Anda di halaman 1dari 13

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN YANG DIJALANKAN 2

3.0 ISU ATAU PERMASALAHAN KAJIAN 4

4.0 KELEMAHAN DAN KELEBIHAN KAJIAN 4-6

● Tujuan Kajian

● Pendekatan

● Kaedah / Methodologi Kajian

● Hipotesis

● Kesimpulan utama penulis

5.0 PANDANGAN TERHADAP SUMBANGAN KAJIAN 7-9


MENGIKUT ASPEK;

● Praktikal

● Teori

● Method

● Ilmu

6.0 IMPLIKASI DAN HASIL DAPATAN PENULIS 10

1
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

7.0 PENUTUP 11

8.0 RUJUKAN 12

LAMPIRAN

● JURNAL KOMUNIKASI

Tajuk Jurnal :

Komunikasi Merentas Sempadan Kerja Melalui Teknologi dan Media Sosial: Kesan
Terhadap Peningkatan Konflik Kerja-Keluarga.

Oleh: Normazaini Saleh, Zuhana Zakaria dan Sarifah Ismail, Fakulti Pengurusan dan
Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

1.0 PENGENALAN

Jurnal ini di tulis oleh tiga orang pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa iaitu Normazaini, Zuhana Zakaria dan Sarifah Ismail. Sumber
Malaysian Journal of Information and Communication Technology ini bertajuk Komunikasi
Merentas Sempadan Kerja Melalui Teknologi dan Media Sosial: Kesan Terhadap Peningkatan
Konflik Kerja- Keluarga, Vol 2 2017 bertarikh 22 Jun 2017. Mengandungi sebanyak 11
lembaran bertulis.

Berdasarkan jurnal ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah
medium penyebar maklumat berkaitan kerja selepas waktu kerja biasa. Penulis menyatakan
tekanan kerja dan juga konflik kerja-keluarga wujud dan meningkat akibat capaian pengunaan
ICT yang melangkaui sempadan masa bekerja apabila maklumat berkaitan kerja disampaikan
di luar waktu bekerja. Capaian adalah melalui pelbagai medium komunikasi canggih seperti
telefon mudah ahli, capaian e-mail dan juga media sosial. Dapatan kajian menyatakan
pendedahan terhadap pengunaan ICT dan media sosial di luar waktu bekerja memberi kesan
peningkatan konflik kerja-keluarga. Walau bagaimanapun, dengan adanya sokongan dan
sikap memahami daripada majikan tekanan tersebut boleh dikurangkan. Disamping itu,

2
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

disiplin dan kebijaksanaan individu untuk meletakkan keutamaan pada maklumat yang
diterima boleh meringankan tekanan kerja.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN YANG DIJALANKAN

Latar belakang kajian dalam jurnal ini adalah berlandaskan kepentingan, peranan dan fungsi
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) itu sendiri. Pengguna menggunakan ICT yang
berfungsi sebagai satu set alat teknologi untuk membuat, mengakses, menyebar, menyimpan,
mengurus dan menyampaikan maklumat dalam format digital. Set ICT ini termasuklah
perkakasan komputer, perkakasan rangkaian, internet dan sistem telekomunikasi. Justeru itu,
penulis menyatakan pengunaan ICT seperti email, personal digital assistant (PDA) dalam
alam pekerjaan telah lama digunakan dalam alam pekerjaan sesuai dengan kehendak dan
keperluan manusia.

Petikan dan rujukan-rujukan lepas telah digunakan oleh penulis untuk menghuraikan latar
belakang kajian. Penulis melihat tahun 2018 merupakan perkembangan pesat terhadap
jaringan media sosial seperti facebook, Myspace, Friendstar, Bebo, WeChat, Whatsapp,
Telegram, Instagram dan sebagainya. Melalui jaringan-jaringan ini, pengguna komuniti maya
atau atas talian saling berkongsi maklumat, idea, mesej, video dan sebagainya. Penulis
merujuk (S. Ezaleila & A. Hamzah, 2010) iaitu dengan berkembangnya jaringan ICT ini,
komunikasi tidak lagi terbatas kepada fungsi media sosial sewaktu santai malah digunakan
untuk tujuan pekerjaan.

Penulis juga melihat media sosial merupakan medium komunikasi utama dalam
menyelesaikan urusan harian. Pernyataan penulis dikukuhkan dengan kajian (Siti Ezaleila
2013) dalam medium komunikasi media sosial sangat mudah, cepat dan pantas serta
mempunyai kemampuan untuk menghantar mesej dalam pelbagai format seperti teks, gambar,
video dan sebagainya. Disamping itu, penulis menegaskan penggunaan media sosial tidak
hanya digunakan untuk bersosial tetapi telah mula digunakan untuk urusan kerja dan
dikukuhkan dengan teori (Ragsdale & Hoover 2015) komunikasi berlaku melangkaui
sempadan kerja dan keluarga tanpa mengira masa dan tempat.

Selain itu, penulis perincikan daripada kajian lepas, ICT telah digunakan untuk tujuan
pemasaran, mendapatkan maklum balas pelanggan, perkongsian maklumat dan sebagainya.
Kajian-kajian lepas telah mendapati organisasi banyak menggunakan jaringan-jaringan

3
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

Facebook , Twitter, blog dan Youtube ini di luar waktu pejabat. Justeru itu, penulis melihat
disebabkan komunikasi ICT ini yang tidak menghadkan ruang sempadan antara pekerjaan
dengan kehidupan seorang pekerja telah mengganggu keseimbangan antara pekerjaan dengan
kehidupan peribadi sehingga menimbulkan konflik kerja-keluarga atau Work Family Conflict
(WFC)

Sehubungan itu, berdasarkan latar belakang kajian dan dikukuhkan dengan kajian-kajian
lepas, penulis menyatakan kesan penggunaan media sosial terhadap konflik kerja-keluarga
perlu diberikan perhatian.

3.0 ISU ATAU PERMASALAHAN KAJIAN

Berdasarkan jurnal ini, tidak dinyatakan secara specifik permasalahan kajian. Namun penulis
menyelitkannya dalam latar belakang kajian dan isunya adalah;

● Kepesatan penggunaan media sosial telah melangkaui sempadan kerja dan keluarga

tanpa mengira masa dan tempat.

● Terdapat banyak kajian teknologi mudah alih dan media sosial di Malaysia namun

tidak banyak kajian yang mengkhusus kepada kesan penggunaan media sosial
terhadap konflik kerja-keluarga.

● Kesan media sosial dalam kehidupan mengganggu keseimbangan kehidupan antara

pekerjaan dengan kehidupan peribadi semakin meningkat.

4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAJIAN

Berdasarkan jurnal, ini terdapat kelebihan dan kelemahan yang dapat dilihat oleh pembaca
anataranya;

4.1 KELEBIHAN

● Objektif kajian

Mempunyai tujuan. Jurnal ini dilihat baik kerana mempunyai objektif kajian. Kajian di
jalankan adalah untuk;

4
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

a) Untuk mengenalpasti tahap Konflik Kerja-Keluarga


b) Untuk menyiasat kesan ICT dan media sosial terhadap Konflik Kerja-Keluarga yang
dihadapi oleh pekerja
c) Untuk mengetahui, bagaimana pengaruh ICT dan media sosial terhadap Konflik
Kerja-Keluarga dapat ditangani dengan baik.

● Pendekatan Kajian

Penulis didapati menggunakan pendekatan kualitatif dalam menjalankan kajian. Pendekatan


ini adalah amat sesuai untuk mengumpul pendapat, tanggapan, informasi, konsep-konsep dan
keterangan yang berbentuk pengungkapan masalah. Penelitian data deskriptif berbentuk kata-
kata tertulis atau lisan. Oleh kerana kajian ini tidak menumpukan data-data bersifat numerikal,
ia dilihat lebih bersifat deskriptif dengan penghuraian ‘makna’ objektif-objektif kajian. Ia
kurang bersruktur, terbuka dan lebih menumpukan proses. Skop kajian pula meliputi bilangan
responden yang kecil iaitu hanya 5 orang sahaja.

● Kaedah/ Metodologi Kajian

Berdasarkan jurnal ini, untuk mendapatkan data kajian penulis menggunakan kaedah
temubual semi struktur. Responden penulis adalah dikalangan lima orang kakitangan kolej
swasta di Lembah Klang berlatar belakangkan pekerja yang telah berkeluarga dan rata-rata
mempunyai 2-6 orang anak.

Kutipan data pula adalah berbentuk verbatim temu bual yang mengandungi dialog antara
enumerator dan ahli responden kajian. Transkripsi dijalankan dengan bantuan program Digital
Voice Editor-2. Dialog-dialog yang diutarakan oleh penulis amat bertepatan dengan objektif
kajian. Antara soalan-soalan yang diutarakan ialah;

i) Adakah anda pernah rasa penat bila balik ke rumah selepas waktu kerja?
ii) Adakah anda seringkali balik lambat ke rumah selepas waktu kerja untuk
menyiapkan tugasan pejabat?
iii) Adakah perhatian terhadap keluarga terganggu disebabkan anda terbawa-bawa
urusan kerja dalam fikiran anda?
iv) Adakah anda pernah rasa terganggu dengan berita/ arahan yang diperoleh melalui
aplikasi email, whatsapp daripada majikan/ rakan sekerja/ pembekal?
5
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

v) Adakah anda mempunyai internet di rumah?


vi) Berapa jam anda menggunakan Internet di rumah?
vii) Berapa kali anda membuat panggilan dan menerima panggilan peribadi/ urusan
kerja dalam sehari?

Merujuk jurnal ini, berdasarkan kaedah temubual yang digunakan oleh penulis, penulis dilihat
dapat memperolehi maklumat dan menjawab permasalahan kajian. Penyelidik juga menyoal
siasat pandangan, perasaan dan maklumat-maklumat berkaitan kajian dalam bentuk temu
bual. Namun begitu, temu bual berstruktur adalah lebih baik bagi soalan terbuka dan
mendapat maklumat responden dengan lebih terperinci berbanding penulis hanya
menggunakan temubual semi struktur.

Manakala data dianalisis menggunakan kualitatif analisis. Hasil temu bual disalin ke dalam
bentuk bertulis. Kelebihan kajian ini, pengkaji menyenaraikan tema-tema yang wujud dan
telah menganalisa kekerapan tema disebut oleh responden. Dengan cara ini kesahihan dan
keboleh percayaan kajian adalah lebih tinggi.

4.2 KELEMAHAN KAJIAN

Jurnal ini dilihat tidak mempunyai hipotesis. Hipotesi adalah andaian awal terhadap dapatan
kajian. Hipotesis biasanya terdapat dalam kajian kuantitatif. Memandangkan kajian ini
mengunakan pendekatan kualitatif justeru itu ia tidak menyatakan hipotesis kajian, namun
begutu, penulis boleh menulis persoalan kajian namun sebaliknya berdasarkan jurnal ini
dilihat tidak terdapat persoalan kajian. Persoalan kajian penting kerana, persoalan kajian dapat
memerincikan kehendak kajian yang dijalankan. Kaedah kajian pula hanya terhad dengan
kaedah temubual semi struktur. Dalam pendekatan, kajian kualitatif boleh dipelbagaikan
kepada kaedah pemerhatian dan soal selidik.

4.3 KESIMPULAN UTAMA PENULIS

Menurut jurnal ini, penulis mendapati responden berhadapan dengan konflik kerja-keluarga.
Mereka berhadapan dengan tekanan kerja yang terlalu banyak dan terpaksa membawa balik
kerja ke rumah ditambah lagi komunikasi tanpa batas waktu sehingga menimbulkan konflik
dan memberi kesan kepada domain keluarga. Penulis juga menyatakan dengan wujudnya

6
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

kemudahan media sosial dan teknologi mudah alih seperti telefon bimbit menjadikan pekerja
boleh diakses dua puluh empat jam sehari. Domain kerja lebih dominan dan memasuki
domain keluarga. Kesannya, keadaan ini telah mempengaruhi emosi pekerja dan
mengakibatkan ketegangan dalam keluarga.

Oleh itu, penulis menulis penyelesaian bagi mengurangkan permasalahan ini adalah dengan
mencari kaedah bagi menangani konflik, perlu ada limitasi dari segi masa, tempat dan situasi
seperti menutup talian internet semasa bersama keluarga. Pekerja perlu mempunyai prinsip
dan disiplin dalam mengendalikan ICT. Peranan majikan juga penting untuk menangani
konflik kerja-keluarga ini. Oleh itu, majikan perlu memahami limit masa bekerja dan peribadi.

5.0 PANDANGAN PENGULAS TERHADAP SUMBANGAN KAJIAN DARI


ASPEK;

● Praktikal

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting.
Rata-rata masyarakat tahu menggunakan alat ICT tetapi tidak tahu mengurus ICT sehingga
meningkatkan konfilik dalam kehidupan. Justeru itu, kajian ini dilihat telah memberi
sumbangan secara praktikal dalam penyelidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kajian dapat memberi peningkatan kemahiran mengurus alat komunikasi. Dalam jurnal
dinyatakan cara mengawal pengunaan ICT agar kerja tidak mengganggu kehidupan peribadi
adalah dengan menutup akses atau internet. Penulis juga menyatakan, pekerja peru
mendisiplinkan diri untuk menutup ruang sempadan kerja dan keluarga agar tidak ditembusi
dengan mudah.

Secara praktikalnya, penulis dilihat menjalani kajian lapangan. Secara langsung dengan
menjalankan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pengkaji kerana merasai, mengalami
dan mendapat pengalaman menjalani kajian kualitatif yang memerlukan pengkaji
menemubual responden.

Berdasarkan jurnal ini, secara praktikal penulis mengikut prosedur menjalankan penyelidikan
dengan baik dan teratur. Disiplin yang sistematik telah dilakukan untuk memberi jawapan
kepada masalah dan persoalan kajian. Walau bagaimanapun, permasalahan kajian tidak

7
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

disampaikan dengan jelas. Dalam jurnal ini, permasalahan kajian hanya terlihat jelas pada
tajuk kajian iaitu “Komunikasi Merentas Sempadan Kerja Melalui Teknologi dan Media
Sosial: Kesan Terhadap Peningkatan Konflik: Kerja-Keluarga”.

● Teori

Teori merupakan model atau rajah-rajah yang menerangkan berkaitan fenomena-fenomena


komunikasi yang dicipta berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh para sarjana.
Kebiasaannya, teori digunakan sebagai sandaran ataupun asas untuk melihat sesuatu
fenomena. Dalam jurnal ini, teori yang diguna pakai oleh pengkaji adalah Teori yang
dikendalikan oleh Byron.K (2005), faktor utama konflik kerja-keluarga atau work- family
conflict (WFC) datangnya daripada domain kerja dan keluarga, selain personaliti pekerja itu
sendiri. Jurnal ini, mengkaitkan bagaimana peningkatan kerja dipengaruhi oleh faktor-faktor
tambahan seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta media sosial.
Dengan teori yang digunakan, dapat dilihat ia memberi kesan pada sandaran kajian kerana
penyelidik dapat menyelidik konsep, teori dikembangkan dan dinyatakan dengan jelas dan
teratur.

Berdasarkan jurnal ini, dilihat penulis mengembangkan teori berpandukan kajian literatur
yang banyak. Pada pendapat saya, tinjauan ke atas kajian-kajian lepas untuk memperolehi
maklumat yang berkaitan dengan kajian adalah penting untuk membangunkan satu kajian
yang baik. Contohnya penulis menyatakan “ Dalam analisis meta yang dikendalikan oleh
Byron (2005), jelas menunjukkan faktor penentu utama kepada WTC datangnya daripada
domain kerja dan keluarga...”. Penulis dilihat telah membuat sorotan terhadap kajian lepas.

● Method

Pengunaan method atau kaedah kualitatif dalam jurnal ini adalah pilihan yang baik. Namun
bagi pendapat saya method yang digunakan agak terbatas kepada satu cara sahaja iaitu temu
bual semi struktur manakala kutipan data dibuat dalam bentuk verbatim temu bual. Kajian ini
masih boleh dikembangkan lagi dengan menggunakan pelbagai method kajian kualitatif.
Penyelidikan kualitatif adalah penyelidikan untuk menerangkan proses, langkah dan sebab
sesuatu perkara berlaku. Terdapat pelbagai cara dalam mengutip maklumat kajian kualitatif
iaitu dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temuduga dan analisis dokumen. Jurnal ini
dilihat sebagai jurnal Fenomenologi.
8
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

Menurut Chua Yan Piaw 2006, Sebuah kajian kualitatif yang baik mempunyai triangulasi data
agar kebolehpercayaan kajian lebih tinggi. Jurnal ini merupakan junal yang mengkaji
fenomena, manakala fenomena dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan perspektif yang
berbeza melalui triangulasi data. Triangulasi data hanya dikumpul daripada individu-individu
yang berlainan namun tidak dikumpul pada keadaan atau tempat yang berlainan mahupun
data tidak dikumpul pada masa yang berlainan.

Peserta dalam kajian ini seramai lima orang. Maklumat kajian mudah diperolehi hanya secara
langsung daripada responden. Oleh itu, jurnal ini dilihat sangat bersesuai dengan kajian. Data
kajian adalah berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual dan direkod
menggunakan Program Digital Voice Editor-2. Berdasarkan jurnal ini juga, saiz sampel yang
kecil dan dipilih secara bertujuan dilihat sebagai satu methodologi tidak meluas. Pemilihan
hanya dikalangan kakitangan kolej swasta di Lembah Klang. Justeru itu, saya berpendapat
kajian lanjutan boleh dijalan dengan memperluaskan triangulasi data dan pemilihan saiz
sampel dikalangan pekerja-pekerja bandar dan luar bandar mahupun pekerja swasta dan
kerajaan.

Dari aspek instrumen pula, penyelidik dilihat sebagai instrumen utama memungut data.
Penyelidik berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena
yang dikaji, oleh itu jurnal ini adalah bertepatan dengan metodologi kajian yang dijalankan.

● Ilmu

Dalam bidang ilmu, kajian ini telah menyumbangkan ilmu komunikasi yang berguna kepada
para penyelidik dan sarjana lain. Merujuk daripada jurnal, penulis menggunakan bahan-bahan
rujukan yang bersesuai dengan kajian. Namun begitu, 70% daripada bahan rujukan yang
digunakan agak lama namun masih ada rujukan-rujukan dan kajian-kajian terkini.

Jurnal ini memberi pendedahan terhadap kesan-kesan pengunaan ICT tanpa batas terhadap
kerja dan kehidupan peribadi. Penulis merungkaikan permasalahan kajian dengan menjawab
objektif kajian dengan jelas seterusnya memberi kaedah-kaedah menangani masalah ini.

Selain itu, jurnal ini memberi ilmu yang berguna dalam mengurus pengunaan ICT dalam
kehidupan. Seterusnya memberi kesedaran kepada pengguna ICT, bahawa mengurus media
sosial adalah penting agar tidak memberi kesan yang negatif. Pengunaan alat komunikasi
seharusnya memberi manfaat kepada manusia dan bukannya memudaratkan.

9
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

Justeru itu, ilmu komunikasi dalam jurnal ini banyak membantu saya memahami dan
mempelajari subjek pengantar komunikasi secara tidak langsung. Iaitu, dapat mengetahui
lebih mendalam tafsiran konsep komunikasi dalam bidang Sains Sosial, perkembangan
fenomena-fenomena proses, bentuk dan perkembangan komunikasi masa kini serta kesannya
terhadap interaksi masyarakat.

Justeru itu, pada pandangan saya jurnal ini amat berguna dalam bidang ilmu. Terutama
kepada pengkaji-pengkaji lain. Kajian ini boleh dijadikan kajian lanjutan dengan
memperluaskan lagi variabel-variabel kajian dan mempelbagai triangulasi data.

6.0 IMPLIKASI DAN HASIL DAPATAN PENULIS

Berdasarkan jurnal ini, hasil dapatan kajian adalah mendapati bahawa wujudnya konflik
kerja-keluarga dalam kalangan pekerja, dimana konflik berdasarkan masa dan juga
ketegangan yang wujud apabila pekerja berhadapan dengan tekanan dan keletihan. Implikasi
hasil dapatan kajian ini adalah dalam kehidupan manusia yang berkerja. Didapati tekanan
telah sedia wujud dalam kehidupan individu. Kerja yang berterusan menyemarakkan lagi
tekanan kerja sehingga berlakunya konflik diantara kerja dan keluarga. Keseimbangan antara
kerja dan kehidupan peribadi, rehat dan masa bersama keluarga dilihat penting agar tekanan
dapat dikurangkan.

Hasil dapatan yang kedua ialah, kesan pengunaan ICT dan media sosial terbukti memberi
sumbangan ke arah peningkatan konflik kerja-keluarga di mana kebanyakan responden
mengaku terganggu dengan arahan dan email berkaitan kerja yang terpaksa ditangani
walaupun diluar waktu bekerja. Implikasi terhadap dapatan kajian ini adalah terhadap
individu dan organisasi. Kesan negatif terhadap indivudu iaitu mengalami konflik masa dan
ruang untuk bersama keluarga menjadi terhad. Pengunaan media sosial dalam aspek luar
waktu bekerja haruslah dikurangkan agar dapat mengelak daripada tekanan kerja. Manakala
komunikasi dengan ahli keluarga harus diutamakan.

Implikasi terhadap organisasi pula, ICT menjadi medium perantara yang efisien untuk
memantapkan urusan pekerjaan kerana komunikasi melalui media sosial ini menjadi mudah.

10
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

Interaksi dan penyampaian tugas diluar waktu bekerja menjadi trend pihak atasan agar
pekerjaan menjadi cepat dan pantas dilaksanakan oleh pekerja. Ini dilihat sebagai kesan yang
baik terhadap dunia perniagaan dan alam pekerjaan.

7.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, tidak dinafikan dalam disiplin komunikasi ICT amatlah penting.
Jurnal ini telah membuktikan di era ini, hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini
dan dengan teknologi inilah kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di
hujung jari. ICT dan media sosial mempunyai kesan positif dan negatif. Antara kesan positif
medan komunikasi media sosial seperti mudah untuk berhubung, berkeyakinan dan berfikiran
positif, mudah memperolehi maklumat, medium tempat bersuara, berniaga dan sebagainya.
sehubungan itu, komunikasi mendatangkan banyak kebaikan dalam bidang pentadbiran,
pendidikan, kajian ilmu dan alam pekerjaan. Oleh itu, kajian terhadap kesan Pengunaan ICT
dan media sosial haruslah di kaji dengan lebih mendalam lagi. Ini kerana, adalah penting
untuk mencari cara untuk mengatasi dan mendalami konflik kerja-keluarga yang berpunca
daripada penggunaan ICT dan media sosial yang tidak terkawal di era ini.

11
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

8.0 RUJUKAN

Normazaini Saleh, Zuhana Zakaria, Sarifah Ismail, (2017). Komunikasi Merentas Sempadan
Kerja Melalui Teknologi dan Media Sosial: Kesan Terhadap Peningkatan Konflik
Kerja-Keluarga. Malaysian Jurnal Of Information And Communication Technology.
Vol 2 2017, Issue 1 e-ISSN 0127-7812

Nor Azlina Binti Harun (2013). Hubungan Antara Komunikasi Dalam Organisasi Terhadap
Kepusan Kerja. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Universiti
Malaysia Sarawak

Rosfazila Binti Abd Rahman, Mokmin Bin Basri, Kalthom Binti Hussain, Che Wan Shamsul
Bahri Bin Che Ahmad, dan Mohd Sharul Nizam Bin Danuri, (2017). Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kehidupan Insan: Integrasi Konsep Dualiti
(Konvensional dan Islam) Dalam Silibus Pengantar IT. Jurnal Sulatan Alauddin
Sulaiman Shah. Vol 4 Bil 1 (2017)

Chua Yan Piaw, Kaedah Statistik Penyelidikan, Kaedah Penyelidikan Buku 1. Copyright 2006
McGraw-Hill Malaysia Sdn. Bhd

Che Su Mustaffah, (2015). Kompetensi Komunikasi dan Kepuasan Komunikasi Penjawat

12
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

Awam di Malaysia. Pusat PengajianTeknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti


Utara Malaysia, Jurnal Pengurusan, 43 (2015) Vol 13-16

13

Anda mungkin juga menyukai