Anda di halaman 1dari 1

Tugasan Harian 1 Mengekalkan tradisi kekeluargaan asas keluarga bahagia.

Marcapada ini, suatu fenomena baru yang amat meruncingkan dan membimbangkan ialah keruntuhan institusi kekeluargaan. Pelbagai masalah dan gejala sosial yang berkaitan dengan masalah rumah tangga sering dipaparkan di dalam media massa arus perdana. Misalnya, keskes remaja yang lari dari rumah, pemberontakan remaja terhadap ibu bapa, kes penderaan kanak kanak dan sebagainya. Kes-kes ini merupakan sesuatu norma masyarakat yang semakin meningkat. Mengikuti statistik terbaru dari sebuah Universiti, peratusan kes gejala sosial juga berkait dengan kekukuhan institusi keluarga. Lebih-lebih lagi, statistik tersebut juga membuktikan pencapaian sesebuah negara berkaitan dengan keadaan institusi keluarga dalam negara tersebut. Berikutan itu, kita mendapati bahawa kekuatan sebuah negara bergantung kepa kekuatan rumah da tangga masyarakatnya. Hal ini demikian kerana sesebuah keluarga akan melahirkan individu. Individu-individu tersebut pula merupakan masyarakat sesebuah negara. Individu yang lahir daripada rumah tangga tersebut bermoral dan bersikap baik, maka negara tersebut akan mempunyai masyarakat yang bermoral dan berbaik. Dengan mengetahui betapa dahsyatnya dan pentingnya kesan-kesan institusi kekeluargaan, kita haruslah berusaha mambina keluarga yang bahagia. Berikutan itu, engamalan dan pengekalan p tradisi kekeluargaan adalah amat penting untuk mengatasi masalah yang parah. Oleh itu, setiap ahli keluarga haruslah mengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan. Setiap ahli keluarga haruslah menghormati adat yang sentiasa dipraktikkan oleh ahli-ahli keluarga yang lain agar perselisihan dapat dielakkan untuk mewujudkan keluarga bahagia Misalnya, saya akan sentiasa . duduk bersama keluarga semasa makan malam. Penerimaan dan pengamalan tradisi serta kebiasaan keluarga sendiri amat penting untuk mengutuhkan semangat kekeluargaan. Contohnya, saya menerima tradisi keluarga saya untuk meraih setiap kelahiran bayi dengan mengumpulkan setiap ahli keluarga tidak kira di mana mereka berada. Apabila kita berkumpul, kita mampu bersama-sam berbual dan bersuka ria. Ini dapat membina keluarga yang utuh dan penuh dengan kasih sayang. Sementelahan itu, nilai kasih sayang terhadap keluarga juga harus diamalkan dan dipupuk diantara setiap ahli keluarga. Pengamalan tradisi kekeluargaan mampu melahirkan kasih dan sayang diantara setiap ahli keluarga sehingga keluarga bahagia diwujudkan. Contohnya, sebuah amalan yang sering kami praktikkan adalah meraihkan hari jadi seseorang ahli keluarga kerana kami menyayanginya. Pengamalan tradisi kekeluargaan juga bertujuan membina keluarga yang rapat. Ini amat selaras dengan nilai kasih sayang yang mengamalkan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan terhadap ahli keluarga. Contohnya, keluarga saya akan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain semasa berlakunya kesusahan tidak kira kewangan atau emosi. Ini mampu membina keluarga bahagia yang rapat dan penuh kasih sayang, Kesimpulannya, pengamalan dan pengekalan tradisi keluarga ma mpu membina keluarga yang bahagia. Sesebuah keluarga yang bahagia mampu melahirkan individu yang membina negara yang berjaya dan berwawasan, bak kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.