Anda di halaman 1dari 145

Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad M.D., Ph.D.

Published by

AsSohwah Enterprise
www.assohwah.com

ISBN 978-967-10365-7-0

Cetakan Pertama 2012


Cetakan Kedua 2012

Hakcipta terpelihara © 2011 AsSohwah Enterprise


Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, illustrasi dan isi kandungan
buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari penulis buku ini.

Rekabentuk oleh AsSohwah

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Muhaya Hj Muhamad, 1958 -


Bahagia & Membahagiakan : Kaedah Transformasi Minda /
bersama Muhaya Hj Muhamad.
ISBN 978-967-10365-7-0
1 Self-actualization (Psychology). 2. Happiness. I. Title
158.1

Susun Atur Huruf oleh:


MEDIA GRAFIK
No.3 Jalan Pekaka 8/2, Seksyen 8,
47810 Kota Damansara, Selangor D.E.
T: 018-218 0806 E: hi@mediagrafik.my
www.mediagrafik.my
Khas buat suami yang tercinta
Dr Azmi Jamion

Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang selama


ini.

Buat anak-anak serta menantu yang disayangi


Aniah dan Addaem
Atiyah dan Aiman

Al-Fatihah disedekahkan kepada Anakanda


Muhammad Hilman Azmi
( 27 Januari 1989 – 6 Ogos 2000)

iii
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN iii
PRAKATA ix

BAB 1: MAAFKAN DIRI ANDA DAN ORANG LAIN 1


1.1 Panas Baran : Sifat yang Memusnahkan 4
1.2 Berlemah-lembut dalam Berbicara 5
1.3 Mudahnya Memberi Kemaafan 6

BAB 2: IMEJ DIRI ADALAH CERMIN KEHIDUPAN 9


2.1 Bentukkan Imej Diri dengan Contoh yang Baik 12
2.2 Kerjasama Ibarat Bangunan yang Teguh 13
2.3 Berhentilah Menyalahkan Diri Sendiri 13

BAB 3: KEHIDUPAN INI PENUH PERSOALAN 15


3.1 Jangan Mengungkit di Atas pertolongan yang Telah Anda
17
Hulurkan
3.2 Tentukan Anda di Jalan yang Lurus 18
3.3 Tingkatkan Keyakinan Anda! 19

iv
BAB 4: SEMAIKAN BENIH YANG BAIK 21

4.1 Kita Tidak Dapat Mengubah Diri Orang Lain Mengikut


24
Kehendak Kita
4.2 Menyemai Benih yang Baik 24
4.3 Jangan Hanya Mengikut Berusahalah Memajukan Diri 25

BAB 5: TAKUT DAN BIMBANG ADALAH RACUN KEPADA


29
KEHIDUPAN
5.1 Henti kan Menilai dan Menghukum Orang Lain 34
5.2 Berdoalah untuk Kesejahteraan Diri, Keluarga dan
35
Masyarakat
5.3 Mengapa Rasa Teraniaya? Berubahlah! 36
5.4 Ubatilah Kesedihan, Semoga Anda Bergembira
37
Menikmati Kehidupan
5.5 Takutlah Kepada Allah, Anda akan Hidup Bahagia
40
Selamanya
5.6 Hilangkan Ketakutan dalam Diri Anda 41

BAB 6: MURAH HATI ADALAH SIFAT TERPUJI 43


6.1 Perbetulkan Diri, Ikhlaskan Hati 48
6.2 Penghargaan Perlu, Tetapi Jangan Tenggelam dalam
49
Penghargaan
6.3 Redhalah, Anda akan Beroleh Kegembiraan 50

v
6.4 Berusahalah Membantu Orang Lain Walaupun Kecil
51
Sahaja
6.5 Bergembiralah, itu Hak Anda 52

BAB 7: RENUNGILAH SETIAP NIKMAT DALAM KEHIDUPAN 55


7.1 Berikan Teguran Secara Berhemah 60
7.2 Berfikir dan Menerima Secara Positif 61
7.3 Hati dan Jiwa yang Bersih Menghasilkan Pemikiran
61
Positif
7.4 Hadapi orang Sekeliling Anda dengan Bersikap
62
Sederhana dan Rendah Hati
7.5 Jangan Sesekali Menyalahkan Diri Sendiri 63

BAB 8: KESIHATAN TIDAK TERNILAI DENGAN HARTA DAN WANG 65


8.1 Makanan tambahan Membantu Kesihatan Anda 68
8.2 Berhati-hati dengan Apa Jua Produk. Kenalpasti dan
71
Dapatkan Nasihat Pakar
8.3 Mulakan Hari Anda dengan Sarapan Pagi Terbaik 72

BAB 9: EMOSI ADALAH SIFAT DALAMAN YANG MERACUNI 73


9.1 Bagaimana Membentuk Emosi Generasi Hadapan? 79
9.2 Perhatikan Emosi Diri Sendiri. Sihatkah Anda? 80
9.3 Buang Sifat-sifat Buruk. Ia Racun yang Merosakkan 81
9.4 Emosi akan Sentiasa Berubah.Tetapkan Pendirian
82
Anda!

vi
9.5 Mencapai Cita-cita adalah Impian Kita Semua 82

BAB 10: HIDUPLAH DENGAN PENUH KETENANGAN 85


10.1 Anda ditipu? Bertenanglah...Ada Pengajaran Di
88
Sebaliknya
10.2 Memaafkan Orang Lain adalah Kunci Ketenangan
89
dalam Hidup
10.3 Elakkan Daripada Berhutang Kerana Hutang
90
Membebankan Jiwa dan Kehidupan

BAB 11: WARNA-WARNA KEHIDUPAN 93


11.1 Jaga Sikap dan Tingkahlaku Anda. Berikan Contoh yang
96
Baik
11.2 Bersangka Baiklah dan lupakan apa yang telah berlaku 96
11.3 Jagalah Diri dan Keluarga 97
11.4 Jangan Terlalu Merendah Diri, Yakinlah dengan
98
Kebolehan Anda
11.5 Sifat Rajin Membuang Sifat Malas 99

BAB 12: MEMBINA SEBUAH KEHIDUPAN 101


12.1 Jalankan Tanggungjawab Mendidik Anak Bersama-
104
sama
12.2 Lelaki yang Baik untuk Wanita yang Baik dan Begitulah
105
juga Sebaliknya
12.3 Bertindaklah dengan Bijak 106

vii
BAB 13: JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIPENJARA 109
13.1 Kekalkan Fokus kepada Matlamat yang Ingin Dicapai 114
13.2 Bebaskan Pemikiran Orang-orang yang Anda Sayangi 115
13.3 Jangan Cepat Mengalah dan Berputus Asa dengan
116
Kegagalan
13.4 Tuluskan Niat Anda 117

BAB 14: KEHIDUPAN ADALAH SEBUAH PERJALANAN YANG


119
SEMENTARA
14.1 Hindarkan Anak-anak Daripada Pengaruh Buruk 121
14.2 Buatlah Persediaan Menempuh Rintangan Kehidupan 124
14.3 Teruskan Kehidupan ini Selagi Terdaya. Carilah ‘Husnul
126
Khatimah’

BAB 15: PERSOALAN ADALAH LUMRAH KEHIDUPAN 129


15.1 Jangan Memandang Rendah Terhadap Sedikit
131
Kekurangan yang Ada
15. 2 Bersyukur dan Berterima Kasihlah dengan Setiap
132
Kebaikan yang Diterima
15.3 Bergerak Sehaluan, Berjalan Seiringan 133

viii
Prakata
Menjalani kehidupan bukannya semudah yang difikirkan
ataupun yang dapat dibayangkan di dalam minda kita. Hakikatnya,
kehidupan ini bukanlah suatu bayangan.

Kehidupan adalah bagaimana kita menyediakan diri kita bagi


mengharunginya. Ia penuh dengan liku, namun di sebaliknya adalah
kemanisan.

Itulah tugas hidup di dunia ini. Islam menjadi panduan, akal


menjadi sempadan kemuliaan dan kehinaan. Berusahalah supaya
kita tidak terperangkap dan terpedaya dalam keasyikan dunia yang
melemahkan.

Prof Dr. Muhaya Mohamad

ix
BAB 1

Maafkan Diri
Anda dan
Orang Lain
- Memberi kemaafan adalah kunci
kebahagiaan dan ketenangan dalam
hidup...-
Ramai dalam kalangan kita mudah melafazkan kata-kata kemaafan
seperti, “Saya maafkan awak,” dan sebagainya, namun di sebalik kata-
kata yang dilafazkan masih ada lagi perasaan sakit hati dan kita tidak
dapat melupakan apa yang telah dilakukan terhadap kita. Jika seseorang
itu masih tidak dapat melupakan apa yang dilakukan terhadapnya, dia
sebenarnya belum lagi memaafkan kesalahan orang terhadapnya.

Menurut kajian saintifik, manusia mempunyai dua emosi paling


beracun yang tidak boleh ada di dalam diri manusia iaitu salah satunya
menyesal atau dendam dan marah pada orang lain.

Kajian tersebut mengambil beberapa orang individu bagi


mengenal pasti perasaan marah dan kesal dalam diri mereka. Apabila
para pengkaji mengukur PH (peluh) beberapa individu ini, didapati
kuantiti asid di dalam tubuh mereka amat tinggi. Ini menunjukkan
bahawa, emosi sangat mempengaruhi bahan yang dikeluarkan oleh
tubuh badan manusia. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa minda kita
yang mengawal segala jenis bentuk tindak balas badan. Salah satu
daripadanya ialah emosi. Maka tindak balas negatif ini memberikan
kesan buruk kepada badan, sekaligus membuktikan bahawa minda
lebih kuat berbanding fizikal seseorang.

Jika seseorang itu tidak boleh memberi kemaafkan, maka


dia tidak boleh memaafkan dirinya sendiri, kerana dia mempunyai
perasaan menyalahkan diri sendiri, perasaan marah dan dendam
kepada orang lain. Jika setiap hari dia dikuasai oleh perasaan
sebegini, bagaimana dia boleh mendapat tubuh badan yang sihat,
apabila tindak balas negatif daripada mindanya sering meracuni.
Apabila psikologi seseorang itu negatif, maka Fisiologi dan Biokimia
(biochemistry) pula akan menjadi negatif.

Biokimia di sini bermaksud status hormon dan kimia dalam

2 BAB 1: Maafkan Diri Anda Dan Orang Lain


tubuh badan manusia. Apabila seseorang itu gembira hormon yang
terhasilkan membentuk emosi gembira dan gelombang otak serta sel-
sel badan akan meningkat dengan positif.

Apabila kita dikuasai oleh sifat-sifat marah dan sifat-sifat


negatif yang lain, sebenarnya hal itu amat merugikan. Mengapakah
kita perlu memarahi orang lain hanya kerana dikutuk, dikeji atau
pundikhianati dalam masa lima minit sahaja tetapi kita marah orang
itu bertahun-tahun lamanya seolah-olah kita telah memberikan
seluruh nyawa kepadanya.

Nyawa yang Allah berikan kepada kita adalah supaya kita


beriman, beramal dan sebagainya. Tetapi akhirnya perkara itu tidak
dapat dilakukan dengan sempurna disebabkan perasaan sakit hati
kepada orang lain sekaligus ia merosakkan diri kita sendiri. Oleh
itu, jangan biarkan diri kita terganggu dengan apa yang dilakukan
olehnya. Setidak-tidaknya anggaplah kutukan yang diberikan itu
sebagai gurauan.

Lihatlah contoh yang terbaik iaitu Nabi Muhammad s.a.w.


Walaupun Baginda berasa sedih, namun Baginda tidak berasa marah
apatah lagi berdendam, apabila orang-orang Thaif telah menolak
dakwahnya dan mencederakan tubuh badannya.

Orang yang selalu marah dan menyesal sebenarnya mereka


telah mengumpulkan toksin dan racun yang banyak dalam diri
mereka. Oleh itu, apabila kita membersihkan jiwa kita dari dalam,
maka kehidupan akan menjadi damai, tenang dan tidak mudah
berasa marah kepada orang lain.

BAB 1: Maafkan Diri Anda Dan Orang Lain 3


1.1 Panas Baran : Sifat yang Memusnahkan

" Setiap hari saya berhadapan dengan sikap panas baran suami.
kadang-kadang, rasa buntu dan kecewa. "

Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang


yang tidak berasa gembira dengan dirinya sendiri. Orang yang tidak
gembira dengan dirinya sendiri, tidak dapat menggembirakan orang
lain. Kita seharusnya bijak mengawal dan menangani emosi pasangan
dengan kaedah dan cara yang betul.

Apabila kita berhadapan dengan seseorang yang panas baran,


jangan cepat berasa marah. Tetapi kita menganggap dia sedang sakit
dan kita sebagai doktor kepadanya. Kata pepatah, “Orang yang baik
menjadi guru kepada orang yang jahat dan orang yang jahat menjadi
‘kertas kerja’ untuk orang yang baik.” Jadi, jika pasangan anda adalah
seorang yang panas baran, anggaplah dia sebagai seorang pesakit
yang perlu dirawat. Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya.
Bagi mengetahui diagnosis pula, kita perlu tahu penyebabnya.

Mohonlah bantuan daripada Allah s.w.t bagi menyelesaikan


masalah, sekaligus memberikan ketenangan yang menguatkan
mental. Jika kita tidak suka apa yang berlaku di dunia luaran, maka
kita perlu mencermin dunia dalaman kita iaitu:

◊ Perbetulkan diri sendiri dahulu


◊ Berasa belas kasihan kepada suami
◊ Cuba berkomunikasi yang baik

4 BAB 1: Maafkan Diri Anda Dan Orang Lain


Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah
kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegurlah secara
bijaksana.

1.2 Berlemah-lembutlah dalam Berbicara


" Kakak saya adalah seorang yang suka bercakap kasar lebih-lebih
lagi dengan ahli keluarga sendiri. Tetapi jika dengan orang luar,
perwatakannya berbeza."

Kebiasaannya, manusia akan bertindakbalas melalui imej dirinya.


Apabila dia bersama ahli keluarga yang tidak pernah menghargai apa
yang dilakukan ataupun berbual agak kasar dengannya, maka imej
dirinya bersama keluarga amat rendah. Ini bererti, dia mungkin merasa
kurang diterima dalam keluarganya.

Tetapi apabila dia bersama orang luar, dia dipuji dan dihargai,
maka imejnya akan meningkat dan dia akan bertindak balas dengan
baik. Perbualannya penuh sopan santun dan sebagainya, kerana
dia berada di sekeliling orang-orang yang menghargai apa yang
dilakukannya. Orang yang pemarah adalah orang yang takut; takut
kehilangan dan takut tidak dihormati.

Orang yang marah akan berasa takut kerana dia bergantung


kepada manusia dan penghargaannya, bukan kepada Allah s.w.t.
Contohnya sesiapa yang bergantung kepada jawatan, akan bimbang
jawatanya itu hilang.

BAB 1: Maafkan Diri Anda Dan Orang Lain 5


Sesiapa yang bergantung kepada Allah, dia akan sentiasa kuat
dari segi mental dan fizikalnya, kerana dia tidak memikirkan mengenai
apa yang orang lain katakan. Orang yang tidak yakin kepada diri sendiri
adalah orang yang mudah marah dan tidak menfokuskan keyakinan
kepada nilai yang tersirat, iaitu makna dan ganjaran perbuatan yang
sebenar adalah di sisi Allah s.w.t.

1.3 Pemudahkan Memberi Kemaafan...

"Ahmad telah memaafkan kesalahan rakannya. Tetapi dia masih


ragu-ragu samaada mereka masih boleh berkawan baik semula

Orang yang melakukan kesalahan, sebenarnya berada dalam aura


atau ekspresi yang berlainan. Manakala orang yang telah memaafkan
juga berada dalam ekspresi yang berlainan. Terdapat 3 ekspresi pada
diri manusia iaitu :

1.Fizikal
2.Rohani
2.Emosi

Antara ketiga-tiga ekspresi ini, rohani adalah yang paling tinggi.


Unsur kerohanian yang tinggi akan membawa diri lebih hampir
kepada Allah, sekaligus mudah menerima dan menyesali kesilapan.

Apabila seseorang itu membuat kebaikan, seperti mudah


memaafkan orang, dengan sendirinya kehidupannya akan bertambah
baik. Orang yang memaafkan itu akan melihat kehidupannya lebih
aman dan harmoni.

6 BAB 1: Maafkan Diri Anda Dan Orang Lain


Hal ini dapat membuka mata dan menyedarkannya bahawa
persengketaan, sifat marah ataupun berdendam langsung tidak membawa
kebaikan kepada kehidupan. Oleh itu, minda yang positif penting bagi
untuk menangani emosi, supaya aura ketenangan diri dapat dirasai.

Kesimpulan
Manusia hidup di dunia ini hanyalah sementara. Oleh itu, carilah
sebanyak mungkin keredaan Allah supaya ia dapat menjadi bekalan di
akhirat nanti. Janganlah hidup di dunia ini hanya untuk marah, dan tidak
mahu memaafkan orang lain kerana ia adalah sifat mazmumah dan amat
merugikan kita. Oleh itu, kita perlu mudah memaafkan orang insya-Allah,
orang lain juga akan mudah memaafkan kita, dan hidup kita akan lebih
bahagia di dunia dan akhirat.

BAB 1: Maafkan Diri Anda Dan Orang Lain 7


BAB 2: Imej Diri Adalah Cermin Kehidupan 9
BAB 2

Imej Diri
Adalah Cermin
Kehidupan
- Banyakkan memuhasabah diri kerana itu
kunci mengenal kelemahan dan kekuatan
diri...

10 BAB 2: Imej Diri Adalah Cermin Kehidupan


Imej diri ialah apa yang kita lihat pada sifat dalaman diri kita
berdasarkan pandangan mata hati. Dengan melihat imej diri kita kita
akan dapat melihat mengapa kita berperangai seperti sekarang.” Secara
ringkas, imej diri juga dapat didefinasikan sebagai sikap luaran kita,
sepertimana yang kita niatkan dan fikirkan di dalam hati .

Itulah imej diri yang dapat kita lihat dalam diri kita. Jika imej
kita adalah seorang ‘pemenang’, ‘baik’, ‘solehah’ dan sebagainya,
maka imej diri kita akan menjadi positif, dan ia akan membentuk
sikap kita. Setiap apa yang dilakukan oleh manusia adalah berdasarkan
‘blue print,’ iaitu pelan dalaman diri yang terbentuk daripada imej diri
mereka sendiri.

Apabila imej diri seseorang itu baik, maka tindak balas tubuhnya
akan berfungsi ke arah kebaikan. Imej dalaman yang baik ditentukan
oleh minda yang berfikiran baik, kerana minda mengawal segala tindak
balas dan terbukti lebih kuat daripada fizikal. Hal ini disebabkan fizikal
menjalankan apa yang disuruh oleh minda.

Faktor kekuatan dalaman sangat penting dalam diri seseorang


kerana ia dapat menentukan faktor luaran seseorang. Jika seseorang
berfikiran positif maka semua tindak balas dalaman yang dilakukan
oleh tubuh, percakapan, perasaan, emosi, kita akan memberi kesan
kepada dunia luaran. Contohnya, jika kita memberikan senyuman,
orang akan senyum kembali kepada kita. Tetapi jika kita marah, orang
akan memarahi kita pula.

Kebanyakan manusia yang tidak berjaya di dalam kehidupan


adalah seorang yang suka menyalahkan diri sendiri, merungut dan
berfikiran negatif. Oleh itu perbetulkan imej diri, ‘blue print’ dan
paradigma, supaya menjadi positif agar mendapat kejayaan dan dapat
membuat perubahan dalam kehidupan. Selagi seseorang itu tidak mahu

BAB 2: Imej Diri Adalah Cermin Kehidupan 11


berubah, maka imej diri tidak akan berubah, dan dunia mereka juga
tidak akan berubah.

Oleh itu, setiap apa yang kita lakukan, kita perlu yakin kepada
Allah SWT. Allah akan membantu setiap apa yang kita lakukan jika
kita bersangka baik kepada-Nya. Apabila kita merasa sesuatu perkara
itu dibuat dengan mudah, maka emosi dan tindak balas kita akan
memperolehi keyakinan melakukannya dan kita akan lebih mudah
berjaya dalam kehidupan.

2.1 Bentukkan Imej Diri dengan Memberi


Contoh yang Baik
"Anak-anak saya masih kecil. Saya terfikir untuk memberi
penekanan terhadap adab dan akhlak mereka. Saya tercari-cari
pendekatan yang sesuai."

Bagi membentuk imej yang baik di dalam diri kanak-kanak, maka


sediakan persekitaran yang baik, iaitu apa yang mereka dapat dengar,
lihat dan alami semasa kecil. Pada usia 0-6 tahun, minda segar kanak-
kanak seolah-olah terbuka luas minda cilik ini hanya perlu diisi, maka
dia akan mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh ibu bapanya. Oleh
itu, jika kita ingin membentuk anak yang baik, maka tunjukkanlah
contoh yang baik di hadapan mereka, dan di belakang mereka.

12 BAB 2: Imej Diri Adalah Cermin Kehidupan


2.2 Kerjasama Ibarat Sebuah Bangunan
Teguh
"Ali merupakan seorang pekerja yang sangat senang bekerjasama
dengan orang lain tetapi rakan-rakan sekerjanya tidak suka
memberikan kerjasama. Kadangkala, terdetik di hati beliau
supaya mementingkan kerja sendiri sahaja."

Manusia tidak boleh berubah melainkan mereka membuat


perubahan kepada diri mereka sendiri. Mulakan dengan membuat
perubahan kepada diri sendiri dengan menunjukkan sikap yang baik,
supaya orang lain nampak bahawa kita adalah seorang yang mahukan
kebaikan. Selain itu, bertanyalah kepada diri sendiri, adakah ramai orang
menyayangi diri kita? Jika ramai orang yang tidak sayang atau tidak
suka kepada kita, maka kita perlu memperbetulkan diri kita dahulu.
Jika tidak mendapat kerjasama daripada orang lain, tidak mengapa,
teruskan berbuat baik. Jangan berputus asa dan apabila ingin menegur,
berikan kata-kata pujian terlebih dahulu.

2.3 Berhenti Menyalahkan Diri Sendiri


Tiga perkara yang menyebabkan seseorang tidak bahagia:

◊ Suka merungut
◊ Suka menyalahkan diri sendiri
◊ Suka menyalahkan orang lain.

Apabila sesuatu perkara atau musibah berlaku dan kita masih


merungut dan menyalahkan diri sendiri, walaupun sudah lama
berlalu, maka penting untuk kita segera sedar, bahawa kita sudah pun
meneruskan hidup sehingga masa sekarang. Mengapakah kita perlu
BAB 2: Imej Diri Adalah Cermin Kehidupan 13
berfikir dan tertekan dengan perkara yang lepas?

Kita perlu bersikap positif dan jangan sesekali menyesal dengan


apa yang berlaku, sehingga memudaratkan diri dan kehidupan
seluruhnya. Orang yang tidak berjaya dalam kehidupannya adalah
orang yang berfikiran negatif.

Menyesal dengan kesilapan lalu adalah perlu, tetapi jadikannya


teladan. Lakukan perubahan agar tidak berulang lagi dan teruskan sahaja
kehidupan.

Kajian menunjukkan 75% penyakit berpunca daripada minda


seseorang. Minda lebih kuat daripada tubuh badan. Contohnya
manusia boleh sampai ke Mekah dengan hanya membayangkan
Kaabah dan suasana sekitarnya tetapi tubuh badan tetap tidak boleh
sampai ke Mekah.

Untuk mengatasi perasaan sedemikian, mulakan dengan fokus


kepada syukuran. Fokus kepada apa yang Allah SWT berikan kepada
kita dan bukan kepada apa yang kita alami. Seseorang yang yakin
kepada Allah, Allah akan membantunya. Kehidupan akan menjadi
lebih bahagia dan dia tidak akan menyalahkan diri sendiri lagi.

Kesimpulan
Imej diri amat penting dalam diri seseorang kerana ia
membentuk sahsiah dalam diri mereka. Jika imej yang ditunjukkan
itu baik, maka baiklah akhlaknya. Tetapi jika sebaliknya, buruklah
akhlaknya. Oleh itu, jagalah sikap kita ke arah kebaikan supaya
disayangi manusia dan lebih-lebih lagi Allah SWT.
BAB 3

Kehidupan
Ini Penuh
Persoalan
- Kehidupan penuh dengan persoalan yang
mesti dicari jawapannya...-

BAB 3: Kehidupan Ini Penuh Persoalan 15


Allah SWT menciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk
yang diberikan akal yang sempurna untuk berfikir. Jika ingin berjaya
di dunia dan akhirat, bertanyalah kepada diri sendiri. Apakah setiap
amalan yang dilakukan ini bagi mencari keredhaan Allah ataupun
mencari penghargaan manusia?

Jika manusia hanya fokus kepada mencari penghargaan


manusia, mereka adalah golongan yang paling rugi, kerana manusia
hanya hidup sementara sahaja di dunia ini. Tetapi jika seseorang
manusia itu mencari keredhaan Allah, dia adalah orang yang paling
beruntung, kerana amalan dan perbuatan yang dilakukan akan
menjadi bekalan di akhirat nanti.

Seseorang yang ingin berubah di dalam kehidupan, mereka


perlu bertanya kepada diri sendiri.

1.Di manakah kita berada?

2.Ke manakah hala tuju hidup kita?

Persoalan di atas bermaksud di mana kita berada sekarang dan


apa matlamat kehidupan kita di dunia ini.

Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah pasti kita


mengetahui bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan ke akhirat
jua kita akan kembali. Oleh itu, apabila dilahirkan ke dunia ini, mereka
perlu tahu matlamat hidup iaitu dengan menyoal diri mereka, di mana
mereka dan kemana dituju selepas hidup ini.

Kita mesti menilai dari segi 5 aspek,


i. Fizikal
ii. Mental

16 BAB 3: Kehidupan Ini Penuh Persoalan


iii. Kerohanian
iv. Hubungan dengan Manusia
V. Kewangan
Oleh itu, untuk berjaya di dunia dan akhirat seseorang itu perlu
mempunyai lima aspek di atas tadi, iaitu mempunyai fizikal yang sihat,
mental yang kuat dengan membaca buku untuk membina minda,
kerohanian dengan Allah s.w.t, hubungan dengan manusia yang baik
dan tidak mempunyai perasaan dengki serta akhir sekali, kewangan
yang cukup untuk membantu orang lain.

3.1 Jangan Mengungkit Pertolongan yang


di Hulurkan
"Saya ada seorang adik dan beliau adalah seorang doktor. Saya
agak kecewa dengan sikapnya kerana dia selalu mengungkit
bahawa hanya dia seorang sahaja yang selalu membantu ayah
yang sedang sakit."

Jangan sesekali menyebut kembali kebaikan yang pernah anda


lakukan. Anda mungkin sedang diuji oleh Allah s.w.t melalui orang yang
pernah anda tolong dahulu. Doakanlah supaya dia berubah dan suatu
hari nanti dia juga senang membantu orang lain.

Jika anda membantu orang lain kemudian tiba pula waktu


anda memerlukan pertolongan, jangan cepat menghukum. Maafkan
dia kerana mungkin dia juga tidak berkemampuan, ataupun sedang
menghadapi masalahnya sendiri. Sehinggakan dia tidak mampu
memberi pertolongan seperti yang anda harapkan.

Setiap manusia belajar daripada pengalaman dan manusia juga


menjalani evolusi dan kesedaran. Kehidupan manusia sebenarnya
BAB 3: Kehidupan Ini Penuh Persoalan 17
berdasarkan ilmu yang dia tahu dan kesedaran mereka terhadap
apa yang pernah mereka lakukan. Oleh itu, hargailah setiap apa
yang dilakukan, contohnya memberikan kata-kata penghargaan dan
sebagainya, semoga dia berubah, belajar daripada pengalamannya
dahulu dan tahu menghargai orang lain.

3.2 Pastikan Anda Berada di Jalan Lurus...


" Saya sangat ingin melihat kebaikan tersebar di mana-mana.
Sebagai menyahut seruan syariat dan sunnah Nabi s.a.w, saya
mula mempraktikkan dalam kehidupan seharian saya dengan
membuat kebaikan. Tetapi adakalanya saya seolah-olah hilang
motivasi diri apabila berhadapan dengan dugaan dan cabaran."

Orang yang bekerja menyebarkan kebaikan kurang mendapat


penghargaan manusia. Mereka akan lebih banyak menerima cabaran
berupa cemuhan dan layanan buruk daripada manusia. Sebab itu,
orang yang berdakwah, tugasnya amat berat kerana orang akan mencari
kesalahan kita.

Apabila kita melakukan perkara itu dengan tujuan mencari


keredhaan Allah, maka Allah akan melihat usaha kita. Untuk lebih
menghayati setiap apa yang kita lakukan itu kerana Allah, marilah
sama-sama kita perhatikan beberapa aspek penting ini:

i. Niat utama adalah melakukan kebaikan supaya manfaatnya


dapat dirasai oleh semua orang

18 BAB 3: Kehidupan Ini Penuh Persoalan


ii. Berusaha dan terus menerus melakukan kebaikan tanpa jemu
walaupun sekecil membuang pembungkus gula-gula ke dalam tong
sampah

iii. Tahu dan yakin bahawa setiap amal perbuatan hanya dinilai
dan dibalas oleh Allah sahaja

3.3 Tingkatkan Keyakinan Anda !


" Saya gementar apabila berhadapan dengan orang ramai, lebih-
lebih lagi jika diminta menyampaikan ucapan atau syarahan.
Akibatnya saya banyak terlupa apa yang ingin disampaikan."

Apabila terlalu memikirkan tanggapan orang lain kepada kita, maka


minda kita akan sentiasa dibayangi oleh bermacam-macam tanggapan
negatif orang terhadap kita. Gejala seperti ini tidak elok kerana ia dapat
menjejaskan keyakinan diri kita. Kehidupan manusia dipengaruhi oleh
dua kesedaran, iaitu kesedaran ketuhanan dan kesedaran keegoan.
Orang yang ego mempunyai beberapa ciri iaitu:

1. Selalu ingin bersaing dengan orang lain

2. Merasakan dia sahaja yang betul

3. Mudah marah

4. Mahu sentiasa daripada orang lain

5. Suka memikirkan apa yang orang lain kata

6. Mengukur orang lain berdasarkan apa yang mereka ada


seperti pangkat ataupun harta.

BAB 3: Kehidupan Ini Penuh Persoalan 19


Jika kita mempunyai sifat-sifat di atas, ini membuatkan diri kita
menjadi stress tetapi jika kita mempunyai kesedaran ketuhanan, kita
akan mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Tidak bersaing dengan orang lain
2. Selalu mengalah apabila berlaku perselisihan
3. Sentiasa mencari kebaikan orang
4. Sentiasa memperbaiki diri
5. Lemah lembut
6. Murah hati
7. Menerima manusia seadanya.

Amalkan konsep bercakap kerana Allah, kita tidak akan fikir


apa yang orang lain akan katakan. Apabila kita berniat membuat
sesuatu kerana Allah kita tidak akan berasa risau kerana kita
mengetahui bahana penilaian sebenar adalah di sisi Allah dan
bukannya berdasarkan kata-kata orang.

Apabila kita membuat sesuatu dengan niat memberi manfaat


kepada orang lain, maka dengan sendirinya keberanian itu akan
datang kerana Allah bersama kita.

Kesimpulan
Oleh itu, apabila bangun dari tidur, tanyalah kepada diri sendiri
adakah kita mencari keredhaan Allah ataupun mencari penghargaan
manusia. Jika kita mencari keredhaan Allah, segala urusan kita akan
menjadi mudah, dan kita tidak akan merasa tertekan dengan apa
yang orang katakan.

20 BAB 3: Kehidupan Ini Penuh Persoalan


BAB 4

Semaikan
Benih yang
Baik
- Sebuah ladang yang subur bermula
daripada benih yang baik. Begitulah juga
kehidupan kita manusia...-

BAB 4: Semaikan Benih Yang Baik 21


Benih merupakan suatu permulaan kepada semua perkara.
Setiap manusia perlu melihat kepada dunia luaran mereka seperti
kesihatan, kebahagiaan dan kekayaan. Mereka mempunyai hak yang
lahir bersama kelahiran mereka ke dunia ini, iaitu menerima ketiga-
tiga perkara itu tetapi mengapa sesetengah manusia tidak dapat
merasainya? Ini disebabkan kerana benih-benih yang ada di dalam
fikiran mereka.

Umumnya kita sebagai manusia tahu, setiap perbuatan bermula


daripada fikiran, dan fikiran itu bermula dengan siapa yang berfikir.
Contohnya, seseorang yang menonton sebuah rancangan televisyen
yang tidak disukainya, adakah dia boleh bertindak memecahkan
skrin televisyen itu? Jawapannya sudah tentu tidak boleh tetapi
dia mempunyai kuasa menukar siaran rancangan tersebut kepada
rancangan lain.

Begitulah sikap manusia, apabila kehidupan luaran mereka


tidak terurus seperti sakit, susah, tidak bahagia dan sebagainya.
Mereka akan sibuk memperbetulkan diri orang lain, tetapi diri sendiri
tidak pula diperbetulkan. Oleh itu, setiap manusia bertanggungjawab
atas apa yang berlaku dengan keizinan Allah s.w.t seperti kesihatan,
kebahagiaan dan kekayaan dalam hidup mereka. Manusia yang
memilih menjadi begitu, maka jangan menyalahkan orang lain, jika
dia tidak dapat apa yang dimahukan.

Setiap manusia berfikir dengan menggunakan otak. Otak manusia


dua minda, iaitu Minda Segar dan Minda Sedar. Minda Segar beroperasi
selama 24 jam, iaitu melibatkan semua proses organ badan seseorang
seperti menentukan pernafasan, penghadaman dan sebagainya. Ia juga
mempunyai komponan sangat penting dan menentukan 95% daripada
apa yang kita capai. Minda Sedar pula menentukan apakah arahan yang
diberikan kepada Minda Segar. Oleh itu, benih merupakan hasil pilihan

22 BAB 4: Semaikan Benih Yang Baik


yang dibuat berdasarkan Minda Sedar seseorang.

Minda manusia harus mesti dunia luaran mereka, sama dengan


dunia dalaman mereka. Contohnya, jika mindanya mengatakan
kepada dirinya sendiri, bahawa semua orang adalah jahat maka
tafsiran kepada matanya akan melihat semua orang jahat, dan
fizikalnya akan berjumpa dengan orang yang jahat sahaja.

Jika manusia ingin bahagia di dalam kehidupannya, jangan


sekali-kali mengatakan, “Susah hendak menjadi kaya. Jika ingin kaya,
kita tidak ada masa dengan keluarga.”

Perlu diambil berat bahawa sistem kepercayaan, sistem nilai dan


sistem tabiat, dibentuk oleh benih-benih yang disemai oleh ibu bapa
semasa lahir, semasa dalam kandungan, semasa memberi pendidikan.
Benih-benih itu akan mudah masuk ke dalam minda, terutamanya
kepada kanak-kanak yang belum berumur enam tahun.

Pada masa itu, kanak-kanak masih belum dapat berfikir .Maka


dia akan mengikut apa sahaja yang ada di sekelilingnya. Waktu itulah
para ibu bapa perlu menyemai benih-benih yang baik, seperti adab-
adab pergaulan, bercakap benar, hormat-menghormati, mengerjakan
solat, berpuasa dan sebagainya dalam diri mereka. Hal ini supaya
apabila dia sudah meningkat dewasa, dia tahu menjaga dirinya dan
memahami erti melakukan kebaikan yang disuruh oleh Allah dan
meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

BAB 4: Semaikan Benih Yang Baik 23


4.1 Kita Tidak Dapat Mengubah Orang Lain
Mengikut Kehendak Kita
" Saya menegur anak saudara saya kerana tidak suka dengan
penampilannya, pada saya dia mei ikut apa yang saya
cadangkan supaya lebih berketrampilan."

Seseorang manusia tidak dapat mengubah sifat dan perangai


orang lain, melainkan orang itu yng mengubah sendiri. Kita hanya
mampu memberi nasihat, panduan dorongan dan berdoa dengan
harapan, semoga dia diberikan petunjuk oleh Allah SWT untuk berubah.
Dalam hal ini, ingin saya tekankan bahawa pentingnya membentuk diri
dan jiwa seseorang manusia itu semenjak dari awal usia lagi.

Ibu bapa perlu menanam benih-benih yang baik dalam diri anak-
anak, kerana pada masa itulah diri dan jiwa mereka mudah dibentuk.
Benar kata pepatah,, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.
Diri dan jiwa seorang manusia ibarat kain putih, semuanya bergantung
kepada bagaimana kita mencorakkannya.

4.2 Menyemai Benih yang Baik...


Hidup ini sentiasa memerlukan muhasabah dan renungan. Fikir
sejenak dan renung kembali, apakah benih-benih yang salah telah
diletakkan dalam diri kita?

Dengan merenung dan berfikir sejenak, mengingati kembali


dan menganalisis setiap masa dan peristiwa, kita mampu membuat
kesimpulan sebagai teladan dan pengajaran kepada kehidupan
seterusnya. Apabila seseorang itu sudah sedar apa yang dilakukan itu

24 BAB 4: Semaikan Benih Yang Baik


salah, dia perlu bersegera berubah sikap dalam dirinya. Perhatikan
pencapaian anda terhadap beberapa aspek kehidupan ini.

» Kesihatan - Bagaimanakah keadaan kesihatan anda dan


apakah yang anda lakukan bagi mengekalkan kesihatan
yang baik ?
» Kerohanian - Apakah amalan anda seharian? Adakah
banyak yang berfaedah dan membawa keberkatan
ataupun hanya sia-sia ?
» Emosi - Bagaimanakah cara anda menangani situasi
dan menyelesaikan masalah? Adakah mencari jalan
penyelesaian ataupun menambah masalah?
» Hubungan dengan manusia - Jalinkanlah hubungan yang
baik, bantu membantu dan saling menyumbang kebaikan
» Kewangan - Teliti kembali status kewangan anda,.
Elakkan daripada menambah hutang dan berbelanjalah
kerana keperluan dan banyakkan menyumbang untuk
kesenangan orang lain juga

4.3 Jangan Hanya Mengikut, Berusahalah


Memajukan Diri
" Saya buntu dengan pendekatan ibu dan ayah saya yang selalu
menganggap cara saya mendidik anak-anak tidak betul. Mereka
adalah generasi yang mengikut didikan tradisional orang tua-
tua dahulu, sedangkan zaman telah berubah. Pada saya, cara
pendidikan dahulu perlukan beberapa perubahan."

BAB 4: Semaikan Benih Yang Baik 25


Orang yang hanya suka mengikut orang lain, tetapi tidak berusaha
memajukan diri sendiri adalah orang yang tidak berjaya. Orang yang
paling berjaya ialah orang yang yakin dan berusaha mengikut satu
sistem kehidupan pilihannya yang dibuat, tanpa terikut-ikut dengan
orang lain.

Orang yang suka menyaingi orang lain akan mudah stress, banyak
penyakit dan sebagainya, akan mendapat 5% daripada kekayaan.
Tetapi, orang yang dapat mengawal diri, maka dia akan mendapat
95% daripada kekayaan. Orang seperti ini akan merasa tenang, sihat
dan bahagia kerana tidak terikat dengan orang lain dan tidak berasa
tertekan dengan kata-kata dan tanggapan negatif orang lain.

Dia akan sentiasa teguh dengan prinsipnya dan menjalankan


kewajipan sesempurna yang mungkin mengikut panduan agama.

Kesimpulan
Sesetengah manusia susah untuk berubah, kerana seseorang
itu tidak memiliki kepercayaan bahawa dia boleh berubah. Sistem
genetik tidak dapat menentukan fizikal luaran kita, manakala sistem
kepercayaan kita akan menentukan biologi, kesihatan, kebahagiaan
dan kekayaan kita.

Bentuklah sistem kepercayaan dengan memasukkan benih-benih


kebaikan yang tepat. Jika seseorang takut dengan virus minda, iaitu
alasan, keluhan, rungutan dan sebagainya maka dia tidak akan bahagia
dan tenang di dunia. Bagi menanam benih-benih yang baik di dalam
diri maka seseorang itu haruslah berfikiran positif. Apa yang paling
penting, ubah diri sendiri sebelum mengubah diri orang lain

26 BAB 4: Semaikan Benih Yang Baik


BAB 4: Semaikan Benih Yang Baik 27
BAB 5

Takut dan
Bimbang Adalah
Racun Kepada
Keyakinan
- Rasa takut itu perlu tetapi biarlah
berpada-pada Biarlah takut yang sebenar-
benar takut hanya kepada Allah, Tuhan
Yang Maha Esa...-

◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada 29


Setiap hari manusia hidup di dunia ini dengan memiliki keajaiban
sama ada disedari ataupun tidak. Berapa ramai orang yang bangun
daripada tidur, merenung dan berfikir bagi melihat keajaiban diri sendiri
iaitu boleh melihat, mendengar, menghidu, bergerak dan sebagainya.

Keajaiban ini bukan sahaja berlaku kepada bahagian luaran fizikal


manusia sahaja, malah di dalam sel manusia sangat banyak berlaku
perubahan. Namun, tetapi manusia tidak menyedarinya. Oleh itu,
apabila seseorang manusia itu berfikir, merenung dan melihat kepada
keajaiban yang ada pada dirinya, maka akan hilanglah rasa bimbang
yang sering bermain di fikiran.

Jika seseorang mengadu bahawa dia mengalami ‘migrain’, maka


dia merupakan seorang yang sering dihantui perasaan bimbang dan
risau. Ini kerana 75% penyakit itu datangnya daripada minda seseorang.

Kita lihat beberapa jenis kebimbangan yang sering menghantui


fikiran manusia antaranya,

◊ Takut sakit
◊ Takut miskin
◊ Takut orang mengata
◊ Takut kehilangan orang yang disayangi.

Mari kita lihat tiga jenis perasaan takut yang banyak menghantui
hidup manusia,

» Pertama : Orang yang terbayang perasaan takut terjadi


sesuatu. Selepas itu, akan timbulnya perasaan bimbang
dalam diri mereka.
Contohnya, bimbang jatuh sakit walaupun rasa sakit
tersebut sedikit sahaja, tetapi perasaan bimbang

30 ◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada


menghantui seolah-olah sakitnya amat teruk. (Contohnya
“Mengapa mata saya merah, tetapi saya masih dapat
melihat. Kenapa jadi begitu? Mata saya akan menjadi
buta ke?”
Soalan-soalan seperti itu menggambarkan status minda
seseorang. Kebanyakan manusia selalu fokus kepada
perkara yang negatif berbanding positif.
» Kedua : Orang yang takut kepada kematian merupakan
manusia yang takut berjumpa dengan Allah s.w.t
disebabkan sedikitnya amalan kebaikan yang dilakukan
di dunia ini. Jika seseorang itu banyak melakukan amalan
kebaikan, dia tidak takut dan bimbang bertemu dengan
Allah s.w.t, kerana dia yakin bahawa hidup di dunia ini
jika patuh kepada perintah Allah, tiada apa yang perlu
ditakuti dan dirisaukan.
» Ketiga : Orang yang takut kehilangan harta benda.
Mengapakah bergantung hidup kepada harta benda? Ini
disebabkan seseorang itu hidup daripada dunia luaran ke
dalam dunia dalamannya.
Contohnya “Saya gembira mempunyai rumah yang cantik,
kereta yang besar, dan harta yang banyak.

Amat malang hidupnya jika dia tidak merenung ataupun membuat


refleksi diri, supaya dapat bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat
hidup di dunia ini.

Harta amat berguna jika dimanfaatkan menjadi bekalan mati.


Apa yang kita tidak mahu ialah akibat menginginkan harta, manusia
menjadi tamak dan lalai sehingga dia lupa bahawa semua yang dimiliki
itu tidak dapat dibawa mati.

◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada 31


Jadi jika seseorang itu hidup dari dalaman kepada luaran maka
bergantungannya kepada Allah SWT sangat tinggi.

Jika dia kehilangan barang, duit dan sebagainya, dengan sendiri


dia akan merasa redha dan merasakan itu bukan rezeki. Berpeganglah
kepada prinsip bahawa “rezeki kita tidak akan dapat diambil tanpa
keizinan daripada Allah SWT.”

Setiap apa yang berlaku pasti ada penyebabnya. Apabila seseorang


itu memiliki keyakinan sebegini, maka dia boleh bermuhasabah
diri dengan berfikir, “Mengapa duit saya hilang? Adakah saya tidak
membayar zakat? Adakah saya tidak menolong orang ataupun saya
telah menganiayai orang lain?”

Dengan bermuhasabah diri, kita dapat meningkatkan ketenangan


di dalam diri dan amalan kepada Allah s.w.t. Setiap yang berlaku
ke atas diri kita, perlu diteliti sebagai teladan dan pengajaran, bagi
memperbetulkan diri kita, supaya tiada perasaan bimbang dalam diri
kita.

Perkataan ‘saya bimbang’ berkait dengan perkara yang belum


berlaku. Contohnya, ketika anak hendak menghadapi peperiksaan, rasa
bimbang sekiranya anak tidak dapat menjawab dengan baik ataupun
bimbang anak gagal dan sebagainya.

Mengapa kita perlu bimbang kerana perkara itu merupakan


kewajipan untuk kita tempuhi dan selesaikan. Oleh itu, tukarlah
perkataan ‘bimbang’ kepada perkataan ‘prihatin’. Contohnya: “Saya
prihatin dengan anak saya yang akan menghadapi peperiksaan.”

Apabila menyebut perkataan yang positif, iaitu ‘prihatin’, tindak


balas akan menjadi positif, dan kita akan proaktif dengan mengambil
tindakan yang positif bertanggungjawab membantunya. Misalnya

32 ◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada


menjaga kesihatan anak dengan menyediakan makanan yang sihat,
menjaga solatnya supaya apabila anak kita menghadapi peperiksaan
,dia di dalam keadaan sihat dan tenang dan berdoa untuk kejayaannya.

Saya membahagikan dan menyenaraikan kehidupan manusia ini


kepada dua bahagian iaitu :

1) Sebelah kiri, tiada ilmu, bimbang, risau dan takut.

2) Sebelah kanan, berilmu, gembira, bersyukur, taqwa dan sihat.

Perhatikan diri kita berada dibahagian mana, sebelah kanan atau


kiri? Jika kita daripada sebelah kiri maka padamlah sifat-sifat golongan
kiri daripada kamus hidup kita dan sebutlah parkataan yang positif
seperti “saya prihatin kepada perkara ini ....”.

Orang yang bimbang adalah orang yang tidak fokus dan tidak ada
tujuan dalam hidupnya. Jika seseorang itu mempunyai tujuan hidup,
dia akan berkata, “Saya ingin memanfaatkan diri saya kepada orang
lain, hidup saya berbakti kepada hamba Allah yang lain.”

Oleh itu, amat rugi sekali jika kita menghabiskan waktu di dalam
hidup kita dengan perkara-perkara negatif, hanya kerana bimbang.
Hapuskanlah perasaan itu dan lawan perkataan bimbang dengan redha,
yakin dan berserah, insya-Allah hidup akan lebih bahagia.

◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada 33


5.1 Hentikan Menilai dan Menghukum Orang Lain

"Abang saya sudah lama tidak berjumpa dengan ibunya kerana


tuduhan yang dilemparkan oleh kakak ipar saya, yang mengatakan
ibu saya mempunyai saka. Dia bimbang pulang ke rumah kerana
takut saka itu boleh mengganggu mereka sekeluarga."

Pertama sekali, kita tidak boleh sekali-kali menghukum orang lain.


Manusia bertindak setakat mana pengetahuan, ilmu dan kepercayaan
yang dia ada. Perlu diketahui bahawa, sistem kepercayaan dan tabiat
membentuk akhlak seseorang.

Apabila berlakunya perkara negatif, kita perlu melihat apa yang


dapat kita pelajari daripada perkara tersebut. Jika kita menyalahkan
orang lain, maka tiada jalan penyelesaian dapat dicapai. Carilah cara
ataupun kaedah yang dapat kita usahakan bagi menyelesaikan masalah
itu.

Jika seseorang itu menunaikan solat, tetapi masih percaya kepada


saka sehingga memutuskan silaturrahim, maka hal itu merupakan dosa
besar kerana menyebabkan perpecahan dalam kalangan keluarga.
Jauhi diri daripada mempercayai perkara-perkara tahyul dan syirik.
Jangan sesekali terpedaya dan percaya, tanpa mengikut panduan dan
bimbingan para alim ulama.’

34 ◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada


5.2 Berdoa Bagi Kesejahteraan Diri, Keluarga
dan Masyarakat
"Ibu saya tidak mahu melepaskan anak-anak berjauhan daripadanya.
Dia merasakan anak-anak hanya akan bahagia dan selamat apabila
berada di bawah jagaannya."

Ibu bapa perlu memahami bahawa kita sebagai manusia tidak


akan selamanya berada di bawah jagaan dan belaian ibu, sebagaimana
ketika umur kita kanak-kanak. Jika tidak, mengapa Allah s.w.t menjadikan
umur kita berperingkat-peringkat? Hal ini jelas menunjukkan bahawa,
pada suatu masa yang ditetapkan seseorang itu akan memikul
tanggungjawab bagi mengurus dan menjaga dirinya sendiri.

Jika ditakdirkan anak itu melanjutkan pelajaran di luar negara


selama 4 tahun, adakah sepanjang empat tahun itu ibu bapa perlu
risau dan bimbang? Jalan yang terbaik, ialah berdoa kepada Allah s.w.t
atas keselamatan anaknya, agar dia dilindungi daripada perkara yang
tidak baik.

Jika kita inginkan Allah menjaga keselamatan anak kita, maka


sebagai ibu bapa, perlulah menjaga urusan dengan Allah. Perbanyakkan
Solat Tahajjud bagi mendapat kasih sayang daripada Allah, insya-Allah
kasih sayang Allah bersama anak-anak. Allah s.w.t merupakan pencipta
dunia ini, semua yang berlaku adalah dengan keizinan daripada-Nya.
Insya-Allah keselamatan anak kita akan dijaga oleh pencipta kita.

◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada 35


5.3 Mengapa Rasa Teraniaya?
"Banyak perkara yang saya tidak suka dan buruk berlaku dalam
hidup saya. Saya merasakan selalu teraniaya dalam semua keadaan."

Apabila berasa teraniaya, kita perlu melihat kepada bentuk


kehidupan yang dikatakan sebagai ‘teraniaya’. Manusia menjalani
kehidupan dalam dua cara:

1.) Merasakan kehidupan ‘berlaku’ kepada dirinya.


2.) Melakukan kehidupannya sendiri.

Jika seseorang itu melakukan kehidupannya, dia bertanggungjawab


atas apa yang berlaku. Contohnya kalau dia gemuk, dia tidak cakap dia
gemuk, tetapi dia cakap isteri masak makanan banyak.

Jika seseorang itu hidup dengan merasakan kehidupan berlaku


kepadanya maka dia memiliki mentaliti sebagai seorang ‘mangsa’ (
menjadi mangsa) seperti selalu dianiaya. Jika kita berfikiran sebegitu
,maka kita akan dilayan oleh dunia luaran kita sebagaimana kita
mengajar dunia melayani diri kita sendiri.

Setiap kali kita dizalimi tanyaloah kepada diri sendiri “Apakah


yang telah aku lakukan, bagaimana aku berfikir, bagaimana aku
bertindak?” Melalui soalan-soalan inilah yang akan kita akan nampak
apa yang menyebabkan orang bertindak sebegitu kepada kita.

Justeru, kita perlu memperbetulkan diri kita dahulu, muhasabah


diri, adakah orang selalu menganiayai kita dan mengapa. Adakah kita
pernah berbuat begitu terhadap orang lain?

36 ◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada


5.4 Ubati Kesedihan, Semoga Anda
Bergembira Menikmati Kehidupan
Saya adalah seorang ayah yang baru sahaja kehilangan dua orang
anak yang kurang upaya. Setiap hari saya bersedih atas kehilangan
mereka. Saya seolah-olah sudah tidak mampu lagi menanggung
kesedihan..."

Jika kita kehilangan anak kerana meninggal dunia dan kita


mengalami kesedihan, berdoalah kepada-Nya, “Ya Allah, ya Tuhanku,Kau
gantilah kesedihan yang ada pada diriku, dengan kebaikan di dunia dan
akhirat.”Sebagai orang Islam, kita wajib yakin kepada Qada’ dan Qadar
Allah SWT, kerana kehidupan dunia ini hanya pinjaman sementara
sahaja, ia bukan milik kita selama-lamanya.

Anak yang tergolong di dalam kalangan OKU (Orang Kurang Upaya)


merupakan ujian dari Allah SWT terhadap keimanan hamba-Nya. Allah
SWT tidak sesekali menzalimi hamba-Nya. Orang yang menjaga anak
OKU, mendapat pahala yang sangat besar. Banyakkan bersabar dan
reda dengan ketentuan Allah.

Dengan berkat kesabaran dan keredaan, insya-Allah kita akan


ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Jika manusia mencari perlindungan selain daripada Allah, Allah


akan mencampakkan perasaan takut di dalam hati mereka. Manusia
seperti ini akan mempunyai banyak perasaan takut seperti takut mati ,
takut miskin dan sebagainya. Perasaan takut ini mesti dibuang daripada
diri manusia kecuali perasaamtakut pada Allah SWT.

◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada 37


Syed Qutub telah menerangkan tiga jenis syirik iaitu:

» Pertama: Syirik dari sudut Aqidah


» Kedua: Syirik dari sudut syariat, iaitu menerima undang-
undang Allah sebahagiannya sahaja tetapi lebih
mengutamakan undang-undang manusia
» Ketiga: Syirik muamalah, iaitu menerima apa yang
diperintahkan oleh Allah, tetapi menjalankannya
mengikut nilaian akal sendiri, bukannya berdasarkan apa
yang Allah dan Rasulnya tetapkan.
Contohnya, Islam menyuruh kita menutup aurat tetapi
kita meletak nilai sendiri dengan memakainya mengikut
kehendak yang kita suka (memakai tudung tetapi
berpakaian ketat sehingga menampakkan tubuh badan)

Syirik akan menjauhkan kita daripada Allah SWT Rasa takut itu
wujud apabila setiap aspek kehidupan kita tiada kebergantungan
kepada Allah SWT. Ini menyebabkan kita sebagai manusia lupa kepada
kuasa yang menentukan segala-galanya, baik dan buruk, duka ataupun
bahagia.

Apabila kita berasa takut, maka kita perlu meneliti diri kita
terlebih dahulu sekiranya ada perkara yang kita lakukan seharian
menjauhkan kita daripada Allah SWT. Bagi orang mukmin, Allah SWT
telah mencampakkan perasaan tenang. Sebagaimana saya telah
sebutkan sebelum ini, sesiapa yang takut kepada Allah SWT, dia tidak
akan berasa takut kepada apa-apa, dan sesiapa yang tidak takut kepada
Allah, diaakan berasa takut dalam banyak perkara.

Konsep kehidupan kita ada dua, iaitu sebelah kanan adalah


keyakinan, dan sebelah kiri pula adalah ketakutan. Seseorang yang

38 ◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada


takut, tidak ada keyakinan maka dia akan risau, bimbang, banyak
penyakit, miskin harta benda dan sebagainya. Ini tidak berlaku kepada
orang yang mempunyai banyak keyakinan , dia akan bahagia, sihat dan
tenang.

Perbezaan orang yakin dan takut ialah ilmu. Ilmu bukan tiba-tiba
sahaja datang, tetapi ilmu perlu dicari. Untuk mengetahui seseorang itu
mencari ilmu atau tidak, teliti wang yang dibelanjakan seperti buku apa
yang dibeli, rancangan apa yang ditonton, seminar apa yang dihadiri
dan sebagainya. Begitu juga berapa ramai daripada kita meluangkan
masa sekurang-kurangnya satu jam bagi membaca buku, membuat
jurnal, membuat perancangan kehidupan dan pelbagai lagi aktiviti yang
berfaedah.

Kebanyakan daripada kita terlampau sibuk sehingga tidak


ada masa melakukan perkara-perkara yang disebutkan tadi. Orang
yang menyebut, “Saya tidak ada masa,” sebenarnya orang itu tidak
pandai membina masa. Sepatutnya kita perlu menyebut, “Tidak cukup
masa.”Apabila kita berkata tidak cukup masa, maknanya kita banyak
sangat perkara yang perlu dilakukan.

Oleh itu kita perlu memadam perkataan ‘takut’. Ubahlah kepada


perkataan yakin, insya-Allah dengan berkat usaha yang dilakukan,

◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada 39


semuanya tidak mustahil menjadi kenyataan.

5.5 Takutlah kepada Allah SWT, Anda Akan


Hidup Bahagia Selamanya..

"Bagaimana mewujudkan perasaan takut kepada Allah SWT?"

Perhatikan dan amalkan beberapa perkara ini:

◆ Peruntukkan masa berfikir dan merenung sejenak.Perhatikan


setiap ciptaan di sekeliling kita, lihatlah keajaiban yang ada pada diri
sendiri dan hayatilah keagungan serta kebesaran Allah melalui alam ini.
Betapa kerdilnya kita.
◆ Dalami ilmu agama seperti ilmu tafsir al-Quran dan Hadis. Dua
sumber utama ilmu ini akan membawa anda kepada mengenal Allah
secara lebih mendalam lagi. Pelajarilah juga ilmu-ilmu keduniaan sep-
erti sains dan teknologi, kerana mampu memberikan anda hujah dan
bukti kehebatan Allah SWT.
◆ Banyakkan membaca dan menyertai kuliah-kuliah agama. Bela-
jarlah sirah para nabi dan rasul kerana sangat banyak pengajaran dan
teladan yang boleh melahirkan rasa takjub dan takut dengan kehebatan
Allah s.w.t.
◆ Bermuhasabah diri agar dapat melembutkan hati kerana diri
kita akan disoal di hadapan Allah pada hari akhirat kelak, tentang apa
yang telah dilakukan semasa hidup di dunia ini. Perbanyakkan zikrullah
agar hati kita sentiasa hidup.

40 ◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada


5.6 Hilangkan Ketakutan dalam Diri Anda...

"Kadang-kadang, dalam hidup seharian, kita diuji dengan pelbagai


perkara yang menimbulkan rasa takut, risau dan bimbang.
Bagaimana mengatasi rasa takut yang timbul ini?"

Perbanyakkan soalan kepada diri. Setiap hari kita perlu tanya tiga
soalan dalam diri kita bagi meningkatkan ‘Integrity Intelligence’.

‘Integrity Intelligence’ ialah apa yang kita sebutkan itu kita buat
alignment. Tiga soalan yang perlu kita tanya pada setiap hari :

◊ Adakah saya hidup dengan diri saya sebenarnya iaitu


dengan roh yang bersih?
◊ Adakah saya mengeratkan silaturahim dengan orang dan
menghasilkan kehidupan yang sempurna? Kita tidak mahu
jadi seperti syarikat sendirian berhad, tetapi kita mesti
menjalinkan hubungan silaturahim dan mengembangkan
ummah.
◊ Apakah impak positif yang saya berikan kepada dunia
setiap hari?

Kajian menunjukkan ketakutan yang paling besar dan banyak


menghantui hampir keseluruhan manusia adalah ketika seseorang itu
berada di khalayak umum. Ini kerana, manusia akan merasakan semua
orang melihat dan menilai dirinya menyebabkan seseorang itu merasa
tertekan. Itu adalah perkara normal.

◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada 41


Apabila kita merasa takut, kita harus terima kekurangan diri kita
itu. Jangan marah diri sendiri bagi mengatasi perasaan takut semasa
berada di khalayak umum. Perhatikan diri sendiri, adakah pada masa
itu, kita hendak tunjukkan kepada orang ataupun kita hendak tunjukkan
kepada Allah?

Apakah yang kita lakukan itu memberi manfaat ataupun mendapat


manfaat? Apabila kita membuat persembahan untuk manusia maka
kita meletakkan reputasi kita di tangan orang lain. Tetapi jika kita
melakukannya kerana Allah, maka berdoalah, “Ya Allah...Ya Tuhanku
dengan ilmu yang aku ada ini, aku ingin manfaatkan kepada orang.”

Dengan adanya fikiran seperti ini, kita tidak akan merasa takut
tampil di khalayak umum dan tidak memikirkan apa orang lain katakan
kerana apa yang kita lakukan ini memberi manfaat pada orang ramai.

Kesimpulan
Cara menghilangkan perasaan bimbang setiap pagi ialah dengan
melakukan tip ini. Iaitu apabila bangun dari tidur, katakan kepada
diri sendiri, “Saya ingin lebih beriman, bertaqwa, bersyukur, berkasih
sayang dan memberi yang terbaik. Saya beriman dan yakin dengan
kuasa dan ketentuan Allah SWT terhadap kehidupan saya.”

Jika setiap saat Allah selalu di hati kita, maka kita akan reda
dengan ketentuan Allah. Akhir sekali, perkataan ‘bimbang’ perlu
dihapuskan daripada kamus hidup kita supaya kita menjadi manusia
yang berfikiran tenang dan positif, insya-Allah.

42 ◆ BAB 5: Takut Dan Bimbang Adalah Racun Kepada


BAB 6

Murah Hati
Adalah Sifat
Terpuji
- Manusia yang paling baik adalah manusia yang
banyak memberi manfaat kepada orang lain...-

BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji 43


Manusia yang inginkan ketenangan, berfikir mengenai apa yang
dapat disumbangkan kepada orang lain, dan bukannya apa yang dia akan
perolehi daripada orang lain. Apabila seseorang hanya asyik memikirkan
apa yang dia akan dapat maka itulah yang akan menimbulkan tekanan di
dalam diri mereka. Tetapi jika seseorang itu suka memberi dan membuat
sesuatu kerana Allah, Allah akan memberikan jalan yang mudah untuk
dirinya.

Jika kita berniat di dalam diri supaya menolong orang, berusahalah


sedaya upaya melakukannya dan tentang bagaimana jalannya, tidak
perlu risau dan bimbang, kerana Allah akan membuka jalan pertolongan.
Selain itu juga, sebagai manusia yang beragama Islam, kita digalakkan
berdoa dan bertawakkal agar segala urusan kita dipermudahkan.

Dengan itu, kita perlulah fokus kepada apa yang dapat kita
sumbangkan dan bukan apa yang kita akan dapat. Apabila kitamempunyai
sifat murah hati, iaitu mementingkan manfaat dan sumbangan kepada
orang lain, lebih daripada diri kita sendiri, maka hati akan menjadi
tenang dan tidak tertekan, kerana kita lebih mencari reda Allah yang
pasti akan diperolehi dan bukan mencari penghargaan manusia.

Janganlah kita menjadi manusia yang suka membantu tetapi tidak


ikhlas. Kita membuat sesuatu perkara supaya di anggap hebat dan
untuk mencari penghargaan manusia. Alangkah ruginya orang seperti
ini pada hari pembalasan di Padang Mahsyar kelak, di mana manusia
akan menghadap Allah SWT.

Pada masa itu, manusia mencari-cari bekalan pahala hasil amal.


kebaikan semasa hidup di dunia. Apakah bekalan untuk dibawa
menghadap Allah SWT nanti, jika semasa umur hidup, kita hanya
mencari penghargaan manusia? Ingatlah bahawa jika kita hidup ini
demi mencari redha Allah, maka kita akan terselamat kerana mendapat

44 BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji


ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Bercakap mengenai kemurahan hati, ia bermula dengan 5 aspek


utama dalam kehidupan manusia iaitu:

◊ Emosi
◊ Fizikal
◊ Intelektual (minda)
◊ Kewangan
◊ Kerohanian

Setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing, iaitu ada


manusia mempunyai tubuh badan yang sihat, ada yang mempunyai
wang yang banyak dan ada pula yang bijak dan sebagainya. Jika kita
mempunyai 5 perkara yang disebutkan tadi, maka kita perlu manfaatkan
bagi membantu orang lain.

Apabila kita bersifat murah hati, insya-Allah kita akan selamat


ketika menghadap Allah SWT nanti. Allah SWT hanya akan melihat
kepada hati yang ikhlas, bukan kepada fizikal kita.

Pergilah ke mana sekalipun, kita tetap membawa hati yang ikhlas


dan hati inilah juga yang menentukan segala sikap manusia. Manusia
yang hidup tertekan sebenarnya gagal mengawal dalaman hati mereka,
lantas menimbulkan emosi yang negatif.

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa segala-galanya bergantung


kepada kemurnian hati. Bersama-samalah kita menuju ke arah
pembinaan hati dan jiwa, mudah-mudahan insya-Allah hilang segala

BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji 45


penyakit.

Mari kita lihat kepada 5 perkara untuk dibincangkan yang berkait


dengan sifat murah hati iaitu:

» Pertama: Fizikal. Mempunyai tubuh badan yang sihat.


Apakah yang dapat kita lakukan? Bagi orang memiliki
tubuh badan yang sihat, gunalah tenaga untuk menolong
orang lain dari segi keupayaan fizikal, hatta sekecil
menolong mengangkat barang dan sebagainya.
» Kedua: Penuh kasih sayang. Kita tidak boleh memberi
kasih sayang jika kita sendiri tidak banyak mengasihi
orang lain. Maksudnya di sini ialah, jika kita tidak banyak
mengasihi orang lain, bagaimana Allah SWT hendak
mengasihi kita? Orang yang tidak mendapat kasih sayang
Allah, hatinya keras, tiada perasaan, maka mustahil untuk
dia memberi kasih sayang kepada orang lain. Sedangkan
Rasulullah SAW yang amat terkenal dengan kemurahan
hatinya, mengasihi semua makhluk Allah yang lain.
Perlu untuk kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW ini
dengan mula menyayangi diri kita sendiri. Kemudian,
barulah kita dapat memberi kasih sayang kepada orang
lain dengan berkat kasih sayang daripada Allah kepada
diri kita.
Hati yang keras tiada perasaan akan mendorong kita
melakukan kejahatan. Apabila kita melakukan kejahatan
,maka kita akan menilai diri kita rendah dan akan
membenci diri sendiri dan membenci orang lain. Oleh

46 BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji


itu, seperti dapat mengasihi dan dikasihi, berilah kasih
sayang kita kepada orang lain. Mudah-mudahan Allah
SWT mengasihi kita.
» Ketiga: Kerohanian (pegangan agama). Kita sudah sedia
maklum berkenaan pepatah buat baik akan dibalas baik.
Jika kita seorang yang berilmu, lebih-lebih lagi ilmu
agama, kita akan gunakannya bagi menolong orang lain
menghampiri Allah SWT. Sia-sia kehidupan ini jika kita
tidak melakukan ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ dengan
menyebarkan ilmu agama sehinggalah semua orang
faham dan mengamalkan Islam di dalam kehidupan.
» Keempat: Kewangan. Bantulah orang yang tidak mampu.
Jika kita seorang yang kaya jangan terlalu kedekut
menghulurkan bantuan dengan harta yang kita miliki.
Harta yang kita miliki adalah milik Allah. Jangan terlalu
sombong dengan kekayaan. Bermurah hatilah dengan
kelebihan kewangan yang diberi kepada kita bagi
menggembirakan mereka yang tidak mampu.
» Kelima: Ilmu. Orang yang banyak ilmu, tidak kira di alam
bidang apa sekalipun, jangan terlalu berkira dengan
ilmu yang dia ada. Tidak perlu mengenakan bayaran
yang sangat tinggi, hanya kerana orang mahukan ilmu
yang kita ada. Berusaha menyebarkan ilmu dengan apa
jua cara dan tindakan agar dapat membantu orang lain
memajukan diri dan masyarakat khususnya.
Lima perkara yang disebutkan tadi menentukan kemurahan hati
, iaitu sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan. Orang yang
ikhlas adalah orang yang menyembunyikan kebaikannya seperti wanita
menyembunyikan darah haidnya. Orang tidak tahu kebaikan yang kita

BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji 47


lakukan. Maka bermurah hatilah kepada sesiapa pun, agar mendapat
ganjaran di akhirat nanti, insya-Allah.

6.1 Perbetulkan Diri, Ikhlaskan Hati...


"Sebagai seorang ieri, saya sering merasa apa yang saya lakukan
di rumah, tidak dihargai oleh suami. Ini mengakibatkan saya
membuatnya secara ala kadar sahaja."

Jika kita membuat sesuatu jangan mengharapkan penghargaan.


Tetapi mesti buatlah kerana kita menghargai orang. Menghargai orang
lain adalah kemuliaan dan kemurahan hati yang terpuji. Ibaratkan diri
kita seperti sebuah gelas yang penuh berisi, maka kita tidak perlukan
penghargaan orang lain. Sebaliknya kita seorang yang menghargai orang
lain. Fokuskan kepada mendapat penghargaan daripada Allah SWT.

Muhasabah diri sendiri, adakah kita daripada golongan yang


apabila membuat sesuatu perkara tanpa diberi pujian, kita akan marah
dan tidak berpuas hati? Jika itu yang berlaku, kita adalah orang yang
tidak mempunyai harga diri, kerana ‘self-esteem’ kita rendah.

Orang yang mempunyai ‘self-esteem’ rendah memerlukan


penghargaan orang lain, tetapi orang yang mempunyai ‘self-esteem’
yang tinggi, apabila mendapat pujian, dia berasa tidak selesa.

Perhatikan 3 jenis manusia ini iaitu :

1) Orang yang langsung tidak mahu melakukan kebaikan

2) Orang yang akan melakukan kebaikan apabila orang lain

48 BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji


baik kepadanya.

3) Orang yang suka melakukam baik dan suka memberi berbanding


menerima.

Golongan yang ketiga ini, dia hidup kerana ingin mencari dan
mendapat makna sebuah kehidupan. Apabila seseorang itu hidup
mencari makna kehidupan, maka penghargaan manusia seolah-olah
tidak memberi makna kerana makna sebuah kehidupan adalah demi
mendapat reda Allah SWT sahaja.

6.2 Penghargaan Perlu, Tetapi Jangan


Tenggelam dalam Penghargaan

" Ketua saya adalah seorang yang bersikap kasar dengan pekerja
dan langsung tidak pernah memberi pujian kepada pekerja
sedangkan, penghargaan sedikit sebanyak boleh meningkatkan
‘Self-Confident’ dalam melakukan sesuatu."

Orang yang mendapat ‘self confident’ melalui penghargaan dipanggil


‘positive impulse psychology’, maka ‘self esteem’ akan menjadi tinggi.
Lihat kepada ikan Dolphin semasa pertunjukannya. Dolphin itu akan
melompat selepas diumpan dengan ikan dan Dolphin tersebut akan
melakukan perkara yang sama berulang-ulang.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah melakukan sesuatu


hanya apabila ada ganjaran. Apabila kita mengharapkan ganjaran
manusia, kita ibarat ikan tadi.

Jika kita bersikap sebegitu, kita adalah golongan yang akan berbuat

BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji 49


baik apabila orang buat baik kepada kita. Tidakkah kita ingin menjadi
golongan orang yang suka memberi tanpa mengharapkan apa-apa
balasan selain ganjaran daripada Allah sahaja. Inilah yang disebut
keikhlasan.

Ikhlas ialah apabila melakukan sesuatu perkara hanya


mengharapkan nilaian balasannya di sisi Allah sahaja, bukannya
mengharapkan pujian ataupun penghargaan manusia.

6.3 Redhalah... Anda akan Beroleh Kegembiraan


Memang pahit mengharungi dugaan dan cabaran kehidupan, tetapi
setiap manusia mempunyai takdir masing-masing. Tidak perlu menyesal
dengan perkara telah berlaku, tetapi carilah bagaimana mengikhlaskan
diri menghadapi kenyataan.

Anggapkan perjalanan hidup seharian adalah hari-hari terakhir anda di


dunia, sudah tentu anda akan merasai setiap perkara adalah nikmat
yang tidak ternilai.

Sebenarnya, rasa sedih dan pilu menyebabkan manusia terperangkap


dengan dunia dalaman diri mereka. Selagi mana kita mencari kebenaran
dan melaksanakan apa yang benar, maka segalanya akan menjadi
kebaikan kepada kita.

Saya bawakan satu contoh seorang pejuang Islam iaitu As-Syahid


Syed Qutb yang telah dipenjarakan. Beliau berasa gembira apabila
dipenjarakan kerana dia memandang perkara tersebut dari sudut
positif. Dia merasakan bahawa dia tidak diganggu untuk mengabdikan
diri kepada Allah, sehinggakan beliau mampu menghasilkan sebuah
karya dari dalam penjara.

50 BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji


Jika orang yang tidak mempunyai wawasan dan dirinya jauh daripada
Allah, apabila ditimpa musibah, dia seperti tidak waras kerana hanya
mampu melihat setakat dinding-dinding batu sahaja sekaligus dia telah
memenjarakan pemikirannya.

Apa yang ingin saya nyatakan ialah, kehidupan ini sebenarnya bukan
apa yang berlaku, tetapi makna yang kita beri kepada apa yang berlaku
terhadap kita.

6.4 Berusaha Membantu Orang Lain


Walaupun Kecil Sahaja

" Imran membenci rakannya kerana dia tidak dapat membantu


masalah kewangan yang dihadapinya. Sedangkan Imran tidak
tahu yang kawannya juga sedang menghadapi masalah yang sama
seperti yang dihadapinya."

Apa yang perlu dilakukan ialah membantu memajukan diri


kita sendiri dahulu. selepas itu, barulah bantu orang mengikut kadar
kemampuan sahaja. Apa yang penting ialah niat ingin membantu,
bukan berapa jumlahnya.

Perlu diingat jika mahu bersedekah, jangan tunggu masa, siapa


ataupun sempena apa baru kita hendak bersedekah. Jadikan sedekah
itu sebagai satu tabiat kepada diri kita. Tabiat ialah tindakan automatik
yang kita lakukan.

Jika kita bergaji kecil, maka bersedekahlah ikut kemampuan kita


walaupun sedikit. Dan jika kita bergaji besar, maka bersedekahlah

BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji 51


mengikut kadar yang sesuai dengan kewangan kita. Jika kita banyak
membantu orang dengan menyampaikan hajat mereka, insya-Allah
segala urusan kita akan dipermudahkan.

6.5 Bergembiralah, Itu Hak Anda Sebagai

" Salmah merasa kecewa dan sedih kerana dia hanya seorang suri
rumah sahaja. Dia merasakan tidak mampu membantu orang lain
termasuk ibu bapanya sendiri."

Jangan menganggap duit itu sebagai ukuran kegembiraan semata-


mata. Kegembiraan yang paling bermakna ialah keluarga yang anda
curahkan bakti dan kasih sayang itu terbina dengan baik, sehingga
kebajikan dan keperluan mental dan fizikal mereka disempurnakan
dengan baik.

Saya nyatakan contohnya, jika seseorang memilih untuk bekerja


maka kita perlu menghantar anak kepada pengasuh. Kita dikenakan
bayaran dan dalam masa yang sama anak kita tidak terjaga dari segi
akhlak, ibadah dan sebagainya.

Sebagai motivasi diri, apabila melihat wajah anak, maka fikirkan,


kerjaya yang kita impikan tersebut untuk tujuan apa? Adakah tujuan
kita bergaji besar bagi mendapat kemewahan dan penghargaan manusia
ataupun redha Allah?

Lihatlah kepada aspek berikut iaitu:

» Pertama : Dari segi fizikalnya ialah menyediakan

52 BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji


makanan yang sihat, menjaga kesihatan tubuh badan
dan sebagainya.
» Kedua : Kesihatan mental pula ditentukan oleh maklumat-
maklumat yang ada di persekitaran mereka, seperti
buku yang dibaca oleh anak, rancangan televisyen yang
ditonton dan siapa kawan-kawannya.
» Ketiga: Agama. Tentukan kaedah pendidikan agama
yang terbaik dan fikir bagaimana hendak masukkan
pengajaran akidah ke dalam diri mereka supaya mereka
dapat berfikir sendiri mengenal Allah SWT bukannya kenal
melalui keturunan dari ibu bapa.
» Keempat : Adab dan akhlak. Bagaimana mengajar
mereka bercakap dan menghomati orang yang lebih tua,
bersalam, bertegur sapa dan sebagainya.
» Kelima : Kewangan. Ajarlah anak kita bagaimana
menyimpan dan membelanjakan wang untuk perkara-
perkara yang diredai Allah s.w.t.
Akhir sekali berkenaan membantu ibu bapa. Dalam hal ini, perlu
diketahui bahawa tiada ibu bapa mengharapkan bantuan daripada
anak-anaknya melainkan mereka memang di dalam kesusahan. Namun
begitu menjadi tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga
dan mengambil berat kebajikan ibu bapa. Ini boleh diberikan melalui
pelbagai cara dan bukannya menghulurkan duit semata-mata.

Kesimpulan
Manusia yang inginkan hidup bahagia di dunia dan akhirat perlu
bermurah hati kepada orang lain. Banyakkan bersedekah, bukan hanya

BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji 53


dengan dengan wang, tetapi setiap perbuatan yang baik menolong orang
lain adalah sedekah. Apabila kita selalu membantu orang, insya-Allah
segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

54 BAB 6: Murah Hati Adalah Sifat Terpuji


BAB 7

Renungilah
Setiap
Nikmat Dalam
Kehidupan
- Masa lalu adalah renungan teladan untuk
melayari kehidupan seterusnya...-

BAB 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan 55


Setiap manusia wajib mensyukuri segala nikmat pemberian Allah
s.w.t terhadap dirinya. Ini termasuklah mensyukuri rezeki pendapatan
yang kita terima hasil daripada usaha dan pekerjaan yang telah kita laku-
kan. Janganlah berdukacita dengan jumlah pendapatan yang kita perole-
hi, sekalipun jumlahnya sedikit. Sebaliknya, sentiasalah memanjatkan
kesyukuran terhadap Allah SWT dan berdoalah kepada-Nya, Mudah-
mudahan kita dibukakan pintu rezeki kepada kita. Di sini, saya ingin
berkongsi dua kisah menarik yang boleh dijadikan iktibar dan tauladan.

Kisah pertama mengenai seorang lelaki yang berpendapatan


bulanan sebanyak RM3000. Dia menetap di ibu kota bersama isteri dan
tujuh orang anak. Kerana kegigihannya bekerja di samping menjaga
segala amalannya dengan Allah s.w.t serta sentiasa bersyukur dengan
apa yang diperolehinya, maka Allah s.w.t memberkati rezeki yang
diperolehi, sehingga beliau mampu menyara keluarganya dengan
sempurna dan hidup bahagia. Persoalannya ialah bagaimana beliau
melakukannya?

Kisah kedua pula adalah mengenai seorang ulama yang mempunyai


dua belas orang anak dan beliau tidak mempunyai pekerjaan yang
tetap. Namun, dia mampu menanggung menguruskan keluarganya
dan hidup bahagia. Persoalannya ialah bagaimana beliau mengurus
kehidupannya?

Sebenarnya selepas diselidiki, kedua-dua orang seperti yang


diceritakan di atas telah melakukan tiga perkara penting di dalam
kehidupan mereka iaitu:

56 BAB 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan


1. Meyakini bahawa setiap rezeki yang diperolehi itu adalah
hasil kurniaan Allah s.w.t dan tidak ada satu kuasa pun
yang mampu menghalang sekiranya rezeki tersebut
sememangnya telah ditetapkan oleh Allah.
Apabila kita yakin bahawa rezeki yang kita terima semuanya
daripada Allah s.w.t dan manusia tidak ada kuasa untuk menghalang
rezeki tersebut dari sampai ke tangan orang yang berhak , maka tidak
akan berlaku sifat mahu berebut atau tamak dengan orang lain.

Kebanyakan manusia suka berebut-rebut dalam perkara yang


mendatangkan keuntungan sehingga sanggup melakukan perkara-
perkara yang negatif. Walhal sekiranya mereka mengetahui, rezeki Allah
S.W.T tersangatlah luas dan melimpah-ruah serta tidak akan habis.

2. Melaksanakan tanggungjawab dalam pekerjaan dengan


penuh ikhlas dan amanah
Seseorang yang faham akan tanggungjawabnya dalam sesuatu
pekerjaan ataupun amalan, maka dia tidak akan melakukan secara sambil
lewa atau menyerahkan kepada orang lain untuk melaksanakannya.

3. Meyakini bahawa Allah SWT maha mengetahui setiap


sesuatu yang hamba-Nya kerjakan serta Allah SWT tidak
pernah memungkiri janji-Nya.
Oleh itu, mulai dari sekarang, sebutlah, “Allah S.W.T tidak
memungkiri janji-Nya.” Ini bermaksud apabila kita menunaikan
tanggungjawab kita sebagai hambaNya, maka Allah SWT akan membalas
segala amalan baik yang kita lakukan dengan balasan yang lebih baik
sebagaimana yang dijanjikan-Nya.

BAB 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan 57


Sebagai hamba, kita perlulah menjaga hubungan dengan Allah
s.w.t seperti mendirikan solat lima waktu, banyak melakukan amalan
sunat dan melaksanakan segala suruhan serta meninggalkan segala
laranganNya. Sebaliknya pula Allah SWT akan menutup pintu rezeki bagi
orang-orang yang lupa kepadaNya dan balasan azab yang pedih diatas
segala keburukan yang dikerjakan.

Berbalik kepada dua kisah sebelum ini. Walaupun mereka tidak


mempunyai pendapatan yang tinggi, tetapi mereka mendapat rezeki
yang berkat lagi diredhai. Malah Allah SWT sentiasa mencukupkan
keperluan mereka bahkan menambahkan lagi sumber rezeki mereka.

Bandingkan pula dengan sesetengah orang yang berpendapatan


besar, tetapi tiada perasaan syukur, maka dalam kehidupan mereka
sentiasa berasakan wang yang ada akan habis dan tidak mencukupi.
Sebenarnya rasa syukur dan berterima kasih atas nikmat pemberian
Allah s.w.t itu memberikan rasa puas dan rasa kerdil dan lemahnya kita
sebagai manusia.

Orang yang meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t


akan sentiasa dihimpit oleh perasaan yang tidak tenteram dan gelisah
yang akhirnya menjadikan hidup mereka tidak bahagia.

Dalam melaksanakan ibadah, seseorang hamba itu mestilah


melakukannya dengan penuh keikhlasan dengan mengharapkan
keredhaan Allah s.w.t. Jadikanlah ibadah yang dilakukan itu sebagai
motivasi diri untuk terus mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Jika tidak, alangkah ruginya segala amal ibadah yang dilakukan


itu kosong dan sia-sia sahaja. Sebagai contoh, jika seseorang itu hanya
taat melakukan kebaikan pada bulan Ramadan sahaja, tetapi selepas
berakhirnya bulan mulia tersebut dia kembali kepada kemaksiatan,
maka dia tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.

58 BAB 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan


Muhasabah diri adalah perkara paling baik yang perlu kita lakukan.
Renungkan nasib diri dan lihat kehidupan kita sekarang. Segala sesuatu
yang kita perolehi sekarang adalah hasil daripada ketulusan pemikiran
kita sebelum ini.

Kehidupan dibentuk oleh pemikiran kita. Apa yang kita kecapi


dan nikmati sekarang adalah hasil daripada apa yang kita fikir, apa
yang kita rasa dan apa yang kita telah lakukan. Dunia dalaman kita
itulah yang akan membentuk dunia luaran kita.

Dalam erti kata lain, dunia dalaman ialah pemikiran, emosi


dan tindak balas kita. Manakala dunia luaran pula adalah kesihatan,
intelektual, kerohanian, hubungan dengan manusia dan kewangan.

Apabila direnungkan, mengapa sesetengah manusia apabila


dia melakukan perkara yang negatif, tetapi mendapat respons yang
positif dari orang ramai? Ada pula yang melakukan perkara yang positif
namun dianggap negatif oleh orang lain? Sebagai contoh jika seseorang
itu melakukan sesuatu kebaikan, tetapi orang lain bersangka buruk
terhadap kebaikan yang dilakukannya, bahkan mengganggap ada udang
di sebalik batu, ingin membodek dan sebagainya.

Ada pula orang yang melakukan kejahatan, namun dia tidak


dipersalahkan malah orang ramai melahirkan rasa simpati terhadapnya
serta mendoakan kebaikan pula untuknya.

Mengapa hal seumpama ini berlaku? Ini berlaku pada situasi yang
berbeza, tetapi cara pemikiran yang berlainan. Di sini akan diterangkan
beberapa formula di dalam kehidupan seharian kita iaitu:

BAB 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan 59


◊ Perkembangan secara beransur-ansur terhadap sesuatu perkara
akan menentukan kepercayaan ataupun terjemahan kepada
apa yang berlaku.
◊ Apabila diterjemahkan secara positif, maka kita akan bertindak
secara positif.
◊ Apabila tindakan kita positif, maka hasil kehidupan kita adalah
hasil yang positif dan baik.

Jika ingin mengetahui apakah persepsi kita, tanyalah diri sendiri


dengan soalan-soalan seperti ini “Kenapa hidup ini berbeza-beza
masalah dan cabaran?” atau “Adakah kita sibuk memperbetulkan
dunia dalaman untuk perubahan dunia luaran ataupun sibuk dengan
dunia luaran kita?”

Renungilah diri sendiri di dalam kehidupan seharian. Adakah kita


daripada golongan yang berfikiran positif ataupun negatif? Jika negatif,
maka ubahlah pemikiran kita ke arah positif kerana tindak balas kita itu
mencerminkan pemikiran yang akan membentuk kehidupan.

7.1 Berikan Teguran Secara Berhemah


Sebelum kita memberi teguran, tentukan ‘akaun emosi’ ataupun
perasaan dan fikiran kita sedang tenang. Berilah teguran dengan penuh
beradab dan penuh kelembutan, agar orang yang kita tegur tidak akan
berkecil hati. Tetapi jika kita menegurnya secara kasar, mengkritik
ataupun memalukannya di hadapan orang ramai, mereka akan sukar
menerima kemungkinan lebih teruk dia memberontak dalam hatinya
dan tidak akan menerima teguran kita.

60 BAB 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan


7.2 Berfikir dan Menerima Secara Positif.
Di sini diberikan beberapa panduan yang berguna bagi meningkatkan
motivasi diri seperti berikut:

1.Berterima kasih kepada orang yang menyakiti hati kita


kerana dialah yang membuatkan kita rasa tabah. Apabila
orang sakitkan hati kita dengan tidak bertegur sapa,
maka kita patut bersyukur kerana sikapnya mengajar kita
erti ketabahan.
2.Berterima kasih kepada orang yang pernah menipu kita
kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita
supaya lebih berwaspada pada masa-masa akan datang.
3.Berterima kasih kepada orang yang tidak mengendahkan
diri kita, kerana dialah yang memupuk diri dan jiwa kita
supaya berdikari.

Pupuklah rasa bahagia dengan berfikiran positif. Apabila kita


fokus mencari keredhaan Allah, jika tiada ramai kawan sekalipun,
kita tidak akan berasa tertekan kerana kita yakin, cukuplah Allah SWT
bersama kita.

7.3 Hati dan Jiwa Bersih Menghasilkan


Pemikiran Positif
Para ulama ada mengajar kita ilmu mendekatkan diri dengan
Allah S.W.T ataupun lebih dikenali sabagai Ilmu Tasawuf. Salah satu
kitab yang patut dibaca ialah “Riyadhussalihin” karangan Imam
Nawawi rahimahullah dan kitab ‘Ihya Ulumuddin’ karangan Abu Hamid
Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafe’i atau lebih
dikenali sebagai Imam Al-Ghazali.

BAB 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan 61


Kedua-dua kitab ini banyak memberi panduan berguna kepada
kita berhubung cara-cara membersihkan diri dan jiwa, seterusnya
melakukan kebaikan. Selain daripada itu, buatlah diari sendiri dan
bahagikan halaman diari tersebut kepada dua kolum, iaitu sebelah
kanan dan sebelah kiri.

Catatkan aktiviti harian yang kita telah lakukan pada sebelah


kanan untuk perkara positif dan pada sebelah kiri untuk perkara negatif.
Kemudian lihatlah hasilnya, yang mana satu yang banyak kita lakukan
perkara positif ataupun negatif.

Kajian saintifik menunjukkan, sekiranya seseorang itu melakukan


sesuatu perkara secara berulang-ulang selama 21 atau 30 hari, maka
perkara itu akan menjadi satu tabiat atau rutin bagi dirinya. Dengan cara
tersebut, kita akan mendidik diri kita untuk melihat kelemahan sendiri
dahulu. Secara tidak langsung akan membentuk sikap kita supaya tidak
bangga diri dan merasa diri sentiasa betul dan orang lain salah.

7.4 Hadapi Orang Sekeliling Anda dengan


Bersikap Sederhana dan Rendah Hati
"Rahman menghadapi masalah dengan rakan-rakannya apabila dia
sering diejek dan dipermainkan, kerana dia cuba berubah untuk
bersikap positif."

Jika anda memilih untuk berubah dan bersikap positif, sudah


tentu corak pemikiran dan tindak tanduk anda tidak akan sama dengan
orang lain.

Reaksi orang di sekeliling terutamanya yang rapat dengan


anda adalah cabaran. Jangan sesekali memarahi sahabat anda, tetapi

62 BAB 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan


kasihanilah dia. Doakan agar hatinya terbuka menerima kebaikan. Jika
teman-teman tidak dapat menerima perubahan sikap anda, mereka
sebenarnya bertindak berdasarkan ilmu yang mereka ada setakat itu
sahaja. Maka kefahamannya terbatas dan tidak dapat berfikir jauh lagi
seperti yang anda lakukan.

Orang yang kurang ilmu lebih-lebih lagi ulmu agama maka


kuranglah akhlak dan keimanannya. Namun, ada juga orang yang
rajin mengerjakan solat, tetapi akhlaknya tidak baik. Mengapa perkara
sebegini berlaku?

Terdapat perbezaan antara ‘mengerjakan’ solat dan ‘mendirikan’


solat. Mengerjakan dan mendirikan mempunyai makna yang berlainan.
Mengerjakan bermaksud seseorang itu melakukan solat dengan gerak
geri tubuh sahaja, manakala mendirikan solat pula ialah mendirikan
solat dengan jiwa kerohaniannya.

Oleh itu, jangan membiarkan suasana mengubah diri kita tetapi


kitalah yang mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Jangan
sesekali menyalahkan orang lain dan tentukan ‘dunia dalaman’ kita
membentuk ‘dunia luaran’ agar beroleh kebahagiaan di dunia dan
akhirat.

7.5 Jangan Sesekali Menyalahkan Diri Sendiri


Sesiapa yang tidak mahu kebahagiaan, maka buatlah 3M ini:
Menyesal, Merungut dan Mengeluh.

Apabila sesuatu perkara sudah berlaku, itu adalah qada’ dan


qadar. Maka kita perlu reda menghadapinya. Apabila seseorang itu
bebas daripada penghargaan manusia dan hanya mencari keredaan
Allah SWT maka dia akan tenang di dunia dan akhirat.

BAB 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan 63


Penting diingatkan bahawa jika sesuatu perbuatan atau amalan itu
dilakukan demi mencari penghargaan manusia, maka kita akan mudah
berasa kecewa dan menyesal, apabila tidak mendapat penghargaan
sewajarnya dari manusia. Sebaliknya, jika kita melakukannya kerana
Allah SWT ketahuilah bahawa Allah SWT tidak akan menganiaya hamba-
hamba yang taat kepadaNya dan Dia akan memberi ganjaran yang
berlipat ganda.

Oleh yang demikian, sentiasa bersikap positif dan lakukan semua


perkara kerana Allah s.w.t. Carilah redha Allah s.w.t dan bukannya redha
manusia. Sentiasa mengatakan hari esok adalah lebih baik daripada
hari ini. Ketahuilah tujuan kita dihidupkan di dunia ini dan lakukanlah
segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kesimpulan
Renunglah diri sendiri. Apa yang kita inginkan di dalam kehidupan
yang hanya sementara ini? Adakah dunia ini hanya untuk kita berseronok-
seronok ataupun untuk kita mencari sebanyak mungkin keredhaan Allah
SWT? Ketahuilah, kesenangan dunia itu hanyalah sedikit dan akhirat itu
lebih baik bagi orang yang mengabdikan jiwa dan raganya kepada Allah
SWT.

64 BAB 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan


BAB 8

Kesihatan
Tidak Ternilai
Dengan Harta
dan Wang
- Hargailah waktu sihat sebelum datangnya
waktu sakit...

BAB 8: Kesihatan Tidak Ternilai Dengan Harta Dan Wang 65


Kebanyakan manusia merancang mencari wang sebanyak
mungkin, untuk menjadi kaya dan berharta, tetapi tidak pernah
merancang bagaimana menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan diri.
Ramai juga diantara kita membeli insurans hanya kerana berasa takut
dengan tanggapan minda bahawa kita akan dihidapi penyakit kritikal
pada masa akan datang.

Lalu pada waktu usia muda lagi sudah mula mencari insurans.
Kalau awal-awal lagi kita sudah beranggapan kita akan ditimpa penyakit,
itu ianya seolah-olah seperti merancang untuk sakit. Mengapa kita tidak
merancang kehidupan seharian bagi mengelakkan daripada terkena
penyakit?

Mengapa kita tidak menjaga amanah Allah yang memberikan


tubuh badan yang sihat kepada kita? Kita perlu tahu bahawa tubuh
badan bukanlah milik kita yang mutlak, tubuh badan kita adalah amanah
daripada Allah S.W.T untuk dijaga dan digunakan ke arah mengabdikan
diri kepadaNya.

Jika seseorang itu sudah menghidap penyakit dan tahap obesiti


badan yang tinggi tetapi masih lagi tidak mengawal pemakanan
sehingga memudaratkan diri maka hukumnya haram kerana dia telah
menzalimi tubuh badannya sendiri malah tidak menjaga amanah yang
Allah berikan.

Perancangan kesihatan perlu dibuat lebih awal. Contohnya seorang


ibu mengandung akan makan makanan yang berzat dan juga tidak ada
bahan perasa yang banyak. Para peniaga makanan pula dinasihatkan
jangan terlalu banyak menggunakan bahan perasa demi keuntungan
tetapi makanan yang disediakan tidak sihat.

Hidup ini kalau hendak sihat, maka kita mesti sihatkan orang lain
dengan perniagaan kita. Jadi selain daripada keuntungan, kita juga dapat

66 BAB 8: Kesihatan Tidak Ternilai Dengan Harta Dan Wang


membantu orang lain kita dan akan diberikan ganjaran pahala, insyaallah.

Apa yang penting, siapa pun kita sebenarnya, janganlah mencari


wang semata-mata. Kita merancang kekayaan, tetapi tidak merancang
kesihatan. Jangan kerana kita memiliki wang, maka kita hanya
mementingkan selera sahaja tanpa mempedulikan kesihatan tubuh
badan.

Sesiapa yang tidak menjaga kesihatan daripada sekaran,


sebenarnya orang itu mementingkan diri sendiri, makan tanpa ada
pantang hanya mengikut hawa nafsu sahaja. Apabila sudah jatuh sakit,
dia akan menyusahkan orang lain bagi menjaganya. Jika kita hidup
dengan berniat menjaga kesihatan supaya dapat mengabdikan diri
kepada Allah, tidak mahu menyusahkan orang supaya efektif, maka
Insyaallah minda kita akan fokus ke arah kesihatan.

Di dunia ini, setiap langkah yang kita lakukan hanya untuk Allah.
Menjaga kesihatan supaya mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk
manusia. Untuk melakukan aktiviti sihat seperti bersenam perlulah
melihat kepada dosa dan pahala juga. Janganlah asyik bersenam
sehingga terlepas waktu solat. Jangan terlalu memaksa diri sehingga
badan kepenatan daripada melakukan ibadah kepada Allah. Carilah
jurulatih yang sama jantina di gimnasium dan pakailah pakaian yang
menutup aurat yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan.

Orang yang berjaya akan berusaha melakukan aktiviti sihat yang


kebanyakan orang lain merasakan sukar contohnya seperti senaman.
Senaman merupakan aktiviti yang kurang disukai ramai.

Apa yang penting ialah mencari jalan bagaimana hendak


menjadikan aktiviti itu sebagai satu tabiat. Tabiat adalah perkara yang
dilakukan secara automatik.

BAB 8: Kesihatan Tidak Ternilai Dengan Harta Dan Wang 67


Untuk menjadikan ianya sebagai satu tabiat, saya menyarankan
agar kita membuat satu borang. Lebih elok jika dilakukan bersama-sama
suami dan isteri. Tulis dan catatkan “Saya berjanji melakukan senaman
selama 20 minit, 3 kali seminggu.” Jika anda berkemampuan, tetapi
tidak tahu bagaimana memulakan senaman, bolehlah mendapatkan
khidmat jurulatih persendirian di gimnasium.

Akhir sekali fokuskan kepada makanan sihat dan bukannya


makanan yang sedap. Memang kita telah membuat kerja rumah, tetapi
kita cuma aktif fleksibiliti. Kita perlu membuat aerobic seperti senaman
breath walking selama 30 minit. Ia amat baik untuk kesihatan kita.
Lakukanlah sebagai satu tabiat dalam kehidupan seharian.

8.1 Makanan Tambahan (Supplement)


Sangat Membantu Kesihatan Anda!
"Pakar-pakar pemakanan mencadangkan pengambilan makanan
yang sihat. Adakah supplement masih lagi diperlukan, jika saya
sudah mengambil makanan yang sihat dan seimbang?"

Dahulu saya tidak mempercayai fungsi vitamin daripada produk-


produk makanan tambahan tetapi sekarang saya menyedari bahawa
tubuh badan kita memerlukan kadar nutrisi tertentu bagi mengekalkan
tahap kesihatan tubuh badan.

Sebenarnya segala makanan dihasilkan daripada tumbuhan ‘top


soil’. Zaman dahulu tumbuhan ‘top soil’ sangat tinggi kandungan
nutrisi. Apa jua nutrisi dalam tanah akan diserap oleh tumbuhan yang
kemudiannya dihasilkan untuk dimakan oleh manusia. Tetapi lama
kelamaan apabila zaman sudah berubah semakin moden, kadar nutrisi

68 BAB 8: Kesihatan Tidak Ternilai Dengan Harta Dan Wang


per gram didalam tumbuh-tumbuhan semakin kurang.

Saya merujuk kepada buku Think About Nutrition Medicine your


Doctor be not Telling-Killing you by the race strength. Penulis buku
ini mengatakan kita memerlukan sejumlah micro ataupun element
tertentu. Katakanlah kita memerlukan sejumlah vitamin daripada sayur
bayam, maka kita perlu makan sebanyak setengah kati bayam untuk
mendapatkan kadar jumlah vitamin yang diperlukan. Adakah kita
sanggup makan bayam sebanyak itu?

Jadi dengan adanya supplement atau makanan tambahan pada


hari ini, para pengeluar telah menghasilkan sejumlah nutrisi dalam
bentuk kapsul, tablet dan sebagainya sebagai makanan tambahan yang
kita makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi menepati keberkesanan
dan kadar nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Begitu juga dengan ubat yang diberikan oleh doktor. Ubat tersebut
sangatlah bagus kerana setiap 100 gram ubat itu dapat memberi kesan
yang cukup dengan keperluan tubuh badan kita. Tetapi jika ubat
tradisional seperti akar kayu contohnya memerlukan sukatan tertentu
yang banyak seperti campuran beberapa jenis akar yang kemudiannya
direbus dalam sejumlah air yang banyak.

Apa yang menjadi masalah ialah kita tidak tahu komponen


nutrisinya secara tepat dan tiada kajian yang menyeluruh mengenai
keberkesanannya. Cuba fikirkan, bagi mendapatkan kesan efektif
komponen nutrisinya perlu minum 7 gelas air akar kayu yang tentunya
membuatkan kita kembung perut.

Sama juga jika kita makan makanan seimbang tanpa ada


supplement tambahan, keberkesanan melalui nutrisinya adalah rendah
kerana kita tahu sekarang pencemaran sangat berleluasa. Akibat
pencemaran, banyak kandungan nutrisi di dalam makanan kita hilang

BAB 8: Kesihatan Tidak Ternilai Dengan Harta Dan Wang 69


contohnya bahan anti-oksida.

Kita perlukan bahan anti-oksidan sebagai ‘mop’ bagi membuang


bahan ‘free radical’ yang beracun. Setiap kali tubuh kita menghasilkan
metabolisme, ia akan membebaskan ‘free radical’ dan ini akan
merosakkan ‘gen’ jika dibebaskan dalam jumlah yang banyak, malah
akan menjadi kanser ataupun penyakit kronik yang lain.

Sebab itu, orang yang merokok, matanya berisiko tinggi untuk


cepat rosak kerana mengandungi terlalu banyak bahan ‘free radical’ di
dalam rokok yang merosakkan sel retina. Oleh sebab itu, penting bagi
kita mendapatkan vitamin yang mencegah bahan ‘free radical’.

Dalam satu hari kita memerlukan lima ribu ORAC ( Oxygen Radical
Absorbance Capacity ) atau bahan penyerap radikal. ORAC banyak di
dalam ulam, bayam dan bahan tumbuhan asli yang tidak diproses,
oleh sebab itu supplement yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan
asli yang tidak diproses, lebih baik kualiti dan keberkesanan nutrisinya
daripada makan sayur. Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan
supplement supaya dapat membekalkan kadar nutrisi yang cukup
dengan keperluan tubuh badan kita.

70 BAB 8: Kesihatan Tidak Ternilai Dengan Harta Dan Wang


8.2 Berhati-hati dengan Apa Jua Produk.
Kenalpasti dan Dapatkan Nasihat Pakar

"Sekarang ini terdapat banyak produk-produk herba dijual. Ada


sesetengah peniaga mengatakan ubat-ubatan daripada doktor
hanya menyekat penyakit dan bukannya merawat penyakit."

Saya tidak dapat memberi komen mengenai keseluruhan produk


herba yang banyak terdapat di pasaran, sedangkan dan ada sesetengah
produk yang bagus. Apa yang penting ialah kejujuran di dalam
perniagaan. Pastikan bahan yang dijual betul-betul memberikan kesan
dan khasiat yang baik kepada pengguna. Masalah akan timbul apabila
para pengeluar hanya mencipta produk bagi mendapatkan keuntungan
semata-mata dengan meletakkan apa-apa bahan yang tidak terbukti
khasiatnya melalui kajian saintifik.

Oleh itu, saya menyarankan supaya sebelum menggunakan


apa-apa produk herba, mestilah dapatkan maklumat mengenainya. Jika
tiada maklumat diperolehi, saya sarankan agar tidak menggunakannya.

Jika ada yang mengatakan ubat doktor tidak bagus, jangan


sesekali dengar dan percaya. Pengalaman saya merawat kebanyakan
pesakit yang tidak mahu makan ubat yang diberikan oleh doktor, ialah
penyakit yang mereka alami bertambah buruk dan tidak berkurang
sedikitpun. Malah akhirnya mereka terpaksa mendapatkan rawatan di
hospital.

Penting bagi kita mengetahui bahawa proses menghasilkan


sesuatu ubat itu memerlukan ‘research’ atau kajian secara teliti setiap
tahun selama lima tahun. Apa yang sangat perlu kita berikan perhatian

BAB 8: Kesihatan Tidak Ternilai Dengan Harta Dan Wang 71


ialah, walaupun penghasilan ubat itu bukan daripada doktor beragama
Islam, tetapi pakar-pakar perubatan yang bukan Islam ini mempunyai
etika bekerja dan kejujuran yang melebihi orang Islam sendiri.

Orang yang berjaya akan menjaga kesihatannya dengan menjaga


setiap apa yang dimakan. Seperti mana dia menjaga apa yang masuk ke
minda begitu jugalah apa yang masuk ke fizikal kita. Utamakan benda-
benda yang memberi manfaat positif kepada fizikal dan mental kita,
agar hidup sentiasa sihat sejahtera.

8.3 Mulakan Hari Anda dengan Sarapan Pagi


Terbaik
Untuk sarapan pagi, makan makanan yang mengandungi protein
yang tinggi, kerana jenis makanan ini akan membuatkan kita kenyang
dan melambatkan rasa lapar.

Makanan seperti nasi lemak tidak sesuai kerana selepas 2 jam


kita akan terasa lapar. Ini kerana nasi lemak mempunyai kandungan
karbohidrat yang tinggi.

Kesimpulan
Ketahui berat BMI anda. Kemudian tentukan senaman yang sesuai
dan membantu membakar lemak. Tentukan fokus seharian kepada
makanan yang sihat dan bukannya makanan yang sedap. Apabila
bertandang ke majlis-majlis keduri dan sebagainya, makanlah berpada-
pada. Jagalah kesihatan sejak usia muda lagi dan jangan sampai terkena
penyakit, baru kita hendak menyesalinya.

72 BAB 8: Kesihatan Tidak Ternilai Dengan Harta Dan Wang


BAB 9

Emosi Adalah
Sifat Dalaman
yang Meracuni
- Kawal emosi anda. Jika tidak, ia mampu
memusnahkan kehidupan...-

BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni 73


Kebanyakkan manusia menghabiskan masa dan wang ringgit
bagi kesihatan fizikal mereka. Tetapi dalam masa yang sama, mereka
lupa kepada kesihatan dan kebersihan jiwa mereka. Ada orang yang
mempunyai rupa paras, nama ataupun kedudukan yang tinggi tetapi
perbuatan dan tingkah lakunya tidak disukai oleh ramai orang. Ini
berpunca daripada dalaman dirinya yang tidak bersih menyebabkan
perbuatan dan tindakan luarannya dibenci oleh orang ramai.

Berbalik kepada tajuk yang dibincangkan, mari kita lihat kepada


3 komponen di dalam diri manusia iaitu:

1) Tubuh badan
2) Emosi
3) Minda ( pemikiran )

Tubuh badan berkait dengan kesihatan fizikal. Meskipun begitu,


kita perlu tahu bahawa apa yang dimanifestasikan kepada fizikal ialah
pengaruh daripada emosi dan pemikiran kita.

Emosi ialah satu perasaan dalaman diri yang orang lain tidak
boleh kawal. Jika emosi tidak sihat, maka ia akan membawa kepada
sakit fizikal. Ini telah dipersetujui oleh para doktor seluruh dunia.
Contohnya seperti ‘stress’ atau tekanan perasaan boleh membawa
kepada penyakit lemah jantung, tekanan darah tinggi, malah lebih
teruk penyakit mental. Jika seseorang itu ingin sihat fizikal, dia perlu
menjaga kesihatan dari segi minda dan emosinya dahulu.

Oleh itu, tindak tanduk fizikal kita dipengaruhi oleh emosi


dalaman yang berhubung rapat dengan hubungan kerohanian dengan
Allah s.w.t. Minda atau pemikiran kita akan memilih baik atau buruk
sesuatu tindakan. Apabila rohani kita elok, maka pemikiran dan emosi
kita akan turut sama menjadi elok.

74 BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni


Di dalam kehidupan ini, sepatutnya tiada stress. Yang ada cuma
manusia berfikiran stress. Sebagai seorang muslim, orang yang stress
menunjukkan pergantungan kepada Allah s.w.t tidak kuat. Apabila
rohani tidak kuat, maka emosi akan menjadi semakin lemah. Emosi
yang lemah membawa kepada kelemahan fizikal, seterusnya ditimpa
penyakit. Kebanyakan kita mendirikan solat, tetapi masih mempunyai
penyakit jiwa dalaman, kerana hanya mendirikan solat, tetapi tidak
mengerjakan solat dengan jiwanya bersama Allah SWT.

Jika seseorang itu mengerjakan solat hanya dengan pergerakan


fizikal sahaja, tetapi jiwa tidak khusyuk dan tidak merasakan bahawa
Allah s.w.t adalah segalanya, apabila sudah selesai solat dia akan
kembali stress. Hal ini disebabkan kerana tiada penghayatan akibat
jiwa terganggu dan bercampur baur dengan perasaan lain, sehingga
tiada ketenangan melalui ibadah yang dilakukan.

Saya inign mengutarakan sedikit ilmu mengenai spektrum.


Apabila seseorang di sekeliling kita beremosi, maka kita perlu audit
atau muhasabah diri. Manusia memiliki 3 perkara di dalam diri mereka,
di mana setiap daripada mereka menentukan frekuensi atau vibration
diri masing-masing. Pernahkah anda melihat seseorang yang beremosi
negatif ataupun menghidap pelbagai penyakit atau hidup dengan cukup
makan sendiri sahaja?

Ada sebahagiannya pula memiliki segala-galanya iaitu kaya, sihat


dan hidup senang, sedangkan mereka mempunyai tubuh fizikal yang
sama, tetapi mengapa kehidupan mereka berbeza?

Ini kerana mereka memiliki aura ataupun vibration berlainan. Aura


ditentukan oleh faktor pemikiran dan emosi seseorang. Ini bermakna,
orang yang berjaya memiliki tanggapan pemikiran yang berbeza
dengan orang yang tidak berjaya. Sebagai seorang muslim, tanggapan
pemikiran dan emosi dalaman merupakan suara hati atau doa sebagai

BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni 75


suatu kepercayaan, juga sebagai sifat dan kebergantungan yang sangat
tinggi kepada Allah SWT yang maha menentukan segala-galanya.

Seterusnya mari kita lihat kepada 3 perkara yang saya istilahkan


sebagai ABC yang menentukan kehidupan manusia,

1.Golongan A (angin): Golongan yang mempunyai vibration


yang sangat rendah dan selalu ada perasaan takut,
bimbang, risau, “kalau tidak jadi macam mana? Kalau
sakit macamana?”, stress dan sebagainya. Perkara-
perkara negatif yang belum terjadi akan sentiasa
menguasai fikiran mereka, lalu mereka akan sentiasa
menyebut “saya stress”, “saya tension”, “kenapa tidak
jadi macam ini” dan sebagainya. Golongan seperti ini
sangat mudah menghidap penyakit.
2.Golongan B (baik): Orang yang tidak ada stress, hidupnya
neutral sahaja. Susah pun tidak senang pun tidak tetapi
apabila terdapat perkara-perkara negatif di sekelilingnya
dia mudah terpengaruh sehingga,mula berasa takut,
bimbang, risau dan sebagainya.
3.Golongan C (cemerlang): Golongan yang cemerlang
hidupnya tidak membiarkan apa yang berlaku di dunia
sekelilingnya mempengaruhi dirinya. Apa yang berlaku
dipertimbangkan sebaiknya dengan fikiran yang betul
dan tenang menghadapi apa jua situasi. Mereka akan
sentiasa mengatakan “Saya yang mempengaruhi dunia
saya sebab dunia hidup saya berada dalam fikiran saya.”

Ada orang luarannya semua betul. Tetapi dunia dalaman dirinya


sendiri penuh kekusutan dan susah hati. Ada orang pula dunia
luarannya bermacam-macam masalah dihadapi, tetapi dunia dalaman

76 BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni


dirinya penuh ketenangan. Maka dia akan senang dan positif dalam
menghadapi kehidupan. Inilah yang menyebabkan vibration semangat
dan fikirannya sangat tinggi.

Jika kita diberi pilihan, yang mana satu pilihan kita? Mendapat
ketenangan diri dalam apa jua situasi ataupun mendapat semua yang
kita mahukan di dunia ini, tetapi tiada ketenangan jiwa. Sudah tentu
kita memilih pilihan yang pertama.

Orang yang mengejar pangkat, kuasa, duit, kereta besar dan


sebagainya sebenarnya hendak mencari apa? Bukan mencari kereta,
rumah, duit dan semua itu, tetapi hendak mencari emosi atau perasaan
apabila memiliki semua kebendaan itu. Jadi apabila hidupnya hanya
mengejar benda duniawi, mengejar kebendaan material fizikal sahaja,
hal ini boleh membawa kepada gangguan emosi. Ini kerana kita
akan mudah berasa kecewa, gagal dan putus asa apabila tidak dapat
memilikinya. Sedangkan semua itu hanyalah emosi dan nilaian hebat
di mata sesama manusia sahaja.

Kalau hanya mahu dipuji dan dipandang hebat dimata manusia


kerana memiliki kebendaan dunia, maka kita tidak dapat apa-apa
kecuali benda yang kaku tidak bernyawa sahaja. Oleh sebab itulah ada
sebahagian orang memiliki segala-galanya, tetapi hidup tidak bahagia
kerana hanya memiliki benda. Tetapi tidak memiliki ketenangan didalam
jiwa.

Pernah saya merawat seorang pesakit yang berumur 50 tahun.


Matanya rosak disebabkan penyakit Sifilis kerana pada zaman
mudanya, dia banyak melakukan zina. Orang yang banyak melakukan
kemungkaran ialah orang yang tidak menyayangi dirinya sendiri. Apabila
tidak menyayangi diri sendiri, maka kita akan melakukan perbuatan
yang membawa kita kepada kehinaan, seterusnya mencampakkan diri
sendiri ke neraka Allah SWT.

BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni 77


Secara fitrahnya, manusia sebenarnya dilahirkan bersih dan
baik sahaja. Manusia itu sendiri yang membentuk diri mereka kerana
mereka diberi akal fikiran bagi memilih menjadi baik ataupun jahat.
Seorang bayi yang lapar, akan menangis. Tindakan ini menunjukkan
yang dia menyayangi dirinya kerana meminta makanan. Pengajarannya
ialah apa jua perkara yang kita lakukan pastikan ia adalah perkara yang
baik dan memberi manfaat bagi diri kita di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya manusia secara fitrahnya adalah baik. Dalam hal


ini kita perlu membezakan antara natural dan normal. Natural adalah
dilahirkan bersih secara fitrah dan normal ialah kebiasaan persekitaran.
Contohnya di barat memakai seluar pendek, ketat atau mini skirt adalah
normal tetapi jika orang Islam, itu adalah tidak normal.

Sebab itu, moral dan agama adalah lain. Jika kita hanya mengejar
pendidikan moral yang penilaian baiknya adalah apa yang dinilai baik
dan elok pada mata manusia dan diterima oleh masyarakat umum
sahaja, maka itu bertentangan dengan fitrah asal kejadian manusia.

Oleh itu, apabila kita melakukan sesuatu, ia mestilah tidak


berdasarkan moral atau hukum manusia, tetapi berdasarkan hukum
Allah. Allah yang menciptakan kita, memberi kita petunjuk melalui Al-
Quran dan Al-Hadis sebagai pembimbing hidup di dunia ini agar selamat
di akhirat nanti.

Kesimpulannya kita ada spectrum, iaitu golongan A, B dan C.


Buatlah penilaian kepada diri kita sendiri dan tentukan siapakah kita.
Adakah kita orang yang tidak kuat bergantung kepada Allah ataupun
kita adalah golongan yang meletakkan Allah adalah segala-galanya.
Islam itu indah.

Apa yang kita lakukan, hubungan kita bukan dengan orang lain,
tetapi sebenarnya hubungan hidup ini adalah dengan Pencipta kita

78 BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni


Yang Maha Esa . Apabila membuat kebaikan kepada orang lain, bukan
meminta balasan daripada orang itu, tetapi balasan daripada Allah SWT
Jika kita hidup ini hanya kerana Allah, maka kita akan bahagia di dunia
dan akhirat.

9.1 Bagaimana Membentuk Emosi Generasi


Hadapan
Manusia dilahirkan dengan genetik berlainan. Sesetengah kanak-
kanak memerlukan kasih sayang yang lebih dan ada pula sesetengahnya
banyak berdikari, ada yang panas baran, ada yang nakal dan bermacam-
macam karenah lagi. Allah memberi kelainan kepada setiap manusia,
jika semuanya bersifat sama, maka jadilah manusia seperti robot pula.

Para ibu bapa tidak boleh melayan anak dengan cara yang sama
mereka dibesarkan dahulu, kerana setiap manusia dilahirkan berbeza
sifat, kebolehan dan keadaan persekitaran.

Untuk membentuk emosi kanak-kanak, mulakan dari dalam


tempoh mengandung lagi. Saya amat berkeyakinan jika ibu yang sedang
mengandung di dalam keadaan gembira, bersemangat tinggi, yakin dan
tenang, Insyaallah anak itu akan sama seperti ibunya juga.

Apabila anak sedang membesar, ujilah keupayaan mental, fizikal,


reaksi dan emosi mereka dengan beberapa cara yang sesuai dan mudah
supaya ibubapa dapat melihat tindakbalas daripada anak-anak.

Bapa juga memainkan peranan jika ingin membentuk anak. Bukan

BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni 79


semasa anak itu sudah dilahirkan, tetapi sejak sebelum lahir lagi.

Lihat tips yang diberikan,

1.Pertama : Carilah pasangan yang baik dan beriman.


2.Kedua : Jagalah adab-adab dan akhlak diri sendiri dan
layanan terhadap isteri.
3.Ketiga : Tunaikan hak orang lain terhadap kita, bekerja
mencari sumber yang halal. Jika curi tulang, malas
bekerja, menipu, menganiaya orang lain, maka hal itu
akan terkena kepada anak kita nanti. Dia akan menjadi
seorang anak yang degil, malas dan sebagainya. Jika
anak kita mempunyai sikap yang tidak elok, jangan
salahkan orang tetapi salahkan diri sendiri. Jika ibu bapa
mendapati bahawa anak mereka memiliki sikap yang
tidak elok, maka ubahlah diri sendiri dan berikanlah
mereka contoh yang baik.

9.2 Perhatikan Emosi Diri Sendiri. Sihatkah


Anda ?
Perhatikan beberapa perkara, contohnya sewaktu bangun pagi,
kita akan merasa tenang sahaja. Jika kita bangun tidur sahaja , kita
berdebar-debar, tidak bersemangat dan merasa malas itu adalah stress
anxiety dan ini menandakan bahawa emosi kita tidak sihat. Selalunya
begitulah cara tubuh badan kita memberitahu bahawa kita dalam
keadaan tidak stabil, iaitu melalui emosi kita.

Apabila kita gembira, emosi akan stabil dan vibration atau getaran
keupayaan diri akan bersemangat tinggi. Tetapi jika kita tidak gembira,
vibration akan rendah dan perasaan negatif, malas tidak bersemangat

80 BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni


dan sebagainya akan mula menguasai diri. Untuk mengatasinya, setiap
kali kita merasa tidak seronok, cuba alihkan perasaan itu kepada perkara
yang seronok. Fikir perkara-perkara yang indah dan sebagainya.

9.3 Buang Sifat-sifat Buruk. Racun yang


Merosakkan
Orang yang suka kepada perkara yang tidak elok, maka orang itu
tidak merasakan perkara itu satu kesalahan. Orang yang paling bahagia
dan beruntung ialah apabila dia tahu perkara haq (benar ) dan batil
(dusta), baik dan buruk. Perkara yang elok dia suka dan yang tidak elok
dia tidak suka dan menjauhinya.

Setiap kali kita melihat dan melakukan perkara yang negatif,


satu benih racun yang akan masuk ke dalam minda dan akan menjadi
sebagai makanan toksin kepada minda. Setiap kali minda diracuni
toksin, emosi beracun yang menguasai diri, seterusnya tindakan buruk
akan terhasil.

Oleh itu, saranan saya kepada semua supaya berdoa kepada


Allah agar dijauhi daripada perkara-perkara yang buruk dan tercela.
Berusahalah mewujudkan suasana kehidupan yang baik dan menjadi
insan yang memiliki contoh teladan yang baik untuk diikut oleh generasi
kita.

BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni 81


9.4 Emosi akan Sentiasa Berubah-ubah.
Tetapkan Pendirian Anda!
Manusia perlu ingat 3 perkara,
» Pemikiran
» Emosi
» Tindakan

Pemikiran dipengaruhi oleh apa yang kita lihat, dengar, rasa dan
sebagainya. Jika kita hanya memilih pemikiran yang berdasarkan apa
yang berlaku di luar maka kita akan menjadi orang yang reaktif.

Hidup di dunia ini, kita ada pilihan. Jika kita memilih keimanan,
fikiran dan hati(emosi) kita elok, maka setiap tindakan akhlak diri akan
menjadi mulia dan terpuji.

Pemikiran berhubung kait dengan keimanan. Keimanan


menentukan rohani kita sama ada baik ataupun tidak. Ia dididik oleh
keimanan kita. Jika hati baik, maka akhlak akan baik. Hidup ini untuk
mencari keredhaan Allah bukan keredhaan manusia. Jika kita mencari
keredhaan Allah, maka kita kita tidak mudah marah dan emosi kita
akan tenang sahaja.

9.5 Mencapai Cita-cita adalah Impian Kita


Semua
Setiap manusia mempunyai cita-cita. Pada peringkat awal semasa
usia kecil, kita inginkan sesuatu hanya kerana tertarik kepadanya.
Tetapi apabila meningkat dewasa, sepatutnya kita lebih tertarik kepada
makna apa yang kita lakukan.

82 BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni


Ketenangan akan dapat dirasai kepada orang yang bukan mengejar
cita-cita, tetapi mengejar makna di sebalik cita-cita yang dicapai. Jika
kita bercita-cita menjadi yang terbaik, tidak perlu tertekan dengan
sedikit ujian yang ditempuh. Mencari makna sebuah cita-cita adalah
lebih baik dan berharga kerana kita tahu hala tuju dan ganjaran mulia
yang kita akan dapat pada hari akhirat kelak. Mencari kesenangan
biarlah bertujuan membantu orang lain mengecap kesenangan.

Sebaliknya jika cita-cita kita hanya kerana mendapatkan


kesenangan dan kemewahan diri sahaja, maka semua itu tidak bermakna
apa-apa dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Mengejar cita-
cita, kita mahu dapatkan duit yang banyak, tiada maknanya kerana
hanya kita yang dapat dan merasainya. Kemewahan boleh membawa
kepada kesombongan dan kealpaan seandainya tiada manfaat untuk
kesenangan orang lain.

Apabila kita mengejar cita-cita, fikirlah untuk apa? Adakah untuk


mencari keredhaan Allah ataupun penghargaan manusia? Jika kita
mengejar cita-cita untuk berkhidmat dan menolong orang, maka Allah
akan membantu kita. Kejarlah cita-cita kerana Allah dan bagi menolong
orang lain, bukan bagi mencari penghargaan manusia.

Kesimpulan
Seseorang yang mempunyai kesihatan emosi yang baik, maka
kesihatan rohani juga baik. Tiga perkara yang perlu dijaga ialah
kesihatan fizikal, kesihatan emosi dan kesedaran hidup. Pastikan
ian adalah kesedaran ketuhanan bukannya kesedaran keegoan. Jika
kesedaran ketuhanan, maka semua yang dilakukan untuk mencari
keredhaan Allah.

Kesedaran ego pula ialah apabila kita inginkan penghargaan

BAB 9: Emosi Adalah Sifat Dalaman Yang Meracuni 83


manusia dengan meengejar pangkat, duit, pujian dan sebagainya.
Sebenarnya di dalam kehidupan ini sesiapa yang tidak mahu kepada
penghargaan, itu yang dia akan dapat, dan siapa yang mengejar
penghargaan pula, maka dia tidak akan dapat.

Orang yang beremosi tidak sihat, dia akan cenderung kepada


perkara yang tidak elok. Jadilah orang yang mencari penyelesaian setiap
kali berlakunya masalah, bukannya orang yang membuat perkara yang
menimbulkan masalah kepada diri sendiri. Tanyalah diri sendiri, kita di
dalam golongan yang mana.
BAB 10

Hiduplah
Dengan Penuh
Ketenangan
- Buatlah kebaikan sebanyaknya.
Berusahalah menjadi manusia dan
hamba yang baik kerana itulah sumber
ketenangan...-

BAB 10: Hiduplah Dengan Penuh Ketenangan 85


Ketenangan hidup seseorang bergantung kepada usaha dan
keinginan daripada diri individu itu sendiri. Manusia tidak boleh
mengharapkan orang lain bagi memberi ketenangan kepada dirinya.
Orang yang mementingkan perkara baik dan hanya melakukan kebaikan
ialah orang yang akan memiliki ketenangan di dalam hidupnya.

Hidup dengan banyak melakukan kebaikan menurut apa yang


diperintahkan oleh syariat agama adalah hidup mengikut fitrah asalnya
seseorang manusia itu.

Apabila seseorang itu merasakan tidak tenang, ada saja perkara


yang mengganggu fikirannya, bererti dia telah melakukan sesuatu yang
bukan fitrahnya sebagai manusia. Sebelum mencapai umur dewasa,
setiap manusia akan melalui peringkat umur bayi, kemudian kanak-
kanak dan kemudiannya dewasa dan seterusnya tua.

Cuba kita lihat kepada bayi yang dilahirkan, tiada seorang pun
yang bersikap jahat, pemarah, mengumpat, mengeji dan sebagainya.
Semua bayi akan mengikut apa sahaja sesuai dengan fitrahnya yang
telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Ingatlah kembali bahawa kita pernah melalui tempoh bersih


dan suci daripada dosa, maka apabila meningkat dewasa dan telah
mencapai kematangan akal, maka lebih perlulah kita menjaga
hubungan kita sesama manusia. Jika hubungan kita dengan manusia
tidak baik, tentunya hubungan kita dengan Allah s.w.t juga tidak baik.
Maka kebaikan juga tidak akan datang kepada kita, seterusnya tiada
ketenangan di dalam jiwa.

Setiap manusia perlu tahu bahawa fikiran menghasilkan emosi.


Emosi pula menghasilkan tindakan dan tindakan menghasilkan kehidupan
luaran kita. Jadi apabila kita berfikiran negatif, maka emosi akan menjadi
negatif kemudian ia akan menghasilkan perasaan tidak tenang dalam

86 BAB 10: Hiduplah Dengan Penuh Ketenangan


diri kita.

Jika inginkan ketenangan, perlulah berfikiran positif. Tetapi


bagaimana menimbulkan lintasan fikiran yang positif jika ketaqwaan
dan bergantungan kita kepada Allah tidak kuat. Sebenarnya Islam
terbina bukan melalui harta dan pangkat. Nabi Muhammad S.A.W telah
mengubah tamadun dunia ini dengan akhlak baginda bukan dengan
harta, kuasa atau pengaruh.

Jika manusia hidup tidak mengamalkan suruhan Allah s.w.t dan


sunnah Nabi-Nya bagaimana hidup akan tenang. Apabila manusia hidup
di dunia ini hanya fokus kepada diri sendiri dan tidak menghiraukan
orang lain, maka dia tidak akan tenang dalam kehidupannya.

Manusia hidup di dunia ini mempunyai tiga perkara :


1.Bahagia
2.Tenang
3.Kebebasan untuk membuat apa yang dia suka mengikut
landasan Islam

Cara mendapatkan ketiga-tiga ini perkara ini adalah dengan


memberi kepada orang lain. Contohnya jika inginkan kebahagiaan, maka
bahagiakan orang lain. Jika inginkan ketenangan, maka banyakkanlah
berbuat kebaikan kepada orang.
Jika inginkan kebebasan buatlah perkara yang berlandaskan
Islam. Maka dengan sendirinya kita seperti membebaskan diri kita
dan orang lain daripada kebinasaan. Ada orang di dunia ini sanggup
menghalang orang lain daripada berbuat baik kerana bimbang orang
lain akan nampak kejahatannya.
Akhir sekali, ketenangan itu dapat dicapai melalui hubungan
yang baik dengan Allah SWT, mempercayai dan melaksanakan rukun

BAB 10: Hiduplah Dengan Penuh Ketenangan 87


Iman dan Islam dan muamalah yang baik dengan manusia lain.

10.1 Anda ditipu? Bertenang... Ada Pengajaran


Di Sebaliknya

" Salah satu punca rezeki yang halal adalah kejujuran dalam
berniaga. Namun, apa yang amat mengecewakan saya adalah di
sebalik kejujuran itu, saya ditipu oleh rakan niaga saya sendiri."

Setiap kali kita menghadapi orang yang menikam dari belakang,


ingatlah bahawa Allah s.w.t telah membuka cubaan terhadap diri
kita. Allah tidak memberi cubaan kepada kita jika kita tidak dapat
mengatasinya. Oleh itu, kita perlu yakin kepada Allah SWT walaupun
pahit dugaan itu.

Jika kita hanya fokus dari sudut ‘tikam belakang’, maka kita akan
bersedih, dendam, marah, tekanan dan sebagainya. Namun, jika kita
berfikiran positif dan memandang dari perspektif yang berbeza, maka
banyakkan bersabar kerana Allah s.w.t ada. Allah akan membalas apa
yang dilakukannya. Apa yang penting, perniagaan kita berlandaskan
ketaqwaan, produk yang baik, harga yang berpatutan dan juga
layanan kita pada pekerja perlu baik. Seorang peniaga yang baik perlu
mementingkan kebajikan pekerjanya. Jika memperolehi keuntungan
yang banyak, berilah bonus kepada pekerjanya agar mutu perkhidmatan
yang diberikan akan meningkat.

Apabila menghadapi orang sebegini, maka jangan cepat marah


dan menyalahkan orang itu. Kita perlu muhasabahkan diri kita, apa yang
telah kita buat sehingga menyebabkan orang itu ‘tikam kita’. Mungkin
kita tidak membayar zakat, tidak menolong orang, ada terambil hak

88 BAB 10: Hiduplah Dengan Penuh Ketenangan


orang lain dan sebagainya.

Ingatlah, sesungguhnya manusia akan dilayan sebagaimana


manusia itu melayan dunia kehidupannya. Kita akan dilayan sebagaimana
kita melayan orang lain. Jika kita seorang yang bertaqwa kepada Allah
s.w.t, selalulah berdoa mohon perlindungan-Nya Tunaikanlah hak
yang diperintahkan Allah s.w.t agar ia menjadi benteng yang kuat bagi
melindungi diri daripada kejahatan orang lain.

10.2 Memaafkan Orang Lain adalah Kunci


Ketenangan dalam Hidup

" Amin tetap tidak mahu memaafkan rakan baiknya walaupun


rakannya sudah berkali-kali meminta maaf."

Memaafkan orang lain adalah sifat mulia dan terpuji di sisi Allah
SWT Setelah kita memaafkan orang, teruskanlah hubungan dengan niat
menyambung sillaturrahim. Buatlah seperti biasa, mudah-mudahan
dengan tindak balas perlakuan kita yang positif dapat menyedarkan
dan membuka minda orang tersebut untuk menerima dan memaafkan
kita juga. Apabila berlakunya perselisihan faham, maka carilah
penyelesaian, maafkan orang dan belajar dari kesilapan dan tingkatkan
keimanan kita pada Allah SWT.

Tiada apa yang kita dapat daripada menyimpan rasa dendam dan
sukar memaafkan kesalahan orang lain. Emosi yang tidak patut ada di

BAB 10: Hiduplah Dengan Penuh Ketenangan 89


dalam diri kita ialah:

◊ Memarahi diri sendiri


◊ Menyesal
◊ Marah
◊ Dendam dan benci

Manusia yang mempunyai emosi sebegini merupakan manusia


yang hidup di dalam keadaan keladak. Disebabkan itu, maka rezekinya
seolah-olah tertahan, penyakit datang bertimpa dan sebagainya. Tetapi
jika manusia yang mudah memaafkan orang, hidupnya akan tenang
dan bahagia.

Pesanan saya, carilah kaedah yang sesuai supaya dapat hubungkan


sillaturrahim. Jika sudah memaafkan orang, tidak perlu risau kerana
kita sudah menunaikan suruhan Allah SWT. Insyaallah, dengan sifat baik
yang kita laksanakan ini, Allah SWT akan membuka hati orang lain
untuk berubah dan memaafkan kita juga. Hidup di dunia ini untuk
mencari keredhaan Allah SWT bukan keredhaan manusia.

10.3 Elakkan daripada Berhutang Kerana


Hutang Membebankan Jiwa dan Kehidupan
Berdoalah kepada Allah supaya kita dijauhi bebanan hutang iaitu
“Ya Allah aku berlindung daripada kesusahan dan kedukaan, daripada
lemah kemahuan dan rasa malas, daripada sifat pengecut dan bakhil,
daripada banyak hutang dan kezaliman manusia.”

Kawal fikiran kita, supaya secara tidak langsung kita meningkatkan


kuasa minda atau fikiran ke arah yang positif. Pentingnya kita mengawal
pemikiran kerana jika fikiran dibelenggu kerisauan dan ketakutan,

90 BAB 10: Hiduplah Dengan Penuh Ketenangan


kita tidak akan tenang, seterusnya tidak nampak hikmah dan jalan
penyelesaian.

Fikir dan bayangkan mengenai kehidupan yang bahagia, aman


dan bebas daripada hutang. Ini dapat memberikan suatu perasaan
tenang seterusnya meningkatkan keyakinan bagi kita menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

Apa yang kita bayangkan itu merupakan suatu doa dan sangkaan
baik kita kepada Allah, maka Insyaallah akan diberi kekuatan petunjuk
dariNya.

Janganlah mencari hutang. Berusaha supaya dapat mengelakkannya


dan janganlah sentiasa menyebut-nyebut dan sanggup ‘berhutang’
semata-mata kerana kehendak hawa nafsu sehingga memusnahkan
hidup. Banyakkan bersyukur dan menerima apa yang kita ada Insyaallah,
Allah SWT akan menambahkan rezeki kita.

Tetapi ramai manusia lupa untuk bersyukur dan sering merungut


atas apa yang dia tidak ada. Perbanyakkan syukur dengan apa yang ada
dan redha di atas cubaan yang diberikan. Akhir sekali muhasabahkan
diri dengan percakapan yang baik, lakukan amalan yang diperintah.
Insyaallah, Allah SWT akan membantu kita menyelesaikan masalah kita.
Yakinlah pada Allah SWT.

Kesimpulan
Manusia yang inginkan ketenangan perlu ada di dalam diri mereka
sifat positif dan jangan fikirkan apa orang kata. Lakukan sebanyak mana
amalan untuk bekalan di akhirat nanti.

BAB 10: Hiduplah Dengan Penuh Ketenangan 91


BAB 11

Warna-Warna
Kehidupan
-Kehidupan ibarat kain putih. Hiasilah ia
dengan keimanan dan ketaqwaan. Semoga
anda beroleh kebahagiaan...-

BAB 11: Warna-Warna Kehidupan 93


Setiap manusia, kecil atau besar, tua dan muda, semuanya
sedang menelusuri perjalanan hidup mereka. Masing-masing menyusun,
merancang dan melaksanakan apa yang difikirkan terbaik bagi memenuhi
tuntutan dan keperluan dalam kehidupan.

Hakikat kehidupan manusia adalah lemah, tidak dapat lari


daripada pergantungan kepada yang lain. Contohnya jika seseorang itu
ingin membina sebuah rumah, dia memerlukan bahan-bahan binaan,
tukang rumah yang mahir, alatan pertukangan yang baik dan lain-lain
lagi sehingga terbentuklah sebuah rumah yang diidamkan dengan
bantuan daripada pelbagai pihak dan sumber.

Manusia dan alam seluruhnya bergantung kepada Tuhan Yang


Maha Mencipta, Allah s.w.t. Rasa lemah dan memerlukan ini adalah
fitrah kehambaan yang mesti diakui oleh semua manusia.

Oleh itu, kita perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah kita
sebagai hamba Allah bergantung kepada-Nya ataupun bergantung
kepada selain daripada Allah? Apabila kita membuat sesuatu bergantung
kepada Allah, insya-allah kita tidak akan berasa takut dan sentiasa
mencari kasih sayang Allah. Apabila kita mencari kasih sayang Allah
SWT, maka kasih sayang manusia akan datang.

Kita dilahirkan daripada satu sel yang kemudiannya berkembang


menjadi 100 trillion sel. Tidak pernah kita menyuruh rambut ataupun
kuku supaya memanjang kerana semua itu berlaku dalam ciptaan Allah
yang maha mencipta.

Kuasa inilah yang sepatutnya kita yakin dengan sepenuh hati


dan bergantung harap, bukannya mengampu, menipu dan menzalimi
makhluk Allah yang lain, semata-mata bagi mendapatkan apa yang
diingini.

94 BAB 11: Warna-Warna Kehidupan


Kenapa kita tidak bergantung kepada kuasa yang besar yang
menggenggam seluruh dunia dan isinya. Kenapa kita hendak mengampu
orang, membuat sesuatu bagi mendapatkan sesuatu, jadi kita hidup di
dalam dunia yang sangat cetek.

Dekatkan diri anda dengan Allah SWT. Jagalah pertuturan,


pergaulan dan perbuatan kita dengan makhluk lain. Laksanakanlah
kebaikan yang dituntut walaupun kecil, mudah-mudahan kita akan
mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.

Selain itu juga, orang yang bergantung kepada Allah sentiasa fokus
kepada apa yang menjadi keperluan hidupnya bagi memberi manfaat
kepada orang lain. Jika menghadapi masalah, jangan fikir mengenai
masalah, tetapi fikirkan mengenai jalan penyelesaian. Tindakan dan
fikiran yang betul akan memberi rasa yang baik kepada fizikal, sekaligus
dapat mengelak daripada terkena penyakit.

Jika kita menghidapi banyak penyakit, perhatikanlah keadaan


diri dan tanya mengapa saya menjadi seperti ini? Apa yang berlaku
sekarang adalah hasil daripada pilihan keputusan yang dibuat dahulu.
Kita adalah gambaran dalaman diri kita.

Sebab itulah pentingnya menjaga tutur kata dan tanggapan minda


yang positif kerana dalaman diri kita bergantung kepada perkataan
yang kita sebut setiap hari. Apa yang kita sebut setiap hari bergantung
kepada pemikiran, manakala pemikiran bergantung kepada kepercayaan
dan keyakinan kita kepada Allah SWT.

BAB 11: Warna-Warna Kehidupan 95


11.1 Jaga Sikap dan Tingkahlaku Anda,
berikan contoh yang baik
"Jamilah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya yang tidak
elok sehingga dia selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya
jangan mengikut sikap bapa mereka."

Dalam menguruskan keluarga, jangan sesekali menceritakan


keburukan suami atau isteri kepada anak-anak. Jagalah maruah suami
atau isteri kerana anak-anak harus ada perasaan menghormati ibu bapa
mereka. Sentiasalah fokus dengan kebaikan masing-masing dan jangan
sebut keburukannya.

Jika hidup suami isteri saling menyebut keburukan, apa yang kita
akan dapat hanyalah keburukan. Apa yang kita buat kita akan dapat
hasilnya. Amalkan budaya positif dalam keluarga dan jika ada masalah,
berkomunikasilah dengan baik.

Kadang kala, hidup sebagai suami isteri, masing-masing


mempunyai banyak kebaikan. Namun kita terlalu fokus kepada perkara
yang negatif, maka kita akan nampak semua negatif sahaja. Akhirnya,
timbullah rasa tidak puas hati dan sangkaan-sangkaan buruk yang tidak
sepatutnya ada sesama sendiri dalam sebuah keluarga.

11.2 Bersangka Baiklah dan Lupakan Apa


yang telah Berlaku
Orang yang hidupnya bergantung kepada Allah SWT akan merasa
redha dengan apa yang telah berlaku, di samping mencari penyelesaian
dan hikmah di sebaliknya. Dia juga akan mengakui bahawa Allahlah yang

96 BAB 11: Warna-Warna Kehidupan


mengizinkan apa yang berlaku itu sebagai teladan, dugaan mahupun
ujian kepada hamba-Nya.

Tidak semestinya perkara yang kita suka itu adalah baik untuk
kita, hakikatnya Allah lebih mengetahui.

11.3 Jagalah Diri dan Keluarga


"Saya merasakan keadaan diri dan keluarga saya sempurna
berbanding saudara-mara yang lain. Malah anak-anak mereka
terlibat dengan masalah sosial yang teruk."

Tonjolkan sifat ‘inner impress’ iaitu sentiasa menyebutkan


perkara-perkara yang baik. Kata-kata seperti “ keluarga saya keluarga
yang bahagia” adalah contoh inner impress yang baik kerana kita
sebenarnya sedang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Akan tetapi, kadang-kadang ia boleh memerangkap diri sendiri kerana
apabila kita merasakan sebegitu kita akan melihat orang lain tidak
perfect.

Lebih utama lagi jika anda berhadapan dengan generasi anak-


anak muda kini yang memerlukan lebih perhatian dan bimbingan.

Apabila melihat anak-anak muda melakukan perkara-perkara


yang negatif, lihatlah mereka dengan penuh kasih sayang dan jadikan
mereka seperti anak sendiri. Ini supaya mengelakkan kita daripada
memandang serong terhadap orang lain, sambil memikirkan jalan
penyelesaian bagi memperbetulkan mereka. Memulakannya terhadap
diri kita terlebih dahulu.

BAB 11: Warna-Warna Kehidupan 97


Luangkanlah masa bersama mereka dan cuba puji kebaikannya
walaupun dia mempunyai tabiat yang tidak elok seperti merokok.
Mungkin masih ada kelembutan dalam hatinya. Justeru, tunjuklah
kegembiraan dan keseronokan sehingga dia merasa seronok dengan
dirinya.

Merokok tidak semestinya menjadikan dirinya jahat sepenuhnya.


Lakukanlah dua perkara ini iaitu :

» Pertama : Buat supaya dia merasakan bahawa dia orang


yang penting
Kita masih lagi menyayanginya cuma tidak senang dengan
sikap buruknya sahaja dan cuba untuk menasihatinya
dengan cara yang baik.
» Kedua : Selami jiwa orang lain
Kita cuba fahami diri seseorang itu dahulu barulah kita
tidak terburu-buru menghukum seterusnya bertindak
memarahi mereka. Bina kasih sayang dahulu baru lah
kita bimbing mereka.

11.4 Jangan Terlalu Merendah Diri, Yakinlah


dengan Kebolehan Anda!!
Kita akan dilayan berdasarkan bagaimana kita melayan kehidupan
kita sendiri. Keyakinan kepada diri sendiri akan diperolehi apabila kita
meyakini bahawa kehebatan itu adalah kurniaan daripada Allah SWT,
bukan diri kita yang hebat.

Keburukan dan kebaikan yang kita nampak adalah teladan dan


pengajaran

98 BAB 11: Warna-Warna Kehidupan


11.5 Sifat Rajin Membuang Sifat Malas
"Johan cuba menjadi seorang yang bersifat rajin, walaupun selalunya
dia sering tewas dengan rasa malasnya. Akibatnya, hidupnya kurang
terurus dan teratur."

Rasa malas timbul apabila kita tidak tahu makna sesuatu perkara
yang kita buat. Jika kita mencari makna sesuatu perkara, kita akan
berasa seronok, malah tidak akan berasa jemu melakukannya.

Sebagai seorang muslim, setiap perbuatan kita dinilai berdasarkan


niat. Niat ialah tujuan dan matlamat sesuatu perkara. Jadi, tujuan dan
matlamat ini terikat dengan ganjaran samaada dosa ataupun pahala.
Oleh itu, sewajarnyalah sebagai seorang muslim ‘mengikat,’ iaitu
memfokuskan keutamaan setiap amal perbuatan kita dinilai oleh Allah
SWT pada setiap saat, detik dan waktu dalam hidup kita.

Kesimpulan
Di dunia ini terdapat pelbagai jenis kehidupan. Ada yang hidup
di dalam keadaan yang bahagia dan ada di dalam kemurungan. Untuk
hidup di dalam kebahagiaan, sebagai hamba Allah wajib bergantung
kepada Allah SWT dalam apa yang dilakukan. Begitu juga apabila
berjumpa dengan orang lain, kita merasakan dia penting dan cuba
memahami dia. Maka itu kita akan bahagia di dunia dan akhirat.

BAB 11: Warna-Warna Kehidupan 99


BAB 12

Membina
Sebuah
Kehidupan
- Ilmu dan pendidikan ibarat cahaya yang
menerangi kegelapan...-

BAB 12: Sifat Rajin Membuang Sifat Malas 101


Persoalan dalam kehidupan, adakah kita hidup dengan hawa
nafsu, keegoan atau hati yang bersih dan mempunyai sifat kesedaran
ketuhanan?

Tanyalah kepada diri sendiri “Bagaimana saya mendidik anak


saya selama ini? Adakah dengan harta atau kasih sayang dan agama?”.
Sebagai ibubapa, renungilah diri kita, bagaimana sikap dan tingkahlaku
anak-anak. Adakah mereka didorong oleh hawa nafsu atau nilai-nilai
agama dan contoh teladan yang baik?

Apabila kita mendapati mereka cenderung ke arah melakukan


keburukan atau perkara-perkara yang sia-sia, sudah tentunya mereka
kurang dididik dengan pendidikan yang membina diri dan akhlak yang
sempurna.

Perhatikan kepada 4 perkara ini:


1.) Suka berseronok
2.) Suka bermegah
3.) Suka berhibur
4.) Suka perhiasan

Jika anak-anak lebih cenderung kepada kebendaan dan matlamat


hidupnya setakat di dunia sahaja, terbukti mereka banyak didorong
oleh keinginan nafsu semata-mata. Itu adalah sifat yang sia-sia sahaja.

Empat perkara yang disebutkan tadi hanyalah kepuasan fizikal


sahaja, sedangkan mereka tidak ditekankan dengan pendidikan
kerohanian yang sempurna.

Cuba anda meneliti duit yang dibelanjakan, adakah banyak


dihabiskan bagi mengumpul barang? Segelintirnya ada mengatakan
“Saya mengumpul beg-beg jenama ini untuk koleksi saya.” Mereka
hanya menyimpan benda fizikal tetapi mereka tidak mencari nilai.

102 BAB 12: Sifat Rajin Membuang Sifat Malas


Perbezaan nilai dan barang ialah barang itu benda fizikal, boleh
dilihat dengan mata. Tetapi nilai pula ialah sifat yang baik disebabkan
hati yang bersih, menyebabkan timbulnya percakapan yang baik, tindak
balas yang baik dan pekerjaan yang baik.

Oleh itu, matlamat utama pendidikan anak-anak bukan hanya


memfokuskan kepada nilai fizikal sahaja, tetapi yang lebih penting
daripada itu ialah membentuk diri dan jiwa dalaman mereka. Jangan
terlalu mengejar gred ‘A’ yang banyak kerana ‘A’ yang banyak hanya
di atas kertas sahaja, belum tentu pada jiwa dan hati mereka yang
mungkin mati.

Islam mengajarkan kita supaya mengazankan bayi saat dia


dilahirkan. Tujuannya adalah menyatakan bahawa kelahirannya ke
dunia ini mendukung Tauhid kepada Allah s.w.t.

Untuk apa mengenal Allah? Jawapannya untuk menghidupkan


jiwa dan rohani manusia. Ini kerana, kejahatan mahupun kebaikan
yang lahir daripada dalaman diri manusia itu tidak mampu dikawal dan
dibendung hanya dengan undang-undang dan hukuman mahkamah
sahaja.

Jiwa manusia perlu dididik, dibentuk dan dikawal dengan undang-


undang fitrah asalnya iaitu mengenal Allah s.w.t.

Hantarlah anak-anak untuk menguasai kemahiran seperti kelas


bahasa, kursus komputer, kelas muzik, kelas taekwondo dan sebagainya.
Tetapi, jangan dilupa kehidupannya sebagai seorang hamba kepada
Allah s.w.t.

Tanyalah kepada diri kita sendiri, bagaimana kita mendidik


anak setiap hari? Adakah ke arah keduniaan ataupun akhirat? Apabila
kita mengenangkan saat kematian anak kita, bayangkan bagaimana

BAB 12: Sifat Rajin Membuang Sifat Malas 103


sakaratul mautnya?

Apabila masuk ke alam kubur, mereka ditempatkan di taman


syurga atau neraka? Apabila di bangkitkan di padang mahsyar, mereka
di bawah lindungan Arasy ataupun di bawah terik matahari? Buku
timbangan amalannya diterima di tangan kanan ataupun kiri? Apabila
melalui titian sirat, adakah mereka masuk ke syurga ataupun terjatuh
ke dalam neraka?

Oleh itu, apabila kita mendidik anak ke arah ini, dengan sendirinya
terdidiklah diri kita bagi membentuk mereka menjadi anak yang soleh
dan solehah.

12.1 Jalankan Tanggungjawab Mendidik


Anak Bersama-sama

"Salmi amat kecewa dengan sikap suaminya yang panas baran dan
tidak bertanggungjawab dalam soal mendidik anak-anak, apa lagi
menitikberatkan soal pendidikan agama kepada mereka."

Anak-anak akan menjadi sepertimana yang kita niatkan jika


kaedah pendidikannya betul.

Pertama sekali saya sarankan agar anda cuba berkomunikasi


dengan pasangan anda, luahkan rasa dan pendapat dengan cara yang
lemah lembut.

Kemudian, mohon maaf kepada anak-anak dengan cara yang


berhemah, agar mereka memahami situasi anda sekeluarga. Seterusnya,
mulakanlah dengan memberi contoh yang baik kepada anak-anak.

104 BAB 12: Sifat Rajin Membuang Sifat Malas


Ibu bapa mesti melibatkan diri seratus peratus dalam setiap
waktu yang terluang bersama anak-anak, agar mereka tahu bahawa ibu
dan bapa merekalah rakan dan tempat mereka merujuk dan bergantung
harap dalam semua perkara.

Ini disebut sebagai memenangi kepercayaan anak-anak kepada


kita. Jangan biarkan emosi menguasai diri sebaliknya banyakkan berfikir
dan meneliti setiap perbuatan kita seharian.

Sentiasalah bersyukur dan memberikan penghargaan kepada


satu sama lain dan jadikan anak-anak kita bergembira dengan suasana
dalam keluarga.

12.2 Lelaki yang Baik untuk Wanita yang


Baik dan Begitulah juga Sebaliknya
Anak-anak bermula daripada persenyawaan benih lelaki dan
wanita. Lelaki atau wanita yang baik sudah tentu melahirkan generasi
yang baik.

Anda sebagai suami mahupun isteri, jika ingin membentuk anak


yang baik, perlu menekankan beberapa aspek berikut:

1.Menjadi insan dan hamba yang soleh dan solehah. Ini


lebih tepat lagi disebut sebagai menjaga hubungan
dengan Allah SWT.

2.Berikan pendidikan kepada anak-anak melalui contoh


yang baik. Setiap perlakuan dan perbuatan ibu bapa akan
diperhatikan dan akan ditiru oleh anak-anak, seterusnya
menjadi tabiat sehinggalah mereka dewasa.

3.Pilihlah sistem pendidikan yang baik yang mampu membina

BAB 12: Sifat Rajin Membuang Sifat Malas 105


akhlak dan pemikiran mereka. Sistem pendidikan yang
baik bukan menekankan kepada pencapaian akademik
semata-mata, malah kecemerlangan akhlak dan syakhsiah
juga seiring dengan kecemerlangan akademik.

4.Jadilah rakannya yang paling rapat dan kenali siapa rakan-


rakannya di luar. Dalam dunia hari ini, ibu bapa mesti
memenangi kepercayaan anak-anak sebagai teman dan
rakannya sebelum mereka mencari rakan-rakan sebaya
di luar.

12.3 Bertindaklah dengan Bijak


Semasa usia mereka kanak-kanak, berikan mereka kata-kata
pujian supaya imej diri mereka akan meningkat. Manusia akan bertindak
mengikut imej diri yang dia ada. Apabila kita mengatakan contohnya
seperti “Anak ibu hebat, Anak ibu pandai” dan sebut perkataan yang
baik sahaja. Jangan sesekali mengkritik, supaya imej diri mereka tidak
jatuh.

Pada umur 7-14 tahun, didiklah mereka dengan disiplin. Ajarkanlah


mereka solat dan pukullah mereka jika tidak ditunaikan semasa usia
mereka mencecah 10 tahun.

Buatkan undang-undang bagi mereka patuhi dan berikan ganjaran


ataupun markah bagi setiap kebaikan yang dilakukannya, insya-Allah

106 BAB 12: Sifat Rajin Membuang Sifat Malas


mereka akan tahu erti dan nilai setiap baik buruk perbuatan mereka
seterusnya menjadi panduan untuk kehidupan mereka seterusnya.

Kesimpulan
Minda manusia ibarat sebuah taman, memerlukan kepada
pengisian benih-benih yang baik dan berguna. Apakah benih-benih
yang kita terapkan dalam minda anak-anak kita?

Kata-kata pujian dan penghargaan akan menimbulkan semangat


dan nilai-nilai murni dalam dirinya. Ini akan lebih meningkatkan
keyakinan diri mereka dan merapatkan hubungan antara anak dan
ibubapa.

Apa yang paling penting, sebagai ibu bapa perlu mendidik diri
kita dahulu. Jadilah ibu bapa yang soleh, insya-Allah anak kita akan
menjadi anak yang soleh juga.

BAB 12: Sifat Rajin Membuang Sifat Malas 107


BAB 13

Jangan Biarkan
Diri Anda
Dipenjara
- Orang yang gagal adalah orang yang
gagal membebaskan fikirannya untuk
mencari kebenaran...-

BAB 13: Jangan Biarkan Diri Anda Dipenjara 109


Jika kita menginginkan sesuatu, tuliskan pada sehelai kertas.
Kemudian bayangkan yang anda telah memilikinya. Tetapi, dalam masa
yang sama, harus difikirkan adakah perkara tersebut bertepatan dengan
kehendak Allah s.w.t dan memberi manfaat yang besar untuk orang lain
atau tidak?

Jika nilai ukur ini dipenuhi, InsyaAllah, akan dimakbulkan hajat


yang diinginkan. Selalunya seseorang yang inginkan sesuatu tetapi
tidak mendapatnya setelah berusaha dan berdoa, dia hanya mahukan
sesuatu yang hanya memberi keuntungan kepada dirinya sendiri sahaja.

Inilah yang saya istilahkan sebagai ‘kehidupan yang di


penjara’. Apabila manusia hanya menumpukan kepada keinginan dan
kehendaknya sahaja maka lahirlah desakan yang kuat. Keadaan yang
mendesak inilah menyebabkan manusia merasa tidak cukup dan tidak
puas dengan apa yang telah ada, seterusnya menghasilkan tekanan
dan kekecewaan jika tidak dapat memenuhi keinginan tersebut.

Di dalam kehidupan ini terdapat dua jenis penjara iaitu :


1.) Penjara fizikal
2.) Penjara minda

Orang yang dipenjara fizikalnya, andainya dia redha dengan


ketentuan, fikiran mereka yang akan bebas. Fikiran yang bebas daripada
sebarang gangguan dan tekanan membolehkan mereka menggunakan
waktu itu sebagai satu keadaan untuk bermuhasabah diri dan
mengembangkan minda mereka ke arah yang lebih luas. Melalui kuasa
minda yang positif, manusia mampu pergi ke mana sahaja walaupun
fizikal terpenjara.

Penjara minda pula ialah suatu cetusan fikiran yang menghalang


seseorang itu daripada faham dan nampak perkara yang baik untuk

110 BAB 13: Jangan Biarkan Diri Anda Dipenjara


dirinya. Sekaligus menghalang daripada bertindak dengan betul.
Fizikalnya bebas tetapi fikiran mereka dipengaruhi bermacam-macam
virus minda yang memenjarakan dirinya. Contohnya “ Takutlah nak
buat, boleh jadi ke?” atau “Betul ke boleh sembuh, takut kalau-kalau
tak jadi macamana?”.

Walaupun perlu kita berwaspada, tetapi cukuplah sekadar berjaga-


jaga, bukannya sehingga menghalang kita daripada bertindak dan
melakukan aktiviti harian. Janganlah rasa takut dan bimbang mengatasi
bergantungan dan keyakinan kita kepada Allah sebagai pelindung.

Fikiran negatif seperti takut, risau, bimbang dan sebagainya akan


menghalang semua aktiviti kehidupan kita seharian.

Penjara emosi pula di mana kita selalu merasai tanggapan negatif


berlebihan seperti mengatakan orang tidak suka pada kita, suami kita
tidak sayang kita lagi dan sebagainya.

Pada pandangan saya, ini hanyalah perasaan ‘cepat terasa’ walhal


kita sendiri tidak pasti ia benar ataupun tidak!!

Setiap perkataan yang diutarakan merupakan sistem kepercayaan,


sistem nilai dan tabiat yang boleh memenjarakan diri kita.

Mari lihat status diri kita, adakah kita daripada golongan yang
dipenjarakan?
» Lihat bagaimana hubungan kita dengan orang lain seperti
sanak saudara, rakan-rakan dan masyarakat, baik atau
tidak?
» Nilai kembali status kesihatan kita dengan melihat kepada
gaya hidup, pemakanan dan aktiviti harian.
» Nilai kembali status kewangan. Adakah kita memenuhi

BAB 13: Jangan Biarkan Diri Anda Dipenjara 111


keperluan atau kehendak.Adakah kita menambah hutang
atau menyelesaikan hutang?
» Fikirkan nilai diri kita dan tanya apakah sumbangan yang
telah kita berikan kepada agama dan masyarakat untuk
dimanfaatkan?
» Renungi diri kita. Apakah kita gembira dan menikmati
kehidupan atau berduka dan bersedih?

Jika seseorang itu tidak membuat perubahan kepada fikirannya,


maka dia akan sentiasa terbelenggu dalam penjara kehidupannya. Ini
kerana dia gagal mengatasi sebarang unsur negatif yang melemahkan
dirinya untuk berubah kearah yang lebih baik.

Dia memenjarakan hidupnya dengan menyebut “Saya memang


macam ini,” menyebut perkataan-perkataan yang negatif sahaja.
Apabila seseorang suka menyebut perkataan negatif, maka sistem saraf
juga akan berfungsi negatif seperti yang selalu disebutkan.

Kajian mengenai keupayaan imaginasi otak telah dibuat ke atas


dua pelajar yang diuji saluran darah mereka. Salah seorang daripadanya
diuji dengan membayangkan sedang berlari dengan laju, manakala
seorang lagi membayangkan sedang memikirkan formula Matematik.

Hasilnya menunjukkan, orang yang membayangkan untuk berlari,


saluran darah akan turun ke bawah untuk menyediakan otot bagi
membolehkan dia berlari. Begitu juga dengan imaginasi memikirkan
formula Matematik, didapati banyak darah mengalir ke bahagian
otaknya. Ini hanya memlalui imaginasi sahaja.

Maknanya, pemikiran kita boleh mengubah biologi kita. Pemikiran


adalah sistem biologi tubuh badan yang dianugerahkan oleh Allah

112 BAB 13: Jangan Biarkan Diri Anda Dipenjara


kepada hambanya. Bayangkan, dengan hanya imaginasi sahaja kita
mampu membentuk dan mengubah apa sahaja yang kita fikirkan.

Gunakanlah kehebatan anugerah yang diberikan ini dengan


perkara-perkara yang bermanfaat kepada seluruh kehidupan kita.
Banyakkan membaca dan berfikir kerana ia membantu menguatkan
ingatan dan mengelak penyakit lupa.

Jika kita tidak mahu berfikir, kita hanya akan menjadi pasif
menonton TV, mendengar radio tanpa berfikir, membiarkan informasi
masuk tanpa mengevolusi, tanpa analisa, tanpa memikirkan bagaimana
informasi yang didapati itu menjadi inspirasi kepada kita. Sedangkan
Inspirasi itu membawa tindakan.

Tindakan itulah yang akan menukarkan hasil kehidupan dari segi


kesihatan, kekayaan, kebahagiaan, hubungan dengan manusia dan
juga khidmat dengan masyarakat.

Orang yang mempunyai masalah dan gagal menyelesaikannya


adalah orang yang terpenjara dengan kata-kata, tanggapan dan fikiran
negatif daripada mereka sendiri.

Masalah tidak dapat diselesaikan sekiranya pemikiran dan emosi


tidak diperbetulkan. Ini kerana, pemikiran dan emosi yang betul sahaja
dapat membantu menyelesaikan masalah dunia luaran.

Tindak balas diri dan apa yang berada di luar kita adalah cermin

BAB 13: Jangan Biarkan Diri Anda Dipenjara 113


kepada dunia dalaman. Jika kita keluar daripada penjara ini maka
kita tidak ada sifat menyalahkan orang, merungut dan menyesal. Tiga
perkataan inilah yang tidak patut disebut dan harus dibuang daripada
fikiran.

13.1 Kekalkan Fokus kepada Matlamat yang


ingin Dicapai
Di sini saya sebutkan tiga caramengekalkan fokus:
» Mesti ada visi yang jelas dan teliti, iaitu kita sudah
nampak apa yang akan berlaku pada 10-20 tahun akan
datang.
» Mesti ada tujuan, iaitu kenapa kita lakukan sesuatu.
Tujuan ini mestilah untuk mencari redha Allah, bukan
penghargaan manusia. Apabila kita ada penunjuk arah
atau kompas (pedoman) dalam membuat sesuatu, maka
kompas itu yang akan menetukan fokus kita ke mana,.
Adakah tujuannya ke arah kebaikan ataupun kejahatan
yang merosakkan.
» Mesti ada ‘goal’ (matlamat). Untuk mencapai visi yang
kita mahukan, saya cadangkan buatlah ‘goal card’. Di
dalam ‘goal card’ itu tulislah 5 aspek kehidupan kita
,kemudian laminate dan letakkan di tempat yang mudah
dilihat supaya dibaca.

114 BAB 13: Jangan Biarkan Diri Anda Dipenjara


Sebelum tidur apabila kita membaca “goal card” kita, maka
bayangkan apa yang kita inginkan dan imaginasi kita itu akan masuk
ke dalam minda bawah sedar. Ini menyebabkan vibration kita ke arah
kebaikan. Apabila kita tidur, vibaration itu akan sampai ke dunia luar
yang akan menarik apa yang kita matlamatkan pada keesokan harinya.

13.2 Bebaskan Pemikiran Orang-orang yang


Anda Sayangi
Kebanyakan orang tua mempunyai sikap paranoid, iaitu suka
berfikiran negatif sahaja. Cara unuk mengubahnya ialah :

» Sebagai anak, buktikan kepada orang tua anda bahawa


kita tidak akan bersikap seperti yang disangkakannya,
dan perkara seperti itu tidak akan berlaku.
» Tunjukkan kasih sayang kepadanya dan katakanlah
kepadanya bahawa jika ayah dan ibu tiada tidak seronok
rasanya. Kami mahukan ayah dan ibu sentiasa berada di
samping kami.
» Letakkanlah orang tua paling tinggi kedudukannya.
Dengan cara yang ditunjukkan ini, insya-Allah perkara
yang disebutkan oleh orang tua kita itu tidak akan timbul.

BAB 13: Jangan Biarkan Diri Anda Dipenjara 115


13.3 Jangan Cepat Mengalah dan Berputus
Asa dengan Kegagalan

"Syarikat bapa saya mengalamai kerugian besar. Untuk mengatasi


masalah ini saya sanggup berhenti kerja bagi membantu. Namun
apa yang terjadi ialah masalah ini masih tidak selesai. Saya buntu
memikirkannya."

Sebenarnya tiada kegagalan dalam kehidupan. Yang ada adalah


keputusan dalam kehidupan. Jika sudah berusaha mencuba, namun
masih lagi ada masalah, maka ubahlah strategi anda.

» Pertama: Gunakan teamwork (berkumpulan). Cari orang-


orang yang lebih berpengalaman, minta nasihat dan
panduan dan rujuk kepada mereka tentang masalah yang
anda hadapi.
» Kedua: Dapatkan ‘organizer planner’ (perancang).
‘Organizer Knowledge’ (orang yang merancang) bukan
kuasa tetapi ‘organize knowledge’ ( ilmu perancangan)
adalah kuasa utama melakukan perubahan.
» Ketiga: Bentukkan satu kumpulan perancang yang
dipanggil ‘master mind group’ (kumpulan perancang
utama), iaitu bergabung tenaga bersama mengatasi
masalah yang dihadapi.

Daripada kajian saintifik, apabila sekumpulan orang berfikir


dan berkumpul dengan tujuan menyelesaikan masalah, pasti jalan
penyelesaian lebih mudah ditemui. Perkara yang sudah berlaku, dan

116 BAB 13: Jangan Biarkan Diri Anda Dipenjara


setiap kegagalan dalam syarikat boleh dijadikan sebagai panduan dan
teladan untuk belajar daripada kegagalan. Orang yang bijak, belajar
daripada kegagalan orang lain dan diri sendiri.

13.4 Tuluskan Niat Anda


Belajar untuk tahu berbeza dengan belajar untuk lulus. Pelajaran
sepatutnya difokuskan kepada ‘belajar untuk tahu’ kerana tahu dan
faham sesuatu perkara akan membuatkan seseorang itu menguasai
ilmu tersebut dan akan kekal bersamanya sebagai ilmu pengetahuan.
Manakala belajar untuk lulus pula hanya fokus mendapatkan kelulusan
dengan segulung sijil sahaja, tetapi tidak menguasai ilmu pengetahuan
tersebut. Seterusnya dia akan lupa apa yang dipelajarinya.

Ini dipanggil ‘achievement versus wisdom.’ Semua ibubapa


inginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Hari ini, fokus
utama kebanyakan ibubapa seolah hilang kerana telah memikirkan
berapa banyak ‘A’ yang akan didapati.

Perhatikan, adakah kita seorang ibu bapa yang inginkan anak


berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang semata-mata ingin
beritahu pada orang ataupun dengan pelajaran yang dipelajarinya itu
dapat dimanfaatkannya kepada orang lain?

Para ulama’ pernah berkata, “belajarlah kerana Allah untuk


manfaatkan Ilmu.” Kadang-kadang kita akan merasa malas hendak
belajar disebabkan tidak tahu mengapa perlu belajar. Sebaliknya
jika kita melihat kepada manfaat yang akan kita dapat daripada
mempelajari sesuatu ilmu, maka ia akan menjadi impak supaya kita
belajar bersungguh-sungguh.

BAB 13: Jangan Biarkan Diri Anda Dipenjara 117


Berpeganglah kepada empat perkara untuk berjaya di dalam
pelajaran iaitu:

» Pertama: ‘Clear of the goal’. Faham dan tahu dengan


terperinci apa yang kita mahukan.
» Kedua: ‘Others focus’. Tahu tujuan belajar adalah untuk
memberi manfaat kepada diri dan orang lain, bukan
untuk menunjukkan kehebatan diri.
» Ketiga: Sentiasa merasa syukur. Setiap hari kita perlu
merasa syukur dan rasa bertuah kerana dapat mengecapi
peluang hidup dan peluang belajar bukan hanya
mengucapkan dengan hati dan lisan, tetapi dengan
melakukan perbuatan juga.
» Keempat: Keyakinan yang tidak berbelah bagi. Jika jelas
apa yang dimahukan, kita akan memanfaatkannya
kepada diri dan orang lain. Maknakan setiap perbuatan
dengan harapan mencari keredhaan Allah. Rasa syukur
akan memberikan perasaan yang baik kepada diri sendiri
supaya menjadi manusia yang lebih baik, penuh ihsan
dan murah hati.

Apabila kita yakin bahawa hidup kita ini bertujuan memberi


manfaat kepada orang lain dan supaya mengabdikan diri kepada Allah,
insya-Allah apa yang kita mahukan Allah akan makbulkan.

Kesimpulan
Penjara minda adalah sesuatu yang kita tidak nampak. Tanyalah
kepada diri sendiri, apakah pemikiran negatif yang ada di dalam fikiran
kita menyebabkan kita tidak boleh bahagia, tidak kaya, tidak sihat dan

118 BAB 13: Jangan Biarkan Diri Anda Dipenjara


BAB 14

Kehidupan
Adalah Sebuah
Perjalanan yang
Sementara
- Hiduplah seperti seorang musafir di dunia
ini..-

BAB 14: Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan Yang Sementara 119


Sebagai seorang manusia, kita harus merenungi siapakah diri
kita sebenarnya di dalam menjalani kehidupan seharian. Bayangkan
semasa kita dilahirkan, pai ada keluarga. Lihatlah rupa bayi yang
dilahirkan betapa mereka tidak tahu apa-apa dan hanya membiarkan diri
mereka dibesarkan oleh ibu bapa, diberi makanan, ditukar lampin dan
sebagainya.

Apabila mahukan sesuatu, bayi hanya menangis bagi


mendapatkannya. Secara fitrah, manusia dilahirkan lemah. Bersama
kelahiran mereka ada sifat-sifat yang baik, tetapi apabila meningkat
dewasa, mereka menjalani kehidupan dalam keadaan yang berbeza.

Ada yang hidup berpandukan keimanan dan ada pula yang hidup
dalam kemaksiatan, melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Perjalanan hidup manusia di dunia ini tertumpu kepada 3 perkara


utama iaitu :

Pertama: Menjadi hamba Allah SWT


Kedua: Menjadi khalifah di muka bumi
Ketiga: Mengimarahkan urusan dunia mengikut hukum Allah
SWT

Perjalanan hidup ini sebenarnya dari saat bayi sehingga dewasa


bergantung kepada pilihan yang dilakukan. Kebanyakan ibu bapa
menghantar anak-anak ke sekolah supaya anak mereka bersaing
menjadi pelajar akademik terbaik dan selalunya kebanggaan ditekankan
kepada pencapaian.

Sebenarnya kita patut mengubah pemikiran bahawa apabila


membuat sesuatu perkara, nilainya bukan diukur berdasarkan
pencapaian ataupun penghargaan semata-mata. Namun nilai sebenar

120 BAB 14: Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan Yang Sementara


adalah makna dan erti setiap apa yang kita lakukan itu, memberi
ganjaran di akhirat nanti.

Sebuah masyarakat yang hebat bermula daripada pembentukan


di dalam sebuah keluarga. Anak yang baik bermula daripada pasangan
suami isteri yang baik.

Di awal usia, mereka akan mencontohi tingkahlaku ibu bapa. Oleh


itu, ibu bapa bertanggungjawab mewujudkan sikap dan suasana yang
baik agar menjadi contoh sehinggalah mereka dewasa.

Jika benih iman dan akhlak yang baik disemaikan lebih awal lagi,
insya-Allah anak-anak ini tidak mudah terpedaya dan terpesong dengan
cabaran-cabaran hidup apabila menempuh perjalanan hidup mereka
kelak.

14.1 Hindarkan Anak-anak Daripada Pengaruh


Buruk
" Hari ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dan sangat
perlu menitikberatkan soal pergaulan anak-anak remaja di luar
rumah agar tidak terpengaruh dan terjebak dengan kegiatan yang
merosakkan."

Apabila anak-anak meningkat remaja, ibu bapa sudah tidak boleh


melayan mereka seolah-olah mereka masih kecil lagi.

Pada umur 7–14 tahun, kanak-kanak ini sudah berakal dan mula
membentuk personaliti dan keperibadian mereka. Pada usia inilah
bermulanya alam persekolahan dan sudah tentunya persekitaran di
sekolah amat berbeza. Anak-anak kita akan terdedah dan berkawan

BAB 14: Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan Yang Sementara 121


dengan pelbagai jenis rakan, sehingga terpengaruh dan sikap mereka
tidak terkawal sepenuhnya.

Cara terbaik menentukan mereka tidak terpesong ialah “imej diri”.


Perkara ini kurang dititik beratkan kerana ramai ibu bapa terperangkap.
Mereka banyak mengarah remaja mengikut apa yang disuruh tanpa
bertanya pendapat mereka.
Ibu bapa perlu memahami, apabila remaja sudah meningkat ke
alam remaja, mereka inginkan ibu bapa menghormati dan mendengar
pendapat mereka. Jadi, cara yang terbaik adalah menjadikan mereka
sebagai kawan. Selain kita menitikberatkan soal akidah, kita perlu
mengajar mereka ‘imej diri’ dan ‘keyakinan diri’.
Sekiranya anak kita membuat sesuatu kesalahan, elakkan
daripada kita memarahinya dengan teruk sekali dan menyebut kata-
kata-kata yang merendahkan imej diri mereka. Contohnya seperti degil,
tidak baik, menyusahkan orang dan sebagainya. Apabila kita menyebut
kata-kata ini dengan penuh emosi menyebabkan apa yang dikatakan
akan memberi gambaran yang akan masuk ke ‘minda segar’ anak-anak.
Minda segar anak-anak ini menentukan getaran sel tubuh mereka
dan juga getaran otak mereka. Getaran ini berfungsi mengikut arah yang
difikirkan, inputnya adalah melalui apa yang disebutkan. Contohnya
jika mereka merasa mereka nakal, mereka akan mencari kawan-kawan
yang nakal dan membuat aktiviti bersama budak-budak yang nakal.

Pada usia remaja, mereka ingin mencari identiti mereka yang


senang dijumpai pada rakan-rakan sebaya. Sebab itulah pentingnya ibu
bapa menjadi rakan mereka dahulu sebelum mereka mencari kawan-
kawan di luar.

Jika kita inginkan anak remaja membesar dengan baik, apabila


mereka membuat kesalahan, jangan memarahi mereka di hadapan orang

122 BAB 14: Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan Yang Sementara


ramai kerana itu menjatuhkan harga dirinya. Kita perlu menasihatinya
dengan penuh berhemah, berbual dengannya seperti kawan agar dia
berasa selesa dengan kita.

Apabila kita menyebut sebegitu, penuh emosi dan penuh kasih


sayang, maka imej diri mereka akan terbentuk insya-Allah. Apabila
mereka ingin melakukan perkara yang tidak baik, mereka akan ingat
kepada kedua ibu bapanya dan tidak akan melakukan kejahatan.

Segelintir ibu bapa suka membezakan anak-anak. “Abang dia


pandai, yang ini kurang cerdik sikit, seorang lagi itu pemalas...”
Perkataan yang disebutkan oleh ibu bapa adalah doa, maka anak akan
menjadi apa yang dikatakan ibu bapanya kerana mereka merasakan
imej mereka sebegitu.

Oleh itu, ini merupakan satu peringatan yang amat penting dalam
mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik untuk mereka.

Didiklah anak-anak daripada kecil lagi supaya mencari keredhaan


Allah, bukan mencari penghargaan manusia. Ajarlah mereka bahawa
kehidupan ini hanya sementara dan kita sebagai orang Islam, wajib
mengikut apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang
dilarang.

Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini pasti akan ditanya
dihadapan Allah SWT akhirat kelak. Dua keadaan hidup manusia:

» Pertama: orang yang ‘reactive’. Saya ibaratkan orang


‘reactive’ ini hidupnya dalam sungai kehidupan. Reactive
ialah orang yang bertindak balas secara melulu dan
terburu-buru tanpa berfikir dan tanpa kawalan emosi
yang baik. Manusia yang berfikiran negatif sentiasa ingin
bersaing, menjatuhkan orang, bercakap perkara negatif

BAB 14: Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan Yang Sementara 123


dan sebagainya.
» Kedua: Manusia yang hidup di dalam keadaan emosi
yang tinggi di mana mereka tidak memberi reactive,
tetapi lebih kepada responding (memberi sesuatu tindak
balas setelah berfikir). Emosi mereka tidak mudah marah
tetapi penuh kasih sayang yang baik, lemah lembut dan
sangat pandai mengendalikan emosi mereka.

Sebagai ibu bapa, buatlah pilihan hari ini dalam perjalanan hidup
kita mendidik anak-anak. “Apakah jenis pemikiran yang kita ingin berikan
kepada anak kita? Apakah jenis emosi yang kita hendak tentukan pada
mereka setiap hari? Apakah jenis tindakan yang dilakukan anak kita”?.

Tiga perkara yang disebutkan tadi menentukan sikap seseorang.


Jika seseorang itu bersikap positif, maka hidupnya akan bahagia tetapi
sebaliknya mereka akan hidup merana. Oleh itu, kita ada pilihan untuk
hidup bahagia atau tidak sepanjang perjalanan kehidupan kita ini.

14.2 Buatlah Persediaan Menempuh


Rintangan Kehidupan
Sebagai manusia yang hidup diatas muka bumi ini, kita kadangkala
diuji dengan kesenangan hidup. Ada di antara kita terleka dan dilalaikan
dengan urusan dunia sehingga lupa kepada suruhan dan larangan Allah
s.w.t.

Kebanyakan manusia yang mempunyai masalah di dalam

124 BAB 14: Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan Yang Sementara


kehidupan disebabkan mereka tidak menjaga hubungan dengan
pencipta. Urusan agama seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya
diketepikan terus atau kurang mengambil berat tentangnya, dikerjakan
secara acuh tidak acuh.

Dalam perjalanan kehidupan ini, kebanyakan manusia bekerja


mencari segala kemewahan yang diinginkan, tetapi dalam masa yang
sama, lupa kepada tanggungjawab kita kepada Allah, lupa kepada
kesihatan tubuh badan dan lupa kepada kewajipan kepada kedua ibu
bapa.

Perjalanan kehidupan ini diibaratkan seperti satu perjalanan


keretapi yang perlu sentiasa tetap di atas landasan, jika ia terpesong
sedikit sahaja, maka lain pula destinasi yang akan dituju atau tergelincir
daripada landasannya.

Salah satu peringkat ujian di dalam perjalanan kehidupan


seseorang ialah apabila mereka memegang jawatan tinggi. Di peringkat
inilah kita perlu perhatikan bagaimana kita menjaga keseimbangan
kerja, rumahtangga dan keluarga? Bagaimana kita menjaga orang
bawahan?

Apakah perangkap-perangkap yang banyak menjerat pada tahap


ini? Lelaki mahupun wanita, jika terjerat dengan harta dan kedudukan,
mereka akan mudah terpesong.

Rumahtangga tidak terurus malah kebajikan anak-anak terabai


apatah lagi kewajipan dan tanggungjawab dengan Allah s.w.t.

Seorang isteri perlu mendahulukan Allah, Rasul kemudian suami


manakala lelaki harus mendahulukan Allah, Rasul, ibu bapa, kemudian
isteri.

BAB 14: Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan Yang Sementara 125


Dalam berkerjaya pula, kita perlulah jujur. Carilah sumber rezeki
yang halal untuk diberikan kepada keluarga. Kebanyakan manusia
apabila mempunyai kuasa, peluang mereka menyeleweng sangat luas.
Peluang-peluang untuk mendapatkan rasuah atau harta yang diragui
punca dan sumbernya amat mudah.

Inilah yang saya katakan sebagai perangkap-perangkap di


peringkat kehidupan manusia yang bakal menjerat pada bila-bila masa.
Selain itu, manusia juga terperangkap dari segi kesihatan kerana tidak
menjaga soal kesihatan diri dan juga perangkap duit dan harta.

Akibatnya, manusia mengejar duit tanpa mengira halal atau haram.


Mereka rela mengorbankan prinsip keislaman untuk keuntungan dunia
yang sedikit. Alangkah ruginya kerana rezeki kita bukan duit semata-
mata. Jika kita mendapat duit daripada cara yang tidak halal, maka duit
itu akan menjadi darah daging anak-anak kita yang tentunya menjadi
bahan bakar api neraka kelak.

Istilah pencen hanya untuk pengunduran daripada bidang


pekerjaan sahaja, hakikatnya hidup kita sebagai manusia tiada konsep
bersara. Apapun pilihan kita, yang penting kita tahu bila kita sudah
sampai umur bersara bererti umur sudah tua dan semakin dekat kepada
kematian. Jika waktu ini kita tidak menuju ke arah mendapatkan husnul
khatimah, alangkah ruginya.

14.3 Teruskan Kehidupan ini Selagi Terdaya,


Carilah ‘Husnul Khatimah’
Pengalaman saya sebagai seorang doktor, saya dapati terdapat
beberapa golongan yang dapat saya simpulkan kepada tiga iaitu :
» Pertama: Tidak mengambil berat soal kesihatan langsung

126 BAB 14: Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan Yang Sementara


» Kedua: Menjaga kesihatan dengan baik
» Ketiga: Terlampau takut dengan penyakit yang dihadapi

Saya ingin sebutkan di sini , jika kita diuji oleh Allah s.w.t dengan
penyakit, memang kita akan merasa sedih dengan keadaan penyakit
yang dihadapi dan perlu diberi rawatan bagi meneruskan kehidupan.

Apa yang penting ialah berusaha merawat penyakit yang


dihidapi dan menikmati kehidupan yang ada dengan sabar dan redha.
Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang hidup.

Ini bermakna, kita berpeluang bermuhasabah diri, menginsafi


setiap kesalahan yang kita lakukan. Jika orang sihat masuk syurga
kerana kesihatannya, maka redha dan sabarlah kerana kita mampu
masuk syurga dengan kesabaran dan redha dengan ujian penyakit.

Oleh itu, hargailah setiap peluang dan ruang yang diberikan.


Bersyukur dan berterima kasihlah dengan nikmat pemberian Allah
SWT. Hargailah orang-orang yang bermakna dalam kehidupan anda,
tunaikanlah hak mereka dan hiduplah dalam suasana kasih sayang.

Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan sekadar kemampuan


anda, semoga nikimat kesenangan dikecapi bersama oleh semua
lapisan kehidupan.

Angka umur yang bertambah sepatutnya dapat mengingatkan


kita kepada dekatnya saat kematian. Sepatutnya, semakin berumur
seseorang itu, semakin banyak dia menaburkan amal ibadah buat
bekalan kelak.

Janganlah sibuk memikirkan apakah harta atau perniagaan yang


akan ditinggalkan untuk anak-anak. Banyakkan menyemai benih akidah,
akhlak, keimanan kepada anak-anak kerana apabila kita masuk ke alam

BAB 14: Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan Yang Sementara 127


kubur, merekalah yang akan menjadi aset untuk menyelamatkan kita
daripada azab Allah s.w.t.

Segala kehebatan dan kemegahan empayar harta kita langsung


tidak dapat membantu jika semua itu hanya kemegahan di dunia,
tetapi tiada nilai di akhirat.

Oleh itu saya menyeru diri saya dan semua pembaca supaya
renunglah perjalanan kehidupan kita ini dan harus kita tahu bahawa
kehidupan ini hanya sementara sahaja, di akhirat jua kekal abadi
selama-lamanya.

128 BAB 14: Kehidupan Adalah Sebuah Perjalanan Yang Sementara


BAB 15

Persoalan
Adalah Lumrah
Kehidupan
- Berusahalah mencari kebenaran kerana
akal fikiran yang dianugerahkan hanyalah
untuk kebenaran sahaja...-

BAB 15: Persoalan Adalah Lumrah Kehidupan 129


Hidup ini perlu ditadbir dan diurus dengan sebaiknya. Tanpa
pengurusan hidup yang betul, hidup akan bercelaru, kucar kacir
umpama kapal dipukul badai. Selain pengurusan fizikal luaran, kita
juga perlu menguruskan soal jiwa dalaman diri yang disebut ‘inner voice
management’.

Setiap orang mempunyai jiwa dan suara hati. Fikiran kita sebagai
seorang manusia, tidak boleh lari daripada persoalan. Soalan yang
bermain di fikiran bergantung kepada diri seseorang.

Setiap perkara yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Hikmah


adalah perkara yang kita tidak boleh nampak dengan mata kasar.
Disebabkan itulah, ianya menjadi persoalan kepada kita untuk difikirkan,
antaranya ialah :
◊ Mengapa berlaku?
◊ Apakah pengajaran yang boleh didapati?
◊ Bagaimanakah untuk memanfaatkan peristiwa itu kepada diri?

Saya ambil contoh kisah seorang ibu yang menjaga dua anaknya
yang kurang upaya. Walaupun mereka kurang upaya fizikal, tetapi
keupayaan dalaman mereka sangat sempurna. Mereka berjaya
menghasilkan produk yang akhirnya berjaya dijual di salah sebuah
pasaraya terkenal, walaupun tidak memiliki keupayaan fizikal yang
sempurna.

Dia selalu mengatakan kepada dirinya “Allah telah memilih


saya untuk menjaga makhluknya yang mungkin sedikit pandangan
kurang keupayaan kerana Allah tahu saya boleh melakukannya.”
Inilah sangkaan baik kepada Allah menyebabkan kita akan rasa kita
berkeupayaan dan yakin kepada rahmat Allah. Kita boleh mengatasi
apa jua masalah kerana yang memberi semuanya adalah Allah SWT dan
kita mendapat kekuatan.

130 BAB 15: Persoalan Adalah Lumrah Kehidupan


Lihatlah bagaimana jika kita menemui jawapan di sebalik setiap
perkara yang berlaku dalam kehidupan. Kita akan sentiasa bersangka
baik kepada Allah SWT kerana Dialah yang maha memberi, kekuatan
dan kehebatan di sebalik secebis kekurangan. Keyakinan seperti inilah
yang akan memberikan kekuatan untuk mengatasi apa jua masalah.

15.1 Jangan Memandang Rendah Terhadap


Sedikit Kekurangan yang Ada

"Melayari kehidupan berumah tangga bukan semudah yang


disangkakan apalagi jika ieri mempunyai kedudukan dan sumber
kewangan yang lebih daripada suami. Persepakatan dan saling
hormat menghormati adalah kunci kebahagiaan hidup bersama."

Masalah kekurangan dalam rumahtangga adalah perkara lumrah


yang akan dihadapi oleh semua pasangan. Ia berbeza dengan waktu
sebelum berkahwin kerana pada waktu itu, masih kurang komitmen
yang perlu diberikan.

Apabila sudah berkahwin, barulah kita sedar bahawa banyak


perkara yang perlu dipikul sehingga kadangkala menyebabkan kita
merasakan ia satu bebanan. Situasi ini akan lebih terasa berat apabila
pendapatan suami lebih kecil berbanding isterinya.

Sebagai wanita, walaupun bergaji besar, sepatutnya bersyukur


kerana ada juga orang yang sudi mengahwini dan menjaga kita.Soal
kewangan adalah nombor dua kerana apa yang penting ialah memiliki
makna sebuah kehidupan.

BAB 15: Persoalan Adalah Lumrah Kehidupan 131


Biarkan suami menjalankan tugas semampunya, manakala
selebihnya bantulah dia menguruskan hal-hal rumahtangga, barulah
hidup dinamakan perkongsian. Susah senang dirasai bersama.

Carilah kasih sayang Allah dan jalinkan hubungan yang baik di


samping mencari jalan meningkatkan pendapatan kita. Ketenangan ini
memberikan rasa redha dengan kekurangan. Redha dengan kehidupan
membawa kepada keredhaan Allah SWT.

15.2 Bersyukur dan Berterima Kasihlah


dengan Setiap Kebaikan yang Diterima

"Sebagai suami ieri, hidup saling hormat menghormati dan saling


menghargai adalah kunci utama kebahagiaan. Penghargaan seperti
ini mei ditunjukkan dengan perbuatan, barulah rumahtangga akan
sentiasa mekar subur sepanjang hayat."

Banyakkanlah memberi layanan mesra, sentuhan dan belaian


selain daripada memberikan hadiah berupa barang-barang. Sifat
manusia adalah memerlukan kasih sayang, belaian, sentuhan fizikal
dan juga sentuhan minda dan rohani. Berikanlah kata-kata pujian
terhadap setiap kebaikan yang dilakukan agar lebih memberikan rasa
seronok dan berkeyakinan untuk terus melakukan kebaikan.

Dalam melayari rumahtangga, mesti mempunyai LOVE iaitu:


» L - listen (mendengar)
» O - overlook (jangan melihat sisi negatif suami atau isteri)
» V - voice out (sebut kasih sayang)
» E - effort (sentiasa memberi bahagia)

132 BAB 15: Persoalan Adalah Lumrah Kehidupan


Sentiasalah bertanya kepada diri sendiri, “Bagaimana hendak
mewujudkan kebahagiaan?” Jika bukan kita sendiri yang mewujudkan
kebahagiaan, bagaimana hendak membahagiakan orang lain? Apa yang
penting ialah wujudkan sebuah suasana bahagia daripada diri anda
sendiri dahulu, barulah anda boleh membahagiakan orang lain.

15.3 Bergerak Sehaluan, Berjalan Seiringan


Bayangkan anda suami isteri sedang menaiki kenderaan. Suami
memandu dan isteri di sebelah. Ketika memandu, adakah kita saling
memandang satu sama lain atau melihat ke hadapan? Jika memandang
satu sama lain akan menyebabkan berlakunya kemalangan.

Begitulah juga apabila kita sedang memandu kehidupan,


destinasi utamanya adalah ke arah husnul khatimah, melahirkan anak
yang soleh dan solehah untuk mendoakan kita apabila mati dan hidup
aman damai mengikut panduan syariat.

Apabila kita mempunyai tema ikatan kehidupan seperti ini, kita


akan sentiasa bergerak sehaluan berjalan seiringan, susah dan senang
bersama, saling tegur menegur kesalahan masing-masing dan berusaha
memperbaikinya. Inilah tujuan membina sebuah kehidupan bersama.

Kesimpulan
Dalam menempuh sebuah perjalanan, sudah tentu kita akan
menghadapi rintangan kecil ataupun besar. Rintangan adalah ujian bagi
menguatkan diri di samping membuka hikmah di sebaliknya. Apa yang
penting ialah bagaimana kita memberikan tindakbalas terhadap apa
yang berlaku selain mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

BAB 15: Persoalan Adalah Lumrah Kehidupan 133


Kita mestilah sentiasa saling menghargai, supaya kita memahami
erti kesusahan dan keperitan yang ditanggung oleh orang lain. Merendah
diri di antara satu sama lain membawa kepada persefahamanan
persepakatan, mudah-mudahan ia akan membina bahagia.

134 BAB 15: Persoalan Adalah Lumrah Kehidupan

Anda mungkin juga menyukai