Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM 

MOTIVASI KEIBUBAPAAN
SK (FELDA) PASOH 2
28 SEPTEMBER 2022

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

SALAM PPD JEMPOL JELEBU, UNGGUL DI MERCU, BERSAMA-SAMA MAJU


SEMPURNA.
SALAM ABC 2.0, AMBIL PEDULI, BINA HUBUNGAN, CIPTA KEJAYAAN, UP NOGORI.

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Yang Dihormati,
Dr Norzamri bin Ishak
Penceramah Jemputan kita pada petang ini,

Yang Berusaha,
Encik Abdul Barri bin Razak, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (Felda) Pasoh 2

Yang Berusaha,
Encik Khairudin bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Mohd Hazlin bin Musa, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Saafinaz binti Abdul Malek, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan guru,Ibu bapa serta anak didik yang dikasihi sekalian.

Buah pauh si bunga rampai,


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat


Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama
berkumpul bagi melangsungkan Program Motivasi Keibubapaan Sekolah Kebangsaan
(Felda) Pasoh 2. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para jemputan bertamu ke majlis
kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini akan menjadi lebih
bermakna.

Orang Jawa berdagang ke kota,


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis
mempersilakan  Ustaz Hasni bin Abas bagi memimpin bacaan  doa.

*BACAAN DOA*

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hasni bin Abas atas bacaan doa
sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Untuk Makluman tuan puan, sekolah kita telah melaksanakan Program Mentor Mentee
bermula dari 19 September 2022 hingga tahun ini berakhir. Program ini bertujuan untuk
memperbaiki dan memantapkan kemahiran 3M murid iaitu MEMBACA, MUNULIS dan
MENGIRA. Justeru, izinkan saya untuk maklumkan kepada tuan puan, Mentor bagi setiap
mentee.

Dimulakan dengan Mentornya :


MENTOR MENTEE
EN. ABDUL BARRI BIN RAZAK  MUHAMMAD ADIEF EMIR ARRYAN
BIN DESA
 AQIL IRFAN BIN MOHD ADAM
EN KHAIRUDDIN BIN ABDULLAH  MUHAMMAD AMIR HABIB BIN
SAHRIZALAZMI
 MOHAMAD ADAM ADHA BIN
ABDULLAH
EN MOHD HAZLIN BIN MUSA  KHAIRUL IMAN MUHAIMIN BIN
ABDUL QAYYUM
 NUR FITRI ALISYA BINTI MOHD
RIZA
PN SAAFINAZ BT ABD MALEK  MUHAMMAD FARISH BIN
MUHAMAD AMIN
PN NUR SABRINA BINTI NOR HAMIZAN  MOHAMAD HAIREY RAFQI BIN
MOHAMAD FAIZAL
PN NORUL FAERDAUS BT ABD KARIM  PUTERI NURUL IMAN BINTI FAIRUL
KHAN ANUAR
EN MUHAMMAD NASIR BIN ABDUL RAOH  FATEH RIZQY BIN JAZMI
EN. MOHAMMAD NUR AMIN BIN MOHD  MUHAMMAD FIZ MUIZZ BIN FAIZAL
ZAMRI
PN NORMAH BT ISMAIL  RIZQ AQIL HARITH BIN HANIZAL
PN NORHAZIAH BT MOHD NOR  MUHAMMAD HARIZ WAFI BIN
MOHD FAIZI
PN NOR ASYUFIZA BT ABDULLAH TAHER  MUHAMMAD REYHAN ARRYAN BIN
DESA
EN HASNI BIN ABAS  MOHAMMAD ADAM DANISH BIN
ABDULLAH
PN SURIYANI BT IBRAHIM  MUHAMMAD RIFFAT BIN ZAMRI
PN SITI NUR’AIN BT ANUAR  MUHAMMAD RAYKAL BIN MOHD
YUSNIZAM
PN NORASHIKIN BT MAAMIN  MUHAMMAD AQIL FIRAS BIN
MUHAMMAD KHAIRULZAIM
PN JUNAIDAH BT ABDUL MANAP  NURUL SYIFA IMANI BINTI
MUHAMAD HAINUR
PN NUR LAILA BT ABDUL MALIK  MUHAMMAD AKIL SYAWAL BIN
ABDULLAH
EN. T. MUHD SHAZALI BIN. T.  MUHAMMAD QHAIRIEL IMAN BIN
SHARIPUDIN MUHAMAD HAINUR
PN ZAWIAH BT ABDULLAH  DAYYAN DARWISY BIN ABDUL
HADI
PN K. GUKANESWARI A/P KHANTAN  SRI DEWI BALQISH BINTI MOHD
ZAIDI

Terima Kasih kepada semua mentor dan mentee. Diharapkan, Inisiatif ini dapat membantu
anak-anak mentee untuk menguasai kemahiran 3M.

Hadirin hadirat sekalian,

Tirai ucapan pada petang ini dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berusaha Encik Abdul
Barri bin Razak, Guru Besar SK (Felda) Pasoh 2. Untuk itu, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Sekalung penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Abdul Barri bin Razak, atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin,

Kini, tibalah kita ke acara yang paling dinantikan semua iaitu ceramah keibubapaan yang
akan disampaikan oleh DR NORZAMRI BIN ISHAK selaku penceramah jemputan kita pada
petang ini. Sebelum itu, izinkan saya membacakan serba sedikit biodata diri beliau.
Nama diberi, Norzamri bin Ishak. Beliau dilahirkan pada I Julai 1966 dan kini
berumur 56 tahun.
Mempunyai pelbagai pengalaman dalam alam pekerjaan terutamanya dalam bidang
Pendidikan. Bermula dari seorang guru, dan kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah
Kanan di Kolej Universiti Islam Melaka. Aktif sebagai penceramah bebas berbekalkan Ilmu
dan Pengalaman selama lebih 20 tahun. Sifatnya Sangat Optimis dan bersungguh-sungguh
dalam melakukan sesuatu bekerjaan dan membolehkan beliau berada di tahap sekarang.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr Norzamri bin Ishak bagi
memulakan slot motivasi.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr Norzamri bin Ishak atas
kesudian mengendalikan slot motivasi sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi.

Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke
penghujungnya. Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Encik Norzamri bin Ishak
atas kesudian memenuhi jemputan motivasi pada petang ini.

Oleh itu, dijemput, Encik Abdul Barri bin Razak Guru Besar Sk (Felda) Pasoh 2, diiringi oleh
Encik Muhammad Hazlin Bin Musa, Guru Penolong Kanan HEM. Untuk menyampaikan
sedikit cenderamata kepada penceramah.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersamaq
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi

Akhir kata, Terima Kasih atas Kerjasama semua pihak yang terlibat, serta para tetamu
atas kesudian hadir ke majlis yang bermakna ini. saya memohon maaf jika terdapat
sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari
Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.
 
Tirai majlis saya tutup dengan Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai