Anda di halaman 1dari 9

SKRIP PENGACARAAN

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK KULIM 2022/2023

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,
TARIQ
Yang Berhormat Dato Haji Maulizan Bin Bujang, Ahli Dewan Undangan
Negeri ADUN Tiram.

(GIMIK)

NIZA (NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH)

Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat

(PERSEMBAHAN KOIR)

KATA SALUTASI

Salam sejahtera kami ucapkan,


Para hadirin semua jemputan;
WANA Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirahmanirahim

Yang Berbahagia Dato Haji Maulizan bin Bujang,


Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram

Yang dihormati Encik Mahari bin Kapor,


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Yang Berusaha Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Puan Norhaliza bt Taha,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Encik Roslan bin Daud,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Encik Marzuki bin Md Johari,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai

1
Encik Saifuldin bin Hassan,
Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Guru-guru cemerlang,

Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah


Kebangsaan Kota Masai 2014

Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan


salam 1 Malaysia.

UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-
NILA Nya, membolehkan kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan Politeknik Ibrahim Sultan,
majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-
tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis penuh bersejarah pada
hari ini.

Untuk pengetahuan hadirin, Gimik Tarian Sewang diikuti persembahan lagu


koir secara medley sebentar tadi sebagai tanda menyambut kedatangan dan
mengalu-alukan kehadiran para jemputan ke Majlis Anugerah
Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai tahun 2014.

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
TARIQ Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al-
Fadhil Ustaz Mohd Faizan bin Mat Jusoh untuk memimpin bacaan doa
sebagai permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya.
Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Semoga doa pimpinan Ustaz tadi diberkati Allah hendaknya.


Majlis mengucapkan terima kasih.

2
UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dirahmati,


Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak
diukur dengan hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah
sejauhmana kejayaan itu mampu memberikan sumbangan kembali kepada
orang di sekelilingnya.
NIZA
Tinggi burung terbang di angkasa,
Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Kamaruddin bin


Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang


penuh bermakna sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin, para jemputan yang dikasihi,


Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa,
harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan
untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan
WANA rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,


Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan
Negeri ADUN Tiram untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai tahun
2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan


atas ucapan perasmian sebentar tadi.

3
PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET HATINYA TAK TAHAN

Sirih pinang sirih berlipat,


Diambil sehelai dibawa pergi,
Tampak joget indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.
NILA
Hadirin yang dihormati,
Kita sama-sama saksikan persembahan tarian ‘Joget Hatinya Tak Tahan’.
Dipersilakan.

(Tarian)

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian di bawah


pimpinan Puan Nur Hasanah bt Hamzah sebentar tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN GEMILANG 2014

TARIQ Hadirin yang dimuliakan,


Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato
Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram diiringi
Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kota Masai bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Anugerah Pencapaian Gemilang 2014 bagi :

NIZA Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013


WANA Anugerah Pencapaian Gemilang Individu Kokurikulum dan Sukan 2014

(nama penerima)

Hadirin yang dimuliakan,


WANA Muhammad Danial bin Romizan tidak dapat hadir kerana terpilih ke Sekolah
Sukan Bukit Jalil dan sedang menjalani Program Pembangunan Sukan
ketika ini.
…………………………….

TARIQ Anugerah Pencapaian Gemilang Berpasukan Kokurikulum dan Sukan 2014


Dinobatkan kepada Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan
Kota Masai.

TARIQ (nama penerima)

NILA Untuk makluman hadirin, Nurin Syaffina binti Ahmad Farizal dan Nur Aina
Adriana binti Rosli tidak dapat hadir kerana mewakili negeri Johor ke
pertandingan lalulintas peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan manakala
Nurul Najiha binti Hezry mewakili negeri Johor ke pertandingan bola baling
terbuka di Perlis.

NILA Hadirin yang dihormati,


Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Kota Masai ini
merupakan Johan Keseluruhan Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas
Peringkat Negeri Johor 2014.
…………………………..

4
WANA Bagi penerima Anugerah NILAM 2014 dengan bacaan buku melebihi 360
buah buku setahun, dipersilakan (nama pemenang).

NIZA Hadirin yang dihormati, penerima Anugerah NILAM 2014 yang mencatat
bacaan buku paling banyak untuk Tahap 1 dan Tahap 2 akan menerima
sebuah plak, sijil penghargaan dan sebuah basikal.

Dengan bacaan buku sebanyak 360 buah buku, dijemput adik Nur Afina bt
Mohd Nizar dari kelas 1 Bestari untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah
pembaca NILAM terbanyak Tahap 1. Dipersilakan

Seterusnya, pemenang anugerah NILAM tahap 2 dengan bacaan buku


sebanyak 460 buah buku, majlis mempersilakan adik Nur Eliani Elissa bt
Mohamad Zuki.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat


Dato Haji Maulizan bin Bujang menyampaikan anugerah sebentar tadi.

PERARAKAN KELUAR VIP

TARIQ Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji
Maulizan bin Bujang dan tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis.

BICARA BERIRAMA

NIZA Hadirin yang dimuliakan,


Alangkah molek majlis kecemerlangan andai berseri dek persembahan.
Untuk itu, majlis menjemput pasukan bicara berirama Sekolah Kebangsaan
Kota Masai untuk menyampaikan persembahan bicara berirama dengan
tajuk ‘Kayanya Bahasa Kita’. Dipersilakan.

(persembahan bicara berirama)

Untuk pengetahuan hadirin, pasukan bicara berirama yang dibimbing oleh


Puan Siti Hajar bt Kamaruddin ini telah dinobatkan sebagai naib johan dalam
pertandingan Bicara Berirama sempena sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan peringkat Negeri Johor. Tahniah diucapkan.

5
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK MATA PELAJARAN

Hadirin yang dihormati,

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
NILA Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran, majlis


menjemput dan mempersilakan Puan Norhaliza bt Taha, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan Norsiah
bt Sise untuk menyampaikan anugerah, Dipersilakan.

WANA (nama penerima)

NILA Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan penyampaian


anugerah sebentar tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS

TARIQ Hadirin yang dimuliakan,


Majlis seterusnya menjemput Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud,
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan diiringi Cik
NorHafidah binti Azman untuk menyampaikan Anugerah Pencapaian
Terbaik Kelas Pra Sekolah, Tahun 1 dan Lonjakan Saujana. Dipersilakan.

NIZA (nama penerima)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud,
TARIQ Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai
atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

…………………………………

Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas


NILA Tahun 2, dipersilakan Encik Saifuldin bin Hassan, Guru Penolong Kanan
Petang Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Ahmad Firdaus bin
Haramayni naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah.

WANA (nama penerima)

NILA Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

………………………………..

Bagi Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 3, majlis seterusnya


NIZA menjemput dan mempersilakan Encik Marzuki bin Md Johari, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Amizam
bin Mohamed untuk menyempurnakan penyampaian anugerah ini.

TARIQ (nama penerima)

NIZA Terima kasih diucapkan.


…………………………………

6
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis beranjak lagi dengan menjemput dan mempersilakan Encik Roslan bin
NILA Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota
Masai diiringi Puan Halemahton binti Md Hatar naik ke pentas bagi
menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 4.

WANA (nama penerima)

NILA Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Roslan bin Daud, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas
penyampaian anugerah sebentar tadi.

Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas


TARIQ Tahun 5, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota
Masai diiringi Encik Mahathir bin Abu Khalipah Husin untuk naik ke pentas
bagi menyampaikan anugerah.

NIZA (nama penerima)

TARIQ Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyempurnaan penyampaian
anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET KERETA LEMBU

WANA Hadirin yang dikasihi,

Tinggi-tinggi si burung tempua,


Tinggilah lagi harapan di hati,
Selamat menonton buat semua,
Hiburan dipersembahkan kita hayati.

Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan


persembahan tarian ‘Joget Kereta Lembu’ yang dipersembahkan oleh murid-
murid Tahun 5. Dipersilakan.

(persembahan tarian)

Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu menghiburkan


hati sebentar tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS

NILA Hadirin yang dihormati,


Meneruskan acara penyampaian anugerah, majlis mempersilakan dengan
penuh takzimnya, Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi oleh Encik Roslan bin Daud
untuk menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 6.
Dipersilakan.

7
NIZA (nama penerima)

NILA Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji
Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai
atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBILANG

TARIQ Penyampaian Anugerah Pencapaian Terbilang

(biodata tokoh)
NILA Anugerah Tokoh Kurikulum
WANA Anugerah Tokoh Hal Ehwal Murid
NIZA Anugerah Tokoh Kokurikulum
TARIQ Anugerah Tokoh NILAM
WANA Anugerah Tokoh Murid

Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbilang, majlis menjemput dan


NILA mempersilakan Yang Dihormati Encik Mahari bin kapor, Yang dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Abu
Hassan naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.

NIZA (nama penerima)

TARIQ Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas kesudian menyampaikan
anugerah pencapaian terbilang sebentar tadi.

NILA Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Pencapaian


Terbilang Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai
2014.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BERSURAI

Hadirin yang dimuliakan,


WANA
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini saya (sebut nama)

TARIQ Jumpa lagi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan


Kota Masai pada tahun hadapan.

Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.

Mohon hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

8
9

Anda mungkin juga menyukai