Anda di halaman 1dari 5

SCE3103 MENEROKA BAHAN

PRAKTIKAL 6: SABUN DAN DETERGEN

Tujuan: Untuk Menyediakan Sabun Menggunakan Proses Saponifikasi.

Bahan-bahan dan Alat Radas :

Minyak masak, larutan natrium hidroksida , serbuk natrium klorida, kertas turas, bikar, silinder penyukat, sudu, rod kaca , corong turas, kasa dawai, tungku kaki tiga, Penunu bunsen, tabung uji.
Teori

Dalam bidang kimia, sabun adalah garam asid lemak. Sabun terutamanya digunakan sebagai surfaktan untuk mencuci, mandi, dan pembersihan. Dan sabun juga digunakan dalam pemisahan tekstil dan merupakan komponen penting pelincir. Sabun untuk pembersihan diperolehi dengan merawat minyak dan lemak sayur-sayuran atau haiwan dengan larutan alkali yang kuat. Lemak dan minyak adalah terdiri daripada trigliserida: tiga molekul asid lemak yang dilampirkan kepada molekul tunggal gliserol. Larutan alkali, yang sering disebut lye, membawa kepada tindak balas kimia yang dikenali sebagai saponifikasi. Dalam saponifikasi , lemak mula-mula dihidrolisis kepada asid lemak bebas, yang kemudian bergabung dengan alkali membentuk sabun mentah. Gliserol, sering disebut gliserin, dibebaskan dan sama ada ditinggalkan di dalam atau dibasuh dan dirawat sebagai produk yang berguna mengikut proses yang tersendiri. Sabun adalah komponen utama bagi kebanyakan gris pelincir, yang biasanya merupakan emulsi sabun kalsium atau sabun litium dan minyak mineral. Kalsium dan litium-berasaskan gris ini digunakan secara meluas. Banyak sabun logam lain juga berguna, termasuklah yang aluminium, natrium, dan campuran kedua-duanya. Sabun juga digunakan sebagai penebal untuk meningkatkan kelikatan minyak. Pada masa dahulu, gris pelincir telah dibuat dengan menambahan kapur kepada minyak zaitun. Apabila digunakan untuk membersih, sabun berfungsi sebagai surfactant bersamasama dengan air. Tindakan pembersihan campuran ini adalah disebabkan oleh tindakan micelles, sfera kecil yang disalut di luar dengan kumpulan kutub hydrofilik (suka air), menutupi poket lipophilic (suka lemak) yang boleh mengelilingi zarah gris, menyebabkan mereka terasing dalam air . Bahagian lipophilic dibuat rantai hidrokarbon panjang daripada asid lemak. Dalam erti kata lain, sedangkan biasanya minyak dan air tidak bercampur, tetapi dengan penambahan sabun membolehkan minyak untuk bersurai di dalam air dan

dibilas. Detergen sintetik beroperasi dengan menggunakan mekanisme yang sama seperti sabun. Jenis logam alkali yang digunakan menentukan jenis sabun yang dihasilkan. Sabun natrium, disediakan daripada natrium hidroksida adalah firm, manakala sabun kalium, yang berasal dari kalium hidroksida adalah lembut atau sering cecair. Dari segi sejarah, kalium hidroksida diekstrak dari abu belukar atau tumbuh -tumbuhan lain. Sabun litium juga cenderung menjadi keras - ini digunakan secara eksklusif dalam gris.
Wikipedia. (t.t). Didapatkan Ogos 8, 2011, daripada Soap: http://en.wikipedia.org/wiki/Soap

Langkah-langkah:

1. Sebanyak 10 cm3 minyak kelapa sawit dituang ke dalam bikar. 2. Sebanyak 50 cm3 5 mol dm-3 larutan natrium hidroksida ditambah kepada minyak kelapa sawit. 3. Campuran bahan dipanaskan sehingga mendidih. 4. Campuran bahan dikacau dengan rod kaca. 5. Campuran bahan dibiarkan mendidih untuk masa selama 10 minit. 6. Bikar dialihkan daripada sumber api. 50 cm 3 air suling dan tiga sudu natrium klorida ditambah kepada campuran bahan. 7. Campuran dibiarkan mendidih untuk lagi 5 minit. 8. Campuran bahan dibiarkan untuk menyejuk. 9. Sabun dituras. Sabun dibasuh dengan sedikit air suling. 10. Sabun ditekan ketika berada antara kertas turas untuk mengeringkannya. 11. Sabun dirasa dengan jari. Sabun dirasa dengan jari. Sedikit sabun diletakkan kedalam tabung uji. Goncangkan larutan itu. 12. Pemerhatian direkodkan.

Keputusan

Sabun terasa licin apabila disentuh dan menghasilkan buih apabila digoncang

Soalan:

1. Terangkan sifta-sifat sabun yang dihasilkan. Terasa licin apabila kita menyentuhnya dan kelihatan berbuih apabila digoncang dalam tabung uji.

2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini? Natrium klorida berfungsi untuk bertindak balas dengan s abun dan menghasilkan mendapan.

3. Tuliskan satu persamaan perkataan untuk proses saponifikasi yang dalam eksperimen ini. Trigeliserid + natrium hidroksida sabun + gliserin.

terlibat

4. Predict your observation if tap water is replaced by distilled water in procedure 11. Explain your answer. Skum yang terhasil akan berkurangan kerana air suling adalah tulen dan tiada bendasing yang akan mempengaruhi sabun.

5. Can soap be produced by hydrolyzing fats or oils under acidic conditions? Explain your answer. Tidak boleh. Kerana sabun terhasil dalam keadaan beralkali. Justeru, apabila adanya medium berasid, tidak akan wujud keadaan beralkali dan tidak dapat menghasilkan sabun.

6. Name two different techniques used in making soap. Teknik sejuk dan teknik panas

7. What are the disadvantages of commercial soap?


y y y

Mempunyai lebih NaOH akan menyebabkan fabrik tidak tahan lama. Kebanyakan sabun komersil tiada gliserin yang akan menyebabkan kulit menjadi kering. Sabun yang mempunyai antiseptik akan turut membunuh bakteria berguna untuk manusia selain bakteria jahat .

8. What are the materials used in the industry to manufacture detergent? 3 bahan utama; pelembut air, enzim dan peluntur. Pewangi juga ditambah mengharumkan detergen.

Perbincangan

1. Natrium Hidroksid adalah bahan kimia utama dalam penyediaan lye untuk membuat sabun. Lye akan bertimdak dengan minyak bagi membentuk bubur sabun. Tindakbalas ini dikenali sebagai proses saponifikasi 2. Lye dibuat dengan mencampurkan Natrium Hidroksid kepada air suli ng.

3. Sabun tidak dapat digunakan untuk mencuci (mengandungi ion magnesium atau ion kalsium) 2 CH3(CH2)14COO + Ca2+

dalam air liat atau air laut

[ CH3(CH2)14COO-]2 Ca

Kesimpulan

Proses saponifikasi iaitu proses hidrolisis natrium hidroksid dengan triglyseride akan menghasilkan sabun.

Bibliografi
Wikipedia. (t.t). Didapatkan Ogos 8, 2011, daripada Soap: http://en.wikipedia.org/wiki/Soap Wikipedia. (t.t). Didapatkan Ogos 8, 2011, daripada Sabun: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabun

Anda mungkin juga menyukai