3.sAJAK Persahabatan - GURU
3.sAJAK Persahabatan - GURU
Maksud Sajak
Rangkap 1
Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju
kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main
keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui
senyum dan ketawanya.
Rangkap 2
Rangkap 3
Rangkap 4
Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra.
Mereka tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka
telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya
perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah bersatu hati
membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.
Tema
Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum – masyarakat berbilang
kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.
Persoalan
1
1. Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama.
2. Persoalan keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau
curiga antara satu sama lain.
4. Persoalan sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa
Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama.
Nada
Gaya Bahasa
1. Kata ganda
Kanak-kanak / Bermain-main / berkejar-kejaran.
2. Personifikasi
pipi tampak ceria bergincu (Rangkap 2, baris 3)
3. Inversi
bertindik hidung menguntum seri (Rangkap 3, baris 3)
4. Simile
Dirinya bagai digamit bermain bersama. (Rangkap 3, baris 6)
5. Anafora
pada wajahnya meriak gembira
pada bibirnya menguntum ceria. (Rangkap 1, baris 5&6)
6. Asonansi
melihat saja telatah manja (Rangkap 3, baris 4)
pengulangan konsonan ’a’
7. Aliterasi
menterjemah makna kejiranan (Rangkap 3, baris 8)
pengulangan konsonan ’n’.
Bentuk
2
1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap
4. Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris.
Nilai
1. Nilai perpaduan
Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan
negara.
Pengajaran
2. Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain.
3. Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan
negara.
Latihan
3
Jawapan:
1. Maksud rangkap ketiga sajak ini ialah Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India
yang menegenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung. Apabila dia melihat
keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka
timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.