Anda di halaman 1dari 3

Definisi guru Ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus.

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang di pertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah (Mok Soon Sang, 1990) Guru adalah ahli ilmu yang menyampai dan mengembang serta menjayakan ilmu dalam masyarakat. Ia merangkumi ilmu pengetahuan mengenai Islam atau pengetahuan umum dengan ciri serta tugas yang perlu mendapat pembelaan sewajarnya dalam masyarakat. Mereka boleh menjalankan tugas dengan berkesan untuk mewujudkan umat yang beriman, berilmu dan beramal (Muhammad Uthman El- Muhammady, 1996) Darjat guru dalam Islam Allah s.w.t berfirman,..Dia akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orangorang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat (Al-Mujadalah: 11) Islamic civilization was a civilization probably more than any other historically that really was centered around knowledge, the ideal of knowledge .(Franz Rosenthal, 1970) PERANAN LAIN GURU DI SEKOLAH Guru Sebagai Penilai Penilaian yang dibuat untuk menentukan kejayaan atau kegagalan pelajar atau untuk mengredkan pelajar. Guru Sebagai Pembimbing Bimbingan ini bukan sahaja kepada pelajar yang lemah dalam mata pelajaran malah pada pelajar yang mempunyai masalah peribadi. Guru Sebagai Pemudah Cara Guru bertindak sebagai fasilitator yang membantu melancarkan aktiviti P & P. Mempelbagaikan aktiviti untuk meningkatkan keberkesanan P & P. Guru Sebagai Innovator Agen Perubahan. Memastikan setelah selesai proses P & P terdapat perubahan pada pda para pelajar dari segi pelajaran atau tingkahlakunya. Guru Sebagai Pengurus

Mengurus pentabiran kelas dan membentuk disiplin pelajar dengan baik dan berkesan. Guru Sebagai Pengelola Memastikan proses P & P dapat dijalankan dengan selesa dengan mengelola segala kelengkapan dengan baik. Guru Sebagai IbuBapa Bertindak sebagai pendidik kepada para pelajar dan menjadi tempat mengadu kepada para pelajar mengenai masalah mereka. Guru Sebagai Pentadbir Bertindak sebagai pentadbir pada bahagian-bahagian yang tertentu yang di penggungjawabkan kepada beliau. Sebagai contoh :-i.Ketua Jabatanii.Pegawai Hal Ehwal Pelajariii.Pegawai Peperiksaaniv.Pegawai Pembangunan Stafv.Pegawai Sukan dan Ko-Kurikulum Guru Sebagai Model Seperti kata bidalan Guru kencing berdiri, pelajarnya kencing berlari. Guru adalah insan yang terbaik untuk dicontohi. Guru Sebagai Sahabat kepada IbuBapa. Ini ditekankan pada Falsafah Pendidkan Guru, iaitu dalam Tatasusila profesion perguruan, Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu. . Guru Sebagai Mata Gelap Betindak membantu pihak berkuasa tempatan dalam membasmi masalah sosial. Guru harus peka dan sentiasa mengambil tahu kebajikan pelajar. Guru Sebagai Pejuang Moral Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara.Melahirkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap yang berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna dalam menyumbang terhadap kemajuan dan perkembangan negara.Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, bersikap toleransi, agar wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.Mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi, sosial dan peluang di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Guru Dalam Islam Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu: Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja. Muallim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain. Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar. Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Guru Dalam Islam Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.