Anda di halaman 1dari 6

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR UNTUK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN TOPIK INDEKS DAN LOGARITMA MENGGUNAKAN KAEDAH CARE LOG

Oleh; RADZIMAH BINTI JUSOH SMK Sultan Ahmad, 21000, Kuala Terengganu

ABSTRAK
Mempelajarai Matematik Tambahan ialah perjalanan ke alam matematik yang lebih mencabar dan menarik. Pelajar yang berjaya menyahut cabaran Matematik Tambahan ialah pengalaman bersama matematik yang paling menarik dan penuh kepuasan. Sebab itulah, pelajar yang mengambil Matematik Tambahan selalunya dikagumi oleh ramai pelajar lain, khususnya dari aliran bukan sains tulen. Jika seseorang pelajar dapat menguasai Matematik Tambahan, pelajar itu dianggap sudah menguasai Matematik. Ertinya, penguasaan Matematik Tambahan dianggap kemuncak pembelajaran matematik di sekolah menengah. Tetapi pada hakikatnya masih ramai juga pelajar aliran sains tulen yang terkial-kial cuba menguasai Matematik, apatah lagi Matematik Tambahan.Topik-topik yang terdapat dalam Matematik Tambahan ialah topik yang melibatkan hubungan abstrak dan memerlukan pemikiran jenis yang tinggi dan berbentuk konsep. Kegagalan pelajar menguasai konsep-konsep tersebut menyebabkan mereka gagal dan tidak serasi dengan mata pelajaran tersebut dan pelajar-pelajar ini seoalah-olah memaksa-maksa diri untuk mempelajari Matematik Tambahan. Salah topik yang paling sukar dikuasai ialah topik indeks dan logaritma. Pelajar yang berkenaan fobia terhadap soalan topik logaritma sehingga mereka pernah menjawab apabila tiba kepada soalan logaritma mereka akan lok saje yang bermaksud mereka akan membiarkan sahaja soalan topik tersebut tanpa menjawabnya. Apabila diteliti kepada soalan peperiksaan TOV, pelajar mendapat markah yang rendah untuk soalan yang melibatkan topik indeks dan logaritma. Dengan itu saya terpanggil untuk membuat kajian tentang topik Indeks dan Logaritma dan memperkenalkan satu kaedah mudah untuk memahami topik Indeks dan Logaritma yang saya namakan kaedah CARE LOG. Kumpulan sasaran kajian ini ialah 10 orang pelajar dari Tingkatan 5S1 dan kaedah ini akan membolehkan pelajar menguasai topik ini dengan lebih baik seterusnya dapat menghilang perasaan fobia terhadap topik Logaritma di kalangan pelajar yang mengambil Matematik Tambahan.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sewaktu saya melakukan pemeriksaan hasil jawapan pelajar Tingkatan 5 dalam ujian TOV pada tahun 2011 bagi mata pelajaran Matematik Tambahan kertas 1, saya dapat mengesan bahawa ramai pelaj ar sama ada pelajar yang pandai ataupun yang sederhana tidak dapat menguasai topik Indeks dan Logaritma dan seterusnya tidak mendapat mengutip markah yang tinggi untuk soalan topik yang berkenaan. Topik tersebut ialah merupakan topik dalam sukatan tingkata n empat bermakna mereka telah mengambil masa yang lama dan sepatutnya mereka mampu menguasai topik tersebut dengan baik. Pada hakikatnya topik Indeks dan Logaritma ialah satu topik y ang pendek, di mana pelajar hanya perlu memahami petua Indeks dan Logaritm a, dan seterusnya mengaplikasikan petua tersebut di dalam soalan. Namun, sebilangan pelajar terutama pelajar yang sederhana tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan ba ik kerana tidak memperoleh kunci rahsia yang sesuai. Pelajar pelajar tersebut memaham i petua logaritma tetapi gagal mengaplikasikannya ke dalam soalan yang diuji. Oleh itu saya berusaha untuk memperkenalkan satu kaedah untuk mengubah situasi fobia pelajar terhada p topik ini dengan memberi bimbi ngan kepada pelajar

menggunakan kaedah CARE L OG. Saya namakan kaedah itu sedemikian supaya pelajar care atau ambil cakna terhadap topik Logaritma , menghilangkan rasa fobia mereka terhadap topik tersebut seterusnya dapat menjawab soalan bab berkenaan dengan baik. 2.0 FOKUS KAJIAN Topik Indeks dan Logaritma ialah topik yang dipelajari oleh pelajar semasa di tingkatan empat dan akan disoal dalam soalan kertas 1 dan ker tas 2. Markah yang disumbangkan ialah 9 atau 10. Sekiranya pe lajar memahami konsep logaritma, peluang untuk mereka cemerlang dalam mata pelajaran Matematik Tambahan sangat cerah kerana konsep logaritma juga digunakan dalam topik lain contohnya topik Janjang dan Hukum Linear. Kajian memfokuskan kepada masalah pelajar seperti berikut: i. Pelajar kurang memahami petua indeks dan logaritma. ii. Pelajar dapat mengaplikasikan petua yang dipelajari kepada soalan. iii. Pelajar tahu mengarah tujukan soalan kepada jawapan penyelesaian. Oleh itu, pendekatan menggunakan kaedah CARE LOG di cadangkan untuk membolehkan pelajar memahami topik logaritma dengan mudah dan seterusnya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Diharapkan pendekatan ini dapat membantu pelajar membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan SPM. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan mata pelajaran Matematik Tambahan dan mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan yang dianggap sukar dan menghilangkan fobia pelajar terhadap topik Indeks dan Logaritma. 3.2 Objektif khas i. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai topik Indeks dan Logaritma. ii. Membimbing pelajar menguasai kemahiran menjawab soalan topik Indeks dan Logaritma. iii. Meningkatkan pencapaian pelajar kumpulan Halus ( Harapan Lulus ). iv. Meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat gred A dalam mata pe lajaran Matematik Tambahan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Tumpuan kajian ini adalah untuk 10 orang pelajar dari tingkatan 5S1 yang mempunyai prestasi sederhana dalam peperiksaan yang melibatkan mata pelajaran Matematik Tambahan. Hal ini bermakna bahawa kajian ini adalah untuk membantu pelajar yang berprestasi sederhana untuk mencapai markah pada tahap yang baik serta cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang seterusnya peperiksaan SPM 2011.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pos. 5.1.1: Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian berkaitan sikap pelajar semasa melaksanakan pengajaran sebelum kajian dilaksanakan . Pelajar tidak tahu mengarahkan penyelesaian soalan dan menyalahgunakan petua Ind eks dan Logaritma yang telah dipelajari. Pelajar juga mempunyai sikap negatif terhadap soalan yang melibatkan topik Indeks dan Logaritma kerana mereka tidak mahu berusaha untuk cuba menjawab soalan berkenaan. 5.1.2: Ujian Pra Berdasarkan analisis pencapaian markah ujian pra, di dapati semua responden yang dipilih dari tingkatan 5 S1 gagal menjawab soalan yang melibatkan topik Indeks dan Logaritma iaitu kesemuanya mendapat markah kurang daripada 2 daripada markah penuhnya iaitu 13 markah. 5.2 Analisis Tinjauan Awal Analisis pencapaian pelajar sebelum program dijalankan adalah seperti berikut: Jadual 1 Analisis markah jawapan kertas 1 ujian pra ( soalan yang melibat kan topik Indeks dan Logaritma ) ( Maksima 13 markah ) Bil Nama Responden Markah 1 Mohamad Azizul Hakim b.Alias 0 2 Muhamad Fakhri b. Alias 2 3 Mohammad Syazani b. Abdullah 1 4 Ahmad Farris b. Mazlan 0 5 Muhammad Amzari b. Mat Jusoh 0 6 Siti Puziah bt. Mustaffa 0 7 Nur Asyikin bt. Ramli 1 8 Dewi Sartika bt. Jamaludin 1 9 Fatin Syaimaa bt. Ngah 0 10 Norhasmida bt. Mohamed Yussoff 0 Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa pelajar tidak mendapat markah yang baik disebabkan tidak memahami petua logaritma dan juga tidak tahu untuk memulakan penyelesaian kerana gagal mengaplika sikan hukum logaritma ke dalam soalan penyelesaian.  5.3 Tindakan yang dijalankan Hasil dapatan yang d iperolehi, satu strategi telah diatur dan dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah -langkah yang dilaksanakan dalam kaedah CARE LOG adalah seperti berikut: Langkah 1: Mengetahui dan memahami petua/hukum Indeks dan logaritma . Hukum Indeks :

1. 2. 3.

x = = =1

Hukum logaritma 1. = 2. 3. = = n

+ -

Langkah 2 : Tahu menulis langkah pertama untuk menyelesaikan soalan Pelajar diberi penerangan oleh guru supaya tahu memulakan langkah untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan topik Indeks dan Logaritma. Untuk memulakan langkah penyelesaian, pelaja r mesti memahami konsep TERBALIK. Konsep TERBALIK ialah apabila soalan dalam bentuk tunggal dipecahkan, dan sebaliknya. Langkah 3 : Tahu mengaplikasi kan hukum logaritma ke dalam soalan Pelajar membuat latih tubi soalan untuk memahirkan penggunaan hu kum logaritma. 5.4 Analisis Selepas Tindakan Dijalankan 5.4.1 Analisis pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati pelajar terlibat lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan dengan baik. Hasil jawapan penyelesaian lebih meyakinkan dan membuktikan pelajar tersebut memahami hukum dan tahu menggunakan hukum Indeks dan logaritma dalam soalan. Analisis pencapaian sebenar pelajar berdasarkan ujian pos setelah mempraktikkan kaedah ini. Ujian Pos ( Maksima 13 markah ) Nama Responden Ujian pra Ujian pos +/Mohamad Azizul Hakim b.Alias 0 7 7 Muhamad Fakhri b. Alias 2 11 9 Mohammad Syazani b. Abdullah 1 10 9 Ahmad Farris b. Mazlan 0 9 9 Muhammad Amzari b. Mat Jusoh 0 8 8 Siti Puziah bt. Mustaffa 0 10 10 Nur Asyikin bt. Ramli 1 10 10 Dewi Sartika bt. Jamaludin 1 7 6 Fatin Syaimaa bt. Ngah 0 7 7 Norhasmida bt. Mohamed Yussoff 0 8 8 5.4.2

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

5.5 Refleksi Kajian Ternyata daripada konsep TERBALIK yang didedahkan kepada responden telah mampu meningkatkan pemahaman pelajar untuk mengaplikasi hukum Indeks dan Logaritma. Hal ini sangat membantu pelajar supaya mereka lebih berkeyakinan dan berminat untuk menjawab soalan yang melibatkan topik yang melibatkan Indeks dan Logaritma. Terbukti me reka lebih memahami fokus soalan dan pencapaian mereka

lebih meningkat. Responden tahu bagaimana memulakan penyelesaian soalan. Walau bagaimanapun masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak menunjukkan peningkatan dalam kefahaman topik berkenaan . Ini adalah kerana tahap keupayaan Matematik mereka adalah rendah. Mereka juga kurang dapat menguasai topik -topik Lain dalam Matematik Tambahan. 6.0 CADANGAN/SYOR Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut: a. Saya berazam melakukan penambahbaikan terhadap kaedah CARE LOG dalam pengajaran dalam kelas pada tahun -tahun akan datang. b. Mendedahkan kaedah ini kepada guru -guru Matematik Tambahan yang lain. Seorang guru yang baik seharusnya sentiasa memikirkan pelbagai cara untuk menjadikan pengaja ran dan pembelajaran berkesan dan menyeronokkan. Seseorang guru perlu kreatif, kritis dan efektif yang berupaya mengolah pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Guru Matematik Tambahan yang baik bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu Matematik Tambahannya dengan baik tetapi juga mampu menghilangkan perasaan fobia pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. BIBLIOGRAFI 1. Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Wong Pek Wei, 2008. ACE Analysis Additional Mathematics . Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

SOAL SELIDIK KAJIAN Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian : Bahagian 1 : Latar belakang Responden Bahagian 2 : Pandangan Responden BAHAGIAN 1 : LATAR BELAKANG RESPONDEN 1. Nama :........................................................................................................ ....... 2. Keputusan Matematik dala m UPSR :............... dan PMR :............................... 3. Keputusan Matematik Tambahan dalam TOV :.......................... ....................... 4. Pekerjaan bapa/penjaga :............................................................. ...................... 5. Pendapatan keluarga : ( tanda ( ) pada ruang berkenaan ) (i) Kurang daripada RM 500.00 ( ) (ii) RM 501.00 hingga RM 1000.00 ( ) (iii) RM 1001.00 hingga RM 3000.00 ( ) (iv) Lebih daripada RM 3000.00 ( ) BAHAGIAN 2 : PANDANGAN RESPONDEN
5

Tandakan ( Skala : 1 2 3 4 ASPEK BI L 1 2 3 4

) pada ruang yang disediakan mengikut pilihan anda. Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju SKALA 1 2

A. PEMBELAJARAN MURID Saya minat Matematik Tambahan Saya mempunyai keputusan matematik yang baik dalam UPSR dan PMR Saya berminat menyelesaikan masalah Matematik Tambahan yang sukar. Saya tidak cepat putus asa dan yakin lulus dalam Matematik Tambahan. B. PENGAJARAN GURU Saya meminati guru mata pelajaran Matematik Tambahan Guru Matematik tambahan saya berkebolehan mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan Guru Matematik Tambahan saya bersungguhsungguh menerangkan setiap konsep supaya dapat difahami dengan mudah oleh pelajar

1 2 3

1. Nyatakan topik dalam Matematik Tambahan yang sukar dikuasai oleh anda : (a).................................................................................................... (b)............................................................................. ...................... (c)................................................................................................... 2. Apakah faktor yang menyebabkan anda sukar menguasai topik tersebut. (a)...................................................... .................................................. (b)........................................................................................................ (c).............................................................................................. .................