Anda di halaman 1dari 1

Langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya

2010-02-25 00:47

Hampir setiap hari terdapat kes kemalangan jalan raya yang membabitkan kematian di negara ini. Hal ini menjadi bertambah serius apabila menjelang musim perayaan. Seminggu sebelum dan selepas perayaan merupakan waktu kritikal yang membabitkan banyak kemalangan maut. Bagi mengatasi masalah ini, kajian yang terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan. Pada masa kini, setiap kali berlaku kemalangan, trak penunda yang muncul akan terus bawa kenderaan terbabit ke bengkel tanpa diketahui perkara yang sebenarnya berlaku. Selain itu, pemandu-pemandu yang terbabit perlu diuji bagi memastikan semasa memandu adakah pemandu berkenaan dalam keadaan bebas daripada pengaruh dadah ataupun meminum minuman keras. Hal ini juga dapat membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar kemalangan dengan mengambil tindakan yang sewajarnya. Antara cadangan untuk mengatasi masalah ini ialah pemasangan papan tanda amaran bagi mengingatkan pemandu di setiap simpang dan selekoh yang berbahaya. Hal ini dapat mengurangkan kadar kemalangan. Semua langkah ini diharap dapat menjadikan jalan raya kita selamat untuk semua pengguna.