Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN LANDSKAP

Landskap merupakan salah satu bidang hortikultur hiasan. Landskap melibatkan aktiviti menghias kawasan persekitaran bagi mewujudkan pemandangan yang cantik dan indah seterusnya membuat perancangan yang teliti dan penyenggaraan berterusan bagi mengekalkan fungsi dan keindahannya

Lanskap juga merupakan satu tanaman yang digubah dengan cukup menarik untuk mencantikkan sesuatu kawasan. Lanskap ditanam mengikut kemahiran seseorang dengan mengadunkan pelbagai jenis pokok bunga dari segi spesis, warna, dan keperluan. Gabungan inilah yang menjadi lanskap kelihatan cukup menarik. Landskap diubah dalam bentuk yang bersesuaian mengikut keadaan. Oleh itu, lanskap menjadikan suasana sesuatu tempat lebih menawan. Ini adalah penting supaya suasana menjadi lebih selesa. . Kepentingan landskap terhadap kehidupan dapat dilihat daripada sudut ekonomi, pengawalan alam sekitar dan nilai estetika sesuatu kawasan.

Sebagai contoh, bidang landskap dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi negara melalui penawaran peluang pekerjaan seperti arkitek landskap, pereka bentuk landskap dan ahli hortikultur. Dari segi alam sekitar pula, perancangan landskap yang baik dapat membantu mengawal kualiti alam sekitar melalui penanaman pokok yang mampu mengurangkan perubahan suhu yang ekstrem dan masalah hakisan tanah. Nilai estetika yang dinikmati melalui seni landskap adalah daripada aspek keindahan dan kecantikan yang merangkumi bentuk, tekstur, bau dan warna yang pelbagai bagi sesuatu kawasan.

SEJARAH PERKEMBANGAN LANDSKAP


Landskap bermula dari zaman batu lagi. Ini berdasarkan bukti penemuan lukisanlukisan di gua batu oleh ahli sejarah. Ahli kaji purba sering menemui tinggalan bekas minyak wangi dan kilang memproses minyak wangi dari kawasan kajian. Di dapati bahawa tumbuhan digunakan untuk hiasan dan bau-bauan. Taman al-Hambra di Sepanyol yang di bina pada akhir abad ke 11 dan 13 merupakan taman tersohor pada masa itu. Reka bentuk bangunan dan landskap bercirikan islam.

PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA


Perkembangan landskap Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka (abad ke 14dan 15) Berdasarkan pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan melayu melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan kelantan abad ke 16 dikenali dengan (Tanah Serendah Sekebun Bunga)

Hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di tanah melayu wujudlah landskap di mana merekalah yang memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan lapang. Peninggalan yang masih wujud hingga kini seperti Taman botani, pulau pining Taman tasik perdana, kuala lumpur(1888) Taman tasik taiping, perak (1880)

Mereka juga membawa tumbuhan eksotik

dari negara mereka. Landskap di

perkampungan orang melayu pada masa dahulu berkait rapat dengan alam semulajadi persekitarannya.Mengekalkan keadaan semulajadi, Landskap yang di buat seperti menyediakan kawasan lapang untuk kenduri. Tumbuhan yang selalu di tanam ialah kelapa, kerana banyak kegunaannya di samping itu juga kelapa di tanam sebagai menandakan kelahiran anak disayangi.

Landskap di Malaysia lebih tersusun dan teratur pada akhir tahun 1970 an. Dimana pengindahan untuk kawasan kediaman rasmi, jalan-jalan, bangunan-bangunan awam, taman-taman rekreasi dan istana. Kesedaran timbul untuk mewujudkan banyak kawasan lapang dan kawasan untuk orang awam. Contohnya Taman tasik titiwangsa kuala lumpur Taman tasik permaisuri kuala lumpur

HARI LANDSKAP NEGARA (3/3/1998)


Hari Landskap Negara telah mula disambut pada tahun 1998, dan tarikh 3 Mac dipilih bagi sambutan ini kerana mengambil sempena pelancaran Kempen Menanam Pokok Seluruh Negara yang diadakan pada 3 Mac 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dan selaras dengan saranan beliau agar satu hari khas diadakan bagi penduduk menanam pokok demi untuk mengindahkan negara.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyambut Hari Landskap Negara sejak kerajaan mengambil keputusan pada tahun 1998 untuk

mengisytiharkan tarikh 3 Mac setiap tahun sebagai tarikh sambutan Hari Landskap peringkat kebangsaan untuk menyedarkan dan menyuburkan lagi rasa

tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara khazanah alam yang kita warisi.

Landskap ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud permandangan desa. Landskap merupakan apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan.

Landskap merujuk kamus dewan 1989 bermaksud keadaan taman dan sekitar sesebuah rumah. Landskap merujuk kamus landskap 2005 bermaksud elemen yang terdapatdi muka bumi yang terhasil daripada kejadian alam semula jadi seperti

gunung dan lautan atau yang terhasil daripada aktiviti ekonomi, kebudayaan dan politik seperti perlombongan, pembandaran dan sebagainya yang dapat dipersepsi oleh individu.