Anda di halaman 1dari 33

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Hifz al-Quran

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Tingkatan 2
2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Hifz al-Quran
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran

Tingkatan 2
Bahagian Pembangunan Kurikulum
JANUARI 2018
Terbitan 2018

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa
juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel
E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

4
KANDUNGAN

Rukun Negara................................................................................................................................................................. v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan................................................................................................................................... vi

Definisi Kurikulum Kebangsaan ...................................................................................................................................... vii

Kata Pengantar................................................................................................................................................................ ix

Pendahuluan.................................................................................................................................................................... 1

Matlamat ......................................................................................................................................................................... 2

Objektif ............................................................................................................................................................................ 2

Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah.......................... ............................................................................. 2

Fokus .............................................................................................................................................................................. 4

Kemahiran Abad Ke-21 .................................................................................................................................................. 5

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi........................................................................................................................................ 6

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran .......................................................................................................................... 7

Elemen Merentas Kurikulum ........................................................................................................................................... 10

Pentaksiran Sekolah ....................................................................................................................................................... 13

Organisasi Kandungan ................................................................................................................................................... 15

Hifz al-Quran........................................................................................................................................................... 16
Fiqh al-Ayat............................................................................................................................................................. 17

Panel Penggubal ............................................................................................................................................................ 18

Penghargaan .................................................................................................................................................................. 19

6
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber:Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997


[PU(A)531/97.]

vii
viii
KATA PENGANTAR

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad

dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan

menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan

yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, pengajaran dan
kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT
setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran
berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek,
dijelmakan dalam KSSM menerusi penggubalan Dokumen supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata dalam abad ke-21.
pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
Pembelajaran dan Standard Prestasi.
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak
Usaha memasukkan standard pentaksiran di dalam dokumen yang terlibat dalam penggubalan KSSM. Semoga pelaksanaan
kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum KSSM akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan
Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara
berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam
sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat SHAZALI BIN AHMAD
tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid. Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang
Kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran

ix
KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2

PENDAHULUAN Murid juga dibimbing agar boleh menghubungkait antara ilmu aqli
dan ilmu naqli untuk memberi sumbangan kepada tamadun
KSSM Hifz al-Quran digubal bagi memenuhi keperluan membina
umat. Bagi mencapai hasrat ini proses pengajaran dan
dan membentuk peribadi muslim yang menghafaz al-Quran
pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin.
disamping memahami, mengamalkan dan menghayati Islam
secara menyeluruh.
Murid perlu ditaksir secara lebih autentik dan holistik dengan
menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran. Pentaksiran
KSSM Hifz al-Quran memberi penekanan kepada aspek ilmu,
formatif dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan
amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Melalui mata
pembelajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian
pelajaran ini murid dibimbing untuk menghafaz dan memahami
murid dalam pembelajaran. Pentaksiran sumatif dilaksanakan
kandungan al-Quran secara berperingkat. Murid bukan sekadar
untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid.
dibimbing untuk menghafaz al-Quran, malah mereka dididik
untuk mengamal dan menghayati ilmu yang dipelajari. Melalui
Adalah diharapkan melalui KSSM Hifz al-Quran ini dapat
mata pelajaran ini juga murid dibimbing untuk mampu
melahirkan murid yang memahami, mengamal dan menghayati
membangunkan diri serta masyarakat berasaskan al-Quran dan
Islam secara menyeluruh..
al-Sunnah.

KSSM Hifz al-Quran juga digubal bagi melahirkan murid yang


mampu mengintegrasikan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah
dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah
SWT.

1
MATLAMAT KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
MENENGAH
Matlamat KSSM Hifz al-Quran ialah untuk membina dan
KSSM dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi;
membentuk hamba dan khalifah Allah SWT yang menghafaz al-
Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri;
Quran, berilmu, beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan
Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi.
berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta
Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang
dapat menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan
dan kesejahteraan negara serta alam demi mencapai
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan
kebahagiaan dunia dan akhirat.
membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni
berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan,
OBJEKTIF
berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang
KSSM Hifz al-Quran bertujuan membolehkan murid mencapai
digambarkan dalam Rajah 1. Kurikulum Hifz al-Quran digubal
objektif berikut:
berdasarkan enam tunjang Kerangka KSSM.

1. Menghafaz 30 juzuk al-Quran dengan dengan meraikan hukum


tajwid dan adab penghafaz al-Quran.
2. Mengetahui maksud 30 juzuk al-Quran dalam bahasa Melayu.

2
KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2

Rajah 1: Kerangka KSSM

3
FOKUS

KSSM Hifz al-Quran berfokuskan aspek ilmu, amali, amalan, 4. Penghayatan


penghayatan dan pembudayaan. Berikut adalah maksud kepada Penghayatan bermaksud menghayati kesan dan pengajaran
setiap satu aspek tersebut mengikut konteks KSSM Hifz al- dari amalan-amalan yang dilaksanakan. Ayat al-Quran yang
Quran. dihafaz dan diamalkan bacaannya dalam kehidupan
sepatutnya dihayati pengajarannya dengan melaksanakan
1. Ilmu segala tuntutan dan meninggalkan segala larangannya .
Ilmu bermaksud isi kandungan atau fakta ilmu yang
ditentukan di dalam Standard Kandungan dan Standard 5. Pembudayaan

Pembelajaran. Dalam konteks KSSM Hifz al-Quran adalah Pembudayaan bermaksud menjadikan amalan-amalan baik

keseluruhan al-Quran yang perlu dihafaz oleh murid. yang diamalkan secara individu sebagai amalan yang
dilaksanakan secara berjamaah atau beramai-ramai. Amalan
2. Amali tilawah al-Quran dan mengamalkan seluruh tuntutan dan
Amali bermaksud melaksanakan secara praktikal teori-teori meninggalkan larangannya sepatutnya menjadi budaya di
yang dipelajari. Bagi KSSM Hifz al-Quran murid dikehendaki dalam sekolah dan diamalkan oleh semua warga sekolah.
menghafaz seluruh al-Quran dan mentasmik ayat al-Quran
yang dihafaz di hadapan guru.

3. Amalan
Amalan bermaksud mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam
kehidupan harian. Al-Quran yang dihafaz sepatutnya bukan
sekadar dihafaz tetapi hendaklah diamalkan dalam
kehidupan harian sama ada dalam solat atau pun tilawah
harian

4
KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2

KEMAHIRAN ABAD KE-21


PROFIL MURID PENERANGAN

Satu daripada hasrat KSSM adalah untuk melahirkan murid yang sebagai murid. Mereka menjana soalan
dan bersifat terbuka kepada perspektif,
mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus nilai dan tradisi individu dan masyarakat
kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif
dalam menangani bidang pembelajaran
yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 yang baharu
bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri Mereka boleh bekerjasama secara
Kerja Sepasukan
yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 1 berkesan dan harmoni dengan orang
lain. Mereka mengalas tanggungjawab
supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK bersama serta menghormati dan
dan SP dalam kurikulum Hifz al-Quran menyumbang kepada menghargai sumbangan yang diberikan
oleh setiap ahli pasukan. Mereka
pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid. memperoleh kemahiran interpersonal
melalui aktiviti kolaboratif, dan ini
Jadual 1: Profil Murid menjadikan mereka pemimpin dan ahli
pasukan yang lebih baik.
PROFIL MURID PENERANGAN
Bersifat Ingin Tahu Mereka membangunkan rasa ingin tahu
Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan semula jadi untuk meneroka strategi dan
mengatasi kesukaran, mengatasi idea baru. Mereka mempelajari
cabaran dengan kebijaksanaan, kemahiran yang diperlukan untuk
keyakinan, toleransi dan empati. menjalankan inkuiri dan penyelidikan,
serta menunjukkan sifat berdikari dalam
Mahir Mereka menyuarakan dan meluahkan
pembelajaran. Mereka menikmati
Berkomunikasi fikiran, idea dan maklumat dengan yakin
pengalaman pembelajaran sepanjang
dan kreatif secara lisan dan bertulis,
hayat secara berterusan.
menggunakan pelbagai media dan
teknologi. Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur,
kesamarataan, adil dan menghormati
Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif
maruah individu, kumpulan dan
dan inovatif; mampu untuk menangani
komuniti. Mereka bertanggungjawab
masalah yang kompleks dan membuat
atas tindakan, akibat tindakan serta
keputusan yang beretika. Mereka berfikir
keputusan mereka.
tentang pembelajaran dan diri mereka

5
Jadual 2: Tahap Pemikiran dalam KBAT
PROFIL MURID PENERANGAN

Mereka mendapatkan pengetahuan dan TAHAP PEMIKIRAN PENERANGAN


Bermaklumat
membentuk pemahaman yang luas dan Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan,
seimbang merentasi pelbagai disiplin kemahiran, dan nilai dalam situasi
pengetahuan. Mereka meneroka berlainan untuk melaksanakan
pengetahuan dengan cekap dan sesuatu perkara
berkesan dalam konteks isu tempatan Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada
dan global. Mereka memahami isu-isu bahagian kecil untuk memahami
etika / undang-undang berkaitan dengan lebih mendalam serta
maklumat yang diperoleh. hubung kait antara bahagian
berkenaan
Penyayang/Prihatin Mereka menunjukkan empati, belas
kasihan dan rasa hormat terhadap Menilai Membuat pertimbangan dan
keperluan dan perasaan orang lain. keputusan menggunakan
Mereka komited untuk berkhidmat pengetahuan, pengalaman,
kepada masyarakat dan memastikan kemahiran, dan nilai serta memberi
kelestarian alam sekitar. justifikasi

Patriotik Mencipta Menghasilkan idea atau produk


Mereka mempamerkan kasih sayang,
sokongan dan rasa hormat terhadap atau kaedah yang kreatif dan
negara. inovatif

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan
dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi merangsang
berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.
pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid.
Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap
pemikiran seperti Jadual 2.

6
KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2

Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai merancang, mengolah dan melaksanakan pendekatan, kaedah
sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat serta teknik secara bersepadu dan sitematik. PdP yang
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif
bukti yang munasabah. dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik.
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk Pembelajaran secara hands-on dan berpusatkan murid amat
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai ditekan dalam proses tersebut. Antara strategi yang dicadangkan
dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir adalah seperti berikut:
tidak mengikut kelaziman.
Pembelajaran Berpusatkan Murid
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat
Strategi PdP dalam mata Hifz al-Quran haruslah berpusatkan
pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan
kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri.
berfokus untuk menyelesaikan masalah.
Pembelajaran Berasaskan Projek
KBAT boleh diaplikasi dalam bilik darjah melalui aktiviti
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk
masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-
berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan
aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir. dapatannya. Hal ini juga dapat membantu guru menilai
perkembangan atau kualiti pembelajaran murid.

Murid lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
produk.
KSSM Hifz al-Quran menekan penggunaan pelbagai strategi
PdP digunakan untuk menyampaikan ilmu kepada murid.
Keberkesanan PdP bergantung kepada kreativiti guru

7
Pembelajaran Kontekstual pembelajaran dalam situasi yang sebenar, mengembangkan
kemahiran sosial dan kerja berpasukan.
Pembelajaran kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang
mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, Pembelajaran Konstruktivisme
masyarakat dan persekitaran. Kaedah ini menyediakan
Konstruktivisme ialah suatu kaedah pembelajaran yang
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on
menggalakkan murid membina sendiri pengetahuan atau konsep
dan minds on. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia
menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan
ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan ilmu
menghayati kerevelenan pembelajaran dalam kehidupan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
mereka.
untuk membina pengetahuan baharu. Pembelajaran ini
Pembelajaran Masteri menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar dan
Pembelajaran ini memastikan semua murid menguasai hasil mengamalkan sepanjang hayat.
pembelajaran dalam sesuatu unit sebelum berpindah ke unit Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan kepada
Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan
beberapa unit kecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti
pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid berperanan
menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit
merancang dan menjalankan aktiviti pembelajaran. Mereka
pembelajaran yang lain.
melibatkan diri secara aktif untuk mencari dan mengumpul
Pembelajaran Luar Bilik Darjah maklumat melalui pelbagai aktiviti seperti memerhati,
mendengar, menyoal, berbincang, membuat rujukan dan kaji
Aktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara
siasat. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan atau
terancang dan berstruktur serta berpusatkan murid. Kaedah ini
digabungkan dalam pelbagai teknik pembelajaran seperti kerja
dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang
projek, simulasi, lawatan, main peranan dan kuiz.
dipelajari semasa di dalam bilik darjah, memberi pengalaman

8
KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2

Talaqqi dan Musyafahah dan memotivasikan murid bagi meneroka bidang ilmu yang
baharu, menjana idea untuk menghasilkan tugasan dengan lebih
Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru
kreatif, menilai kualiti hasil kerja dan mengerah pemikiran
berhadapan dengan murid atau bersemuka. Guru akan
bercapah seterusnya menyerlahkan personaliti individu yang
memperdengarkan bacaan ayat al-Quran sebagai bacaan
kreatif. Kreativiti ini juga akan dapat menjana idea murid dalam
contoh dan meminta murid mendengarnya dan memerhati
mengaitkan ilmu Islam dengan ilmu sains, teknologi dan
pergerakan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh
kemanusiaan.
guru beberapa kali, guru meminta murid membacanya dan guru
mendengar dengan teliti dan membetulkan bacaan murid sama Guru mata pelajaran mempunyai akauntibiliti untuk memastikan

ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. kemahiran berfikir aras tinggi berlaku dalam setiap sesi PdP Hifz
al-Quran supaya Islam dapat direalisasikan sebagai satu cara
Bagi memastikan sesuatu PdP berjaya dan mencapai objektif,
hidup.
guru perlu memahami dan menguasai SK, SP dan Standard
Prestasi (SPi) dengan jelas dan tepat. Kemahiran guru ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik dalam proses
EMK ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdP
PdP Hifz al-Quran akan membantu murid mencapai standard
selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan. Guru
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
juga perlu merancang dan melaksanakan pentaksiran bagi
keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
mengesan SPi dapat dicapai oleh murid mengikut kebolehan
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-
masing-masing.
elemen di dalam EMK adalah seperti berikut:
Daya kreativiti dan inovatif murid perlu dibangunkan ke tahap
1. Bahasa
optimum supaya murid mampu menyumbang ke arah
 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu
pembangunan agama, masyarakat, bangsa dan negara. Guru
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
yang kreatif dan inovatif dalam proses PdP akan merangsang

9
 Semasa PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, 4. Sains dan Teknologi
struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu
 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat
diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea
meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam
dan berkomunikasi secara berkesan.
kalangan murid.
2. Kelestarian Alam Sekitar  Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat
membantu serta menyumbang kepada pembelajaran
 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar
yang lebih cekap dan berkesan.
dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata
pelajaran.  Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP
merangkumi empat perkara iaitu:
 Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam
o Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip,
sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai
konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi);
alam.
o Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan
kemahiran manipulatif tertentu);
3. Nilai Murni
o Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran,
 Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata
keselamatan); dan
pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan
o Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.
mengamalkannya.
5. Patriotisme
 Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan
dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam  Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata
kehidupan harian. pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang
mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga
sebagai rakyat Malaysia.

10
KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2

6. Kreativiti dan Inovasi 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi


 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi
 Penerapan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau
(TMK) dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi
mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham
dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas
atau gabungan idea yang ada.
TMK yang dipelajari.
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah
 Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid
suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.
menjadi kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan
 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk menyeronokkan serta meningkatkan kualiti
memastikan pembangunan modal insan yang mampu pembelajaran.
menghadapi cabaran Abad 21.
9. Kelestarian Global
 Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
PdP.  Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan
murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif
7. Keusahawanan terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
 Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk
diperolehi melalui elemen Penggunaan dan Pengeluaran
ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi
Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan.
satu budaya dalam kalangan murid.
 Elemen Kelestarian Global penting dalam menyediakan
 Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui
murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di
aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur,
peringkat tempatan, negara dan global.
amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan
 Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan
minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.
dalam mata pelajaran yang berkaitan.

11
10. Pendidikan Kewangan Proses ini berlaku secara formal dan tidak formal supaya guru
 Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid. PS perlu
membentuk generasi masa hadapan yang berkeupayaan dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif,
membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan autentik dan setempat. Maklumat yang diperoleh dari PS akan
pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran digunakan oleh pentadbir, guru, ibu bapa dan murid dalam
menguruskan hal ehwal kewangan secara merancang tindakan susulan ke arah peningkatan
bertanggungjawab. perkembangan pembelajaran murid.
 Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam PS boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif.
PdP secara langsung ataupun secara sisipan. Penerapan Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses
secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk seperti Wang PdP, manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada
yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit akhir sesuatu unit pembelajaran penggal, semester atau tahun.
seperti pengiraan faedah mudah dan faedah kompaun. Dalam melaksanakan PS guru perlu merancang, membina item,
Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan melalui mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan
tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan DSKP.
pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah
penting bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, PS berperanan mengukuhkan pembelajaran murid serta mampu

kemahiran dan nilai yang dapat diaplikasikan secara memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah

berkesan dan bermakna. dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP. PS amat
penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak

PENTAKSIRAN SEKOLAH sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah sebahagian daripada seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang

pendekatan pentaksiran yang merupakan satu proses memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas

mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembang potensi

dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan. setiap murid ke tahap maksimum.

12
KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2

Ciri-ciri Pentaksiran Sekolah panduan untuk guru menambah baik PS sejajar dengan
PS mempunyai ciri-ciri berikut: pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan
Tahap penguasaan umum perlu ditentukan bagi memberi satu
tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta
nilai tahap penguasaan murid di akhir sesi persekolahan. Tahap
pengamalan nilai murni.
penguasaan umum ini merangkumi domain kognitif, psikomotor
2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan
dan afektif murid secara kolektif dan holistik dengan melihat
PdP.
semua aspek semasa proses pembelajaran murid secara
3. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut
berterusan melalui pelbagai kaedah. Guru boleh membuat
kesesuaian dan kesediaan murid.
pertimbangan profesional untuk memberi satu nilai tahap
4. Berasaskan standard kurikulum.
penguasaan umum murid berdasarkan pengalaman guru
5. Pelaksanaan pentaksiran formatif yang dijalankan seiring
bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan rakan
dengan proses PdP dan pentaksiran sumatif yang dijalankan
sejawat. Tahap penguasaan umum diberi selepas murid
pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
mempelajari bidang-bidang yang terdapat di dalam Komponen
SPi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran Hifz al-Quran.
murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan tahap
penguasaan murid dalam perkembangan atau kemajuan
pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi
kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan
perkembangan menegak (Tahap Penguasaan). Pertumbuhan
murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan
perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan
standard dalam bentuk hasil pembelajaran. SPi dibina sebagai

13
Jadual 5: Penyataan Tahap Penguasaan Umum KSSM Hifz al- ORGANISASI KANDUNGAN
Quran
Organisasi kandungan KSSM Hifz al-Quran dibahagikan kepada
TAHAP dua bidang pembelajaran.
TAFSIRAN
PENGUASAAN
Mengetahui perkara asas, atau boleh 1. Bidang Hifz Al-Quran.
1 melakukan kemahiran asas, atau memberi
respon terhadap perkara asas berkaitan Menghafaz 30 Juzuk al-Quran
Hifz al-Quran.
Menunjukkan kefahaman berkaitan Hifz al- 2. Bidang Fiqh al-Ayat

2 Quran dengan menjelaskan sesuatu


Kefahaman maksud ayat al-Quran pilihan dalam Bahasa
perkara yang dipelajari dalam pelbagai
bentuk komunikasi. Melayu.
Menggunakan pengetahuan berkaitan Hifz
3 al-Quran untuk melaksanakan sesuatu DSKP ialah dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan
kemahiran pada suatu situasi. pentaksiran yang merangkumi SK, SP, dan SPi. DSKP

4 Menganalisis dan mengamalkan sesuatu memastikan guru melaksanakan proses PdP dan seterusnya
kemahiran berkaitan Hifz al-Quran menjalankan pentaksiran dengan merujuk kepada satu dokumen
Menilai dan mengamalkan sesuatu sahaja. Guru melaksanakan PdP melalui SK dan SP serta
5 kemahiran berkaitan Hifz al-Quran pada
situasi baharu dengan beradab. mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui SPi
Berupaya menggunakan pengetahuan dan seperti jadual 6.
6 kemahiran berkaitan Hifz al-Quran sedia
ada untuk digunakan pada situasi baharu
secara beradab dan istiqamah.

14
KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2

Jadual 6: Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan


Standard Prestasi.
Standard Standard Standard
Kandungan Pembelajaran Prestasi
Penyataan spesifik Satu penetapan Satu set kriteria
tentang perkara kriteria atau yang menunjukkan
yang murid patut indikator kualiti tahap-tahap
ketahui dan boleh pembelajaran dan penguasaan murid
lakukan dalam satu pencapaian yang sebagai petunjuk
tempoh boleh diukur bagi bahawa sesuatu
persekolahan setiap standard perkara itu telah
merangkumi aspek kandungan. dikuasai.
pengetahuan,
kemahiran dan nilai.

15
‫حفظ القرآن‬ ‫‪.1‬‬

‫معيار اإلجنازات‬
‫معيار التعلم‬ ‫معيار احملتوى‬
‫تفاصيل‬ ‫مستوايت‬

‫حفظ جزء واحد إىل أربعة أجزاء من ثالثة عشر‬ ‫‪1‬‬


‫حفظ ‪ 7‬أجزاء من يقدر الطالب على‪:‬‬ ‫‪1.2‬‬

‫جزءا املقررة مع مراعاة أحكام التجويد‪.‬‬ ‫‪ 1.2.1‬حفظ اآلايت القرآنية من السور اآلتية‬ ‫القرآن الكرمي‬
‫مع مراعاة أحكام التجويد وآداب محلة‬
‫حفظ مخسة أو ستة أجزاء من ثالثة عشر جزءا‬ ‫‪2‬‬
‫القرآن‪:‬‬
‫املقررة مع مراعاة أحكام التجويد‪.‬‬
‫‪ .i‬اآلايت ‪ 148-186‬من سورة النساء‬
‫حفظ سبعة أو مثانية أجزاء من ثالثة عشر جزءا‬ ‫‪3‬‬ ‫‪ .ii‬سورة املائدة‬
‫املقررة مع مراعاة أحكام التجويد‪.‬‬ ‫‪ .iii‬سورة األنعام‬
‫حفظ تسعة أو عشرة أجزاء من ثالثة عشر جزءا‬ ‫‪4‬‬
‫‪ .iv‬سورة األعراف‬
‫املقررة مع مراعاة أحكام التجويد وآداب محلة القرآن‬ ‫‪ .v‬سورة األنفال‬
‫‪ .vi‬سورة التوبة‬
‫حفظ أحد عشر أو اثين عشر جزءا املقررة مع‬ ‫‪5‬‬
‫‪ .vii‬سورة يونس‬
‫مراعاة أحكام التجويد وآداب محلة القرآن‪.‬‬
‫‪ .viii‬سورة هود‬
‫حفظ ثالثة عشر جزءا املقررة مع إتقان احلفظ‬ ‫‪ .ix‬اآلايت ‪ 52 -1‬من سورة يوسف‬
‫ومراعاة أحكام التجويد وآداب محلة القرآن‪.‬‬ ‫‪6‬‬
‫‪ 1.2.2‬املالزمة على تالوة القرآن مع مراعاة‬
‫أحكام التجويد‬

‫‪16‬‬
‫‪KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2‬‬

‫فقه اآلية‬ ‫‪.2‬‬

‫معيار اإلجنازات‬
‫معيار التعلم‬ ‫معيار احملتوى‬
‫تفاصيل‬ ‫مستوايت‬
‫ذكر املعاين لآلايت القرءانية املقررة ابللغة املاليوية‬ ‫يقدر الطالب على‪:‬‬ ‫معرفة معاين آي‬ ‫‪.2.2‬‬
‫‪1‬‬
‫حتت إرشاد املعلم‬ ‫القرآن الكرمي ‪ 7‬أجزاء ‪ 2.2.1‬ذكر معاين آي القرآن الكرمي من السور‬
‫اآلتية ابللغة املاليوية‪:‬‬ ‫ابللغة املاليوية‬
‫ذكر املعاين لآلايت القرءانية املقررة ابللغة املاليوية‬ ‫‪2‬‬ ‫‪ .i‬اآلايت ‪ 148-186‬من سورة النساء‬
‫حتت إشراف املعلم‬ ‫‪ .ii‬سورة املائدة‬
‫ذكر املعاين الصحيحة لآلايت القرءانية املقررة ابللغة‬ ‫‪ .iii‬سورة األنعام‬
‫‪3‬‬
‫املاليوية‬ ‫‪ .iv‬سورة األعراف‬
‫‪ .v‬سورة األنفال‬
‫ذكر املعاين الصحيحة لآلايت القرءانية املقررة ابللغة‬ ‫‪4‬‬ ‫‪ .vi‬سورة التوبة‬
‫املاليوية واإلكثار من تالوة القرآن‪.‬‬ ‫‪ .vii‬سورة يونس‬
‫‪ .viii‬سورة هود‬
‫ذكر املعاين الصحيحة لآلايت القرءانية املقررة ابللغة‬ ‫‪5‬‬ ‫‪ .ix‬اآلايت ‪ 52 -1‬من سورة يوسف‬
‫املاليوية واملالزمة على تالوة القرآن‪.‬‬
‫‪ 2.1.1‬املالزمة على تالوة القرآن مع مراعاة‬
‫ذكر املعاين الصحيحة لآلايت القرءانية املقررة ابللغة‬ ‫أحكام التجويد‪.‬‬
‫‪6‬‬
‫املاليوية واملالزمة على تالوة القرآن مع مراعاة أحكام‬
‫التجويد‪.‬‬

‫‪17‬‬
PANEL PENGGUBAL

Bil. Nama Institusi

1. Zamri bin Abdul Rahim Bahagian Pembangunan Kurikulum

2. Muhammad Kamil bin Ali Bahagian Pembangunan Kurikulum

3. Muhamad Fauzi bin Abdul Bahagian Pembangunan Kurikulum

4. Hasruddin bin Hassan Bahagian Pembangunan Kurikulum

5. Muhamad Shafie bin Haji Ismail Bahagian Pendidikan Islam

6. Shaharudin bin Yaacob Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah Banggol Chicha

7. Dusuki bin Abdul Rahman SMKA Tok Bachok

8. Mohd Afandi bin Mohd Kasim SMKA Kedah

9. Mohd Syahiruddin bin Daud SMKA Dato Haji Abu Hasan Haji Sail

10. Mohd Saiful Naim bin Saidi SMKA Dato Haji Abu Hasan Haji Sail

11. Mohd Amin Faisal bin Uzip @ Othman SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

12. Mohammad Faez bin Mokhtar SM Intergrasi Sains Tahfiz (SMISTA)

18
KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2

PENGHARGAAN

Penasihat

Shazali bin Ahmad - Pengarah

Dr. Mohamed bin Abu Bakar - Timbalan Pengarah (Kemanusiaan)

Datin Dr. Ng Soo Boon - Timbalan Pengarah (STEM)

Penasihat Editorial

Mohamed Zaki bin Abd. Ghani - Ketua Sektor

Haji Naza Idris bin Saadon - Ketua Sektor

Dr. Rusilawati binti Othman - Ketua Sektor

Mahyudin bin Ahmad - Ketua Sektor

Mohd Faudzan bin Hamzah - Ketua Sektor

Mohamed Salim bin Taufix Rashidi - Ketua Sektor

Paizah binti Zakaria - Ketua Sektor

Hajah Norashikin binti Hashim - Ketua Sektor

19
20
KSSM HIFZ AL-QURAN TINGKATAN 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4 – 8, Blok E9, Kompeks Kerajaan Parcel E
62604 Putrajaya
Tel: 03-88842000 Fax: 03-88889917
21
http://www.gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai