Anda di halaman 1dari 23

UKUR RANTAI C1005/UNIT 2/1

UNIT 2
UKUR RANTAI

OBJEKTIF AM

Memahami pengetahuan asas pengukuran jarak


antara titik-titik di atas permukaan bumi

Unit
OBJEKTIF KHUSUS

2
Di akhir unit ini anda akan dapat :-

Menyatakan tujuan dan prinsip ukur rantai.

Menerangkan dan menunjukkan penggunaan


peralatan ukur rantai.

Menyatakan tatacara kerja ukur rantai.

Menerangkan kaedah mengatasi halangan


dalam kerja ukur rantai.

Menunjukkan penggunaan simbol dan skala


di dalam membuat plotan.
INPUT

2.1 PENGENALAN DAN PRINSIP UKUR RANTAI


Pengukuran jarak adalah prinsip asas kepada ilmu ukur. Bagi
mengukur sesuatu kawasan, dua titik di atas permukaan bumi dipilih
dan jarak di antara keduanya diukur. Garisan ini akan dijadikan asas
untuk menentu kedudukan titik-titik yang lain di kawasan berkenaan.
Hasil pengukuran ini akan digunakan untuk menghasilkan plan atau
peta yang lengkap mengandungi semua butiran di atas permukaan
bumi kawasan tersebut. Pengukuran jarak menggunakan rantai
merupakan kaedah yang asas dalam ilmu ukur dan telah lama
diamalkan sejak berzaman. Melalui perkembangan dan kemajuan
teknik, rantai ini telah digantikan dengan pita (band) ukur keluli yang
lebih tepat. Namun begitu, pengukuran jarak pada masa ini telah
menggunakan kaedah yang lebih canggih dan tepat iaitu Kaedah
Pengukuran Jarak Secara Elektronik (EDM).

Prinsip kerja ukur menggunakan rantai adalah penigasegian. Kawasan


yang hendak diukur dibahagikan kepada beberapa segitiga dan ianya
boleh dilukiskan pada pelan jika kesemua sisinya sudah diukur.
Segitiga ini boleh ditentukan hadnya apabila jarak jauh semua
sisinya sudah diketahui. Oleh yang demikian, kerja ukur
menggunakn rantai pada sekeping tanah boleh dibuat dengan
mengukur ketiga-tiga sisi segitiga tersebut.

2.2 PERALATAN

Pengetahuan yang mendalam mengenai alat-alat ukur rantai adalah


perlu bagi memahami ilmu ukur secara menyeluruh serta boleh
menjalankan kerja ukur rantai. Antara alat-alat yang perlu digunakan
dalam ukur rantai adalah seperti berikut :-

1) Rantai Gunter, Rantai Jurutera atau Rantai Metrik


2) Pita ukur
3) Sesiku Optik
4) Panah rantai
5) Pancang jajar
6) Buku kerjaluar iaitu keperluan bagi kerja ukur rantai
2.2.1 Rantai Ukur

Rantai Gunter Rantai Jurutera Rantai Metrik

Rajah 2.1 Rantai Ukur


(Sumber : Laman Web)

2.2.1.1 Rantai Gunter

Panjangnya 66 kaki dan dibahagi kepada 100 sambungan (link).


Setiap link bersamaan 0.66 kaki atau 1 link. Rantai ini sesuai
mengukur kawasan yang keluasannya diperlukan dalam unit ekar.

2.2.1.2 Rantai Jurutera

Panjang rantai jurutera adalah 100 kaki dan dibahagikan kepada


100 sambungan (link) iaitu setiap sambungan berukuran satu
kaki. Ia ditandakan dengan anting-
anting (tag) pada setiap 10 sambungan
sepertimana Rantai Gunter.

2.2.1.3 Rantai Metrik

Rantai metrik berbentuk seperti rantai gunter/jurutera tetapi


panjang setiap sambungan (link) adalah 200mm (0.2m). Terdapat
dua ukuran panjang yang berbeza, iaitu 20m (100 sambungan) dan
30m (150 sambungan). Rantai ini juga ditanda dengan anting-
anting pada setiap 5 sambungan (1m) dan bertanda sukatan
pada
setiap 5 meter (iaitu 5,10 dan 15 meter)

2.2.2 Pita Ukur

Pita ukur terdiri dari pita invar, pita keluli, pita linen atau
pita sintetik. Panjang setiap satu biasanya 20m, 30m, 50m atau
100m.

1. Pita Invar adalah merupakan campuran nikel dan keluli yang


mempunyai pekali pengembangan yang rendah. Selalunya
pita invar digunakan sebagai rujukan atau pita piawai bagi
ujian rantai.
2. Pita keluli digunakan untuk mengukur jarak yang lebih
jitu seperti jarak terabas. Di mana beberapa pembetulan
seperti
pembetulan piawai, lendutan (tupang), suhu dan cerun perlu
dikenakan terhadap jarak yang diukur untuk mendapatkan jarak
sebenar.
3. Pita linen atau pita sintetik selalunya digunakan untuk
mengukur jarak butiran di mana ketepatan jarak yang diukur
tidak terlalu dititik beratkan. Pita ini mudah
meregang bila ditarik menyebabkan jarak yang
diukur kurang tepat.

Rajah 2.2 Pita Keluli Gelung Dan Pita Ukur


(Sumber : Laman Web))

2.2.3 Sesiku Optik

Rajah 2.3 Sesiku Optik


(Sumber : Laman Web)

Alat ini digunakan bagi menetapkan sudut tepat bagi membentuk


garis ofset dalam pengambilan butiran. Pembuatan alat ini adalah
berdasarkan kepada prinsip bahawa sinar cahaya yang memantul
dari dua permukaan secara berturutan akan mengalami sisihan
dua kali ganda sudut yang terdapat antara kedua-dua permukaan
tadi.

2.2.4 Panah Rantai

Panah rantai diperbuat daripada keluli dengan panjang biasanya


50cm. Kepalanya berbentuk bulatan dan tajam di hujung
serta boleh dicacakkan di atas tanah. Diikat dengan kain merah
pada bulatan agar jelas nampak dari jauh.
2.2.5 Pancang Jajar

Diperbuat dari kayu dengan bentuk bulat atau segilapan


dilapik dengan besi di bahagian tapak
Ukuran panjangnya adalah 6 kaki
Untuk mudah kelihatan, ia dicat dengan warna
hitam/putih selang seli satu kaki panjang

Rajah 2.4 Pancang Jajar


(Sumber : Laman Web)

2.2.6 Buku Kerjaluar

 Di bawah adalah untuk contoh buku kerjaluar bagi kerja ukur


rantai

Rajah 2.5 Contoh Mukasurat Buku Kerjaluar


2.3 PENGENDALIAN ALAT

2.3.1 Menjaga Rantai

 Jangan bengkok atau bersimpul


 Bebas dari lumpur atau kotoran yang melekat
 Disapu minyak jika perlu mengelakkan karat
 Dilipat dengan cara yang betul

2.3.2 Cara Membuka Rantai

 Pegang satu tangkai rantai dengan tangan kiri


 Tangan kanan pula pegang lebihan rantai yang masih terlipat
 Campak rantai ke arah hentian ukur yang berlawanan
 Dengan bantuan pembantu, tarik dan regangkan rantai bagi
memulakan sukatan

2.3.3 Ujian Rantai

 Rantai pasti akan terpanjang atau terpendek. Jika terpanjang,


buka dan gugurkan satu sambungan dan sukat semula panjang
yang diperlukan
 Jika terpendek, mungkin disebabkan oleh bengkok atau
mana- mana bahagian tersimpul, ini perlu
diperbetulkan dengan
mengetuk untuk meluruskan bahagian yang bengkok dan diuji
semula mengikut panjang yang dikehendaki.

2.4 TATACARA KERJA UKUR RANTAI

Tatacara kerja ukur rantai boleh dibahagikan kepada langkah-


langlah berikut :-

1) Tinjauan
2) Pemilihan hentian ukur
3) Penandaan hentian ukur
4) Mengukur garisan-garisan ukur
5) Mengambil ofset butir-butir
6) Mencatat ukuran dan menyedia lakaran kasar
7) Memplot
8) Menghitung keluasan
2.4.1 Tinjauan

Langkah pertama sebelum memulakan kerja penandaan dan


pengukuran adalah meninjau kawasan yang hendak diukur.
Dengan tinjauan ini, gambaran keseluruhan mengenai
keadaan rupabumi kawasan tersebut diperolehi bagi
memudahkan kerja- kerja berikutnya. Perlu diberi perhatian
bahawa dalam kaedah ukur rantai ini, setiap hentian ukur mestilah
saling nampak.

2.4.2 Pemilihan Hentian Ukur

Pemilihan hentian ukur bergantung kepada keadaan


rupabumi kawasan yang hendak diukur. Terdapat beberapa
prinsip dalam pemilihan hentian ukur, di antaranya :-

a) Bilangan Garisan Ukur yang


Minimum

Bilangan hentian ukur hendaklah seberapa minimum yang


boleh tetapi mencukupi untuk menjalankan plotan.

b) Garisan Asas

Garisan asas merupakan garisan ukur yang utama dipilih


terlebih dahulu. Ia merupakan garisan yang terpanjang
dan mana-mana garisan ukur yang dibentuk akan
berasaskan kepada garisan ini. Ia dipilih supaya
boleh merentangi
keseluruhan kawasan ukur.

c) Segitiga Keadaan Baik

Panjang garisan ukur dan sudut di antara garisan ukur


hendaklah seboleh-bolehnya membentuk segitiga serbasama.
Sudut segitiga yang kurang daripada 30 hendaklah dielakkan.

d) Garisan Semakan

Garisan semakan yang mencukupi hendaklah dibuat. Ia


diperlukan bagi memudahkan semakan jika berlaku sebarang
kesilapan dalam pengukuran jarak atau catatan. Kesilapan
tersebut dapat dikesan semasa memplot kerana segitiga yang
terbentuk akan terherot.

e) Masalah Halangan

Rintangan kepada jajaran atau pengukuran hendaklah


dielakkan seberapa boleh.
f) Garisan Ofset

Garisan ofset hendaklah pendek dan sebolehnya di atas


permukaan bumi yang aras.

2.4.3 Penandaan Hentian Ukur

Hentian ukur ditandakan supaya tanda ini mudah dijumpai.


Penandaannya adalah berdasarkan perkara-perkara berikut :-

 Dalam masa menjalankan pengukuran


 Apabila sebahagian daripada kawasan perlu diukur semula
 Di tanah yang lembut, hentian hendaklah ditanda dengan
pancang kayu.
 Di atas jalan tar, hentian ditanda dengan paku terbenam
hingga separas permukaan atau dipahatkan di permukaan batu.

2.5 KAEDAH MEMBINA OFSET

Ofset adalah jarak tegak dari titik di atas sempadan butiran ke garisan
rantai. Apabila rantai diluruskan sepanjang garis rantai, ofset hendaklah
diambil dari butiran yang hampir padanya. Terdapat dua kaedah membina
ofset, iaitu :-

a. Ofset dari garisan rantai ke butiran


b. Ofset dari butiran ke garisan rantai

2.5.1 Ofset Dari Garisan Rantai Ke


Butiran

2.5.1.1 Menggunakan Rantai Ukur Dan Pita

 Pada titik P di atas garis rantai, buat garis tegak QP


 Pilih satu jarak yang sama dari P di atas garis
rantai sehingga PA = PB
 Pegang hujung rantai pada titik A dan B, jarak AB
mesti lebih pendek dari panjang rantai yang
digunakan
 Kemudian tengah rantai ditarik ke arah Q sehingga
tegang
 Garis menghubungkan tengah rantai dengan titik P
adalah tepat pada AB
Q

Rantai Ukur/Pita

A P B

Rajah 2.6 Membina Ofset Dengan Rantai/Pita

2.5.1.2 Kaedah 3,4,Dan 5

 Kaedah ini berdasarkan panjang sempadan segitiga


yang bernisbah 3:4:5
 Pegang rantai ukur pada bahagian 3, 4 dan 5 unit
 Bahagian 3 atau 4 unit hendaklah di atas garis
rantai salah satunya
 Katakan titik A perlu dibuat sudut tepat, bahagian 3
unit iaitu AB di atas garis rantai
 Bahagian lain ditarik menghala ke C sehingga
tegang dan B dipegang hujung bahagian 5 unit
 Segitiga ABC adalah tepat di A

4 Unit 5 Unit

A 3 Unit B

Rajah 2.7 Kaedah 3, 4 Dan 5


2.5.2 Ofset Dari Butiran Ke Garisan Rantai

2.5.2.1 Kaedah Hayunan Pita Ukur

 BC adalah garis rantai dan titik A adalah butiran


yang hendak dibentuk garis tepat
 Dari titik A hayunkan satu lengkok memotong garisan
rantai pada titik B dan C menggunakan pita ukur
 Ukur garisan BC dan tentukan titik tengah D
 AD adalah garisan tegak yang diperlukan

B D C

Rajah 2.8 Kaedah Hayunan Pita Ukur


AKTIVITI 2a

 UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA

 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI


HALAMAN BERIKUTNYA

2.1 Apakah perbezaan di antara rantai Gunter, Jurutera dan Metrik ?

2.2 Sebuah bangunan terletak di tengah-tengah rimbunan pokok dan


ianya perlu diambil sebagai butiran di dalam kerja ukur
rantai. Semasa membina ofset dari salah satu bucu bangunan
tersebut, jurukur telah menggunakan Kaedah 3,4 dan 5 tetapi
diubah kepada
2,4 dan 5 kerana pita ukur yang digunakan tidak cukup panjang.
Adakah kaedah ini dibolehkan dan mengapa ? Apa akan terjadi
kepada butiran yang terbentuk semasa diplot ?

3,4,dan 5 ?
6,7 dan 8 tak boleh ke.?.
MAKLUMBALAS
KEPADA AKTIVITI 2a

PERHATIAN !!

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat


menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2a.

2.1 Perbezaan rantai Gunter, Jurutera dan Metrik adalah dari


segi panjangnya iaitu rantai Gunter 66 kaki, rantai Jurutera 100
kaki dan rantai Metrik 20m serta 30m

2.2 Kaedah 2, 4 dan 5 tidak boleh digunakan kerana nisbah ini tidak
membentuk segitiga tepat. Butiran akan terherot semasa diplot
dan ianya tidak menyerupai bentuk butiran sebenar di atas tanah.

Syabas anda telah dapat memahami


sebahagian input ini.
Anda boleh teruskan ke input
selanjutnya !!!
UKUR RANTAI Cl005/UNIT 2/l3

INPUT

2.6 HALANGAN DAN CARA MENGATASINYA

Halangan dalam pengukuran jarak terbahagi kepada 3 bahagian yang


utama, iaitu :-

l) Halangan kepada jajaran dan tidak pada merantai


2) Halangan kepada merantai dan tidak pada jajaran
3) Halangan merantai dan jajaran

2.6.1 Halangan Kepada Jajaran Dan Tidak Pada Merantai

bl

al

b2
a2

A B

a3 b3

Rajah 2.9 Halangan Kepada Jajaran Dan Tidak Pada Merantai

 Merujuk kepada rajah di atas (Rajah 2.9) dapat dilakukan oleh


dua orang, seorang di titik al dan seorang di titik bl.
 Cara kerja :-

l. Pada mulanya, pancang jajar ditegakkan di titik al dan bl


sehingga bl,al dan A terletak pada satu garis lurus.
2. Tetapi oleh kerana al,bl dan B tidak berada dalam satu garisan
yang lurus, maka al memberi petunjuk supaya blberpindah ke
b2, sehingga al,b2 dan B berada di dalam satu garisan yang
lurus.
3. b2,al dan A tidak berada dalam satu garisan yang lurus
sehingga b2 memberi pertunjuk supaya al berpindah ke a2
sehingga b2,a2 dan A berada dalam satu garis lurus.
UKUR RANTAI C1005/UNIT 2/14

4. Begitulah selanjutnya secara bergilir-gilir atau saling


bergantian memberi petunjuk sehingga akhirnya satu garisan
yang lurus terhasil.
5. Pengukuran jarak dilakukan dengan mengukur A - a3, a3-b3
dan b3-b. Jarak AB didapai dengan mencampur ketiga-
tiga jarak tadi.

2.6.2 Halangan Kepada Merantai Dan Tidak Pada Jajaran

Terdapat 3 cara yang utama untuk mengatasi masaalah

ini. i) Alihan selari.


ii) Segitiga sebentuk.
iii) Segitiga sudut tepat.

2.6.2.1 Alihan Selari

C D

Kolam

P1 P2

A B
Rajah 2.10 Alihan Selari

Sebuah kolam letaknya pada garis yang hendak diukur iaitu P1


dan P2. Dimana
P1 dan P2 saling nampak tetapi tidak boleh diukur kerana
halangan yang disebabkan oleh kolam tersebut. Cara yang terbaik
untuk menjalankan pengukuran adalah dengan membuat jajaran
di stesen A dan B di atas garisan P1 dan P2. Dengan
menggunakan sesiku optik atau kaedah 3,4 dan 5, dirikan ofset AC
dan CD. Pacakkan pancang pada C dan D, jadi jarak CD sama
dengan jarak AB. Jarak jauh CD disebut alihan selari.
UKUR RANTAI C1005/UNIT 2/15

2.6.2.2 Segitiga Sebentuk


D E

P1 A A P2
SG

Rajah 2.11 Segitiga Sebentuk

Merujuk kepada Rajah 2.11, Garisan P1 dan P2 telah tersekat


pada lengkok sungai. Takat A dan B ditandakan dengan pancang
pada kedua-dua belah lengkok sungai itu. Takat C juga
ditandakan dan pastikan C dan AC itu tidak kena pada
lengkok sungai tersebut. Garisan AC pula diteruskan ke E
supaya CE bersamaan dengan AC. Begitu juga BC diteruskan ke
D supaya CD bersamaan dengan BC. Jelaslah segitiga ECD
bersamaan dengan segitiga ACB, garis DE adalah jarak jauh
yang dikehendaki.

2.6.2.3 Segitiga Sudut Tepat


C

Sungai

B P2
P1 A

Rajah 2.12 Segitiga Sudut Tepat

A adalah takat pada garisan P1P2 di sebelah sungai. Garisan AC


pula dibuat agar tidak kena pada sungai tadi. Dari takat C
dirikan garisan tegak CB yang bertemu pada B di garisan di
sebelah sungai yang satu lagi. Garisan AC dan CB pun diukur .
( Lihat Rajah 2.8 ). Kaedah ini sesuai untuk sungai yang kecil
sahaja.

AB2 = AC2 + CB2


AB = AC2 + CB2
2.6.3 Halangan Merantai Dan Jajaran

Dalam rajah 2.9, garisan P1P2 tersekat oleh sebuah bangunan.


Takat P1 dan P2 masing-masing tidak boleh kelihatan. Takat B
ditandakan pada garisan yang menuju ke bangunan dengan cara
Garisan Merambang. Takat A ditandakan pada garisan
P1B. Garisan tegak AE dan BF juga didirikan dan sama
panjangnya. Kemudian garisan EF diteruskan di sebelah
bangunan. Dua takat G dan H ditandakan di garisan itu dan
garisan tegak GC dan HD pula dibuat dan sama panjangnya
dengan AE dan BF. Nyatalah takat C dan D itu bergaris lurus
dengan garis rantai P1,A dan B. Jadi FG bersamaan dengan BC.
Panjang Alihan selari FG itu diukur dan dicatatkan.

Mestilah berhati-hati semasa menggunakan cara ini, pastikan


garisan tegak itu didirikan dengan betul dan sama
panjangnya. Jarak AB dan CD tidak semestinya sama panjang,
EH hendak sekurang-kurangnya tiga kali lebih panjang daripada
garisan tegak supaya dapat menentukan EH betul-betul selari
dengan garisan P1P2. Kaedah mengelakkan halangan ini adalah
berguna namun garisan pengukuran yang melintasi apa-apa
halangan hendaklah dielakkan, terutamanya jika garisan itu adalah
garis dasar.

E F G H

Bangunan

P1 A B C D P2

Rajah 2.13 Halangan Merantai Dan Jajaran

2.7 PEMBUKUAN KERJA LUAR

2.7.1 Kaedah Mencatat Kerja Ukur Rantai

 Buku kerja luar diperbuat daripada kertas kosong dengan


garisan merah kembar di tengah-tengah mukasurat.
 Garisan ini adalah mewakili garisan rantai. Ruang di sebelah
kiri dan kanan garisan ini adalah digunakan untuk melukis
butiran- butiran yang telah diukur di atas permukaan bumi.
 Setelah semua hentian ukur ditentukan, pelan punca semua
garisan dilukiskan untuk menunjukkan bagaimana garisan-
garisan itu disambung antara satu sama lain.
 Tarikh mula dan tamat kerja dicatitkan di atas mukasurat ini.
 Jurukur hendaklah menyediakan nota kerja luar yang lengkap,
teratur dan kemas agar Pelukis Pelan mudah untuk
menyediakan pelan.

2.7.2 Perkara-Perkara Yang Perlu Diambil Semasa Membuat Catatan

 Tiap-tiap garisan mesti dicatitkan di atas mukasurat baru


 Hentian permulaan/belakang mesti dicatit di bahagian bawah
mukasurat dan semua garisan bersambung kepadanya
ditunjukkan dengan huruf hentian masing-masing
 Catitan dibuat dari bawah ke atas, butiran yang berada
di sebelah kanan garisan rantai dicatit di ruang sebelah kanan
dan
sebaliknya
 Butiran yang melintasi garisan rantai mesti diputuskan di tepi
garis kembar tengah dan disambung mengufuk di tepi garisan
yang satu lagi
 Rajah kasar butiran tidak perlu berskil dan dibuat ketika kerja
ukur dijalankan
 Semua butiran hendaklah diterangkan
 Ukuran butiran selain ofset hendaklah dicatitkan dengan jelas

2.8 PEMELOTAN

Kelengkapan yang diperlukan bagi tujuan memelot plan adalah seperti


berikut :-

1) Kertas lukisan
2) Alat lukisan
3) ‘Bean compass’
4) Pembaris berskala
5) ‘French curves’
6) Pensil dan papan lukis
7) ‘T Square’ dan ‘Set Square’

2.8.1 Skala

 Skala yang hendak digunakan adalah bergantung kepada


kegunaan atau tujuan pelan tersebut
 Skala besar perlu digunakan apabila banyak butiran-
butiran yang hendak ditunjukkan
 Skala adalah bergantung kepada keluasan kawasan
 Bagi kawasan yang besar, skala kecil hendaklah digunakan

2.8.2 Melukis Garisan Rantai

 Garisan rantai yang terpanjang dilukiskan dahulu mengikut


skala yang ditetapkan
 Kemudian segitiga-segitiga yang berada di atas garisan rantai
itu dilukiskan dengan melukis lengkuk-lengkuk yang
berkenaan dari kedua-dua hujung garisan rantai tersebut
 Titik persilangan lengkuk ini menentukan hentian ukur
yang ketiga dan begitulah seterusnya

2.8.3 Melukis Butiran

 Butiran dilukis dari satu garisan rantai ke satu garisan rantai


yang seterusnya
 Rantaian di sepanjang garisan rantai ditandakan dan lukiskan
ofset yang berkenaan
 Titik-titik butiran tersebut ditanda dan sambungkan

Untuk menguji kefahaman


anda, sila buat aktiviti berikut.
Jika anda tidak berpuashati
dengan jawapan anda, sila buat
ulangkaji pada input yang anda
rasa masih kabur.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!


AKTIVITI 2b

 UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN


INPUT SELANJUTNYA

 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI


HALAMAN BERIKUTNYA

2.1 Berikan tiga jenis halangan semasa menjalankan kerja ukur .

2.2 Nyatakan 3 cara untuk mengatasi halangan laluan pengukuran

Oooo…. Macam tu
rupanya ! Senang
sangatlah kalau
dah faham……..
MAKLUMBALAS
KEPADA AKTIVITI
2b

PERHATIAN !!!

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda


dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2b

2.1 Tiga jenis halangan itu adalah:-

1) Halangan kepada jajaran dan tidak pada merantai


2) Halangan kepada merantai dan tidak pada jajaran
3) Halangan merantai dan jajaran

2.2 Tiga cara mengatasi halangan laluan pengukuran

adalah:- i) Alihan selari


ii) Segitiga sebentuk
iii) Segitiga sudut tepat.

Syabas anda telah dapat


memahami sebahagian input ini.
Anda boleh teruskan ke input
selanjutnya !!!
PENILAIAN KENDIII

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

Soalan I

Bincangkan bagaimana anda hendak merantai di atas permukaan


tanah yang bercerun dengan menggunakan rantai ukur.

Soalan 2
Semasa menjalankan kerja ukur anda terpaksa melalui sebatang
sungai. Bagaimanakah anda hendak meneruskan pengukuran anda ?

Semak jawapan anda dalam


ruangan maklumbalas !
MAKLUM BALAS
KEPADA PENILAIAN
KENDIII

SUDAH MENCUBA ?
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN
BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DI BAWAH.

Jawapan I

Merantai permukaan tanah yang bercerun dengan menggunakan


rantai ukur boleh dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Jarak yang akan diukur

Pancang Jajar
A

Jarak AB adalah dikehendaki


Jarak antara pancang jajar diukur berperingkat secara mengufuk
Jawapan 2

Untuk menjalankan pengukuran di kawasan ini, kaedah segitiga bersudut


tepat boleh digunakan (Rujuk rajah di bawah)

E F

SUNGAI

B A

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA


DAPAT MENJAWABNYA
DENGAN BETUL MARI KITA
BERPINDAH KE UNIT 3

Anda mungkin juga menyukai