Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN KE ___ EDU 3108

SUKA DUKA SEORANG GURU

Cerita AKU bermula dari mengisi borang untuk menjadi seorang guru. Dilemma aku bermula sejak awal pengajian lagi. Terhimpit antara kemahuan dan tanggungjawab, memilih antara bidang keguruan atau bidang guaman. Selepas aku menamatkan SPM pada 2004, pilihan yang ada pada aku sangat sempit dan tertutup. Hanya jalan menuju ke STPM menjadi satu-satunya pilihan aku. Selepas berjaya mengharungi suka duka dan kekecewaan aku pada masa lampau, aku berjaya untuk muncul sebagai pelajar cemerlang STPM 2005 bagi tingkatan 6 rendah. Bibit-bibit impian menjadi peguam mula aku rasakan. Namun, pada awal 2006, aku terkejut apabila namaku tersenarai sebagai calon temuduga bagi kemasukan PPISMP bagi ambilan Julai 2006. Sahabatku telah mengisi borang tersebut tanpa pegetahuanku. Semua itu adalah permintaan dari ayahku sendiri. Ayahku meminta aku untuk pergi ke temuduga tersebut dan aku berjaya untuk mendapat tempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Walaupun pada masa temuduga aku hanya buat sambil lewa dan tidak serius, namun berkat doa dan harapan keluargaku aku telah berjaya. Konflik bagi aku apabila aku terpaksa mengorabankan banyak perkara dalam satu masa yang singkat. Antaranya; mengabaikan harapan dan cita-citaku untuk

menjadi seorang peguam. Kedua, meninggalkan sahabatku keseorangan dalam meneruskan pegajian STPM. Ketiga, berkorban untuk pergi ke maktab kerana ada elaun yang dibayar, ini adalah kerana keluargaku pada masa itu tidak mampu untuk menangung perbelanjaan jika aku ke Universiti. Aku dalam keadaan yang sangat stress dan tertekan, samada aku mahu menjadi seorang yang berpegang kepada harapan, impian dan menjadi pentingkan diri atau menjadi seorang penyelamat bagi keluargaku dalam memenuhi harapan mereka untuk aku menjadi guru. Penyelamatku adalah sahabatku dan Guru Kaunseling aku yang pernah bersama-sama semasa berada disekolah menengah. Mereka cukup

memberikan aku harapan, cadangan, nasihat serta implikasi terhadap setiap cabang pilihan aku. Akhirnya, aku memilih untuk menjadi seorang guru yang menuntut di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Selepas 5 tahun setengah pegajianku. Bibit-bibit cintaku kepada bidang keguruan sangat menebal. Kini, impian aku dan harapan aku adalah tidak lain dengan berhasrat untuk membantu anak-anak generasi hadapan untuk menjadi insan yang berguna kelak. Dengan berbekalkan segala pengetahuan dan pengalaman yang telah dipelajari sepanjang berada di institut perguruan. Aku melangkah keluar dengan keyakinan untuk menjadi seorang guru yang bakal membawa perubahan kepada anak didikku kelak. Namun segala sangkaanku meleset apabila aku ditempatkan di sebuah sekolah yang boleh dikategorikan sebagai sekolah kecil. Pada awalnya, aku menyangkakan

bahawa aku dapat membawa perubahan memandangkan keadaan sekolah yang pada pandangan aku memerlukan banyak kemajuan. Tekanan akua bermula apabila aku cuba menganjurkan satu program untuk memotivasikan murid-murid dan juga ibu bapa di sekolah tersebut. Setelah bersusah payah menyiapkan kertas kerja dan menghubungi pihak-pihak terlibat. Program yang aku cadangkan tiba-tiba tidak dapat diteruskan. Kejadian ini berlaku apabila guru besar sekolah tersebut ditukarkan dan digantikan dengan seorang guru besar yang baru. Aku berasa sangat malu apabila kertas kerja yang aku usahakan dibaling oleh guru besar tersebut di depan guru-guru lain ketika mesyuarat. Kesannya, aku terpaksa menebal muka untuk menghubungi pihak-pihak luar untuk membatalkan program itu. Begitu juga aku terpaksa berdepan dengan ibu bapa murid-murid untuk memberitahu perkara yang sama. Rentetan itu nama aku menjadi perbualan para guru dan juga ibu bapa. Kejadian itu membuatkan aku berputus asa dengan sekolah tersebut. Aku tidak ingin lagi memikirkan untuk memajukan sekolah tersebut. Namun aku tidak sedar apa yang berlaku terhadap diri aku itu memberi kesan sampingan kepada murid-murid aku. Semangat aku yang hilang membuatkan aku mengajar dalam kadar yang sangat lemah. Keadaan ini berlarutan selama setahun sehingga aku berjumpa dengan seorang kawan yang sama-sama belajar di maktab dahulu. Dia menceritakan kepada aku tentang keperitannya yang mana ternyata lebih teruk dari apa yang aku alami. Baginya kita tidak hanya boleh bergantung dengan kebenaran guru besar sahaja. Jika guru

besar selalu tidak senang dengan kita, kita boleh terus berhubung dengan pihak yang lebih tinggi seperti PPD dan JPN. Setelah mendengar cerita dan pengalaman beliau, aku cuba untuk menganjur semula program yang telah aku rancangkan dahulu. Kali ini aku terus menghubungi pihak PPD dan menceritakan keadaan sebenar guru besar di sekolah aku. Kesannya aku mendapat kebenaran dan juga dana untuk melaksanakan program motivasi tersebut. Kejayaan ini juga menyebabkan aku dapat membersihkan nama aku yang menjadi sebutan oleh pihak-pihak tertentu. Ini sekali gus menaikkan kembali semangat aku yang telah lama jatuh. Pengalaman ini mengajar aku bahawa dalam profesion keguruan, bukan hanya satu jalan untuk menentukan kejayaan yang kita rancangkan. Malah setiap perancangan mempunyai banyak cara untuk dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai