Anda di halaman 1dari 4

DISEDIAKAN OLEH: MUHD AMIR MOHD FARID SITI AMINAH CEK YAM AMINATUL FARHAH PRA UNIVERSITI SMK

LABU BESAR ,KULIM KEDAH -6R2-

TAJUK SOALAN KUMPULAN 5 Pada masa ini, dinegara kita jumlah siswazah yang menggangur semakin bertambah dan kini jumlahnya mencecah angka puluhan ribu orang. Hal ini kalau dibiarkan akan menimbulkan kesan negatif bukan sahaja kepada siswazah bekenaan, tetapi juga pada negara kita ,pada pendapat anda APAKAH PUNCA yang menyebabkan peningkatan tersebut.

Dalam mendepani era globalisasi yang serba moden dan canggih, masyarakat perlu merpersiapkan diri dengan tahap pengetahuan yang lebih tinggi agar selari dengan kemodenan yang bakal dikecapi menjelang wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, kemunculan Institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan pesat ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan adalah tidak menghairankan kerana tuntutan dunia pekerjaan yang memerlukan skil kemahiran dan tahap pendidikan yang tinggi selain dari pengalaman kerja. Oleh itu, pelbagai jenis kursus yang ditawarkan oleh institut-institut tersebut sama ada dari segi pendidikan tinggi mahupun kemahiran teknikal. Walaupun begitu, tidak semua kursus-kursus yang ditawarkan menepati piawaian yang ditetapkan oleh sektor swasta di Negara ini. Maka, wujudlah lambakan siswazah yang tidak mendapat pekerjaan yang kini mencapai angka yang sangat membimbangkan iaitu mengjangkau puluhan ribu orang. Persoalannya , apakah punca-punca yang menyumbang kepada kepincangan ini ? Pada pendapat saya punca utama mengenai jumlah peningkatan kadar siswazah yang menganggur adalah disebabkan oleh sikap siswazah itu sendiri. Siswazah kini terlalu gemar memilih pekerjaan tanpa memandang ke arah dasar ekonomi Negara. Kebanyakkan mereka lebih gemar menilai diri sendiri melebihi realiti kehidupan dunia. Sebagai contoh, sekiranya pada peringkat universiti mereka mengambil kursus kesetiausahaan maka pekerjaan yang selayaknya bagi mereka adalah setiausaha di sesebuah syarikat yang besar dengan pulangan gaji yang lumayan dan mereka akan terus menolak sekiranya di tawarkan dengan pekerjaan sebagai kerani biasa. Dalam erti kata lain, mereka tidak mahu atau malu untuk memulakan sesuatu pekerjaan dari peringkat bawah sebaliknya ingin terus menikmati kejayaan. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan siswazah itu sukar memiliki sebarang pengalaman kerja sedangkan pengalaman kerja juga merupakan satu kriteria yang amat penting dalam pemilihan seseorang sebagai pekerja. Pemilihan pekerja terutama dalam sektor swasta lebih mengutamakan calon yang memiliki pengalaman bekerja berbanding graduan berkelulusan tinggi tetapi hanya berpengalaman dari segi teori. Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah juga merupakan punca masalah ini. Realiti dunia kini amat mementingkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam era globalisasi, liberalisasi dagang dan asakan teknologi maklumat (ICT). Oleh hal yang demikian , pemilihan pekerja dalam kalangan siswazah akan lebih di utamakan kepada siswazah yang mempunyai keyakinan diri, berpandangan jauh dan petah bercakap atau berkomunikasi terutamanya dalam bahasa inggeris. Hal ini adalah kerana kebanyakan syarikat kini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Memetik kata-kata Datuk Maznah Hamid, jika

dari segi akademik, individu itu hebat, namun lemah dari aspek komunikasi , itu tetap tidak akan membantu kejayaan sesorang individu tersebut. Namun begitu, pihak majikan juga adalah salah satu pihak yang juga sewajarnya bertanggungjawab dalam hal ini. Seringkali majikan terutamanya majikan Melayu menunjukkan sikap negetif terhadap graduan bumiputera sebelum membuat penilaian. Mereka berpendapat graduan bumiputera kurang berdaya saing. Hal ini adalah disebabkan oleh keputusan dalam transkip graduan bumiputera yang hanya mencatatkan tahap memuaskan berbanding dengan keputusan siswazah bukan bumiputera.Oleh itu, graduan baru amat sukar untuk diberi peluang bagi mencuba kerana sesetengah majikan berpendapat mereka tidak mahu menanggung sebarang kerugian yang disebabkan oleh kekurangan pengalaman pekerja. Keadaan ini menyebabkan ramai siswazah bumiputera menganggur dan sukar bersaing untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Intutusi pendidikan dan juga pihak kerajaan juga turut terlibat dalam hal ini. Sebagai bukti, Sestengah intitusi pendidikan menawarkan kursus-kursus yang tidak diiktirafkan oleh kerajaan dan lambakan institusi pengajian terutamanya intitusi pngajian swasta hanya bermain dengan kata-kata apabila menawarkan jurusan yang tidak mendapat pengiktirafan dan memenuhi perspesifikasi perkerjaan yang ditetapkan. Terdapat juga institusi pendidikan yang hanya mementingkan teori dalam sesuatu kursus dan mengabaikan latihan industri. Hal ini akan menyebabkan siswazah tidak mendapat pendedahan awal berkaitan dengan prospek pekerjaan dan tidak dapat memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh dunia luar. Pihak kerajaan pula lebih mementingkan dalam melahirkan kuantiti siswazah yang banyak berbanding kualiti siswazah. Kesimpulannya, semua pihak sewajarnya sentiasa bertanggungjawab dalam masalah ini. Para graduan terutamanya tidak sewajarnya hanya memikirkan faktor gaji dalam pemilihan sesuatu kerja demi menjamin kepentingan mereka pada masa hadapan. Pihak majikan pula, perlulah sentiasa memberikan peluang terutamanya bagi graduan bumiputera untuk mencuba nasib dalam pemilihan kerja agar pengangguran siswazah dapat dikurangkan dan para graduan bumiputera akan dapat bersaing setaraf dengan graduan bukan bumiputera di persada dunia. Seterusnya pihak Istitusi Pengajian Tinggi pula perlulah sentiasa mengimbangi pembelajaran siswazah di peringkat universiti dengan mengaktifkan pembelajaran latihan industri setaraf dengan pembelajaran teori agar pendedahan awal dalam bidang pekerjaan masing-masing akan dapat diperkenalkan lebih awal kepada siswazah. DISEDIAKAN OLEH: MUHD AMIR MOHD FARID SITI AMINAH SITI MARYAM AMINATUL FARHAH

Anda mungkin juga menyukai