Anda di halaman 1dari 3

Rabi'atul Adawiyah

Rabi’atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau
terkenal dengan sifat wara’ dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah. Ikutilah antara kisah-kisah teladan
tentang beliau?.

KISAH 1:
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang
pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi’atul Adawiyah. Namun
setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda
berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk.
Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut. Tiba-tiba
Rabi’atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, “Hei, jangan keluar sebelum
kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini.” Si pencuri tersebut terperanjat
kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan
kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi’tul
Adawiyah.

Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada
pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku. “Sila ambil sesuatu.”
kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut. “Tiada apa-apa yang boleh
aku ambil daripada rumah mu ini.” kata si pencuri berterus-terang. “Ambillah
itu!” kata Rabi’atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi. “Ini
hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga.” Jawab si pencuri. “Ambil
kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu’ menggunakan kendi
itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil
sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini.” Balas Rabi’tul
Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama
ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi’tul Adawiyah
itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu
berwudhu’ menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata
dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah
dirasa sebelum ini. Rabi’atul Adawiyah lantas berdoa, “Ya Allah, pencuri ini telah
menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda
berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu.”

KISAH 2 :
Project A Page 1
KISAH 2 :
Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah
Rabi’atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan
satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana
selama ini Rabi’atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah. “Wahai Rabi’atul
Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh
Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita.” Ketua rombongan
itu memulakan bicara. “Buktinya?” Balas Rabi’atul Adawiyah.

“Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum
lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi
atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki.” Jawab mereka pula dengan
yakin. “Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat
bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-
agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan?
Dan siapa pula yang berkata : “Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?” Dengan
tenang, Rabi’atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada
Firaun dan Namrud. Kemudian Rabi’atul Adawiyah menambah lagi, “Anggapan
dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah
semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki.”

KISAH 3 :
Suatu hari, Rabi’atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan
kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin
tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi’atul Adawiyah bertanya, “Wahai
hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?” “Kepalaku
sakit.” Jawab orang itu dengan ringkas.

“Sudah berapa lama?” Tanya Rabi’atul Adawiyah lagi. “Sudah sekian hari.”
Jawabnya dengan tenang. Lantas Rabi’atul Adawiyah bertanya lagi,”Berapa
usiamu sekarang?”

Orang itu menjawab,”Sudah 30 tahun” “Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun


itu?” Tanya beliau lagi. “Alhamdulillah, sihat-sihat saja.” Jawabnya. “Apakah kamu
memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?” Tanya
Rabi’atul Adawiyah.

“Tidak.” Jawab orang itu ragu-ragu. “Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah
menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang
tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika
sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat

Project A Page 2
sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat
gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan
mereka akan bersyukur dan memuji Allah.” Jelas Rabi’atul Adawiyah. “Akan
tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan
kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah
terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?”
Sambung Rabi’atul Adawiyah lagi. Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam
seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar
meninggalkan Rabi’atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

Project A Page 3

Anda mungkin juga menyukai