Anda di halaman 1dari 3

BAB 10 : SENI REKA GRAFIK

PERSEPSI SENI

DEFINISI TIPOGRAFI

 Kemahiran seni dan teknik dalam menghasilkan dan menyusun jenis taip dalam bentuk tulisan agar ia jelas, mudah dibaca
dan menarik untuk dipaparkan.

 Istilah yang terdapat dalam tipografi mempunyai banyak perkaitan dengan istilah yang diguna pakai dalam kaligrafi dan
proses susunan taip dalam teknologi percetakan yang diperkenalkan sejak abad ke-15.

APLIKASI TIPOGRAFI

 Umumnya tipografi bagi papan tanda digunakan untuk menunjuk arah atau amaran sama ada menggunakan huruf, tanda baca
ataupun simbol.

 Merupakan visual yang menggambarkan perasaan atau emosi melalui representasi ekspresi muka yang menggunakan jenis
taip misalnya huruf, tanda baca dan simbol.

PAPAN TANDA

EMOTICON

GRAFITI

POSTER

 Poster ialah bahan bercetak pada kertas dalam saiz dan format yang tertentu. Ia berfungsi untuk menyampaikan maklumat
atau promosi dengan menggunakan gabungan atau salah satu elemen seperti tipografi, ilustrasi, fotografi dan sebagainya.

 Grafiti dikaitkan dengan tulisan ataupun lukisan yang dihasilkan dalam pelbagai teknik menggunakan medium cat pada
dinding atau sebarang permukaan yang kebiasaannya boleh dilihat oleh orang ramai.

ANATOMI TAIP

 Merupakan struktur asas kepada setiap karakter huruf.

 Pengetahuan terhadap anatomi taip membolehkan pereka, khususnya pereka taip mereka bentuk atau mengaplikasi taip
dengan lebih baik.

JENIS & KLASIFIKASI TAIP

KLASIFIKASI

KLASIFIKASI TAIP
 Pelbagai muka taip yang boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori.

 Perbezaan yang ketara antara setiap klasifikasi taip dapat dilihat melalui bentuk dan ketebalan garisan kecil pada hujung
stroke dalam huruf serta stroke pada paksi menegak dalam keadaan yang serong atau lurus.

OLD STYLE

 Ciri rekaan yang mengekalkan reka bentuk daripada lukisan teknikal secara manual.

 Mempunyai bentuk serif yang bersudut dan tumpul, stroke tidak terlalu nipis dan kurang kontras.

 Contoh muka taip: Garamond dan Caslon

TRANSITIONAL

 Terhasil daripada modifikasi taip old style.

 Mengabungkan ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua old style dan modern.

 Contoh muka taip: Baskerville dan Century Schoolbook.

MODERN

 Mempunyai ciri yang agak radikal berbanding old style dan transitional kerana mempunyai stroke tebal dan nipis yang sangat
kontras, serif yang lurus serta paksi menegak.

 Contoh muka taip: Bodoni dan Tiffany

SLAB SERIF

 Mempunyai ciri stroke serif yang ketara dan tebal.

 Biasanya digunakan bagi tujuan hiasan dan mempunyai ciri kebolehbacaan yang rendah.

 Contoh muka taip: Rockwell dan Egyptian.

SANS SERIF

 Taip ini tidak mempunyai serif.

 Umumnya mempunyai saiz rekaan stroke yang sama dan berbentuk geometrik.

 Contoh muka taip: Arial dan Helvetica

SCRIPT

 Diilhamkan daripada stroke yang dihasilkan menggunakan berus ataupun pena.


 Secara umumnya, taip ini mempunyai dua ciri rekaan iaitu kasual ataupun formal.

 Contoh muka taip: Great Vibes dan Edwardian Script.

TIPOGRAFI EKSPRESI

 Tipografi ekspresi memberi penekanan secara visual terhadap maksud daripada sesuatu perkataan yang ingin disampaikan.

 Ciri-ciri unik reka bentuk yang terdapat pada setiap taip boleh digunakan sebagai asas kepada rekaan baharu dengan
menggunakan daya imaginasi dan kreativiti.

CONTOH

1. Onomatopoeia

 Merupakan pembentukan atau penggunaan kata-kata yang meniru bunyi semula jadi bersama aksi dikaitkan.

 Contohnya, "bang", "boom", "snap" dan lain-lain.

 Onomatopoeia sering digunakan dalam seni komik.

2. KONOTASI TAIP

 Konotasi sering digambarkan sebagai positif atau negatif yang berkaitan dengan hubungan emosi yang menyenangkan atau
tidak menyenangkan.

 Cuba anda bandingkan kedua-kedua rekaan taip yang digunakan di sebelah.

 Kedua-duanya mempunyai ayat yang sama, namun membawa maksud yang berbeza berdasarkan konotasi taip.

3. PERSONIFIKASI TAIP

 Memberikan sifat dan kualiti yang terdapat pada manusia kepada sesuatu perkataan melalui metafora.

 Personifikasi taip banyak digunakan oleh artis dalam karya seni visual bagi menyampaikan mesej dengan lebih menarik dan
berkesan.

4. FIGURA TAIP

 Menghasilkan bentuk figura menggunakan reka bentuk taip serta komposisi sejumlah muka taip.

 Figura taip menguji kemampuan untuk melihat bentuk dan rupa yang terdapat pada setiap rekaan taip daripada perspektif
yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai