Anda di halaman 1dari 2
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERAS! SEKOLAH SCHOOL OPERATIONAL SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ARAS 4, BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4, BLOCK E2, COMPLEX E USAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: +603-8884 9302 FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Faks —: +603-8889 6680 62604 PUTRAJAYA Website = hitp:/www.moe.gowmy! MALAYSIA Ruj. Kami: KPM.100-1/3/2 Jid. 6 (@3) Tarikh Wy Mac 2023 Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, PEMAKLUMAN BERHUBUNG KEHADIRAN PEGAWAI PENGURUSAN TERTINGGI KE SEKOLAH PADA MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN MULAI SESI AKADEMIK TAHUN 2023/2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menarik _perhatian YBhg. Datuk/Dato'tuan/puan terhadap Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023 berhubung Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan Mulai Sesi Akademik Tahun 2023/2024 Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat pekeliling ikhtisas ini menjelaskan bahawa pihak sekolah dikehendaki untuk melaksanakan program/aktiviti pada minggu pertama persekolahan. Jumlah hari dan pengisian program/aktiviti sepanjang tempoh minggu pertama persekolahan adalah berdasarkan kesesuaian enrolmen, kemudahan, keperluan dan lokaliti sekolah Program/aktiviti tersebut bermula pada 19 Mac 2023 (Ahad) bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 20 Mac 2023 (Isnin) bagi sekolah di negeri Kumpulan B. 3. KPM meletakkan keutamaan terhadap pelaksanaan program/aktiviti ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’. Kerjasama dan sokongan semua peringkat pengurusan tertinggi kementerian, jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah akan turut menjadi faktor kejayaan program/aktiviti ini di sekolah 4. Sehubungan dengan itu, YBhg, Datuk/Dato/tuan/puan diminta hadir ke sekolah pada hari atau minggu pertama persekolahan sesi akademik tahun 2023/2024 2I- KPM.100-1/3/2 Jid. © (4) berdasarkan kesesuaian masa dan tugas rasmi YBhg. Datuk/Dato’/tuan/puan. Tujuan kehadiran ke sekolah adalah untuk menzahirkan semangat kebersamaan semua peringkat pengurusan KPM dalam program minggu pertama persekolahan. AKktiviti ini bukan bersifat pemantauan atau penilaian tetapi untuk menyantuni warga sekolah dalam program yang dilaksanakan di sekolah ‘Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ae (DR. NORISAH BINTI SUHAIL!) sk 4 YB Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia YB Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia 2

Anda mungkin juga menyukai