Anda di halaman 1dari 6

KUIZ NASIONAL BAHASA TAMIL 2023

CARA AKSES KUIZ NASIONAL BAHASA TAMIL 2023


28 Januari 2023 (Sabtu)
Dalam Talian
Masa – Rujuk pada jadual di Langkah pertama

Langkah Pertama:
Sila layari laman web https://umapublications.com/quiz/tnq pada 28 Januari 2023
(Sabtu) mengikut masa yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Tahun Masa Bermula Masa Terakhir Untuk Akses Kuiz


4 9:30 pagi (am) 9.40 pagi (am)
5 11:00 pagi (am) 11:10 pagi (am)
6 2:00 petang (pm) 2:10 petang (pm)

Peserta perlu bersedia 10 minit sebelum kuiz bermula.


Peserta perlu klik pada “LINK 1” atau “LINK 2” mengikut huruf pertama nama perserta.

UMA PUBLICATIONS 1
KUIZ NASIONAL BAHASA TAMIL 2023

Jika peserta akses link kuiz sebelum masa kuiz, sistem tidak akan membenarkan
peserta untuk akses dan ia akan mengatakan sistem tidak aktif.

Jika peserta menerima mesej seperti di atas, maka kuiz belum diaktifkan ataupon kuiz
telah tamat.

Langkah Kedua:
Sila isikan dengan nombor kad pengenalan yang digunakan semasa pendaftaran. Sila
isikan tanpa sengkang (-). Contoh: 250308106541.

UMA PUBLICATIONS 2
KUIZ NASIONAL BAHASA TAMIL 2023

Langkah Ketiga:
Sila isikan maklumat yang diminta. Sila pastikan untuk mengisi nama dengan betul.
Nama yang disikan akan digunakan dalam e-sijil penyertaan. Klik “Start” untuk mulakan
kuiz.

Langkah Keempat:
Sila baca peraturan yang ditunjukkan dalam skrin dan klik butang “Continue”.

UMA PUBLICATIONS 3
KUIZ NASIONAL BAHASA TAMIL 2023

Langkah Kelima:
Soalan pertama daripada 50 soalan akan ditunjukkan. Dalam kuiz ini peserta tidak
dibenarkan untuk patah balik dan menukar jawapan. Selepas menjawab soalan, sila klik
pada butang “Next” untuk melihat soalan seterusnya.

Langkah Keenam:
Bila peserta sampai ke soalan terakhir, soalan nombor 50 dalam kuiz ini. Sistem akan
menunjukkan butang untuk mengakhiri kuiz ini. Peserta boleh klik pada butang “Finish
Now” untuk mengakhiri kuiz.

UMA PUBLICATIONS 4
KUIZ NASIONAL BAHASA TAMIL 2023

Langkah Ketujuh:
Sila tekan butang “Confirm Finish Now” untuk mengakhiri kuiz.

Langkah Kelapan:
Selepas tamat kuiz pautan untuk memuat turun e-sijil akan ditunjukkan. Sila klik pada
butang tersebut memuat turun e-sijil penyertaan. Sila ambil perhatian, pihak penganjur
tidak akan bertanggungjawab jika peserta gagal untuk memuat turun sijil.

UMA PUBLICATIONS 5
KUIZ NASIONAL BAHASA TAMIL 2023

Bantuan Teknikal
Laju: Mesej sahaja melalui Telegram Messenger / WhatsApp (+6011-16702534)
Biasa: Telefon (Sila rujuk pada laman rasmi kuiz)

Perkara-Perkara Penting
• Baca dan fahami Peraturan dan Garis Panduan dengan teliti:
o https://umapublications.com/quiz/terms/

• Jika Peserta Kuiz tutup atau keluar daripada laman web kuiz, Peserta Kuiz tidak
akan dapat log in semula atau menyambung Pertandingan ini.

• Peserta hanya mendapat satu peluang untuk menjawab sesuatu soalan. Peserta
tidak dapat balik kepada soalan yang selesai dijawab. Setelah menjawab sesuatu
soalan dan klik ‘Next’, Peserta tidak dapat ulang soalan tersebut. Peserta tidak
boleh skip soalan. Pertandingan akan tamat secara automatik selepas 1 jam.

• Bantuan Teknikal hanya disediakan bagi Peserta yang mengalami masalah login
menggunakan Nombor Mykid / Mykad yang didaftar. Isu-isu lain seperti masalah
sambungan internet, masalah peranti dan sebagainya tidak layak untuk Bantuan
Teknikal. Peserta digalakkan untuk memastikan sambungan internet dan peranti
mereka dalam keadaan yang baik sebelum kuiz bermula.

• Peserta Kuiz boleh login pertandingan tepat pada waktu yang ditetapkan sahaja.
Pautan akan kekal aktif selama 10 minit. Peserta Kuiz yang gagal untuk masuk
ke dalam pautan dalam tempoh masa 10 minit ini tidak akan dibenarkan untuk
mengambil bahagian dalam pertandingan.

• Pertandingan akan berlangsung selama 1 jam bagi setiap peringkat. Peserta Kuiz
digalakkan menghatar lebih awal daripada masa yang ditetapkan jika sudah
menjawab dengan lengkap. Pemenang akan diambil kira dengan jumlah soalan
yang dijawab betul dan juga tempoh masa yang diambil.

• Para Peserta Kuiz yang layak untuk Peringkat Juara yang akan berlangsung pada
11.2.2023 akan dihubungi oleh Pihak Penganjur sebelum 6 Februari 2023.
Senarai pemenang akan diumumkan pada 18 Februari 2023 sebelum pukul 5
petang.

UMA PUBLICATIONS 6

Anda mungkin juga menyukai