Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN Terapi hidro merupakan program rekreasi renang bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Pembalajaran (PPKP) yang

memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.

DEFINISI TERAPI HIDRO Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh rangsangan air secara semulajadi. Walaubagaimanapun, murid-murid PPKP mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKP ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walaubagaimanapun, garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.

OBJEKTIF TERAPI HIDRO i. Memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air. ii. iii. Dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka Membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. iv. Aktiviti renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid Pendidikan Khas
v. vi.

Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka untuk berada dalam air Memberi pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar ketika melakukan aktiviti air.

vii.
viii.

Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi Dapat membantu murid membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi ketika bermain aktiviti air.

KEPENTINGAN TERAPI HIDRO Menghilangkan tekanan


Keupayaan berkomunikasi

Simulasi sistem otak Bina keyakinan diri Kreativiti Kawalan diri Latihan Social skill Merangsang pertuturan

Melatih sikap bekerjasama Meningkatkan kesabaran Pengamatan


Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain

Latihan daya kepimpinan


Manipulasi tangan dan jari-jemari

Daya konsentrasi Pembentukan body image Peningkatan self-esteem

SPESIFIKASI ALATAN BIL. 1. Bola bewarna ALATAN NAMA ALATAN

2. Gelung

3. Pelampung panjang

PERANCANGAN AKTIVITI

Kelas Masa Mata Pelajaran Tajuk Objektif

: 1 Wawasan : 30 minit : Pendidikan Jasmani : Berenang dalam kolam : Di akhir pengajaran murid dapat :
i. Membuat regangan sebelum melakukan aktiviti ii. Bermain di tepi air. iii. Membuat apungan ketika berada dalam kolam

Penerapan Nilai Aktiviti

: Tekun, sabar, berdisiplin. :

(i) Pendahuluan

Memanaskan badan dan meregangkan otot. Mengenakan jaket keselamatan.

(ii) Isi Pelajaran

Bermain-main di tepi air. Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara

yang betul.

Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan. Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru. Aktiviti renang dengan bantuan guru. Aktiviti renang bebas dengan pemerhatian guru. Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah

tertentu. (iii) Penutup

Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki. Mengemaskan dan membersihkan diri.

Impak

: Murid berasa seronok dengan aktiviti bermain di kolam

LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI TERAPI CARA KERJA

NAMA AKTIVITI ALATAN PENGLIBATAN

: Asas Akua / Pergerakan Asas : Tanpa alatan : 3 orang setiap kumpulan

Kami telah menjalankan aktiviti terapi hidro ini bertempat di mini kolam renang di IPG Kampus Perempuan Melayu. Dalam aktiviti kumpulan bertiga ini, kami ditugaskan untuk melaksanakan aktiviti amali terapi hidro iaitu asas akua atau pergerakan asas secara individu atau berkumpulan. Dalam terapi ini, kami ditugaskan menjadi guru dan seramai 4 orang rakan lain menjadi murid. Kami bertindak sebagai guru untuk menjalankan sesi terapi ini kepada murid-murid. Pada mulanya, kami memulakan sesi terapi dengan regangan anggota badan bagi mengelakkan sebarang kecederaan otot berlaku kepada murid. Selepas itu, murid perlu duduk di tepi kolam dan memasukkan kaki mereka ke dalam air secara perlahan-lahan. Ini penting supaya murid mendapat pendedahan terlebih dahulu dengan air dan memberikan keberanian kepada mereka supaya mereka tidak teragak-agak untuk masuk ke dalam air apabila aktiviti dijalankan. Selepas itu, secara perlahan-lahan, guru mula menarik murid berjalan di dalam kolam seorang demi seorang. Apabila murid dapat membiasakan diri dengan keadaan kolam, guru mula melepaskan tangan murid dan membiarkan mereka yakin berada di dalam air tanpa pegangan guru. Aktiviti seterusnya, guru mengajar murid membuat apungan dengan memegang tangan rakan. Kemudian, murid akan melepaskan tangan rakan mereka dan membuat apungan badan secara individu. Aktiviti ini membantu murid berasa lebih yakin dan membina sifat berani murid apabila berada di dalam air. Selain itu juga, sikap kerjasama dalam kalangan murid semasa melakukan aktiviti berkumpulan penting bagi membolehkan mereka saling bertoleransi. Murid juga akan lebih berdikari dalam melaksanakan setiap aktiviti yang telah mereka lakukan.