Anda di halaman 1dari 3

Geerishikkah Andrina a/p Xavier

NIKMAT KEAMANAN TUNJANG PERPADUAN DI MALAYSIA

Petang hari pergi ke pekan,


Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia yang berbilang bangsa.

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara peneraju majlis,


kombinasi kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, barisan guru
yang dihormati, seterusnya para hadirin yang berkarisma.
Salam sejahtera! dan Salam Perpaduan!
Pada hari yang berbahagia ini, saya ingin mengajak hadirin sekalian
untuk bersama-sama menghalusi tajuk syarahan saya iaitu ‘Nikmat
Keamanan Tunjang Perpaduan di Malaysia’.
Malaysia, adalah sebuah negara yang unik dan makmur. Walaupun
penduduknya berbilang bangsa, agama, adat resam dan budaya, namun
kita tetap mampu untuk hidup aman di bawah satu bendera pusaka iaitu
Jalur Gemilang. Ramai pemimpin dunia yang mengagumi keamanan dan
kemajuan yang kita kecapi. Kejayaan demi kejayaan yang kita perolehi ini
tidaklah datang melayang, dan tidak juga datang bergolek melainkan hasil
daripada perpaduan dan kerjasama pelbagai kaum di negara tercinta ini.
Hadirin yang dikasihi,
Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia sebuah negara yang
dikurniakan dengan nikmat keamanan dan kedamaian. Kita beruntung
kerana tidak dibelenggu dengan ketakutan dan kesengsaraan. Bunyi
dentuman yang melanda negara-negara yang berperang tidaklah berlaku di
negara yang aman ini. Di Malaysia, dentuman dan percikan bunga api
menandakan bermulanya perayaan besar seperti sambutan Tahun Baru
Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali. “Negara ini milik kita semua. Oleh
itu, marilah kita berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan
1
ini”, tegas mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad
Badawi suatu ketika dahulu.
Hadirin yang budiman,
Hari ini, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang aman di mata
dunia. Namun, ‘lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa
hujan”. Walaupun ada segelintir pihak yang cuba mewujudkan suasana tidak
harmoni dengan menimbulkan isu-isu sensitif, namun semuanya dimurnikan
dengan semangat kekitaan. Ini dapat dibuktikan dikala perintah kawalan
pergerakan di negara kita. Ustaz Ebit Liew dan Uncle Kentang turun padang
membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan warna
kulit. Para petugas barisan hadapan bertungkus-lumus menyelamatkan
nyawa setiap orang rakyat negara ini. Pelbagai saluran diwujudkan untuk
meminta dan menyampaikan bantuan. Tidak ada sesiapa yang mati
kebuluran di negara ini pada masa pendemik Covid-19.

Hadirin sekalian,
Tunjang perpaduan di negara ini ialah Prinsip Rukun Negara yang
kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang menekankan perkembangan
personaliti dan tingkah laku individu. Prinsip ini menjadi nadi dalam
mengeratkan perhubungan antara rakyat yang berbilang bangsa ini, yang
menjadi tunjang perpaduan dan keamanan negara kita.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Sekiranya rakyat
negara ini tidak bersatu, bolehkan dan dapatkah negara kita terus kekal
aman sehingga ke hari ini? “Tepuk dada, tanyalah selera’. Ayuh! Kita
pelihara dan jaga bumi Malaysia yang bertuah ini!
Konklusinya nikmat keamanan tunjang perpaduan Malaysia boleh
dirungkai jika fakta yang saya utarakan sepanjang perbicaraan syarahan ini
dilaksanakan daripada lubuk hati setiap warga penduduk di negara
Malaysia ini..Jika ikatan ukhuwah dibina di bawah payung perpaduan,maka
negara kita tidak akan goyah sama sekali.Maka adalah menjadi
tanggungjawab setiap lapisan masyarakat dalam memelihara ikatan
ukhuwah ini.
2
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai