Anda di halaman 1dari 10

Keburukan internet

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET KEBAIKAN


Mesej terlalu cepat. Menyokong multimedia atau hypermedia. Boleh berkomunikasi secara global. Menggunakan capaian komputer jarak jauh. Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

KEBURUKAN

Kurang kepastian maklumat tepat. Banyak perubahan disaat akhir perancangan. Bahan perlu ditapis. Interaksi subversif tidak terkawal. Kebocoran maklumat rahsia/peribadi. Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara. Penggodaman mudah berlaku. Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.

KEPENTINGAN INTERNET

Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik. Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh. Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat. Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik. Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.

Kebaikan Internet Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti Piala Dunia mahupun berita panas seperti . Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti : Pendidikan dalam Internet Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu

melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut. Perniagaan dalam Internet Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan. Perubatan dalam Internet Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan. Keburukan Internet Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh. Terdapat beberapa keburukan Internet seperti : Medium penyebaran dakyah jahat Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian ini yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam Bahasa Malaysia. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan

daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank. Pornografi Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.

Keburukan
Pengenalan Objektif Golongan Sasaran Wawasan Internet Multimedia Kebaikan Keburukan

Tahukah Anda?

Menurut data daripada kajiselidik yang dibuat oleh Nua Internet Survey pada November tahun lalu menunjukkan jumlah pengguna internet adalah 407.1 juta, berbanding 381.79 juta pada Oktober dan 377.65 juta pada September tahun yang sama. Peningkatan jumlah pengguna internet setiap bulan ini membuktikan semakin ramai manusia menyedari kepentingan internet dan menjadikannya semakin popular dari hari ke hari. Perkembangan positif ini juga sekaligus telah mewujudkan banyak peluang perniagaan yang berasaskan teknologi komputer dan internet kepada manusia. Antaranya perkhidmatan e-dagang, peningkatan jumlah kafe siber, multimedia dan sebagainya. Kewujudan serta peningkatan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayari internet telah memberi peluang kepada masyarakat terutamanya remaja yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, menggunakan perkhidmatan di kafe siber. Namun begitu, perkembangan yang dilihat sebagai positif ini tidak dimanfaat sepenuhnya oleh segolongan pengguna. Impaknya, timbul fenomena yang negatif seperti melepak. Penyalahgunaan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kafe siber dengan menjadikan kafe siber sebagai salah satu tempat berkumpul dan melepak bagi remaja dan ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial lain. Selain itu, kebanyakan remaja juga tidak memanfaatkan kafe siber ini dengan sebaiknya. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang kosong di internet (chit chat) , malayari laman-laman yang tidak sesuai dan sebagainya daripada mempelajari teknologi serta menimba pengetahuan. | Halaman Utama | | Biodata | | E-mail | 2003 Bie Amierr. All rights reserved.

Site Sponsors

Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan (Bahas)


Posted on 14 Mac, 2009 by admin

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim, para pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini, kita akan memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan. Saya sebagai pembangkang amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut. Bagi saya ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan. Para hadirin sekalian, Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui telekomunikasi yang semakin canggih kini. Segala bentuk maklumat dapat kita perolehi daripada penggunaan Internet ini. Tetapi ternyata ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan. Yang pertama sekali ialah ia menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa sekatan di dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila. Hujah saya yang kedua ialah bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat

mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi. Hujah saya yang ketiga, ialah hubungan sosial di dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan. Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas malah penggunaan Internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan. Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain. Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Sekian sahaja, terima kasih.

Fikir Sejenak

Aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Seorang yang boleh mengingatkan aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi aku telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidupku dan dialah orangnya.

Komputer

Lampiran

More Photos

Join Multiply to get updates from akbar

kaRya aNak siNjai


HomeBlogPhotosMusicCalendarReviewsLinks

Remaja Dan Budaya Internet

Oct 20, '07 12:36 PM for everyone

Internet adalah sebahagian daripada setitik rahmat, nikmat dan ilmu yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia dan juga untuk dimanfaatkan bersama golongan remaja, belia dan muda-mudi. Sama seperti kita memperolehi rahmat dan nikmat berupa akal kesihatan tubuh badan, makan, minum, belajar, bersekolah, bekerja, dibayar gaji dan sebagainya. Zaman sains dan teknologi, zaman pesatnya kemajuan teknologi maklumat dan sains komputer, akhir-akhir ini telah membentuk satu budaya baru iaitu budaya internet. Remaja adalah golongan yang cukup sensitif dengan perkara yang baru-baru dan mudah terperangkap dalam lingkungan yang bernilai negatif serta kurang memberi kebaikan dari segi jangka panjang untuk diri, peribadi dan masa depan yang terbaik.

kubel

Photos of akbar Personal Message RSS Feed [?] Report Abuse

Dari setitik rahmat, nikmat dan ilmu, kemudian menjadi suatu budaya dan amalan yang sangat cepat merebak, dari bandar menuju ke pekan, ke kampung dan akhir sekali menyusup memasuki rumah setiap keluarga. Golongan dewasa seperti ibu bapa, guru, intelek dan ulama serta mereka yang peka terhadap kesan negatif budaya internet cukup merasa bimbang, kerana ia boleh merosakkan diri sahsiah dan masa depan golongan remaja dan muda-mudi, terutama bagi mereka yang tiada kekuatan aqidah, ilmu akal, akhlak mulia, amal soleh dan taqwa .

Budaya internet yang telah berkembang ekoran majunya sains teknologi dan sains komputer, yang sudahpun kita terima sebagai suatu ilmu yang diperlukan mengikut peredaran zaman. Kehadirannya bukan untuk disekat, tetapi remaja dan muda mudi hendaklah mempunyai kekuatan dan kekebalan peribadi dan dalaman yang berasaskan aqidah iman, ilmu, akal, akhlak mulia, amal soleh, taqwa dan istiqamah. Firman Allah SWT maksudnya: Dan sesungguhnya Allah pasti memberi hidayah (petunjuk) kepada orang-prang yang beriman menuju jalan yang lurus. (Surah al-Haj, ayat : 54) Kerana itu golongan remaja harus bijak memanfaatkan ilmu atau maklumat yang disalurkan melalui internet. Malah kita sewajarnya memiliki daya tapis dan seiring antara maklumat yang berguna, baik dan boleh membina nilai-nilai positif demi sebuah kehidupan yang bahagia, sejahtera dan selamat di dunia dan akhirat. Manakala maklumat yang bersifat negatif dan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada diri remaja dan rakan, ketegasan diri dan sikap kita perlu diperkatakan supaya nilai-nilai negatif yang terdapat dalam internet tidak menyubur dalam pemikiran dan pembawaan remaja. Seumpama kita melihat peraturan, hukum atau etika yang dikenakan dalam perkara yang menyangkut kehidupan seharian, seperti kawasan larangan merokok, bagi orang yang mahu dan sensitif dengan peraturan dia tidak akan merokok di kawasan larangan itu, bukan sekadar takut kena denda, tetapi dijiwanya terasuh suatu sikap dan peribadi hormat kepada hukum dan terasa dirinya

mempunyai tanggungjawab bersama dalam mendaulatkan peraturan yang bermanfaat kepada diri dan masyarakatnya. Begitu juga halnya dalam hukum yang telah diputuskan syarak, seperti dilarang atau haram hukumnya berjudi, berzina, minum arak dan sebagainya. Bagi orang yang jiwanya terdidik dengan hukum Islam ini, mereka tidak akan berani melakukannya kerana dosanya amat berani untuk ditanggung di dunia dan di akhirat nanti, apatah lagi kesan buruknya kepada diri, kluarga dan masyarakat juga cukup buruk dan jahat. Kita boleh membandingkan di sini dari segi kekebalan dan kekuatan peribadi sendiri dalam usaha untuk mendisiplinkan diri supaya tidak mudah terikat nilai negatif yang disalurkan melalui internet. Tentang nilai positif internet berupa ilmu dan juga maklumat bermanfaat lagi baik, inilah sepatutnya golongan remaja utamakan dan cari. Matlamat dan tujuan kebaikan ini cukup besar fadilatnya, sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: Orang yang memberi petunjuk kepada kebaikan sama pahalanya seperti orang yang malakukannya. (H.R. Bukhari) Ertinya, remaja mesti bijak dan mempunyai pertimbangan iman, ilmu, akhlak mulia, akal budi, amal soleh dan taqwa, seandainya yang kita harap dari budaya internet itu ialah kebaikan dan faedahnya yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat. Ruang untuk mencari kebaikan dan berbuat yang terbaik itu bagi golongan remaja sentiasa terbuka luas, seluas bumi yang terhampar, walaupun kita berlawan dengan ruang, iklan dan promosi untuk menjerumus remaja ke arah kejahatan juga cukup hebat, apa lagi melalui internet yang dihasilkan dari ilmu sains komputer itu. Akhirnya, kemajuan sains dan teknologi, sains komputer dan internet memang diperlukan oleh generasi manusia zaman ini dan begitu juga kepada golongan remaja. Dan Islam sendiri mengharuskan kemajuan sains dan teknologi untuk kebaikan manusia, di atas paksi tauhid dan ibadah kepada Allah SWT. Islam tidak menghalang sebarang bentuk kemajuan ciptaan manusia, tetapi Islam menekankan aspek tauhid, ibadah dan meletakkan satu asas dan nilai yang bersifat sejagat lagi manusiawi, supaya keselamatan, kesejahteraan dan keamanan hidup manusia dan remajanya benar-benar terjamin sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti. Internet tidak merosakkan manusia dan remajanya, malah manfaatnya juga cukup banyak dari segi penyebaran maklumat, ilmu hubungan dan lain-lain. Dengan syarat manusia yang mengendalikannya, termasuklah tukang cipta sains komputer ini dan para penggunanya, adalah mereka yang memiliki kekebalan dan kekuatan iman, aqidah, ilmu, taqwa, akhlak mulia, amal soleh, cinta kebaikan, benci keburukan dan manusiawi. Prev: Rahsia Bentuk Gigi Next: Mutiara Kata reply share

Sponsored Links

audio reply video reply Add a Comment

U2FsdGVkX181T reply

reply

3050:U2FsdGVkX
Add a comment to this blog entry, for everyone

Send kubel a personal message

Keburukan ict kepada remaja( bm)

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti Piala Dunia mahupun berita panas seperti ............. Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh. Ict menyemai sikap buruk individu contohnya maklumat tanpa sekatan di dalam Internet ini memberi peluang kepada remaja dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila. Kedua bagi pelajar sekolah, Internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Ini bukan sahaja berlaku pada remaja sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi. Ketiga, hubungan sosial di dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat

terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan. Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas malah penggunaan Internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan. Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porakperanda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain. Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

Quote original message

Submit

Preview & Spell Check

submitted

2010 Multiply English About Blog Terms Privacy Corporate Advertise Translate API Contact Help

Anda mungkin juga menyukai