva et al. 2018). Oleh itu, satu pendekatan
pengajaran yang berkesan diperlukan untuk pelajar berilmu pengetahuan tinggi, kreatif dan
kritis dalam aktiviti pembelajaran.

Kaedah pembelajaran secara tradisional hanya melibatkan pengetahuan isi pelajaran yang
menyebabkan pelajar kurang kemahiran menaakul dan mengaplikasikan penyelesaian masalah
dalam alam pekerjaan (Barrows 1996). Professor Howard Barrow telah memperkenalkan
kaedah PBM sekitar tahun 1960-an di Universiti McMaster, Kanada (Barrow & Tamblyn,
1980). Kini, Professor Barrow menjadi role model bagi PBM.

Tan Oon-Seng (2004) menyatakan PBM adalah pendekatan yang sesuai untuk merangsang
pemikiran kritis pelajar. Teknik mengajar berpusatkan pelajar dapat meningkatkan kecekapan
pelajar untuk menaakul idea, membuat analisis, dan membuat penilaian terhadap permasalahan
berkaitan topik yang dibincangkan. (Mohd Fakhruddin & Suhid 2017). Penekanan terhadap
penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir secara mendalam dan pembelajaran sepanjang
hayat merupakan elemen penting dalam pendidikan. Pelajar bakal pelbagai cabaran dalam
pencarian pekerjaan di masa akan datang. Persaingan sengit dalam merebut peluang pekerjaan
sudah pasti menjadi cabaran utama kepada setiap individu. Semua sektor pekerjaan
memerlukan tenaga kerja buruh yang berkopetensi tinggi sebagai kelayakan utama.
(Mohammad Ayub Khan 2015). Justeru itu, sektor pendidikan harus berusaha menghasilkan
pelajar yang berinovasi dan berbudaya saing di peringkat global.

PBM merupakan teknik penyampaian ilmu berpusatkan pelajar dengan mendorong pelajar
belajar secara berkolaboratif dan bersifat autentik melalui pergaulan aktif bersama guru dan
rakan - rakan. (Norman & Schmidt 2016). Pelajar juga belajar untuk membuat pencarian serta
penaakulan maklumat secara mendalam. Pelajar membuat analisa maklumat berdasarkan
pengetahuan sedia ada dan ilmu baru dalam menyelesaikan masalah. (Li & Stylianides 2018).
Pendekatan PBM menggalakkan sesuatu pembelajaran dipelajari secara lebih mendalam
sekaligus meningkatkan tahap motivasi pelajar. Pendekatan PBM telah dilihat sebagai proses
pembelajaran menyelesaikan masalah yang diberi dengan menggunakan hasil pembelajaran
sebelum ini dan dapatan ilmu baru daripada rujukan yang pelbagai. (Lian & Nor Damsyik
2017). Cadangan transfromasi dalam pendidikan harus dibuat bagi menghasilkan pelajar yang
bijaksana, berwawasan dan berkeyakinan tinggi. (Hannasir 2017). Kaedah seseorang guru

205
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

mendidik pelajar akan mempengaruhi kaedah seseorang pelajar itu mendapatkan ilmu
pengetahuan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kepentingan PBM dalam aktiviti
pembelajaran.

2. Penyataan Masalah

Aktiviti dalam pendekatan PBM yang melibatkan penglibatan aktif pelajar masih terhad
dilaksanakan di bilik darjah. Kaedah pembelajaran tradisional yang membosankan
mengakibatkan motivasi pelajar menurun. Teknik hafalan dengan memaksa pelajar menghafal
banyak maklumat tanpa pergerakan aktif menjadikan pelajar mudah bosan dan hilang minat
untuk fokus dalam bilik darjah. Barrows & Tamblyn (1980) menyatakan kesan daripada teknik
menghafal semasa di sekolah, pelajar gagal untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
dan pengalaman apabila memasuki fasa alam pekerjaan. Matlamat PBM tidak tercapai
sekiranya pelajar gagal disediakan dengan kemahiran pembelajaran kendiri, bijak dalam
pengurusan masa, minat yang mendalam dan berbudaya saing. (Janet Jequiline & Chritina
Andin 2020).

Sistem pendidikan di Malaysia masih bersifat “exam oriented” menyebabkan pelajar kurang
diberi perhatian untuk mengaplikasikan kemahiran yang dimiliki dalam menyelesaikan
masalah berbanding teknik hafalan fakta dan buku teks. (Yahya 2012; Nor Amalina & Zanaton
2018). Kaedah pengajaran tradisional yang bertumpukan pelajar untuk menghafal fakta seperti
melakukan latih tubi berulang - ulang di dalam kelas masih digunakan oleh guru - guru.
(Zambri & Jamilah 2018). Guru kurang menerapkan unsur KBAT yang melibatkan aspek
taksonomi Bloom seperti menganalisis, mereka cipta dan menilai sesuatu isi kandungan mata
pelajaran (Musliha 2010; Tuan Rahayu et al., 2017; Farah 2019).

Pelajar kurang mengaplikasikan kemahiran komunikasi dalam PBM. Proses pembelajaran


menjadi bosan apabila terdapat jurang komunikasi di antara guru dan pelajar. Pelajar tidak
berdaya saing dalam aktiviti pembelajaran. Budaya “spoon feed “juga masih diamalkan oleh
guru dalam aktiviti pembelajaran. Ini menyebabkan pelajar tidak berdikari terhadap
pembelajaran mereka kerana bergantung sepenuhnya kepada guru. Hal ini menyebabkan
pelajar tidak berkemahiran dan lemah dalam mengakses maklumat pembelajaran. (Maimunah
Nasir & Hashimah Mohd Yunus 2017).

Selain itu, kajian mengenai pelaksanaan kaedah ini yang masih terhad dijalankan di sekolah.
Kebanyakan kajian sebelum ini lebih lebih menumpukan bidang perubatan (James, Al Khaja,
& Sequeira, 2015), dan bidang Sains dan Matematik (Abu bakar & Mohammad Yusof Arshad,
2015; Tan Yin Peen & Mohammad Yusof Arshad, 2017; Li & Stylianides 2018). Dalam bidang
Perniagaan pula, kajian hanya bertumpu kepada Institusi Pengajian Tinggi. (Rana, Ardichvili,
& Polesello 2016; Slivar, Golja, & Plavšić, 2018). Menurut Felder (1995), penglibatan aktif
pelajar dan bekerjasama dalam kumpulan adalah strategi beliau meningkatkan aktiviti
pembelajaran. Kajian beliau mendapati pelajar menunjukkan minat sekiranya perbincangan isi
pelajaran berkaitan dengan kehidupan mereka. Oleh itu, penulisan ini perlu untuk para pendidik
agar dapat memantapkan aktiviti pembelajaran bagi melahirkan pelajar berkualiti.

3. Tujuan/Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk:


1) Mengenal pasti potensi pendekatan PBM dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran
menyelesaikan masalah.

206
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

2) Mengenal pasti cabaran pelaksanaan PBM.

4. Kajian Literatur

Pendekatan PBM merupakan teras daripada pembelajaran terarah kendiri (PTK) untuk
melancarkan aktiviti pembelajaran. Knowles (1980) menyatakan pembelajaran secara kendiri
adalah satu proses di mana individu berinisiatif atas usaha sendiri dalam penyelesaian masalah
pembelajaran. Keperluan kemahiran pelajar dalam perancangan dan pengurusan masalah
pembelajaran sangat penting. Model Garisson (1997) menekankan Pengurusan Kendiri,
Pemantauan Kendiri, dan Motivasi dalam konteks pembelajaran sendiri. Pembelajaran terarah
kendiri memberi ruang dan peluang kepada pelajar dalam penetapan dan penggunaan pelbagai
jenis sumber bagi mencapai matlamat pembelajaran. (Abubakar & Arshad 2015). Oleh itu,
perubahan pembelajaran pemusatan guru telah beralih kepada pembelajaran berpusatkan
pelajar. (Hmelo-Silver 2004). Pelajar mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan sedikit bimbingan guru.

Aktiviti pengumpulan dan penganalisaan data dalam bentuk pembelajaran akses secara kendiri
dan dilakukan berulang kali dapat meningkatkan kefahaman tinggi dalam topik dipelajari.
Pelajar bermatlamat dan bertanggungjawab dalam perancangan pelaksanaan dan penilaian
proses pembelajaran mereka sendiri. Brockett dan Hiemstra (1991) telah menggabungkan
Proses dan Matlamat dalam Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK). Nurmurni, Haslina, dan
Tengku Radziatan (2019) turut menyatakan PBM sebagai pendekatan yang berkesan
berasaskan konsep ‘learning by doing’. Mereka telah menekankan kaedah ini membolehkan
pelajar belajar secara aktif sekaligus membantu pelajar untuk menguasai sesuatu mata
pelajaran. Pendekatan pengajaran ini sudah pasti akan meningkatkan penguasaan kecekapan
berfikir di luar kotak dalam kalangan pelajar. (Farah Adlina 2019). Dalam usaha untuk
memastikan penguasaan KBAT secara efektif, tenaga pengajar harus lebih kreatif
menyediakan pelbagai jenis alat bantu mengajar dan penyampaian yang menarik dan berkesan.

Pembelajaran berasaskan masalah bertindak menjadikan pengajar sebagai fasilitator atau


pembimbing pelajar. Model PBM Schmidt (1983) yang mempunyai tiga fasa utama dan tujuh
langkah pelaksanaan PBM. Fasa satu melibatkan langkah satu iaitu menjelaskan istilah atau
konsep yang tidak difahami, langkah dua tentang pendefinisian masalah, langkah tiga adalah
menganalisis masalah, langkah empat melibatkan lakaran inventori daripada masalah yang
dibincangkan, dan langkah lima pembentukan objektif pembelajaran. Dalam masa yang sama,
pembentangan idea dan pendapat oleh setiap ahli kumpulan akan dijalankan oleh pelajar dalam
fasa satu ini. Dalam fasa dua pula melibatkan langkah enam iaitu mencari sumber baharu.
Dalam fasa tiga melibatkan langkah tujuh iaitu menilai dan mengintegrasi pengetahuan baru
dengan masalah dan melibatkan pembentangan akhir dan seterusnya penilaian akan dilakukan
terhadap pembentangan pelajar. Berpandukan model ini, pendetakan PBM memberi penekanan
kepada aspek kerjasama dan memberi keutamaan kepada cara pelajar membuat keputusan
dalam pasukan. Isu pelajaran dalam soalan tugasan yang diberikan oleh guru adalah untuk
merangsang pengetahuan inkuiri dan menggalakkan penglibatan aktif pelajar. Berdasarkan
dapatan analisis dokumen jurnal, PBM dilihat dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran
menyelesaikan masalah dan motivasi pelajar.

207
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

5. Perbincangan

Potensi pendekatan PBM dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran menyelesaikan


masalah.
5.1 Kemahiran berfikir secara kritis.
Antara kemahiran yang diperoleh melalui PBM adalah kemahiran berfikir secara kritis,
kemahiran komunikasi, kemahiran belajar dalam kumpulan, kemahiran PTK, kemahiran
insaniah, dan kemahiran teknologi dalam kalangan pelajar. Pelajar mempelajari kemahiran
pengenalpastian isu utama yang diutarakan dan menyenaraikan fakta - fakta penting. Menurut
(Brownell & Jameson 2004) kemahiran bekerjasama dalam kumpulan sangat penting dalam
pelaksanaan PBM dengan berkesan. Dapatan ini disokong oleh (Garnjost P. & Brown S. M.
2018) mendapati respon pelajar mengulas bahawa mereka aktif dalam aktiviti pembentukan
kumpulan, mencuba untuk memikirkan idea dan memahami isu pelajaran. Kemahiran berfikir
secara kritis bermula daripada ransangan terhadap semangat ingin tahu pelajar untuk
menyelesaikan masalah pembelajaran.

Fasa 1 adalah gabungan langkah satu sehingga langkah enam bermula daripada pembentukan
kumpulan, pendefinisan masalah, penganalisisan masalah, perbincangan masalah,
pembentukan objektif, dan pembentangan pertama idea oleh ahli kumpulan. Dalam langkah
pembentukan kumpulan, pelajar terbahagi kepada kumpulan yang terdiri beberapa orang ahli.
Kajian yang dilakukan oleh Siti Fatimah Omar dan Azlinah Dakarlan (2017), menyatakan
langkah 1 merupakan prosedur kajian di mana tugasan dalam bentuk permasalahan yang
memerlukan penyelesaian diberikan kepada pelajar. Sebelum pembentukan pasukan diagihkan
guru akan memberi taklimat dahulu tentang tujuan aktiviti PBM dan langkah pelaksanaan PBM
kepada pelajar. Langkah pembentukan kumpulan dalam fasa satu ini bertepatan dengan kajian
yang dilakukan oleh pengkaji dari Politeknik Temasik, Singapura. Dapatan ini disokong oleh
kajian Siti Faridah dan Hartini Jaafar (2018) yang melakukan kajian ke atas kumpulan pelajar
yang lemah dan kumpulan pelajar yang pandai berdasarkan rekabentuk kuasi eksperimen.
Menurut (Mohamed Ali Haniffa et al. 2019), pelajar akan bekerjasama menyelesaikan masalah
diberikan dalam kumpulan masing - masing di bawah kawalan guru. Kajian Duch (2001) yang
dinyatakan dalam kajian (Mohamed Ali Haniffa et al. 2019) mendaparti rangsangan idea
pelajar bermula daripada isu yang dikemukakan dalam soalan. Susunan fakta dimurnikan
dalam perbincangan kumpulan. Topik - topik dan soalan yang berkaitan kehendak soalan dalam
tugasan disusun dan dibincangkan secara menyeluruh dan mendalam.

5.2 Kemahiran gerak kerja penyelesaian masalah dalam kumpulan.


Langkah dua dalam fasa satu adalah mengenal pasti masalah atau mendefinisikan masalah.
Dalam langkah ini, matlamat pembelajaran akan ditentukan. Guru akan memberikan tema atau
topik perbincangan kepada pelajar. Guru akan memberikan soalan dalam bentuk masalah atau
situasi kepada setiap kumpulan pelajar untuk dibincangkan dan diselesaikan. Kajian Janet
Jequiline dan Christina Andin (2020), dalam langkah dua, pelajar mendapat kemahiran meneliti
isu masalah untuk mengenal pasti idea yang muncul daripada masalah yang berkaitan dengan
soalan. Ini diikuti dengan perbincangan secara berkumpulan di mana pelajar akan memberi
pendapat secara individu tentang masalah atau soalan yang dibincangkan. Pelajar akan
menganalisis fakta dan idea pembelajaran berdasarkan masalah yang diberikan. Pelajar akan
mengakses isi kandungan pelajaran dalam mengenalpasti fakta. (Janet Jequiline & Christina
Andin 2020). Pelajar akan mendefinisikan masalah berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar.
Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa dalam langkah dua, ketua kumpulan dan ahli kumpulan
memainkan peranan dalam kemahiran menganalisis masalah utama dan fakta berkaitan isu atau
soalan berasaskan masalah yang diberikan.

208
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Dalam kajian Siti Fatimah dan Azlinah Dakarlan (2017), menyatakan bahawa dalam langkah
kedua pelajar perlu mengemukakan fakta - fakta yang berkaitan. Maklumbalas di antara setiap
orang ahli kumpulan berlaku di mana pelajar mendapat kemahiran mengemukakan soalan,
membentuk hipotesis dan penerokaan fakta dan huraian yang dapat menghuraikan masalah
yang dikemukakan. Kajian yang dilakukan oleh Maimunah Nasir dan Hashimah Mohd. Yunus
(2017) juga menyatakan teknik pencarian sumber maklumat yang menguji minda memerlukan
pelajar mendapat maklumat yang sebanyak mungkin dalam pendekatan PBM. Kajian (Saputro
et al. 2019) mendapati penggunaan Model Jigsaw memupuk pembelajaran koperatif dalam
kalangan ahli kumpulan pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian Surya Adliza Abdul Kadir
dan Ying Leh Ling (2021) yang menyatakan bahawa PBM amat sesuai untuk aktiviti
pembelajaran vokasional dan tenik kerana ia membolehkan pelajar menjadi lebih aktif dalam
proses PdP sekali gus dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan kemahiran generik pelajar
dalam kumpulan.

5.3 Kemahiran teknologi.


Dalam langkah tiga, pelajar memperoleh kemahiran teknologi dalam pencarian maklumat.
Menurut Siti Fatimah dan Azlinah Dakarlan (2017), dalam langkah ketiga pelajar melihat
masalah pembelajaran dalam pelbagai sudut. Kajian Maimunah dan Hashimah (2017) yang
menyatakan pelajar akan mengakses maklumat melalui alat – alat peranti elektronik moden
seperti daripada carian Google, Internet Explorer dan You Tube. Mohamed Ali Haniffa et al.
(2019) menyatakan bahawa ketua kumpulan akan melibatkan setiap ahli dalam kumpulan.
Pencatat dalam kumpulan akan mencatat data atau idea yang dinyatakan oleh setiap ahli
kumpulan. Pelajar bertindak untuk meneroka sumber yang perlu mereka ketahui mengenai
masalah yang diberikan dan mencari bahan rujukan yang perlu mereka ketahui untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan dalam soalan. Pelajar akan mencari sumber dan
mengumpul sumber sebelum dibincangkan kembali dalam kumpulan pada sesi pembelajaran
yang seterusnya. Dalam langkah ini pelajar menunjukkan minat mendalam dalam
menyelesaikan tugasan. Dengan adanya minat, pelajar bermotivasi tinggi untuk mengikuti
proses pembelajaran dari awal sehingga akhir. Motivasi pelajar dapat dilihat apabila setiap ahli
kumpulan saling mencari sumber maklumat daripada buku rujukan, modul, internet dan
komunikasi dengan rakan serta guru lain di media sosial. Sumber ini penting sebagai huraian
fakta untuk menjawab soalan yang diberikan. Ada juga pelajar yang bertanya secara langsung
daripada pihak yang mempunyai pengalaman berdasarkan senario masalah yang dikemukakan
(Janet Jequiline dan Christina Andin 2020). Dapatan ini disokong oleh Model PBM Tiga Fasa
Tujuh Peringkat dalam kajian Siti Faridah dan Hartini Jaafar (2018) yang menekankan pelajar
supaya belajar dan mencari jalan penyelesaian.

5.4 Kemahiran Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK).


Langkah empat ini berfokus kepada isu pembelajaran dan pelan tindakan sebelum
pembelajaran terarah kendiri dalam langkah lima dilakukan. Dalam langkah empat
perbincangan terhadap isu pembelajaran dan perkaitan isu dalam masalah dibincangkan
berdasarkan Model PBM Tiga Fasa Tujuh Peringkat. (Janet Jequiline & Christina Andin 2020).
Pelajar harus menentukan apa yang perlu diselesaikan dan dapat menyelesaikan masalah atau
menjawab soalan yang diberikan. Dapatan ini di sokong oleh Mohamed Ali Haniffa et al.
(2019) mengatakan pencatat dalam kumpulan pelajar akan mencatat tugasan yang belum
selesai. Pelapor pula melaporkan keseluruhan hasil kumpulan dan menambahbaik tugasan yang
telah disiapkan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Siti Faridah dan Hartini Jaafar (2018)
langkah empat memberi kebebasan kepada pelajar untuk menjana sebanyak mungkin idea.
Selepas penjanaan idea dalam langkah 3, isu pembelajaran akan dibincangkan dalam PBM ini.

209
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kajian Siti Fatimah dan Azlinah Dakarlan (2017) menyatakan ahli kumpulan membincangkan
fakta yang bersesuaian dari pelbagai aspek.

Dalam langkah lima, pelajar maseh melaksanakan strategi pembelajaran mereka sendiri atau
PTK untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan isu dalam masalah yang dikemukakan.
Peranan pelajar ini konsisten dengan dapatan Hmelo-Silver (2004) yang menyatakan PBM
menggalakan sesuatu pembelajaran dipelajari secara lebih mendalam sekaligus meningkatkan
tahap motivasi pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian Siti Fatimah dan Azlinah Dakarlan
(2017) menyatakan pelajar perlu meneliti dan merenung maklumat yang dikumpulkan. Kajian
(Mohd Fizam dan Khairul Anuar (2008) yang menyatakan bahawa PTK boleh membangunkan
kemahiran penyelidikan kepada pelajar. Setiap ahli kumpulan akan membuat persiapan awal
sebelum perbincangan kumpulan yang seterusnya. Ini dapat diperhatikan apabila pelajar
berdikari dan bergerak sendiri tanpa arahan guru. (Janet Jequiline dan Christina Andin 2020).
Seterusnya aktiviti pembentangan sesama ahli kumpulan untuk membentangkan dapatan kajian
masing – masing akan dilakukan sebagai langkah yang terakhir dalam Fasa 1.

5.5 Kemahiran komunikasi dan kemahiran insaniah


Dalam fasa 2 pelajar mengaplikasikan kemahiran untuk membuat sintesis daripada sumber
dapatan idea yang baharu. Interaksi sosial berbentuk komunikasi dua hala di antara setiap ahli
kumpulan dapat memupuk kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Kemahiran insaniah
seperti amalan nilai murni bertolak ansur dalam kalangan ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan
akan membentangkan hasil dapatan masing – masing untuk dibincangkan semula sebelum
mencari sumber baharu, sintesis dan aplikasi dalam fasa dua dan langkah yang keenam (Janet
Jequiline & Christina Andin 2020). Pelajar akan melakukan sintesis dan aplikasi semua hasil
dapatan carian maklumat berkaitan isu atau masalah yang telah dibincangkan dalam kumpulan
masing – masing. Pelajar akan berinteraksi dan berkolaborasi dalam kumpulan berasaskan
pendekatan kumpulan sosial (Mohd Fizam & Khairul Anuar 2008). Kajian Siti Fatimah dan
Azlinah Dakarlan (2017), menyatakan pada tahap keenam, murid perlu membuat penelitian
maklumat secara menyeluruh dan mendalam. Dalam langkah enam ini, pelajar perlu
membentangkan idea dan fakta masing - masing dengan alasan yang kukuh dan nyata. (Siti
Fatimah & Azlinah Dakarlan 2017).

5.6 Potensi dan Kekuatan PBM dalam aktiviti pembelajaran


Fasa 3 merupakan langkah yang ketujuh atau terakhir yang melibatkan aktiviti pembentangan
akhir oleh setiap kumpulan pelajar, di mana wujudnya penilaian dan pengintegrasian
pengetahuan baru dengan masalah, refleksi dan maklum balas. (Siti Faridah & Hartini Jaafar
2018). Dapatan dibuat Janet Jequiline dan Christina Andin (2020) menyatakan penilaian
kendiri dinilai oleh pelajar meliputi idea dan fakta, sumber rujukan maklumat, kerjasama dan
ketepatan masa dalam menyiapkan tugasan kumpulan. Penilaian akhir dilakukan oleh guru
berdasarkan pembentangan pelajar samaada pelajar telah berjaya membuat penyelesaian
masalah dalam aktiviti pembelajaran. Secara keseluruhannya, dapatan perbincangan kajian
menunjukkan pendekatan PBM membentuk kemahiran PTK apabila pelajar memainkan
peranan aktif sebagai ahli kumpulan dalam pengurusan aktiviti pembelajaran masing - masing.
Pendekatan PBM juga menggalakkan setiap kumpulan pelajar melaksanakan strategi
pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran sendiri dalam pencapaian maklumat
dan akhirnya penilaian kendiri dilaksanakan. Peranan ini selaras dengan dapatan model
kemahiran PTK yang diperkenalkan oleh Knowles (1980); Brockett dan Hiemstra (1991) dan
Garrison (1997).

210
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Menerusi pendekatan PBM, guru dapat menggunakan topik permasalahan yang bersesuaian
untuk merangsang pelajar berfikir bagi menyelesaikan masalah pembelajaran. Kajian
(Afdareza, Yuanita dan Maimunah 2020) pula mendapati alat pembelajaran yang dibangunkan
membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik geometri. Perasaan ingin tahu dan
ransangan pemikiran pelajar dibina menggunakan situasi yang berkaitan pelajar sendiri.
(Suhirman, Prayogi & Asy’ari, 2021). Lapuz dan Fulgencio (2020) menyatakan persoalan
sebagai permulaan topik perbincangan dalam kalangan ahli kumpulan. Pelajar berkolaboratif
dalam kumpulan untuk berkongsi idea, mendapatkan maklumat, membincangkan hubungkait
di antara pengetahuan sedia ada dengan masalah pembelajaran (Mohamed Ali et al., 2019) dan
bersama menyelesaikan masalah pembelajaran. (Saputro et al., 2020). Kasmiati, Tahril dan
Vanny (2020) berpendapat bahawa aktiviti berfikir dalam kaedah PBM memberi kesan positif
terhadap kemahiran kognitif pelajar. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah terbukti
dapat meningkatkan kemahiran kognitif pelajar dan kebolehan menyelesaikan aktiviti
berkumpulan. Pendedahan pelajar kepada kaedah PBM perlulah dilaksanakan dengan lebih
kerap dalam bilik darjah

Dapatan ini membuktikan bahawa pembelajaran konstruktivisme wujud dalam pendekatan


pembelajaran masalah (PBM). Kaedah PBM yang merujuk kepada Teori Konstruktivisme
Sosial memberi penekanan kepada hubungan komunikasi sosial di antara guru dan pelajar
dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. PBM berupaya merangsang pelajar untuk mencipta
idea baharu, membuat analisis, dan menilai keputusan dalam menyelesaikan masalah.

Malah PBM turut menyumbang kepada peningkatan terhadap aspek lain seperti peningkatan
prestasi akademik pelajar, peningkatan hasil pembelajaran, motivasi dan peningkatan
kemahiran insaniah pelajar. Prestasi pelajar telah berjaya melangkaui tahap cemerlang melalui
PBM di mana pelajar turut berkeyakinan tinggi menyampaikan pendapat mereka dalam
penyelesaian masalah berdasarkan gambar. (Siti Fatimah Omar Bakri dan Azlinah Dakarlan,
2017). Lian dan Nor Damsyik (2017), menyatakan pendekatan PBM sebagai proses
pembelajaran menyelesaikan masalah yang diberikan berdasarkan rujukan yang pelbagai.
Pembelajaran aktif ini membentuk pemikiran, emosi dan kemahiran pelajar di samping
memberi dorongan kepada mereka untuk mempelajari ilmu baharu.

5.7 Cabaran pelaksanaan PBM


Cabaran pelaksanaan PBM dalam aktiviti pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu kekangan
batasan masa dan masalah sikap pelajar. Masalah kekangan masa yang terhad untuk
melaksanakan PBM dalam bilik darjah. Guru perlu mengejar masa dan menghabiskan
kandungan sukatan pelajaran dalam masa yang singkat. (Janet Jequiline & Chritina Andin
2020). Batasan masa pelaksanaan PBM melibatkan masa yang panjang terutamanya dalam
aspek perancangan dan pelaksanaanya. (Aliyu 2019; dan Dunsmuir et al., 2017). Cabaran
kedua adalah masalah daripada sikap pelajar itu sendiri. Masalah sikap pelajar seperti bersifat
sambil lewa, pasif dalam aktiviti perbincangan kumpulan, dan malas mencari bahan merupakan
kekangan yang dihadapi oleh guru semasa PBM dilaksanakan dalam kelas.(Janet Jequiline &
Chritina Andin 2020). Justeru, pelaksanaan PBM memerlukan perancangan yang menyeluruh
dan teliti serta memerlukan tempoh masa panjang untuk memastikan kelancaran aktiviti
pelaksanaannya dengan berkesan.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pendekatan PBM dalam kalangan pelajar ini perlu dilaksanakan secara
berterusan. Implikasinya dapat dilihat dalam pembentukan belajar kendiri dan peningkatan

211
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

motivasi pelajar. Aktviti PBM melatih para pelajar meneroka masalah berasaskan pengetahuan
sedia ada, dan mengaitkan dalam kehidupan serta amalan harian mereka. Pembangunan
pemikiran kritis pelajar juga dapat diperkembangkan mengikut perkembangan semasa. Ini
dapat membantu pelajar mengenalpasti dan menganalisis penyelesaian tugasan dan menjawab
persoalan berasaskan masalah atau situasi yang diberikan dengan yakin. Penilaian secara
berterusan oleh guru diperlukan untuk memantau tingkah laku pelajar dan berjaya mencapai
objektif pembelajaran. PBM juga berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi dua hala,
pemupukan nilai murni sekaligus mewujudkan keperibadian yang berkualiti dalam kalangan
pelajar. Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kemahiran dalam aspek keperibadian yang
berkualiti tinggi dan aspek kemahiran bekerja dalam pasukan apabila memasuki alam
pekerjaan kelak.

Cadangan bagi kajian seterusnya adalah untuk menilai aspek pengaruh rakan sebaya dalam
perkongsian maklumat dalam kerja berpasukan yang terdiri daripada pelbagai aras kemahiran
pelajar. Kementerian Pendidikan juga menyarankan agar pendekatan PBM dalam aktiviti
pembelajaran di bilik darjah diaplikasikan dalam semua mata pelajaran. Kekerapan
penggunaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar perlu dipertingkatkan agar pelajar
berpeluang untuk membuat keputusan secara praktikal sekaligus membantu meningkatkan
prestasi akademik dan motivasi pelajar.

Penyelidikan ini akan dijadikan usaha untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan prestasi
akademik para pelajar. Guru perlu selalu melakukan aktiviti dalam kumpulan dan
menggalakkan pelajar untuk berbincang dan membuat keputusan sendiri agar mendorong
keyakinan pelajar dalam pengendalian aktiviti di bilik darjah. Kecekapan dan kepandaian
pelajar dalam memikirkan idea secara mendalam harus mula dilaksanakan ketika pelajar mula
memasuki alam persekolahan lagi supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu dan pengalaman
dalam bidang yang diceburi pada masa hadapan. Justeru, pendekatan PBM adalah teknik
pembelajaran berkesan dalam aktiviti pembelajaran.

Rujukan

Abdul Jalil Ali, Abdul Ghani Kanesan Abdullah & Isrihan Mohamed. (2019, Januari). Amalan
Pengupayaan dan Autonomi Guru dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad Ke 21.
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(1), 49-58.
Abdul Kadir et al. (2021). Pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dalam
institusi pendidikan teknikal. International Journal of Education and
Pedagogy3(1),2241.http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap/article/view/12605.
Abdul Kadir et al. (2013). A study of students’ perceptions of the PBL environment and
learning motivation in the effective communication class among undergraduates of
faculty of technology management, business and entrepreneurship, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM). Journal of TechnoSocial5(1).
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/1412.
Abubakar et al. (2015). Self-directed learning and skills of problem-based learning: a
case of Nigerian secondary school’s chemistry students. International
Education Studies 8(12), 70. https://doi.org/10.5539/ies.v8n12p7.
Afdareza, M. Y., Yuanita, P. & Maimunah. (2020). Development of Learning Device
Based on 21st Century Skill with Implementation of Problem Based Learning to
Increase Critical Thinking Skill of Students on Polyhedron for Grade 8th Junior
High School. Journal of Educational Sciences, 2(2), 273-284.

212
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Barrows et al. (1980). Problem-Based Learning - An Approach to Medical Education.


New York: Springer.
Barrows & H. S. (1996). Problem-based learning in medicine and beyond: A brief
overview. New directions for teaching and learning (68), 3-12.
Brownell et al. (2004). Problem-based learning in graduate management education: an
integrative model and interdisciplinary application. Journal of Management
Education 28, 558 - 577.
Duch et al. (2001). The Power of Problem-Based Learning. Virginia: Stylus Publishing.
Farah Adlina Mokter. (2019). Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah terhadap
pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam penulisan karangan bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM) 9 (1), 33-46.
Garnjost P. & Brown S. M. (2018). Undergraduate business students’ perceptions of
learning outcomes in problem based and faculty centered courses. The
International Journal of Management Education 16, 121-130.
https://doi.org/10.1016/j.ijme.2017.12.004.
Garrison & D. R. (1997). Self-Directed Learning: Toward a Comprehensive Model.
Adult Education Quarterly 48(1), 18–33.
https://doi.org/10.1177/074171369704800103.
Haniffa et al. (2019). Problem based learning dalam pengajaran dan pembelajaran
kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara Malaysia. International Journal of
Education 4(32), 351-366.
Hinnasir & R. 2017. Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran
Pengenalpastian Punca Masalah Bagi Pelajar Teknikal. Laporan Projek.
UTHM.
Hmelo-Silver & C. E. (2004). Circolare prtA56_190216_ricevuta_firmata.pdf 16(3),
235–266. https://doi.org/10.1023/B:EDPR.0000034022.16470.f3.
Hmelo-Silver & C. E. (2004). Problem-Based Learning: What and How Do Students
Learn? Educational Psychology Review 16(3), 235–266.
https://doi.org/10.1023/B:EDPR.0000034022.16470.f3.
James et al. (2015). Effective use of real-life events as tools for teaching-learning
clinical pharmacology in a problem-based learning curriculum. Indian Journal of
Pharmacology 47(3), 316. https://doi.org/10.4103/0253-7613.157131.
Kasmiati, Tahril & Tiwow, M. A. V. (2020). Effect of Problem Based Learning Model on
the Chemical Reaction Rate toward Critical Thinking Ability of Students. Jurnal
Akademika Kimia, 9(4), 183-190.
Knowles & M. S. (1980). Self-Directed Learning: A Guide for Learners And Teachers.
Englewood Cliffs, NJ: Cambridge Adult Education.
Lapuz, A. M. E. & Fulgencio, M. N. (2020). Improving the Critical Thinking Skills of
Secondary School Students using Problem-Based Learning. International Journal of
Academic Multidiciplinary Research, 4(1), 1-7.
Lian et al. (2017). Kajian pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM)
untuk kursus litar elektronik dalam kalangan pelajar. E-Proceeding of the 4th
International Seminar: IRSTC 2017, 1-6.
Li et al. (2018). An examination of the roles of the teacher and students during a problem-
based learning intervention: Lessons learned from a study in a Taiwanese
primary mathematics classroom. Interactive Learning Environments 26(1), 106–
117.
Maimunah Nasir, & Hashimah Mohd Yunus. (2017). Peranan Guru Tingkatan Enam
Dalam Membentuk Pelajar Terarah Kendiri Dan Meningkatkan Kemahiran
Abad Ke-21 5(1), 1-6. E-ISSN:2289-3008.

213
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Mohammad Ayub Khan. (2015). Diverse issues facing the business management education:
A conceptual journey. International Journal of Information and Education
Technology 5(4), 287–291. https://doi.org/10.7763/IJIET.2015.V5.518.
Mohd Fakhruddin et al. (2017). Pembelajaran berasaskan masalah: Cabaran pelaksanaannya
dalam pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Jabatan Pendidikan
Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia,
43400, UPM, Serdang, Selangor. International Journal of Education and
Training (InjET) 3(2) November: 1- 6 (2017).
Mohd Fizam bin Hj Zainon et al. (2008). Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBL) kepada Program Pembelajaran di Kolej Komuniti.
Mohammed Tahir Ansari et al. (2015). Problem based learning (pbl): A novel and
effective tool of teaching and learning. Indian Journal of Pharmaceutical
Education and Research 49(4), 258–265. https://doi.org/10.5530/ijper.49.4.3.
Muhammad Izzat bin Mailis, Zuriani Hanim binti Zaini & Nur Hafizaliyana binti Hassan.
(2020). Persepsi pelajar kolej Universiti Islam Melaka terhadap
pelaksanaan pembelajaran secara atas talian dalam era pandemik Covid-19.
Jurnal Kesidang Kesidang Journal Volume 5 2020: 88-99.
Muhamad Suhaimi Taat et al. (2014). Motivasi sebagai ‘mediator’ antara proses pengajaran
dan bimbingan guru dengan pembelajaran terarah kendiri (ptk) pelajar: satu kajian
menggunakan ‘Model SEM/AMOS.’ Sains Humanika, 6.
Norman et al. (2016). Revisiting ‘Effectiveness of problem-based learning curricula:
Theory, practice and paper darts.’ Medical Education 50(8), 793–797.
https://doi.org/10.1111/medu.12800.
Nurmurni Mohamad et al. (2019). Kemahiran belajar melalui pembelajaran berasaskan
masalah di Politeknik Selangor. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences
and Humanities 4(1), 41-53.
Saputra, M. D., Joyoatmojo, S., Wardani, D. K. & Sangka, K. B. (2019). Developing Critical-
Thinking Skilss through the Collaboration of Jigsaw Model with Problem-Based
Learning Model. International Journal of Instruction, 12(1), 10771094.
Saputro, A. D., Atun, S., Wilujeng, I., Ariyanto, A. & Arifin, S. (2020). Enhancing Pre- Service
Elementary Teachers' Self-Efficacy and Critical Thinking using Problem-Based
Learning. European Journal of Educational Research, 9(2), 765-773.
Shafii et al. (2018). Kesan pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah terhadap
pemikiran kritis pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran Prinsip
Perakaunan. Management Research Journal 7, 175-187.
Silva et al. (2018). Problem based learning. Revista de Gestão 25(2), 160–177.
https://doi.org/10.1108/REGE-03-2018- 030.
Siti Azian Azrol Nasoha Bujang. (2013). Pembinaan modul pembelajaran berasaskan masalah
(PBM BIO-Score) dan kesannya terhadap pencapaian dan pemikiran kritis pelajar.
(Tesis Sarjana). Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Siti Faridah binti Shafii & Hartini Jaafar. (2018). Kesan Pelaksanaan Pembelajaran
Berasaskan Masalah Terhadap Pemikiran Kritis Pelajar Tingkatan Empat Dalam
Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan. Management Research Journal. Vol. 8, No.
1 (2018), 175 -187.
Siti Fatimah Omar Bakri & Azlinah Dakarlan. (2017). Pembelajaran berasaskan masalah.
Proceedings of International Conference on the Scholarship of Teaching and
Learning (ICSoTL 2017) UUM, 116-119.
Suhirman, Prayogi, S. & Asy’ari, M. (2021). Problem-Based Learning with Character-
Emphasis and Naturalist Intelligence: Examining Students Critical Thinking and
Curiosity. International Journal of Instruction, 14(2), 217-232.

214
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 204-215, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Suryanti, N. & Nurhuda. (2021). The Effect of Problem-Based Learning with an Analytical
Rubric on the Development of Students' Critical Thinking Skills. International
Journal of Education, 14(2), 665-684.
Tan & O. S. (2004). Enhancing thinking through problem-based learning approaches:
International perspectives. Singapore: Cengage Learning Asia.
Tan & Oon Seng. (2003). Problem-Based Learning Innovation: Using Problems to
Power Learning in the 21st Century. Singapore: Thomson Learning.
Tan Yin Peen, & Mohammad Yusof Arshad. (2014). Teacher and Student Questions: A
Case Study in Malaysian Secondary School Problem-Based Learning. Asian Social
Science 10(4).
Tinjol, J., & Andin, C. (2020). Peranan aktif pelajar pengajian perniagaan dalam membentuk
kemahiran pembelajaran terarah kendiri melalui pembelajaran berasaskan
masalah. International Journal of Education and Pedagogy 2(1), 22-
42. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap/article/view/8426.

215
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai