Anda di halaman 1dari 8

BAHASA ESTETIKA 1.

Wawasan 2020 yang diuar-uarkan /diilhamkan / dihebah-hebahkan oleh mantan (bekas) Perdana Menteri, Dato Seri Dr Mahathir melahirkan generasi penggerak wawasan yang betul-betul berkaliber, berwibawa dan berintelek. 2. Meranapkan impian Malaysia menggapai hasrat dan visi wawasan 2020.

3. Namun belakangan ini entah apalah yang telah merasuk sebahagian kecil manusia sehingga mereka tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang sanggup membunuh darah daging sendiri.

4. Nilai-nilai murni dan etika hidup yang mulia dapat disemat dalam sanubari setiap individu. 5. Agama menjadi benteng dan pedoman untuk menempuh kehidupan yang penuh ranjau dan menangkis segala cabaran kehidupan. 6. Manusia yang hidup terumbang-ambing tanpa sebarang pegangan hidup di dunia ini ibarat kemudi hilang nakhoda 7. Manusia hari ini menjunjung nilai kebendaan dan menginjak kasih sayang. 8. Manusia yang hilang kepercayaan agama dan nilai murni dapat diibaratkan seperti kapal yang kehilangan nakhoda.

9. Membaca menjadi senjata yang ampuh untuk meluaskan horizon minda kita. 10. Ilmu pengetahuan dapat membina perisai diri yang kukuh dan mapan dalam kalangan generasi muda. 11. Perpustakaan yang merupakan gedung ilmu memainkan peranan yang amat signifikan. 12. Ilmu pengetahuan dapat menjadi alat pengukur membezakan antara golongan yang bijaksana dengan yang jahil, malah dapat menjadi pengukur antara yang maju dengan yang mundur. 13. Kata-kata Aristotle ukuran tamadun bagi sesuatu bangsa itu bukan terletak pada kesuburan tanahnya, tetapi terletak pada kesuburan minda rakyatnya. 14. Statistik yang menyatakan purata rakyat Malaysia membaca hanya dua buah buku dalam setahun menggambarkan betapa jumudnya pemikiran rakyat Malaysia dan jikalau dibandingkan dengan rakyat Jepun yang purata membaca melebihi 100 buah buku setahun, perbandingan tersebut ibarat langit dengan bumi. 15. Jatuh bangunnya negara maju mundurnya negara adalah dalam tangan rakyat yang berilmu, berwawasan dan berpandangan jauh.

16. Sungai yang tidak berdosa ini telah dicemari dan dinodai oleh tangan manusia yang hanyut dalam arus pembangunan dunia. 17. Ingatlah kita kepada pesanan alam ini sebenarnya bukanlah kita warisi daripada generasi yang terdahulu, sebaliknya kita pinjam daripada generasi yang akan datang. 18. Gaji merupakan daya penarik dan elemen signifikan untuk memenuhi segala keperluan mereka. 19. Pendapatan bukanlah kayu pengukur untuk menentukan kemuliaan sesuatu profesion. 20. Dunia sukan negara mulai digelumangi / diselubungi pelbagai masalah baru. 21. Kejayaan merangkul pingat emas telah menjulang nama Malaysia di persada sukan dunia.

22. Pembangunan bangunan pencakar langit telah membuka peluang kepada ... 23. ... adalah elemen negatif yang menjadi virus kepada penurunan nilai tambah kecemerlangan para pelajar. 24. Siapakah pelaksana yang akan menterjemahkan semua ini menjadi kenyataan?

25. Sumbangan mereka telah memacu satu momendum ke arah menggerakkan politik negara ke arah kegemilangan. 26. Benteng ketahanan diri mudah dibolosi. 27. ... tidak menjerumuskan diri ke lembah maksiat. 28. ... menhanyutkan anak-anak dalam arus sosial. 29. ... dapat digunakan sebagai alat untuk mengintegrasikan dan menyatupadukan pelbagai etnik.

30. Ramai orang berfikir bahawa terminologi sihat itu hanya terletak kepada tubuh badan yang sihat tegap dan sasa. Namun, kesihatan sebenarnya merangkumi kesejahteraan fizikal dan rohani iaitu yang meliputi tubuh badan, mental, emosi, dan rohani. 31. Memanglah jikalau diturut hukum lidah setiap yang manis dan lemak itu sedap dan berselera, namun kesengsaraan yang bakal ditanggung oleh badan harus dipertimbangkan juga. 32. Kita seyogianya membuang budaya salah apabila sakit baru hendak berjumpa doktor. Doktor bukan sahaja berfungsi sebagai penyembuh penyakit, sebaliknya mereka amat professional sebagai perunding dalam mengawal penyakit.

33. Alam merupakan komponen yang terdiri daripada unsurunsur planet dan cakerawala di angkasa lepas dan unsurunsur seperti gunungganang, lautan, rimba belantara serta sungai dan tasik yang wujud di atas muka bumi. Semua komponen tersebut berperanan untuk memberikan pelbagai kemudahan kepada manusia. Lautan yang luas terbentang menyediakan pelbagai khazanah dan rezeki selain menjadi laluan perhubungan. Sementara bumi yang terhampar menyediakan kemudahan untuk manusia berlindung. Demikianlah uniknya alam ciptaan Tuhan.

Remaja 1. Remaja yang setahun jagung ini perlu diberikan bimbingan dan tunjuk ajar untuk membolehkan mereka mengemudikan hala tuju hidup mereka kelak. 2. Remaja yang bagaikan lalang ditiup angin mudah termakan pujukan rakan. 3. Remaja merupakan pelapis generasi akan datang. 4. Remaja boleh mengisi masa masa senggang mereka dengan aktiviti yang membawa kemaslahatan. 5. Remaja merupakan aset dan tonggak negara yang bakal menerajui kepemimpinan negara, khasnya dalam merealisasikan wawasan 2020. 6. Jika mantap remajanya, maka perkasalah negara itu, jika pincang remajanya, maka kecundanglah negara itu. 7. Kata-kata pujangga berkas Presiden Indonesia, Sukarno Berikan saya 1000 orang tua, nescaya saya dapat mengangkat sebuah gunung, tetapi jika saya diberikan 100 orang pemuda, nescaya saya dapat menggoncangkan dunia ini. 8. Jiwa remaja sangat rapuh ibarat rebung, salah dilentur akan patah.

Ibu Bapa 1. Rumah menjadi tempat menjalin ikatan kasih sayang dan kemesraan. 2. Rumah bukan lagi syurga kepada anak-anak sebaliknya bagaikan neraka. 3. Ibu bapa perlu bertindak sebagai agen pemupukan dalam pembentukan sahsiah mereka. 4. Ilmu keibubapaan merupakan perisai yang paling ampuh untuk mengelakkan ... 5. Ibu bapa ialah nakhoda kapal dalam kehidupan remaja sebelum remaja mengorak langkah ke alam dewasa. 6. Ibu bapa perlu sedar bahawa bumi mana tidak ditimpa hujan (peluang perlu diberikan) 7. Ibu bapa yang prihatin menjadi pengurai kepada seribu satu masalah. 8. Ibu bapa tidak mengharapkan berbilion-bilion wang ataupun segudang emas daripada kita malah hanya menginginkan segulung ijazah kita. 9. Institusi keluarga yang goyah dan rapuh 10. Ketandusan kasih sayang dan goyah pegangan agama mengheret remaja ke lembah jenayah. 11. Ibu bapa perlu menanam dan menyemai nilai-nilai moral dalam sanubari supaya wujud insan yang kami dan soleh. 12. Ibu bapa yang menjadi payung rahmat tidak menggalas tanggungjawab mendidik. 13. Ibu bapa merupakan insan yang terpenting dang terutama dalam hidup setiap manusia. 14. Ibu bapa telah mendidik kita tentang asas-asas kehidupan seprti berjalan, berlari dan bertutur. 15. Ibu bapa turut membentuk akhlak kita dengan mencurahkan nilai-niali murni dalam sanubari kita. 16. Ibu bapa mengutamakan keselamatan kita dan sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk melindungi kitat daripada segala ancaman. 17. Ibu bapa menjadi pencorak insan yang berpekerti mulia. 18. Kasih sayang menjadi resipi penting untuk menyemarakkan sifat berbudi bahasa. 19. Asuhan dan belaian yang sempurna menjadi baja kepada pertumbuhan sahsiah anak-anak. 20. Emosi yang tenteram dan minda yang cerdas menjadi benteng penebatmelakukan perbuatan antimoral. 21. Ibu bapa menghayati prinsip 3 fasa dalam mendidik anak-anak (Fasa 1 umur 1 7 tahun bermain, Fasa 2 umur 7 14 tahun mendidik, dan Fasa 3 umur 14 21 tahun bersahabat).

Media Massa 1. Akhbar sebagai lidah penyampai maklumat.

2. Televisyen menjadi sumber prima yang menghidangi rakyat dengan berbagai-bagai resipi maklumat. 3. Rancangan-rancangan hiburan televisyen telah menjadi sebahagian daripada resipi hidup manusia moden. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN 1. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah 2. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini 3. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan 4. Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu 5. Apabila berkata sahaja perkataan , pasti yang terlintas dalam otak benak kita ialah 6. Saban hari berita tentang ___(isu)___ sering menjadi hamparan majalah yang menghiasi dada akhbar 7. ___(isu)___ menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat. 8. ___(isu)___ menjadi santapan mata dan telinga masyarakat. 9. ___(isu)___ sering terpampang di dada-dada akhbar. 10. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. 11. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. 12. Majoriti anak pada zaman pascamodenisasi ini hanya mengejar kebendaan dan kekayaan serta bersikap materialistik. ___(perkara yang tidak dapat dilihat)___ yang ternilai dan berharga pula dipinggirkan oleh anak-anak. 13. Ledakan maklumat serta bahang industrialisasi yang menyelubungi negara kita ialah petanda baik ke arah pembangunan dan kemajuan yang boleh dibanggakan. 14. Rasuah bukan sahaja boleh melumpuhkan kemajuan negara yang telah dicapai malah merencatkan sistem ekonomi negara. 15. ___(isu)___ tidak pernah lari daripada kamus kehidupan rakyat Malaysia yang kian maju. Masalah ini yang diumpamakan duri dalam daging ini sudah lama bersarang dalam masyarakat kita sejak beberapa dekad yang lalu. Amalan tumbuk rusuk ini sebenarnya membawa impak yang tidak dapat dijangkakan oleh mana-mana pihak. 16. ___(isu)___ penyakit sosial yang semakin menular dalam masyarakat kita. 17. Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha 18. Persoalan yang sering berlegar-legar dalam otak benak kita ialah ... 19. Kebanyakan individu yang terlibat dalam kes rasuah telah kehilangan pedoman hidup dalam marcapada yang penuh dengan kejahatan. Mereka bagaikan perahu yang patah pendayung di tengah lautan kerana senang diperdaya oleh orang lain dan tidak mempunyai matlamat tertentu.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN 1. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. 2. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. 3. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. 4. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. 5. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Persoalan mengapakah dan bagaimanakah tentulah tidak mudah dijawab. Walau bagaimanapun, agenda kita sekarang ialah bertindak tetapi bukannya menopang dagu atau menuding jari ke arah orang lain. Jadi, masyarakat harus berganding bahu dan memainkan peranan yang penting untuk membendung kegiatan jenayah. 6. Angka-angka yang tertera di dada akhbar menyedarkan kita betapa kroniknya masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Oleh sebab ___(isu negatif)___ semakin serius sehingga sukar dibendung, banyak implikasi telah timbul di negara kita. 7. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum bahtera ditelan samudera, sebelum negara hancur binasa, sampai bilakah angkara nanar dan pincang seperti ini akan berterusan?

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN 1. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah 2. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa 3. Memang tidak dapat disangkal bahawa 4. Dari perspektif yang berbeza, 5. Dari perspektif yang lebih luas, 6. Faktor yang paling dekat menjuruskan fenomena ini ialah 7. Jika dilihat dari sudut yang lain, 8. Jika direnung sejenak, 9. Jika difikir sejenak, 10. Jika ditinjau dari aspek yang berbeza, 11. Tidak ketinggalan juga, 12. Sama ada kita sedar atau tidak, 13. Dari kaca mata masyarakat Malaysia, 14. Pernahkah terlintas dalam gawang minda kita bahawa 15. Pernahkah terlintas dalam otak benak kita bahawa ... 16. Tahukah anda ? Sebenarnya, 17. Tahukah anda ? Memang benar bahawa 18. Sebagaimana yang kita maklumi

PENANDA WACANA UNTUK HURAIAN 1. Rentetan daripada fenomena itu, 2. Ekoran daripada masalah itu, 3. Susulan daripada itu, 4. Dalam konteks ini, 5. Erti kata yang lain, 6. Dengan erti kata lain, 7. Pendek kata, 8. Ringkasnya, 9. Lantaran daripada itu, 10. Bertitik-tolak dari sinilah, 11. Bermulalah episod yang menderita di diri remaja yang 12. Natijahnya, 13. Akibatnya, 14. Malangnya, 15. Lebih-lebih lagi, 16. Lumrahnya, (Biasanya) 17. Demi kesejahteraan masyarakat sejagat, 18. Sehubungan itu, 19. Memandangkan hal demikian, 20. Secara tidak langsung, 21. Yang menjadi kemusykilan ialah ... 22. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas,

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH / PERIBAHASA 1. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah 2. Sebagai analoginya, 3. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah 4. Tamsilnya, 5. Kita perlu berpegang pada kata-kata peribahasa ___(peribahasa)___ 6. Alangkah baiknya sekiranya 7. Cuba bayangkan, jika ... 8. Mengutamakan konsep ___(peribahasa)___ 9. ... dapat dicapai dengan adanya konsep ___(peribahasa)___ 10. Perkara ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa ___(peribahasa)___

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN 1. Intihanya, 2. Secara holistik, 3. Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas 4. Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan .. 5. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama .. 6. Sebagai penghias bicara akhir, 7. Justeru, dapat dirumuskan bahawa 8. Yang pasti, bangsa dan negara akan hancur dan porak-peranda jika gejala sosial ini dibiarkan berlaku. 9. Sinergi pelbagai pihak diperlukan seandainya kita ingin ... bercambah di negara kita. Tanpa kerjasama masyarakat, segala usaha akan seperti mencurah air ke dalam keladi. 10. Segala usaha yang direncanakan tidak akan menunjukkan bayang-bayang kejayaan tanpa komitmen daripada semua pihak kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Biarlah suatu hari nanti nama Malaysia berkumandang di arena antarabangsa dengan nama yang suci bersih dan bukannya bagai kerbau runcing tanduk daripada masalah yang memeningkan ini. 11. Komitmen dan kerjasama yang jitu lagi padu amat diperlukan daripada semua pihak agar masalah yang diibaratkan sebagai duri dalam daging ini dapat dibendung. Pendek kata, pelbagai pihak perlu berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk membanteras gejala ini hingga akar umbi. 12. Lantaran itu, kita tidak boleh memandang enteng terhadap ... Janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah. Hal ini demikian kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang ... perlu diimplementasikan secara berterusan sebelum nasi menjadi bubur.

Sinonim Menangani Membasmi Membanteras Memerangi Mengekang Membendung Mengatasi Merintangi Menghalang Meminimumkan zdvnk zdv Sslub dan minhaj Pendekatan Langkah Cara Usaha Alternatif Uslub Tindakan Kaedah Inisiatif Formula terbaik Mengundangkan Mendatangkan Menyebabkan Mengakibatkan Mendorongkan Menyumbangkan Punca Faktor Sebab Pencetus Kerjasama Komitmen Bergading bahu Menggembleng tenaga Membanting tulang Kesan Padah Akibat Implikasi Kebaikan Keburukan Vital Perdana Dominan Efektif Pragmatik Proaktif Drastik Konkrit Sistematik Agresif Situasi ini Fenomena ini Senario ini Keadaan ini Menjejaskan Merencatkan Mencacatkan Melumpuhkan Didefinisikan Diinterprestasikan Ditakrifkan Masalah Barah Gejala Amalan tumbuk rusuk Kekangan Cabaran Halangan Kemelut Kebejutan Masyarakat yang heterogen ini (masyarakat pelbagai kaum) Etnik kaum yang rencam (pelbagai kaum) Parah Kronik Segenap lapisan masyarakat (Semua lapisan masyarakat)

Anda mungkin juga menyukai