Anda di halaman 1dari 3

PROSES KAUNSELING

Proses kaunseling mempunyai beberapa peringkat ;

Peringkat Permulaan

Pada peringkat ini, kaunselor akan menjalin rapport dengan klien bagi memudahkan

seisi kaunseling.

1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai

seorang yang boleh dipercayai.

2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia

sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.

Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu

diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu.(penstrukturan)

Peringkat Pertengahan

Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba membuka kunci setiap masalah yang dihadapi

oleh klien.(Meneroka)
1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian:

o Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang

dihadapi oleh klien.

o Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu

diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.

Peringkat Akhir

1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan

jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:

o Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan

penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.

o Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari

pihak kaunselor. (penilaian)

o Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang

kejayaan proses kaunseling tersebut. (Rujukan)

Anda mungkin juga menyukai