Anda di halaman 1dari 12

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Oleh

Muhammad Akbar Zahidi Syed Kamaruzaman Syed Ali

UNIVERSITI MALAYA

Abstrak Kerangka konseptual merupakan pernyataan mengenai perhubungan antara dua atau lebih variabel konseptual. Kerangka konseptual kajian ini dapat dibina dengan membuat pemerhatian yang sistematik ke atas masalah kajian atau merujuk kepada literatur kajian lepas. Model ialah carta aliran yang menggambarkan sesuatu konseptual mengenai satu set kajian. Tujuan sesuatu model dibina dan diguna pakai dalam sesuatu kajian penyelidikan adalah untuk melandaskan teori-teori gunaan agar kajian tidak terkeluar daripada disiplin dan peraturan penyelidikan yang telah ditetapkan. Kepentingan penggunaan model sebagai rangka teori kajian dalam tesis adalah sebagai satu aplikasi hasil untuk menilai beberapa prosedur dalam sesuatu kajian yang menilai sesuatu kekangan program seperti memperbaiki kualiti pengajaran. Oleh sebab itu, kajian kekangan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah

menggunakan Model Kekangan Kesenggangan daripada Crawford, Jackson & Godbey (1991) amat sesuat digunakan kerana telah dipraktikkan secara meluas oleh penyelidik yang lain. Kerangka konseptual kekangan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani telah merangkumi tiga peringkat iaitu kekangan intrapersonal meliputi faktor psikologi dan sosiologi, kekangan interpersonal meliputi faktor ibu bapa dan persekitaran, dan kekangan struktur meliputi faktor pentadbiran dan guru.

Pengenalan

Penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoritikal dan seterusnya bergerak ke peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Pada peringkat konseptual, hubungan antara konsep-konsep tersebut dinyatakan dalam bentuk kerangka konseptual. Kerangka konseptual merupakan pernyataan mengenai perhubungan antara dua atau lebih variabel konseptual. Kerangka konseptual kajian ini dapat dibina dengan membuat pemerhatian yang sistematik ke atas masalah kajian atau merujuk kepada literatur kajian lepas. Model ialah carta aliran yang menggambarkan sesuatu konseptual mengenai satu set kajian. Tujuan sesuatu model dibina dan diguna pakai dalam sesuatu kajian penyelidikan adalah untuk melandaskan teori-teori gunaan agar kajian tidak terkeluar daripada disiplin dan peraturan penyelidikan yang telah ditetapkan. Kepentingan penggunaan model sebagai rangka teori kajian dalam tesis adalah sebagai satu aplikasi hasil untuk menilai beberapa prosedur dalam sesuatu kajian yang menilai sesuatu kekangan program seperti memperbaiki kualiti pengajaran. Oleh sebab itu, kajian kekangan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah menggunakan Model Kekangan Kesenggangan daripada Crawford, Jackson & Godbey (1991) amat sesuat digunakan kerana telah dipraktikkan secara meluas oleh penyelidik yang lain. Definisi kerangka konseptual dirujuk sebagai definisi teori yang harus bersandarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum. Kerangka konseptual menurut Iskandar (2008) menjelaskan secara teori berkenaan dengan model konseptual variabel dan bagaimana perkaitan teori-teori yang berhubungan dengan variabelvariabel yang ingin diteliti, iaitu variabel bebas dengan variabel terikat. Kerangka konseptual dalam suatu penelitian perlu dikemukakan apabila penelitian berkenaan berkaitan dengan dua variabel atau lebih. Apabila penelitian hanya mengemukakan sebuah variabel atau lebih secara terperinci, maka perlu dilakukan keterangan secara teori terhadap perbezaan variabel dengan lebih diteliti. Kerangka konseptual yang baik menurut Uma Sekaran sebagaimana yang dinyatakan oleh Iskandar (2008) adalah berdasarkan variabel-variabel yang dipilih. Variabel-variabel penelitian yang akan diteliti harus jelas. Kerangka konseptual haruslah

menjelaskan hubungan antara variabel-variabel yang akan diteliti dan ada teori yang merangkumi kerangka konseptual kajian. Kerangka konseptual tersebut lebih

selanjutnya perlu dinyatakan dalam bentuk diagram, sehingga masalah penelitian yang akan dicari jawabannya mudah difahami. Iskandar (2008) mengemukakan bahawa dalam penelitian kuantitatif, kerangka konseptual merupakan suatu kesatuan kerangka pemikiran yang kukuh dalam rangka mencari rumusan ilmiah terhadap masalahmasalah penelitian yang menjelaskan tentang variabel-variabel, hubungan antara variabel-variabel secara teoritikal yang berhubungan dengan hasil penelitian yang terdahulu dan kebenarannya dapat diuji dengan jelas.

Tujuan Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual mungkin dapat dipandang sebagai teori yang terstruktur (Belkaoui, 1993). Hal ini disebabkan struktur kerangka konseptual sama dengan struktur teori yang didasarkan pada proses penalaran logik (logical reasoning). Atas dasar penalaran ini, teori merupakan proses pemikiran menurut kerangka konseptual tertentu untuk menjelaskan kenyataan yang terjadi dan menjelaskan apa yang harus dilakukan apabila ada fakta atau fenomena baru. Kerangka konseptual dapat digambarkan dalam bentuk hirarki yang memiliki beberapa peringkat. Pada peringkat teori yang tinggi, kerangka konseptual menyatakan ruang lingkup dan tujuan teori tersebut. Pada peringkat yang selanjutnya, kerangka konseptual didefinisikan sebagai ciri-ciri kualitatif dari maklumat yang dikembangkan daripada kerangka teori. Pada peringkat operasional yang lebih rendah, kerangka konseptual berkaitan dengan prisip-prinsip dan peraturan mengenai pengukuran dan penilaian. Seterusnya, untuk mengembangkan maklumat daripada kerangka teori, kerangka konseptual harus disokong oleh metodologi ilmiah (scientific) dan kajiankajian lepas. Disebabkan itu, prinsip-prinsip dan peraturan pengukuran tersebut harus dihasilkan dari tujuan dan konsep-konsep yang telah didefinisikan sebelumnya. Suharsimi Arikunto (2000) mendefinisikan kerangka konseptual sebagai suatu sistem yang saling berkaitan sebagai satu sistem yang koheren tentang tujuan (objectives) dan konsep dasar yang saling berkaitan, yang diharapkan dapat menghasilkan tahap-tahap

yang konsisten dan mempunyai hubung kait tentang jenis, fungsi dan kekangan dalam tajuk yang berkaitan.

Rujukan

Ab. Alim Abdul Rahim (1999). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abd. Hamid Othman (1998). Aktiviti Ko-Kurikulum Dalam Konteks KeIslaman. Kertas Kerja Koleksi Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Abu Bakar Nordin. (1991). Kurikulum perspektif dan perlaksanaan . Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka. Adnan Kamis (1993). Aktiviti Kokurikulum Dasar KBSM: Ke Arah Kemantapan Insan Seimbang. Dalam Adnan Kamis (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:Pandangan Dan Maklum Balas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Adnan Khamis. (1988). Nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum pergerakan ke arah menghasilkan insan yang mantap lagi seimbang mengikut falsafah KBSM-fokus Pergerakan Pengakap sekolah. Seminar Nilai-nilai murni Merentas Kokurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Adnan Khamis. (1989). Sikap pelajar terhadap kegiatan kokurikulum Pergerakan Beruniform. Satu kajian awal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Badawi, Kokurikulum akan dimasukkan dalam semua sijil peperiksaan dalam Utusan Malaysia, halaman 4, 22 September 1984. Ali Maksum (2008). Kualitas Guru Pendidikan Jasmani di Sekolah: Antara Harapan dan Kenyataan. Fakultas Ilmu Keolahragaan Universitas Negeri Surabaya. Aminuddin Yusof. (2000). Takrif kokurikulum. Unpublished Paper : Universiti Putra Malaysia. Ariffin Baada (1996). Kajian Tentang Aktiviti Pembelajaran Dan Sikap Terhadap Sains Dengan Pemerolehan Kemahiran Generik Dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan Empat. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan. Azizah Nordin. (1990). Mengenalpasti masalah-masalah dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah di Daerah Gombak. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional (2000). Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Kokurikulum. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Belkaoui. A. (1993). Accounting Theory. New York: Harcourt Brace Jonaorch Inc. Biddle, S.J. (1995). Exercise motivation across the life span. In European Perspective On Exercise and Sport Psychology, pp. 3-25, Leeds: Human Kinetics Europe. Canada Fitness Survey (1983). Canada youth and physical activity. Ottawa,Ontario: Author. Brian Cleven (2006). A Comparison of Students' Choices of 9th Grade Physical Education Activities. ProQuest Education Journals pg. 16 Buchanan, T., & Allen (1985). Barriers to recreation participation in later life cycle stages. Therapeutic Recreation Journal, 19, 39-50. Casey Marie Breslin, Jane R. Morton dan Mary E. Rudisill (2008). Implementing a Physical Activity Curriculum into the School Day: Helping Early Childhood Teachers Meet the Challenge. Journal of Early Childhood Education 35:429-437 Chan Yuen Fook. 1999. Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Di Malaysia, Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki,Kementerian Pendidikan Malaysia, Jld. 8, Bil. 1. Kuala Lumpur. Che Aziz Jaafar dan Aminuddin Yusof (2002). Perlunya Kokurikulum Dalam Sistem Pendidikan Sekolah. Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Ensiklopedia Global, Edisi Milinium, Jilid 18, Kamus A - K (2001). Kuala Lumpur:SmartGenie Corporation Sdn. Bhd.. Clark, J. (1995). On becoming skillful: Patterns and constraints. Research Quarterly for Exercise and Sport, 66 (3), 173-183. Coakley, J. J. (1998). Sport in society: Issues and controversies. Boston, MA: Irwin Mc GrawHill. Colemen, D. (1993). Leisure Based Social Support, Leisure Dispositions and Health. Journal of Leisure Resaerch, Vol. 25 Crawford, D. & Godbey, G. (1987). Reconceptualizing barriers to family recreation. Leisure Sciences, 9 (3), 119-127. Crawford, D. Jackson, E., & Godbey, G. (1991). A hierarchical model of leisure constraints. Leisure Sciences, 13, 309-320. Crawford, D., & Godbey, G. (1987). Reconceptualizing barriers to family leisure. Leisure Sciences, 9, 119-127. Dunn, A. L. (1998) Six-month physical activity and fitness change in project active : A And omised trial. Medicine & Science in Sport & Exercise , 30, 1076 1083. Fakulti Pendidikan, UKM (1999). Prosiding Isu-Isu Pendidikan Negara. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Flintridge Sacred Heart Academy (2003). Co-Curricular Program. California: Flintridge Sacred Heart Academy (2003). Gale H. Roid & Thomas M. Haladyna. (1982). A Technology for Test-Item Writing. New York: Harcourt Brace Jovonarich Publishers. Gardner, H. (1982). Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic Books, Inc. Glover, D. et. al (2000). The Introduction of Key Skills into Schools: Core or Casualty? Journal of Vocational Education and Training. Vol. 52. No. 1. M.s. 63-77. Ghazali Darusalam. 2003 . Keberkesanan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (Pengkhususan Pengajian Islam) Di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia. Tesis Ph.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Greder, D. L. (2001). Co-Curricular Programs. Illionis: Universiti Wesleyan Illionis. Hamidah Bt Abdul Karim. (1999). Penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum dan sumbangannya ke arah pencapaian akademik : Satu tinjauan di Sekolah Menengah Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia. Henderson, K.A. (1997). A critique of constraints theory: A response. Journal of Leisure Research, 29 (4), 453-457. Henderson, K.A., & Bedini, L.A. (1997). Women, leisure, and double whammies: Empowerment and constraint. Journal of Leisurability, 24, 36-52. Henderson, K.A., Bedini, L.A., Hecht, L., & Schuler, R. (1995). Women with physical disabilities and the negotiation of leisure constraints. Leisure Studies, 14, 17-31. Hepburn, P. (2002). Vice-Chancellors List Induction Ceremony Tuesday, 10 September 2002 Vote of Thanks. http://otl.curtin.edu.au/vclist/voteofthanks102.html . Dicapai pada 15 Februari 2002. http://www.jpa.gov.my/daftar/jPenyelidikanPerancangan.htm . Dicapai pada 31 Mac 2003. Imel, S. (1999). Work Force Education: Beyond Technical Skills. The Ohio State University. Jabatan Perkhidmatan Awam. Istilah Perkhidmatan Awam. Isaac, S., & Micheal, W. B., (1984). Handbook in research and evaluation. San Deigo : Edits Publishers.

Iskandar (2008). Metodologi Penelitian Pendidikan dan Sosial (Kuantitatif dan Kualitatif). Jakarta: Gaung Persada Press.

Jackson, E.L. (1991). Leisure constraints/constrained leisure: Special issue introduction. Journal of Leisure Research, 23 (4), 279-285.

Jackson, E.L., & Burton, T.L. (1999). Leisure Studies: Prospects for the Twenty-first Century, State College, PA: Venture Publishing. Jackson, E.L., Crawford, D., & Godbey, G. (1993). Negotiation of leisure constraints. Leisure Sciences, 15, 1-11. Kamariah bt Mohd Sidik, (1986). Organisasi dan perlaksanaan program kokurikulum di sebuah sekolah menengah: Beberapa masalah dan rangka penyelesaian. Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti Malaya Lim Yen Yen. Remaja Mengabaikan Sukan dlm Dewan Siswa, hlm 19, Jun 1991. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kathleen J Zaccagnini (2005). How Physical Education Teacher Education Majors Should Be Prepared To Teach Students With Hearing Loss. ProQuest Education Journals pg. 273 Kearns, P. (2001). Generic Skills for the New Economy. Kensington Park: National Centre for Vocational Education Research (NCVER) Ltd.. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Kokurikulum. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ Dicapai pada 17 Februari2003. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mannell, R.C., & Zuzank, J. (1991). The nature and variability of leisure constraints in daily life: The case of physically active leisure of older adults. Leisure Sciences, 13, 337-351. Mashitah Ghazali ( 1995)., Kegiatan kokurikulum di sekolah membantu membina daya kepimpinan di kalangan pelajar menengah atas Kolej Sultan Abdul Hamid. Tesis tidak diterbitkan: Universiti Utara Malaysia. Mat Aris Abdul Hadi ( 1994) Tanggapan pelajar dan guru terhadap kegiatan sukan di Sekolah Menengah Vokasional (Lembah Kelang). Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia. Matthews, B. (2000). Co-Curricular Philosophy. Bunbury: Bunbury Cathedral Grammar School. Maznah Ibrahim (2002). Penglibatan Pelajar Melayu Dalam Aktiviti Kerja Kumpulan: Cabaran Menghadapi Era Globalisasi. Dalam PKAUKM (2002). Prosiding Simposium Melayu Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamad Haris Meon. (1999). Keberkesanan perlaksanaan aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Rancangan Felda Daerah Kota Tinggi, Johor. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Teknologi Malaysia. Mohar Kassim (2011). Utusan Malaysia Online: 27 Jun 2011

Mohd Lotpi Razali (1997)., Kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar (Satu kajian di sekolah menengah Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak). Tesis tidak diterbitkan : Universiti Utara Malaysia. Mohd Majid Konting, (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Saufi Zakaria. ( 1999). Sikap pelajar terhadap kokurikulum sukan di tiga buah Sekolah Menengah Teknik, Kelantan. Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof. (2002). Kokurikulum,peranan dan implikasi. Kuala Lumpur : Sanon Printing. Mohd Suzli Abdullah. ( 1997). Permasalahan aktiviti kokurikulum sekolah-sekolah menengah agama Yayasan Islam Kelantan di Daerah Pasir Mas. Tesis tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia. Mohd Zuki Pileh (1994). Gerakerja Kokurikulum (Gerko) di Sek.Men Datuk Undang Abdul Manap, Johol, N.Sembilan : Sumbangannya ke arah pembentukan personaliti pelajar yang ideal: Satu analisa menurut perspektif Islam. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Yusop Ab. Hadi (2003). Measuring the infusing of Generic Skills in Teaching Process as an Effort to Develop K-Workers Skills upon Students: A Case Study among the Educators. Dalam Mokhtar Ismail, et. al (2003). Proceeding 2nd International Conference On Measurement and Evaluation in Education (ICMEE) 2003. Penang: Universiti Sains Malaysia. Mustafa Kamal Ali. (2000). Faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar Melayu tingkatan empat dalam aktiviti kokurikulum di rancangan Felda Daerah Segamat Selatan. Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia. NCVERs Glosorry of Australian VET Training Terms (2003). http://www.ncver.edu.au/generic.htm. Dicapai pada 24 Jun 2003. Generic Skills.

Newell, K.M. (1984). In Jerry Thomas (Ed.), Motor development during childhood and adolescence, pp. 106-120. Minneapolis: Burgess. Newell, K.M. (1986). Constraints on the development of coordination. In M.G. Nor Bin Mohamad Taib. (1990) Pandangan Pelajar Dan Ibu Bapa Terhadap Gerakerja Kokurikulum Sekolah Menengah. Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Malaya. Norimah A.Karim (2008). Food Consumption Patterns: Findings from the Malaysian Adult Nutrition Survey(MANS). Malaysian Journal of Nutrition, 14 (1). pp. 25-39. ISSN 1394035X Norkhalid Salimin (2011). Comprehensive Assessment Module for First Aid in Physical and Health Education Odvidius University of Constanta, Romania

Norusis, M. J., & SPSS Ins. (1993). SPSS for windows: Base system users guide. Chicago: SPSS Ins. Philips, J. C. (1993) Sociology of sport. Massachusetts: A Division of Simon & Schuster, Inc. Nur Aishah Abdullah dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Senaman dan Kesejahteraan Diri. Dalam Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Psikologi Sukan: Konsep Dalam Latihan Dan Pengajaran Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.. Oliver, R. (2000). Generic Skills Development Through Problem-Based Learning Activities. http://cea.curtin.edu.au/tlf2000/abstracts/oliverr2.html. Dicapai pada 15 Februari 2003. Omardin Ashaari (1999). Pengurusan Persatuan: Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Patterson, T. (2000). The effects of a therapeutic horseback riding experience on selected behavioral and psychological factors of ambulatory adults diagnosed with multiple sclerosis. Unpublished masters thesis, Bowling Green State University, Bowling Green, Ohio. Paul Krome and Erin Smith (2006). Physical education teachers bring fast-paced, fast-growing sport into the classroom. ProQuest Education Journals pg. 7 Pejabat Pendidikan Daerah Manjung (2000). Kokurikulum. http://mercury.igalaksi.com/ppdmanjung/kokuri.htm. Dicapai pada 17 Februari 2003. Pusat Perkembangan Kurikulum (1995). Kertas Konsep Kemahiran Generik. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Quek Chin Hwee, Steven (1994). The relationship between sports participation and academic performance. Singapore Sport Council. Singapore. Radloff, A. dan De La Harpe, B. (2002). Issues in Integrating Generic Skills into the
th

Curriculum. Dalam Proceedings of the 11 Annual Teaching Learning Forum. Perth: Edith Cowan University. Ramli Ishak. (1999). Persepsi dan sikap pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Batu Lima, Gurun, Kedah terhadap kegiatan kokurikulum: Satu tinjauan. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Teknologi Malaysia. Raymore, L., Godbey, G., Crawford, D., & von Eye A. (1993). Nature and process of leisure constraints: An empirical test. Leisure Sciences, 15, 99-113. Raymore, L.. A, Gogbey, G. C, Crawford, D. W & Von Eye, A. (1993). A nature and process of leisure constraints : An empirical test. Leisure Sciences, 15, 104. Raymore. L. A., Godbey. G. C., & Crawford. D. W. (1992) . The perception of constraints on leisure among adolescent: Support for Crawford, Jackson, and Godbey Model, in the 1992 Leisure Research Symposium Oct. 15 18, 1992.

Reigeluth, M. (1999). Modul 7: Generic Skills. http://www.indiana.edu/~idtheory/methods/m7a.html . Dicapai pada 13 Februari 2003. Roslan Ahmad. (1994). Pandangan pelajar Politeknikn Ungku Omar terhadap aktiviti kokurikulum (sukan) : Satu tinjauan. Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia. Salman, N. W. (1997). Sports in Malaysia : Opportunities and barriers for women. Unpublished Masters Thesis, Leed Metropolitan University. Shaw, S.M.; Bonen, A.; & McCabe, J.F. (1991). Do more constraints mean less leisure? Examining the relationship between constraints and participation. Journal of Leisure Research, 23 (4), 286-300. Sheridan J. Coakes. (1999). SPSS Analysis without Anguish, Wiley & Sons Ltd. Australia. Siti Hajar Bt Ismail (2000). Satu Kajian Mengenai Hubungan Pengurusan Dengan Pencapaian Dalam Bidang Kokurikulum. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Utara Malaysia. Smigiel, H. dan Merritt, L. (1999). A New Approach to Communication Training in the Workplace. Journal of Vocational Education and Training. Vol. 51. N.4. M.s 629-640. Smith, R.W. (1987). Leisure of disabled tourists: Barriers to participation. Annals of Tourism Research, 14, 376-389. Sofian Omar Fauzee (2002). Psikologi Sukan: Konsep Dalam Latihan Dan Pengajaran Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.. Sugiyono (2010). Statistika untuk Penelitian. Bandung: Alfabeta. Suharsimi Arikunto (2000). Manajemen Penelitian. Jakarta: Rineka Cipta. Sumarni Dahrir dan Borhan Yusof (2002). Matlamat Dan Implikasi Kokurikulum Terhadap Pelajar. Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1989. Pendidikan Jasmani: Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/1998. Ujian Daya Tenaga Asas: Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979. Pendidikan Jasmani: Kementerian Pelajaran Malaysia. Suriati Chek Pi dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002). Kokurikulum Menjana Ke Arah Keseimbangan Pelajar . Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd..

Teng Bon Teng (1984). Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah (Edisi ke-2). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.. Thomas H Sawywr (2006). Point-Counterpoint: The Physically Illiterate Physical Educator. Pro Quest Education Journals pg. 2 Torek Sulong (2001). Kelantan Yakin Program Kokurikulum Berkesan. http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita.php3?id=467 . Dicapai pada 17 Februari 2003.

Tuan Ismail Tuan Soh (1999). Kokurikulum Dari Perspektif Falsafah Pendidikan Negara. Dalam Tuckman Bruce W. (1985). Evaluating Instructional Program. Ed. Ke-2. Boston: Allyn and Bacon. Tuckman. (1978). Conducting educational research, 2nd Edition. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc. Universiti ICFAI (2003). Co-Curricular & Extra-Curricular Activities. Hyderabad: Universiti ICFAI. http://www.icfai.org/ugprograms/main/Co_Curricular_. Dicapai pada 20 Mac 2003. Upward, H. (1989). Enterprise in Action. Dalam Warwick, D. (1989). Linking Schools and Industry. Oxford: Basil Blackwell. Ltd.. Vasudevan T. Arosoo (1988). Kegiatan Ko-Kurikulum: Penyeliaan Dan Pentadbiran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.. Wackerle Career and Leadership Center (2002). Co-Curricular Profile a Leadership & Involvement resume-a tool for future employment. Illionis: Monmouth College. Wade & H.T.A Whiting (1985), Motor development in children: Aspects of coordination and control, pp. 341-361. Amsterdam: Martinus Nijhoff Publishers. Illuminare Volume 7 (1), 2001 38 Wade, M.G., & Hoover, J.H. (1985). Mental retardation as a constraint on leisure. In M.G. Wade (Ed.), Constraints on leisure (pp. 83-110). Springfield, IL: Charles C. Thomas. Wan Abd. Aziz Wan Mohd Akib dan rakan-rakan (1999). Ko-Kurikulum: Mendokong Ke Arah Penerapan Globalisasi Pendidikan. Dalam Prosiding Konvensyen Pendidikan UTM 99. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Wankel, L.M. (1998). Exercise adherence and leisure activity. In Exercise Adherence: Its Impacts on Public Health (edited by R.K. Dishman), pp. 369-396. Leeds : Human Kinetics Europe. Wee Eng Hoe (1994). Organisasi dan pentadbiran sukan dan Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe (1996). Gerak kerja kokurikulum (sukan). Selangor : Fajar Bakti Sdn Bhd. Wiersma W. 2000. Research In Education : An Introduction. Boston: Allyn and Bacon. Williams, K., & Bird, M. (1992). The aging mover: A preliminary report on constraints to action. International Journal of Aging and Human Development, 34 (3), 241-255. Yusof Man (1983). Sejauh manakah penglibatan murid-murid dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah mempengaruhi pencapaian akademik. Tesis Bacelor Pendidikan: Universiti Putra Malaysia. Yusoff Ismail (1993). Peranan Pendidikan Jasmani Dalam KBSM. Dalam Adnan Kamis (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaimi Abu Bakar (1996). The Perceptions of Secondary School Teachers Regarding The Value of Co-Curricular Activities.: Universitiy of Houston dan Institut Aminuddin Baki: Sarjana Pendidikan. Zainal Sabu. (1999). Persepsi guru-guru terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum di Sekolah Menengah di N.Sembilan. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Malaya. Zainuddin Mohamad dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Penetapan Matlamat. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Malaya. Zainun Ishak dan Aini Hassan (1993). Satu kajian penglibatan pelajar tingkatan IV di Malaysia dalam aktiviti rekreasi. Jurnal Pendidikan 18: ms 79 88. Zulkafli Mansor (1997) Hubungan antara faktor sekolah dengan penglibatan kokurikulum di kalangan pelajar. Tesis tidak diterbitkan : Universiti Utara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai