Anda di halaman 1dari 2

Khadijah Vong Binti Bustamam,

SK Petra Jaya,
Jalan Matang,
93050 Kuching
___________________________________________________________________________

Guru Tingkatan 3 Cemerlang,


Sek Men Matang Jaya,
Jalan Matang,
93050 Kuching 9 Januari 2020

Tuan/ Puan,

PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Khadijah Vong Bt Bustamam, ibu kepada murid bernama Mohamad


Aizamuddin Bin Abdul Kadir dari Tingkatan 3 Cemerlang ingin memaklumkan kepada pihak
tuan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 10 Januari 2020 (Jumaat), 13
Januari 2020 (Isnin) dan 14 Januari 2020 (Selasa).

3. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut adalah kerana menghadiri
majlis konvokesyen abangnya di Kuala Lumpur bersama keluarga.

4. Pertimbangan dan kerjasama daripada pihak/puan tuan amat saya hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

(KHADIJAH VONG BT BUSTAMAM)


Khadijah Vong Binti Bustamam,
SK Petra Jaya,
Jalan Matang,
93050 Kuching
___________________________________________________________________________

Guru Kelas 3 Bakawali,


SK Petra Jaya,
Jalan Matang,
93050 Kuching 20 Januari 2020

Tuan/Puan,

PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Khadijah Vong Bt Bustamam, ibu kepada murid bernama Ani Nadhirah
Binti Abdul Kadir dari Kelas 3 Bakawali ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa
anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 20 Januari 2020 (Isnin).

3. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut adalah kerana mengalami
demam sejak semalam dan terpaksa berehat di rumah.

4. Pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat saya hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

(KHADIJAH VONG BT BUSTAMAM)

Anda mungkin juga menyukai