Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

ASNAHATTIAH BINTI KAMALUDIN


1. Nama Guru

2. Judul PANDUAN PENGURUSAN 3. Bidang:PROFESIONAL


MENANGANI BULI DI SEKOLAH
4. Tarikh Pembentangan 5/10/2022 5. Masa:2.00 PTG

6. Tempat Pembentangan
BILIK MESYUARAT
7. Sinopsis
Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah dihasilkan sebagai
satu garis panduan kepada pihak yang terlibat dalam mengendalikan isu
buli. Penerbitan buku ini diharapkan dpat membantu pihak sekolah
terutamanya guru-guru dalam mengendalikan gejala buli dalam kalangan
murid dengan lebih berkesan. Buku ini mengandungi empat bab yang
membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan buli.Bab pertama buku
ini memaparkan pengenalan secara terperinci berkaitan buli termasuklah
takrifan buli, implikasi, jenis dan faktor-faktor buli.Bab ini ditulis
dengan terperinci agar gejala buli yang berlaku dalam kalangan murid
difahami dengan jelas. Seterusnya , bab kedua buku ini menghuraikan
dengan terperinci pengurusan sekolah berkaitan buli termasuklah
menggariskan peranan pengurusan sekolah. Dalam bab ini juga dijelaskan
pemantapan pengurusan disiplin terutamanya pemilihan program mengatasi
buli. Permuafakatan pencegahan buli yang melibatkan peranan agensi-
agensi kerajan dan badan bukan kerajaan juga ditulis dalam bab ini. Bab
ketiga pula memaparkan dengan jelas berkaitan aktiviti-aktiviti
menangani buli. Cadangan aktiviti-aktiviti ini termasuklah aktiviti di
sekolah rendah dan menengah. Pelbagai aktiviti digariskan mengikut
orientasi program yang dipilih untuk menangani buli. Peringkat-peringkat
perancangan dan penilaian menangani buli juga termasuk dalam bab ini.
Bab keempat merupakan carta aliran dan instrumen penilaian aktiviti
menangani buli di sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku panduan ini telah memberi ilmu yang sangat meluas dan berguna dalam
isu menangani kes buli yang semakin berleluasa di dalam sekolah. Cara
menangani dan jenis-jenis buli juga diterangkan dengan jelas supaya
dapat difahami dengan mudah oleh pembaca. Terdapat banyak pengetahuan
dan pengajaran seperti memperincikan dan sentiasa menambahbaik sistem
disiplin dan pengurusan murid di sekolah. Buku ini juga dapat memberi
ingatan dan ilmu dimana kes buli bukan sahaj melibatkan pihak sekolah,
tetapi juga persekitaran dan pergaulan murid itu sendiri.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini amat sesuai diaplikasikan di sekolah lebih-lebih lagi di dalam


kelas PPKI. Ini kerana kes buli melibatkan murid PPKI sangatlah
membimbangkan kerana murid Pendidikan Khas mudah dibuli oleh murid
aliran perdana.Buku ini juga menunjukkan cara menangani kes buli dengan
lebih efektif dan berkesan tanpa meninggalkan kesan buruk pada mental
dan emosi murid terbabit. Ia amat berguna pada guru ,staf sokongan,orang
sekeliling mahupun ibu bapa murid.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ASNAHATTIAH BINTI KAMALUDIN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai