Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan Sosiologi Sosiologi ialah kajian mengenai segala aspek yang berhubung dengan masyarakat dan tingkahlaku sosial

manusia yang mengandungi ilmu tentang sifat, perilaku, dan

perkembangan masyarakat. Ia bertujuan untuk menyelidik struktur asas masyarakat, faktor-faktor menyatu,melemah dan mengubah kehidupan masyarakat. Mohd. Salleh Lebar (1998) telah menyatakan bahawa umumnya sosiologi bermaksud bidang yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku dan pergaulan masyarakat dan hubungan antara manusia. Perhubungan ini termasuklah dari segi budaya, populasi dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk memahami dan meramal perubahan dalam masyarakat. Menurut Vander Zanden (1996) telah menyatakan sosiologi sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi. Giddens(1993) pula menyatakan bahawa sosiologi adalah kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dalam masyarakat. Pengaruh-pengaruh sosial akan mencorakkan kehidupan manusia. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, sosiologi adalah bidang yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia, termasuk dari segi budaya. populasi,politik dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk memahami dan meramal perubahan masyarakat.

Konsep Asas Sosiologi Terdapat empat jenis konsep asas sosiologi masyarakat iaitu dari segi interaksi antara manusia, sosiolisasi, status dan kelas sosial. Ibnu Khaldun telah menyatakan bahawa masyarakat adalah sebagai suatu organisasi yang bersifat hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun.

Tingkahlaku muzikal Ada dua faktor yang mempengaruhi segala tingkahlaku manusia iaitu terjadi akibat sifat semulajadi manusia (genetik) atau terjadi akibat dari asimilasi dan interaksi seseorang dengan persekitaran. Terdapat golongan yang menyokong faktor sifat semulajadi mengatakan bahawa potensi seseorang individu ditentukan oleh faktor-faktor genetik sahaja. Sifat ini diwarisi dari ibu-bapa dan nenek moyang secara semulajadi. Sifat ini telah dikaitkan dengan aspek-aspek biologi manusia seperti personaliti dan potensi yang sedia ada untuk menentukan segala tingkahlaku seseorang.

Berikut adalah contoh-contoh semulajadi asimilasi dengan persekitaran (Nature Vs Nature)

a)

Keluarga J.S Bach

Ada golongan yang mempercayai bahawa faktor genetik yang telah menghasilkan banyak pemuzik dari keluarga Bach.

b)

Terdapat golongan yang menegaskan bahawa mana-mana individu boleh dilatih untuk melakukan apa saja jika dibesarkan dalam suasana dan persekitaran yang tertentu.

Kembar Seiras

Satu kajian telah dijalankan dimana anak kembar seiras yang dibesarkan dalam keadaan yang berbeza telah menunjukkan persamaan tingkahlaku dan personaliti yang begitu ketara. Kajian ini membuktikan bahawa tingkahlaku seseorang adalah diwarisi melalui ibubapa melalui faktor genetik.

Berikut adalah contoh-contoh semulajadi asimilasi Meng zhi (Tokoh Falsafah China) Ibu Meng Zhi telah berpindah sebanyak 3 kali kerana mencari satu persekitaran yang sesuai supaya anaknya Meng Zhi dapat dibesarkan dalam keadaan yang sempurna. Perpindahan kali pertama y Jirannya bekerja sebagai pengurus untuk segala majlis kematian di kampung mereka. Jirannya telah mempengaruhi Meng Zhi supaya mengikut gerak-geri ahli-ahli keluarga simati semasa majlis sembahyang dijalankan (contohnya bagaimana mereka menangis, semasa menjalankan upacara sembahyang dan pengkebumian dan sebagainya) Meng Zhi telah melakukan segala upacara ini di rumah.

Ibu Meng Zhi merasakan keadaan ini adalah kurang sihat dan dia telah mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat baru.

Perpindahan kali kedua y Ibunya telah berpindah ke tempat yang berhampiran dengan pasar. Disini Meng Zhi telah mempelajari cara-cara berurus niaga, tawar-menawar harga serta kelakuan dan pertuturan yang kasar penjual-penjual di pasar, oleh sebab itu ibu Meng Zhi berpindah lagi.

Perpindahan kali ketiga y y Ibunya telah berpindah ke tempat yang berhampiran dengan sekolah Pada waktu lapang Meng Zhi selalu mengintai keadaan murid-murid belajar didalam bilik darjah.

y y

Apabila pulang ke rumah, Meng Zhi meniru murid-murid belajar dan menulis. Ibu Meng Zhi menyedari bahawa anaknya suka belajar dan beliau telah menghantar Meng Zhi ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna. Mereka telah menetap disitu.

y y

Akhirnya Meng Zhi telah menjadi tokoh falsafah. Cerita ini menunjukkan pengaruh persekitaran sangat penting dalam

pembentukan seseorang.

Permasyarakatan

merupakan

satu

proses

apabila

seseorang

individu

dapat

memperoleh beraneka jenis tingkahlaku yang perlu untuk berfungsi dalam sesuatu masyarakat. Muzik merupakan satu jenis tingkahlaku manusia yang boleh dipelajari dan satu aktiviti sosial yang membolehkan sekumpulan manusia memahami serta bersetuju dengan cara- cara bunyi muzik patut digabungkan.

Faktor-faktor sosiologi yang mempengaruhi tingkahlaku muzikal Peranan muzik dalam sesebuah masyarakat amat banyak dan beraneka rupa dan banyak bergantung pada nilai-nilai dan cara berfikir sesebuah masyarakat itu.Allan Merriam iaitu seorang pakar antropologi yang amat terkenal telah menyenaraikan 10 fungsi am muzik dalam sesebuah masyarakat seperti yang berikut: 1. Muzik dapat memberi satu lagi saluran kepada manusia untuk meluahkan apa yang terkandung di dalam emosi dan perasaannya. 2. Muzik dapat memberikan keseronokkan dan pengalaman estetika kepada manusia supaya meningkatkan lagi kualiti hidupnya. 3. Muzik merupakan sesuatu yang dapat menghiburkan hati dan ini merupakan satu lagi fungsi muzik yang paling diutamakan dalam hamper semua masyarakat sepanjang zaman di seluruh dunia. 4. Muzik juga dapat menjadi saluran komunikasi bagi emosi manusia tetapi caranya berlainan daripada komunikasi melalui bahasa. 5. Selain daripada itu, muzik juga dapat dijadikan sesuatu yang simbolik berkenaan pengalaman dan kehidupan manusia melalui senikata lagu atau cara bunyi-bunyi digabungkan secara tersendiri budaya berkenaan. 6. Muzik sentiasa digunakan untuk mengiringi beraneka jenis aktiviti fizikal atau gerak balas psikomotor manusia seperti menari, bersenam atau bekerja. 7. Muzik juga dapat digunakan untuk menyedarkan anggota masyarakat tentang nilai-nilai dan norma-norma dalam masyarakat. 8. Muzik juga digunakan sebagai satu agen utama untuk memberi pengiktirafan kepada intitusi-institusi tertentu dalam masyarakat dan upacara-upacara rasmi termasuk yang berbentuk keagamaan. dan bermakna dalam konteks

9. Muzik dapat menstabilkan kebudayaan sesuatu bangsa serta mewariskan kebudayaan kerana muzik dapat mencerminkan segala aspek pencapaian sesuatu bangsa.

10. Muzik juga dapat menyatupadukan serta membangkitkan semangat di kalangan masyarakat melalui lagu kebangsaan atau patriotic. lagu sekolah, lagu pengakap dan sebagainya.

Jadual 1 : Hasil Penyelidikan Heymans daan Wiersn Wiersma (Saintis Be Belanda) PERKARA KANAK-KANAK BERBAKAT MUZIK KANAK-KANAK TIDAKBERBAKAT MUZIK 1. Ibubapa mempunyai pendengaran muzikal yang baik. 2. Salah seorang ibubapa mempunyai pendengaran muzikal yang baik. 3. kedua-dua ibubapa tanpa 29.7% 62.5% 59.4% 35.9% 84% 10.4%

pendengaran muzikal yang baik.

Jadual 2 Hasil penyelidikan Haecher dan Ziehan (Saintis Jerman) Hubungkait antara ibubapa yang berbakat muzik dengan kanak-kanak yang berbakat muzik, PERKARA KANAK-KANAK BERBAKAT MUZIK 1. Kedua-dua ibubapa berbakat muzik 2. Salah seorang sahaja ibubapa berbakat muzik 3. Kedua-dua ibubapa tanpa bakat muzik y Jadual 1 menunjukkan hasil penyelidikan Heymans bakatpendengaran muzikal 8 85% 60% 25% dan Wiersma atas

Ulasan Jadual 2 y Jadual 2 menunjukkan kajian Haecher dan Ziehen, juga mengatakan bakat muzikal seseorang kanak-kanak itu adalah warisan dari ibubapa.

Rumusan Hasil kajian

Hasil kajian kedua-dua jadual diatas jelas menunjukkan bahawa bakat ibubapa berkait rapat dengan bakat anak-anak mereka.

Sejak kebelakangan ini Kirkpatrick (1962) dan Reynolds (1960) mengatakan kepentingan faktor-faktor persekitaran telah mempengaruhi tingkahlaku muzikal.

Kajian beliau menunjukkan bahawa bila kanak-kanak menyanyi,terdapat perhubungan antara tingkahlaku mereka dengan kedudukan sosioekonomi keluarga mereka.

Kajian Reynolds pula menunjukkan bahawa keinsafan muzikal kanak-kanak berkait secara langsung dengan faktor-faktor persekitaran.

Rujukan

Johami Abdullah.(1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(2003).

Buku

Sumber

Pendidikan

Muzik.

Kuala Lumpur.