Anda di halaman 1dari 85

Imias Farhani

bab 1
ARISA menoleh ke belakang sewaktu terdengar namanya dipanggil. Kelihatan Jamilah tersenyum panjang ke arahnya. Gadis genit yang berasal satu kampung dengannya itu berlari-lari anak menghampiri Farisa. Kau ke mana? tukas Jamilah sebaik sahaja merapati teman sebiliknya. Aku pergi perpustakaan tadi. Kenapa? balas Farisa melampiaskan pertanyaan kerana Jamilah kelihatan berminat benar untuk tahu ke mana dia menghilang tadi. Satu-satunya tempat yang tidak akan dikunjungi oleh gadis itu jika ingin mencari Farisa. Jamilah menjuihkan bibir sebaik mendengar perkataan perpustakaan. Ada seseorang sedang menunggu kau di depan pagar asrama. Siapa? Entah. Dia bawa jambangan bunga. Besar! Jantung Farisa berdegup kencang. Kata-kata

Jauhari Hatiku

Jamilah menggetarkan urat sarafnya. Biar betul dia ni! Tidak pernah seumur hidup Farisa menerima jambangan bunga. Berkenalan dengan mana-mana lelaki pun jauh sekali. Pasti ke untuk aku? Seratus peratus pasti, kawan. Kau tak kenal dia? Berkerut seribu dahi Farisa tika itu. Sukar akal warasnya hendak menerima kata-kata Jamilah. Kau ingat aku suka sangat tipu kau? Hah, mari sini aku tunjukkan! Suara Jamilah kedengaran kasar. Namun Farisa sudah kenal benar dengan teman lamanya itu. Memang agak kasar orangnya. Jamilah segera menarik tangan Farisa menuju ke arah yang dimaksudkannya. Terpaksalah Farisa mengekorinya walaupun hati keberatan. Tiba di hadapan blok yang paling hampir dengan pintu pagar asrama, Farisa menghentikan langkah. Wajahnya penuh keraguan. Tergamam Jamilah dibuatnya. Apesal? tanya Jamilah kurang sabar. Kejap la, getus Farisa lantas menyorok di sebalik bangunan sambil mengintai ke arah pintu pagar asrama. Mana dia? soal Farisa. Siapa? La... mamat yang bawa bunga tu la. Ooo... tu. Kat tepi van putih tu. Nampak? Farisa tidak menjawab pertanyaan Jamilah. Matanya melilau mencari gerangan yang dimaksudkan oleh temannya itu.

Imias Farhani

Dah jumpa! Tetapi agak malang kerana wajah lelaki yang dimaksudkan oleh Jamilah tidak dapat dilihat dengan jelas. Jambangan bunga yang dibawa melindungi wajah lelaki itu. Farisa tidak dapat meneka siapakah gerangan orang yang sedang membawa jambangan bunga besar itu. Betullah Jamilah tidak menipunya. Tetapi betulkah bunga itu untuknya? Pergilah. Tunggu apa lagi? Kesian, dah lama dia tu tunggu tau! gesa Jamilah bersungguh-sungguh. Bahu Farisa ditolaknya. Hampir-hampir sahaja gadis itu tersembam ke tanah. Kasar betul minah ni! Farisa hanya merungut di dalam hati sambil menjeling Jamilah. Farisa tidak dapat membebel dan marah-marah seperti selalu. Fikirannya lebih tertumpu kepada lelaki yang membawa jambangan bunga di hadapan pintu pagar asrama. Pergilah! giat Jamilah lagi. Lantas Farisa menarik nafas dalam-dalam. Dalam perasaan ragu disertai degup jantung yang kencang, dia menapak juga ke arah pintu pagar asrama. Sampai di hadapan pemuda itu, Farisa berpura-pura tidak nampak. Dia terus sahaja berjalan tanpa menoleh. Errr... dik! Suara parau itu memanggil. Pantas Farisa menoleh ke belakang. Wajah pemuda itu terpapar jelas pada ruang pandang. Namun puas diperah kotak ingatan, tidak satu pun wajah yang dikenalinya singgah ke fikiran. Ya, ada apa? balas Farisa berwajah serius, sedangkan di dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Degup jantung semakin pantas berlari.

Jauhari Hatiku

Adik kenal tak Farisa binti Othman? tanya pemuda yang membawa jambangan bunga tersebut. Air muka lelaki itu jelas menunjukkan dia sudah kepenatan. Barangkali sudah lama dia berdiri di situ. Mencari tuan empunya bunga. Nama aku! Tapi siapa dia ni? Tak kenal pun! desis hati Farisa. Ke... kenapa... abang cari dia? Tergagap-gagap Farisa bertanya. Kononnya hendak berlagak tenang dan berpura-pura tidak tahu. Tetapi tergagap pula. Janganlah lelaki itu perasan akan sikap kelam-kabutnya. Adik kenal dia ke? Tolonglah cakap ya. Dah lama saya berdiri kat sini. Saya tak tahu nak buat macam mana. Dah ramai student kat sini saya minta tolong carikan dia, tapi dah dua jam, masih tak nampak batang hidung. Saya mesti serahkan bunga ni kepada dia. Apa kata abang serahkan saja pada saya? Nanti saya serahkan kepada dia. Eh, tak boleh. Bos saya nak bunga ni diserahkan kepada dia. Tidak boleh tidak! Bos abang tu siapa? Adik kenal tak Farisa tu? Hmmm... banyak songeh pula mamat ni. Nak korek rahsia sikit pun tak boleh. Cantik juga bunga yang dibawanya. Bunga ros merah yang telah digubah indah. Tentu mahal. Rugi juga kalau menolak. Tidak kisahlah siapa bos mamat tu. Yang penting dia dapat bunga. Jambangan yang sangat besar. Belum pernah seumur hidupnya menerima jambangan bunga. Usahkan bunga mawar, bunga tahi ayam pun tidak pernah. Alang-alang sudah ada di hadapan mata, tiada salahnya jika dia mengaku sahaja. Tidak rugi satu sen pun. Selepas ini bolehlah dia

Imias Farhani

menayangkan jambangan bunga itu kepada Jamilah. Biar berbulu mata Jamilah tengok. Sayalah Farisa. Teruja tengok jambangan bunga yang indah memekar itu, terpaksa Farisa mengaku juga. Pengakuan Farisa membuatkan mengerutkan dahinya. Betul ke? Betul. Tak tipu? Nak bagi ke tak nak? Nanti bos abang marah pulak! Boleh saya tengok kad pengenalan adik? Huh, tak nak bagi sudah! Farisa merengus marah. Buang masa sahaja melayan kerenah pemuda itu. Kalau tak dapat bunga pun, aku tak mati! Eh, dik! Tunggu! Takkan nak merajuk pulak. Sporting la sikit.... Hotak kau sporting! Maki Farisa hanya bergema di dalam hati, tidak terluah di mulut. Tidak sampai hati hendak memaki anak orang. Bagilah saya tengok kad pengenalan. Lagi cepat adik bagi, lagi cepat masalah ni settle. Nak tengok sekejap aje. Nak buat pengesahan. Kalau tidak, saya yang susah nanti, pujuk pemuda itu, lembut. Barangkali sudah malas hendak melayan kerenah Farisa. Tak percaya? Nah! Farisa segera menghulurkan kad pengenalannya. Tersenyum pemuda itu menerimanya. Lama dia meneliti kad pengenalan Farisa sebelum menghulurkan pemuda itu

Jauhari Hatiku

bunga di dalam pegangannya kepada gadis itu. Nah, ambillah. Saya harap Cik Farisa suka dengan pemberian ikhlas daripada bos saya ni. Hmmm... terima kasih. Bos abang siapa? Kalau nak tahu, bacalah kad tu nanti. Jambangan bunga bertukar tangan. Sambil bersiul riang, lelaki itu masuk ke dalam perut van dan terus memecut pergi. Van tersebut berlalu pergi, meninggalkan Farisa yang termangu-mangu memerhati kad pada jambangan bunga ros merah itu.

Imias Farhani

bab 2
IMA PULUH kuntum semuanya. Sudah banyak kali Farisa membilang jumlahnya, tetap sama. Dia mengusap kuntuman bunga dalam jambangan yang diterimanya pagi tadi. Berulang-kali pula dia mengamati tulisan tangan pada kad yang terselit di celah kuntuman bunga tersebut. Semoga berbahagia. Ikhlas, Mahfuz. Itu sahaja yang ditulisnya. Tiada madah. Tiada puisi. Namun tulisan seciput itu sudah cukup untuk mengharubirukan hidup Farisa. Woit, jauhnya mengelamun! Tiba-tiba suara nyaring itu menyergahnya. Farisa tersentak. Opocot!

Jauhari Hatiku

Terlucut latah itu dari mulutnya membuatkan Jamilah dan Rahimah yang menyergah tadi terkekeh ketawa. Gembira benar dapat mengenakan Farisa. Maklumlah orang baru dapat bunga! Besar lagi! Cepat-cepat tangan Farisa menyorokkan kad tadi ke dalam laci meja. Entah dari mana dua orang minah sesat ni datang! Bunga dari siapa, Farisa? jolok Jamilah sambil mengerling Rahimah di sisi. Dari kawan, jawab Farisa acuh tak acuh. Takkan bunga istimewa tu dari kawan saja? Tentu mahal, kan? sampuk Rahimah pula. Tangannya sudah mula menggatal, membelek-belek jambangan bunga yang terletak di atas meja berhadapan Farisa. Kami pun nak tahu juga, Farisa. Kegembiraan hang, kegembiraan kami juga. Takkan dengan room-mate pun nak berahsia? tanya Jamilah, masih tidak berpuas hati. Biasalah... kalau bab lelaki, teman nan seorang itu memang berminat benar. Cuba kalau bab pelajaran, tidak sampai setengah jam dah lentok! Farisa keberatan hendak bercerita. Benda ini bukannya cerita yang boleh dibanggakan. Lagipun Farisa jarang berterus terang dengan Jamilah. Walaupun teman sebilik, dia jarang menceritakan kisah peribadinya. Ah, peristiwa semalam terimbau lagi di ingatan. Assalamualaikum, Farisa. Suara parau itu menegur sewaktu Farisa sedang melangkah menuju ke taman bunga di pinggir kawasan kampus semalam. Berderau juga darah Farisa mendengarnya. Suara mamat mana pulak ni?

Imias Farhani

Errr... wa... waalaikumsalam, balasnya seraya mendongak sedikit, meneliti wajah milik seorang lelaki yang tinggi lampai. Bidadara mana pulak ni? Puas Farisa cuba memerah fikiran untuk mengingati wajah bersih dan berkopiah putih itu. Tetapi gagal. Tersenyum lelaki berkopiah putih melihat air muka Farisa yang berkerut-kerut begitu. Ana rasa anti memang tidak kenal dengan ana, ujar pemuda itu sambil tersenyum. Aduh, nak berbahasa Arab pulak! Siapa dia ni? Boleh saya tahu awak ni siapa? Kita pernah jumpa ke? tanya Farisa tanpa selindung. Malas dia hendak berdolakdalik. Ana, Hamidi Mahfuz, jawab si pemuda berkopiah putih itu jujur. Farisa berfikir lagi. Seingatnya mendengar nama itu. Ah, dah ingat! dia pernah

Kalau tak silap saya, awak ni pengerusi Badan Dakwah, kan? teka Farisa agak yakin. Memang dia pasti itulah nama yang agak popular meniti di bibir teman-teman sekelasnya. Lebih-lebih lagi apabila pilihan raya kampus semakin dekat. Tidak sangka kacak juga Si Mahfuz ni. Tak sama macam dalam poster pun. Wajah dalam poster agak tembam dan tidak ubah seperti ulat buku dengan cermin mata tebal dan berkopiah putih. Namun selepas melihat tuan empunya diri, bergetar juga jiwa perempuan Farisa. Tidak sangka orangnya penuh karisma. Selama ini Farisa cuma tahu nama sahaja. Ya, analah tu. Kenal juga anti pada ana. Hamidi Mahfuz tersipu malu.

Jauhari Hatiku

Terbalik pula. Kalau hendak diikutkan, Farisa yang sepatutnya tersipu malu kerana dia perempuan. Tetapi Farisa tampak tenang, sekadar tersenyum antara mahu dengan tidak. Mana tidaknya, fikiran Farisa saat ini hanya terbayang muka surat empat puluh lapan, bab kelima, buku rujukan Komunikasi Data. Kalau hendak cepat, ada-ada sahaja yang menghalang. Nasib baiklah Hamidi Mahfuz yang menghalang, tidaklah marah sangat Farisa dibuatnya. Berbaloi juga jika masa tertangguh seketika demi pemuda ini. Mestilah, takkan Pengerusi Badan Dakwah yang glamor macam awak ni saya tak kenal. Macam mana awak boleh kenal dengan saya? Farisa tidak mahu membuang masa dengan berbual kosong. Dia hendak cepat, terpaksa memaksa Hamidi Mahfuz yang kelihatan malu-malu kucing menyampaikan hajatnya dengan segera. Ana... ana... nak jemput anti ke ceramah Ustaz Karim malam Jumaat nanti, tukas Hamidi Mahfuz. La... kalau setakat nak minta dia pergi ceramah, tidak berjemput pun Farisa pergi. Memang sudah menjadi rutinnya pergi ke surau dan mendengar ceramah mingguan yang diadakan pada setiap malam Jumaat. Masakan Hamidi Mahfuz yang tidak pernah bercakap dengannya selama ini mengelolakan jemputan khas untuk para pelajar agar pergi mendengar ceramah? Ribut tidak, hujan tidak, pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan itu menegurnya pula dengan alasan yang tidak munasabah. Oh! Ceramah tu, insya-Allah saya pergi. Jangan bimbang, awak tak jemput pun saya pergi. Itu saja? soal Farisa sedikit menggesa lelaki di hadapannya. Berlagak pula Farisa hari ini. Mentang-mentanglah Hamidi Mahfuz yang menegurnya terlebih dahulu. Kalaulah Jamilah tahu, pasti heboh satu blok asrama puteri!

10

Imias Farhani

Hmmm... errr... boleh... errr... tak apalah. Ana cuma nak sampaikan ni. Lain kali kita jumpa lagi ya. Assalamualaikum, ujar Hamidi Mahfuz sambil menyerahkan sekeping sampul hijau kepada Farisa. Gadis itu segera menyambutnya sambil mulut terkumat-kamit menjawab salam Hamidi Mahfuz seraya pantas sahaja pemuda itu berlalu sebaik Farisa memegang sampul yang diberinya. Tanpa berlengah, Farisa membuka sampul lantas membaca isi yang tertulis. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ya mukminah, Nur Farisa Othman. Salam perkenalan ana ucapkan. Farisa, demi fitrah yang menjadi hukum alam, demi sunnah yang menjadi amalan, sambutlah salam perkenalan ana ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Sesungguhnya kesantunan budimu, kebijaksanaan akalmu serta ketaatanmu pada tali Allah telah menarik hati ana untuk mengenalimu dengan lebih dekat. Wahai bunga suci, ketahuilah bahawa niat ana benar-benar ikhlas. Hamidi Mahfuz (015-3999821) Wah! Hamidi Mahfuz melayangkan warkah cinta untukku? Farisa mengelamun sendiri. Surat tadi diamati lagi, tidak percaya. Haimidi Mahfuz menaruh hati pada aku? Walau kata-katanya penuh kiasan, tetapi sudah tentu Farisa dapat meneka. Atau Hamidi Mahfuz cuba bergurau dengannya? Kalau surat itu dihantar ke pejabat Buletin Kampus, tentu

11

Jauhari Hatiku

Farisa pun akan jadi popular. Dalam gelak yang tertahan, Farisa melipat semula surat itu dengan rapi lalu dimasukkan ke dalam begnya. Hamidi, aku sanjung keberanianmu kerana tidak ramai lelaki yang mengikut gerak hati sendiri. Selalunya lelaki ini terlalu pesimis dalam menilai rasa hati dan tidak yakin dengan perasaan yang lahir dari lubuk sanubari mereka. Namun sayang Hamidi, aku tidak dapat menerima niat hatimu yang ikhlas itu. Farisa menggelengkan kepala beberapa kali. Sudah menjadi lumrah sekarang ini agaknya. Budaya bercinta di kalangan pelajar bagaikan satu kewajipan pula. Tiada kekasih, akan dianggap pincang atau ada sesuatu yang tidak kena dengan dunia sosial seseorang itu. Pengerusi Badan Dakwah sendiri pun tidak mahu ketinggalan. Budak-budak sekolah lagi dahsyat. Berpelukan di khalayak ramai seolah-olah tiada lagi rasa malu di dalam diri mereka. Ke mana cita-cita yang mereka impikan itu? Bukankah cita-cita lebih penting daripada cinta? Tanpa cita-cita, boleh diumpamakan seperti tiada duit. Tiada duit, macam mana hendak menyara anak bini nanti? Bukan Farisa bersikap prejudis pada orang seperti Hamidi atau budak-budak sekolah yang lain. Cuma pada diri Hamidi itu, terletak satu imej yang sangat dikagumi orang. Jika Hamidi pandai membawa diri dan bercinta mengikut lunas-lunas Islam, maka tiada salahnya. Malah diharuskan kerana sewaktu berada di universitilah masing-masing boleh mencari pasangan yang sekufu atau sealiran. Dan jika budakbudak sekolah itu pula bercinta tanpa merosakkan masa depan serta tidak melanggar batas-batas Islam, memang mereka tidak patut dihalang bercinta. Namun sayang seribu kali sayang, selalunya ia tidak

12

Imias Farhani

begitu. Apabila bercinta, dugaannya terlalu banyak. Selalunya yang menjadi pengadil dalam cinta adalah nafsu dan syaitan. Tinggallah Islam hanya pada nama. Cinta bukan satu maksiat. Sebenarnya cinta itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Kasih sayang yang lahir dari sekeping hati nan suci, tiada harta yang mampu membelinya. Namun sering kali manusia menjadikan cinta itu satu alasan untuk melakukan dosa. Mengheret manusia menjadi lebih hina daripada binatang. Jika iman senipis kulit bawang, jangan diuji nafsu itu dengan cinta. Sebaiknya pilihlah jalan yang halal. Satusatunya jalan yang halal melalui satu lafaz akad yang ikhlas. Satu lafaz yang menghalalkan lelaki dan perempuan berduaduaan di mana sahaja yang mereka suka. Satu lafaz yang mengikat dua hati dalam satu bahtera yang digelar perkahwinan. Terpeliharalah keturunan, tertunailah tuntutan fitrah dan terjagalah maruah serta peribadi melalui satu perkahwinan itu. Apa salahnya bercinta selepas kahwin? Bukankah itu lebih nikmat? Lebih afdal dan diberkati Tuhan? Lesbiankah tidak mempunyai teman lelaki? Pondankah tidak mempunyai teman wanita? Farisa mengeluh sendiri. Hidup di dunia tidak semudah yang dikata. Tidak semudah kata tetapi janganlah terus membiarkan diri bergelumang dengan dosa. Tidak semudah kata bukan bermakna mustahil untuk diamalkan. Asal dalam diri ada kekuatan diiringi doa pada Yang Kuasa semoga sentiasa terpelihara dari dosa dan semoga Allah tunjukkan jalan yang benar dalam meniti pancaroba hidup ini. Tekad Farisa di dalam hati, tidak mungkin dia akan bercinta selagi cita-citanya tidak tercapai. Dia bimbang cinta akan mengganggu pembelajarannya nanti. Dia berasal dari

13

Jauhari Hatiku

golongan orang susah. Dia tahu betapa sukar hidup ibunya untuk menyara dia dua beradik setelah kematian ayah beberapa tahun yang lalu. Ibunya bertungkus-lumus mencari duit dan dia tidak akan mensia-siakan harapan besar ibunya untuk melihat dia berjaya. Sorry la. Aku tak ada mood nak cerita, ujar Farisa agak lambat selepas jauh mengelamun. Ai, takkan dapat bunga pun masih nak bersedih? Rahimah menyampuk walaupun kata-kata Farisa tadi tidak ditujukan kepadanya. Farisa menjeling tajam. Eh, kalau macam tu, tak apalah. Kami nak keluar makan ni. Ada apa-apa yang kau nak pesan? Akhirnya Jamilah mengalah apabila melihat air muka Farisa saat itu. Tak, aku belum lapar. Terima kasih, tukas Farisa, masih berbahasa. Okey, kami pergi dulu. Setelah mencuit tangan Rahimah, Jamilah berlalu pergi. Rahimah terpaku sejenak sebelum turut keluar dari bilik itu. Kenapa dengan Farisa?

14

Imias Farhani

bab 3
ANGUNAN empat puluh tingkat itu berdiri megah di hadapan mata. Catnya masih baru, berdindingkan cermin yang berkilau dipanah cahaya matahari pagi. Landskapnya indah, dikelilingi taman yang diilhamkan oleh pereka landskap luar negara. Luas dan menyegarkan, jauh sedikit dari lebuh raya yang membingitkan telinga. Terletak di sudut kota yang baru hendak diteroka. Sebuah monumen kebanggaan keluarganya. Berita tentang pelancaran menara Fortress Holding Berhad tersebar luas. Baru sebentar tadi majlis pelancarannya berlangsung dengan meriah. Ratusan wartawan media datang mendapatkan berita. Apatah lagi Menteri Besar yang datang merasmikan majlis itu. Cukup meriah dengan ribuan pelawat datang untuk melihat sendiri keindahan dan keunikan monumen syarikat kebanggaan keluarga McCormick. Seorang usahawan asing yang telah lama menjadi warganegara Malaysia dan sedang melonjak naik dalam industri keusahawanan negara. Nama mereka gah ke serata ceruk rantau.

15

Jauhari Hatiku

Sir. Panggilan itu mematikan lamunannya. bangunan berprestij tadi hilang dari layar kornea. Imej

Yes? balasnya seraya mengangkat kening dan menoleh ke arah setiausahanya. Setiausahanya... seorang gadis berketurunan Cina yang tingginya tidak sampai lima kaki tetapi agak berisi. Kulit wajahnya walaupun bersih dari jerawat namun kelihatan sedikit pucat. Matanya pula sangat sepet dan dipalit dengan warna garang pembayang mata. Mungkin solekannya cuba menampilkan imej sofistikated selaku setiausaha kepada seorang yang agak cerewet tentang soal penampilan. Your dad called just now. Ada family dinner malam ni, jam lapan malam. Saya sudah masukkan dalam jadual you, beritahu gadis genit bermata sepet itu. Dia mengangguk dan terus menumpukan perhatian ke arah bangunan tadi. Dia sendiri kurang pasti mengapa bapanya terlalu membesar-besarkan kehebatan bangunan hasil ilhamnya yang tidak seberapa itu. Lakaran menara Fortress Holding Berhad tidak pernah menarik minatnya. Sekadar melepaskan batuk di tangga demi memenuhi permintaan bapanya. Dia tidak gemar pada publisiti kerana akan mengganggu kehidupan peribadi keluarganya. Namun dia akur pada permintaan keluarga. Dia tidak mahu menghampakan bapanya setelah sekian lama meninggalkan Malaysia demi menuntut ilmu. Jerih-perih bapanya dalam membangunkan empayar perniagaan keluarga harus dihargai. Bukan senang hendak berjaya dan itulah yang membuatkan dia kagum pada bapanya. Orang tua itu tidak pernah mengenal erti putus asa. Dia harus menjadi anak yang taat. Kini dia pulang kerana hendak berbakti. Dia ingin

16

Imias Farhani

berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya. Tiada tempat lain untuk mereka bergantung. Dialah satu-satunya pewaris McCormick. Ooo... Daniel! Tiba-tiba bahunya ditepuk kuat dari belakang. Dia tersentak kecil. Sebuah ketawa sinis menerjah telinga memaksanya menoleh ke belakang. Hmmm... what do you want? soalnya bersahaja. Seboleh mungkin dia cuba mengawal intonasi suara, walaupun malas betul rasanya hendak melayan gadis yang baru muncul itu. Reeta Kaur. Gadis berketurunan Sikh yang berwajah manis tidak ubah seperti Manisha Koirala. Orangnya lincah dan berani. Kenalan yang dikenali kerana kedua-dua keluarga mereka bersahabat baik. Doktor Kumar Kaur, bapa Reeta sudah lama menjadi doktor peribadi ibunya. Dari situlah persahabatan keluarga mereka bermula. Tidak dinafikan wajah Reeta sangat cantik dan menawan tetapi Daniel sering mengelak daripadanya. Entah mengapa Daniel kurang tertarik dengan sikap dan telatah Reeta. Terlalu kebudak-budakan sehingga kadang-kadang merimaskannya. Sejak dia pulang dari luar negara, gadis itu asyik muncul di mana-mana sahaja. Dia benar-benar rimas! Kenapa ni? You nampak stres. Janganlah macam tu. Nanti cepat tua tau! Kenapa you cari I, Reeta? Daniel berwajah serius. Reeta mencebik. Sombong betul Si Daniel ni. Tak apa, dia akan terus bersabar. Lama-lama nanti tentu akan lembut hati Daniel.

17

Jauhari Hatiku

You datang sini dengan apa? tanya Reeta manja sambil melentokkan kepala. With my car of course. Why? Berlagaknya! Tahulah kereta kau mahal tapi tak perlulah menjawab dengan sombong begitu! rungut Reeta di dalam hati. Hmmm... I malu nak cakap. Tapi I terpaksa. Kereta I rosak. Pagi tadi I datang dengan teksi. Boleh tak you tolong I? Please? Tolong apa? Tolong panggilkan teksi? Sure! tukas Daniel seraya mula mengorak langkah meninggalkan tempat itu. Hei, Daniel. You nak ke mana? Seru Reeta lantas terkial-kial cuba mengejar. Bunuh diri!

AGAK LAMA Daniel melemparkan pandangan ke luar tingkap. Pandangannya jauh ke hadapan namun tiada satu pun yang terfokus di fikiran. Segalanya tampak kosong dan tidak menarik hati. Meskipun pejabatnya berada di tingkat yang paling atas dan hampir keseluruhan pemandangan pinggir kota raya Kuala Lumpur dapat dilihat, Daniel masih terasa bosan. Indah namun menghampakan. Jiwa Daniel terasa kosong. Sifar. Jemu dengan pemandangan dari tingkap besar itu, Daniel beralih ke arah meja bulat berwarna hitam yang terletak di ruang tengah pejabat. Dicapainya sebuah kotak kadbod yang berada di atas meja. Barang-barang aksesori meja yang masih belum dikeluarkan ditelitinya satu per satu.

18

Imias Farhani

Kristal burung helang diangkat lalu ditilik dengan cermat. Setelah pasti kristal pemberian ibunya itu berada dalam keadaan baik, dia meletakkan kembali ke atas meja. Dicapai pula sebuah pemberat kertas yang berwarna biru laut. Cenderahati yang dibeli sewaktu melancong ke Paris sewaktu belajar dulu. Sekilas dia teringatkan sesuatu apabila melihat hiasan itu. Pemberat kertas tadi diletakkan kembali ke atas meja. Cepat-cepat tangan Daniel mencari sesuatu di dalam kotak. Sebuah buku kecil berwarna perak dikeluarkan. Nipis sahaja isi buku itu. Matanya ralit membaca tajuk yang tertera: Islam and Science. Seorang lelaki aneh yang memberikan buku itu kepadanya semasa berada di Paris. Belum ada kesempatan untuk membacanya. Sewaktu menerima buku itu dulu, hampir-hampir dia membuangnya ke dalam tong sampah. Sebaik terpandang perkataan Islam pada tajuk buku, Daniel terasa seperti lelaki itu telah tersilap orang. Namun perasaan ingin tahu telah menegahnya berbuat demikian. Dia telah menganuti agama Kristian sejak kecil. Dia sudah khatam membaca Injil. Apa salahnya kalau dia ambil tahu serba sedikit tentang Islam pula. Lagipun dia tinggal di Malaysia yang rata-rata masyarakatnya beragama Islam. Nantilah! dengus Daniel lalu mencampakkan buku kecil itu kembali ke dalam kotak. Waktu itulah pintu pejabat Daniel diketuk dari luar. Belum pun sempat Daniel menjawab, setiausahanya yang bermata sepet itu telah meluru masuk. Im sorry, sir. Cik Reeta terkunci di dalam tandas dan dia minta tuan ke sana segera! What? Come again?

19

Jauhari Hatiku

Berkerut dahi Daniel menerima berita daripada gadis itu. Akal warasnya cuba mencerna tetapi gagal. Wajah setiausaha ditatap penuh tanda tanya. Cik Reeta, tuan. Cik Reeta terkurung di dalam tandas, ulang gadis bermata sepet itu. Ketika itu barulah Daniel dapat memahami masalah yang timbul membuatkan dia melepaskan dengusan geram. Panggil saja security. Cari kunci pendua atau apaapa saja, usul Daniel yang berasa sedikit terganggu. Kami sudah beritahu security dan mereka sedang berusaha keluarkan dia. Cuma dia terjerit-jerit memanggil nama tuan. Dia minta saya panggilkan tuan, jelas si setiausaha dengan bersungguh-sungguh. Air mukanya sedikit cemas. Kasihan! Hmmm... okay! putus Daniel lalu mengheret kaki keluar dari pejabat. Ada-ada sahaja perangai Reeta yang menyakitkan hatinya. Kalaulah dia bersikap lebih matang, pasti Daniel tidak sukar hendak mendekatinya. Lagipun Reeta itu cantik. Tidak jemu mata memandang. Sejak kecil Daniel mengenalinya dan Reeta memang terkenal di kalangan teman-teman Daniel. Dulu dia selalu berbangga jika berjalan dengan Reeta. Tetapi sejak pulang dari luar negara, dia merasakan Reeta sudah berubah. Perangai keanak-anakannya semakin menjadi-jadi. Mungkin kerana dia anak tunggal Doktor Kumar Singh dan ditatang bagaikan minyak yang penuh sejak kecil, jadi sifat keanak-anakan itu sudah sebati di dalam diri Reeta. Daniel! Daniel! Let me out please. Somebody please call Daniel! Help! Help me! Dari kejauhan sudah kedengaran suara Reeta terjerit-pekik memanggil namanya. Langkah Daniel semakin

20

Imias Farhani

laju. Sebaik ruang tandas terbias pada layar pandang, dia dapat melihat para pekerja yang memenuhi kawasan itu. Beberapa orang pengawal keselamatan sedang bertungkus lumus cuba membuka pintu tandas. Daniel! Call Daniel! Reeta menjerit lagi. Im here, Reeta. Just calm down, okay. Mereka sedang cuba keluarkan you ni. Bertenang, okey? Cepat-cepat Daniel menyahut selepas mendengar Reeta menjerit lagi. Dia mendekati pintu tandas walaupun rasa agak sebal dengan mata-mata yang memandang. Daniel, help me! Pintu ni dah terkunci. Macam mana I nak keluar? tukas Reeta dengan suara yang masih nyaring seperti tadi. Malu betul Daniel dibuatnya. Kalaulah dia seekor kura-kura, sudah lama dia masukkan kepala ke dalam cangkerang. Isy, macam mana boleh terkunci sampai tak boleh buka? You dah cuba buka kuncinya dari dalam ke? Daniel berlagak tenang sekalipun malu sudah tidak terucap dengan kata-kata. Tak boleh. Kuncinya tersekat. Cuba tarik kuat sikit. Tarik yang warna hijau tu. Kuat-kuat sikit! arah Daniel dari luar. Susahlah. Patah kuku I nanti, rengek Reeta. Tariklah kuat-kuat sikit! You nak keluar ke tak nak? Sabar Daniel menipis. Suaranya mula meninggi. Ketika itulah tiba-tiba sahaja pintu tandas terbuka. Spontan Daniel mengundur ke belakang setapak dua. Wajah Reeta yang pucat lesi muncul dari balik pintu. Ada lingkaran hitam pada matanya akibat menangis

21

Jauhari Hatiku

semasa memakai maskara. Rambutnya pula kusut-masai tidak terurus. Buruk betul mukanya. Tidak ubah seperti nyonya yang baru bangun dari tidur. Semua yang ada di situ membisu seketika. Terkedu melihat Reeta yang muncul tiba-tiba. Tetapi ada juga yang tersenyum kambing dan melemparkan pandangan sinis. Macam mana you boleh buka? tanya Daniel serius. Sedaya mungkin dia cuba menahan tawa agar tidak pecah di mulut. Melihat muka Reeta sahaja sudah cukup untuk membuat dia terasa senak perut. Reeta tidak segera menjawab. Setiap wajah yang ada di situ dipandangnya satu per satu. Mulutnya memuncung ke hadapan bagai boleh disimpul lagaknya. Apa yang kamu semua buat kat sini? Apa pandangpandang? Tak pernah tengok orang? Pergi buat kerjalah! bentak Reeta. Matanya mencerlung tajam satu demi satu pekerja yang berada di situ. Marah benar dia apabila menjadi perhatian begitu. Daniel pula tidak dapat berkata apa-apa. Dia ingin melarang namun takut Reeta semakin mengamuk pula. Lantas dia biarkan sahaja pekerja-pekerjanya berlalu seorang demi seorang sehingga hanya tinggal mereka berdua tercegat berdiri di hadapan tandas. Teruk betul perangai Reeta. Marahmarah pula dia walhal mereka semua telah bersusah payah cuba menolongnya tadi. Jauh sekali hendak berterima kasih. Kau lupa nak buka kunci dari dalam tapi kau cakap pintu tu tersekat, kan? Perli Daniel bercampur geram dengan perangai Reeta. Gadis itu hanya mendengus dan terus berlalu pergi.

22

Imias Farhani

bab 4
AKAN MALAM bersama keluarga adalah aktiviti yang kurang digemarinya. Dia terpaksa berpakaian sopan dengan rambut tersikat rapi dan digel seolah-olah hendak berjumpa sultan lagaknya. Kemudian duduk mengelilingi meja bujur panjang yang boleh menempatkan sepuluh buah kerusi. Lauk-pauk pasti memenuhi meja dari hujung kanan sehingga ke hujung kiri dan semuanya disusun sangat teratur persis santapan keluarga diraja British. Sebagai pelengkap acara, pasti akan ada tetamu yang dijemput bagi memeriahkan suasana makan malam itu. Sewaktu Daniel tiba ke banglo mewah di atas tanah tinggi milik keluarga McCormick, ahli keluarganya sudah berkumpul. Tetamu yang dijemput pada malam itu adalah keluarga Doktor Kumar. Reha Kaur, isteri Doktor Kumar dan Reeta juga datang. Cuma bertambah seorang tetamu yang agak asing

23

Jauhari Hatiku

pada pandangan Daniel pada malam itu. Dia duduk rapat dengan Reeta dan tunduk sahaja menghadap meja. Nyata gadis itu kelihatan agak janggal dan kekok. Daniel, youre home. Have a seat, dear. Martha McCormick segera menegur anaknya sebaik terpandang wajah tampan pemuda itu. Thank you, mum. Sorry, Im late. Ada perbincangan dengan klien kat pejabat tadi, balas Daniel lalu mengambil tempat duduk berhadapan dengan Reeta. Kedengaran Micheal McCormick berdeham sewaktu mendengar jawapan anaknya. Kerja di pejabat sampai kiamat pun belum tentu habis, Daniel, tukas Micheal McCormick. Daniel sekadar melepaskan senyum terpaksa. Doctor, auntie, apa khabar? sapa Daniel kepada Doktor Kumar dan Puan Reha. Fine... fine, thank you, jawab Doktor Kumar mesra. You tanya mak dan ayah I aje? Dengan I... tak nak tanya khabar? sampuk Reeta selepas beberapa ketika. Daniel segera menumpukan perhatiannya kepada gadis itu. Datang juga dia malam ini. Menyibuk saja! Ya, Cik Reeta. You pulak macam mana? Apa khabar? Reeta senyum meleret. Dia menjeling kedua-dua ibu bapanya sekilas sebelum menjawab pertanyaan Daniel. Tentulah khabar baik. Kalau tidak, I takkan berada di sini. Theres someone I want you to meet. Kenalkan, ini kawan rapat I sejak di universiti dulu, Angela namanya. Angela, inilah Daniel, bicara Reeta memperkenalkan gadis pendiam di sebelahnya.

24

Imias Farhani

Angela mengangkat muka lalu mengukirkan sebuah senyuman buat Daniel. Terpanar seketika Daniel menerima panahan senyuman Angela. Ralit matanya meratah seluruh wajah bujur sirih itu. Hi! ucap Angela malu-malu. Kulit mukanya yang putih bersih bertukar kemerahan. Mata Angela yang agak sepet juga jadi bertambah sepet apabila dia menundukkan semula mukanya. Hi! balas Daniel sepatah. Lidahnya bagaikan kelu hendak berkata-kata. Gadis berketurunan Cina itu telah merenggut segala kata-kata Daniel. Sungguh, dia kelu. Reeta yang menyedari kelakuan Daniel itu hanya memendam rasa di dalam diam. Hatinya mula dipagut perasaan menyesal kerana membawa Angela ke majlis itu malam ini. Hajatnya hendak menayang-nayangkan Daniel kepada Angela. Biar satu kampus tahu bahawa bakal suaminya seorang yang sangat kacak dan berkarisma. Tetapi nampak gayanya dia telah tersilap langkah. Okey, boleh kita makan sekarang? usul Micheal McCormick disusuli anggukan oleh yang lain. Kemudian masing-masing makan tanpa sebarang kata untuk seketika. Suasana meja makan kembali meriah apabila Martha McCormick becok bercerita tentang percutiannya ke Milan minggu lepas. Reha Kaur paling banyak menyampuk bertanya itu dan ini. Sesekali dia menyiku suaminya dan muka Doktor Kumar pasti berkerut seribu setiap kali terkena siku isterinya.

25

Jauhari Hatiku

Hampir dua jam mereka sekeluarga makan dan bertukar-tukar cerita. Dari sajian pembuka selera, masuk ke sajian utama dan akhir sekali makanan pencuci mulut yang dimasak sendiri oleh Martha McCormick. Bicara dan gelak tawa mereka tidak putus mengisi suasana meja makan. Masing-masing rancak bercerita. Cuma Angela yang berdiam diri sahaja. Sesekali jika ditanya dia akan menjawab sepatah dua. Maklumlah adab harus dijaga kerana dia masih belum biasa dengan keluarga itu. Serba salah juga rasanya apabila Martha McCormick mengajukan pelbagai soalan kepadanya. Wanita itu seolaholah berminat benar hendak mengenalinya. Ditambah pula dengan pandangan tajam Daniel, Angela jadi tidak betah untuk berada di meja makan. Mujurlah Reeta banyak menolongnya menjawab soalan-soalan Martha McCormick. Daniel, betulkah I ada dengar rumors tentang tapak Menara Fortress tu dulu adalah kawasan perkuburan? Doktor Kumar bertanya sebelum menyua puding mangga ke dalam mulut. Banyak betul topik perbualan mereka pada malam itu. Dari cerita percutian, politik, kerja, lengkap segala. Kali ini Doktor Kumar cuba membuka topik perbualan yang lain pula. Entah. I tak pasti. Betul ke daddy? Daniel meminta kepastian daripada bapanya. Micheal McCormick berdeham kecil. Dia kelihatan keberatan hendak menjawab. Betul. Masa you kat overseas dulu, mummy sendiri yang tengok orang alihkan tulang dari kubur-kubur lama di kawasan tu. Mereka kata kubur tu dah tak ada waris, jadi mereka alihkan ke tempat yang lebih sesuai. Eh, seram juga I tengok.

26

Imias Farhani

Tiba-tiba sahaja Martha McCormick mencelah. Bersungguh benar dia bercerita. Micheal McCormick mengerlingnya sekilas. Tak ada apa-apa yang nak ditakutkanlah. It was just an old cemetery. Bukannya hantu tu hidup balik kacau kita, pangkas Micheal McCormick. Cukup tidak bersetuju dia dengan kenyataan isterinya tadi. Memanglah kalau hantu-hantu tu hidup balik mereka takkan cari you. Mereka akan cari Daniel! bidas Martha McCormick sambil menjegilkan mata ke arah Daniel. Selepas berkata begitu, mulutnya terseringai lebar. Hantu tu perempuan ke mummy? Kalau perempuan tahulah saya sebabnya. Tapi kalau gay, tak naklah! seloroh Daniel. Pecah tawa mereka yang berada di meja makan. Termasuklah Angela. Terenjut-enjut bahunya menahan ketawa. Tidak disedari, Daniel memandang dari jauh. Yalah, auntie. Kalau hantu tu perempuan, mesti mereka cari Daniel. Tapi uncle pun boleh tahan juga orangnya. Mesti hantu akan cari uncle juga. Reeta pula mencelah, cuba untuk menyambung jenaka. Hantu tu takkan cari uncle, Reeta. Hantu tu akan cari Daniel, Tuan Pengarah Fortress yang baru, ujar Micheal McCormick selepas reda tawanya. Wajah lelaki itu kembali serius. Kata-katanya telah membuat Daniel mengangkat kening. Malah bukan Daniel sahaja, Doktor Kumar turut terpinga-pinga.

27

Jauhari Hatiku

Daddy? Hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut Daniel. Dia tidak berani hendak bertanya selanjutnya. Micheal McCormick mengulum senyum tipis. Kepalanya diangguk-anggukkan beberapa kali. Betul Daniel. You akan menjadi tuan pengarah yang baru. I dah buat keputusan nak bersara. You akan menyambung tampuk kepimpinan Fortress. I know you can do it. Daniel tidak segera membalas. Dia tunduk memandang permukaan meja. Jujur dia katakan bahawa dia masih belum bersedia untuk menerima tanggungjawab besar itu. Fortress Holding Berhad mempunyai banyak cabang perniagaan. Berpuluh-puluh anak syarikat bernaung di bawahnya. Daniel tidak yakin dia dapat memikul tanggungjawab mengemudi empayar sebesar Fortress Holding Berhad. Dia baru sahaja menamatkan pengajian. Masih terlalu dangkal pengetahuannya mengenai dunia perniagaan. Say something, Daniel? gesa Martha McCormick setelah dilihatnya Daniel diam seribu bahasa. Perlahan-lahan Daniel mengangkat muka. Semua mata tertumpu ke arahnya. Mereka bagaikan tidak sabar mendengar bicaranya. I belum bersedia, daddy. Please give me some time. Akhirnya Daniel menyimpul keputusan. Dia amat berharap agar bapanya tidak kecewa dengan keputusannya itu. Lama dia menatap reaksi pada wajah orang tua itu. Getas hatinya melihat Micheal McCormick menghela nafas panjang. Martha McCormick, Doktor Kumar, Reha Kaur, Reeta Kaur dan Angela juga tidak berkelip memandang Micheal McCormick.

28

Imias Farhani

I tak mahu mengecewakan you, daddy. I nak cari pengalaman dulu. Bila I dah betul-betul bersedia nanti, I akan ambil alih jawatan tu dari you. Percayalah. Tapi bukan buat masa sekarang, sambung Daniel lagi, menjelaskan suara hatinya. Micheal McCormick terangguk-angguk kecil. Baiklah, kalau itu keputusan you. I akan bagi you masa setahun dua lagi. Tapi jangan terlalu lama kerana I dah tak sabar nak bersara. I want to spend more time with my lovely wife, tukas Micheal McCormick seraya tangannya memaut jemari Martha McCormick yang berada tidak jauh darinya. Mereka berbalas renungan lalu tersenyum penuh makna. Doktor Kumar dan Reha Kaur juga tersenyum lebar melihat gelagat romantis mereka. Sure, dad. Masanya akan tiba nanti, janji Daniel. Entah mengapa, matanya cepat terarah kepada Angela. Pandangan mereka bersabung. Pantas Angela menundukkan muka. Wajahnya merona merah lagi. Ah, Angela... senyumanmu telah menawanku! Bermula pada malam itu juga, kekesalan Reeta tidak berkesudahan. Namun dia bertekad dengan diri sendiri agar suatu hari nanti dia akan dapat memiliki hati Daniel. Dia akan berusaha sehingga Daniel melutut kepadanya. Dia berjanji. Reeta berjanji!

29

Jauhari Hatiku

bab 5
Empat tahun berlalu.... ERMIN tingkap kereta sengaja dibiarkan terbuka lebar. Angin pagi yang sejuk berlumbalumba menerobos masuk. Farisa menarik nafas dalamdalam. Bibirnya mengukir senyuman. Perasaan gembira jelas tergambar pada air mukanya. Sungguh dia berasa cukup bersemangat hari ini. Apatah lagi dia berasa lebih segar dengan hembusan angin yang menerjah pipi. Namun sebaik sahaja memasuki kawasan bandar, Farisa segera menaikkan cermin tingkap kereta. Alat penghawa dingin kereta dipasang. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. Jalan di hadapannya sekarang tidak lagi selengang tadi. Pelbagai jenis kenderaan bertali arus menyekat perjalanannya. Asap kereta berkepul-kepul memenuhi kawasan sekitar. Farisa mula rimas. Pun begitu dia meneruskan juga perjalanannya. Dia perlu segera sampai ke destinasi. Hari itu adalah hari yang penting baginya. Dia tidak mahu segala usaha yang dicurahkan untuk hari ini

30

Imias Farhani

menjadi sia-sia. Segala persiapan telah dilakukan dengan teliti. Hampir setengah jam kemudian, kereta Citroen Farisa membelok masuk ke pekarangan tempat letak kereta yang ditujuinya. Sekitar kawasan bangunan ibu pejabat Fortress Holding Berhad (FHB) sudah sibuk. Agak sukar juga untuk Farisa menempatkan keretanya. Setelah mematikan enjin kereta, Farisa membetulkan tudung. Pintu kereta dibuka, bangunan setinggi empat puluh tingkat tersergam di hadapan mata. Jantung Farisa berdegup laju. Dia keluar dari perut kereta, memijak tar yang membahang dipanah cahaya matahari pagi. Sekilas dia melirik ke arah jam di pergelangan tangan. Saat itu tiba-tiba sahaja matanya berpinar-pinar. Dia tidak mampu melihat angka yang tertera pada jam. Farisa masuk semula ke dalam kereta. Dia cuba untuk bertenang. Barangkali suasana yang agak merimaskan serta debaran yang terasa menjadikan dia sebegitu. Setelah keadaan dirasakan seperti biasa semula, Farisa keluar dari kereta. Baju kurungnya dikemaskan. Farisa menyedut nafas dalam-dalam lantas melangkah ke arah pintu utama ibu pejabat Fortress Holding Berhad selepas mengunci pintu kereta. Dua orang gadis berpakaian seragam syarikat tersenyum lebar, menyambut kedatangan Farisa di ruang legar bangunan. Seketika Farisa terpegun melihat keindahan ciptaan manusia. Segan rasanya hendak memijak lantai yang berkilat bagaikan biasan air pada permukaan tasik. Demi menyembunyikan perasaan segan itu, Farisa melampiaskan senyum seraya menghampiri kaunter penyambut tetamu.

31

Jauhari Hatiku

Good morning, how can I help you? sapa salah seorang gadis penyambut tetamu sebelum sempat Farisa bertanya. Errr... morning. Saya Cik Farisa Othman. Di mana saya boleh jumpa Encik McCommick? Oh, Cik Farisa. Mari ikut saya. Gadis yang mula-mula menyapa tadi bangkit dari duduk. Dia membawa Farisa ke lif. Encik McCommick serta ahli lembaga pengarah yang lain sedang menunggu cik di Dewan Mesyuarat Delta, jelas gadis itu tanpa dipinta semasa mereka melangkah keluar dari lif di tingkat sebelas. Farisa cuma terangguk-angguk, tidak mampu bersuara kerana debarannya yang semakin mencengkam. Sewaktu mereka berhadapan dengan sebuah pintu yang besar, gadis itu mematikan langkah. Rupa bentuk pintu besar di hadapan mereka kelihatan tidak ubah seperti rupa bentuk pintu yang terdapat di istana lama Eropah. Hampir-hampir sama seperti yang dilihat oleh Farisa semasa melawat tempattempat bersejarah di Rom sewaktu dia belajar di England dulu. Mr. McCormick... shes here, suara gadis tadi sambil tangannya memegang butang hijau di tepi pintu. Serentak itu juga pintu besar di hadapan mereka terkuak lebar. Luruh rasa jantungnya sewaktu melihat keluasan Dewan Mesyuarat Delta. Ditambah pula lima pasang mata yang memandangnya tidak berkelip, Farisa benar-benar gemuruh. Gadis penyambut tetamu tadi meninggalkannya masuk ke Dewan Mesyuarat Delta bersendirian.

32

Imias Farhani

Silakan masuk, Cik Farisa, pelawa salah seorang daripada mereka berlima yang duduk di hujung meja. Hidungnya yang mancung, berkulit cerah serta berambut agak keperangan membezakan dia daripada orang lain. Barangkali itulah Micheal McCormick, Tuan Pengarah Fortress Holding Berhad. Nama yang sering disebut-sebut oleh Enck Kasman, bekas majikannya selama ini. Satu nama yang gah dalam dunia perniagaan serantau. Syarikat yang dibina keluarganya sudah lebih setengah dekad menempa nama di persada keusahawanan dan perniagaan. Silalah duduk, cik. Kami tidak bermaksud hendak menakutkan cik dengan menggunakan dewan mesyuarat sebesar ini. Bilik-bilik mesyuarat yang lebih kecil sedang digunakan untuk seminar. Silalah duduk, sambung pemuda yang disangkakan Micheal McCormick setelah melihat Farisa teragak-agak. Sungguh menghairankan jika ingin membandingkan sifat luaran lelaki itu dengan percakapannya. Mulutnya begitu fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Tidak pelat sedikit pun. Seakan bahasa itu sudah sebati dengan dirinya. Ya, terima kasih, balas Farisa sopan. Dia memilih kerusi di sebelah seorang gadis Cina untuk diduduki. Saya Daniel McCormick. Di sebelah awak tu, setiausaha peribadi saya, Lai Yuen. Di sebelah kiri saya, Encik Razak, Encik Amran dan Encik Salleh. Tanpa berlengah, pemuda mat salih tadi memperkenalkan diri sekali gus mengusir sangkaan Farisa yang meleset sama sekali. Farisa terangguk-angguk senyuman mereka. sambil membalas

Apa khabar? tutur Farisa berbahasa.

33

Jauhari Hatiku

Baik... baik, balas mereka semua dengan mesra. Lega hati Farisa melihat senyuman mesra mereka. Dia kembali menumpukan perhatian kepada Daniel McCormick. Lelaki itu asyik membelek dokumen di hadapannya. Ternyata dia bukan Micheal McCormick, kenalan Encik Kasman. Anak Micheal barangkali? Melalui cerita Encik Kasman, Micheal McCormick adalah seorang lelaki dalam lingkungan umur lima puluhan dan berasal dari Ireland. Mereka telah berkenalan di kelab golf lantas membibitkan persahabatan yang cukup akrab. Baru-baru ini Micheal McCormick telah menyatakan hasratnya untuk mencari seseorang yang cekap bagi mengendalikan salah satu projek besar Fortress Holding Berhad. Lantas Encik Kasman tidak teragak-agak mencanangkan nama Farisa kepada lelaki itu. Tidak teragak-agak Micheal McCormick menerima Farisa bekerja di syarikatnya sebagai pengatur cara komputer. Jasa baik Encik Kasman telah membawa Farisa menjejaki Fortress Holding Berhad. Kontrak selama dua tahun sudah ditandatangani di hadapan wakil syarikat Fortress Holding Berhad dua hari lepas. Dari situlah Farisa kini sedang berhadapan dengan Daniel McCormick. Hmmm... saya pasti urusan kontrak cik telah diselesaikan.... Suara Daniel mengheret Farisa daripada terus tenggelam dalam dunianya sendiri. Gawat apabila dia merasakan dirinya terus menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi mata bundar berwarna biru itu sedang menatapnya meminta kepastian. Errr... ya, ya. Semuanya dah diuruskan. Atau ada apa-apa yang saya tertinggal?

34

Imias Farhani

Gugup sekali percakapan Farisa. Cepat-cepat Daniel menggelengkan kepala. Tak, tak ada masalah. Bapa saya dah beritahu saya mengenai Cik Farisa. Lagipun Encik Kasman baik dengan kami sekeluarga dan selalu sebut nama cik. Cik tentu kenal bapa saya kan, Micheal McCormick? Tak, saya tak berpeluang untuk berkenalan dengan dia lagi. Ah, tak ada masalah. Bapa saya ambil keputusan untuk bersara lebih awal tapi dia akan selalu datang ke pejabat nanti. Tentu dia pun ingin benar berkenalan dengan cik, sambung Daniel tanpa dipinta. Errr... ya. Terima kasih, ujar Farisa lebih yakin sedikit berbanding tadi. So, shall we start? memandang pekerja-pekerjanya. Tanya Daniel seraya

Masing-masing mengangguk lalu mengeluarkan segala yang diperlukan. Farisa turut berbuat demikian kerana sudah lebih dari seminggu yang lalu dia melakukan persiapan untuk mesyuarat hari ini.

DARI JAUH Mak Piah sudah nampak kereta Citroen berwarna biru gelap menyusuri lorong menuju ke rumahnya. Kereta biru itu berhenti di hadapan rumahnya. Seorang gadis berbaju kurung hijau cerah keluar dari kereta sambil menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya. Bibir gadis itu mengukir senyum lebar.

35

Jauhari Hatiku

Assalamualaikum, mak! jerit Farisa dari anak tangga walaupun ibunya tidaklah berada jauh sangat. Waalaikumussalam, naiklah, balas Mak Piah yang sedang duduk di beranda. Farisa tergesa-gesa naik lantas duduk di sisi ibunya. Ini Ris ada belikan pisang goreng untuk mak. Bungkusan pisang goreng dihulurkan kepada Mak Piah. Orang tua itu menyambut sedang matanya tidak lepas memandang wajah Farisa. Kenapa mak tengok Ris macam tu? Farisa bertanya setelah menyedari dirinya diperhatikan. Lain benar senyum kamu hari ni. Mesti mesyuarat tu berjalan lancar. Ya... alhamdulillah, mak. Mereka tu baik juga. Eh, eh, semalam bukan main lagi takut, cakap mereka garanglah, tak mesralah, macam robotlah. Itu semalam mak, sebelum kenal mereka. Tapi memang betul. Ris sendiri pun tak sangka mereka semua baik-baik belaka. Kenapa? Iyalah, orang yang bekerja dengan syarikat besar ni lain, mak. Selama ni Ris cuma bekerja dengan syarikatsyarikat kecil, manalah tahu perangai mereka. Macam-macamlah kamu ni Ris. Mak nak makan pisang goreng ni, pergilah ambilkan pinggan. Buatkan minuman sekali, ya. Baiklah, mak... intan payung.... Farisa bangun dari duduk. Beg tangan serta fail

36

Imias Farhani

yang dibawa naik tadi dicampakkan ke atas sofa di ruang tamu. Tudungnya juga dibuka dan disangkutkan pada penyangkut baju di dinding yang memisahkan dapur dengan ruang tamu. Sedang Farisa sibuk di dapur, Mak Piah asyik termenung di beranda. Terkenangkan masa silamnya bersama anak-anak. Susah payah dia membesarkan anak-anak itu tanpa suami di sisi. Saban hari membanting tulang demi sesuap nasi. Siang dan malam Mak Piah bekerja tanpa jemu. Oleh kerana semua kerja yang dilakukan hanyalah kerja kampung, jadi upahnya tidaklah seberapa. Mereka sekeluarga harus berjimat cermat sehingga kadang-kadang terpaksa mengikat perut. Lagipun apalah sangat harta yang ditinggalkan oleh seorang pekerja majlis perbandaran seperti Pak Othman selain sebuah rumah buruk dan tanah sekangkang kera. Kerjanya mulia tetapi tidak ada sesiapa yang hendak pandang. Walhal tanpa orang seperti arwah Pak Othman yang menjaga kebersihan, pasti orang ramai tidak dapat hidup senang kerana dikelilingi sampah sarap yang busuk. Kerja Pak Othman, dalam diam berjasa pada negara. Namun, sejak Pak Othman meninggal dunia, Mak Piah terpaksa bertungkus-lumus menyara keluarga. Syukurlah dua orang anaknya sekarang sudah berjaya mencapai cita-cita mereka. Alif ke mana, mak? Suara Farisa yang baru muncul dari dapur mengejutkan Mak Piah dari lamunan. Ke mana lagi kalau tak ke mahkamah. Ada kes lagi? Semalamkan dah pergi. Entahlah, mak pun tak faham dengan kerjanya. Dia kerja kuat sangat.

37

Jauhari Hatiku

Kamu tu apa kurangnya. Ris lain, mak. Lain apanya, anak mak juga. Farisa hanya terseringai bodoh. Malas dia hendak menjawab kata-kata ibunya. Kalau dijawab nanti, panjang pula ceritanya. Secawan teh dihidangkan di hadapan Mak Piah dan secawan lagi dihidangkan untuknya. Bungkusan pisang goreng pula dibuka lalu diletakkan ke dalam pinggan. Tanpa menunggu dipelawa, Mak Piah terus menjamah pisang goreng yang masih panas itu. Farisa turut berbuat demikian. Masing-masing diam membisu, melayan perasaan sambil menikmati makanan yang dikunyah. Ketika mereka dua beranak sedang asyik itulah telefon berdering tiba-tiba. Biar Ris yang angkat, ujar Farisa lantas bangun dan melangkah ke meja telefon yang terletak bersebelahan sofa. Gagang diangkat lalu didekatkan ke telinga. Helo? Helo! Kak Ris? Bunyi bising dengan suara yang tenggelam timbul menerjah ke telinga. Dia cam benar akan suara itu. Helo, Lif. Apa hal? Aku tak dapat balik la malam ni, kak. Kenapa? Kaukan dah janji... Ala... pandai-pandai akaklah beritahu mak. Aku tak boleh cakap lama ni. Line tak elok. Kirim salam kat mak. Kau kat mana... Helo? Alif? Talian putus. Suara Alif tidak kedengaran lagi. Farisa merungut kecil. Gagang telefon diletakkan semula ke tempatnya.

38

Imias Farhani

Mak Piah masih berada di beranda menunggu anaknya datang semula. Dia menanti kalau-kalau Farisa ingin memberitahunya sesuatu. Tetapi Farisa kembali duduk di beranda dan menyambung kunyahannya tadi tanpa menghiraukan Mak Piah. Siapa yang telefon tadi? soal Mak Piah kurang sabar. Farisa cuma tersenyum kambing mengangguk. Langsung tidak mahu menjawab. Alif yang telefon? soal Mak Piah lagi. Untuk kali yang kedua Farisa terangguk-angguk macam belatuk. Apa dia kata? Tak ada apa-apa. Dia tak jadi balik malam ni? Jelas Mak Piah masih tidak berpuas hati. Farisa tidak mampu lagi mengelak. Otaknya ligat mencari alasan. Ya, mak. Dia tidur di pejabat lagi malam ni? Ala... biasalah tu, mak. Orang baru buka firma guaman sendiri, mestilah kerja kuat. Nanti syarikat tak maju. Pandailah kamu buat alasan. Hesy, memang naik risau mak tengok kamu berdua bekerja. Siang malam, tak menentu. Tapi Ris kerja kat rumah. Kat rumah pun, selagi belum pagi, selagi itulah kamu menghadap benda empat segi tu. Komputer, mak. sambil

39

Jauhari Hatiku

Iyalah. Tapi kamu berdua kerja kuat sangat. Duit yang kamu cari tu bukan boleh dibawa mati. Mak dah cukup bersyukur dengan kesenangan yang kita kecapi sekarang. Duit tak bermakna bagi mak, anak-anak yang lebih penting. Farisa senyum. Dia tidak mahu berkata apa-apa untuk membalas kata-kata ibunya. Jika dibalas nanti, semakin panjang pula omelan Mak Piah. Silap-silap hari bulan, menangis pula orang tua itu. Mak Piah memerhati air muka anaknya. Ternyata Farisa kelihatan tidak berminat untuk menyambung perbualan. Kerana itu Mak Piah turut berdiam diri.

APA yang dah berlaku, tuk? tanya Farisa apabila melihat tuk penghulu terdiam beberapa lama. Abang Farid juga tidak bercakap. Tunduk sejak tadi. Farid, kamu bawaklah dia masuk, arah tuk penghulu kepada Abang Farid. Pertanyaan Farisa tadi dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Gundah hati Farisa melihat resah di wajah mereka. Mari, Ris. Mari ikut abang, suara Abang Farid selepas membisu sejak tadi. Cepat-cepat Farisa menanggalkan kasut sekolahnya dan membuntuti Abang Farid masuk ke dalam rumah. Esak tangis suara seorang perempuan menyapa telinga sebaik sahaja Farisa melangkah bendul pintu. Pantas mata Farisa mencari tuan empunya suara. Mak? seru Farisa, tergamam melihat ibunya menangis teresak-esak. Di sebelah ibunya, Alif sedang diriba oleh Mak Yah, isteri Pak Kob.

40

Imias Farhani

Alif terkebil-kebil memandangnya tanpa mengerti apa-apa. Namun apa yang paling menggetarkan urat nadi Farisa ialah sewaktu terpandang sekujur tubuh kaku yang telentang di tengah-tengah rumah. Jasad itu berselimut penuh dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Nafas Farisa mula tercungap tidak teratur. Mak... mak... apa yang dah jadi ni, mak? Getar suara Farisa menggamit beberapa orang pemuda yang sedang membaca surah Yasin mengangkat muka masing-masing. Ibunya juga turut mendongak. Ris, mari sini, nak, seru Mak Piah. Air mata yang membasahi pipi dilap dengan hujung lengan baju kurung. Perlahan-lahan ibunya. Dua tiga orang perempuan yang sedang bersimpuh di lantai mengengsot sedikit, memberi ruang kepada Farisa. Mak.... Menggigil lutut gadis itu sewaktu melabuhkan punggung di sisi ibunya. Hatinya begitu kuat mengatakan jasad kaku yang berselimut itu ialah bapanya. Jika tidak, mengapa Mak Piah menangis sedemikian rupa. Farisa tidak bodoh namun akal warasnya masih enggan untuk mempercayai. Baru pagi tadi dia mencium tangan Pak Othman sebelum bertolak ke sekolah. Dan baru pagi tadi juga Pak Othman mengucup dahinya macam selalu. Pak Othman walaupun tegas dengan anak-anak, namun kasih sayangnya tidak berbelah bahagi. Farisa mahupun Alif tidak pernah berbirat dipukul. Cuma sekali-sekala sahaja Farisa yang degil terkena cubitan bapanya. Itu pun tidaklah sesakit mana, apatah lagi meninggalkan kesan. Farisa melangkah mendekati

41

Jauhari Hatiku

Ris, ayah kamu dah tak ada, lirih Mak Piah dan air matanya gugur lagi. Bagai dipanah halilintar, degup jantung Farisa berlari pantas. Nafasnya tercungap-cungap tidak menentu. Tak...! bisik Farisa berulang kali. Kolam matanya ditakungi air hangat. Mak Piah mengelap matanya berulang kali. Apa... apa yang dah berlaku, mak? soal Farisa dalam gugupnya. Sedaya mungkin dia cuba menahan agar air matanya tidak jatuh di pipi. Dia perlu tabah demi Mak Piah dan Alif. Ayah kamu... kemalangan di... tempat kerja, jawab Mak Piah putus-putus menahan sebak. Farisa menarik nafas dalam. Dia cuba mengumpul seluruh sisa kekuatan yang masih ada lalu jemarinya mencapai bucu kain yang menyelimuti kepala arwah bapanya. Perlahan-lahan kain itu diselak. Dapat dirasakannya tangan Mak Yah memegang lembut bahunya. Wajah tenang Pak Othman yang terpejam rapat terbias pada layar kornea. Pandangan Farisa kabur semula dek air mata. Namun cepat-cepat diseka air mata itu. Dia tidak mahu Mak Piah bertambah sedih. Bila... bila kemalangan tu berlaku? Farisa melemparkan pertanyaan. Mak Piah hanya mampu menggelengkan kepala dan kembali menangis teresak-esak. Farisa alihkan pandangan kepada Mak Yah, berharap agar orang tua itu dapat memberikan jawapan. Mak Yah mengusap bahunya. Pagi tadi, nak. Tak bawak ayah ke hospital ke?

42

Imias Farhani

Baru sekejap tadi orang hospital bawak balik arwah. Kenapa tak beritahu Ris di sekolah? Suara Farisa agak tinggi bertanya. Mak Yah meneguk liur sambil memandang jirannya yang kelihatan sudah tidak larat hendak menangis lagi. Farisa turut menoleh ke arah ibunya. Mak, kenapa tak beritahu Ris di sekolah? gesa Farisa seolah-olah memarahi orang tua itu. Tak sempat, nak, jawab Mak Piah ringkas. Ya, Ris. Tak sempat. Bila orang hospital telefon rumah mak cik pagi tadi, Abang Farid kamu terus hantar mak kamu ke hospital. Pukul tiga tadi baru mak kamu sampai ke rumah, sampuk Mak Yah menjelaskan keadaan sebenar. Mak Piah terangguk-angguk mengiakan kata-kata jirannya itu tanpa bersuara walau sedikit pun. Mak nak... nak... kebumi arwah... lepas asar nanti. Farisa terdiam. Matanya kembali kabur. Ayah, kenapa pergi tak beritahu, Ris? Oh Tuhan, berat dugaan-Mu ini. Tidak dapat dia bayangkan kehidupan yang mendatang tanpa ayah. Siapakah yang akan mengejutkannya waktu dinihari untuk sembahyang subuh? Siapakah yang akan mengingatkannya tentang kerja sekolah? Siapakah yang akan mengajarnya membaca al-Quran? Lagi beberapa juzuk Farisa akan khatam Quran. Siapa pula yang akan ke kedai membeli gula-gula untuk Alif? Abah, siapakah yang akan melakukan semua itu? Mak tak mampu memikul semuanya. Farisa juga tidak mampu. Bahu gadis itu mula terenjut-enjut menahan tangis. Kalah pada sebak yang semakin menjerut.

43

Jauhari Hatiku

bab 6
AM menunjukkan pukul sembilan tiga puluh minit pagi. Farisa melangkah masuk ke ruang legar ibu pejabat Fortress Holding Berhad. Seperti biasa, gadis penyambut tetamu melampiaskan senyum ke arah Farisa sebagai tanda menyambut kedatangannya. Senyuman mereka berbalas dan tanpa berlengah, Farisa menapak ke arah lif. Walaupun perjumpaan kali kedua dengan Daniel McCormick hanya akan bermula setengah jam lagi, Farisa mahu datang lebih awal. Ruang legar bangunan itu tidaklah begitu sibuk. Mungkin kerana waktu masuk pejabat sudah berlalu. Farisa tidak perlu berebut lif. Sebaik tiba di hadapan lif, jarinya segera menekan butang untuk ke tingkat sebelas. Kebetulan pada waktu yang sama, ada orang lain yang baru muncul dari belakang turut menekan butang itu. Sorry. Hampir serentak perkataan yang sama. mereka mengungkapkan

44

Imias Farhani

Farisa menoleh ke belakang untuk meminta maaf kali kedua. Sorry... Mr. McCormick? Terpacul nama itu dari bibir Farisa. Oh, cik... cik... Farisa. Yes, Farisa Othman, kan? Farisa mengangguk laju. Failnya dipeluk kemas. Entah mengapa dia rasa berdebar-debar walhal itu adalah kali kedua dia berhadapan dengan lelaki berdarah kacukan CinaIreland itu. Awalnya cik datang. Pembentangan tu pukul sepuluh, kan? tanya lelaki itu meminta kepastian. Iya, sengaja saya datang awal. Tak mengapakah? tanyanya pula seolah-olah meminta izin. Eh, tak mengapa. Cuma saya rasa tak biasa kerana tak sempat nak bersiap-siap untuk pembentangan itu. Kenapa pula encik yang perlu bersiap-siap? Saya yang kena bentang, bukannya encik. Farisa cuba berseloroh. Daniel tertawa kecil. Serentak dengan itu juga pintu lif terbuka luas. Mereka samasama melangkah masuk ke dalam perut lif. Daniel menekan butang yang tertera nombor sebelas. Pintu lif kembali tertutup. Semasa berada di dalam lif, Farisa mahupun Daniel membatukan diri. Kebisuan antara mereka amat merimaskan Farisa. Dia jadi resah. Mendadak sahaja suasana sekeliling dirasakan panas. Kepalanya mula berdenyut sakit. Berkerut dahinya menahan sakit. Seluruh tubuhnya pula dibasahi peluh dingin. Farisa memicit-micit dahi sambil memejamkan mata rapat-rapat.

45

Jauhari Hatiku

Tolonglah bukan hari ni... bisiknya pada diri sendiri. Farisa menarik nafas dalam-dalam. Namun sakitnya tidak juga surut. Malah semakin menyengat. Miss Farisa, are you alright? Daniel bertanya selepas melihat keadaan Farisa sebegitu rupa. Farisa menggeleng. Yes, Im... okay, balasnya dalam sakit yang tidak tertahan. Tubuhnya disandarkan ke dinding lif. Dunia sekeliling terasa berputar ligat. Pandangannya semakin gelap dan berpinar-pinar. No, youre not okay, sangkal Daniel. Dia berganjak mendekati Farisa yang kelihatan tidak keruan. Fail yang dipegang oleh gadis itu bertaburan di lantai lif. Farisa! Tubuh Farisa hampir terhenyak ke lantai lif. Sepasang tangan sasa Daniel menyambut tubuh Farisa yang longlai. Daniel terduduk sama sambil memangku Farisa yang tidak sedarkan diri. Lelaki itu diserang panik melihatkan muka Farisa yang pucat lesi. Farisa, wake up! Farisa! panggilnya berulang kali. Bahu Farisa digoncang beberapa kali, tetapi tetap tiada sebarang reaksi. Daniel semakin bingung. Terketar-ketar tangannya sewaktu mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar. Lantas tiga angka ganjil didailnya. Waktu itulah pintu lif terbuka. Terjengul tiga susuk tubuh yang sedang menanti untuk menggunakan lif. Hampir terbeliak biji mata mereka melihat keadaan Daniel dan Farisa.

46

Imias Farhani

Yuen, help me! jerit Daniel apabila menyedari salah seorang daripada mereka adalah setiausahanya. Telefon bimbitnya tadi dilemparkan ke sisi lalu tubuh Farisa diangkat dengan berhati-hati. Yuen segera masuk ke dalam perut lif. Dia membantu majikannya mengangkat Farisa. Kenapa dengan Farisa, tuan? tanya Yuen setelah rasa terkejutnya reda sedikit. Entahlah, dia pengsan tiba-tiba. Saya nak bawa dia ke hospital. Tolong tekan butang untuk ke tingkat bawah. Baiklah. Yuen akur menekan butang lif seperti yang dipinta. Matanya tidak lepas memandang degup nafas Farisa yang perlahan. Yuen, please pick up my phone and call her family now, ujar Daniel sewaktu lif sedang turun ke tingkat yang paling bawah. Tanpa banyak soal Yuen segera mengambil telefon bimbit Daniel yang tersadai di penjuru kanan lif. I... I dont know her number, getus Yuen selepas termangu beberapa ketika. Cuba cari dalam handbagnya, usul Daniel. Beg tangan Farisa dicapai oleh Yuen. Segala isi beg dikeluarkan termasuklah beberapa biji botol aspirin. Yuen dan Daniel saling berpandangan melihatkan botol-botol aspirin yang bergelimpangan di atas lantai. Hurry, find the number, forget about that! Suara Daniel bertukar kepada nada arahan. Yuen akur. Dah dapat!

47

Jauhari Hatiku

Yuen menjerit selang beberapa ketika kemudian. Sekeping kad berada dalam pegangannya. Dan ketika itulah pintu lif terbuka lebar, ruang legar Fortress Holding Berhad menjelma pada layar pandang. Good, call them. Ill call you from the hospital later, ujar Daniel seraya keluar dari lif sambil mendukung tubuh kecil Farisa. Gelagatnya menjadi perhatian setiap mata yang berada di ruang legar itu. Sedang Yuen pula terketar-ketar menekan angka pada key pad telefon bimbit Farisa. Helo? Suara seorang perempuan mengetuk gegendang telinga Yuen sebaik gagang di seberang sana diangkat oleh seseorang. Helo, ini rumah Cik Farisakah? Ya, saya emaknya. Mak cik, saya ni kawan sekerja Farisa. Baru sekejap tadi dia pengsan dalam lif. Hah, Farisa pengsan? Mak cik jangan risau, majikan saya sudah membawanya ke hospital. Cuma saya nak tahu ada tak Farisa dirujuk kepada mana-mana hospital sebelum ini? Kalau ada, senang sikit nanti dapat berjumpa dengan doktornya terus. Setahu mak cik dia sihat, nak. Tak ada sakit apaapa. Jarang pergi hospital. Kenapa dengan dia, nak? Macam mana keadaannya? Okey, kalau macam tu tak apalah. Sekejap lagi saya akan telefon mak cik semula, ya. Anak nak bawa dia ke hospital mana?

48

Imias Farhani

Saya pun belum tahu lagi. Sekejap lagi saya akan telefon balik. Mak cik janganlah risau, bersabarlah ya. Hmmm... jangan lupa telefon balik, ya. Mak cik akan tunggu panggilan anak. Mak cik nak tengok keadaan anak mak cik tu. Jangan lupa telefon balik, nak! Mak cik, tenang. Kejap lagi saya telefon, bye. Talian dimatikan. Mak Piah meletakkan gagang ke tempatnya semula. Dia terduduk ke lantai. Degup jantungnya semakin pantas. Hatinya cemas memikirkan keadaan Farisa. Seingat Mak Piah, Farisa tidak menghidap sebarang penyakit yang serius selama ini. Cuma pening-pening sahaja. Itu pun mengikut keadaan yang biasanya cuma berlaku kalau dia menghadapi tekanan kerja. Lagipun Farisa jarang mengadu pada Mak Piah kalau dia sakit. Lazimnya gadis itu lebih suka berusaha mengubati sendiri sakit peningnya. Mak Piah semakin resah. Kalaulah Alif berada di rumah, tentu sudah dikerah oleh Mak Piah agar mencari Farisa di setiap hospital. Malangnya Mak Piah kurang pasti di mana Alif berada. Sejak pagi lagi Mak Piah cuba menghubungi anak lelakinya itu. Namun sampai tengah hari tadi masih tidak berjaya. Elok aku cuba lagi. Putus Mak Piah seraya mendail nombor telefon bimbit Alif dengan penuh harapan.

MATAHARI hampir terbenam di ufuk barat. Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Mak Piah masih termenung di beranda. Gelisah hatinya bukan kepalang. Meskipun rakan sekerja Farisa mengatakan bahawa Farisa tidak apa-apa

49

Jauhari Hatiku

melalui telefon tadi, Mak Piah tetap gusar. Puas Yuen menerangkan keadaan sebenar Farisa sewaktu menelefon Mak Piah kali kedua, tetapi Mak Piah seolah-olah enggan percaya. Orang tua itu tetap mengesyaki ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Selepas diberitahu hospital tempat Farisa dirawat, Mak Piah terasa bagaikan mahu segera terbang ke sana. Dia mahu menemui Farisa, tetapi puas sudah dia cuba menelefon Alif, tetap tidak dapat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gusarnya hati tua Mak Piah. Bagi Mak Piah, hanya Farisa dan Alif sahajalah yang ada dalam hidupnya. Mak Piah tiada orang lain selain mereka. Mak Piah anak yatim piatu, tiada saudara-mara. Keluarga arwah suaminya juga semuanya sudah meninggal dunia. Mak Piah tidak putus berdoa agar Farisa tidak apa-apa seperti yang didakwa oleh Yuen. Sedang Mak Piah termenung di beranda itulah, sebuah kereta Ferrari berwarna merah garang menyusuri lorong yang diapit semak dan berhenti betul-betul di halaman rumah Mak Piah. Mak Piah bangun dari duduk sambil menunggu kemunculan tuan punya kereta itu. Betul awak tak apa-apa? Daniel melemparkan pertanyaan itu entah untuk kali yang keberapa kepada Farisa. Mereka berdua masih belum keluar dari kereta walaupun enjin sudah dimatikan. Iya, encik sendiri pun sudah tanya doktor tukan? jawab Farisa bersahaja. Daniel kelihatan berpuas hati dengan jawapan Farisa. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Bertembung pandang dengan Mak Piah yang masih tertinjautinjau dari beranda rumahnya.

50

Imias Farhani

Is that your mother? Soalan Daniel mendapat balasan anggukan daripada Farisa. Kemudian mereka sama-sama keluar dari perut kereta. Sebaik kelibat Farisa kelihatan, Mak Piah bergegas turun ke tanah. Cepat-cepat dia mendapatkan anak perempuannya. Ris tak apa-apa, mak... suara Farisa sewaktu ibunya melekapkan telapak tangan ke dahinya. Betul ke? Apa kata doktor? Betul, doktor cakap mungkin Ris penat. Itulah kamu Mak, sudahlah tu. Kita ada tetamu ni, pintas Farisa sebelum sempat Mak Piah membebel panjang. Mendengarkan bicara Farisa, barulah Mak Piah sedar akan kewujudan seorang lelaki asing di situ. Mak... kenalkan. Ni bos Ris, Daniel McCormick, ucap Farisa. Apa khabar, mak cik? tegur Daniel berbahasa. Baik, jawab Mak Piah kedengaran agak dingin. Dialah yang hantarkan Ris ke hospital tadi, celah Farisa pula. Hmmm... terima kasih banyak, tutur Mak Piah, masih acuh tak acuh. Hairan juga Farisa melihatkan gelagat ibunya itu, seakan tidak menyenangi kehadiran Daniel. Encik, jemputlah naik, pelawa Farisa, cuba untuk meredakan suasana janggal yang tercetus akibat sikap Mak

51

Jauhari Hatiku

Piah. Sempat juga dia melirik ke arah Mak Piah yang mengerling tajam. No, thank you. Hari dah lewat ni, saya balik dululah, tolak Daniel dengan baik. Barangkali dia menyedari akan perasaan kurang senang Mak Piah padanya. Tak nak minum dulu? Tak mengapalah, lain kali saja. Saya beredar dulu, mak cik, Farisa.... Terima kasih sekali lagi, encik. Sama-sama. Lelaki tinggi lampai itu merapati keretanya. Mak Piah tidak berkelip memandang sehinggalah Ferrari merah yang dipandu oleh Daniel hilang di sebalik selekoh jalan. Jadi itulah bos yang kamu ceritakan pada mak tu? Pertanyaan Mak Piah mengetuk gegendang telinga sewaktu Farisa ingin beredar dari situ. Iya, kacak tak? Jadi itulah orang yang menyebabkan kamu jadi macam ni? Kerja tak tentu masa hingga kesihatan sendiri terabai? Mak, tak baik cakap macam tu, tau! Kalau tidak kerana dia tadi, entah apa yang jadi pada Ris. Mak Piah mencebik. Tanpa mempedulikan reaksi ibunya, Farisa segera memanjat anak tangga. Dia cuba mengelak daripada berbual dengan Mak Piah. Tetapi Mak Piah terus mengekori sehingga ke dalam biliknya.

52

Imias Farhani

Ris, dia tu orang asing. Mana kita tahu hati budinya. Entah-entah dia buat baik sebab ada niat lain, tempelak Mak Piah, tetap bersangka buruk terhadap majikan anaknya itu. Farisa merebahkan badan ke katil. Mak, dia pun orang macam kita juga. Ris kenal dia. Dia baik. Lagipun dia memang orang Malaysia, lahir di Malaysia, membesar di Malaysia. Janganlah menilai seseorang daripada rupa parasnya. Amboi, pandai pulak anak mak ni bercakap. Kamu tu kenal dia baru seminggu. Dia memang dididik dalam budaya negara ni. Dia orang macam kita jugak, mak. Walau apa pun yang kamu cakap, mak tetap tak suka dia. Suka hati maklah. Ris dah penat ni. Mak Piah menggeleng. Susah juga hendak menasihati anak yang sudah dewasa. Mereka fikir mereka sudah tahu segalanya lantas nasihat orang tua langsung tidak mahu dengar. Mak belum habis cakap lagi pasal ni. Tegas Mak Piah sambil berlalu keluar dari bilik Farisa. Keresahan kerana memikirkan soal kesihatan Farisa tadi baru sahaja hilang, kini ditambah pula perasaan risau tentang kenyataan Farisa terhadap lelaki asing itu di hati Mak Piah. Ada sebab mengapa Mak Piah mencurigai Daniel McCormick. Dia terkenangkan kisah lama. Kisah yang diceritakan sendiri oleh Jamilah. Mak Piah melepaskan keluhan berat.

53

Jauhari Hatiku

TENGAH HARI itu awan berarak mendung di dada langit. Pepohon kelapa meliuk lentok ditiup angin yang menderu. Dedaun kering berterbangan mengikut rentak semilir yang semakin kencang. Hati Jamilah mula berlagu bimbang. Teman yang ditunggu masih belum datang. Dalam keadaan cuaca yang semakin buruk, kebimbangan Jamilah memang berasas. Sudah hampir sejam dia menunggu di situ tetapi bayang Farisa masih juga belum muncul. Jamilah memandang ke bawah, melihat kasut sekolahnya yang agak comot. Kemudian dia mendongak ke langit, melihat awan yang semakin memberat. Bila-bila masa sahaja hujan pasti turun. Jamilah risau satu-satunya kasut sekolah yang dia ada akan lencun dibasahi hujan nanti. Mana Farisa ni? rungut Jamilah. Dia menyandarkan basikalnya ke pokok kelapa yang berhampiran. Kemudian dia mundar-mandir tidak tentu hala. Lenguh berulang-alik tidak menentu begitu, dia duduk mencangkung pula. Siaplah kau, Farisa! Kalau kau sampai nanti, tahulah aku nak kerjakan kau. Jamilah terus merungut. Saat itu titis-titis hujan mula terasa di pipi. Jamilah segera membuka kasut dan stoking sekolahnya lalu dimasukkan ke dalam beg. Harapharap janganlah kasut itu basah. Kalau basah, dia sanggup ponteng sekolah. Jamilah sudah serik dengan penangan Cikgu Rasah. Cukuplah sekali peristiwa dia dirotan oleh guru disiplin itu di khalayak ramai hanya kerana terlupa memakai stoking. Cukuplah sekali belakangnya berbirat menerima libasan Cikgu Rasah. Dia serik! Titisan hujan semakin kasar menimpa Jamilah. Baju sekolahnya basah kuyup. Dia menggigil kesejukan.

54

Imias Farhani

Milah! Tiba-tiba dia terdengar namanya diseru. Pantas Jamilah menghala pandangan ke seberang jalan. Kelihatan Farisa sedang galak melambai-lambai ke arahnya. Jamilah menggetap bibir. Farisa, kau lambat! Farisa sekadar tersengih macam kerang busuk. Aku jumpa Cikgu Karim tadi. Tunggu aku, aku nak seberang jalan! balas Farisa dengan suara yang agak kuat, cuba untuk mengatasi bunyi hujan yang mencurah ke bumi. Jamilah melihat sahaja Farisa terkocoh-kocoh melintas jalan bersama basikalnya. Baru beberapa langkah Farisa menyeberangi jalan, sebuah kereta Mercedes muncul tiba-tiba. Bagai bermimpi dia menyaksikan tubuh kurus Farisa terpelanting ke tepi jalan apabila menerima hentaman yang begitu kuat. Farisa!!! Serentak itu juga kedengaran bunyi brek yang panjang dan bingit. Kereta Mercedes tadi berhenti betul-betul di hadapan Jamilah. Seorang lelaki tua berkulit putih bergegas keluar dari perut kereta. Buru-buru dia mendapatkan Farisa yang terjelepok di atas aspal. Jamilah turut bergegas mendapatkan sahabatnya. Oh my god... oh my... girl, are you alright? Kedengaran lelaki itu berbicara dengan Farisa. Waktu itu tubuh Farisa sudah basah dengan darah bercampur air hujan dan Jamilah terpempan di sisi sahabatnya. Lelaki tua tadi memangku Farisa dengan cermat. Girl, talk to me. Are you alright? Oh my god... wheres the nearest hospital? Weve to send her to the hospital. Where is it? Suara mat salih itu kedengaran tegang. Matanya

55

Jauhari Hatiku

bulat mencerlung Jamilah. Jelas dia betul-betul panik dengan apa yang telah berlaku. Hey, tell me! Do you know any hospital nearby? Tersentak Jamilah apabila dia disergah oleh lelaki itu. Hos... hospital... sana! Tergagap-gagap Jamilah menunjuk ke suatu arah. Bulat mata mat salih itu menambah cemas dalam diri Jamilah. Belum pernah dia berada begitu dekat dengan orang putih sebelum ini. Melihat matanya yang biru pun Jamilah sudah gugup. Come on, we must hurry. Go! Go! gesa mat salih itu, lantas mencempung Farisa yang masih kaku tidak bergerak. Cerita Jamilah kepada Mak Piah mati di situ. Hampir sebulan Farisa berada di hospital. Kata doktor dia mengalami pendarahan di dalam otak. Farisa terpaksa menjalani pembedahan. Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan Mak Piah. Encik Smith, lelaki yang telah melanggar Farisa itu berjanji untuk membiayai semua kos rawatan. Namun sehingga Farisa keluar hospital, Encik Smith tidak pernah menampakkan batang hidungnya. Hilang dan lenyap begitu sahaja tanpa dapat dikesan. Janji-janji manisnya juga lesap tidak terkesan. Mak Piah bergolok bergadai cuba menyelesaikan hutang kos rawatan. Terpaksa mencagarkan tanah dan barang kemas demi sebuah kehidupan normal untuk anak yang tersayang. Sejak peristiwa hitam itulah Mak Piah tidak lagi percaya pada bangsa asing yang bermata biru. Biarlah orang kata Mak Piah prejudis. Mak Piah bersikap perkauman. Biarlah. Yang pasti Mak Piah mempunyai pengalaman buruk dengan lelaki bermata biru.

56

Imias Farhani

bab 7
ARISA memandang jauh ke hadapan, memerhati biasan cahaya matahari pada permukaan tasik yang beralun tenang. Kanak-kanak yang berada di sekitar taman permainan berdekatan tasik itu pula kelihatan cukup gembira. Mereka saling berkejaran sesama sendiri diselangi gelak tawa yang menghiburkan hati. Dalam tidak sedar, Farisa tersenyum sendiri. Perasaannya turut berbunga riang melihatkan gelagat mereka berserta belon-belon pelbagai warna berterbangan ditiup angin. Beberapa minit berlalu, Farisa bangkit dari duduk. Bosan kerana sudah lama dia duduk bersendirian di atas bangku itu. Kakinya melangkah menyusuri sekitar kawasan taman. Niatnya tadi tidak mahu berlama di situ. Namun kemeriahan Hari Keluarga anjuran Fortress Holding Berhad di tasik itu seakan menghalang Farisa untuk pulang segera. Rata-rata yang hadir membawa keluarga masing-masing. Barangkali hanya dia yang datang berseorangan, sekadar memenuhi jemputan. Farisa!

57

Jauhari Hatiku

Tiba-tiba dia terdengar namanya diseru dari kejauhan. Farisa tercari-cari tuan empunya suara yang memanggil tadi. Orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu menyukarkan pencariannya. Datang jugak awak, ya. Suara tadi kedengaran lagi berserta cuitan di bahunya. Farisa segera menoleh ke belakang. Oh, encik rupanya, balas Farisa walaupun agak terkejut melihat wajah yang terbias pada layar korneanya saat itu. Iya, saya. Kenapa? Tak suka jumpa saya? tanya Daniel bernada gurauan seraya menanggalkan cermin mata hitamnya. Tidaklah. Habis tu? Saya tak sepatutnya datang. Majlis ni hanya untuk ahli keluarga FHB. Saya pulak pekerja sambilan saja. Daniel tertawa kecil walaupun Farisa tidak berniat untuk berseloroh. Terserlah lesung pipit pada pipi kirinya apabila dia ketawa begitu. Janganlah terlalu merendah diri, Farisa. Sejak awak tandatangan kontrak dulu, kami dah anggap awak sebahagian daripada kami. Awak tak bawa keluargakah? Tak. Never mind, its okay. Jom, kita lihat kawasan sekitar. Meriah, kan? Farisa mengangguk laju dalam senyuman. Kemudian mereka melangkah seiringan melewati sekitar tasik. Suasana sekeliling masih riuh-rendah dengan para pengunjung dengan gelagat masing-masing.

58

Imias Farhani

Farisa, boleh saya tanya sesuatu? Suara Daniel mengetuk gegendang telinga selepas mereka saling membisu seketika. Tanyalah, jawab Farisa bersahaja meskipun hatinya tidak sabar mendengar soalan yang bakal ditanya. Kenapa programmer? you nak kerja sebagai freelance

Serius sekali nada suara Daniel bertanya sehingga membuatkan Farisa tertawa kecil. Entah mengapa hatinya tercuit melihat kerut wajah Daniel tika itu. Daniel sekadar terseringai bodoh kerana kurang faham mengapa Farisa ketawa. Saya lebih suka bekerja di rumah. Tapi ramai juga pekerja tetap FHB bekerja di rumah terutamanya pengatur cara macam awak. Entahlah. Barangkali saya tak suka lama-lama di sesuatu tempat. Lagipun lebih menguntungkan, kan? Mungkin, kenapa encik tanya? No reason. Kemudian Daniel tidak lagi menyoal pekerjanya. Mereka berdua menghalakan pandangan ke hadapan. Tidak jauh dari tempat mereka berdiri, sekumpulan pekerja atasan Fortress Holding Berhad melambai-lambai ke arah Daniel. Mendadak sahaja Farisa diserang perasaan serba salah melihatkan sebahagian besar daripada mereka tidak dikenalinya. Okay, promise me. From now on you must call me Daniel. Mereka semua memanggil saya begitu. Nanti pelik

59

Jauhari Hatiku

pulak mereka bila awak berencik-encik dengan saya, ujar Daniel sambil kakinya melangkah menuju ke arah sekumpulan pekerja tadi yang sedang duduk di atas beberapa buah bangku. Okay... I promise, Daniel! janji Farisa lantas mengekori Daniel dengan hati yang berat. Setiap pasang mata yang berada di bangku itu menyambut kedatangan Daniel dan Farisa dengan pandangan yang kurang menyenangkan. Rimasnya Farisa bukan kepalang. Apatah lagi beberapa orang gadis yang berada di situ saling berbisik sesama sendiri dan merenungnya semacam. Nampaknya semua dah datang. Tentu kamu semua dah kenal Cik Farisa, kan? Daniel menyapa terlebih dahulu. Mungkin dia juga kurang senang kerana diperhatikan begitu. Apa khabar semua? ucap Farisa berbahasa. Baik... baik, balas mereka yang berkumpul di situ. Farisa masih menjadi perhatian mereka. Eh, comelnya. Anak you? Cepat-cepat Farisa menegur Lai Yuen yang berada berdekatan untuk menghilangkan rasa janggalnya. Pipi bayi yang berada di dalam dukungan Yuen dicuit perlahan. Sememangnya dari tadi lagi bayi comel itu menarik perhatian Farisa. Bukanlah, I kan belum kahwin lagi la...! Ups, sorry. Habis tu anak siapa? Cubalah you perhatikan betul-betul, kemudian cuba teka, jawab Yuen sambil melirik ke arah Daniel. Farisa senyum terpaksa. Dia memerhati semula bayi tadi. Matanya bundar dan berwarna kecoklatan,

60

Imias Farhani

rambutnya berwarna keperangan, berkulit cerah dan berhidung mancung. Terbayang di fikiran Farisa akan wajah seseorang lantas dia menoleh ke arah Daniel. Yes, she is my daughter. Her name is Samantha. Please excuse us, ladies and gentlemen. Pantas Daniel mencelah, seakan dapat membaca fikiran Farisa saat itu. Bayi yang berada di dalam dukungan Yuen diambilnya lalu beredar dari situ selepas meminta agar Farisa menurutinya. Mahu tidak mahu Farisa terpaksa ikut. Lagipun dia tidak mahu terus menjadi sasaran mata mereka semua. Daniel membawa Farisa ke arah sepohon pokok ketapang yang rendang di tepi tasik. Sambil mendukung Samantha, dia bersusah payah untuk duduk. Farisa turut melabuhkan punggung ke atas rumput yang menghijau di bawah pokok ketapang itu. Samantha merengek kecil. Daniel cuba memujuk tetapi bayi yang berusia lima bulan lebih itu terus merengek. Biar saya cuba, pinta Farisa lalu Samantha bertukar tangan. Anehnya, sebaik sahaja berada di dalam dukungan Farisa, rengekan Samantha tidak lagi kedengaran. Melihatkan perubahan itu, Farisa jadi seronok. Ah, dah berhenti menangis. Dia rindukan ibunya agaknya, ujar Farisa gembira seraya mencium hidung Samantha. Daniel hanya memerhati dalam senyuman. Shes so cute. Mesti ibunya cantik. Mana Mrs. McCormick? Dia tak datang sekalikah?

61

Jauhari Hatiku

Pertanyaan Farisa tidak berjawab. Sebaliknya Daniel mengeluh berat. Kekeruhan terbayang pada air mukanya. Saya dan ibu Samantha sudah berpisah. Jawapan Daniel kedengaran agak perlahan tetapi cukup didengari oleh Farisa. Gadis itu menggigit bibir, segera sedar yang dia telah tersilap cakap. Maafkan saya. Saya tak bermaksud Tak apa. Saya dah biasa dengan soalan sebegitu. Sekarang, sudah hampir setahun kami berpisah. Selepas menyerahkan Sam kepada saya lima bulan dulu, dia berhijrah ke luar negara dan saya dengar dia sudah bahagia dengan orang lain. Daniel tunduk memandang tanah. Rerumput yang menghijau ditarik-tariknya semacam cuba melepaskan geram. Encik Daniel. Hmmm sorry, awak tak perlu bercerita kepada saya, Daniel. Cerita tu mungkin terlalu peribadi bagi awak. Memang saya mahu ceritakan kepada awak. Kalau boleh biar semua orang tahu. Sebab itulah saya memberanikan diri membawa Sam hari ni. Saya dah jelak mendengar mereka asyik mengumpat di belakang saya. Mulut manusia memang susah nak dijaga. Daniel mengangguk, sependapat dengan Farisa. Keriuhan kawasan sekitar langsung tidak mengganggu perbualan mereka berdua. Mereka terus duduk di situ, berbual sehingga hari hampir senja.

62

Imias Farhani

bab 8
ada tak?

IK YUEN, saya ada appointment dengan Daniel McCormick sekarang. Dia

Lai Yuen segera mengangkat muka, memandang wajah yang muncul di hadapannya. Sejak peristiwa di dalam lif tempoh hari, dia tidak pernah lupa pada wajah itu. Oh, Cik Farisa. Tunggu sekejap ya. Ill confirm it with him. Sila duduk dulu, balas Yuen sopan. Farisa menghampiri sofa yang berdekatan lalu duduk di situ. Matanya tidak lepas memerhati Yuen yang sedang menghubungi Daniel melalui interkom. Dia cemas sebenarnya. Entah mengapa, setiap kali berjumpa dengan Daniel, jantungnya mula berdegup lebih kencang daripada biasa. Barangkali masih belum dapat menyesuaikan diri dengan Daniel. Apatah lagi setiap kali terpandang wajah Daniel, dia segera teringat pada peristiwa di dalam lif. Entah apalah pandangan Daniel terhadapnya. Cik Farisa, you can go in now.

63

Jauhari Hatiku

Suara Yuen mengetuk gegendang telinga. Pantas Farisa bangkit dari duduk dalam senyuman. Terima kasih, Cik Yuen. Sama-sama. Farisa menolak daun pintu pejabat Daniel. Sewaktu pintu dibuka, kelihatan Daniel sedang rancak bercakap di telefon. Farisa ingin berundur semula namun pemuda itu cepat-cepat mengisyaratkan agar Farisa melangkah masuk. Yes, please give me the number. No... no... I need it now! Kedengaran bicara tegas Daniel membuatkan Farisa serba salah. Bimbang kehadirannya mengganggu perbualan pemuda itu. Tetapi Daniel sebaliknya mengisyaratkan agar dia duduk pula. Okay, then. Okay, Ill call her. Thanks a lot. Bye. Akhirnya Daniel menamatkan perbualan. Gagang kembali diletakkan ke tempatnya. Matanya segera ditumpukan kepada Farisa. Maaf, ada urusan peribadi sikit. Jangan bimbang, awak tak mengganggu. Lagipun awak memang ada temu janji dengan saya sekarang. Maaf jika saya mencuri masa awak. Bagai mengetahui pergolakan perasaan Farisa, Daniel meluahkan kata-kata yang melegakan hati gadis di hadapannya. Farisa tersengih lebar. Eh, tak apa. Tak ada apa-apa yang perlu dimaafkan. Baguslah kalau awak dah kata macam tu. Sebenarnya saya ada masalah nak cari pembantu rumah yang baru. Susah juga nak cari pembantu rumah yang sesuai ni, rungut Daniel seakan ingin mengadu pula.

64

Imias Farhani

Farisa sekadar tersengih mempamerkan barisan giginya yang teratur. Saat-saat begitu dia kekeringan idea pula hendak berbicara. Maklumlah, dalam kerjanya dia tidak banyak bertemu dengan orang. Setiap hari hanya menghadap komputer bisu. Lalu apabila berjumpa dengan orang yang masih belum dikenali dengan rapat, Farisa selalu jadi begitu. Mungkin nasibnya agak baik kali ini kerana bertemu dengan Daniel yang peramah. Okey, lupakan soal pembantu rumah. Kita tumpukan pada kerja. Hmmm... can I call you Farisa? Rasanya dah banyak kali saya panggil awak begitu cuma kali ni baru nak minta kebenaran. I hope you dont mind. Of course, I dont mind. Kalau macam tu, please call me Daniel. Okey, Daniel. Good, feel much better now. Daniel teranggukangguk puas hati. Senang pula Farisa melihat gelagatnya itu. Segala perasaan cemas hilang entah ke mana. Melihat wajah Daniel sudah cukup membuatkan Farisa berasa tenang dan selesa. Hari ni saya nak bawa awak jumpa dengan salah seorang penolong saya. Nanti kita akan kerja sebagai satu kumpulan. Saya akan awasi setiap kerja yang awak berdua lakukan nanti. So for the rest of the year, youll be stucked with him and me, seloroh Daniel. Well, three brains are better than one, sambut Farisa mula menampakkan kemesraan. Yes, betul. Saya akan bawa awak ke pejabatnya di KLCC. Oh, pejabatnya bukan di sini?

65

Jauhari Hatiku

Bukan. Sebelum ni FHB banyak menggunakan khidmat pakar dari luar termasuk Encik Lim, orang yang kita nak jumpa nanti. Kami memang ambil pakar IT dari luar, jadi terpaksalah kita bersiar-siar sikit. Shall we? Daniel bangun dari kerusi. Tanpa menunggu reaksi balas daripada Farisa, Daniel mencapai kot hitam yang tersangkut pada kerusi lalu dipakainya. Dalam hati Farisa terdetik juga perasaan hairan. Tentu Encik Lim bukan calang-calang orang. Sepatutnya pekerja yang datang bertemu ketua, bukan sebaliknya. Saya ingat nak naik LRT saja. KLCC tu ada stesen LRT bawah tanah, kan? Malas nak meredah jam. Lagipun waktu rehat tengah hari dah dekat. Tentu jalan jam teruk, usul Daniel seraya memandang Farisa yang baru bangun dari duduknya. Okey, saya tak kisah. Daniel memandu keretanya hingga ke stesen LRT yang terdekat dengan Menara Fortress Holding Berhad. Mulanya Farisa ingin memandu sendiri ke stesen itu namun Daniel berkeras agar mereka berkongsi kereta. Katanya tidak elok jika dia membiarkan Farisa memandu sendiri. Ia adalah urusan syarikat dan seharusnya mereka bergerak bersama. Kebetulan sewaktu mereka tiba di stesen LRT, waktu rehat tengah hari baru bermula. LRT penuh sesak. Mereka berdua terpaksa berhimpit di celah-celah penumpang yang lain. Tempat duduk di dalam LRT itu sudah penuh dan terpaksalah mereka berdiri. Kelebihan Daniel yang berbadan tegap dan tinggi membolehkan dia mencari tempat berpegang dengan mudah. Cuma Farisa yang masih terkial-kial mencari tempat berpegang. Its okay. Pegang saja saya. Awak takkan jatuh,

66

Imias Farhani

ujar Daniel selepas melihat Farisa yang terhuyung-hayang tidak menentu. Mahu tak mahu Farisa terpaksa menurut pada keadaan. Dia melawan perasaan segan lalu memegang lengan Daniel. Dah sampai. Kita turun di stesen ni sebab saya dah janji dengan Lim supaya menunggu kita di depan pintu masuk KLCC. Suara Daniel menerjah ke telinga Farisa. Dia segera mengangguk. Sebaik sahaja tren berhenti dan pintu terbuka, mereka berdua meloloskan diri keluar dari perut tren. Hampir-hampir Farisa hilang pertimbangan sewaktu seorang penumpang melanggar bahunya dengan kuat. Mujur tangan Daniel tangkas memegangnya daripada jatuh tersungkur. Ah, kalau depan Daniel, ada saja yang tak kena! rungut hati Farisa, menahan malu. Thank you, ucap Farisa perlahan. No problem, balas Daniel bersahaja. Uh, mungkin taktik tu. Agaknya dia dah selalu buat! Eh, Farisa! Nasib baik dia tolong kau, tau! Nak kutuk orang pulak! hati Farisa berperang sendiri sedang kakinya laju membuntuti pemuda di hadapannya. Tidak sampai sepuluh minit kemudian, mereka berdua tiba di hadapan pintu masuk KLCC. Mata Daniel melilau mencari orang yang dimaksudkannya. Lama dia meninjau tetapi tidak juga ketemu. Sekejap ya, tukas pemuda itu kepada Farisa yang keresahan di sebelahnya. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar lalu mendail sepuluh angka.

67

Jauhari Hatiku

Hello, Lim. Where are you? Hmmm What? Then how about our appointment? Shes with me now. Hmmm... okay. I understand. Yes, perhaps next time. Apologys accepted but no more after this, please. Okay.... Singkat sahaja perbualan Daniel dengan Lim. Farisa berpura-pura melihat ke sekeliling sewaktu Daniel menyimpan semula telefon bimbitnya. Walhal sekejap tadi dia sibuk memasang telinga. Lim tak dapat datang. Ada masalah timbul di pejabatnya pagi tadi. Dia patut telefon saya. Now what? Dahi Daniel berkerut seribu. Nampaknya dia agak bengang dengan Lim. Farisa juga, tetapi dia tidak dapat berkata apa-apa. Perkara sudah terjadi, hendak dirungutkan pun tidak ada gunanya. Apa kita nak buat ni? Dahlah panas, Si Lim ni buat hal pulak. Awak ada cadangan? soal Daniel seraya mengangkat kening kepada Farisa. Entah, jawab gadis itu seraya mengangkat bahu. Ah, alang-alang kita dah sampai ke shopping complex ni, marilah kita jalan-jalan dulu. Lagipun saya bercadang nak beli sesuatu. Lepas tu kita carilah tempat makan. Setuju? cadang Daniel bersungguh-sungguh. Farisa tersenyum tawar. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Dia mengikut sahaja Daniel melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah itu. Mereka melewati beberapa kedai sehingga tiba ke sebuah kedai pakaian. Daniel membelek-belek baju yang dipamerkan. Farisa setia mengekori dari belakang. Daniel menghampiri pula deretan kasut bayi yang

68

Imias Farhani

tersusun rapi di atas rak. Satu demi satu kasut itu dibeleknya. Hmmm... yang mana satu awak akan pilih? Blue or pink? tanya Daniel lalu menayangkan dua pasang kasut kepada Farisa. Terpempan seketika gadis itu dibuatnya. Untuk awak atau anak awak? seloroh Farisa. Entah, kalau padan dengan saya boleh juga, tukas Daniel tidak mahu kalah. Kemudian mereka sama-sama melepaskan tawa. Ketika itulah seorang gadis India menghampiri mereka. Looking for babys shoes, sir? Ah, yes, balas Daniel pantas. Boy or girl? A girl. How old is she? Hmmm... enam bulan. Okay. Lets see. Gadis India itu mengambil beberapa pasang kasut lalu diatur di hadapan Daniel. Semua kasut yang dipilihnya agak mahal berbanding kebanyakan kasut yang ada di situ. Tetapi Daniel nampaknya tidak kisah. Cuma Farisa sahaja yang memprotes di dalam diam. Okey, Farisa. Tolong pilihkan. Cita rasa awak tentu lebih baik daripada saya, pinta Daniel. Farisa teragak-agak hendak memilih. Hmmm... mother always knows best. Silakan, yang mana satu, puan? sampuk gadis India tadi.

69

Jauhari Hatiku

Eh, awak dah silap faham. Saya bukan... Betul tu, Farisa. Pilihlah satu, pangkas Daniel. Tidak sempat Farisa hendak membetulkan tanggapan gadis India tadi. Malas hendak bertekak, Farisa senyum sahaja. Selepas itu dia mula menumpukan perhatian pada deretan kasut yang disusun di hadapan mereka. Saya pilih yang warna ungu. Cantik tak? putus Farisa, yakin dengan pilihannya. Ah, good one. Saya pun terfikir nak ambil yang itu tadi. Okay, Ill take this, sokong Daniel tidak berlengah lalu mengunjukkan kasut yang dipilih oleh Farisa tadi kepada jurujual itu. Pilihan yang bagus. Anak encik berdua sangat bertuah ada ibu dan ayah yang sehati dan sejiwa macam ni, puji si gadis India mesra. Thank you. Kami memang secocok, tukas Daniel seraya mengenyitkan mata kepada Farisa. Youre welcome. Sekejap ya, saya akan bungkuskan untuk encik, kata jurujual itu lagi sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua untuk ke kaunter bayaran. Sorry, gurau saja ya, bisik Daniel kepada Farisa selepas kelibat gadis tadi berada jauh dari mereka. Its okay. Tutur Farisa lalu tersenyum nipis.

70

Imias Farhani

bab 9
AK PIAH menghela nafas panjang. Sesekali ekor matanya mengerling ke arah Farisa yang berada tidak jauh darinya. Sudah lama dia tidak melihat Farisa seseronok itu. Sejak dia pulang rembang senja semalam sehinggalah pagi ini, Farisa tidak putus-putus tersenyum. Semuanya kerana kehadiran seorang bayi comel berambut perang di rumah itu. Tidak dapat dibayangkan betapa terkejutnya Mak Piah melihat Farisa pulang bersama seorang bayi semalam. Mati-mati Mak Piah ingatkan anak itu adalah cucunya yang tidak diundang. Mujurlah Farisa cepat-cepat menceritakan hal sebenar. Sejuk sedikit hati Mak Piah walaupun dia tidak berapa berkenan sangat dengan keputusan Farisa. Alah, Ris akan jaga dia beberapa hari saja sementara Daniel mencari orang gaji baru. Beberapa hari saja, mak. Itulah alasan Farisa apabila Mak Piah meluahkan rasa tidak senangnya semalam.

71

Jauhari Hatiku

Itu kata kau, Ris. Tapi kata orang kampung? Mak tak nak jadi bahan umpat orang, Ris. Mak ni risau sangat apa orang kata. Diorang ada mulut, suka hati dioranglah. Asalkan kita di pihak yang betul, sudah! Kau cakap senang, Ris. Mak Piah menahan perasaan. Tak apalah, mak. Mak tak geram ke tengok budak ni? Comel! Jemu sudah Mak Piah menasihatkan. Tegasnya keputusan Farisa tidak boleh diubah lagi. Terpaksalah Mak Piah mengalah. Lagipun dia turut berasa kasihan pada bayi yang tidak beribu itu. Biarlah, cuma beberapa hari sahaja. Mak Piah mengerling lagi ke arah anaknya. Melihatkan Farisa terkial-kial hendak memakaikan lampin pakai buang Samantha, Mak Piah bangkit dari duduk. Nak mak ajarkan? tanya Mak Piah menahan tawa melihat gelagat Farisa. Farisa memandang ibunya. Uh, rasanya nampak dalam TV macam senang. Mak tolong buat dulu, Ris nak tengok. Tanpa berlengah, Mak Piah duduk bersila di sebelah Farisa setelah gadis itu mengengsot sedikit untuk memberi ruang kepada Mak Piah. Sekejap sahaja lampin pakai buang Samantha dapat dipakaikan oleh Mak Piah. Wah, nampak senang. Tapi payah juga. Sam tak nak duduk diam, getus Farisa sambil terseringai kebodohan. Mak Piah pula tersenyum kambing. Kemudian agak lama orang tua itu memerhati Samantha. Sinar keibuan jelas terpancar pada anak matanya.

72

Imias Farhani

Mak cubalah dukung dia, seronok! sogok Farisa seolah-olah dapat membaca fikiran ibunya. Jauh di sudut hati Mak Piah memang teringin benar hendak mendukung bayi itu. Belum pernah Mak Piah melihat dari dekat anak orang putih secomel Samantha. Tetapi di suatu sudut lain pula, ada suara halus yang menegaskan semua itu adalah salah. Farisa tidak patut menyayangi anak orang asing itu. Apatah lagi melihat sahaja Samantha, Mak Piah terbayangkan wajah Daniel. Bila ayahnya nak datang ambil? tanya Mak Piah acuh tak acuh kepada Farisa selepas berperang dengan diri sendiri tadi. Dia mengengsot sedikit menjauhi Samantha yang tergapai-gapai tangannya seakan meminta Mak Piah mendukungnya. Baru semalaman dia di sini, mak. Ayahnya takkan datang ambil. Ris yang akan hantar. Tengoklah, seminggu dua lagi agaknya. Seminggu dua? Terbeliak mata Mak Piah mendengarkan jawapan Farisa. Serentak itu juga Farisa tertawa kuat. Mak ni risau sangatlah. Kan Ris kata beberapa hari saja sementara tunggu Daniel cari orang gaji baru. Orang gajinya yang lama tu lari senyap-senyap. Mak tak nak dengar semua alasan tu. Yang pasti, budak ni tak boleh lama kat sini. Farisa hanya tersenyum panjang. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Hairan benar Mak Piah melihat gelagat anaknya sejak akhir-akhir ini. Daniel dan Farisa bagaikan sudah lama

73

Jauhari Hatiku

kenal. Kedengaran cukup mesra mereka berdua melalui cerita-cerita Farisa kepada Mak Piah. Malah lelaki itu sanggup pula menyerahkan anaknya kepada Farisa untuk dijaga. Walhal perkenalan mereka baru berlangsung dua bulan. Itu pun baru beberapa kali berjumpa. Mak Piah memang cukup hairan. Ris.... Hmmm... ada apa lagi, mak? Kau kau tak kisahkah dia ada anak? Kenapa pulak? Iyalah, dia pernah ada isteri, ada anak pulak tu. Ditambah lagi dia berlainan agama. Susah nanti! Apa mak cakap ni? Ris dengan dia tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa? Takkan sebagai kawan saja? Mak! Air muka Farisa berubah. Jelas dia tidak suka Mak Piah menyerkap jarang begitu. Mak Piah diam, tidak lagi terus mendesak Farisa untuk mendapatkan cerita sebenar. Mereka berdua saling membisu. Sedang suasana ruang tamu sepi tanpa perbualan itulah, telefon tiba-tiba menjerit nyaring. Kamulah pergi angkat. Biar mak jaga budak ni, ujar Mak Piah. Farisa bangun dari duduknya di lantai dan menuju ke arah telefon. Helo? Suara Farisa kedengaran setelah gagang diangkat dan didekatkan ke telinga. Hello, may I speak to Farisa? Yes, speaking. Hei, Daniel ni. Apa khabar?

74

Imias Farhani

Oh, Daniel, khabar baik. Sambil bercakap, sempat pula Farisa melirik ke arah ibunya yang mungkin sedang memasang telinga. Samantha macam mana? Is she troubling you? Taklah. Dia tak banyak kerenah. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjaga Sam. Masuk kali ni dah dua puluh kali awak berterima kasih kepada saya. Iyakah? Baru dua puluh kali... tak cukup lagi. Sepatutnya mesti beribu kali. Farisa tergelak kecil walaupun dia sedar ada mata yang sedang memandangnya dengan pandangan kurang senang. Daniel terdiam sebentar. Dia menarik nafas seketika. Betulkah awak tak kisah mendapat majikan seperti saya? Kenapa pulak? Farisa bertanya. Majikan yang tak malu, menyusahkan awak menjaga anaknya? Suara Daniel di hujung sana sedikit mendesak. Hei, saya jaga Sam kerana saya suka dia, okey. Saya yang minta, bukan awak yang suruh. Okey, okey. Tapi mak awak pulak macam mana? Mak saya? Dia sihat. Cepat-cepat Farisa menjawab sedangkan dia tahu Daniel hendak bertanya tentang perasaan Mak Piah terhadap anaknya. Bukan, maksud saya Jangan risaulah. Siapa yang tak sayang pada bayi

75

Jauhari Hatiku

secomel Sam, pangkas Farisa tanpa sempat Daniel menyudahkan kata-kata. Dia maklum Daniel bimbangkan perasaan dan tanggapan Mak Piah terhadapnya. Sejak awal lagi Mak Piah memang kurang menyenangi pemuda berbangsa asing itu. Thanks a lot, Farisa. Dua puluh satu kali. Giliran Daniel pula tertawa kecil. Farisa tersenyum mendengarkan tawa majikannya. Baiklah, saya tak mahu ganggu awak dengan Sam lagi. Saya akan cari pembantu rumah baru secepat yang mungkin. Tak perlu tergesa-gesa sangat. Okay, please send my regards to your mum. Bye. Bye. Talian terputus apabila Daniel meletakkan gagang. Farisa turut meletakkan gagang ke tempatnya semula. Kemudian dia merapati Mak Piah yang sedang meriba Samantha. Hmmm... nampaknya mak pun tak tahan melihat comelnya Samantha! bisik Farisa di dalam hati. Bibirnya mengulum senyuman bermakna.

76

Imias Farhani

bab 10
ELL, I guess the conclusion wraps up our meeting today. Thank you for your excellent presentation just now, Miss Farisa. Any question before we end up our meeting? Suara Daniel kedengaran di segenap ruang dewan mesyuarat. Dia berdiam diri seketika, menunggu kalau-kalau ada yang ingin meluahkan pertanyaan. Okay, thats all for today. Thank you very much, putus Daniel apabila tidak ada yang bersuara setelah menanti beberapa ketika. Kata-katanya itu sekali gus menamatkan mesyuarat yang telah berlangsung selama hampir tiga jam. Lantas masing-masing bangkit dari duduk dan mengemaskan barang-barang mereka. Di suatu sudut, Farisa juga sedang mengemaskan peralatan yang dibawa untuk pembentangannya tadi. Dia cukup gembira apabila hasil kerjanya dapat dibentangkan dengan lancar. Apatah lagi semua ahli mesyuarat tadi kelihatan cukup berpuas hati walaupun itulah kali pertama

77

Jauhari Hatiku

dia melakukan pembentangan setelah tertangguh kerana masalah kesihatannya tidak lama dulu. Youve done it well, Farisa. Teguran dari suara parau itu mengganggu Farisa yang masih asyik mengemas. Farisa mengangkat muka lalu menghadiahkan senyuman untuk Daniel yang berada di hujung meja. Thank you, balas Farisa pendek dan kembali mengemaskan barang-barangnya. Dia pasti Daniel memuji bukan sekadar untuk menyedapkan hatinya. Awak tetap dapat melakukannya dengan baik walaupun sibuk menjaga Sam. Jangan terlalu memuji saya, Daniel. Projek tu baru siap satu per tiga. Masih banyak yang perlu saya lakukan. Lagipun Sam memang tak pernah menyusahkan saya. Farisa mengulas dengan jujur. Barang-barangnya yang dikemaskan tadi dikelek dengan cermat. Daniel menjinjit beg bimbitnya untuk keluar dari bilik mesyuarat bersama Farisa. Mereka berdua beriringan menuju ke lif. Betulkah Sam tak pernah menyusahkan awak? Sudah seminggu awak jaga dia. Mak awak tak marah? Daniel menyambung bicara apabila mereka berada di dalam lif. Betul. Menjaga Sam bukan satu masalah bagi saya dan mak. Sam tak banyak meragam, saya memang sukakan dia. Tapi saya tetap nak minta maaf. Saya masih tak dapat cari pembantu rumah yang baru. Mungkin awak terpaksa menjaganya sehari dua lagi. Baiklah, tak jadi masalah.

78

Imias Farhani

Saya rasa saya perlu bayar kepada awak. Errr... awak mintalah berapa yang awak nak. Daniel, berapa kali saya cakap. Saya ikhlas menjaga Sam. Okey, kalau awak tak puas hati, saya jaga Sam bukan sebab nak tolong awak tapi sebab saya memang sukakan Sam. Suara Farisa berubah tinggi dengan wajahnya yang serius. Entah mengapa mendadak sahaja dia naik angin. Mujur Daniel tidak perasan dengan perubahannya. Pintu lif terbuka luas. Mereka berdua segera keluar dari perut lif untuk memberi peluang kepada orang ramai yang sedang menunggu di luar untuk masuk. Ayunan kaki Farisa agak pantas dan tergesa-gesa sehingga memaksa Daniel berlari-lari anak untuk mengejarnya. What did you say? Saya kurang faham. Daniel melemparkan pertanyaan setelah dapat menyaingi Farisa. Pun begitu langkah Farisa masih cepat. Nothing, just forget about it, balas Farisa dengan senyum terpaksa. Perubahan yang agak mendadak pada Farisa mula jelas di mata Daniel. Kenapa dengan awak ni? Farisa hanya menggelengkan kepala. Mukanya berkerut seperti menahan sakit. Farisa, seru Daniel lantas menarik lengan pekerjanya itu. Pantas Farisa merenggut tangannya kembali. Langkah mereka berdua terhenti. Sorry, saya tak bermaksud nak buat begitu tadi, pinta Daniel setelah menyedari akan kesilapannya. Tindakan yang agak terburu-buru sehingga menimbulkan kemarahan Farisa.

79

Jauhari Hatiku

Maafkan saya, Daniel. Kita lupakan saja perbualan tadi. Yang pastinya, saya akan jaga Sam sehingga awak dapat mencari pembantu rumah yang baru, ujar Farisa, enggan untuk meneruskan perbualan. Dia menyambung semula langkahnya menuju ke arah tempat letak kereta. Daniel masih tidak berpuas hati. Dia mengekori Farisa sehingga mereka tiba di kereta Citroen biru milik Farisa. Awak nampak tak sihat. Awak tak apa-apakah? Daniel bertanya sambil Farisa membuka pintu keretanya. Kenapa kalau saya sakit? Awak nak hantar saya ke hospital lagi? Terima kasih sajalah. Saya boleh pergi sendiri. Agak kasar jawapan Farisa. Barangkali masih marah dengan kesilapan Daniel tadi. Melihatkan Daniel tidak berkata apa-apa, Farisa segera masuk ke dalam perut kereta. Daniel hanya tercegat melihatnya. Saya benar-benar minta maaf, Daniel. Saya tak berniat nak menyakitkan hati awak. Mungkin kerana saya pening kepala sebab itulah asyik nak marah-marah saja, ujar Farisa dari dalam kereta. Tidak lagi sekasar dan sekeras tadi. Daniel mengangguk perlahan dalam senyuman. Mungkin awak pening kerana mesyuarat tadi agak lama, tokok Daniel, cuba untuk memulihkan semula keadaan. Mungkin, sokong Farisa pendek seraya menghidupkan enjin kereta. Sebelum memulakan perjalanan, Farisa memandang Daniel lagi. Daniel, percayalah. Saya ikhlas menjaga Sam. Saya tahu awak tak mahu menyusahkan emak awak kerana keadaannya. Janganlah risau, saya memang menyayangi Sam.

80

Imias Farhani

I know. Farisa menghela senyuman pada bibir Daniel. nafas panjang melihatkan

Setelah itu Daniel berundur ke belakang untuk memberi ruang kepada Farisa mengalihkan keretanya. Beberapa ketika kemudian Citroen biru itu hilang daripada pandangan Daniel. Di dalam kereta, Farisa memandu dalam keresahan. Kepalanya yang berdenyut menyebabkan dia agak tertekan. Apatah lagi mengingatkan tindakannya terhadap Daniel tadi. Mungkin lelaki itu terkilan dengan sikapnya biarpun dia tidak terniat hendak berbuat begitu. Sejak akhir-akhir ini dia sering sahaja berasa pening. Perasaannya pula sering berubah, kerana itu dia kerap berasa tertekan. Kenderaan semakin banyak di jalan raya sedang tumpuan Farisa semakin terganggu. Pemanduannya tidak lancar sehingga dia dihon oleh kereta-kereta lain dari belakang. Kerana semakin tertekan dengan keadaan itu, Farisa memperlahankan keretanya lalu berhenti di bahu jalan. Disapunya air mata yang mengalir di pipi dengan telapak tangan. Kemudian stereng kereta dipukulnya pula sekuat hati. Ketegangan antara dirinya dengan Daniel tadi berlegar-legar di ingatan Farisa. Kata-kata Doktor Hasnah yang merawatnya tempoh hari juga terngiang-ngiang di telinga. Farisa menekup kedua-dua belah telinga sambil memejamkan matanya. Dia ingin mengusir semua kenangan itu jauh-jauh. Dia tidak mahu berasa tertekan dengan soal yang dianggapnya remeh-temeh. Tetapi pening yang mencengkam, seakan sengaja mengheret Farisa untuk terus berperang dengan perasaannya.

81

Jauhari Hatiku

Tiba-tiba cermin tingkap kereta diketuk dari luar. Farisa tersentak. Cepat-cepat dia menoleh ke sisi memerhati raut wajah seseorang dalam kesamaran rembang senja yang kian berlabuh. Setelah wajah itu dapat dicam olehnya, barulah Farisa menurunkan cermin tingkap kereta. Alif, kau buat apa kat sini? tanya Farisa sebelum sempat Alif membuka mulut. Sepatutnya aku yang tanya akak macam tu. Farisa menggelengkan kepala sambil memicit dahi. Peningnya tadi sudah beransur hilang. Akak tak apa-apa ke? Ya, akak tak apa-apa. Habis tu, kereta akak rosak? Taklah, tak ada apa-apa. Cuma akak mengantuk sikit tadi. Kau baru balik dari kerja ke? Tak, aku nak pergi rumah client... nak singgah sembahyang maghrib di masjid sana tu. Betul akak okey? Hmmm... betul. Jadi kau tak balik rumah lagi malam ni? Balik, tapi tak payah tunggu aku kalau nak makan malam. Aku balik lambat. Suka hati kaulah. Akak balik dulu. Kirim salam pada mak. Iyalah. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Pandu elok-elok. Farisa mengangguk malas. Cermin tingkap kereta dinaikkan semula. Alif berundur ke belakang dan seketika kemudian kereta Citroen itu menyusuri jalan raya.

82

No. ISBN:- 978-967-5067-36-5 Jumlah muka surat: 545 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18 Sinopsis:Nur Farisa Othman gadis yang hidup di pinggir kota. Berwajah cantik menawan, serta penuh dengan sopan santun membuatkan ramai lelaki ingin mendampinginya. Namun ditolak dengan alasan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.

Ketika Farisa bekerja di syarikat terkemuka negara, dia bertemu dengan Daniel McCormick (duda beranak satu), anak kepada Micheal McCormick iaitu pengerusi syarikat berkenaan. Hubungan staf dan bos yang terjalin di antara mereka membibitkan rasa cinta di hati Daniel. Namun perasaan itu dikekang demi bersikap profesional. Di dalam kekalutan membesarkan Samantha, Daniel menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada Farisa. Anak kecil yang comel itu telah menjadi penyambung kasih di antara mereka berdua. Bibit cinta terus mekar dalam diam. Kemunculan semula Angela yang menuntut hak penjagaan terhadap Samantha telah membuatkan hidup Daniel kucar-kacir sekali gus Pelbagai onak dan duri kehidupan harus ditempuhi oleh Daniel dan Farisa untuk terus berada di samping orang tersayang. Namun berjayakah Farisa bertarung nyawa dengan kesakitannya itu untuk bersama dengan jauhari hatinya? Andai jalan kita berbeza, namun mengapa tidak kita memandang ke arah yang sama? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan JAUHARI HATIKU di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196