Anda di halaman 1dari 3
. . AP Mae Bi cache JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) SELANGOR ISLAMIC RELIGION DEPARTMENT Tolefon: wepassaes Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan idis Shah, Laman one No.2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. = eee Seep #KitaGelangor Ruj. Kami: JAIS.BPM.100-1/5/1 (02) Tarikh : 21 Sya'ban 1444H S.F. Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam 14 Mac 2023M Semua Pengurus Masjid Pengurusan Negeri Selangor Semua Nazir Masjid Institusi Negeri Selangor Semua Nazir Masjid Kariah Negeri Selangor Semua Pengerusi Surau Negeri Selangor Semua Pentadbir Musolla Negeri Selangor Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Tuan / Puan, KETETAPAN KHAS PERLAKSANAAN SOLAT FARDHU LIMA (5) WAKTU, SOLAT FARDHU JUMAAT, PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SERTA PENGIMARAHAN MASJID, SURAU DAN MUSOLLA NEGERI SELANGOR Dengan segala hormatnya izinkan saya menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Tuan / Puan mengenai perkara yang tersebut di atas. 2. Umum mengetahui, penularan wabak Covid-19 dalam negara telah dapat dikawal dengan amat baik. Kerajaan Malaysia pada 1 April 2022 juga telah mengumumkan bahawa negara ketika ini berada di Fasa Peralihan Endemik Covid- 19. Kes jangkitan dan kematian akibat covid-19 dalam negara juga semakin rendah tidak melebihi tiga (3) digit. Berdasarkan situasi tersebut, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah membenarkan pelaksanaan Solat Fardhu Lima (5) Waktu, Solat Fardhu Jumaat dan semua aktiviti pengimarahan masjid, surau dan musolla dilaksanakan semula di Negeri Selangor dengan kapasiti penuh serta mematuhi beberapa syarat-syarat lain yang ditetapkan. 3. Walau bagaimanapun, bagi Program thya’ Ramadhan 1444H semua Pentadbir Masjid, Surau dan Musolta adalah diingatkan untuk mematuhi beberapa perkara beriki 3.1 Pelaksanaan Solat Tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah-surah / ayat-ayat pendek; 3.2 Semua Pentadbir Masjid, Surau dan Musolla hendakiah memastikan hanya menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau imam lantikan masjid, surau atau musolla; Ruj. Kami: JAIS.BPM.100-1/5/1 (02) 3.3. Jemputan imam luar negara adalah sama sekali tidak dibenarkan melainkan setelah mendapat kebenaran dari pihak JAIS; dan 3.4 Pelaksanaan tazkirah hendaklah dilaksanakan selepas selesai Solat Sunat Tarawih oleh penceramah bertauliah. Tempoh tazkirah adalah tidak melebihi 20 minit. 4. Sebagai meneruskan langkah-langkah kawalan yang masih boleh diberi penekanan, maka semua Pentadbir Masjid, Surau dan Musolla serta para jemaah adalah terus dianjurkan untuk:- 4.1. Memakai penutup mulut dan hidung (face mask); dan 4.2 Tidak hadir ke masjid, surau atau musolla jika mendapati keadaan kesihatan berada dalam keadaan yang tidak sihat atau mempunyai gejala kurang sihat. 5. __ Ketetapan baru ini akan berkuatkuasa serta merta. Ketetapan terdahulu yang dikeluarkan oleh jabatan ini Bil. (17) dim. JAI.SEL.BPM/01/006/2. JLD.6 bertarikh 28 Mac 2022 dan Bil. (20) dim JAI.SEL.BPM/01/006/2.JLD 6 bertarikh 30 April 2022 adalah dimansuhkan. Semoga masjid, surau dan musolla di Negeri Selangor akan terus imarah dan menjadi nadi penyatuan ummah seperti yang sangat diharapkan oleh pihak MAIS dan JAIS. Segala perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian, wassalam. “SELANGOR MAJU BERSAMA” “BERKHIQMAT UNTUK NEGARA” Saya yang Midnjalankan amanah, (DATO’ HJ. MOF Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor IHAN BIN AHMAD) D.P.M.S., P.P.T. Ruj. Kami: JAIS.BPM.100-1/5/1 (02) Salinan Kepada: 4. 10. 1 12, 13. 14, 15. 16. 47. Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Y.A.D. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal Negeri Selangor Y.D.H. Ketua Polis Negeri Selangor Yang Berusaha Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor Pengarah, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Selangor Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Semua Y.D.H. Orang Besar Daerah |. Timbalan Pengarah (Operasi), JAIS Timbalan Pengarah (Pengurusan), JAIS Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAIS Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, JAIS Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga, JAIS Semua Pegawai Tadbir Agama Islam Pejabat Agama Islam Daerah

Anda mungkin juga menyukai