Anda di halaman 1dari 2

Faedah-faedah cuti sekolah kepada murid

Dalam alam persekolahan, pelajaran dan cuti tidak dipisahkan ibarat


irama dengan lagu. Cuti sekolah merupakan suatu tempoh yang
dinanti-nanti oleh seluruh warga murid di bumi bertuah
Malaysia.Hal ini demikian kerana waktu ini membuka peluang
kepada murid untuk melakukan seribu satu aktiviti yang dapat
membina fizikal dan minda murid. Jika kita meninjau system
percutian sekolah negara kita, terdapat cuti sekolah pada bulan Mac,
Mei, Ogos dan November. Murid akan menikmati kira-kira sepuluh
minggu percutian sekolah. Pada ketika ini juga ibubapa merancang
kegiatan-kegiatan yang berguna kepada cahaya mata tersayang
mereka. Persoalanya, apakah masklahat- maslahat cuti sekolah
kepada murid-murid?
Dalam menyoroti isu ini, murid-murid dapat merehatkan fizikal dan
mental sewaktu cuti sekolah. Sepanjang sesi persekolahan, murid-
murid terlibat dalam aktiviti seperti pelajaran, kokurikulum,
peperiksaan, gotong –royong dan Hari Kantin. Kesemua urusan ini
bukannya mudah, tetapi memerlukan usaha dan komitmen murid-
murid yang berterusan. hal ini berlaku kerana yang bulat tridak
datang bergolek yang yang pipih tidak datang melayang. Natijahnya,
mereka menghadapi keletihan dari segi jasmaniah . Tekanan mental
murid-murid juga meningkat dalam tempoh ini. Oleh hal yang
demikian, cuti sekolah menghidangkan peluang keemasan bagi
murid-murid untuk menenangkan fikiran dan badan mereka.
Jika disingkap dari perspektif yang lain, cuti sekolah menjad
i suatru wadah untuk murid-murid mempelajari dan mengasah bakat
terpendam mereka. Kata orang tua-tua setiap manusia dilahirkan di
dunia ini dengan keistimewaan yang tersendiri. Tamsilnya, ada yang
menyanyi, ada plua yang mahir menari dan tidak kurang pula yang
bakat bermain bola sepak. Jadi waktu cuti sebegini menjadi medan
yang signifikasi bagi golongan murid untuk mempertajam bakat
mereka dalam berbagai – bagai bidang kerana usaha tangga kejayaan
. Tuntasnya , masa cuti sekolah membolehkan murid-murid untuk
menjadi manusia yang cemerlang dan gemilang.
Penambahan idea yang dapat dijema seterusnya ialah cuti sekolah
bertindak sebagai jambatan silaturahi9m antara ibubapa dengan
anak-anak. Pada era globalisasi ini, hubungan kekeluargaan semakin
lama semakin longgar. Kemelut ini kerjaya mereka demi mencari
sesuap nasi untuk sekeluarga manakala anak-anak pula mengejar
kejayaan dalam peperiksaan dengan menghadiri kelas-kelas tuisyen.
Kesibukan sepewrti ini akan dikurangkan apabila keluarga terlibat
dalam aktiviti santai seperti melancong. Dengan cara ini hubungan
seperti isi dengan kukuy boleh direalisasikan dalam kalangan ahli
keluarga. Komprehensifnya, cuti sekolah memesrakan hubungan
kekeluargaan.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa waktu cuti sekolah menjadi
pentas di pihak murid untuk memperoleh manfaat yang berlainan
jenis. Rentetan daripada daripada itu,sesuai dengan peribahasa Arab,
masa ibarat pedang, jika kita tidak memancung masa, masa akan
mamancung kita. Murid-murid seyogiannya memanfaatkan cuti
sekolah secara produktif dan progresif. Murid- murid perlu sedar
bahawa curi sekolah bukannya untuk melepak dan membazirkan
masa di media social. Sebaliknya murid- murid perlu menggenap
bahawa cuti sekolah ialah suatu kesempatan untuk memajukan diri
mereka dari pelbagai segi. Semoga dengan segala prakasa yang
efektif diharapkan cuti sekolah menjadi suatu ketika yang berbahagia
kepada warga murid.

Karangan Cikgu T. Manogaran

Anda mungkin juga menyukai