Anda di halaman 1dari 5

Pengurusan Kewangan Prasekolah

Kewangan merupakan faktor penting dalam sesuatu penubuhan prasekolah. Ia juga merupakan titik penentu jatuh dan bangun sesebuah prasekolah yang dijalankan. Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat prasekolah. Untuk menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Oleh sebab itu, kami dengan sedaya upaya merancang untuk pengurusan kewangan prasekolah Country kids ini. Antara faktor penting dalam dalam kewangan ialah sumber pendapatan dan pinjaman untuk memulakan perniagaan prasekolah ini.

E (equipment)
peralatan termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan dan hiasan.

S (space)
tempat (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.

M (material)
bahan yang digunakan di pusat tersebut

H (human)
tenaga manusia termasuklah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan perkhidmatan.

EMPAT KATEGORI SUMBER YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA PRASEKOLAH , (MESH) .

Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.

Dalam penubuhan prasekolah ini kami mendapat sokongan dari beberapa pihak iaitu kerajaan, badan bukan kerajaan ( NGO ) dan masyarakat setempat. Hal ini kerana, lokasi yang kami pilih amat bersesuaian dan prasekolah juga kurang ditubuhkan di kawasan tersebut. Kami melihat potensi ini dan seterusnya merancang penubuhan prasekolah Country Kids yang kedua ini. Kami amat bersyukur dengan sokongan yang diberikan. Ditambah baikkan lagi kami juga mendapat sumbangan dari pelbagai piihak untuk penubuhan prasekolah Country Kids ini.

Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna

1
Perbelanjaan untuk penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah

Peruntukan untuk pembelian buku rujukan, encyclopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Program dan lawatan berunsurkan pendidikan misalnya melawat Zoo pada hari persekolahan semasa tema Haiwan Liar, melawat Muzium semasa tema Masyarakat, Negeri dan Negara, melawat Taman Bunga semasa tema Bunga atau melawat ke dusun buah-buahan semasa tema Buah-buahan

Pengangkutan murid dan bayaran insuran untuk murid dan guru pengiring untuk aktiviti sukan dan karnival prasekolah.

Bayaran bil telefon, air, eletrik, telegram, internet dan pembentungan.

Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid dan keselamatan kelas

Perbelanjaan wang untuk Kelas Prasekolah

Kos untuk pembaikan kecil kelas serta penyelengggaran perabot dan peralatan kelengkapan kelas

Perkhidmatan percetakan dan perkhidmatan pengiklanan

Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan rasmi.

Pengangkutan barang-barang

Peruntukan dan perbelanjaan

Peruntukan Makanan Perancangaan Peruntukan Makanan/Minuman Perancangan Menu Bulanan Anggaran Perbelanjaan i. Bahan Basah ii. Bahan Kering Tuntutan Perbelanjaan Bulanan Buku Tunai - Pendapatan & Perbelanjaan Fail Kewangan Surat Tuntutan Perbelanjaan Baucer Bayaran (sertakan resit) Peruntukan Perkapita Perancangan Perbelanjaan Daftar Stok Bekalan Pejabat Barang Kekal Barang Hapus Kira Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan Perancangan disediakan sebelum penggal persekolahan. Suatu perancangan perbelanjaan tahunan perlu disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan prasekolah mengetahui jumlah wang yang diperlukan bagi bulan/penggal tertentu. Perancangan tahunan ini dapat dijadikan panduan kepada pihak pengurusan prasekolah bagi mengeluarkan wang peruntukan bagi keperluan membeli bekalan makanan/minuman. Penyata Kewangan Bulanan Status penyata kewangan bagi catatan penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima perlu disediakan oleh guru/pengasuh secara kemaskini tiap-tiap bulan. Penyata ini disemak dan ditandatangani oleh pihak pentadbiran prasekolah pada akhir bulan dan dianggap sebagai dokumen sokongan bagi pengurusan perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Penyata kewangan ini disediakan di dalam suatu buku tunai khas.