Anda di halaman 1dari 3

Program Celik Al Quran

Anjuran : PIBG SMK XXX Kuantan dan Pihak Penaja (Pejabat Menteri Besar / Jabatan Agama Islam Pahang / Yayasan Pahang / YB dan lain-lain) Muqaddimah Al Quran ialah Kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai panduan hidup seorang Muslim. Mafhum Firman Allah: Sesungguhnya Al Quran ini memberi petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik dan paling lurus. (Al Isra : 9) Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi Al Quran? Kalaulah Al Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. (An Nisa : 82) Hadith Rasulullah s.a.w.: Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak sekolah ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada kecemerlangan diri itu pula sangat bergantung pada penghayatan agama. Perkara asas bagi penghayatan agama ialah dengan membaca Al Quran. Setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari Al Quran untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Rasional Pelajar SMK XXX terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Mengikut dapatan data kajian yang dibuat oleh pihak sekolah, pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan Al Quran ialah sebanyak 42% (Rujuk Data Pelajar). Faktor-faktor yang menyumbang kepada senario yang membimbangkan ini berkait rapat dengan tahap ilmu pengetahuan, keprihatin ibu bapa terhadap pendidikan Islam anak-anak, taraf sosio ekonomi dan kesibukan ibu bapa. Pelajar yang terabai dan tercicir daripada kemahiran membaca Al Quran perlu diberi perhatian yang wajar kerana jika dibiarkan berterusan, akan lahirlah generasi yang kurang berminat untuk menghayati Al Quran dan Islam. Fenomena ini seterusnya akan menyumbang kepada kebejatan sosial di kalangan masyarakat dan menjejaskan imej negara. Justeru itulah program celik Al-Quran menjadi satu keperluan dan tuntutan yang patut dilaksanakan. Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu pelajar untuk membaca dan seterusnya membudayakan Al Quran dalam kehidupan. Tema Al Quran Panduan Hidup Objektif 1. Melahirkan pelajar yang mahir membaca Al Quran secara tartil. 2. Memupuk kesedaran pelajar ke arah memahami pengajaran daripada Al Quran dan seterusnya membudayakan Al Quran dalam kehidupan. 3. Menggembleng kerjasama erat pelbagai pihak ke arah membudayakan Al Quran dalam kehidupan. Sasaran Pelajar lelaki dan perempuan seramai 400 orang.

Sumber kewangan Pihak penaja (Pejabat Menteri Besar / Yayasan Pahang / Jabatan Agama Islam Pahang / YB), PIBG & yuran pelajar. Tempat SMK XXX Modus operandi 1. Penyediaan kertas kerja dan pembentangan kertas kerja kepada pihak Pihak Penaja (Jabatan Agama Islam Pahang / Yayasan Pahang / YB). 2. Pembentukan AJK bersama. 3. Pelantikan tenaga pengajar. 4. Taklimat kepada ibu bapa dan pelajar. 5. Pelaksanaan kelas Al Quran -Jadual Pelaksanaan : 5.1 Daftar kehadiran kelas 5.2 Rekod prestasi bacaan individu 5.3 Rekod bayaran yuran 5.4 Sijil penyertaan 6. Pelaksanaan aktiviti pengukuhan Kuiz, Pertandingan Hafazan & Tilawah (bersama program Ihya Ramadhan / Karnival Pendidikan Islam). 7. Pemantauan dan penilaian program. 8. Laporan program dan majlis penyampaian sijil. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tahunan Pendapatan 1. Kutipan yuran peserta RM5.00 X 10 X 400 orang = RM20,000.00 2. Sumbangan penaja = RM30,000.00 Perbelanjaan 1. Elaun tenaga pengajar RM60.00 X 16 X 40 minggu = RM38,400.00 2. Pengurusan teknikal kutipan yuran, majlis pengukuhan aktiviti, majlis khatam & sijil 3. Derma pelajar miskin Jumlah = RM50,000.00 Jumlah

= RM 6600.00 = RM 5000.00 = RM50,000.00

Maklumat yang perlu dipertimbangkan Bilangan pelajar : 400 pelajar Bilangan tenaga pengajar : 16 orang Ustaz & Ustazah Elaun : RM15.00 / jam; RM60.00 / minggu Yuran minimum pelajar : RM5.00 sebulan Kekerapan kelas : 2 kali seminggu; 2 X 2 jam = 4 jam seminggu Sumber tenaga Jabatan Agama Islam Pahang, Sekolah, organisasi setempat dan masyarakat sekitar. Penutup Usaha menyedarkan dan membimbing pelajar supaya celik Al Quran adalah amal yang sangat murni. Tugas ini menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menjayakannya. Semoga usaha kecil ini mendapat pertolongan, keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Data Pelajar Yang Tidak Menguasai Bacaan Al Quran 20XX Tingkatan Satu Ibnu Sina Ibnu Khaldun Ibnu Rushd Ibnu Abbas Ibnu Battutah Jumlah Tingkatan Dua Ibnu Sina Ibnu Khaldun Ibnu Rushd Ibnu Abbas Ibnu Battutah Jumlah Tingkatan Tiga Ibnu Sina Ibnu Khaldun Ibnu Rushd Ibnu Abbas Ibnu Battutah Jumlah Tingkatan Empat Ibnu Sina Ibnu Khaldun Ibnu Rushd Ibnu Abbas Jumlah Jumlah Keseluruhan Jumlah Pelajar Peratus Bilangan 15 14 16 22 23 90 Bilangan 5 7 21 16 21 70 Bilangan Tiada 25 20 23 19 60 Bilangan 5 20 19 16 60 307 727 42.2 %

Unjuran Pelajar Tidak Menguasai Bacaan Al Quran Tahun 20XX ialah seramai 400 orang.

Anda mungkin juga menyukai