Anda di halaman 1dari 10

BAB 1 : PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER PERATURAN-PERATURAN MAKMAL KOMPUTER Jaga ketenteraman makmal.

Jangan membuat bising dan ganggu kawan. Jangan berjalan ke komputer lain tanpa kebenaran guru terlebih dahulu. Jaga kebersihan makmal sebelum meninggalkannya. Jangan bawa keluar apa-apa kepunyaan makmal tanpa arahan/kebenaran daripada guru. 5. Pastikan makmal tidak ditinggalkan kosong tanpa berkunci. 6. Bagi pengguna yang terakhir pastikan semua suis, lampu, dan alat penghawa dingin dipadam. PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) Pengguna hendaklah menggunakan komputer mikro dengan cara yang betul; Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa "scan" disket yang digunakan; Pengguna tidak dibenarkan memformat cakera padat; Pengguna tidak boleh memasukkan sebarang perisian ke dalam cakera padat; Pengguna tidak dibenarkan menyimpan fail/data ke dalam cakera padat melainkan dengan kebenaran; Pengguna dikehendaki menggunakan disket untuk menyimpan fail masing-masing; Disket-disket yang digunakan hendaklah dilebelkan mengikut peringkat keselamatan dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya; Disket-disket yang mengandungi maklumat/data penting hendaklah dibuat salinan dan disimpan di tempat berasingan; Pengguna boleh membuat rujukan mengenai perisian/peralatan melalui manual-manual yang disediakan Apabila mencetak, gunakan kertas pencetak tanpa pembaziran. 1. 2. 3. 4.

PENJAGAAN PERKAKASAN KOMPUTER 1. Sistem komputer menggunakan kuasa elektrik. Oleh itu, jagaannya sama seperti barangan elektrik yang lain. 2. Ia harus dielakkan daripada terkena air. 3. Jaga supaya komputer tidak terjatuh atau dihempaskan. 4. Musuh utama komputer adalah debu. Pastikan keadaan sekeliling bersih. 5. Semasa lampu pemacu cakera(disk-drive)semasa menyala, jangan masuk atau keluarkan cakera liut(disket). Ini akan merosakkan pemacu ataupun kandungan cakera liut. 6. Pastikan keadaan sekeliling komputer tidak terlalu panas dan lembap. Ini akan merosakkan komputer. 7. Data di dalam ingatan komputer akan hilang sekiranya berlaku gangguan elektrik. Terdapat dua jenis gangguan elektrik iaitu :

JENIS GANGGUAN ELEKTRIK a) Bekalan elektrik mungkin tidak stabil.

CARA MENGATASI Pasangkan sebuah penstabil(AVR) untuk memastikan bekalan elektrik sentiasa stabil. Gunakan alat pembekal kuasa tanpa gangguan (UPS)-Uninterupted Power Supply. UPS ini akan membekalkan kuasa elektrik yang dijana dari kuasa bateri apabila kuasa elektrik terputus. Dengan ini, pengguna sempat menyimpan datanya dan meneruskan tugasnya setelah bekalan elektrik pulih semula.

b) Bekalan elektrik mungkin terputus.

PENJAGAAN CAKERA LIUT(DISKET) Jangan usik permukaan cakera liut yang senang tercemar. Jangan gunakan alkohol atau cecair lain untuk membersihkan cakera liut. Jangan letakkan cakera liut berdekatan dengan medan magnet. Jangan bengkokkan atau lipatkan cakera liut. Jangan letakkan objek yang berat di atas cakera liut. Jangan gunakan pemadam getah di atas cakera liut. Simpan cakera dalam sampulnya semasa tidak digunakan dan kesemua cakera liut hendaklah disimpan di dalam kotak yang dikhaskan. 8. Jaga supaya cakera liut tidak terjatuh lebih-lebih lagi ke permukaan yang kotor. 9. Jangan dedahkan cakera liut kepada cahaya atau keadaan panas terik. 10. Lekatkan label pada tempat yang sesuai di atas cakera liut. 11. Pastikan anda membuat salinan bagi setiap cakera liut yang anda gunakan. Jika sebuah cakera liut termusnah sekurang-kurangnya simpanannya masih ada. 12. Masukkan cakera liut perlahan-lahan serta lurus ke dalam pemacu cakera. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

BAB 2 : PERKAKASAN KOMPUTER


2.1 Pengenalan Kepada Komputer 2.1.1 Evolusi Komputer

Generasi Pertama 1940 1956

Komponen

Gambar

Komputer

Tiub Vacum (Vacuum Tube)

Kedua 1956 1963 Transistor

Ketiga 1964 1971 Integrated Circuit

Keempat 1971 Sekarang

Microprocessor

Kelima Sekarang dan akan datang

Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)

2.1.2 Jenis-jenis Komputer Definisi Komputer Definisi umum komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat. Komputer juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data. Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam mendefinasikan terminologi computer Kelas-kelas komputer: # Komputer Mikro (Micro Computer) # Komputer Mini (Mini Computer) # Kerangka Utama (Mainframe) # Komputer Super (Super Computer) Superkomputer Superkomputer ialah komputer yang paling berkuasa dan paling mahal di muka bumi. Superkomputer berupaya untuk memproses lebih dari 13 trillion suruhan dalam satu saat. Tidak seperti mini computer dan kerangka utama, super computer tida direka untuk mengoptimumkan kuasa pemproses untuk multi pengguna. Tetapi superkomputer ini hanya digunakan untuk menyelesaikan masalah spesifik yang kompleks seperti mengkaji dan meramal cuaca, menyelidik kuasa nuklear dan penerokaan gas serta petroleum.

Kerangka Utama (Mainframe) Kerangka utama ialah computer yang besar, mahal tetapi sangat berkuasa dan mampu mengendalikan ratusan malah ribuan pengguna. Lazimnya digunakan oleh kerajaan dan syarikat multinasional dalam menyediakan sumber-sumber terpusat seperti data, maklumat, pemproses, ruang storan dan perisian. Kerangka utama kadangkala bertindak sebagai pelayan dalam sebuah rangkaian komputer. Kerangka utama lazimnya mempunyai lebih daripada satu pemproses. Apabila data yang besar perlu diproses, pemproses pertama akan mengarah dan

mengawal keseluruhan operasi. Pemproses kedua akan mengendalikan komunikasi manusiakomputer. Pemproses ketiga akan mencari dan mencapai data.

MiniKomputer Komputer ini lazimnya digunakan oleh sektor perniagaan dan industri untk tugas-tugas khas, seperti sistem gaji. Komputer jenis ini boleh disambung dan digunakan oleh empat ribu pengguna pada masa yang sama. Komputer yang disambungkan ke mini computer dikanali sebagai terminal dungu. Terminal ini hanya mempunyai monitor, tetikus dan papan kekunci sahaja iaitu untu imput dan output dan bukan untuk memproses. Tetapi kini seringkali komputer meja atau computer mudah alih yang digunakan untuk mencapai komputer mini ini.

Komputer Peribadi (Microcomputer) Juga digelar komputer mikro atau lebih popular dengan panggilan PC (Personal Computer). Komputer peribadi melaksanakan kelima-lima operasi asas komputeran secara sendiri iaitu imput, memproses, storan dan komunikasi. Komputer peribadi lazimnya mempunyai sekurangkurangnya satu peranti input,peranti output, satu peranti storan , ingatan, dan pemproses(CPU). Antara siri computer peribadi yang terkenal adalah PC dan Apple Macintosh. Yang membezakan antara kedua-duanya adalah PC berasaskan spesifikasi asal computer peribadi yang dibangunkan oleh IBM.

Stesen Kerja (Workstation) Stesen kerja ialah PC yang lebih berkuasa dan mahal berbanding PC biasa kerana ia membolehkan pengiraan yang kompleks dan grafik yang lebih baik. Ia digunakan oleh professional untuk membuat kerja kejuruteraan, arkitek , kartunis, grafik, artis grafik/animasi, karyawan web dan sebagainya.

Perbandingan Jenis Komputer a. Komputer Meja Komputer meja direka agar unit system, peranti input, peranti output dan lain-lain peranti boleh diletakkan di atas meja.Ketinggian model menara adalah di antara 13 inci hingga 24 inci. b. Komputer Mudah Alih Juga dikenali sebagai computer riba atau laptop. Sejarah wujudnya computer ini adalah telah diilhamkan oleh Alan Kay pada tahun 1969. Beliau membayangkan Imagine having your own self-contained knowledge manipulator in a portable package the size and shape of an ordinary notebook . Komputer mudah alih bersaiz lebih nipis, ringan dan kecil. Ia boleh beroperasi tanpa menggunakan elektik tetapi menggunakan bateri yang boleh dicas. Harganya lebih mahal berbanding computer peribadi. c. Komputer Telapak Juga dikenali sebagai pembantu peribadi digital (PDA). Ia dikenali sebagai computer telapak kerana saiznya yang sangat kecil iaitu hanya sebesar tapak tangan manusia. Disebabkan saiznya yang sangat kecil, komputer telapak mempunyai papan kekunci yang sangat kecil juga dan kadangkala langsung tidak mempunyai papan kekunci. Jadi bagi menginput data, stylus digunakan bagi bagi computer telapak yang tidak mempunyai papan kekunci ini. Ini kerana skrin PDA dicipta untuk sensitif kepada tekanan akan

menterjemah pergerakan stylus kepada aksara atau nombor apabila kita menulis di permukaan skrin. PDA mempunyai perisisan khas untuk mengenal tulisan tangan. Teknologo terkini membenarkan telefon bimbit mempunyai cirri-ciri seperti diatas dan ia dikenali sebagai XDA. d. Perkakasan Internet Perkakasan internet juga dipanggil perkakasan maklumat. Ia adalah sejenis computer yang mempunyai keupayaan terhad. Ciri-ciri dan kuasa pemprosesya tidak seperti computer biasa hanya sekadar boleh melyari internet.

e. Komputer semua dalam Satu Komputer semua dalam satu ialah sebuah computer padat yang menggabungkan semuanya (peranti input dan output) dengan unit system seperti iMac.

2.2 Komponen-komponen dan bahagian Komputer 2.2.1 Tinjauan Sistem Komputer

Monitor

Peranti yang memaparkan data yang dijanakan oleh komputer dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh pengguna.

Paparan pada monitor berkait rapat dengan kad paparan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Pengelasan monitor adalah berdasarkan tahap resolusi dan keupayaannya untuk melakukan nyah segar (refresh). Sebuah monitor yang beresolusi tinggi mampu memaparkan gambar yang lebih tajam. Nyah segar adalah merujuk kepada kemampuan sesebuah monitor untuk memaparkan grafik pada skrin semasa berlaku per tukarannya grafik yang terlalu cepat. Di samping itu monitor juga terdiri daripada pelbagai saiz yang diukur dalam ukuran inci seperti 14", 15", 17" dan 21". Antara jenama monitor yang terkenal ialah Sony, NEC, ViewSonic dan Wyse Technologies. Kini terdapat jenis monitor yang memancarkan radiasi yang rendah dan menjimatkan tenaga dengan kebolehan tertutup sendiri apabila ianya tidak digunakan dalam jangka masa yang lama. Kebanyakan skrin yang ada berasaskan standard SuperVGA, cukup untuk mendapatkan imej yang jelas bagi pengguna biasa. Setup standard ialah paparan 16 ribu warna ( lazimnya lebih banyak lagi bagi Macintosh) Terdiri dari beberapa jenis seperti:I. Monokrom Diperkenalkan pada tahun 1981 Memaparkan teks yang berwarna hijau/oren dan berlatar belakang hitam II. CGA Bermaksud Color Graphics Adapter Diperkenalkan pada tahun 1981 Memaparkan teks/graphic dalam 4 warna EGA Bermaksud Enhanced Graphic Adapter Diperkenalkan pada tahun 1984 Mempamirkan teks/graphic yang lebih halus dan cantik Memaparkan sehingga 16 warna GA dan Super VGA Bermaksud Video Graphics Array Diperkenalkan pada tahun 1987 dan Super VGA 1988 Memaparkan 256 warna

III.

IV.

Papan Kekunci (Keyboard)

Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer. Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah. y menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan. y bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil. y mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama. y menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas. Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci. Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu. Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.
Papan kekunci didatangkan khas dengan 3 jenis port yang berlainan iaitu: i. Serial Port ii. PS/2 Port iii. USB Port

Pembesar Suara (Speaker)

Tetikus (Mouse)

Anda mungkin juga menyukai