Anda di halaman 1dari 3

Penilaian Kendiri

Nama: Syamirah Naqqiah binti A. Razak No. I/C: 900918-11-5666 Unit: PISMP PK4 Januari 2010

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dengan rahmat -Nya saya telah berjaya menjalani Program Bina Insan Guru (BIG) bagi Perkhemahan Fasa ll yang telah dijalankan di Kem Sebaling Sebatu, M elaka pada 12 Julai 2011. Program ini telah banyak meninggalkan manfaat ke atas diri saya dan meninggalkan seribu kenangan dan pengalaman . Segala manfaat yang saya peroleh semasa BIG akan saya pergunakan sebaiknya dalam menjalani kehidupan saya sebagai manusia biasa dan juga apabila saya bergelar seorang guru kelak . Perkhemahan yang melibatkan program anak angkat bersama warga Kampung Sebaling ini telah membuka ruang kepada saya untuk mengenali kehidupan dikampung di samping mempelajari cara berkomunikasi yang betul di mana saya mempelajari untuk menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut situasi lebih-lebih lagi untuk berkomunikasi dengan warga tua . Ketika program itu, keluarga angkat saya ialah Pn. Hjh Zaidah binti Dorani atau lebih dikenali dengan nama Nek Non. Sepanjang bersama Nek Non, saya sentiasa menjaga percakapan agar tidak terkasar bahasa mahupun terguris hatinya. Di samping itu, ketika

bersama Nek Non, saya dan rakan telah dibawa berjalan -jalan di kawasan kampung dan di situ saya telah berjumpa dengan ramai orang dan sedaya upaya saya cuba berkomunikasi dengan baik bersama mereka. Penerimaan mereka secara tidak langsung telah meningkatkan keyakinan dalam diri saya . Kemahiran berkomunikasi amat perlu dititikberatkan oleh seorang bakal guru seperti saya di mana di sekolah kelak saya akan berjumpa dengan ramai orang dari pelbagai usia. Malahan, apabila kita dapat berkomunikasi dengan baik, ia juga akan menjaga imej kerjaya sebagai seorang guru kerana ia akan menunjukkan imej peribadi seseorang dan akan dinilai setiap masa.

Program LDK iaitu membuat refleksi telah menambahkan keyakinan dalam diri saya untuk tampil dihadapan. Sebelum ini, saya sentiasa gementar untuk ke hadapan dan sentiasa tidak me ngambil peluang untuk bercakap dihadapan. Namun, ketika sesi membacakan refleksi saya mengambil peluang untuk mewakili ahli kumpulan dan saya berasa yakin untuk tampil ke hadapan lebih-lebih lagi setelah mendapat sokongan dari rakan -rakan. Hal ini dapat membantu saya untuk nampak lebih yakin untuk mengajar murid di sekolah nanti. Di samping itu, melalui program ini saya mulai bijak menyesuaikan diri dengan situasi baru. Walaupun pada awalnya saya berasa kaku apabila bersama Nek Non kerana tidak tahu bagaim ana untuk memulakan perbualan dan belum mengenali Nek Non, namun saya cuba memberanikan diri untuk lebih mengenali Nek Non hanya dalam masa tidak sampai satu hari yang pada akhirnya saya dapat beramah mesra dengan Nek Non. Untuk sesuaikan diri di tempat orang tidak semudah yang disangka namun apa yang saya sedari melalui prorgam ini ialah apabila kita berada di tempat orang , kita sendiri harus berani mengenali keadaan setempat yang telah kita masuk bak kata pepatah masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. Hal ini dapat membantu saya menyediakan diri sekiranya diletakkan di kawasan pedalaman yang mana saya tidak pernah pergi sebelum ini. Sekurang -kurangnya program ini telah mengajar saya bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Kehidupan Nek Non yang mementingkan agama dan pendidikaan sedikit sebanyak telah menyentuh hati saya di mana di dalam hidup ini perlu adanya pegangan agama yang kuat untuk mendapatkan kebahagiaan dan kerahmatan dariNya. Di samping itu, cara Nek Non mendidik anak-anaknya telah menyedarkan saya betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak. Hal ini telah membantu saya menilai kembali kelemahan yang ada dalam diri saya yang perlu diperbaiki. Sebagai seorang guru iaitu merupakan modal insan, pegangan agama dalam diri sangat penting kerana kita akan mendidik anak murid kelak bagi melahirkan murid yang berahklak mulia, berketerampilan dan berja ya dalam kehidupan. Namun begitu, saya akui terdapat kelemahan dalam diri saya di mana saya sukar untuk memahami atau mentafsir isi hati seorang warga tua sepeti Nek Non. Ini

dapat dilihat ketika saya berada di rumah Nek Non iaitu saya menanyakannya ada apa-apa yang perlu dibantu namun beliau hanya menyuruh saya berehat. Oleh kerana hormat dan perasaan kasih terhadap Nek Non saya dan rakan -rakan pergi ke dapur dan kami membnatu membersihkan rumah. Kami juga bersama -sama membantu Nek Non memasak. Oleh itu, pada masa akan datang saya akan lebih peka terhadap orang disekeliling. Ianya penting sebagai seorang guru di mana kita akan berhadapan dengan murid dan jika kita t idak dapat mentafsir apa yang terdapat di fikiran murid kita, bagaimana kita hendak memahami diri mereka. Kesimpulannya, begitu banyak iktibar serta faedah yang telah saya peroleh sepanjang program tersebut. Segala apa yang diperoleh saya dapat jadikan sebagai panduan sebagai persediaan untuk memulakan alam pekerjaan sebagai seorang guru kelak. Program ini sangat bermakna buat saya lebih-lebih lagi ia membantu dalam merapatkan lagi hubungan kekeluargaan sesama masyarakat. Oleh itu, program seperti ini perlu diteruskan dan dikekalkan agar dapat membuka minda guru pelatih dan dapat melahirkan guru pelatih yang berwibawa.