Anda di halaman 1dari 23

1.

SEJARAH DAN PUNCA ADHD

Hiperaktif telah menjadi sebahagian daripada keadaan lumrah sesetengah manusia. Sir Alexander Crichton menggambarkan kegelisahan mental dalam buku ,1798. Terminologi yang digunakan untuk menggambarkan gejala ADHD telah mengalami banyak perubahan soal sejarah, termasuk: kerosakan otak minimun, ketidakfungsian otak minimun, belajar / perilaku cacat dan hiperaktif .Dalam DSM-II (1968) itu adalah Reaction Hyperkinetic Childhood. Dalam DSM-III ADD (Attention-Deficit Disorder) dengan atau tanpa hiperaktif diperkenalkan. Pada tahun 1987 ini berubah menjadi ADHD dalam DSM-III-R dan edisi berikutnya. ADD dan ADHD merupakan dua perkara yang berbeza dan tidak merupakan satu sindrom. Doktor mengembangkan diagnosis untuk satu set keadaan yang berbezabeza disebut sebagai kerosakan otak minimum, ketidakfungsian otak minimun, gangguan otak minimun belajar / perilaku cacat dan hiperaktif. Beberapa label ini menjadi masalah sebagai pengetahuan yang diperluaskan. Sebagai contoh, terdapat kenyataan bahawa ramai kanak-kanak yang tidak berkeadaan kerosakan otak juga disebut sindrom, label yang mencakupi kata-kata kerosakan otak ini adalah tidak tidak tepat. DSM-II (1968) menyebutnya Reaction Hyperkinetic Childhood, meskipun para profesional menyedari bahawa ramai kanak-kanak jadi perhatian didiagnosis defisit tanpa tanda-tanda hiperaktif. Pada tahun 1980, DSM-III memperkenalkan ADD (Attention-Deficit Disorder) dengan atau tanpa hiperaktif. Ini adalah terminologi (ADD) secara teknik terakhir pada tahun 1987 untuk ADHD dalam DSM-III-R. Dalam DSM-IV, diterbitkan pada tahun 1994, ADHD dengan sub-jenis yang diperkenalkan. Pada masa kini(per 2008), DSM-IV-TR diperkenalkan pada tahun 2000, terutama untuk membetulkan kesalahan fakta dan membuat perubahan untuk merefleksikan pengenalan terbaru; ADHD sebahagian besarnya tidak berubah.

Berdasarkan DSM-IV, dalam sindrom ADHD, ada tiga sub-jenis, termasuk satu yang tidak memiliki komponen hiperaktif. Sekitar satu per tiga orang pesakit ADHD didominasikan sebagai jenis (ADHD-I), yang bererti bahawa mereka tidak memiliki perilaku hiperaktif atau terlalu aktif komponen dari segi ADHD yang lain. Ada beberapa pilihan untuk menggunakan ADHD, ADD, dan terminologi AADD ketika menggambarkan individu-individu yang tidak memiliki komponen hiperaktif, terutama di kalangan remaja dan orang dewasa yang lebih tua yang menemukan istilah hiperaktif tidak sepadan bahkan menghina.abad ke-18. Pada tahun 1798, seorang dokter kelahiran Skotlandia dan penulis, Sir Alexander Crichton (1763-1856), menggambarkan apa yang kelihatan merupakan keadaan mental yang sangat mirip dengan jenis lalai daripada ADHD. Penyakit ini memberi kesan kepada setiap pergerakan seseorang dengan panggilan yang tidak wajar disebut iaitu kegelisahan mental. Contohnya, orang-orang berjalan mundar-mandir di ruangan, keluarkan sedikit suara pada masa yang sama, bergerak dari meja, menutup pintu tibatiba, berelebihan atau berkurangan panas atau dingin, terlalu banyak cahaya, atau terlalu sedikit cahaya, semua perhatian berterusan ini akan menghancurkan pesakit seperti itu. Oleh sebab itu mereka mudah gembira dengan setiap tayangan. Dr. Crichton telah mencatat bahawa mereka memiliki nama tertentu bagi saraf mereka, yang cukup ekspresif bagi perasaan mereka. Mereka mengatakan mereka seringkali gelisah. Crichton menyarankan agar anak-anak ini mejalani intervensi pendidikan khusus. Perunding psikiatri kanak-kanak dan remaja, pusat perubatan Malaysia universiti Malaysia (PPUM), Profesor Madya Dr Aili Hanim Hashim, berkata banyak faktor mempengaruhi kesihatan mental seseorang, antaranya kurang perhatian keluarga, cara dibesarkan, dianiaya dan didera serta kejadian negatif dalam keluarga seperti ibu bapa kerap bergaduh, suka marah dan menjerit atau menggunakan kekerasan. Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan kesihatan mental sebagai set lengkap kesejahteraan yang membabitkan fizikal, mental dan sosial. 2.0 DEFINISI ADHD
2

ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyperactive' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak. Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan peningkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan untuk memfokus kepada sesuatu perkara.

ADHD atau Attention-deficit/hyperactivity disorder pada orang dewasa merupakan keadaan mental seseorang yang mengalami kesulitan untuk memusatkan perhatian, hiperaktif (perilaku yang tidak boleh diam) dan kebiasaan impulsif (kesulitan untuk menunda respon / dorongan untuk melakukan / mengatakan sesuatu yang tidak sabar). ADHD pada orang dewasa memiliki beberapa gejala, diantaranya hubungan interaksi yang tidak stabil, lemah dalam kemampuan kerja atau belajar, dan rendahnya kepercayaan diri. ADHD selalu dimulai dari saat ia berusia anak-anak, akan tetapi pada beberapa peringkat, hal ini tidak dapat didiagnosis sampai mereka dewasa. Proses perubatan untuk orang dewasa sama seperti perubatan pada anak-anak, termasuk juga ubatubatan stimulus atau perawatan lainnya, kaunseling (psikoterapi) dan perawatan untuk kesihatan mental yang diperlukan. Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua
3

kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD. Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosis pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak didiagnosis dengan tepat.

Rajah 1

3.0

SIMPTOM DAN MASALAH IDENTIFIKASI

3.1.1 Tanda kurang tumpuan


4

Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasa tumpuan perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain. Sukar memberikan tumpuan pada apa yang dipelajari Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan kena panggil banyak kali untuk mendapat perhatian. Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidan dapat menghabiskan sesuatu tugas. Jika boleh pun biasanya mengambil masa yang lama, ini termasuk makan, mandi dan memakai pakaian Sukar menguruskan tugas dan aktiviti Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang memerlukan otak untuk berfikir Kerap hilang barang Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran Pelupa Menghadapi masalah dalam membaca, mengeja dan mengira

3.1.2 Tanda hiperaktif Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat perabot, sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif. Tidak boleh duduk diam dan jika duduk tangan atau kaki bergerak digoyanggoyangkan Sering meninggalkan tempat duduk dalam bilik darjah Berlari atau memanjat yang keterlaluan Sukar bermain sendiri
5

Sentiasa bergerak seolah-olah dikakinya ada motor 3.1.3 Tanda impulsif ( menurut kata hati ) Kanak-kanak itu tidak pernah merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat berubah melakukan sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru mendapatinya sukar dikawal kerana dia tidak mengikut arahan. Kerap menjawab soalan sebelum soalan habis ditanya Sentiasa tidak sabar menunggu giliran Kerap mengganggu orang lain.

Rajah 3 3.2 Peringkat di sekolah rendah Kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada masalah ADHD berbanding perempuan dan masalah itu selalunya turut menjejaskan prestasi persekolahan anak terbabit. Ini kerana, katanya, kekurangan tumpuan dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka lewat menerima setiap pelajaran dan sekali gus membantutkan pencapaian pendidikan mereka. Lazimnya, keadaan itu lebih kerap dialami kanak-kanak pra-sekolah dan ia boleh menjejaskan tahap pencapaian mereka di bidang pelajaran pada peringkat permulaan.

Mereka sentiasa lasak, ke sana sini tidak menentu dan pergerakan sukar dikawal. Kanak-kanak terbabit juga didapati sukar untuk mendisiplinkan diri mereka kerana apabila diminta berbuat sesuatu, mereka sukar mematuhi arahan. Malah, jika dinasihatkan supaya berbuat sesuatu, mereka tidak mengendahkan arahan dan terus menunjukkan sikap aktif mereka. Apabila dihantar ke sekolah, kanak-kanak itu tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran kerana mereka kurang memberi tumpuan dan perhatian ketika guru mengajar. Kanak-kanak itu juga memperlihatkan pelbagai masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan berbahaya. 3.2.1 Peringkat awal kanak-kanak Ciri-ciri ADHD

mempunyai tahap aktiviti yang lasak bercakap tidak berhenti- henti sukar memberikan tumpuan sukar bermain secara senyap atau diam impulsif dan mudah terganggu berpencapaian rendah dalam akdemik

3.2.2 Peringkat pertengahan tahun Ciri-ciri ADHD


resah yang keterlaluan sukar duduk di tempat lalai dalam kerja-tidak ikut arahan pencapaian yang rendah dalam akdemik
7

gagal membuat tugasan yang diberi

3.3

Peringkat di sekolah menengah Bagi penyakit remaja, semua faktor ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan kawan dan cenderung mengabaikan keluarga, terutama ibu bapa yang sering memahari mereka. Ia juga dianggap antara faktor yang boleh menyebabkan remaja ADHD atau ADD lari dari rumah. Kira-kira 30 hingga 40 peratus remaja ADHD keciciran pelajaran dan hanya lima hingga 10 peratus berjaya belajar ke peringkat tinggi. Remaja ADHD juga menunjukkan suka berlengah, melawan guru, terbabit dalam aktiviti seks dan hamil pada usia yang begitu muda. Apabila bekerja, 70 hingga 80 peratus sukar menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan dan ramai tidak mendapat kenaikan pangkat walaupun bekerja berpuluh tahun lamanya. Jika berniaga, isteri yang akan menguruskan hal ehwal perniagaan. Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa ADHD mengamalkan hidup anti sosial. Mereka lebih cenderung terbabit dalam kemalangan kerana tidak sabar dan suka ADHD pada orang dewasa memiliki penyebab yang sama dengan ADHD pada anak-anak, iaitu Berubahnya fungsi dan anatomi otak untuk sementara penyebab pasti dari ADHD masih menjadi misteri. Pengamatan terhadap otak mengungkapkan perbedaan penting pada struktur dan aktifitas otak pada orang normal dan orang dengan ADHD. Sebagai contoh, berkurangnya aktifitas pada area di otak yang mengontrol aktifitas dan perhatian.

3.4

Peringkat remaja Ciri-ciri ADHD

tidak boleh duduk diam dan rasa gelisah


8

sukar melibatkan diri dalam apa jua aktiviti sering pelupa dan tidak dapat menumpukan perhatian tidak sabar dalam pekerjaan sering melibatkan diri dalam aktiviti berbahaya mempunyai pencapaian yang rendah dalam akademik

3.5

Cara rawatan ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Caranya dengan bantuan ibu bapa dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting menetapkan rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Susulan rawatan yang sistematik sangat membantu kembali normal. Segala maklumat perkembangan mereka boleh didapati melalui ibu bapa, guru dan kanak-kanak itu sendiri. Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan simptom ADHD. Kanak-kanak ini mungkin diberikan terapi tambahan bergantung kepada simptom dan apa yang diperlukan mereka. Ibu bapa perlu selalu berwaspada terhadap setiap tindakan yang boleh membahayakan diri kanak-kanak itu. Beritahu doktor jika ada sebarang perubahan yang berlaku. Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan
9

bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri. Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan.

Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikap dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup. Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan
10

tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Rajah 3.4 Ubat Stimulan

Namun begitu, sebelum merawat seseorang pesakit ADHD amatlah penting untuk seseorang itu mengetahui cara mengenalpasti ADHD. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan menjalankan:

3.5.1 Rujukan Awal


Ibu bapa membawa anak berjumpa doktor pakar diagnostik atau ahli psikologi. Guru juga boleh memainkan peranan dengan mengenalpasti masalah murid tersebut dan memberitahu ibu bapa. Penilaian Untuk mengenalpasti kanak-kanak mempunyai tanda-tanda ADHD tidak boleh bergantung kepada satu ujian sahaja. Maklumat perlu dikumpulkan daripada ibu bapa, ahli-ahli perubatan yang pernah merawat kanak kanak, ahli keluarga dan guru. Antara penilaian yang dibuat :

3.5.2 Penilaian Perubatan


11

melakukan ujian penglihatan, pendengaran dan pemeriksaan fizikal yang teliti. melihat sejarah perkembangan kanak-kanak, keadaan ibu semasa mengandungkan kanak-kanak tersebut. pendapat kanak-kanak tentang persepsinya terhadap masalah yang dihadapi.

3.5.3 Ujian Pencapaian Berterusan (Continuous Performance Test)


direka bagi memerlukan kanak-kanak mengekalkan tumpuan untuk menjawab item-item ujian tersebut. Antara ujian yang dijalankan adalah Integrated Visual and Auditory Continuous Test (IVA)Test of Variables of Attention Continuous Performance.

3.5.4 Penilaian Ibu Bapa


maklumat berharga yang diberi oleh ibu bapa, apabila anak mereka diuji untuk ADHD kepada doctor atau guru. Ibu bapa perlu menjawab senarai semak Conners Parent Rating ScaleRevised dan Child Behaviour Checklist for Ages 4-18, Parent Form.

3.5.5 Penilaian Guru dan Sekolah


murid banyak meluangkan masanya bersama guru berbanding ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Guru pula mempunyai peluang untuk lebih mengenali dan mendapatkan maklumat daripada murid tersebut.
12

Guru

perlu

melihat

bagaimana

murid

tersebut

berperanan

dalam

persekitaran sekolah. Guru juga perlu menjawab penilaian skala tingkah laku seperti Conners Teacher Rating Scale-Revised.

4.0 4.1

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengubahsuaian : alatan, kawasan/tempat, peraturan Untuk mengajar PJ bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit ADHD, pelbagai

aspek keselamatan perlu diambil kira. Antaranya ialah dari segi aspek alatan, kawasan atau tempat permainan dan peraturan permainan itu sendiri. Jika aspek-aspek ini tidak diberi perhatian yang penuh, maka kemalangan boleh sahaja berlaku disebabkan kanak-kanak ADHD tidak dapat memberi tumpuan dan mudah hilang fokus terhadap sebarang aktiviti. 1.

Pilih tempat / persekitaran yang kondusif Mulakan dengan hiasan yang kondusif, sperti meletakkan tikar getah atau jika di padang di kawasan yang selamat dan letakkan tali sebagai penanda kawasan tersebut, meminimakan gangguan bunyi dan visual
13

seperti kereta atau motosikal yang lalu lalang. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain. Pastikan penyediaan bilik tidak mempunyai banyak rangsangan yang boleh mengalih tumpuan mereka seperti alat-alat audio dan visual, mobil, dan hiasan dinding sekiranya berada di dalam bilik darjah untuk bermain. 2.

Pilih masa yang sesuai untuk bermain Pilih masa yang sesuai bukan ketika mereka letih, kurang tidur dan sebelum waktu makan sebaliknya pilihlah masa segar mereka. Semasa bermain, apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk meneruskannya. Ambil masa selang 5 minit misalnya dan menambah tempoh tersebut. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat bermain mereka namun juga memanjangkan tumpuan mereka untuk selesai aktiviti bermain mereka.

3.

Alat Bantu Mengajar Yang Pelbagai Mulakan dengan alat bantu mengajar yang mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur menambah mana yang perlu mengikut perkembangan kognitif mereka. Gunakan bahasa yang mudah dan ringkas sekiranya memerlukan guru bercerita memberi gambaran yang berfokus agar mereka dapat memberikan reaksi dan respon terhadap situasi tersebut.

14

Rajah 4.1

4.2

Program PJ untuk murid ADHD Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Meskipun acara sukan berbeza dengan pembelajaran PJ namun secara tidak langsung minat untuk melakukan aktiviti PJ dapat dipupuk sediki demi sedikit lantas menyebabkan mereka bersungguh untuk mewakili sekolah. Jika mereka banyak didedahkan dengan karnival seperti ini maka mereka akan lebih berminat setiap kali kelas PJ dijalankan. Mereka tidak lagi kekok untuk melakukan aktiviti apa saja yang berkaitan dengan PJ.

4.3

Permainan yang sesuai 1.

Berlari keliling Murid-murid akan berlari bebas dalam ruang yang telah disediakan. Apabila guru mengetuk gendang atau meja, murid akan berhenti berlari dan terus meniarap. Aktiviti ini akan diselangi dengan muzik dan ketika meniarap muzik akan dihentikan. Aktiviti boleh diubahsuai dengan lari bebas ditukarkan dengan lari mengundur, atau melompat dan merayap.

2.

Tuju kon Murid-murid dikehendaki membaling bola getah kepada kon yang telah disediakan. Kemudian mereka akan berlari sebaik sahaja bola mengenai kon tersebut. Kon hendaklah jatuh terlebih dahulu barulah mereka boleh melarikan diri.

15

5.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENDEKATAN P&P

Akibat daripada tingkahlaku yang berbeza ditunjukkan oleh kanak-kanak ADHD akan menyebabkan terganggu proses P&P dan secara tidak langsung mengganggu kanakkanak lain untuk belajar . Guru perlulah memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak ADHD semasa rutin kelas harian. Amalan pendidikan untuk kanak-kanak ADHD perlukan sokongan moral dari peringkat awal daripada ibu bapa, guru, sokongan persekitaran, tingkah laku dan proses P&P. Pengetahuan yang luas dalam ADHD untuk membolehkan P&P dilaksanakan dengan berkesan. Cadangan penambaikan yang boleh dilakukan di sini ialah lebih berpusatkan kepada tindakan guru. Antaranya ialah seperti:

beri murid-murid maklum balas dengan serta merta dan kerap. hendaklah sentiasa tetap dengan keputusan atau tindakan. Lebih banyak bertindak, bukannya bercakap. Guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi salurkan maklumat-maklumat penting tentang anak mereka bagi menyusun strategi P&P. Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
16

Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.

Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Cara ini adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.

Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari. Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan. Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja. Cadangan lain yang boleh ditambahbaikan ialah dengan menitikberatkan aspek persekitaran dalam suasana pembelajaran murid-murid ADHD. Sokongan persekitaran ini amatlah penting bagi membantu proses P&P agar berjalan dengan lancar tanpa gangguan yang maksima daripada murid tersebut. Kanakkanak ADHD boleh belajar sekiranya dibantu oleh sokongan persekitaran berikut :

Susunan kelas yang bebas daripada gangguan tumpuan perhatian. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan. Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkannya sekiranya terdapat sebarang perubahan. Menyusun pembelajaran dengan menjadikan proses pembelajaran lebih aktif.

17

6.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya. kanak-kanak ADHD boleh dididik dan berpotensi berkembang seperti kanak-kanak lain. Kualiti pendidikan di rumah amat penting dalam menentukan tahap pencapaiannya di sekolah. Kecelaruan tingkah laku perlu dapat diatasi melalui proses pendidikan yang sesuai dengan ADHD dan bersistematik. Mereka ini tiada tanda-tanda fizikal yang boleh kita lihat namun begitu apabila tandatanda atau simptom yang ada, kita boleh mengkategorikan mereka sebagai ADHD. Keupayaan fizikal mereka juga seperti kanak-kanak biasa namun hanya aspek kognitif yang menjadi masalah. Jadi seharusnya mereka masih lagi mempunyai masa depan yang cerah untuk kembali normal seperti kanak-kanak lain. Jadi berkaitan dengan proses P & P dalam Pendidikan Jasmani ( PJ ), guru perlulah membimbing mereka dari awal sehingga habis sesuatu aktiviti kerana dari situlah mereka berupaya belajar bagaimana untuk menumpukan perhatian ketika melakukan aktiviti. Sebaiknya masa PJ harus digunakan sebaik mungkin dan tidak hanya mengasingkan mereka dalam bilik-bilik resos. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan saling mempunyai pengetahuan tentang ADHD dalam merancang program pendidikan dan kerjaya kanakkanak ADHD kelak. Sesungguhnya mereka ini masih lagi mempunyai harapan dan masa depan yang agak cerah jika diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru.

18

7.0

REFLEKSI

Muhammad Ikram Bin Karim 880219-09-5189 Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah selesai menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun terdapat banyak rintangan yang harus dilalui. Semua pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani juga banyak memberi bantuan dan dorongan terutamanya Encik Othman Bin Che Man selaku pensyarah penyelaras bagi subjek ini. Berdasarkan keseluruhan tugasan ini, saya berpendapat bahawa tugasan ini memberi banyak pengetahuan dengan input-input yang berguna. Antara yang paling penting ialah bagaimana ingin melaksanakan aktiviti PJ apabila berhadapan dengan murid-murid yang menghadapi penyakit ADHD. Jika sebelum ini saya sudah selalu melihat pengajaran PJ dilakukan dengan biasa namun dengan tugasan ini juga saya dapat melihat dengan lebih jelas jika seseorang itu menghadapi pembelajaran seperti ADHD. Perasaan saya ketika menyiapkan tugasan ini bercampur baur. Ada ketikanya berasa gembira kerana bahan-bahan yang diterima menggalakkan dan ada ketikanya tekanan memuncak kerana kekangan masa. Namun saya tekadkan diri untuk berusaha bersungguh-sungguh ke arah menyiapkan tugasan ini. Inilah kemanisan yang diperoleh apabila berjaya menyiapkan sesuatu tugasan setelah berusaha sebaik mungkin. Konklusinya, tugasan ini sebenarnya memberikan seribu faedah kepada semua guru pelatih dan bukan membebankan. Hal ini kerana semua guru pelatih sekarang dalam proses pembelajaran lagi sebelum menjadi seorang guru yang terlatih. Akhir
19

sekali saya berharap segala maklumat dalam tugasan saya memenuhi kriteria-kriteria yang dikehendaki kerana saya telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini dan menjadi penanda aras pencapaian dan kemajuan saya. Azlan Bin Ismail 880730-03-5343 Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana berjaya menyiapkan tugasan pada kali ini. Setelah menghasilkan tugasan ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baru dalam Pendidikan Jasmani Suaian hanya diperkenalkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya banyak menimba pengetahuan tentang pelbagai input mengenai topik tugasan iaitu Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) terutamanya dalam mengingatkan kembali tentang apa yang saya pelajari semasa kuliah. Tugasan yang berkaitan dengan penulisan berkaitan penyakit ini merupakan suatu cabaran bagi saya. Ini adalah kerana saya berhadapan dengan pelbagai kekangan dan kesukaran dalam proses menghasilkannya mengikut format yang betul. Saya telah mencari maklumat dengan melayari internet, mendapatkan sumber daripada perpustakaan dan juga berbincang dengan rakan sekelas. Dalam proses ini, saya telah memperoleh ilmu dalam beberapa aspek terutamanya berkaitan dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dari segi pengubahsuaian alatan, kawasan serta peraturan bagi membolehkan golongan murid sebegini dapat menjalani rutin seperti murid lain. Ini merupakan persediaan awal serta pengalaman pertama sebelum menghadapi suasana di sekolah sebenar seandainya berhadapan dengan situasi sebegini. Sebagai bakal guru, insyaAllah saya mampu untuk memberikan tunjuk ajar berdasarkan apa yang saya pelajari sekarang. Sesungguhnya, tanggungjawab atau amanah yang dipikul oeh seorang guru bukanlah mudah kerana guru bidang kerjanya
20

tidak semata-mata tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran sahaja, malah meliputi pelbagai aspek lain. Akhir kata dari saya, tugasan ini banyak memberi pengalaman baru dalam pelbagai aspek. Sesungguhnya pengalaman dan pengetahuan sebegini sukar dicari jika tidak diterokai untuk mengetahui serta mempelajarinya.

21

8.0

BIBLIOGRAFI

Abdul Hafidz Hj Omar, Hussain Ayon & Zalawati Sufian (2004), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Buku Panduan Guru , Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Atas talian http://en.wikipedia.org/wiki/Attention-deficit_hyperactivity_disorder Dilmuat turun pada 28 September 2010. Helen Ten Hong Beng (1992), Pengajaran Pendidikan Jasmani Kanak-Kanak, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Shamsudin Bin mohd Sharif, Shahrizad Binti Yusof, Mohd Sofian bin Omar Fauzee (2005), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Melaka Teng Boon Tong (1984), Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Edisi Kedua, Longman Malaysia Sdn. Bhd. Selangor.

22

LAMPIRAN A

23