Anda di halaman 1dari 1
Cer alare | > Mengapa Jahan, Membenci “Aku membenci perceraian, “demikianlah firman Tuhan, Allah Israel, “juga orang yang menjadikan tindakan ganas sebagai pakaiannya,’ demikianlah firman Tuhan alam semesta. “Oleh sebab itu jagalah hatimu dan jangan berkhianat.” -Maleakhi 2:6. U ntuk melindungi hubungan-Nya dengan umat-Nya, Tuhan memerintahkan mereka untuk tidak berkahwin campur dengan bangsa-bangsa di sekeliling mereka yang menyembah allah lain. Tetapi amalan terlarang ini menjadi sangat berleluasa sehingga nabi Maleakhi boleh mengatakan secara sah bahawa seluruh bangsa Yehuda telah mencemari institusi Tuhan. Hubungan perjanjian Tuhan dengan umat-Nya telah dinodai oleh para lelaki bangsa itu dengan memperlakukan perkahwinan mereka secara sangat lewa dan dengan mengahwini para wanita yang menyembah allah asing. Lebih memburukkan keadaan, para lelaki Israel menceraikan isteri mereka supaya mereka boleh menyertai dalam perkahwinan campur ini, Pengabaian terang-terangan akan perkahwinan ini mendorong Tuhan untuk berkata bahawa Dia membenci perceraian, kerana ia melanggar ideal-Nya. Kita mungkin tergoda untuk berfikir bahawa apa yang berlaku di rumah kita tidak mempunyai kesan pada kehidupan yang lain, tetapi kehidupan keluarga mempengaruhi setiap bahagian yang lain dari hidup kita. Di Amerika separuh daripada anak-anak yang dilahirkan tahun ini bagi bu bapa yang dalam status berkahwin akan melihat ibu bapa mereka bercerai sebelum mereka mencapai lapan belas tahun. Kesan fizikal, emosi, pendidikan, rohani dan kewangan yang memusnahkan akibat perceraian ke atas anak-anak akan berkekalan sehingga mereka dewasa dan mempengaruhi generasi masa depan. Malahan perceraian yang baik dan bersifat bersahabat pun meruntuhkan unit asas masyarakat. Jika kamu sedang berada dalam hubungan yang suka bertengkar, kamu mungkin merasakan bahawa satu-satunya jalan keluar ialah perceraian. Berikut ialah sesuatu untuk dipertimbangkan. “Ahli sosiologi University of Chicago Dr Linda Waite berkata, ‘Bagi kebanyakan orang, tidak bahagia dalam perkahwinan bukan sesuatu yang kekal’ ” Penemuan terkini menunjukkan bahawa dua pertiga daripada semua perkahwinan yang tidak bahagia diperbaiki dalam masa lima tahun. Apabila para pasangan yang tidak bahagia ditinjau lima tahun kemudian, mereka yang kekal dalam perkahwinan adalah lebih berkemungkinan mengatakan bahawa mereka bahagia daripada mereka yang telah bercerai. Tuhan membenci perceraian kerana apa yang perceraian lakukan ke atas anak- anak-Nya dan apa yang perceraian lakukan kepada hubungan mereka dengan Dia. Jangan berputus asa dengan perkahwinanmu; perjuangkan ia seolah-olah hidup dan keselamatanmu bergantung padanya. Bapa, tolong bantu para pasangan yang sedang berada di tengah-tengah keputusan yang sukar unttk berpisah dan bercerai. Berikan mereka hikmat dan kasih kurnia-Mu. Sembuhkan rumahtangga mereka dan bantu mereka untuk memperbaiki hubungan mereka. Untuk kehormatan dan kemuliaan-Mu.

Anda mungkin juga menyukai