1.0 PENGENALAN
Abad ke-20 dan 21, kita telah melihat perkembangan pusat sains dan teknologi maklumat yang semakin maju dan luar biasa. Tambahan pula, seiring dengan kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Kemajuan dan perubahan yang berlaku akibat dari proses hegemoni Barat dan Globalisasi ini telah menimbulkan banyak masalah terutamanya apabila perubahan tersebut bertentangan dengan budaya dan nilai-nilai Timur. Pada abad ke 21 ini, hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang membawa kita secara rela atau paksa ke suatu sistem hidup yang diseragamkan diseluruh dunia. Tiada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi akibat dari hegemoni Barat.
2.0 HEGEMONI BARAT
Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat (2005) mendefinasikan hemegoni sebagai pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Kamus Melayu Global terbitan ANZAGAIN , Edisi Keempat (2006) mendefinasikan hegemoni sebagai pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara yang lain. Istilah hegemoni berasal dari istilah Greek, iaitu hegeisthai.yang membawa maksud menjadi ketua dan hegemon yang bernaksud chieftain iaitu ketua bagi sesuatu kaum atau kumpulan. Konsep hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa
Pengaruh atau dominasi sesesebuah negara terhadap negara lain dengan menggubal undang-undang bagi mengelakkan struktur penjajahan terhadap rakyat atau masyarakat pribumi. Menurut teori Gramsci ( 1891-1937) hemegoni bermaksud Sebuah pandangan hidup dan cara berpikir yang dominan, yang di dalamnya sebuah konsep tentang kenyataan disebarluaskan dalam masyarakat baik secara institusional maupun perorangan; (ideologi) mendiktekan seluruh cita rasa, kebiasaan moral, prinsip-prinsip religius dan politik, serta seluruh hubungan-hubungan sosial, khususnya dalam makna intelektual dan moral. Gramsci mengatakan bahawa hegemoni ini adalah satu proses penguasaan kelas dominan kepada kelas-kelas masyrakat dari aspek ekonomi, budaya, moral dan menarima atau menyetujuinya tanpa paksaan (secara spontan) kepada pengaruh hegemoni kelas dominan. Konsep hegemoni ini turut menjelaskan kelompok yang mendominasi berjaya/berhasil mempengaruhi kumpulan yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari klompok dominan.
3.0 GLOBALISASI
Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat (2005) mendefinasikan globalisasi sebagai proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluaskan ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya. Kamus Zaba terbitan Pustaka Antara Books Sdn. Bhd., Edisi Kedua (2004) mendefinasikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia seolah-olah kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat yang ada masa kini
Di zaman globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadansempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Ia merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.
4.0 DIMENSI BERLAKUNYA HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI
Kuasa Barat mempunyai semangat dan dasar yang sentiasa merancang untuk menjajah mana-mana negara Islam yang mempunyai potensi untuk bangkit menjadi sebuah kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan meluaskan jaringan dan pengaruhnya melalui media, ekonomi, sosial, dan juga hak asasi manusia. Terdapat beberapa dimensi yang telah mempengaruhi berlakunya hegemoni dan globalisasi seperti yang dinyatakan di bawah ini;
Media Kuasa Barat menjadikan media komunikasi mereka sebagai senjata utama yang mampu menyebarkan segala maklumat dan propaganda mereka. Media Barat ini berada dimana-mana dan liputan mereka juga pantas dan menyeluruh. Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters, The Associated Press dan lain-lain adalah beberapa contoh media Barat. Wartawan diseluruh dunia termasuk wartawan tempatan bergantung kepada media Barat ini sebagai sumber dan bahan berita. Segala maklumat dan berita tentulah dikuasai dan dimanipulasikan oleh media Barat ini. Media Barat boleh menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia.Sesuatu cerita atau peristiwa itu diolah dan dipersembahkan demi memperolehi kepentingan pihak tertentu. Ekonomi Hegemoni barat dan globalisasi telah menjadikan ekonomi dunia sebagai satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia.Halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain telah terhapus dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Sistem ekonomi antarabangsa berdasarkan kapitalisme Berjaya menghasilkan barangan dan meningkatkan taraf hidup manusia tetapi gagal mewujudkan keadilan social. Matawang Barat seperti dollar, pound dan Euro digunapakai diseluruh dunia dan menjadi satu standard menentukan turun naik nilai mata wang sesebuah negara itu. Penubuhan institusi seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) adalah percubaan dunia Barat dalam meluaskan hegemoninya melalui libaralisasi pasaran dan ekonomi.
Kuasa Barat telah berjaya menubuhkan kelab-kelab elit mereka seperti G7(1975), G6 (Kesatuan Eropah 2006), G8 (1975) dan G20 (2008). Kelab-kelab elit ini hanya disertai oleh negara-negara berkuasa dari dunia barat dan timur. Tiada peluang atau pelawaan diberikan kepada negara-negara membangun atau miskin untuk menyertai kelab elit ini. Sebagai tindak balas , negara-negara membangun di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Asia membentuk gagasan yang dinamakan G15 pada September 1989 dan Pergerakan Negaranegara Berkecuali atau NAM yang ditubuhkan pada 1961. Perdagangan bebas tidak sama dengan perdagangan adil Penyataan tersebut adalah komen Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia apabila beliau merujuk syarat dan terma perjanjian perdagangan yang sering kali menyebelahi negara Barat yang maju terutamanya Amerika Syarikat. Penyataan tersebut menjelaskan bahawa negara-negara membangun termasuk Malaysia telah mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap penguasaan dan globalisasi dalam ekonomi yang diamalkan oleh negara Barat. Politik Fenomena deterritorialization (penyalahwilayah) yang diterajui oleh Amerika Syarikat ialah satu proses dan tindakan politik yang melintasi perbatasan wilayah negara.dalam melaksanakan kuasa, terdapat penggunaan kuasa, terdapat pengunaan secara paksa dan pematauan secara bersistematik dan idea mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap perinsip sejagat mestilah diterima oleh seluruh masyarakat dunia. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Ke Dua dengan keahlian sebanyak 193 buah negara namun
dikuasai oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Republik China, Peranchis dan Kesatuan Soviet. Demokrasi yang diperjuangkan oleh dunia Barat hanyalah untuk kepentingan dasar luar Barat, bukan untuk menghargai kebebasan dan hak asasi manusia. Sebahagian besar umat manusia bukan Barat tiada hak di peringkat antarabangsa malah suara dan rayuan mereka tenggelam dalam keghairahan negara Barat melaksanakan dasar globalisasi dan kuasa veto mereka.
Sosial / Budaya
Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri pelosok dunia dengan pengeksportan budayanya. Ia adalah satu fenomena yang melepasi perbatasan negara dan berlaku pertukaran dan asimilasi dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa dan lain-lain dari Barat. Ia menjadi semakin kritikal apabila benteng pertahanan sosio-budaya sesuatu masyarakat telah terlerai dan dibolosi. Bagi negara-negara Islam, kini telah wujud golongan yang merosak dan mencalarkan imej Islam seperti golongan Utlra Moden dengan menerima nilai Barat sepenuhnya. Mereka menjadikan fahaman dan budaya Barat sebagai idola dan ikutan dalam kehidupan mereka. Ketaksuban terhadap fesyen dan hiburan dari Barat menyebabkan golongan muda di negara Islam makin membelakangi pegangan agama dan kebudayaan yang menjadi pegangan dan amalan masyarakat sejak turun temurun. Barat semakin hilang asas spiritual. Kita perlu memahami agama lebih daripada pengertian biasa bahawa ada kuasa yang lebih besar daripada manusia, wujud kuasa yang merupakan nilai-nilai abadi, satu kuasa yang menentukan mana baik dan mana buruk dan kehidupan kita di duniia ini hanyalah sementara. Ini ialah kuasa Tuhan.
Terdapat banyak kesan hegemoni Barat dan globalisasi berlaku pada dunia dalam pelbagai aspek terutamanya dari sudut media, ekonomi, politik dan sosial/budaya.
Media
Pengaruh besar media barat dalam globalisasi memberi mereka satu tiket untuk menguasai bidang percetakan dan penerbitan. Pelbagai penciptaan teknologi telah dicipta dalam kehidupan manusia. Dengan kemajuan yang dikecapi, media menjadi satu medium yang penting dalam memberi maklumat dan indformasi dunia terkini. Kepentingan media dalam kehidupan manusia kini menyebabkan ia diambil kesempatan oleh dunia Barat untuk menyebar fitnah, bahan-bahan lucah, pembohongan, propaganda, khabar angin serta fitnah tersebar di seluruh dunia tanpa sekatan, perlindungan atau halangan dari mana-mana pihak. Kesannya, kes-kes rogol makin meningkat, masalah sosial semakin menjadi-jadi dan suakr dibendung, masyarakat menjadi mudah panik dan membuat keputusan tanpa berfikir panjang dan tuduh menuduh di dalam masyarakat dan negara berlaku. Kekuasaan media Barat pada media dunia telah menyebabkan kestabilan dan keamanan dunia terutama perhubungan antara negara Barat dan Dunia Islam telah diuji berulang kali dan mencetuskan satu perasaan takut dan bimbang masyarakat Barat terhadap islam yang digelar Islamphobia. Agama Islam diserang dan dikatakan agama yang menyokong keganasan. Menyamakan agama Islam dan Muslim dengan keganasan bukanlah perkara baru dalam media Barat. Contoh terkini, Peristiwa Pengeboman Oslo pada 22 Julai 2011 dimana media barat telah membuat pelbagai spekulasi dimana tuduhan pengeboman tersebut dilakukan oleh pelampau Islam atau kumpulan penganas dari dunia Arab. Ini di burukkan lagi oleh sebuah akhbar di Nova Scotia yang mengeluarkan lakaran kartun yang mengambarkan dua orang lelaki memakai turban, berjanggut
panjang dan berbaju longgar mengatakan bahawa pengeboman di Oslo dijalankan secara sempurna. Tuduhan dan lakaran ini telah mendapat bantahan dan kecaman dari dunia Islam. Ini membuktikan bahawa begitu mudah bagi negara Barat untuk menuduh sebarang serangan yang berlaku dilakukan oleh orang Islam sedangkan telah terbukti, serangan tersebut dilakukan oleh rakyat Norway sendiri.
Ekonomi
Barat telah menguasai ekonomi dunia sejak berabad lamanya. Dengan wujudnya Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), barat secara tidak langsung telah menguasai dunia kerana mereka boleh memanipulasi ekonomi dunia yang mana boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara yang bergantung terhadap mereka. Barat juga telah menubuhkan syarikat multi-nasional yang beroperasi di seluruh dunia demi memastikan ekonomi dapat dikawal oleh Barat dengan menguasai ekonomi sesebuah negara tersebut secara maksimum. Pengambilalihan sesebuah syarikat yang selama ini menjadi milik bumiputera di sesebuah negara telah menjadi amalan biasa. Pengurangan pekerja dan perubahan hala tuju syarikat yang diambil alih menyebabkan berlakunya pengangguran, masalah social dan kemurungan dikalangan masyarakat di negara tersebut. Sementelah lagi segala keuntungan yang diperolehi oleh syarikat tersebut dibawa balik ke Barat. Dominasi negara Barat dalam memanipulasi harga minyak beserta peperangan yang diada-adakan menyebabkan harga minyak negara meningkat dengan mendadak sejak 2004. Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barangbarang keperluan turut naik yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah yang melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
melibatkan sumber bahan bakar ini. Bebanan kos perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Untuk mengurangkan bebanan ini, peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Terkini, Amerika Syarikat sebagai kuasa besar ekonomi barat dengan hutang bernilai AS$14.4 trillion (RM43.3 trilion) berada di ambang kemuflisan terpaksa menaikan paras siling hutang mereka. Dengan Amerika Syarikat menguasai pasaran saham dunia dan dollar mereka menjadi perdagangan dunia, tanda aras dalam negara-negara lain di dunia terpaksa mencari langkah-
langkah penyelesaian atau bailout agar tidak terjerumus dalam permasalahan yang dihadapi oleh Amerika Syarikat kini. Bagi negara-negara yang membeli bon terbitan Amerika, kini ia tidak boleh boleh ditebus kerana Amerika Syarikat sendiri pun tiada wang untuk membayarnya. Politik Dunia akhir zaman kini menyaksikan dunia Barat sedang berada dipuncak , kerana mereka adalah pencatur dunia, dimana segala-galanya dikawal dan dikuasai mereka. Kuasa Barat berkuasa untuk menaikkan dan menjatuhkan bangsa-bangsa lain dibawah telunjuk mereka, contohnya, mereka menaikkan Israel dengan meletakkan Palestin sebagai tanah untuk bangsa Israel yang merempat di dunia ini. Ini secara tak langsung menyebabkan tanah Palestin sentiasa bergolak dan tidak henti-henti dengan pergolakan berdarah. Dengan berselindung disebalik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kuasa Barat telah berjaya menglobalisasikan politik dunia. Kuasa Barat akan
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
10
mengunakan pelbagai cara untuk memastikan mereka terus berkuasa. Negaranegara kecil sering dibuli dan kepentingan mereka tidak langsung dihargai. Kuasa veto hanyalah dinikmati oleh kuasa-kuasa besar dan ini membolehkan mereka bertindak sendirian menyerang negara lain seperti Iraq, Libya dan Afghanistan tanpa perbincangan atau persetujuan dari negara lain. Motif penyerangan ini kabur, penuh dengan alasan yang rapuh dan kontroversi. Suara negara kecil dan ditindas menjerit-jerit meminta pertolongan dan bantuan namun tidak didengari oleh kuasa Barat dengan hanya satu suara iaitu veto. Ini menyebabkan rasa ketidakpuasan hati berbuku di hati negara-negara kecil ini dan penentangan berlaku. Keamanan tidak pernah dikecapi di dunia kini. Boleh dikatakan dalam semua persengketaan atau perang yang berlaku samada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Iraq, Iran, Vietnam dan lain-lain, Amerika Syarikat dan rakan-rakanya telah terlibat merancang, melaksana perancangan mereka sebagai polis dunia. Kesan dari segi ekonomi dan sosial yang ditanggung oleh negara tersebut berkekalan hingga hari ini. Dengan peperangan yang berlaku tanpa henti di seluruh dunia, kuasa Barat secara langsung menguasai perkembangan dan percaturan politik dunia, harga minyak dan mata wang dunia. Sosial/Budaya Dalam keghairahan mengejar gaya hidup ala Barat, masyarakat kini secara umumnya sudah tiada rasa bersalah dalam mengamalkan gaya hidup barat yang ditiru secara total. Pelbagai jenis makanan Barat boleh dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Mc Donalds, Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut dan kini fenomena makanan dari Jepun, Korea, Itali dan Peranchis sudah makin diterima oleh masyarakat. Makanan tradisi hanya boleh dinikmati pada hari-hari tertentu dan golongan pembuatnya makin pudar.
11
Fesyen pakaian yang secara terang-terangan melanggar hukum sebagai seorang Muslim makin menjadi kegilaan masyarakat. Masyarakat di sogokkan dengan pakaian berjenama dari Barat. Alat-alat solek yang diragui pembuatannya, minyak wangi yang mempunyai kandungan alkhohol menjadi santapan wajib masyarakat kini. Budaya muzik dan hiburan yang mengamalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Lirik-lirik lagu yang tidak membawa nilai-nilai murni serta ketaksuban terhadap artis-artis barat dari segi pakaian, cara hidup serta cara bertutur menyebabkan terhakisnya budaya sopan santun yang selama ini menjadi pegangan kebanyakkan masyarakat di dunia. Globalisasi bukan sahaja menyentuh fizikal masyarakat namun mempengaruhi amalan seharian masyarakat. Masyarakat kini makin hilang nilai-nilai murni dan mulia. Kita kini sudah jarang bertegur sapa, jiran tidak lagi bantu membantu dan bertoleransi. Dunia Barat mengajar masyarakat untuk hidup secara sendirian tanpa pertolongan dari orang lain. Akibat kesan globalisasi dan konsep hidup berkiblatkan nafsu, tidak ada lagi masyarakat yang sanggup berkongsi kesusahan dan kesengsaraan. Begitu berubahnya nilai-nilai murni dan mulia hingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen-Kempen seperti Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni pada 11 Januari 2005, Kempen Kami Prihatin pada 8 April 2010 dan terkini Kempen Amalan Senyum pada 2011.
6.0 CADANGAN MENANGANI ISU-ISU HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI
Media Sebagai masyarakat yang berpegang kepada ajaran Timur, kekuatan dalaman dalam menapis segala bentuk hiburan yang melalaikan dan propaganda Barat perlu ada. Menjadi tanggungjawab masyarakat untuk menimbang, berfikir panjang sebelum mempercayai segala bentuk berita yang dipamerkan oleh media Barat.
12
Media teruatama dunia internet membawa pelbagai kebaikan dan juga keburukan. Kebanjiran maklumat dan dunia tanpa sempadan perlu di terima secara berhati-hati dan penuh prasangka oleh masyarakat timur.
Ekonomi Pengantungan terhadap dasar kapitalisme perlu dihentikan. Negara-negara membangun perlu bersatu dan saling bantu membantu dalam ekonomi seperti tertubuhnya gagasan G 15. Pasaran terbuka dan perdagangan bebas yang menghilangkan dasar keadilan dalam ekonomi perlu dihentikan. Wang kertas yang hanya bersandarkan kepada Dollar dan Euro sangat berbeza dengan wang sebenar. Dinar Emas dicadangkan menjadi satu mekanisme ekonomi sebagai penyelesaian perdagangan antarabangsa antara negara-negara Islam kerana nilai emas lebih stabil jika dibandingkan dengan dengan mawatang kertas.
Politik Politik dunia masa kini didominasi sepenuhnya oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan sekutu mereka. Negara-negara membangun dan sering tertindas perlu bangkit dan memohon agar perubahan dilaksanakan di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pemimpin negara-negara ini perlu lebih berani bersuara demi untuk menegakkan keadilan dan kesamarataan. Gagasan seperti G 15 dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM perlu lebih berkesan di dunia. Desakan demi desakan dari gagasan tersebut akan mampu menukar hala tuju kuasa Barat ini.
Sosial/Budaya
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
13
Masyarakat yang sebelum ini disogok oleh dunia globalisasi barat perlu kembali ke dunia timur yang penuh dengan kesopanan, nilai-nilai murni dan bertolak ansur. Asas-asas kehidupan ini perlu diterap pada generasi muda, diperkuat dan diperkukuh agar mereka tidak dengan mudahnya menerima globalisasi Barat yang lebih kepada keburukan.Kekuatan masyarakat secara dalaman perlu ada demi melawan budaya barat dan menguatkan sahsiah kebaikan dalam jiwa kita. Mantan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu. Melalui ungkapan beliau itu, beliau mengetahui pentingnya asas-asas kehidupan murni diterap demi melahirkan modal insan yang bermutu tinggi dalam dunia yang penuh cabaran globalisasi kini.
7.0 KESIMPULAN
Hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan kepada kita semua terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang. Hampir semua aspek kehidpan masyarakat kini sedang menjalani proses globalisasi yang secara langsung membawa kita ke satu sistem dunia yang diseragam dan didalam acuan kuasa Barat. Justeru, budaya barat membawa banyak keburukan seperti kemusnahan keluarga, kehilangan maruah, jati diri tiada, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal, jenayah dan ketakutan. Malah ia telah memberi kesan daripada sudut media, ekonomi, politik dan sosial.
14
Namun begitu,dalam kemeriahan masyarakat untuk diglobalkan oleh dunia Barat sama ada dalam bentuk media, ekonomi, politik dan sosial/budaya, jangan kita terputus dan melupakan budaya dan akar sejarah bangsa kita sendiri. Kita perlu ada pegangan, nilainilai murni, kehormatan dan jati diri agar kita tidak mudah terpedaya dengan laungan,propaganda dan kesamarataan dalam dunia ini yang ternyata palsu.