Anda di halaman 1dari 33

AZURAH BT MD.

JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT SEMESTER MEI/2011

NAMA

AZURAH BT MD.JANI

NO: KAD PENGENALAN :

661224 04 5012

E MAIL

azurah66@yahoo.com

NO : TELEFON

013- 3658871

NOMBOR MATRIK

661224045012002

PUSAT PEMBELAJARAN:

IPBA

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdullilah ke hadrat illahi kerana dengan izin dan rahmatNya. Dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun pelbagai halangan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En. Baharuddin b. Mohd. Inar di atas segala bimbingan dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada rakan-rakan serta guru di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana. 68000 Ampang, Selangor, khususnya guru mata pelajaran Pendidikan

Jasmani Dan Kesihatan. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk mencapai impian menggenggam segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat lelah pasti ada ganjaran yang menantinya.

Terima kasih. Azurah bt Md. Jani. 661224 04 5012

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 2.0

PENGENALAN ULASAN FIVES KEYS TO SAFER FOOD 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Jaga Kebersihan (Keep Clean) Asingkan Makanan Mentah (Separate, Row And Cooked) Masak Dengan Betul ( Cooked Thoroughly) Simpan Makanan Pada Suhu Yang Selamat Gunakan Air Dan Bahan Mentah Yang Selamat

5-6 7 - 10

3.0

MENGAPA PENTING MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN 10 - 11 MASALAH KERACUNAN MAKANAN 10 -11

4.0 5.0

MEMBUDAYAKAN AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN 11 - 14 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Amalan Kebersihan Diri Pengendali Makanan Kempen Lihat, Hidu Dan Rasa Pemantauan Pihak Berkuasa Mata Pelajaran Pjk 14 - 17

6.0

ULASAN TENTANG LIMA KUNCI DIET SIHAT 6.1 SUSUI BAYI DAN KHASIAT SUSU IBU 6.1.1 6.1.2 6.1.3 6.1.4 6.1.5 6.1.6 Protin Yang Tinggi Antibodi Yang Baik Mengurangkan Jangkitan Usus Mengeratkan Hubungan Ibu Dan Bayi Meningkatkan Perkembangn Mental Kanak-Kanak Kurang Berisiko Untuk Mendapat Alahan

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

6.2

MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN 6.2.1 Makan Bijirin, Produk Bijirin Dan Ubi 6.2.2 Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran 6.2.3 Kebaikan Hasil Tenusu Dan Kekacang 6.2.4 Hanya Sedikit Lemak Diperlukan 6.2.5 Kurangkan Garam, Gula Dan Bahan Pengawet

18 - 21

7.0

LIMA KUNCI UNTUK AKTIVITI FIZIKAL YANG SESUAI 7.1 Bersenam Mengikut Prinsip 7.2 Lakukan Aktiviti Fizikal Dengan Segera 7.3 Membudayakan Hidup Aktif Dalamkerja Anda 7.4 Galakkan Aktiviti Fizikal Dalam Kalangan Kanak-Kanak 7.5 FAEDAH SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL 7.5.1 Meningkatkan Kecergasan Jantung 7.5.2 Menambahkan Kekuatan Dan Daya Tahan Otot 7.5.3 Mengawal Berat Badan

22 - 25

26 - 27

8.0 9.0 10.0

RUMUSAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

27 28 - 29 30 - 32

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

1.0

PENGENALAN

Konsep The 3 Fives yang dipromosikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara China sempena Sukan Olimpik Beijing 2008 adalah satu produk yang sangat unik . Seramai 11, 028 atlet dari 204 negara telah bertanding dalam 302 acara dalam sukan tersebut .Kombinasi keselamatan makanan, diet sihat dan aktiviti fizikal merupakan perkara utama yang diberi keutamaan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara China sempena Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini bersesuaian dengan perkataan sihat yang ditakrifkan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO. 1946) sebagai Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Pelbagai usaha dilakukan WHO untuk memastikan atlet yang begitu ramai mengunjungi negara Cina ini sentiasa berada dalam keadaan sihat. WHO telah memperkenalkan produk yang dikenali dengan nama The 3 Fives sepanjang sukan itu berlangsung di negara tersebut. The 3 Fives yang boleh diterjemahkan sebagai tiga perkara utama dalam menentukan atlet dalam keadaan sihat iaitu lima kunci diet sihat,lima kunci keselamatan makanan, dan lima kunci aktiviti fizikal yang berkesan. Persatuan Kesihatan Dunia telah berusaha menterjemahkan poster kepada hampir 50 bahasa dalam kempen mereka untuk mendidik semua masyarakat yang terlibat dalam sukan Olimpik di Beijing. Penggunaan gambar yang jelas berserta penerangan yang ringkas untuk difahami memudahkan pelbagai pihak untuk mengamalkan apa yang disarankan oleh pihak WHO dalam usaha untuk mendidik masyarakat tempatan yang secara umumnya agak kurang pengetahuan kebersihan dalam mengendalikan penyediaan makanan. Pengendali makanan, pemilik restoran, serta gerai-gerai yang mengusahakan penyediaan makanan dilatih serta pelbagai poster berkaitan keselamatan penyediaan makanan ditampal dan diedarkan kepada semua pengusaha makanan di seluruh China. Dalam brosur ini juga dinyatakan dengan jelas lima langkah untuk mengamalkan diet seimbang begitu juga dengan kepentingan mengamalkan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Logo lima kunci dan tiga bulatan yang tertera dengan angka lima memudahkan konsep The 3 Fives ini difahami oleh masyarakat China. Di samping itu juga brosur ini diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Logo 3 bulatan itu membawa maksud kombinasi 3 perkara iaitu keselamatan

makanan, diet sihat dan aktiviti fizikal amat penting untuk kesihatan diri manakala logo 5 kunci itu pula adalah langkah-langkah untuk mencapai kombinasi 3 perkara. (356)
5

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Brosure ini telah dicetak sebanyak 1.4 juta dalam bahasa Inggeris dan bahasa China dan juga pelbagai bahasa dunia yang lain dan diedarkan di lokasi strategi seperti di lapangan terbang, hotel, perkampungan sukan Olimpik,tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong dan juga masyarakat setempat. Brosure ini juga diedarkan melalui media cetak dan juga media elektronik. Mesej The 3 fives ini disampaikan dalam pelbagai bentuk. Bukan sahaja dalam bentuk risalah malah ia sering diumumkan melalui pelbagai media elektronik agar mesejnya menjadi ingatan dan diamalkan oleh seluruh atlet yang mengunjungi China dan juga masyarakat setempat amnya. Secara ringkas logo 3 bulatan yang berwarna merah, kuning dan biru dan juga 5 batang kunci yang berangkai mempunyai makna yantg tersendiri. Warna kuning membawa maksud untuk aktiviti fizikal dan lambang 5 kuncinya adalah langkah untuk melakukan aktiviti fizikal yang berkesan. Bulatan berwarna merah membawa maksud keselamatan makanan dan lambang 5 kunci adalah cara-cara untuk menjaga keselamatan makanan. Bulatan warna merah membawa maksud diet seimbang dan lima kuncinya membawa maksud cara cara untuk mengamalkan diet seimbang.Ketiga-tiga bulatan ini bertindih antara satu sama lain membawa maksud ketiga-tiganya mempunyai perkaitan antara satu dengan lain. Mesej yang ingin disampaikan dalam Brosur The 3 Fives ini amat mudah difahami oleh pelbagai golongan masyarakat. Penggunaan warna asas yang jelas juga amat menarik . (210)

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

2.0

ULASAN TENTANG FIVES KEYS TO SAFER FOOD

Fives Keys To Safer Food apabila diterjemahkan ialah lima kunci untuk keselamatan makanan. Dalam brosure tersebut logo bulatan yang berwarna merah mewakili konsep keselamatan makanan, tulisan berwarna merah dalam brosur itu juga menerangkan tentang cara-cara mengendalikan keselamatan makanan. Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bacteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tioid keracunan makanan, penyakit kuning, e-coli dan lain-lain. Oleh sebab Sukan Olimpik diadakan dalam musim panas, maka pihak berkuasa tempatan China lebih memberi perhatian kepada usaha untuk mencegah penyakit disebabkan daripada makanan yang tidak bersih dan penyakit saluran pencernaan. Selain itu, Biro Kesihatan Beijing juga telah menubuhkan sistem penyeliaan gejala penyakit berjangkit di kawasan pusat Sukan Olimpik Beijing .Menurut Encik Jin Dapeng Ketua Kumpulan Jaminan Keselamatan Perubatan Suruhanjaya Penganjur Sukan Olimpik Beijing menyatakan pihaknya akan memberi jaminan tidak berlakunya perisitiwa penyakit berjangkit, keracunan makanan, pencemaran air minuman dan berjanji akan mengambil tindakan berkesan untuk mencegah perkara tersebut. Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit merupakan aspek yang terpenting dalam menjamin kesihatan awam. Oleh hal yang demikian pihak berkuasa tempatan China telah bergabung tenaga dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membincangkan mekanisme pencegahan penyakit berjangkit melalui kempen keselamatan makanan. Dalam brosur The 3 Fives ini dinyatakan 5 langkah asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan yang bersih seterusnya mengelakkan penyakit akibat keracunan makanan disebabkan penyediaan makanan yang tidak bersih. Dalam brosur itu dinyatakan 5 panduan untuk keselamatan makanan iaitu : 2.1 Jaga kebersihan (keep clean)

Memastikan tangan sentiasa dibasuh sebelum dan selepas mengendalikan makanan, selepas keluar dari tandas, selepas menyentuh hidung, mulut atau telinga, selepas mengendalikan sampah sarap. Selain itu pengguna diingatkan agar sentiasa membasuh peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.
7

(302)

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Pengusaha restoran, pengendali makanan juga diingatkan lindungi kawasan dapur daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain haiwan perosak. Mengapa ? Kebanyakan bakteria tidak menyebabkan penyakit, namun bakteria berbahaya tersebar luas pada tanah, air, haiwan dan manusia. Bakteria tersebut boleh disebarkan melalui tangan, kain pengelap dan perkakas dapur terutamanya pada peralatan memasak yang digunakan. Jika makanan dan bakteria bersentuhan , ia boleh menyebabkan makanan tercemar dan mengakibatkan keracunan makanan.

2.2

Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak.(separate raw

and cooked) Asingkan makanan yang mentah seperti ayam, daging dan makanan laut daripada makanan yang telah dimasak. Gunakan pisau dan papan pemotong yang berasingan dan simpan makanan yang telah dimasak dalam bekas yang bertutup dan asingkan daripada makanan yang mentah. Mengapa? Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta sisa air dan lendirnya mengandungi bacteria berbahaya yang boleh mencemarkan makanan semasa pentediaan dan penyimpanan makanan. 2.3 Masak dengan cara yang betul. (Cook thoroughly). -

Pastikan makanan dimasak dengan sempurna terutamanya daging, hasil ayam, telur dan makanan laut. Takat suhu didih bagi air ataupun rebusan mestilah mencapai takat suhu didih iaitu 70 darjah celcius. Pastikan air hasilan rebusan daging atau ayam mestilah jernih dan bukan berwarna merah. Gunakan jangkasuhu untuk mengukur suhu. Panaskan semula makanan yang telah dimasak. (207)

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Mengapa? Memasak dengan sempurna pada tahap suhu didih dapat membunuh kuman berbahaya. Kajian telah menunjukkan memasak pada suhu 70 darjah celcius adalah selamat untuk dimakan. Pastikan daging kisar dan makanan yang dipanggang dimasak dengan cukup masak. 2.4 Simpan makanan pada suhu yang selamat ( keep food as safe temperatures)

Makanan yang cepat rosak dan telah dimasak hendaklah disimpan di dalam peti sejuk pada tahap suhu 5 darjah celcius. Jangan letak makanan yang telah masak melebihi dua jam terdedah pada suhu bilik. Makanan jangan disimpan terlalu lama dalam peti sejuk. Jangan biarkan makanan sejukbeku dicairkan pada suhu bilik. Mengapa ? Bakteria boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik. Pertumbuhan bacteria akan berkurangan atau terhenti pada suhu dibawah 5 darjah celcius atau lebih 60 darjah celcius. Namun begitu, terdapat beberapa jenis bakteria yang masih boleh hidup di bawah suhu 5 darjah celcius. 2.5 Gunakan air dan bahan materials) Gunakan air yang bersih dan telah dirawat agar ianya selamat digunakan. Pastikan bahan makanan yang dipilih adalah dari bahan mentah yang segar dan selamat dimakan. Pilih makanan yang telah diproses dengan bersih dan terjamin kebersihannya contoh susu Pasteur. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan mentah hendaklah dibasuh sehingga bersih sebelum dimakan. Semak tarikh luput pada setiap label makanan dan jangan makan makanan yang telah tamat tarikh luputnya. Mengapa ? Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bacteria dan bahan-bahan kimia berbahaya. Makanan yang berkulat boleh menyebabkan toksik dan keracunan makanan. Pilih bahan mentah yang segar dan selamat untuk dimakan. (254) mentah yang selamat. (Use safe water and raw

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Amalkan basuh dengan bersih makanan yang hendak dimakan mentah. Amalan mengupas kulit buah sebelum makan boleh mengelakkan keracunan makanan.

3.0

MENGAPA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN PENTING?

Pada pendapat saya setiap golongan masyarakat perlu dididik agar memahami kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan. Langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa tempatan China yang menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2008 mempromosikan kempen kesihatan tentang keselamatan makanan melalui konsep The 3 Fives adalah sangat bertepatan sekali. Sejauh manakah pengetahuan masyarakat dan amalan mengendalikan makanan ini dalam kalangan masyarakat kita? Masyarakat perlu dididik kesan daripada tidak mengamalkan kebersihan menyediakan makanan. Bagaimanakah kita memastikan makanan yang disediakan bersih dan selamat ? Salah satu langkah bagi

memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan kebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan. Kebersihan memang amat dituntut dalam setiap agama. Amalan kebersihan dan kepentingan

keselamatan makanan boleh dipromosi kepada pelbagai golongan masyarakat di negara ini melalui pelbagai medium. Promosi kesihatan yang dilancarkan di Beijing ini bukan hanya amat berguna untuk para atlet dan juga masyarakat di China sahaja, malah ia amat bersesuaian sekali diterapkan dalam kalangan masyarakat di serata dunia.Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan dan kesannya akibat tidak menitikberatkan kebersihan.

4.0

MASALAH KERACUNAN MAKANAN

Keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar dengan kuman, bahan kimia dan fizikal. Kebanyakan kejadian keracunan makanan adalah berpunca daripada kehadiran kuman di dalam makanan yang dimakan. Makanan selamat

juga membawa maksud makanan yang dimakan adalah selamat dan tidak mendatangkan masalah kesihatan dan penyakit tanpa kehadiran kuman yang merbahaya. (260)

10

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Mesej safety food ini bukan hanya bersesuaian untuk pengendali makanan dan para atlet yang berkunjung di Beijing sahaja, malah ia amat sesuai diterapkan dalam masyarakat. Kes keracunan makanan yang sering berlaku di negara kita terutama dalam kalangan murid sekolah ada kaitan dengan kebersihan dan keselamatan makanan ini. Menurut Menteri Kesihatan , Datuk Seri Liow Tiong Lai laporan media mengatakan bahawa pada tahun 2009, sebanyak 303 kes dan pada tahun 2010 sebanyak 313 kes keracunan telah dilaporkan . Beliau menyatakan sebanyak 50 peratus daripada 311 kes keracunan yang dilaporkan berlaku di kantin sekolah, atau asrama sekolah. Kes ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh membawa maut . Justeru kanak-kanak memang mempunyai daya ketahanan diri yang sangat Lemah. Oleh itu memahami kebersihan dan keselamatan makanan ini hendaklah diberi perhatian.

5.0

MEMBUDAYAKAN MAKANAN

AMALAN

KEBERSIHAN

DAN

KESELAMATAN

Keselamatan makanan bermakna apabila makanan dimakan, ia tidak mengandungi bahan pencemaran pada paras yang berbahaya. Semua orang, sama ada yang menghasilkan, mengeluarkan, mengedarkan, menyediakan atau memakan makanan, adalah sebahagian daripada rangkaian makanan. Oleh itu, keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama yang memerlukan usaha setiap sektor, iaitu kerajaan, industri makanan dan pengguna. Salah satu sebab mengapa keracunan makanan sering berlaku adalah pengendalian makanan yang tidak sempurna di rumah. Anak-anak perlu diajar menjaga kebersihan diri sejak dari kecil lagi. Ibu bapa merupakan ikon bagi anak-anak. Sekiranya ibu bapa tidak mengamalkan kebersihan diri di rumah, sudah pasti ia akan menjadi ikutan bagi anak-anak mereka.

(235)

11

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

5.1

Amalan kebersihan diri

Bagaimana kita memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat ? Salah satu daripadanya ialah melakukan amalan kebersihan diri. Hal ini sangat penting apabila kita mengendalikan penyediaan makanan. Basuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan makanan. Basuhlah tangan selalu dengan sabun. Tangan adalah anggota badan yang kerap bersentuhan dengan makanan. Oleh itu, tangan harus kerap dibersihkan setiap kali sebelum dan selepas bersentuhan dengan makanan. Semua tempat penyediaan makanan haruslah menyediakan tempat sinki membasuh tangan dan dibekalkan dengan peralatan untuk mencuci dengan sempurna seperti tisu lap tangan, sabun pencuci tangan dan air paip. Dalam hal ini penggunaan sabun cecair amat digalakkan kerana sabun buku kemungkinan mempunyai kuman daripada penggunaan sebelumnya.

5.2

Pengendali makanan

Pengendali makanan adalah semua orang yang terlibat dengan penyediaan makanan daripada mula hinggalah akhir. Ini termasuklah suri rumahtangga, pengusaha kantin, dan juga penjualpenjual makanan. Golongan ini perlu didedahkan pengetahuan tentang Safer Food ini agar kesihatan keluarga mereka akan terjamin begitu juga masyarakat terjamin. Dengan berpandukan brosur safety food dan beberapa amalan baik dapat mengelakkan gejala keracunan makanan serta pembiakan bacteria dalam makanan. Antara amalan tersebut ialah: a) Pilih makanan dengan teliti b) Cuci dan simpan makanan di tempat yang bersih c) Asingkan makanan makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak. d) Masak makanan mentah dengan suhu yang ditetapkan . e) Simpan makanan pada suhu yang sesuai dan di tempat yang bersih dan ditutup

12

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

5.3

Kempen lihat, hidu dan rasa.

Kempen lihat, hidu dan rasa telah dilancarkan oleh Jabatan Kesihatan untuk kempen keselamatan makanan amat bermakna sekali untuk mendidik pelajar mengetahui cirri-ciri makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan. Peranan pihak pengurusan sekolah serta pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah amat diperlukan untuk membantu usaha mengurangkan kejadian keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah. Murid akan diberi pendedahan dengan melihat, menghidu dan merasa makanan yang telah basi dan juga makanan yang telah luput tarikhnya. Melalui cara ini murid dapat mengenal pasti makanan yang telah tercemar dan tidak selamat untuk dimakan. Bertemakan Lihat, Hidu, Rasa, kempen itu dapat memberi kesedaran kepada setiap individu dan juga pelajar supaya lebih peka ketika memilih makanan bagi mengelakkan keracunan. Konsep LIHAT, HIDU, RASA dalam membuat penilaian ringkas sama ada makanan tersebut masih elok atau basi dengan cara : LIHAT - pastikan makanan itu tidak berbuih, berlendir, berkulat, dan tamat luput. HIDU pastikan makanan tidak berbau dan berbeza daripada biasa RASA rasa sedikit makanan untuk memastikan rasa makanan tidak masam atau tidak enak.

Oleh itu, murid boleh menggunakan kebijaksanaan deria mereka untuk memilih makanan yang selamat. Justeru itu, masalah keracunan dalam kalangan murid dapat dielakkan.

5.4

Pemantauan pihak berkuasa

Pemantuan daripada pihak berkuasa (Jabatan Kesihatan), pihak pengurusan sekolah, AJK PIBG serta ibu bapa akan dapat membantu usaha memastikan mesejsafer food diamalkan oleh penguasaha kantin dan juga individu yang terlibat dalam penyediaan makanan. Pekerja kantin perlu diberi suntikan typhim serta menjalani latihan pengendalian makanan.

(245)

13

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Pengusaha kantin pula harus memastikan pekerja mereka menyimpan makanan terutama bahan mentah secara teratur, menyelenggara longkang dan tempat pengendalian makanan dengan baik serta memastikan pembuangan sisa makanan mengikut cara yang betul. Kehadiran makhluk perosak seperti lipas, lalat dan tikus harus diberi perhatian. Pengendali makanan juga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri, ketika berada didapur untuk

meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan.

5.5

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan harus mainkan peranan mereka dalam usaha untuk mendidik kanak-kanak memahami kebersihan dan keselamatan makanan. Guru harus mengajar secara hands on bagaimana untuk menjaga kebersihan diri dengan betul. Contohnya mengajar cara-cara membasuh tangan dan mempratikkan amalan tersebut dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak harus dilatih secara praktikal bagaimana mengenal pasti cirri-ciri makanan yang tidak selamat untuk dimakan dengan menggunakan deria dan pancaindera mereka. Pelbagai poster dan risalah harus dipamerkan di sekolah oleh guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan agar murid mendapat maklumat tentang keselamatan makanan.

6.0

ULASAN TENTANG LIMA KUNCI DIET SIHAT (FIVES KEY TO A

HEALTY DIET) Kesihatan anda adalah apa yang anda makan. Pelbagai kempen dan usaha dilakukan untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mengamalkan diet sihat dalam kehidupan mereka. Dalam brosure The 3 Fives ini bulatan berwarna biru digunakan untuk

melambangkan diet sihat manakala salah satu lima kunci yang berwarna biru itu melambangkan lima cara atau langkah yang patut diamalkan oleh setiap golongan masayarakat . Tabiat buruk pemakanan dalam masyarakat mengundang pelbagai penyakit. Tabiat buruk ini menyebabkan berlaku pelbagai penyakit dalam kalangan masyarakat seperti obesiti, diabetis, penyakit jantung koronari dan sebagainya. (252)

14

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Menurut (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004; Penang Cancer Registry, 2000) kira-kira 1.8 juta atau lapan peratus daripada 26 juta rakyat Malaysia ini mengidap kencing manis. Satu angka yang sangat membimbangkan. Kesedaran tentang diet seimbang harus dipupuk sejak dari kecil adalah penting bagi kanak-kanak .

Ini berikutan, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih kurang 15 peratus kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan zat makanan. Justeru itu, Kementerian Kesihatan memperhebatkan pelbagai kempen dan promosi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar mengamalkan diet sihat dalam kehidupan mereka. Antara kempen yang dilancarkan ialah dapur sihat sejak tahun 2004 lagi. Menerusi dapur sihat ini masyarakat dididik memahami pemakanan yang betul dan berkhasiat. Mesej yang ingin disampaikan dalam brosur ini amat bertepatan sekali untuk mempromosikan amalan diet yang sempurna untuk masyarakat. Antaranya ialah :

6.1

SUSUI BAYI ANDA DAN KHASIAT SUSU IBU

Risiko kekurangan zat makanan dalam kalangan bayi menyebabkan tumbesaran mereka terencat malah menyebabkan kerosakan mental serta fizikal yang teruk. Punca kepada satu pertiga kes kekurangan zat makanan adalah berpunca daripada pemakanan yang tidak sempurna. Kajian mendapati, seorang daripada tiga orang di negara membangun terjejas kesihatan kerana kekurangan vitamin dan mineral. Keadaan ini akan menyebabkan mereka mengalami kecacatan fizikal dan perkembangan intelektual. Pakar Pemakanan Kanan, Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Ng Pui Kunn, berkata mengatasi pemakanan tidak sempurna, piramid makanan boleh dijadikan panduan asas bagi memastikan anak mendapat zat makanan yang lengkap. Justeru itu, kesedaran tentang khasiat susu ibu harus diberi penekanan kepada semua ibu-ibu terutama ibu muda dan juga ibu yang bekerja. Pelbagai langkah dan promosi harus dijalankan agar bayi disusui oleh ibu mereka sehingga dua tahun pertama. Bagi masyarakat Islam setiap bayi harus disusui oleh ibu mereka bertepatan dengan surah al-baqarah ayat 233 yang bermaksud,
15

(286)

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Bagi masyarakat Islam penyusuan ini telah termaktub di dalam Al-Quran. Penyusuan bayi merupakan satu perkara yang amat dituntut oleh Islam. Susu ibu merupalan anugerah tuhan. Menurut Mazni (2007) dalam kajiannya berpendapat, susu ibu merupakan nutrien yang terbaik untuk bayi. Menurutnya susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi . Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang diperlukan setiap bayi. Ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit- birit dan radang paru-paru dan selesema. Masyarakat harus didedahkan tentang kebaikan susu ibu. Ilmu ini boleh disebarkan dalam pelbagai medium. Antaranya melalui kempen-kempen yang boleh disebarkan oleh media cetak atau media elektronik. Antara kebaikannya ialah: 6.1.1 Protein yang tinggi.

Kandungan protein Whey yang ada dalam susu ibu merupakan sejenis protein yang mudah diserap oleh usus. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Manakala susu formula pula mempunyai nilai protein Whey dan kasien adalah rendah. nisbah protein whey dan. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.

6.1.2. Antibodi yang baik Susu ibu merupakan jaminan yang selamat untuk memerangi sebarang jangkitan dan penyakit terhadap bayi. Ini sudah pasti tidak ada dalam susu formula ciptaan manusia.. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. 6.1.3 Mengurangkan jangkitan usus.

Bayi yang mengamalkan penyusuan ibu adalah didapati amat kurang mengalami masalah usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Manakala banyak kajian yang dijalankan mendapati bayi yang menyusu susu formula lebih terdedah untuk mendapat jangkitan usus .Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang menyusu dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian untuk mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.
16

(287)

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

6.1.4 Mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi. Hormon yang terhasil dalam badan ibu yang disalurkan melalui susu ibu merupakan anugerah tuhan yang agung dan tidak tercipta oleh manusia. Kasih sayang ibu dan bayi sentiasa bertaut sejak dari alam ruh dalam kandungan ibu sehinggalah dilahirkan ke dunia melalui penyusuan ibu pula. Sebaik bayi dilahirkan,susu pertama berwarna kekuningan,ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi. Begitulah betapa agungnya Allah menciptakan kaum Hawa dengan anugerah ini.

6.1.5 Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak. Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan.Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka. 6.1.6 Kurang berisiko untuk mendapat alahan. Susu ibu mampu mengatasi masalah alahan seperti asma, penyakit gatal-gatal, eczema, penyakit alahan makanan dan sebagainya. Selain itu, susu ibu juga memberi keselesaan emosi kepada bayi. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula. (218)

17

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

6.2

EAT A VARIETY FOOD (MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN)

Ramai orang tidak mengetahui apakah kandungan makanan yang mereka makan seimbang dari segi keperluan nutrient dan kalorinya. Ada sesetengah orang makan hanya untuk mengisi perut sahaja dan ada pula yang makan hingga rasa kenyang seolah-olah tiada esok untuk makan. Menurut Kementerian Kesihatan tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagai makanan yang diambil haruslah berasaskan Piramid Makanan (Norhasimah Hasim, 2004) Piramid makanan mengesyorkan berapa banyak yang anda perlu makan daripada setiap kumpulan makanan. Ini akan membantu anda untuk mendapat jumlah nutrient yang diperlukan. Piramid makanan membahagikan jenis-jenis makanan kepada kumpulan berasaskan kandungan nutrien dan fungsinya.

(118)

18

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Rajah Piramid Makanan

6.2.1 Makan bijirin, produk bijirin dan ubi Merujuk rajah piramid di atas, masyarakat perlu didedahkan kepada kumpulan makanan yang terdiri daripada kumpulan bijirin, produk bijirin dan ubi. Makanan ini adalah terdiri daripada kumpulan makanan kabohidrat kompleks untuk membekalkan tenaga. Selain itu, makanan ini juga membekalkan vitamin, garam mineral, pelawas dan sedikit protein. Perlu diketahui makanan daripada kumpulan ini terdiri daripada nasi, bubur, mihun, roti, pasta , bijirin dan kentang. Ini dijelaskan dalam aras 1 dalam rajah piramid makanan. (78)

19

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

6.2.3

Makan buah-buahan dan sayuran

Selain itu kita juga harus makan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini jelas terdapat dalam aras 2 piramid makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Kumpulan makanan ini sangat kaya dengan vitamin, garam, mineral dan pelawas. Bagi kumpulan makanan ini disyorkan pengambilannya lima hidangan dan perlu dipelbagaikan. Nikmatilah dengan memakan buah-buahan dan sayuran sayuran dan amalkan meminum enam hingga lapan gelas air sehari. Perlu diketahui buah-buahan membekalkan kita vitamin dan mineral dan boleh mengelakkan badan terkena jangkitan biasa. Begitu juga dengan sayuran-sayuran. Makan sayur yang pelbagai warna bentuk dan saiz. Sayuran boleh dimakan secara mentah, dikukus atau ditumis. 6.2.4 Kebaikan hasil tenusu dan kekacang Dalam aras 3 pula mengandungi daging, ayam, ikan, kekacang, dan hasil tenusu. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B kompleks, ferum, zink, dan magnesium. Pengambilan makanan kumpulan dalam aras tiga ini disyorkan dua hidangan sehari. Makanan kumpulan ini termasuk daging yang rendah lemak, kacang soya, tempe, ikan, ayam, susu, dadih, keju dan sebagainya. Dalam aras ini, kita harus sedar bukan hanya bayi sahaja yang memerlukan susu tetapi ia amat penting juga untuk atlet dan juga orang dewasa. Susu mengandungi zat protein untuk membina badan. Susu membekalkan kalsium iaitu sejenis mineral yang boleh membentuk tulang yang kuat dan padat. Selain itu susu turut membekalkan nutrien yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga ( Winnie Chee, 2007).Pastikan kanak-kanak diberi galakan untuk meminum susu. Program susu sekolah dapat membantu usaha untuk menggalakkan murid mengamalkan meminum susu dalam kehidupan seharian mereka. Daging dan ikan juga diperlukan untuk membantu pembinaan otot dan tisu-tisu lain dalam badan kita dan dapat membantu memperbaiki pencapaian fizikal dan mental. (280)

20

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

6.2.5 Hanya sedikit lemak sahaja diperlukan. Dalam aras empat piramid makanan hanya sedikit lemak diperlukan begitu juga dengan gula dan garam.Sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan tenaga ialah lemak. Ia amat diperlukan untuk membekalkan nutrient-nutrien lain yang penting seperti asid lemak dan vitamin. Tetapi perlu diingat lemak hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Lemak berlebihan adalah tidak elok untuk kesihatan kita. Pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalestrol akan menyebabkan obesiti. Lemak dari haiwan dan sesetengah tumbuhan seperti kelapa boleh membawa kesan buruk kepada jantung . 6.2.6 Kurangkan garam, gula dan bahan pengawet Garam dan gula yang berlebihan akan menyebabkan anda mengalami tekanan darah yang tidak normal dan gula yang berlebihan pula akan menyebabkan diabetis. Bahan pengawet dan juga pewarna yang digunakan dalam makanan dikatakan boleh menyebabkan kanser. Secara ringkasnya amalan Five keys to a healthy diet bukan hanya untuk para atlet sahaja bahkan ia amat sesuai dan perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat tentang betapa pentingnya makan mengikut panduan piramid makanan. Pengamalan diet yang sihat harus didedahkan sejak dari awal lagi terutamanya kanak-kanak. Mereka harus seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal. Makan sayur dan buah-buahan dan pilih diet yang tinggi kandungan bijian serta kekacang. Banyak minum air iaitu 6 hingga 8 gelas sehari. Pilih diet yang mengandungi lemak dan kalestrol yang rendah. Mereka perlu sentiasa diingatkan agar makan makanan yang bersih dan selamat. Selain itu masyarakat juga harus mengetahui tentang betapa pentingnya mengetahui tahap BMI/WHR dan melakukan senaman yang berterusan dan berkala. (245)

21

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

7.0

LIMA KUNCI UNTUK AKTIVITI FIZIKAL YANG SESUAI. (FIVE KEYS TO APPROPRIATE PHYSICAL AKTIVITY)

Dalam brosur ini bulatan dan kunci yang berwarna kuning membawa mesej kepada semua atlet dan masyarakat China tentang pengamalan aktiviti fizikal yang sesuai diamalkan oleh para atlet. Mesej ini juga bukan hanya untuk para atlet tetapi amat sesuai diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Terdapat pelbagai kajian telah terbukti bahawa kurang melakukan aktiviti fizikal dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti. Penyakit jantung koronari merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Bagi penyakit diabetes, mengikut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia menduduki tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8 % daripada penduduknya menghidap penyakit tersebut. Laporan juga menunjukkan hampir 18% daripada penduduk dewasa wanita dan 15% penduduk dewasa lelaki di negara ini memiliki berat yang berlebihan Kajian Farooqi, Nagra, Edgar dan Khunti (2000) mendapati walaupun pengetahuan penduduk dunia terhadap gaya hidup sihat semakin meningkat, namun ianya tidak diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian lantas mengundang pelbagai risiko penyakit. Antara penyebabnya ialah kurang melakukkan senaman. Menyedari hakikat ini, pelbagai langkah dilakukan oleh Kementerian kesihatan untuk mengatasi masalah ini. Senaman juga harus dilakukan mengikut prinsip yang ditetapkan.

7.1

BERSENAM MENGIKUT PRINSIP

Kita juga perlu mengetahui bagaimana pengiraan kalori dilakukan. BMI adalah istilah yang digunakan untuk mengira ukuran indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI). Ia adalah piawai global yang digunakan untuk mengelaskan berat badan sebagai normal, kurus, berlebihn berat badan atau obes. Cara pengiraan BMI adalah dengan membahagikan berat badan individu (kg) dengan ketinggian. Contoh : BMI (Body Mass Index) = Berat Badan (kg) Tinggi x Tinggi (m2)

(262)
22

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

UKURAN BMI INI DAPAT DIKATEGORIKAN KEPADA 3 KATEGORI IAITU Normal Berat Badan Berlebihan Peningkatan risiko mendapat penyakit berbahaya Sangat gemuk Mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit berbahaya : > 30 : : : 18.5 25 25 25 30 30

Selepas memperolehi BMI, cara lain untuk menentukan BMI berada dalam julat yang sihat ditunjukkan dalam jadual di bawah: BMI ( kg/m2) 19 - 24 20 - 25 21 - 26 22 - 27 23 - 28 24 - 29 Jadual 1 BMI sepadan dengan umur

Umur (Tahun) 19 - 24 25 - 34 35 - 44 45 - 54 55 - 65 > 65

Selepas mengetahui ukuran BMI dan julat tentang kesihatan diri kita, perlu juga kita mengetahui prinsip-prinsip asas yang harus dipatuhi ketika menjalankan aktiviti senaman yang dikenali sebagai prinsip FITT.

FI-

Kekerapan senaman(Frequency) iaitu 3 - 5 kali seminggu Kehebatan senaman(Intensity) iaitu pada Kadar Nadi Latihan/hingga kita berpeluh dan menarik nafas panjang dengan selesa.

T-

Masa(Time) -sekurang-kurang20 minit setiap kali iaitu tidak termasuk 3 hingga 5 minit waktu memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum dan sesudah senaman. Jenis senaman(Type) Lakukan senaman bercorak aerobik (188)
23

T-

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

7.2

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL DENGAN SEGERA

Dalam brosur ini dijelaskan masih belum terlambat lagi untuk melakukan aktiviti fizikal ini. Mourey dan McGinnis (2003) menjalankan kajian terhadap kempen Wheeling Walks Health Education and Media Campaign yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat sekitar menggiatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi khusus untuk penjagaan kesihatan.Ini bermakna walau sesibuk mana sekalipun aktiviti fizikal masih boleh dilakukan dalam kehidupan seharian. Perlu diketahui perbezaan antara senaman dan aktiviti fizikal. Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Contoh berlari, berjogging, berjalan, berenang dan berbasikal. Aktiviti fizikal pula ialah pergerakan yang dihasilkan oleh pengecutan otot yang dapat membakar kalori secara berlebihan. Ringkasnya aktiviti fizikal ialah kerja-kerja yang dilakukan di rumah. Contoh menyapu, mengemop, turun dan naik tangga, mencuci kereta, berkebun dan sebagainya. Masyarakat perlu diingatkan tentang kepentingan melakukan senaman dan aktiviti fizikal mengikut kesesuaian umur dan kemampuan mereka dan perlu diseimbangkan dengan jadual harian mereka. Kajian menunjukkan sesiapa yang menjalani aktiviti fizikal dalam tugas harian dapat mengurangkan masalah obesity berbanding dengan orang yang mengamalkan diet . Mengikut Rosliwati Ramly (2006) seseorang boleh membakar kalori yang banyak dalam masa yang singkat iaitu kira-kira 300 kalori dalam masa 30 minit. Tambah beliau, seorang dewasa harus meluangkan masa 30 minit sehari, 3 kali seminggu untuk melakukan aktiviti seperti bermain secara aktif dan bergerak pantas.

7.3

MEMBUDAYAKAN HIDUP AKTIF DALAM KERJA ANDA

Aktiviti fizikal yang dilakukan setiap hari bukan sahaja dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian tetapi faedah yang paling baik sekali ialah nikmat badan yang sihat . Aktiviti fizikal yang paling mudah kita boleh lakukan ialah berjalan. Jadikan aktiviti fizikal sebagai satu perkara yang menyeronokkan dalam hidup. (290)

24

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Elakkan menggunakan peralatan elektrik untuk melakukan kerja-kerja harian di rumah. Umpamanya membasuh pakaian, menyapu, mengelap habuk, membersihkan halaman rumah dan sebaginya. Hobi berkebun juga adalah amat baik bukan hanya untuk kesihatan bahkan dapat menceriakan kawasan persekitaran rumah. Galakkan anak-anak melakukan kerja-kerja membersihkan rumah bersama ibu bapa. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang baik. Banyakkan berjalan ketika di tempat kerja contohnya gunakan tangga untuk ke tingkat atas, berjalan kaki dari tempat letak kenderaan, kurangkan tidur waktu rehat di tempat kerja dan sebagainya. Amalan menunggang basikal atau berkenderaan awam patut digalakkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini sudah pasti dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Umumnya, kita harus melakukan selama 30 minit bagi sebarang aktiviti fizikal setiap hari.

7.4

GALAKKAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, kemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia. Kajian oleh penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia enam tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai arteri yang menyempit di belakang mata mereka. Punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak ialah disebabkan oleh kekurangan aktiviti fizikal kanak-kanak itu sendiri. Trend mengadap komputer dan melayari internet dalam kalangan kanak-kanak perlu ada batasannya. Ketagih bermain komputer harus dibendung.Mereka harus digalakkan untuk bermain dengan rakan sebaya dan menyertai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kanak-kanak harus dilibatkan dalam aktiviti kecergasan di sekolah. Dalam hal ini, peranan guru PJK adalah amat penting sekali memastikan semua murid akan terlibat dengan aktiviti kecergasan ini. Kanak-kanak juga harus digalakkan melakukan aktiviti fizikal bersama ibu bapa mereka. Contohnya berkebun, membantu mengemas rumah, beriadah dan sebagainya. Ketua masyarakat juga harus memainkan peranan mereka untuk mengalakkan golongan muda ini aktif melakukan aktiviti fizikal dengan mengujudkan pelbagai aktiviti sukan dan riadah. Keujudan kafe-kafe siber harus dipantau bilangannya agar tidak terus bertambah saban tahun. (304)

25

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

Jangan biarkan kanak-kanak beradu kehandalan mereka dengan hanya menekan tentikus dan keyboard sahaja. Jadi tidak adil jika masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak dipersalahkan hanya pada corak pemakanan sahaja kerana hakikatnya kanak-kanak jarang bermandi peluh sepertimana kanak-kanak masa lampau.

7.5

FAEDAH SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL.

Masyarakat perlu tahu jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan yang paling maksima. Melakukan aktiviti secara berkala boleh

meningkatkan taraf kesihatan. Kesannya bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Antara faedahnya ialah:

7.5.1 Meningkatkan kecergasan jantung Senaman dan aktiviti fizikal yang dilakukan secara berkala akan dapat membantu menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya. Selain itu, kes serangan jantung dan masalah tekanan darah tinggi dan diabetes dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat.

7.5.2

Menambahkan kekuatan dan daya tahan otot.

Apabila melakukan senaman dengan lebih kerap, otot menjadi lebih kuat dan dapat melakukan sesuatu sesuatu pergerakan dengan lebih aik dan pantas. Aktiviti fizikal yang dilakukan secara berterusan dapat mengurangkan risiko sakit belakang dan pinggang. Latihan senaman yang kerap juga boleh meningkatkan prestasi dalam bidang sukan. Bagi ahli sukan pula, sudah tentu memerlukan kesihatan fizikal yang sangat baik. Sebagai contoh, Usain Bolt yang dapat memecahkan rekod dunia di Sukan Olimpik 2008 kerana kesihatan fizikal yang baik. Bukan sahaja beliau mempunyai kekuatan fizikal, namun kekuatan mental juga diperlukan bagi menjana larian sedemikian rupa. Apabila beliau dapat berkali-kali memecahkan rekod dunia, sudah pasti akan menerima ganjaran yang sangat lumayan. Banyaklah syarikat-syarikat sukan yang sanggup memberikan penajaan kepada beliau. Jadi memang betullah kesihatan dapat menjana wang. (254)

26

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

7.5.3

Mengawal berat badan.

Senaman dan aktiviti fizikal dapat membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan dapat mencegah obesiti atau kegemukan. Pengamalan makanan yang seimbang dan sihat serta aktiviti fizikal yang berkala dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanakkanak. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan haruslah diberikan penekanan dan keutamaan sama seperti mata pelajaran lain di sekolah. Ini kerana mata pelajaran ini sangat penting bagi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan juga intelek pelajar dan yang utama bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, masyarakat mestilah memberikan sepenuh sokongan dan membudayakan gaya hidup sihat ini di dalam kehidupan seharian mereka. 8.0 Rumusan.

Berdasarkan mesej yang ingin disampaikan dalam brosur The 3 Fives saya berpendapat kombinasi tiga perkara penting iaitu keselamatan makanan, diet sihat dan aktiviti fizikal yang sesuai adalah tiga tunjang utama yang perlu disampaikan kepada semua masyarakat untuk hidup sihat. Ini bermakna kombinasi tiga perkara ini adalah gaya hidup sihat yang perlu diamalkan dan diberi keutamaan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada berlakunya sebarang gejala penyakit. Semua orang harus diberi peluang untuk menikmati kesihatan yang baik sepanjang hayat mereka . Gaya hidup sihat harus diamalkan oleh setiap orang tanpa mengira usia, latar belakang kehidupan, perkauman, agama dan status kehidupan. Pada pendapat saya, mesej dalam brosur ini juga harus disebarkan dalam pelbagai medium sama ada media elektronik atau media cetak. Sehubungan itu, pelbagai pihak yang bertanggungjawab harus memainkan peranan mereka agar mesej ini dapat disampaikan kepada semua golongan masyarakat. Apa yang paling penting ialah mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Amalan ini harus ditekankan pada golongan muda dan juga ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan kesihatan keluaraga mereka terjamin. Amalan kebersihan harus bermula dari rumah. Masyarakat harus didedahkan tentang ilmu dan pengetahuan berkaitan kebersihan diri, keselamatan makanan, dan melakukan aktiviti fizikal yang sesuai dengan tahap umur dan kemampuan mereka. Masalah obesiti, peningkatan penyakit kronik, keracunan makanan amat membimbangkan dan saya berpendapat mesej yang ada dalam brosur The 3 Fives akan dapat menyedarkan dan mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. (336)
27

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

BIBLIOGRAFI.

Farooqi, A., Nagra, D., Edgar, T., & Khunti, K. (2000). Attitudes to lifestyle risk factors for coronary heart disease amongst South Asians in Leicester: A focus group study. Health and Medical Complete, 17(4), 293 - 297. Mourey, R. L., & McGinnis, J. M. (2003). Making the case for active living communities. American Journal of Public Health, 93(9), 1386 - 1389. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2004). Buku tahunan perangkaan 2004. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. Rosliwaty Ramli . (2006). Masih belum terlambat untuk mula bersenam. Dicapai dari laman web: http://bernama.com/v3/ Penang Cancer Registry. (2003). Penang Cancer Registry report: 1994 - 1998 (No. 6). Penang: Borhan Yusof, Hasbullah Ismail, Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa. (2008). HBHE Gaya Hidup Sihat. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Borhanudin bin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd. Fauzi bin Abd. Rahman, Hamizon bin Hamid. (2007) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 5. Kuala-Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Aris Fazil bin Hji Ujang, Mohd. Khairi bin Zawi, Salleh bin Mohamed Sheh, Teh Lh Hoong. (2004) Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3. Kuala-Lumpur: DBP. Berita Harian. (2011, Jun Makanan, 20. Gaya Hidup Sihat. Muat turun pada 19/5/2011. Dari http://pendita.com/2008/ Kebersihan Mengelakkan Keracunan. Muat turun pada 12/4/2011. Dari www.konsumerkini.net.my/ Garis Panduan Diet Malaysia. www.infosihat.gov.my/panduan 11) Memahami kepentingan kebersihan dan Keselamatan

28

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

http://www.who.int/foodsafety/consumer/brochure-english.pdf Lakukan aktiviti fizikal kesihatan sepanjang hayat. Muat turun 4/5/2011. www.zimbo.com/kesihatan www.who.int/foodsafety/consumer/5keys www.who.int.foodsafety/publications/consumer My Health. Kementerian kesihatan Malaysia. http://www.health.gov.my/myh
Azizi Yahya et al (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Awang Haji Azis bin Haji Nayan (2008).Menjana Kesihatan Kita. Portal Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Azhar (2008).Sanitation for Food Service Workers. Majalah Inspektor Kesihatan.

29

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

30

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

31

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

32

AZURAH BT MD. JANI

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT

661224045012002

33

Anda mungkin juga menyukai