Anda di halaman 1dari 28

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

NAMA PELAJAR: SUZANNA BINTI JUSIMIN NOMBOR KAD PENGENALAN: 930626-12-6328 KUMPULAN: SAINS SK AMBILAN JUN 2011 MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU AKADEMIK 1 KOD MATA PELAJARAN: PM1311P5 NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: PN. HAMIDAH BT CHE MEH TARIHK SERAHAN: 15 OGOS 2011

Isi Kandungan Tajuk Akuan Kerja. Pendahuluan.. Penghargaan Tugasan Bunyi-bunyi Bahasa Melayu. Alat-alat artikulasi.. Daerah Artikulasi Bunyi Vokal. Bunyi Konsonan. Bunyi Diftong.. Muka Surat

Refleksi Lampiran. Rujukan...

BUNYI-BUNYI BAHASA MELAYU FONETIK DAN FONOLOGI Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik adalah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu bahasa. Fonetik juga diertikan sebagai satu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian ini memberikan tumpuan kepada bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan dan diintrepretasikan. Kajian ini juga turut melihat organ-organ pertuturan anusia menghasilkan bunyi tertentu. Fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesutau bahasa. Fonologi juga dierikan sebagai sub bidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam manusia. Ini diertikan dalam buku Linguistik: Penghantar Bahasa dan Komunikasi yang dikarang oleh Adrian Akmajian. Fonologi merupakan kajian tentang system bunyi bahasa. Fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia marakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan symbol-simbol khusus. Contohnya untuk mengetahui sebutn sebenar, aplikasi symbol-simbol amat penting. Umumnya, dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama adalah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua adalah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut dan rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi vokal yang lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.

ALAT-ALAT ARTIKULASI Ahli biasa dan ahli linguistik telah mentakrifkan bahasa sebagai satu system bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang yang diujarkan oleh manusia dengan mengunakan alat-alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran. Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan yang amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Menurut Dr. Abdullah Hassan, alat artikulasi adalah alat pengeluaran bunyi. Menurut Kamus Dewan adisi ketiga pula, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu organ (1998:27). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan (1998:1502) Dalam aspek pertuturan, pengeluaran bunyi amat penting dan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu: a) Alat bahagian dalam tubuh b) Alat artikulasi c) Daerah artikulasi ALAT BAHAGIAN DALAM TUBUH i) Paru-paru Paru-paru adalah organ yang bertanggungjawab menyedut udara dan mengepam udara keluar seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Kebanyakkan bunyi yang dihasilkan adalah proses daripada pengepaman keluar udara dari paru-paru. Kualiti bunyi yang dihasilkan bergantung pada proses pengembangan dan pengucupan paru-paru, Lazimnya, apabila kita bercakap, udara yang disedut masuk ke dalam paru-paru tidaklah sama banyak sperti kita bernafas biasa. ii) Trakea Ia merupakan saluran utama di antara larinks dan paru-paru. Alat ini membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk paruparu dan keluar kembali. Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang diamanipulasi oleh alat dan daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi

iii)

Larinks Organ ini pula adalah bahagian pipa mengandungi tisu yang dinamakan pita suara. Ini adalah alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara.

iv)

Pita Suara Organ ini terdiri daripada dua keeping tisu nipis yang dipanggil pita suara. Dua keping ini dirapatkan menjadi tertutup rapat dan direggangkan menjadi terbuka luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan cepat. Apabila pita suara ini dirapatkan, saluran udara menyempit. Ini menyebabkan udara keluar menghasilkan bunyi seperti apabila kita melafazkan bunyi awal kata habis dalam Bahasa Melayu. Manakala apanila dirapatkan hingga tertutup, iaitu sehingga pita suara ini menyentuh satu sama lain, maka udara yang melaluinya menyebabkan ia bergetar. Tinggi rendah kelangsingan suara bergantung pada bagaimana pita suara ini diubah suai. Ruang di antara pita-pita suara ini dinamakan glottis. Di kawasan inilah terhasilnya hentian glottis.

Rajah 1: Keadaan pita suara

v)

Kotak suara Kotak suara merupakan tempat letaknya pita suara. Ia terdiri daripada beberapa keping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian ini juga dikenali sebagai halkum. Fingsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua iaitu fungsi biologi dan fungsi bahasa. Fungsi biologinya ialah bagi

melindungi paru-paru dengan menahan butir-butir makanan dan juga cecair daripada memasuki trakea. Sementara fungsi bahasa, ia

menghasilkan bunyi-bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang diubah suai. vi) Epiglotis Epiglottis adalah tisu yang terletak di belakang lidah dan di hadapan pintu masuk ke larinks. Ia tidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya memberikan laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain. vii) Farinks Alat ini adalah pipa yang membentuk kerongkong yang menghubungkan larinks dengan bahagian atau rongga tekak, anak tekak dan rongga hidung. ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara. Lidah

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi. Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan langit keras dan lelangit lembut Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi

Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi.

Gigi

Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah begitu aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ ], [ ], [ ] dan [ ] gigi turut sama berperanan , iaitu sebagai daerah penyebutan.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras ini juga berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunnaikkan. Apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Dengan demikian alat ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.

Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

Rongga hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

Rajah 2: Bahagian alat-alat artikulasi manusia

DAERAH ARTIKULASI Daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana berlakunya halangan dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) untuk menghasilkan konsonan. Bersama cara artikulasi dan pembunyian, inilah yang menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan. Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gigi

Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi. Gusi

Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras ini juga berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunnaikkan. Apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Dengan demikian alat ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.

Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau. BUNYI VOKAL Bunyi vokal adalah bunyi bahasa yang tidak mengalami sebarang gangguan pada arus udara. Bunyi vokal dihasilkan melalui penyuaraan maka pita suara merupakan alat yang penting sekali dalam penghasilan bunyi vokal. Selain pita suara, lidah, bibir dan lelangit lembut juga merupakan alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi vokal. Kedudukan lidah boleh diturunkan atau dinaikkan dan dengan pergerakan lidah ini, bunyi vokal yang terhasil juga boleh rendah dan boleh tinggi. Bibir pula mungkin dihamparkan atau dibundarkan menurut kadar yang sesuai bagi sesuatu vokal yang dihasilkan. Apabila bibir dihamparkan akan terhasillah bunyi vokal depan, manakala apabila bibir dibundarkan akan terhasillah bunyi vokal belakang. Pada masa yang sama, lelangit lembut pula mungkin dinaikkan bagi menghalang udara daripada mengalir masuk ke rongga hidung dan dengan ini udara hanya dibenarkan masuk ke rongga mulut. Vokal Bahasa Melayu merupakan jenis vokal utama. Secara keseluruhannya, ada lapan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu, tetapi enam sahaja yang biasanya berlaku dalam pertuturan standard. Ciri-ciri yang menentukan vokal tersebut adalah: Bahagian lidah yang terlibat, sama ada hadapan atau belakang lidah

Ketinggian lidah dinaikkan Keadaan lelangit lembut Kedudukan bibir sama ada hampar atau bundar Keadaan glottis, dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar.

Perbezaan bunyi antara satu vokal dengan vokal yang lain ditentukan oleh kedudukan lidah. Kedudukan lidah tersebut sama ada tinggi, rendah, separuh rendah atau sebagainya.

Rajah 3: Kedudukan vokal bahasa Melayu Rajah di atas dianologikan sebagai keratin rentas lidah manusia.Bahagian sebelah kiri adalah bahagian hadapan lidah manakala bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah. Garis-garis yang melintang pula menggambarkan tinggi atau rendah lidah dinaikkan. Sebagai contoh, untuk membunyikan vokal (u), lidah dinaikkan dengan tinggi namun untuk membunyikan vokal (a), lidah diangkat rendah sahaja. Vokal bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: a) Vokal hadapan (i)- vokal depan sempit (e)- vokal depan separuh sempit (a)- vokal depan luas/ lapang ()- vokal depan separuh luas

b) Vokal belakang (u)- vokal belakang sempit (o)- vokal belakang separuh sempit ()- vokal belakang separuh luas/ lapang

c) Vokal tengah ()- vokal tengah

Bagi bunyi vokal () dan (), tidak ada huruf yang khusus dalam system tulisan. Huruf yang dipakai untuk melambangkan bunyi vokal () adalah e, manakala bunyi vokal () dilambangkan oleh huruf o. Bunyi ini wujud daripada dialek yang digunakan oleh masyarakat setempat. KEADAAN BIBIR SEMASA MEMBUNYIKAN VOKAL

Rajah 4: Keadaan bibir semasa membunyikan vokal

CARA MEMBUNYIKAN SETIAP VOKAL Setiap bunyi vokal dibunyikan dengan cara yang berlainan. Kedudukan alatalat atikulasi seperti kedudukan lidah, keadaan bibir dan anak tekak adalah berbeza untuk setiap vokal yang dibunyikan. JENIS VOKAL Vokal belakang sempit (u) CARA MEMBUNYIKANNYA i) ii) Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. iv) v) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan

Vokal belakang separuh sempit (o)

i) ii)

Keadaan bibir bundar Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut.

iii)

Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

iv) v) Vokal depan sempit (i) i) ii)

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras.

iii)

Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung. iv) v) Vokal depan separuh i) ii) Udara dari paru-paru ke rongga hidung Pita suara digetarkan Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan separuh tinggi kea rah gigi gusi. iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. iv) v) Vokal depan separuh luas atau lapang () i) ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung. Pita suara digetarkan Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan separuh rendah kea rah gusi iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung iv) v) Vokal depan luas atau lapang (a) i) ii) iii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan Keadaan bibir hampar Depan lidah ditrunkan serendah mungkin Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung iv) v) Vokal belakang separuh luas atau lapang () i) ii) iii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan Keadaan bibir bundar Belakang lidah dinaikkan separuh rendah Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak

sempit (e)

keluar melalui rongga hidung iv) v) Vokal tengah () i) ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan Keadaan bibir antara hampar dengan bundar Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung iv) v) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan

BUNYI KONSONAN Konsonan merupakan huruf selain vokal. Bunyi konsonan terhasil melalui sekatan, sempitan dan geseran. Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersura dan mungkin juga tidak bersuara. Dalam bunyi konsonan, terdapat bunyi konsonan Melayu asli dan juga bunyi konsonan Melayu pinjaman.Semasa menghasilkan bunyi konsonan, berlaku sekatan atau geseran dalam rongga tekak atau rongga mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung pada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. Seperti bunyi huruf vokal, penghasilan bunyi-bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa perkara seperti berikut: Keadaan glottis Glotis dirapatkan dan pita suara direnggangkan bergetar tatkala arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi suara atau glottis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Menghasilkan bunyi tidak bersuara. Perlu diingat bahawa jika glottis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru-paru melaluinya, bunyi yang terhasil ialah bisikan. Keadaan lelangit lembut Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral. Jika lelangit lembut

diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal. Cara arus udara keluar dari paru-paru akan menghasilkan pelbagai kategori buni konsonan iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran dan separuh vokal. Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-lelangit keras, konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak. CARA MENGHASILKAN BUNYI-BUNYI KONSONAN Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu dihuraikan mengikut cara

penghasilannya, iaitu dari segi cara arus udara keluar dari paru-paru. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu, iaitu letupan, letusan, geseran, sisian, sengau dan sepauh vokal. KONSONAN LETUPAN Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihailkan dengan membuat sekatan di antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi (merapatkan alat sebutan dengan mana-mana daerah sebutan) Ini menyekat arus udara dari paru-paru sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta, menghasilkan bunyi letupan. Jika sekatan ini tidak delepaskan, akan terhasil bunyi hentian glottis (?). KONSONAN DUA BIBIR (p- tidak bersuara) DAN (b- bersuara) Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah dengan

merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta. Jika semasa menhasilkan bunyi itu glottis direnggangkan, pita suara tidak bergetar dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak

bersuara, iaitu (p). Tetapi jika glottis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara (b). LETUSAN GUSI (t- tidak bersuara) DAN (d- bersuara) Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah dengan merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta. Jika semasa penghasilan bunyi ini glottis direnggangkan, pita suara tidak bergetar dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara iaitu (t). Tetapi jika glottis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialh letupan gusi bersuara(d). LETUPAN LELANGIT LEMBUT (k- tidak bersuara) DAN (g-bersuara) Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah dengan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang belakang lidah dengan lelangit lembut. Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan serta-merta. Jika semasa penghasilan bunyi itu glottis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara iaitu (k). Tetapi jika glottis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelabgit lembut bersuara iaitu (g). HENTIAN GLOTIS (?) Konsonan hentian glottis dihasilkan dengan cara pita surara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian glottis.

Hentian glottis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf k, contohnya (buda?) dan (kapa?). KONSONAN LETUSAN ( c- tidak bersuara) dan ( j- bersuara) Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara daripada paru-paru. Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan, menghasilkan bunyi letusan (berbanding dengan letupan yang dihasilkan dengan serta-merta). Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan gusi-lelangit keras tidak bersuara (c) dan bersuara (j). KONSONAN LETUSAN GUSI-LELANGIT KERAS Konsonan ini dihasilkan dengan cara depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depam lidah dengan gusi-lelangit keras. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan. Jika seaktu menghasilkan bunyi ini glottis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusilelangit keras tidak bersuara (c). Tetapi jika glottis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras bersuara (j). KONSONAN GESERAN Konsonan geseran (atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan ini dan bergeser. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara (s) dan konsonan geseran glotis (b).

KONSONAN GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA (s) Konsonan geseran gusi tidak bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Arus udara dan paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Maka terhasillah konsonan geseran gusi tak bersuara (s)

KONSONAN GESERAN GLOTIS (h) Konsonan geseran glottis dihasilkan dengan cara glottis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Contoh kehadiran dalam perkataan adalah dalam perkataan hutan, sahaja dan suluh.

KONSONAN GETARAN ( r- lidah bergetar) Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebrang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara mengetarkan lidah. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran iaitu konsonan getaran gusi (r). Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan mengangkat hujung lidah kea rah gusi dan mengetarkan hujung lidah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

KONSONAN SISIAN (l) Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut. Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya satu konsonan sisian iaitu sisian gusi (l). Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah gusi (l). Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah gusi atas dan

lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. KONSONAN SENGAU Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam ronnga mulut. Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Satu perbezaan anatar bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau, arus udara keluar melalui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat konsonan sengau, iaitu konsonan sengau dua bibir ( )dan konsonan sengau lelangit ( .)Berikut dihuraikan cara menghasilkan konsonan-konsonan ini. Jenis konsonan Cara menghasilkan bunyi konsonan

Konsonan sengau Konsonan sengau dua bibir dihasilkan dengan bibir dua bibir (m) bawah dirapatkan ke bibir atas, lelangit lembut

diturunkan dan arus dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan sengau Konsonan sengau lelangit karas dihasilkan dengan gusi-lelangit keras depan lidah ditemu atau dirapatkan ke lelangit keras. () Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Oleh sebab lambang ( )tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf iaitu (ny) Konsonan sengau Konsonan sengau gusi-lelangit lembut dihasilkan dengan gusi-lelangit lembut () belakang lidah diangkat ke lelagit lembut. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf iaitu

(ng)

Daerah sebutan

1 Dua

2 Gusi

3 Gusi lelangit keras

4 Lelangit keras

5 Lelangit lembut

6 Pita suara

Cara sebutan Letupan tak bersuara Letupan bersuara Letusan tak bersuara Letusan bersuara

bibir

Sengauan m Geseran tak bersuara Geseran bersuara Getaran Sisian Separuh vokal w

n s

y/j

Rajah 6: Carta bunyi konsonan bahasa Melayu

BUNYI DIFTONG Bunyi diftong merupakan gabungan dua vokal. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat tiga jenis diftong. a. (ai) : sampai, gulai, cuai b. (au) : lampau, surau, pukau, silau c. (oi) : amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot

Rajah 5: Kedudukan lidah sewaktu membunyikan diftong Diftong (ai) Bunyi ini dapat dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi semasa menghasilkan bunyi vokal depan (a) dan scepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup (i). Walaubagaimanapun, bahagian depan lidah yang dinaikkan ini tidak sebenar-benar sampai kepada posisi seperti melafazkan bunyi (i). Hujung lidah menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnya. Kedudukan lelangit lembut dinaikkan dengan pita suara bergetar. Bentuk bibir dalam keadaan neutral dan pembukaan rahang dalam keadaan antara sederhana dan luas. Contoh bunyi ialah pandai dan tupai.

Diftong (au) Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi seperti melafazkan bunyi (a) dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal belakang tertutup (u). Walaubagaimanapun, bahagian belakang lidah ini tidak benar-benar menaik seperti mana melafazkan bunyi (u). Bentuk bibir pada mulanya tidak dalam keadaan bundar tetapi apabila hampir kepada selesainya lafaz bunyi ini, bentuk bibir menjadi bundar. Hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukaan rahang antara sederhana dan luas. Contoh bunyi diftong dalam bahasa Melayu adalah seperti pulau, kalau dan kerbau.

Diftong (oi) Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah mula mengeluncur pada posisi vokal belakang separuh tertutup (o) dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup (i). Semasa melafazkan bunyi ini, bentuk bibir adalah bundar pada geluncuran pertama tetapi menghampar semasa hamper selesai melafazkannya. Pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah luas. Diftong ai au oi Cara Penghasilan Vokal depan luas ke vokal depan sempit Vokal depan luas ke vokal belakang sempit Vokal belakang separuh sempit ke vokal depan sempit

Rajah 7: Carta diftong bahasa Melayu

REFLEKSI Setelah membuat tugasan ini, saya dapati bahawa bunyi- bunyi dalam bahasa Melayu mempunyai cabang yang banyak dan luas. Bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh manusia begitu unik sekali sehingga ia dapat dikelaskan mengikut jenis masing-masing. Bunyi-bunyi yang terhasil melalui percakapan atau pertuturan juga adalah berbeza dan dihasilkan dengan gabungan alat-alat serta daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi ini amat penting dalam membunyikan setiap bunyi yang bakal dihasilkan. Melalui tugasan ini juga, saya dapati bahawa bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu ini umumnya terbahagi kepada dua bidang utama iaitu bidang fonetik dan juga bidang fonologi di mana kedua-duanya berkait rapat. Saya juga mendapati bahawa bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia bukan dihasilkan dengan begitu sahaja tetapi dengan proses-proses yang amat kompleks bagi saya di mana keadaan alat-alat artikulasi adalah berbeza dan perlu diambil perhatian semasa membunyikan sesuatu bunyi. Terdapat banyak bunyi yang dihasilkan dalam pertuturan bahasa Melayu iaitu bunyi vokal, bunyi konsonan dan juga diftong. Kesemua jenis bunyi ini adalah berbeza antara satu sama lain. Selain itu, saya juga mendapati bahawa setiap huruf yang disebut itu terhasil melalui

pelbagai cara seperti letupan, letusan, sisian dan juga geseran yang mana sebelum ini saya tidak mengetahuinya. Dengan membuat tugasan ini, saya telah banyak mengetahui tentang bunyibunyi dalam bahasa Melayu itu sendiri. Sebelum ini saya tidak tahu tentang cara sesuatu perkataan ataupun huruf itu disebut, tetapi dengan mengkaji tentang tajuk ini, saya telah banyak mendapat informasi baru. Saya juga merasakan bidang fonetik dan juga fonologi ini memerlukan kajian dal penelitian yang dalam berkaitan dengan bunyi-bunyi kerana bagi saya bidang ini bukannya mudah. Namun begitu, kajian ini amat penting kerana kita akan dapat mengetahui bagaimana sesuatu perkataan atau huruf itu disebut dengan cara yang betul. Melalui kajian ini, banyak perkara yang telah saya pelajari dan ketahui. Ia merupakan sesuatu yang baik bagi saya.

PENDAHULUAN Tugasan Bahasa Melayu ini, kami telah diberikan satu tugas di mana kami perlu mengkaji tentang bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri. Kami perlu mengkaji tentang bidang utama dalam bunyi-bunyi bahasa Melayu iaitu Fonetik dan juga Fonologi. Semasa membuat tugasan ini, saya telah mencari pelbagai jenis rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Sumber rujukan utama saya adalah buku dan juga internet. Terlebih dahulu, saya menggumpulkan semua bahan yang telah saya peroleh sebelum memindahkannya ke dalam bentuk bertaip seperti yang telah saya lakukan ini. Kandungan bahan tersebut saya olah dengan sendiri. Tugasan ini bukanlah sesuatu yang mudah disiapkan kerana tajuk tugasan ini amatlah luas dan pelbagai kajian perlu dilakukan sebelum tugasan ini siap. Walaupun ia bukan sesuatu yang mudah namun tugasan ini memberikan banyak info tambahan kepada saya. Di samping itu, saya juga dapat mengkaji dengan sendiri tentang tajuk tugasan yang diberi tanpa perlu bergantung sepenuhnya dengan pensyarah. Akhirnya dengan usaha yang telah saya lakukan, saya mampu untuk menghasilkan tugasan ini dengan sendirinya. Tugasan ini amat bermakna dan saya berharap agar apa yang telah saya lakukan ini menepati kehendak tugasan yang diberikan.

PENGHARGAAN Syukur ke Hadrat Illahi kerana akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun menghadapi kesukaran semasa melakukannya. Dalam ruangan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah Bahasa Melayu saya iaitu Pn. Hamidah Che Meh kerana telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam melakukan tugasan ini. Beliau telah banyak memberikan pengetahuan kepada kami semua dan juga memberi pendapat agar kami dapat membuat tugasan ini seperti mana yang dikehendaki oleh soalan. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua rakan saya dalam Kelas 1 PPISMP Sains Ambilan Jun 2011 kerana turut membantu saya semasa saya menjalankan tugasan ini. Mereka telah banyak menyumbangkan idea, pendapat, sokongan dan juga berkongsi bahan untuk tugasan yang kami dapat ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung kerana segala pertolongan anda itu amat bermakna buat saya. Semoga apa yang telah anda berikan itu mendapat balasan baik daripada Yang Maha Esa. Sekali lagi, terima kasih kepada semua. Sekian.

AKUAN KERJA

Saya mengaku bahawa kandungan tugasandan apa-apa yang ada dalam tugasan ini adalah hasil nukilan saya sendiri

( _______________________) Nama Pelajar: Suzanna binti Jusimin Kelas: 1 PPISMP Sains SK

RUJUKAN INTERNET http://ms.wikipedia.org/wiki/Pinyin http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal http://mohamednaqib.blogspot.com/2010/08/alat-artikulasi-sertafungsinya.html http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/alat-artikulasi.html http://massota.wordpress.com/2008/11/17/fungsi-artikulasi-kepentingan/

BUKU Aziz, S. H. (2008). Bahasa Melayu 1. Malaysia: Chee Leong Press sdn.bhd.

Anda mungkin juga menyukai