Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan


tentang usaha-usaha menangani vandalisme di negara kita. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Setiap tahun, pihak kerajaan atau pihak swasta telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk
menyediakan pelbagai kemudahan awam kepada orang ramai. Malangnya, kemudahan awam ini
telah dirosakkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap harta benda awam.
Mereka juga tidak tahu untuk menghargai setiap kemudahan yang disediakan. Perbuatan yang tidak
bertanggungiawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi.
Pihak yang berkenaan haruslah mengambil pelbagai langkah untuk membanteras kegiatan
vandalisme daripada terus berleluasa. Dalam hal ini, pendidikan merupakan asas utama yang dapat
membendung masalah ini. Subjek Pendidikan Moral dan subjek Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan perlu ditekankan sejak di bangku sekolah. Melalui pendidikan, subjek-subjek ini
diharapkan mampu menyemaikan perasaan cinta terhadap harta benda awam dalam kalangan
murid. Selain itu, masyarakat haruslah prihatin dan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan
sekiranya terlihat individu yang melakukan kegiatan vandalisme tanpa perlu mengharapkan pihak
berkuasa untuk melakukan tindakan. Oleh itu, jawatankuasa keselamatan di sesebuah kawasan
perumahan perlu tenaga untuk membuat kawalan di kawasan kediaman masing-masing.
Selain itu, hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pesalah vandalisme sebagai suatu
jalan pencegahan yang paling baik. Terdapat sesetengah pihak yang mencadangkan supaya pesalah
vandalisme ini didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan awam seperti tandas awam
perhentian bas. Hukuman ini adalah sebagai teladan dan pengajaran kepada individu berkenaan dan
individu yang lain agar tidak melakukan perbuatan vandalisme. Pihak berkuasa dengan kerjasama
daripada orang ramai diharapkan dapat mengadakan pelbagai program yang dapat menyeru
masyarakat supaya lebih menghargai kemudahan awam.
Selain itu, pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau majlis perbandaran
boleh menganjurkan kempen yang dapat meningkatkan kesedaran rakyat, khususnya golongan
remaja. Hal ini demikian kerana murid-murid merupakan aset penting dan generasi yang akan
menerajui negara pada masa depan, maka setiap program yang diadakan perlu melibatkan sekolah
dan para remaja untuk turut menjayakan kempen ini. Kempen atau program yang diadakan ini untuk
menyemaikan sikap tanggungjawab dan perasaan sayang terhadap harta benda awam.

Anda mungkin juga menyukai