Anda di halaman 1dari 2

Lima aktivis Royalti cedera sebelum himpunan

WARTAWAN SINAR HARIAN

26 Jun 2012

KOTA BHARU - Seramai lima


aktivis Gabungan Profesional
Menuntut Royalti, Pendaratan
Minyak Dan Gas ke Kelantan
(Royalti) cedera didakwa dipukul
ketika berhimpun di hadapan
perkarangan Kompleks Kota
Darul Naim di sini hari ini.

Salah seorang mangsa yang juga


Naib Presiden Royalti, Abu
Samah Hassan berkata, kejadian
itu berlaku ketika pihaknya
sedang berunding dengan anggota
polis bertugas berhubung urusan
pembahagian kawasan himpunan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman memberi taklimat akhir selepas perhimpunan
bersurai.

Katanya, sewaktu perundingan itu


berlangsung, keadaan agak tegang
dengan bunyi bising serta provokasi
daripada penganjur Himpunan Sedar
sehingga menyebabkan dia
mengambil keputusan berbincang
dengan dengan pihak satu lagi.

“Belum sempat habis berunding


dengan polis berhubung kawasan
himpunan diperluaskan
memandangkan peserta Pra-
Himpunan Royalti ini semakin
ramai, saya pergi berjumpa ketua
pihak berkenaan untuk menasihatkan
menenangkan ahli-ahlinya supaya
tidak menimbulkan sebarang
provokasi.
Peserta Himpunan Sedar begitu bersemangat melaungkan tuntutan mendapatkan bekalan air bersih.
Tetapi malangnya mereka sukar
untuk dibawa berunding hingga
menjadikan saya ambil keputusan
untuk beredar. Sewaktu saya hendak
beredar tiba-tiba saya dipukul curi
secara padu dari bahagian belakang,
pada bahu, leher dan kepala,”
katanya selepas membuat laporan
polis di Balai Polis Pengkalan
Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD), Kota Bharu.

Seorang peserta perhimpunan, dari Kumpulan NGO Royalti tercedera ketika kekecohan di hadapan Kompleks Darul
Naim, Kota Bharu pagi tadi.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, berkata dia terpaksa
menerima tiga jahitan pada bahagian kepala setelah dipukul kira-kira 10 orang dari pihak yang
sama.

“Saya tidak tahu dipukul dengan objek apa pada bahagian kepala ini sebab benda ini berlaku
dengan cepat tetapi merujuk pemeriksaan doktor dipercayai luka disebabkan benda
tajam,”katanya.

Anda mungkin juga menyukai